Memaparkan catatan dengan label Rauhah al-Haddad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rauhah al-Haddad. Papar semua catatan

Ahad, 8 September 2013

Haul Imam 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله تعالى عنه Bersama Tetamu Istimewa Dari Madinah al-'Allamah al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ورعاه

Haul Imam 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله تعالى عنه  Bersama Tetamu Istimewa Dari Madinah al-'Allamah al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ورعاه

Rabu, 4 Mei 2011

Rauhah al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad: Bagaimana Cara Mengubah Kemungkaran?


Quthbul Da’wah wal Irsyad, Ghauts al-‘Ibaad wal Bilaad, al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه, menyebut di dalam kitabnya an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah:

كيف يغـيّـر المنكر؟
وأوَّل ما يجب عند مشاهدة المنكر: التعريف والنهى بلطف ورفق وشفقة, فإن حصل بذلك المقصود, وإلا انتقل منه إلى الوعظ والتخويف والغلظة في القول والتعنيف, ثم إلى المنع والقهر باليد وغيرها, ومباشرة تغيير المنكر بالفعل.
والحاصل – أن الإنسان يأتى من ذلك بما يستطيع, ولا يقصِّر في نصرة دين الله, ولا يعتذر فى إسقاط ذلك بالأعذار التى لاتصح ولا يسقط بها ما وجب عليه من أمر الله.

Bagaimana Cara Mengubah Kemungkaran? 
Perkara pertama yang harus dilakukan ketika melihat kemungkaran adalah memberitahu tentang kemungkaran itu dan melarang dengan lemah lembut dan kasih sayang. Maka sekiranya dengan cara yang demikian itu berhasil maka alhamdulillah, namun jika tidak berhasil maka dengan cara nasihat, ancaman, kecaman dan sikap keras. Jika tidak berhasil juga maka dengan cara dilarang secara paksa, baik dengan tangan mahupun dengan lainnya serta segera mencegahnya.

Kesimpulannya bahawa seseorang harus melakukan amar ma’ruf nahi mungkar sesuai dengan cara yang dia sanggup melakukannya, jangan sesekali lalai dalam menolong agama Allah dan jangan sesekali beralasan untuk tidak melakukan kewajiban itu dengan alasan-alasan yang tidak dibenarkan agama juga dan tidak boleh membebaskannya dari perintah Allah yang diwajibkan kepadanya.


Sumber: Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyyah wal Washoya al-Imaniyyah (Ringkasan Nasihat Agama dan Wasiat Iman) - Ringkasan serta takhrij hadits oleh Syeikhuna, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله diterjemah oleh Ustaz  Haji Ahmad Busyairi.

Sabtu, 30 April 2011

Hiwar Bersama Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz di Universiti Of New South Wales, Sydney, Australia

Antara persoalan yang diutarakan:
What's the porous of your visit to Australia? What do you think is going on in the Arab world now? Who am I and why have I been created, and where to go?  Why the Prophet married Aisha when she was nine, Where is the human rights? How is beating women is allowed in Islam?
Ikutinya disini:

Ahad, 9 Januari 2011

Ratib al-Haddad: Sebab Ianya Disusun

Tersebut di dalam kitab Syarah Ratib al-Haddad karangan al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin al-Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad, iaitu cicit kepada Imam al-Haddad رضي الله عنه:

وسبب هذا الراتب الشريف، أنه لمَا سمع سيدُنا صاحب الراتب بخروج الزيدية على حضرموت، خاف على تغييرهم عقائد العامة، فورد عليه هذا الراتب في شهر رمضان ليلة سبع عشر منه، وكانت ليلة القدر سنه ١٠٧١هـ ، كما ذكره تلميذه الأحسائي فيما سبق من الكتاب

Maksudnya: Sebab disusun Ratib yang mulia ini (yakni Ratib al-Haddad), bahwasanya tatkala Sayyiduna Shohibur Ratib (yakni al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه) mendengar masuknya fahaman Syi'ah Zaidiyyah ke Hadramaut. Beliau khuatir fahaman tersebut mengubah aqidah orangramai. Maka beliau menyusun ratib ini pada malam ke tujuhbelas daripada bulan Ramadhan. Adalah tersebut malam lailatulqadar tahun 1071H*, sebagaimana disebut oleh murid beliau al-Ahsai**.  (Syarh Ratib al-Haddad, terbitan Pustaka Nasional, Singapura & Dar al-Mukhtar, Surabaya halaman 258)

-         * ini bermakna ratib yang mulia ini disusun oleh al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه ketika beliau berusia 27 tahun. Pada tahun tersebut juga beliau selesai mengarang kitab  Risalah Aadab Suluk al-Murid (رسالة آداب سلوك المريد) tepatnya pada tanggal 7 atau 8 Ramadhan, 1071H.
-         ** beliau adalah  asy-Syeikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar al-Ahsai. Merupakan murid  dan pembantu al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه. Beliau ada sebuah karya berjudul Tatsbitul Fuad ( تثبيت الفؤاد) yang mana beliau mengumpul pengajaran, nasihat dan kata-kata al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه

Sekian dari
Al-Fagir Abu Zahrah, Asar 3 Shafar 1432H
Taman Seri Gombak

(buat teman-teman yang meminta al-fagir tulis tentang syi’ah, insyaAllah akan al-Fagir tulis seandainya punya kelapangan, afwan)

Jumaat, 5 November 2010

Rauhah al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad: Memberi Perhatian Ketika Khatib Membaca Khutbah


Quthbul Da’wah wal Irsyad, Ghauts al-‘Ibaad wal Bilaad, al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه, menyebut di dalam kitabnya Risalatul Mu’awanah wal Muzhaharah wal Mu’azarah:

(وعليك) بالتفرغ يوم الجمعة من جميع أشغال الدنيا، واجعل هذا اليوم الشريف خالصاً لآخرتك، فلا تشتغل فيه إلا بمحض خير ومجرد الإقبال على الله، وأحسن المراقبة لساعة الإجابة وهي ساعة تكون في كل يوم جمعة لا يوافقها مسلم يسأل الله فيها خيراً ويستعيذه من شر إلا استجاب الله له.

Dan atas engkau dengan mengosongkan pada hari Jum’at daripada sekelian pekerjaan dunia dan jadikan olehmu pada ini hari yang mulia bersih bagi akhirat.bagi kamu. Maka jangan engkau bekerja padanya melainkan semata-mata kebajikan dan semata-mata berhadap atas Allah Ta’ala. Dan elokkan olehmu akan mengintai-intai bagi sangat ijabah dan iaitu saat yang ada ia pada hari Jum’at, tiada muwafaqat akan dia [seorang] Muslim yang memohon akan Allah Ta’ala akan kebajikan dan meminta berlindung ia daripada kejahatan melainkan diperkenan Allah [hajat atau permintaannya] baginya.

(وعليك) بالبكور إلى الجمعة ولو أن تروح إليها قبل الزوال، وبالقرب من المنبر، والإنصات للخطبة، واحذر أن تشتغل عنه بذكر أو فكر، فضلاً عن اللغو وحديث النفس، واستشعر في نفسك أنك مقصود بجميع ما تسمعه من الوعظ والوصية واقرأ بعد السلام وأنت ثان رجليك وقبل أن تتكلم الفاتحة والإخلاص والمعوذتين "سبعاً سبعاً" وقل أيضاً بعد الانصراف من الصلاة سبحان الله العظيم وبحمده "مائة مرة" ففي الخبر ما يدل على فضل ذلك وبالله التوفيق.

Dan atas engkau dengan berpagi-pagi kepada Jum’at [maksudnya pergi awal menunaikan Jum’at] dan jikalau bahawa engkau pergi kepadanya sebelum [waktu] zawal dan dengan [duduk] hampir kepada mimbar dan mendengar akan khutbah. Dan takut olehmu akan bahawa berbimbang daripadanya dengan dhikir atau berfikir, lebih-lebih lagi daripada yang sia-sia dan haditsul nafsi [bicara diri yang tiada faedah]. [Maksudnya: Awas! Jangan sibukkan diri ketika khatib berkhutbah dengan berdhikir atau berfikir, berikan tumpuan kepada khutbah yang di baca]. Dan sedarkan olehmu pada hati kamu bahawa engkau maksud pada sekelian barang yang engkau dengar akan dia itu daripada wa’idz dan wasiat. [Maksudnya, hendaklah merasakan dalam diri bahawa apa yang didengari daripada segala nasihat dan pesanan oleh khatib yang berkhutbah itu di tujukan kepada dirimu]

Dan baca olehmu kemudian daripada salam padahal engkau lipat akan dua kaki engkau [yakni sebelum berubah duduk] dan sebelum daripada bahawa berkata-kata engkau akan Faatihah, dan surah al-Ikhlas, dan al-Mu’awwizatain [surah al-Falaq dan surah an-Naas] tujuh-tujuh kali. Dan baca pula olehmu pula kemudian daripada berpaling daripada sembahyang سبحان الله العظيم وبحمده 100 kali, kerana tersebut pada hadits barang yang menunjuki atas kelebihan demikian itu. وبالله التوفيق.

sekian dari
abu zahrah al-Qadahi
taman seri gombak
Jum'at, 28 Dhulqaedah 1431

Khamis, 3 Jun 2010

Rauhah al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad: Nikmat Islam

Telah berkata Quthbul Da’wah wal Irsyad, Ghauts al-‘Ibaad wal Bilaad, al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه

"Perbanyaklah pujian dan syukur atas nikmat Islam. Sesungguhnya nikmat tersebut adalah seagung-agungnya dan sebesar-besarnya nikmat. Seandainya Allah memberi kepada seorang hamba dunia beserta isinya dan mencegahnya dari Islam maka hal itu adalah bencana baginya. Dan seandainya Allah memberinya Islam dan mencegahnya dari dunia maka hal itu tidak dapat membahayakannya sama sekali." [Petikan dari kitab Ghooyatul Qoshod wal Murod oleh al-Habib Muhammad bin Zain Bin Sumaith رضي الله عنه, juz 2, hal. 121]


Dhikir di atas di baca setiap kali setelah selesai sholat, di Ma'had az-Zein al-Makkiy al-Aly Littafaqquh Fiddin yang diasaskan oleh Tuan Guru kami, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjariy al-Makkiy حفظه الله

Sumber: Bisyarah


Jumaat, 19 Mac 2010

Rauhah al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad: Keutamaan Hari Jum'at

Quthbul Da’wah wal Irsyad, Ghauts al-‘Ibaad wal Bilaad, al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه, menyebut di dalam kitabnya yang terkenal bertajuk an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah tentang keutamaan hari Jum'at dan perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari Jum'at

فضل يوم الجمعة

واعلم – أسعدك الله – أن يوم الجمعة سيد الأيام، وله شرف عند الله عظيم، وفيه خلق الله آدم عليه السلام ، وفيه يقيم الساعة، وفيه يأذن لأهل الجنة في زيارته، والملائكة تسمى يوم الجمعة: يوم المزيد، لكثرة ما يفتح الله فيه من أبواب الرحمة، ويفيض من الفضل، ويبسط من الخير

وفي هذا اليوم ساعة شريفة يستجاب فيها الدعاء مطلقا، وهي مبهمة في جميع اليوم، كما قاله الإمام الغزالى – رحمه الله – و غيره
فعليك في هذا اليوم بملازمة الأعمال الصالحة، والوظائف الدينية، ولا تجعل لك شغلا بغيرها، إلا أن يكون شغلا ضروريا لابد منه، فإن هذا اليوم للآخرة خصوصا، وكفى بشغل بقية الأيام بأمر الدنيا غَبْنًا وإضاعة! وكان ينبغي للمؤمن أن يجعل جميع أيامه ولياليه مستغرقة بالعمل لآخرته، فإذا لم يتيسر له ذلك، وعوقته عنه أشغال دنياه فلا أقل له من التفرغ في هذا اليوم بأمور الآخرة

Keutamaan Hari Jum'at


Ketahuilah, semoga Allah Ta’ala membahagiakanmu, bahawa hari Juma’at adalah penghulu segala hari. Ia mempunyai keutamaan yang istimewa di sisi Allah Ta’ala. Pada hari itulah Allah Ta’ala menciptakan Nabi Adam عليه السلام Pada hari itu juga Hari Qiamat akan tiba, dan Allah akan mengizinkan ahli syurga untuk mengunjungi syurga. Para malaikat menamakan hari Juma’at itu sebagai hari Penambahan, disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka pada hari itu. Pada hari itu juga Allah Ta’ala akan melimpahkan kurniaNya dan menabur kebaikanNya.

Pada hari itu pula ada saat yang mulia, dimana segala permohonan dan doa akan dikabulkan. Saat yang mulia itu dirahsiakan, sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى dan selainnya. Kerana itu hendaklah engkau melazimkan diri melakukan amalan-amalan yang shaleh dan pekerjaan-pekerjaan yang berkaitan dengan urusan agama pada hari itu. Jangan melakukan pekerjaan-pekerjaan selain dari itu, kecuali pekerjan-pekerjaan yang penting yang tidak boleh tidak mesti engkau lakukan. Jadikanlah hari Jum’at itu sebahagian dari hari yang dikhususkan untuk amalan-amalan akhirat semata-mata. Memadailah hari-hari yang lain itu untuk pekerjaan dunia yang dianggap sebagai sia-sia dan tidak menguntungkan.

Tambahan lagi, hendaklah seorang mu’min itu menjadikan semua siang dan malamnya tidak terluput dari amalan-amalan untuk akhirat. Jika tidak mampu disebabkan tenaganya telah habis oleh pekerjaan-pekerjaan dunia, maka sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari dia mempunyai waktu meskipun hanya sedikit untuk amalan-amalan akhirat.


ما يسن في يوم الجمعة

ومن السنة قراءة سورة الكهف، والإكثار من الصلاة على النبي صلى الله عليه وآله وسلم في يوم الجمعة وليلتها، فعليك بذلك، وبالبكور إلى الجمعة، وأقل ذلك أن تروح قبيل الزوال أو معه

وكن – رحمك الله – حسن الإصغاء والاستماع إلى الخطبة والوعظ، واتعظ بما تسمعه، واستشعر في نفسك أنك مقصود ومخاطب لذلك


Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Jum’at


Di antara perkara sunat yang patut dilakukan pada hari Jum’at, ialah membaca surat al-Kahfi, kemudian memperbanyak shalawat atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم pada siang dan malam Jum’at. Hendaklah engkau pelihara perkara sunat ini baik-baik. Pada hari Jum’at pula, hendaklah engkau segera ke masjid, atau sekurang-kurangnya engkau berangkat sebelum tergelincir matahari, ataupun pada saat tergelincirnya.


Ketika Imam berkhutbah hendaklah engkau memasang telinga baik-baik untuk mendengarkan segala yang disampaikan, yang berupa petunjuk, ajaran dan nasihat. Kemudian hendaklah engkau menurut apa yang dikatakannya di dalam khutbah itu. Anggaplah dirimu sebagai orang yang dituju oleh segala nasihat dan pembicaran itu.



Sumber: Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyyah wal Washoya al-Imaniyyah (Ringkasan Nasihat Agama dan Wasiat Iman) - Ringkasan serta takhrij hadits oleh Syeikhuna, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله.

Rabu, 2 Disember 2009

Rauhah al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad: Mengelokkan Hati

Al-Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad menyebut di dalam kitabnya Risalah al-Mu’awanah:

وعليك - يا أخي بإصلاح سريرتك حتى تصير خيراً من علانيتك الصالحة، وذلك لأن السريرة موضع نظر الحق، والعلانية مطمح نظر الخلق، وما ذكر الله تعالى السر والعلن في كتابه إلا وبدأ بذكر السر. وكان من دعائه عليه الصلاة والسلام: "اللهم اجعل سريرتي خيراً من علانيتي واجعل علانيتي صالحة" ومتى صلحت السريرة صلحت العلانية لا محالة، فإن الظاهر أبداً يكون تبعاً للباطن صلاحاً وفساداً. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "إن في الجسد مُضغة إذا صلحت صلح بها سائر الجسد وإذا فسدت فسد بها سائر الجسد ألا وهي القلب".

Dan atas engkau hai saudaraku dengan mengelokkan hati engkau hingga jadi ia terlebih baik daripada anggota yang dzahir engkau yang baik. Dan bermula demikian itu kerana bahwasanya hati itu tempat tilik Tuhan dan yang dzahir itu tempat tilik makhluq. Dan tidak menyebut Allah Ta’ala akan bathin dan dzahir pada kitabNya [al-Quran] melainkan memulai Ia dengan menyebut akan bathin. Dan adalah setengah daripada doa Nabi kita صلى الله عليه وآله وسلم :


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَرِيْرَتِيْ خَيْراً مِنْ عَلاَنِيّّتِيْ وَاجْعَلْ عَلاَنِيَّتِيْ صَالِحَةً

Ya Allah, Engkau jadikanlah bathinku lebih baik daripada dzahirku, dan Engkau jadikanlah pula dzahirku baik.

Dan manakala baik hati, nescaya baik oleh dzahirnya mesti tak dapat tiada, kerana bahwasanya yang dzahir itu selama-lama adalah ia mengikut bagi bathin pada baik dan pada fasad. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:

إِنَّ فِيْ الجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلُحَتْ صَلُحَ بِهَا سَائِرُ الجَسَدِ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ بِهَا سَائِرُ الجَسَدِ أَلاَ وَهِيَ القَلْبُ

Ertinya: Ada pada jasad seorang itu seketul daging. Apabila baik ia nescaya baik dengan dia (yakni dengan sebab dia) segala jasad. Dan apabila binasa ia nescaya binasa dengan dia segala jasad. Ketahuilah! iaitulah hati.


واعلم - أن من ادعى أن له سريرة عامرة وكان قد خَرَّبَ علانيته بترك الطاعات الظاهرة فهو مدَّع كذاب، ومن اجتهد في إصلاح علانيته بتحسين زيه وهيئته وتقويم لسانه ووزن حركاته وسكناته في قعوده وقيامه ومشيه وترك باطنه مشحوناً بخبائث الأخلاق ورذائل الطباع، فهو من أهل التصنع والرياء المعرضين عن المولى.

Dan ketahui olehmu bahwasanya mereka yang mendakwa ia bahwasanya ada baginya hati yang baik, yakni penuh dengan makrifah, pada hal telah buruk dzahirnya dengan sebab meninggalkan akan segala ta’at yang dzahir, maka orang itu pembohong besar sekali-kali. Dan barangsiapa bersungguh-sungguh pada mengelokkan dzahir dengan mengelokkan pakaian seperti pakai ia akan pakaian ahlus shufi dan mengelokkan kelakuannya dan membetulkan lidahnya dan meninmbangkan gerak diamnya dan pada ketika duduknya dan berdirinya dan berjalannya dan meninggalkan ia akan bathinnya dipenuh[i] dengan yang kotor segala perangai dan yang hina segala thabiat, maka orang itu setengah daripada ahli tashannuq [berpura-pura] dan riya’ yang berpaling daripada Tuhan.



Sekian dari,
al-Fagir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak
15 Dhulhijjah 1430

Rabu, 21 Oktober 2009

Rauhah Imam al-Haddad: Jangan Terpedaya Dengan Keajaiban Seseorang Sebelum Melihat Bagaimana Dia Berpegang Kepada al-Quran dan as-Sunnah

Al-Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad menyebut di dalam kitabnya Risalah al-Mu’awanah:


وكل من لم يبالغ في التمسك بالكتاب والسنة، ولم يبذل وسعه في متابعة الرسول صلى الله عليه وآله وسلم ، وهو مع ذلك يدعي أن له مكانة من الله تعالى، فلا تلتفت إليه ولا تعرِّج عليه، وإن طار في الهواء ومشى على الماء وطويت له المسافات وخرقت له العادات، فإن ذلك يقع كثيراً للشياطين والسحرة والكهان والرافين والمنجمين وغيرهم من الضُّلال


Dan tiap-tiap mereka yang tidak bersungguh-sungguh pada berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah, dan tidak mencurahkan segenap upayanya pada mengikut akan jejak Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , dan dia serta yang demikian itu mendakwa bahwasanya adalah baginya [mendapat] pangkat kedudukan daripada Allah Ta’ala, maka jangan engkau berpaling kepadanya [mendengar dakwaannya] dan jangan engkau cenderung [memberi perhatian] atasnya, dan jika terbang ia di udara, dan berjalan ia di atas air dan dilipat baginya perjalanan [perjalanan yang jauh menjadi pendek/singkat] dan dicarik baginya akan adat [berlaku kepadanya perkara-perkara luarbiasa], maka bahwasanya demikian itu banyak jatuh [banyak terjadi] bagi [kepada] syaithan dan tukang sihir dan tok nujum dan lain daripada demikian itu daripada orang-orang yang sesat”

Rabu, 14 Oktober 2009

Rauhah al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad: Sifat Lemah-lembut Dalam Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar

Quthbul Da’wah wal Irsyad, Ghauts al-‘Ibaad wal Bilaad, al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه, menyebut di dalam kitabnya yang terkenal bertajuk an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah tentang besarnya pengaruh sifat lemah-lembut tatkala menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran:


الأخذ بالرفق عليه مدار كبير
(واعلم) – أن الأخذ بالرفق واللطف, وإظهار الشفقة والرحمة عليه مدار كبير عند الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر, فعليك به ولاتعدل عنه, ما دمت ترجو نفعه وحصول المقصود به. وورد أيضا: إنه لايأمر بالمعروف وينهى عن المنكر إلا رفيق فيما يأمر به, رفيق فيما ينهى عنه.
وكذلك ينبغي للإنسان أن يكون عاملا بما يأمر به, مجتنبا لما ينهى عنه, فإنه يكون لكلامه وقع في القلوب, وهيبة فى الصدور. وقد ورد الوعيد الشديد في حق من يأمر بالخير ولا يأتيه, وينهى عن الشرّ ويأتيه, وهذا هو الأفضل والأولى, وإلا فعلى الإنسان أن يأمر وينهى وإن كان غير عامل بما يدعو إليه, فإن العالم الذي لايعمل بعلمه ولايعلِّمه الناس أخس حالا وأشدّ عقابا من الذي يعلم ولا يعمل. والله أعلم.


Sikap Lemah Lembut Sangat Besar Pengaruhnya

(Ketahuilah) bahawasanya bersikap lemah lembut dan menampakkan rasa kasih sayang mempunyai pengaruh besar dalam amar ma’ruf dan nahi mungkar. Oleh kerana itu hendaklah engkau bersikap sedemikian dan jangan berpaling darinya selama engkau masih mengharapkan manfa’at sikap itu dan tercapainya tujuan amar ma’ruf nahi mungkar.

Dalam sebuah hadits diriwayatkan bahwa tidak boleh menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar kecuali orang yang lemah lembut ketika menyuruh kepada yang ma’ruf dan ketika mencegah dari yang mungkar.

Oleh yang demikian, seharusnya bagi orang yang menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar itu mengamalkan dan menerapkan apa yang ma’ruf tersebut dan meninggalkan apa yang mungkar tersebut, sebab hal itu dapat membuat perkataannya lebih jatuh (meresap) ke dalam hati dan terkesan di dalam dada (orang yang mendengarnya). Bahkan ada riwayat yang menyebutkan ancaman keras bagi orang yang menyuruh kepada kebajikan namun dia sendiri tidak melakukannya dan mencegah dari yang mungkar namun dia sendiri melakukannya.

Ini adalah sikap yang lebih baik dan lebih utama. Akan tetapi setiap manusia berkewajiban menyuruh dan melarang sekalipun dia tidak mengamalkan apa yang dia sampaikan, sebab orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya dan tidak mengajarkan atau tidak memberitahukannya kepada orang lain adalah lebih hina dan lebih berat siksaannya daripada orang yang mengajarkan atau memberitahukan ilmunya namun tidak mengamalkan. Allahu a’lam.

Jumaat, 31 Julai 2009

Rauhah Imam ‘Abdullah al-Haddad : Bagaimana mahu menghadapi pujian seseorang terhadap kita.

Al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه berkata di dalam kitabnya Risalatul Mu’awanah wal Muzhaharah wal Mu’azarah:

Jika seseorang memujimu sedangkan hatimu tidak menyukai pujian dan pujian itu memang ada pada dirimu, maka bacalah doa berikut:

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ

Ertinya: Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk

Dan jika dia memujimu dengan sesuatu yang tidak kau miliki, maka bacalah [1]:

أَللهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْنَ، وَاغْفِرْلِيْ مَالاَ يَعْلَمُوْنَ، وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ

Ertinya: Ya Allah, jangan Engkau tuntut aku dengan apa yang mereka katakan (ucapkan), dan ampunilah aku atas apa-apa yang mereka tidak ketahui dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan.

Notakaki:

[1] Sayyiduna Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه , tatkala dipuji, beliau berdoa:

اللهم أنت أعلم بي من نفسي وأنا أعلم بنفسي منهم. اللهم اجعلني خيرا مما يظنون واغفرلي مالا يعلمون ولا تؤاخذني بما يقولون

Ertinya: Ya Allah, Engkau lebih mengetahui hal keadaanku daripada diriku, dan aku lebih mengetahui hal keadaan diriku daripada mereka. Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan, dan ampunilah aku apa-apa yang mereka tidak ketahui, dan jangan dituntut dengan apa yang mereka katakan.

Sekian dari ~ abu zahrah ~

Khamis, 16 Julai 2009

Rauhah Imam al-Haddad - كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته

Al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه berkata: Wahai saudara-saudaraku, hendaknya kalian memperlakukan gembalaanmu yang khusus dan yang umum dengan keadilan dan pemeliharaan yang sempurna serta perhatian yang penuh. Allah Ta’ala akan mempertanggungjawabmu tentangnya, dan setiap pengembala akan ditanya tentang gembalaannya [1].

Yang ku maksudkan dengan gembalaanmu yang khusus iaitu ketujuh anggota tubuh; lidah, telinga, mata, perut, kemaluan, tangan dan kaki. Semua itu adalah gembalaan yang merupakan amanat bagi kalian untuk memeliharanya. Maka kewajipan kalian adalah menjaganya dari ma’siat terhadap Allah Ta’ala, serta menggunakannya untuk megerjakan keta’atan padaNya. Sebab Allah Ta’ala telah menciptakannya dengan tujuan agar kalian melakukan keta’atan padaNya. Semua itu termasuk karunia terbesar Allah Ta’ala atas dirimu. Mensyukurinya ialah dengan jalan menggunakan anggota tubuhmu untuk melakukan keta’atan kepadaNya dan tidak melakukan ma’siat terhadapNya. Apabila tidak melaksanakan hal itu bererti kalian telah menggantikan karunia Allah Ta’ala dengan kekufuran (pengingkaran).

Walaupun Allah Ta’ala menciptakan anggota-anggota tubuh tersebut untumu serta menjadikannya tunduk dan ta’at sepenuhnya kepadamu, kalian tidak boleh menggunakannya untuk bermak’siat kepadaNya. Setiap anggota tubuh yang akan kau gunakan untuk ma’siat seakan-akan berkata: "Wahai hamba Allah! Ta’atlah kepadaNya dan jangan memaksaku mengerjakan sesuatu yang diharamkan olehNya”. Bila engkau tetap menggunakannya untuk ma’siat ia kelak akan kembali kepada Allah seraya berkata: “Telah kularang dia, wahai Tuhanku. Tetapi ia menolak mendengar nasehatku. Sungguh aku tidak ikut bersalah”.

Pada hari kiamat kalian akan berdiri di hadapan Alah Ta’ala dan semua anggota tubuh kalian akan berbicara, yang baik maupun yang buruk. Yaitu pada suatu hari yang tidak dapat ditolak kedatangannya, kalian tidak memperoleh tempat berlindung di hari itu dan tidak pula dapat mengingkari dosa-dosa yang kalian perbuat.

يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ إِلاَّ مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Ertinya: (Yaitu) di hari harta dan anak-pinak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera) – Surah asy-Syu’ara 88 – 89.

Adapun yang kumaksudkan dengan gembalaanmu atau rakyatmu yang umum, ialah mereka yang Allah jadikan berada di bawah kepemimpinanmu, yakni anak, isteri dan pelayanmu. Mereka semua adalah rakyatmu yang wajib bagimu memberi pengarahan agar mereka menjauhkan diri dari ma’siat yang diharamkanNya. Jangan sekali-kali membiarkan mereka meninggalkan yang wajib atau melanggar yang haram. Ajaklah mereka kearah yang memberi keselamatan dan kebahagiaan di negeri akhirat. Sempurnakanlah pendidikan mereka dan jangan menanam dihati mereka kecintaan terhadap dunia serta berbagai syahwatnya. Agar kalian tidak mebuat kerugian bagi mereka. Sebagaimana telah diriwayatkan bahwa anak dan isteri seseorang tiidak akan melepaskannya di hadapan Allah Ta’ala pada hari kiamat, mereka akan berkata: “Wahai Tuhan kami, dia tidak mengajarkan kepada kami hakMu yang Kau wajibkan atas kami. Kerananya berilah ia hukuman atas kelalaiannya terhadap kami.”

Pada bahagian yang lain al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad berkata: Hendaklah kalian memperlakukan keluarga kalian dengan adil. Yaitu dengan memberi mereka hak masing-masing. Serta bergaul dengan mereka dengan sebaik-baik perilaku dan mencegah sebahagian mereka berlaku dholim terhadap sebahagian yang lain.

Jangan bersikap berlebihan dalam menuntut hak-hak kalian yang diwajibkan Allah atas mereka. Perlakukan mereka dengan lemah lembut serta akhlaq yang mulia. Bercandalah (berguraulah) dengan mereka pada waktu-waktu tertentu agar menghilangkan keseganan dan menumbuhkan keakraban dengan tetap menjaga wibawa dan kehormatan. – petikan dari Risalatul Mu’awanah.

Sumber: Majalah Cahaya Nabawiy, Edisi 48 Th. V Muharram 1428H/Februari 2007, ruangan Kalam Salaf. Ditaip semula oleh Abu Zahrah untuk blog al-Fanshuri.


Notakaki:

[1] Sabda Rasululah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم:

كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته

Setiap kalian adalah gembala dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas gembalaannya” (hadits riwayat al-Bukhari)

إن الله سائل كل راع عما استرعاه حفظ أم ضيع

Sesungguhnya allah akan menyoal tiap-tiap pengembala akan apa yang digembalanya, adakah dia menjaganya atau menyia-yiakannya (hadits riwayat ibn Hibban)

Rabu, 15 Julai 2009

Rauhah Imam al-Haddad - Larangan Mencari-cari Kesalahan Dan Membicarakan Keaiban Orang Lain

Al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad menyebutkan didalam kitabnya an-Nashoih ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah

التحذير من التجسس والخوض في عيوب الناس

وكذلك فاحذروا من التجسُّس, وهو طلب الوقوف على عورات الناس المستورة, قال الله تعالى: وَلاَ تَجَسَّسُوْا (سورة الحجرات:١٢)
وقال عليه الصلاة والسلام: من تتبع عورة أخيه تتبع الله عورته, ومن تتبع عورته يفضحه ولو في جوف بيته..(الحديث.-رواه الترمذي وابن حبان )
وعليكم بستر عورات المسلمين والكفّ عن ذكرها وإشاعتها, قال الله تعالى: إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِى الَّذِيْنَ أمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ  (سورة النور:١٩)
وقال عليه الصلاة والسلام: من ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة. (حديث صحيح رواه مسلم وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجه)
ولايكثر الخوض في عيوب الناس وذكر مساويهم وكشف عوراتهم إلا كل منافق ممقوت.
والذي يجب على المسلم إذا رأى من أخيه المسلم عورة أن يسترها عليه وأن ينصحه في السر بلطف وشفقة. والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه. (حديث صحيح رواه مسلم والأربعة)


Larangan Mencari-cari Kesalahan Dan Membicarakan Keaiban Orang Lain

Hendaklah kalian menghindari tajassus, yakni mencari-cari keaiban orang lain yang tertutup. Allah Ta’ala berfirman, “Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain.” (Surah al-Hujuraat:12)

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, “Barangsiapa yang mencari-cari keburukan saudaranya maka Allah pasti mencari-cari kesalahannya dan barangsiapa yang mencari-cari keburukan saudaranya nescaya Allah akan membuka keaibannya sekalipun -keaiban itu- di dalam rumahnya sendiri.” (Hadits riwayat: at-Tirmidhi dan Ibnu Hibban)

Hendaklah kalian juga selalu menutup keburukan orang-orang Islam, tidak menyebut-nyebutnya dan menyebarluaskannya. Allah Ta'ala berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nuur: 19)

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, “Barangsiapa yang menutup (keaiban) seorang Muslim maka Allah pasti menutupi keaibannya di dunia dan di akhirat.” (Hadits shahih diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, at-Tirmidhi, an-Nasa`i dan Ibnu Majah)

Tidaklah yang sering membicarakan keaiban orang lain, menyebut-nyebut kesalahannya dan membuka keburukannya kecuali orang-orang munafik yang dimurkai.

Kemudian wajib bagi seorang Muslim apabila melihat suatu keburukan saudaranya yang muslim, untuk menutupinya di samping menasihatinya secara rahsia dengan lemah lembut dan kasih sayang. Dalam sebuah riwayat disebutkan, “Dan Allah selalu menolong hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya.” (Hadits shahih diriwayatkan oleh Muslim dan empat ashhab as-Sunan)

* Dipetik dari kitab Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah (Ringkasan dari kitab an-Nashoih ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah) oleh Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.

Jumaat, 24 April 2009

Rauhah Imam al-Haddad - Kewajipan Mengislahkan Hati

وجوب إصلاح القلوب
واصرف عنايتك إلى أمر القلب والباطن، فقد قال عليه الصلاة والسلام: " إن الله لا ينظر إلى صوركم و أعمالكم و إنما ينظر إلى قلوبكم و نياتكم " (حديث صحيح . رواه أحمد، ومسلم، وابن ماجه، وغيرهم عن أبى هريرة رضي الله عنه).وفي الحديث : " ألا إن في الجسد مضغة، إذا صلحت صلح سائر الجسد، وإذا فسدت فسد سائر الجسد، ألا وهي القلب " ( متفق عليه)
فوجب الاهتمام به وصرف العناية إلى إصلاحه وتقويمه، وهو– أعنى القلب – سريع التقلب كثير الاضطراب، حتى قال عليه الصلاة والسلام فيه: ” إنه أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت غليانها "
وكان عليه السلام كثيرا ما يدعو : " يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك " (رواه أحمد ، والترمذي ، والحاكم ، والطبراني ، وغيرهم)
ويقول: ” إن القلوب بين أصبعين من أصابع الرحمن ، إن شاء أقامها وإن شاء أزاغها" (حديث صحيح رواه الترمذي، وابن ماجه، والطبري، وغيرهم)
فاحرص كل الحرص – رحمك الله – على أن تأتى ربك بالقلب السليم، من الشرك والنفاق، والبدعة ومنكرات الأخلاق، مثل الكبر والرياء، و الحسد، والغش للمسلمين، وأشباه ذلك .

Kewajipan Mengislahkan (Memperbaiki) Hati

Hendaklah engkau menumpahkan perhatian pada hati dan batinmu. Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم telah bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan perawakan kalian, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kalian.”(Hadits riwayat: Imam Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah dan selain mereka daripada Sayyidina abu Hurairah رضي الله عنه)

Dalam sebuah hadist Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: “Ketahuilah, bahawa dalam jasad (tubuh) itu ada segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasad itu, dan seandainya ia rosak maka rosak pula seluruh jasad itu. Ketauhilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Hadits riwayat: al-Bukhari dan Muslim).

Kerana itu engkau wajib memperhatikan hati, serta tumpukanlah segala perhatian untuk memperbaiki dan meluruskannya sebab hati itu cepat berbolak-balik dan selalu berubah-ubah sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم berikut: “Sesungguhnya hati itu lebih cepat bolak-baliknya dari air yang sedang mendidih di dalam periuk.”

Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sering berdoa :

يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ

Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.”(Hadits riwayat: Imam Ahmad, at-Tirmidzi dan lainnya)

Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: “Sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dua jari dari jari-jari ar-Rahman, jika Dia menghendaki, Dia tetapkannya, dan jika Dia menghendaki, Dia belokkannya” (Hadits riwayat: at-Tirmidzi dan lainnya ) [maksud hadits “إن القلوب بين أصبعين من أصابع الرحمن” – menurut ulama khalaf adalah: Antara dua shifat dari shifat-shifatnya. Dan kedua shifat itu adalah Qudrat dan Iradat. Sila rujuk Hasyiah Imam al-Baijuri ‘ala Jauharah at-Tauhid. – tambahan dari abuzahrah]

Hendaklah engkau berhati-hati dengan penuh kesungguhan, semoga Allah merahmati-mu, agar kelak engkau menemui Allah Ta’ala dalam keadaan hati yang bersih dari syirik dan nifaq, suci dari bid’ah dan akhlak yang keji, seperti menyombongkan diri dan riya’ hasad dan tipudaya terhadap kaum muslimin, dan seumpamanya. - Nukilan daripada Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyah wal Washooya al-Imaniyah, karangan al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه yang diringkaskan oleh Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjri al-Makki. Halaman 25]



Related Posts with Thumbnails