Memaparkan catatan dengan label syiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syiah. Papar semua catatan

Ahad, 9 Januari 2011

Ratib al-Haddad: Sebab Ianya Disusun

Tersebut di dalam kitab Syarah Ratib al-Haddad karangan al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin al-Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad, iaitu cicit kepada Imam al-Haddad رضي الله عنه:

وسبب هذا الراتب الشريف، أنه لمَا سمع سيدُنا صاحب الراتب بخروج الزيدية على حضرموت، خاف على تغييرهم عقائد العامة، فورد عليه هذا الراتب في شهر رمضان ليلة سبع عشر منه، وكانت ليلة القدر سنه ١٠٧١هـ ، كما ذكره تلميذه الأحسائي فيما سبق من الكتاب

Maksudnya: Sebab disusun Ratib yang mulia ini (yakni Ratib al-Haddad), bahwasanya tatkala Sayyiduna Shohibur Ratib (yakni al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه) mendengar masuknya fahaman Syi'ah Zaidiyyah ke Hadramaut. Beliau khuatir fahaman tersebut mengubah aqidah orangramai. Maka beliau menyusun ratib ini pada malam ke tujuhbelas daripada bulan Ramadhan. Adalah tersebut malam lailatulqadar tahun 1071H*, sebagaimana disebut oleh murid beliau al-Ahsai**.  (Syarh Ratib al-Haddad, terbitan Pustaka Nasional, Singapura & Dar al-Mukhtar, Surabaya halaman 258)

-         * ini bermakna ratib yang mulia ini disusun oleh al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه ketika beliau berusia 27 tahun. Pada tahun tersebut juga beliau selesai mengarang kitab  Risalah Aadab Suluk al-Murid (رسالة آداب سلوك المريد) tepatnya pada tanggal 7 atau 8 Ramadhan, 1071H.
-         ** beliau adalah  asy-Syeikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar al-Ahsai. Merupakan murid  dan pembantu al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه. Beliau ada sebuah karya berjudul Tatsbitul Fuad ( تثبيت الفؤاد) yang mana beliau mengumpul pengajaran, nasihat dan kata-kata al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه

Sekian dari
Al-Fagir Abu Zahrah, Asar 3 Shafar 1432H
Taman Seri Gombak

(buat teman-teman yang meminta al-fagir tulis tentang syi’ah, insyaAllah akan al-Fagir tulis seandainya punya kelapangan, afwan)

Isnin, 30 Mac 2009

Berhati-hatilah tatkala membicarakan hal para shahabat رضي الله عنهم …


Catatan ini adalah peringatan khusus buat diriku dan buat saudara-saudaraku yang tercinta …


Tatkala kita berbicara atau menuturkan atau memberi komen tentang para shahabat رضي الله عنهم maka sayogianya kita berhati-hati agar tidak tergelincir lidah ketika berbicara. Janganlah diikutkan sedap mulut berbicara, kerana kata pepatah melayu ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’ …

Al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh ‘Abdusshamad al-Falimbani menyebut di dalam kitabnya Sair al-Saalikin tatkala membicarakan hal kebinasaan atau bencana lisan (lidah).


(Dan kata) Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى di dalam Ihya Ulumiddin:

ويدخل فيه الخوض في حكاية البدع والمذاهب الفاسدة وحكاية ما جرى من قتال الصجابة على وجه يوهم الطعن في بعضهم. فكل ذلك باطل، والخوض فيه خوض في الباطل

Artinya: Dan termasuk pula di dalam perkataan yang bathil itu, iaitu masuk di dalam berhikayat [perkara-perkara] yang bid’ah dan menghikayatkan segala madzhab yang fasid dan menghikayatkan akan perkataan yang berlaku daripada kelakuan [peristiwa] perang shahabat Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم setengahnya dengan setengahnya atas jalan yang membawa mencela akan setengah daripada mereka itu. Maka sekalian yang demikian itu bathil dan masuk berkata-kata di dalamnya itu, iaitu perkataan yang bathil lagi haram.

[Ditransliterasi dari kitab Sairus Salikin; Shaikh Abdusshamad al-Falimbani; Maktabah wa Mathba'ah Sulaiman Mar’ie, Singapore 1372H – 1953M; Juzuk ke-3; Halaman 76]

Itulah diantara peringatan ulama ahlus sunnah wal jamaah. Aqidah ahlus mengajarkan kita bahwa wajib kita meng’itiqadkan bahawa para shahabat رضي الله عنهم itu bersifat dengan sifat ‘adil dan seandainya berlaku khilaf diantara mereka maka hendaklah kita ta’wilkan kalau kita punya pengetahuan tentangnya atau kita diam tanpa komen. Mari kita perhatikan apa yang disebut oleh ulama ahlus sunnah kita di dalam kitab Syarah Matan Jauharah:

Dan wajib pula mengi’tiqadkan orang yang mukallaf itu kepada ‘adil segala shahabat رضي الله عنهم, maka kata mushannif رضي الله عنه:

وأول التشاجر الذي ورد - إن خضت فيه واجتنب داء الحسد

Yakni apabila telah yaqin hatimu bahwasanya segala shahabat رضي الله عنهم tentu ‘adilnya dan terlebih baik manusia ba’d al-nabiy (selepas Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم) maka engkau ta’wilkan ikhtilaf shahabat رضي الله عنهم dengan setengahnya yang telah dikhabarkan oleh ulama ahlul Islam jikalau engkau mengenal dalam masalah ta’wil atau engkau tawaqqufkan ia kepada Allah سبحانه وتعالى, maka iaitu terlebih aslam. Dan jkalau masuk engkau di dalam membicarakan demikian itu, engkau tinggalkan lebih jahatnya hasad kepada tiap-tiap segala shahabat kerana bahwasanya orang yang keji akan salah suatu (seorang) daripada shahabat sangat sesat yang amat besar dan adakalanya menjadi kafir dengan nas hadits yang syarif kerana bahwasanya membicarakan akan perihal shahabat dalam ikhtilafnya antara segala shahabat di dalam perihal yang bangsa dunia, maka iaitu tiada masuk ia di dalam masalah i’tiqad dan adakalanya sebab menjadi sesat orang itu. (Syahdan) masuk dalam membicarakan ikhtilaf shahabat antara setengahnya dengan setengahnya itu makruh tanzih atas qaul ulama yang rajih dan kata setengah ulama iaitu haram dan inilah di dalam hak ulama iaitulah mengenal ia dalam ilmu usuluddin dan ilmu akhbar yang shahih dan isnad yang shahih atau hasan (Dan kata) Syaikh ‘Abdus Salam, tiada harus bagi ulama itu masuk dalam membicarakan dalam perihal ikhtilaf antara shahabat dengan setengahnya di dalam perihal yang bangsa dunia melainkan kerana menolak ia atas orang yang sesat atau kerana mengajarkan anak muridnya ketika membaca demikian (Dan adapun) orang awam itu maka HARAM ia halnya putus dan telah zahir fitnah dan bala’ di dalam tiap-tiap diyar (negara-negara) segala manusia itu menghikayatkan perihal ikhtilaf shahabt dengan setengahnya …..


(Syahdan) wajib atas kamu berpegang kepada ‘aqidah ahlussunnah wal jamaah dan jangan engkau mengambil ilmu ‘aqidah daripada hikayat beberapa kitab ahli tawarikh (sejarah) kerana banyak orang yang sesat itu berbuat-buat hikayat tawarikh Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dan auladnya (anak-cucunya) dan shahabat رضي الله عنهم ….. [petikan dari syarah bagi Matan Jauharatut Tauhid, halaman 41 – 42]

Untuk lebih jelas silalah rujuk kepada kitab berkenaan atau Ithaf al-Murid Syarah ‘Abdussalam al-Maliki ‘ala Jauharah at-Tauhid oleh Syaikh ‘Abdussalam ibn Ibrahim al-Maliki ataupun Hasyiah Muhammad bin Muhmmad al-Amir ‘ala Syarah ‘Abdussalam ibn Ibrahim al-Maliki.

Sebagai peringatan lagi ….. tersebut di dalam sebuah:

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ: لاَ تَسُبُّوْا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَباً مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِْيفَهُ (رواه البخاري و مسلم والترمذي والنسائي و أحمد وعبد بن حميد)

Dari Abu Said al-Khudri رضي الله عنه beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: “Janganlah kalian mencaci shahabat-shahabatku kerana seandainya salah seorang dari kalian meginfaqkan emas sebesar gunung Uhud, tidak akan dapat menyamai satu atau setengah mud yang diinfaqkankan oleh salah seorang dari mereka”. (Hadits riwayat: al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Ahmad dan Abdu bin Humaid )

[1 mud bersamaan lebihkurang 675gram, maka setengah mud bersamaan 337.5gram]


Maka kita tidak selayaknya membicarakan pertelingkahan yang berlaku sesama mereka رضي الله عنهم. Mereka رضي الله عنهم adalah golongan yang diakui Allah sebagai umat yang terbaik. Mereka رضي الله عنهم berada dikurun yang terbaik. Mereka رضي الله عنهم yang mengutamakan Allah dan RasulNYA dari keluarga bahkan diri mereka sendiri. Mereka رضي الله عنهم yang menginfaqkan harta kekayaan mereka pada Allah dan RasulNYA. Mereka رضي الله عنهم yang menginfaqkan diri mereka untuk kemuliaan Islam. Islam dan Iman yang kita nikmati kemanisannya sekarang ini adalah hasil dari dakwah, perjuangan, pengorbanan, titik peluh dan titisan darah mereka رضي الله عنهم yang berjuang bersama-sama kekasih mereka Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

Adapun pun kita … serba lekeh … serba dhoif ….. yang mengutamakan nafsu dari perintah Allah dan RasulNya …. yang mengutamakan dunia dari akhirat …. yang sentiasa ghaflah … [hambalah tuu! ……]. Maka tanyakan pada diri kita …. Apa yang pernah kita lakukan untuk kemuliaan Islam? Berapa banyak harta kita infaqkan? Sebanyak mana parut luka yang berbekas ditubuh kita demi kerana Islam? Berapa titisan darah kita yang tumpah demi mendaulatkan Islam? Sebanyak mana cacian kita terima demi untuk tegakkan Islam? Hitung sendiri.

Di dalam hadits yang lain pula disebut:

من سب أصحابي فقد سبني ومن سبني فقد سب الله ومن سب الله يوشك أن يأخذه

Barangsiapa mencaci-cerca para shahabatku, maka di sebenarnya telah mencaci aku. Barangsiapa mencaci aku, maka bererti dia telah mencaci Allah. Dan barangsiapa mencaci Allah, dikuatiri Allah akan menyeksanya.


Al-Habib ‘Abdullah al-Haddad رضي الله عنه menyebut beberapa buah hadits di dalam kitab beliau berjudul ad-Da’watut Tammmah, antaranya:

إحفظوني في أصحابي، لا تتخذهم غرضا من بعدي، من أحبهم فبحبي أحبهم، ومن أبغضهم وببغضي أبغضهم، ومن آذاهم فقد آذاني، ومن آذاني فقد آذى الله, ومن آذى الله فيوشك أن يأجذه

Jagalah diriku dengan menjaga para shahabatku. Jangan kalian menjadikan mereka sebagai sarana (cacian) sepeninggalanku. Banragsiapa mencintai mereka, maka ia mencintai mereka kerana mencintaiku. Dan barangsiap membenci mereka, maka ia membenci mereka kerana membenciku. Banragsiapa menyakiti mereka, maka ia menyakitiku. Dan barangsiapa menyakitiku berarti ia menyakiti Allah. Dan banragsiapa telah menyakiti Allah, maka ia menjadi dekat dengan siksaNya. (Hadits riwayat at-Tirmidhi dan Ahmad dengan matan yang berbeda)


إذا ذكر أصحابي فأمسكوا

Jika (keburukan) para shahabtku disebut, maka tahanlah diri kalain (agar tidak membicarakannya) – dikeluarkan oleh ath-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir daripada Ibn Mas’ud رضي الله عنه, Ibn ‘Ady di dalam al-Kamal daripada Ibn Mas’ud dan Tsauban رضي الله عنهما, juga oleh Ibn ‘Ady daripada Ibn Umar رضي الله عنهما. Asy-Sayuthi mengatakan hadits ini hasan.



Maka apabila ada yang mengajak kepada mazhab ahlulbait (ini adalah taktik Syiah), maka ingatlah akan pesanan al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad. [Beliau adalah merupakan ahlulbait. Seorang qutub. Nasabnya: al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad al-Haddad bin ‘Alawi bin Ahmad bin Abi Bakar bin Ahmad bin Abi Bakar al–Thowil bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Faqih Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Alawi bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi Khali’ Qasam bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Hussin al-Sibth bin ‘Ali suami Fathimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Untuk mengetahuinya lebih lanjut, silalah baca sedikit biografi beliau yang pernah abuzahrah tulis. Dapatkan disini]

Pesan al-Habib ‘Abdullah al-Haddad رضي الله عنه di dalam kitabnya Risalah al-Mu’awwanah:



Hendaklah engkau membentengi pegangan kepercayaanmu (yakni i'tiqadmu), memperbaikinya dan memperkukuhkannya atas jalan kumpulan yang mendapat kejayaan, iaitu kumpulan yang terkenal antara berbagai kumpulan sebagai 'Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Ahlus Sunnah wal Jama`ah adalah orang yang berpegang teguh dengan jalan Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dan para sahabat رضي الله عنهم. Jika engkau teliti nas-nas al-Qur`an dan as-Sunnah - yang berhubung dengan keimanan - dengan pemahaman yang benar, fikiran sihat yang terbit dari hati yang bersih, serta engkau pelajari perjalanan hidup para salafus sholeh daripada kalangan sahabat dan tabi`in, nescaya engkau akan mengetahui dengan yakin bahawa kebenaran itu berada bersama kumpulan yang dikenali sebagai al-Asy`ariyyah yang dinisbahkan kepada asy-Syaikh Abul Hasan al-Asy'ari رضي الله عنه yang telah menyusun segala kaedah pegangan 'aqidah ahlul haq serta menyaring segala dalilnya. Inilah 'aqidah yang dipegangi oleh para sahabat رضي الله عنهم dan orang-orang selepas mereka daripada kalangan para tabi`in yang terpilih."

Di dalam kitab an-Nashoih al-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah, al-Habib ‘Abdullah al-Haddad رضي الله عنه menyebut:


وأن يعتقد فضل أصحاب رسول الله (صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم) وترتيبهم، وأنهم عدول خيار أمناء، لا يجوز سبهم ولا القدح في أحد منهم. وأن الخليفة الحق بعد رسول الله (صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم): أبو بكر، ثم عمر الفاروق، ثم عثمان الشهيد، ثم علي المرتضى، رضي الله تعالى عنهم وعن أصحاب رسول الله (صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم) أجمعين، وعن التابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين، وعنا معهم برحمتك اللهم يا أرحم الراحمين

Kemudian hendaklah ia beri’tikad tentang keutamaan para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dan tertib susunan mereka. Dan sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang lurus perjalanannya benar perilakunya serta dipercaya. Tidak diperbolehkan memakinya atau merendahkan derajatnya dan kedudukan seorang pun diantaranya. Dan Sesungguhnya khalifah yang berhak sesudah Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ialah Abu Bakar as-Shiddiq, sesudahnya adalah Umar Ibnul Khaththab yang bergelar al-Faruq, dan sesudahnya adalah Utsman bin Affan yang mati syahid, dan sesudahnya adalah Ali bin Abi Thalib yang diredhai, semoga Allah meredhai mereka dan juga kepada para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, dan seterusnya kepada para Tabi’in dengan baik hingga hari Qiamat. Dan juga kepada kita sekalian dengan kemurahanMu, wahai Dzat yang Maha Pemurah. Amin.

Manakala di dalam Diwannya yang bernama ad-Dur al-Mandzum li dzawi al-‘Uqul wa al-Fuhum, al-Habib ‘Abdullah al-Haddad رضي الله عنه menyebut:

Jika kau ingin hidup bahagia sepanjang umurmu dan setelah mati, kuburmu dijadikan taman syurga # Dan engkau dibangkitkan tatkala tiupan sangkakala dalam keadaan aman dari rasa takut, terancam, terusir dan dari kerugian # Dan dihadapkan (kepada Allah) dalam kemuliaan dan keagungan, diberi khabar gembira oleh para malaikat dengan kejayaan dan ganjaran pahala # Dan diberatkan timbangan amalanmu dengan amalan-amalan yang menggembirakan engkau di Padang Mahsyar # Dan engkau melintasi sepantas kilat titian ash-Shirath, serta meneguk minuman dari telaga Nabi al-Mustofa yang suci # Dan hidup kekal dalam syurga-syurga yang tinggi penuh keni'matan, mendapat bahagian untuk dekat dengan Tuhan yang Satu, Maha Esa dan Tunggal # Dan engkau melihatNya dengan matamu dalam keadaan Dia Maha Suci dari bertempat, dari kaifiyyat, dari had dan batasan# Maka perelokkan keyakinanmu, kerana sesungguhnya apabila keyakinan telah sempurna, yang ghaib akan nampak nyata tanpa diengkari # Dan jadikanlah Asy'ariyyah sebagai pegangan i'tiqadmu, kerana sesungguhnya ia adalah sumber minuman yang suci bersih dari penyimpangan dan kekufuran # Dan telah menyusun Quthubul Imam sandaran kita, 'aqidahnya yang merupakan penawar bagi segala marabahaya # Dan orang yang kumaksudkan dengannya itu ialah satu-satunya yang disifatkan dengan gelaran Hujjatul Islam (yakni Imam al-Ghazali), maka sudah sepatutnya engkau berasa bangga.

Di dalam kitab yang sama juga al-Habib ‘Abdullah al-Haddad رضي الله عنه terdapat syairnya tentang kemuliaan para shahabat رضي الله عنهم. Rasanya setakat ini dululah. Insyaallah sampai ketemu lagi didalam coretan seterusnya………. Sekian ampun maaf dari abuzahrah andaikata terdapat kesilapan dan kekurangan. Semoga Allah memimpun kita ke jalan yang diredhaiNYA.



abuzahrah al-Qedahi
Dhuha, Ahad 2 Rabiulakhir 1430H/ 29 Mac 2009
Dirumahku … Gombak.

Khamis, 26 Mac 2009

Awas! Jarum Halus Syiah ….

Tatkala aku menelusuri beberapa buah blog dan website, tumpuanku terhenti pada sebuah blog yang dipunyai oleh seorang penulis muda yang terkenal …. Aku terus membaca entri beliau yang bertarikh 24 Mac 2009. Entri bertajuk Lebih Dari Selamat. Aku amat-amati betul-betul mesej yang ingin disampaikan. Hah … tak lain tak bukan jarum syiah …….. Oleh kerana itu abuzahrah rasakan perlu diberi penjelasan mengenai dakwaan mereka ini walaupun abuzahrah bukanlah ahlinya. Namun demi mengelakkan pembaca daripada dakyah halus ini, maka abuzahrah lakukan sekadar termampu. Bukan untuk berdebat dengan sesiapa tetapi sekadar memberi peringatan agar tidak terjebak dengan dakyah mereka ……………..

Dalam artikel berkenaan, penulisnya mengajak pengunjung atau pembacanya dari kalangan sunni (ahlus sunnah wal jama’ah) untuk kembali kepada warisan ahlul bait berdalilkan hadits yang dipetik dari kutubussittah. Namun di dalam bila dibaca seterusnya penulis ‘kondem’ para shahabat رضي الله عنهم secara halus. Dari sini sudah dapat dicium agenda halus gerakan syiah di Malaysia…..

Memang hadits yang dibawakan itu benar dan diterimapakai oleh ulama ahlussunnah wal jama’ah. Dan sememangnya golongan ahlussunnah wal jama’ah menyintai, menyayangi dan mengikuti para ahlulbait رضي الله عنهم, namun ahlussunnah wal jama’ah tidak mencerca para shahabat رضي الله عنهم, tidak pernah memperlekehkan para shahabat رضي الله عنهم sampai mengatakan shahabat utama bermulut celupar …. bahkan tidak membanding keutamaan mereka dengan kita ….

Sesungguhnya bagi kita ahlussunnah wal jama’ah, didalam urusan perselisihan … pertelingkahan … peristiwa yang berlaku dikalangan para shahabt رضي الله عنهم tiadalah layak bagi kita untuk mengomentarinya. Teringat abuzahrah kata-kata guru mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, seorang ulama ahlulbait … apakah layak kita yang tidak punya apa-apa jaminan ini mengomentari para shahabat رضي الله عنهم yang telah mendapat keredhaan Allah dan dijamin syurga? Siapa kita?

وَٱلسَّابِقُونَ ٱلأَوَّلُونَ مِنَ ٱلْمُهَاجِرِينَ وَٱلأَنْصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا ٱلأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَآ أَبَداً ذٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ

Ertinya: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah at-Taubah: 100)

Oleh itu berhati-hatilah kita didalam memperihalkan para shahabat رضي الله عنهم sementelahan lagi satu riwayat mengatakan menyebutkan bahwa Rasululah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

لاتسبوا أصحابي فمن سب أصحابي فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين لا يقبل الله منه صرف ولا عدلا

Jangan kalian mencela shahabatku kerana barangsiapa mencela para shahabatku maka atasnya laknat Allah dan malaikat serta manusia sekeliannya. Tidaklah Allah akan menerima darinya yang fardhu dan tidak pula yang sunat.

Dalam hadits yang lain:
من سب أصحابي فقد سبني ومن سبني فقد سب الله ومن سب الله يوشك أن يأخذه
Barangsiapa mencaci-cerca para shahabatku, maka di sebenarnya telah mencaci aku. Barangsiapa mencaci aku, maka bererti dia telah mencaci Allah. Dan barangsiapa mencaci Allah, dikuatiri Allah akan menyeksanya.

Golongan ahlussunnah wal jama’ah adalah golongan menyintai kedua-dua, ahlulbait رضي الله عنهم dan para shahabat رضي الله عنهم dan tahu meletakkan mereka pada tempat dan kedudukannya berdasarkan keutamaan-keutamaan yang telah Allah dan RasulNYA tetapkan. Kecintaan kepada kedua-duanya adalah asas didalam Islam. Sungguh kecintaan kepada ahlulbait رضي الله عنهم tidak dapat bersama dengan kebencian kepada para sahabat رضي الله عنهم. Cintakan ahlulbait رضي الله عنهم bererti kita kena turut mencintai para sahabat رضي الله عنهم. Inilah pesanan Imam Ali رضي الله عنه:
لا يجتمع حبي و بغض ابي بكر و عمر

Tidak akan berhimpun kecintaan kepadaku dan kebencian kepada Abu Bakar dan 'Umar.

Maka orang yang mengakui cintakan ahlulbait, cintakan Imam Husain, cintakan Imam 'Ali رضي الله عنهم, sedangkan dalam masa yang sama membenci Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina 'Umar dan sahabat yang lain رضي الله عنهم, maka kecintaannya itu adalah palsu, pembohongan semata-mata. Justru kecintaan kepada ahlulbait Junjungan صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dan para sahabat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم adalah daripada keimanan, bahkan menjadi perkara pokok dan asas dalam Islam sebagaimana dinyatakan dalam satu hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu an-Najjar dalam Tarikhnya di mana al-Imam Hasan bin ‘Ali رضي الله عنهما menyatakan bahawa Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. bersabda:-


لكل شيء أساس , وأساس الاٍسلام حب أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وحب أهل بيته

Setiap sesuatu ada asasnya dan asas Islam itu keciintaan kepada para shahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dan kecintaan kepada ahlulbaitnya.

Allahu ... Allah, maka di manakah dasar dan asas bagi Islamnya seseorang yang hatinya membenci para sahabat dan ahli keluarga Junjungan صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

Sungguh menghairankan mereka mendakwa membawa mazhab ahlulbait, namun para ulama ahlulbait sendiri memberi peringatan agar dakyah mereka dijauhi dan bernaung dibawah payung ahlussunnah wal jama’ah. Mari kita perhatikan peringatan ini:


HIMBAUAN DAN NASEHAT
DARI SESEPUH HABAIB HADRAMAUT DAN HAROMAIN

Berita mengenai adanya beberapa oknum [peribadi] Habaib ‘Alawiyyin di Indonesia dan di beberapa negara yang terpengaruh dengan aliran sesat Syi’ah Imamiyyah Itsna ‘Asyariyyah atau yang sekarang menggunakan nama samaran Madzhab Ahlul Bait, telah membuat para sesepuh dan tokoh-tokoh Habaib di Hadramaut dan Haromain (Mekah dan Madinah) perihatin dan resah.


Karenanya sehubungan dengan diadakannya Musyawarah Rabithah Alawiyah di Jakarta, mereka sepakat memberikan himbauan, serta mengingatkan agar para ‘Alawiyyin dimanapun mereka berada, tetap berpegang teguh dengan ‘aqidah Ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah, serta waspada dan tidak terpengaruh dengan ahli bid’ah (Syi’ah, Khawarij, Mu’tazilah, [Wahabi] dan lain lain ).

Himbauan ini telah dibacakan dan disampaikan kepada hadirin saat Musyawarah Rabithah Alawiyah di Jakarta. Semoga himbauan dan nasehat dari para sesepuh Habaib ini dapat menyadarkan mereka yang sudah terjerumus kedalam aqidah yang menyimpang dari aqidah yang diyakini dan diikuti oleh salafunassholeh.

بسم الله الرحمن الرحيم
يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابت في الحياة الدنيا و في الآخرة - والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإ يمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤؤف رحيم- ياآيهاالذين آمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين
الحمد لله ولي التوفيق, يهدى الله لنوره من يشاء, وصلى الله و سلم على عبده ورسوله المصطفى سيد المرسلين, و خاتم النبيين, و على آله و اهل بيته الطاهرين, وأصحابه الصادقين المفلحين, وتابعيهم بإحسان إلى يوم الدين.

Dari Ulama, Munsib dan tokoh-tokoh keluarga Abi Alawi di Hadramaut dan al-Haramain


Kepada

Pengurus Rabithah Alawiyah dan anggota-anggota khususnya dan Alawiyin di Indonesia dan Asia Tenggara pada umumnya.

السلام عليكم ورحمة الله وبركانه

Sesungguhnya kami mengingatkan saudara sekalian atas ni'mat Allah سبحانه وتعالى yang diberikan berupa bersambungnya nasab kalian kepada tokoh-tokoh ulama yang benar dan jernih dari golongan keluarga Abi ‘Alawi keturunan Imam ‘Alwi bin ‘Ubaidillah bin Imam al-Muhajir Ilallah Ahmad bin ‘Isa [‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.] yang merupakan intisari dari Ahlu Bait Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, yang menguasai ilmu pengetahuan yang luas, mewariskan sifat-sifat kenabian, wara', zuhud, istiqamah dalam melakukan da'wah kejalan Allah سبحانه وتعالى serta mempunyai derajat yang tinggi.

Bersambungnya nasab kepada mereka mengharuskan kalian mengikuti jejak mereka dan menghiasi serta memenuhi diri kita dengan sifat-sifat mereka yang baik dan terpuji serta melipatgandakan rasa tanggungjawab kalian dalam menjaga dan melaksanakan amanah di jalur mereka, memberikan manfaat kepada masyarakat dan bangsa.

Dan kami menegaskan kepada saudara-saudara mengenai urusan seputar Rabithah Alawiyah agar tetap kukuh dan istiqamah di atas aturan-aturan dan landasan yang telah disusun oleh para pengasas dan pengurusan Rabithah ‘Alawiyah terdahulu yang berjalan di atas thariqah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, mengikuti madzhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali ) dan jalan al-Asya’irah yang suci.

Keluarga Abi ‘Alawi adalah bahagian yang tidak terpisahkan dari golongan yang terbanyak dari umat (as-Sawaadil ‘Adzhom) iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka dalam i'tiqad berpegang kepada manhaj al-Asya’irah dan dalam masalah furu' (fiqih) berpegang kepada madzhab Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi’i al-Muthalibi serta berjalan diatas manhaj tasawuf yang suci, jauh dari bid'ah-bid'ah dan penyimpangan. Maka hati-hatilah untuk merubah sesuatu dari apa yang telah mereka tetapkan atau menyimpang dari jalan dan aturan-aturan mereka, atau mengganti dengan manhaj selain manhaj mereka, walaupun bagaimana bentuknya. Sebagaimana syair Imam al-Haddad :

Silsilah sanad mereka berantai sampai kepada Rasulullah
Dari ayah ayahnya hingga kakeknya yang mulia.

Demi Allah, jagalah amanah ini di dalam menjalankan roda perhimpunan Rabithah Alawiyah, sebagaimana hal itu telah dilaksanakan oleh para pendiri terdahulu dan kepengurusannya yang kemudian.


Di samping itu jagalah amanah ini di dalam keluarga, anak-anak lelaki dan anak-anak wanita kalian, kenalkan mereka tentang kedudukan dan thariqah para salafus sholihin serta menjaganya, dan pautkan hati keluarga dan anak-anak kalian dengan mereka, karena dalam perkara tersebut terdapat kebaikan, keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Semoga Allah swt memberikan taufiq untuk kesuksesan Rabithah Alawiyah di tangan kalian dan mempermudah segala urusan sebagaimana Allah Ta’ala telah memudahkan urusan para sholihin. Semoga Allah Ta’ala menjadikan kami dan saudara-saudara dari golongan orang-orang yang beriman dan beramal sholeh, yang berwasiat dalam kebenaran dan kesabaran. Sesungguhnya inilah jalan yang lurus maka ikutilah dan janganlah kalian mengikuti jalan lain yang membawa memisahkan engkau dari jalan Allah Ta’ala.

وبالله التوفيق وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم


27 Tokoh Ulama Habaib dan Munsib Yang Menanda Tangani Himbauan

Al-Habib ‘Abdullah bin Muhamad bin ‘Alwi Bin Syihab - Anggota Majlis Ulama Tarim; Al-Habib Salim bin ‘Abdullah asy-Syathiri - Tokoh Ulama dan Pimpinan Ribat Tarim ; Al-Habib Zein bin Ibrahim Bin Smith - Tokoh Ulama dan Pimpinan Ribat al-Jufri, Madinah al-Munawarah; Al-Habib ‘Ali Masyhur bin Muhamad bin Salim bin Hafidz - Ketua Majlis Fatwa Tarim; Al-Habib Muhsin bin Abu Bakar al-Muhdar - Tokah ‘Alawiyyin San'a, Yaman; Al-Habib Hasan bin Umar al-Haddad – Munsib Makam al-Imam al-Haddad; Al Habib ‘Aidarus bin ‘Umar bin ‘Alwi al-Kaff – Rektor Universiti al-Ahqaf, Hadramaut; Al-Habib ‘Ali bin Muhummad bin ‘Alwi Bin Syihab - Anggota Majlis Ulama Tarim; Al-Habib ‘Aidarus bin ‘Abdullah Bin Smith - Anggota Majlis Ulama Tarim; Al-Habib ‘Umar bin Muhamad bin Salim bin Hafidz - Tokoh Ulama dan Pimpinan Darul Mustafa, Tarim; Al-Habib Muhamad bin Muhsin Bin Syaikh Abu Bakar - Tokoh Ulama; Al-Habib Hasan bin Ahmad Bin Syaikh Abu Bakar - Munsib Bin Syaikh Abubakar; Al-Habib Hamid bin Muhammad Hamid Ba‘Alawi - Imam Masjid Ba‘Alawi; Al-Habib Husein bin ‘Aidarus ‘Aidid - Imam Masjid Maula ‘Aidid; Al-Habib Syaikh bin ‘Abdullah bin Salim al-Habsyi - Munsib Aal Ahmad bin Zein al-Habsyi; Al-Habib Sholeh bin ‘Abdul Qadir al-Hamid - Munsib Aal Hamid; Al-Habib Abdurrahman bin ‘Ali al-Habsyi - Munsib Makam Habib ‘Aidarus bin ‘Umar al-Habsyi; Al-Habib Husein bin ‘Abdul Qadir Balfaqih - Munsib Balfaqih; Al-Habib Hasan bin Muhamad bin Abdullah Bin Syihab - Anggota Majlis Ulama Tarim; Al-Habib Hamid bin Muhamad bin ‘Abdullah Bin Syihab - Anggota Majlis Ulama Tarim; Al-Habib ‘Abdullah bin ‘Ali al- ‘Atthas - Munsib al-‘Atthas; Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi al-‘Aidarus - Imam Masjid as-Saqqaf; Al-Habib Muhammad bin ‘Umar as-Saqqaf - Imam Masjid ‘Ali bin ‘Abdullah as-Saqqaf; Al-Habib Ahmad bin ‘Alwi bin ‘Ali al-Habsyi - Anggota Majlis Ulama Seiwun; Al-Habib Hasyim bin Abdul Qadir al-Habsyi - Ketua Ulama Hadramaut dan Munsib Al Rous; Al-Habib ‘Abdurrahman bin Muhammad as-Saqqaf - Ulama Hadramaut; Al-Habib ‘Ali bin ‘Abdul Qadir al-Habsyi - Munsib al-Habsyi, Seiwun.


Oleh itu berhati-hatilah dengan jarum halus Syiah yang mengajak kepada kecintaan kepada ahlulbait رضي الله عنهم namun di dalam masa yang sama mencerca para shahabat رضي الله عنهم. Akhirkata al-Faqir abuzahrah bawakan sedikit petikan dari kitab yang dikarang oleh al-Muhaddits al-Habib Salim bin Ahmad bin Jindan (wafat 16 Rabiulawwal 1389/ 1 Jun 1969 di Jakarta) di dalam kitabnya al-Ra’ah al-Ghamidhah fi Naqdhi Kalam al-Rafidhah, mengenai golongan yang membenci para shahabat … (kitab ini telah dialihbahasakan dari bahasa Indonesia oleh Lujnah Penyelidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan di terbitkan oleh Sofa Production denga judul Fitnah Syiah)

Hadits ini telah diriwayatkan oleh ramai sahabat termasuklah Imam ‘Ali, Fathimah, Ummu Salamah, al-Hasan, Anas bin Malik, Jabir al-Anshari, Ibn ‘Abbas dan ‘Iyadh al-Anshari رضي الله عنهم. Kesemua mereka telah mendengar dan meriwayatkan daripada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, bahwa Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

سيأتي من بعدي قوم لهم نبز يقال الرافضة فإن أدركتهم فاقتلهم فإنهم مشركون

Setelah kewafatanku, akan muncul satu kaum yang bergelar Rafidhah. Sekiranya kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana sesungguh mereka adalah kaum yang mempersekutukan Tuhan.


‘Ali رضي الله عنه berkata: aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ciri-ciri mereka? Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: Mereka menyanjungimu dengan sesuatu yang tidak ada padamu.

Hadits yang sama turut diriwayatkan oleh Abu zar al-Harawi dari Jabir, Ibn Umar al-Hasan رضي الله عنهم. Diriwayatkan oleh al-Zahabi daripada Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

يكون في آخر الزمان قوم يسمون الرفضة يرفضون الإسلام فاقنلوهم فإنهم مشركون

Pada akhir zaman nanti, akan muncul suatu kaum yang digelar Rafidhah, mereka menolak Islam. Maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya mereka adalah golongan yang mempersekutukan Tuhan.

Di riwayatkan oleh Imam al-Dar Qutni daripada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib كرم الله وجهه, beliau berkata: Aku bertanya Rasulullah tentang ciri-ciri mereka, lalu Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

ينتحلون حب أهل البيت وليسوا كذلك وعلامة ذلك أنهم يسبون أبا بكر وعمر

Mereka seolah-olah mencintai ahli keluarga Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, padahal mereka tidak sedemikian dan tandanya ialah mereka mencaci Abu Bakar dan ‘ Umar رضي الله عنهما

Diriwayatkan juga daripada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib كرم الله وجهه, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda (maksudnya): “Wahai ‘Ali, kamu akan masuk syurga. Wahai ‘Ali kamu akan masuk syurga. Wahai ‘Ali kamu akan masuk syurga. Kelak akan ada suatu kaum yang digelar Rafidhah. Jika kamu menemui mereka, perangilah mereka.” Lalu beliau berkata: Wahai Nabi Allah, apakah tanda-tanda mereka? Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: Mereka tidak pernah dilihat mengerjakan sholat berjemaah dan tidak juga mengerjakan sholat Jum’at. Mereka juga mencela Abu Bakar dan Umar. – Tamat petikan dari buku Fitnah Syiah.


Didalam hadits riwayat at-Tirmidhi dan al-Khatib, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

إذارأيتم الذين يسبون أصحابي فقولوا: لعنة الله على شركم

Jika kalian melihat orang-orang yang mencaci para shahabatku, maka katakanlah kepada mereka: Laknat Allah atas kejahatan kamu.



Sekian. Salam hormat dari,
abuzahrah
Gombak,
6.00 petang, Rabu, 28 Rabiulawwal 1430/ 25 Mac 2009


Ahad, 1 Februari 2009

Dialog Imam Ja’far ash-Shadiq رضي الله عنه dengan Kaum Rafidhah - 2

Petikan daripada buku Bunga Rampai Keutamaan Dzat Ahlulbait oleh Habib Aidarus Alwee Al-Mashoor.

Dialog Imam Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin as-Sibth bin ‘Ali bin Abi Thalib رضي الله عنهم dengan Kaum Rafidhah.

Sambungan dari entri sebelumnya

Rafidhi: Akan tetapi Allah Ta’ala berfirman berkenaan dengan Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه:

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيْلِ اللهِ لاَ يَسْتَوُوْنَ عِنْدَاللهِ

Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus masjidil haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. (Surah at-Taubah: 19)


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Begitu pula dengan ayat alquran yang turun berkenaan dengan Abubakar. Allah Ta’ala berfirman:

لاَ يَسْتَوِي مِنْكُمْ مَّنْ أَنْفَقَ مِنْ قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ أُوْلَئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِّنَ الَّذِينَ أَنْفَقُوا مِنْ بَعْدُ وَقَاتَلُوا وَكُلاً وَعَدَاللهُ الْحُسْنى وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ خَبِيْرٌ
Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi derajatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Haddid: 10)

Sesungguhnya Abu Bakar رضي الله عنه adalah orang pertama yang menginfaqkan hartanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, pertama kali yang berjihad bersama Rasulullah. Ketika orang-orang musyrik datang menganiaya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم hingga berdarah di Makkah, berita tersebut terdengar oleh Abu Bakar رضي الله عنه, segera beliau mendatangi Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan seraya berkata kepada kaum Musyrikin: 'Celakalah kamu, apakah kamu sekalian ingin membunuh seorang yang berkata Allah Ta’ala adalah Tuhannya di mana kebenaran itu telah datang kepadamu melalui Tuhanmu?' Maka kaum Musyrikin tersebut meninggalkan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan membawa Abu Bakar رضي الله عنه serta memukulnya hingga tidak terlihat jelas hidung di wajahnya (karena tertutup oleh darah akibat pukulan kaum musyrikin).

Abu Bakar رضي الله عنه adalah orang yang pertama berjihad di jalan Allah Ta’ala. Orang yang pertama berperang bersama Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, orang yang pertama menginfaqkan hartanya, sehingga Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: 'Tidaklah bermanfaat bagiku suatu harta sebagaimana harta Abu Bakar'.


Rafidhi: Akan tetapi Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه tidak pernah menyekutukan Allah Ta’ala sekejap matapun.


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memuji kepada Abu Bakar رضي الله عنه dengan berbagai macam pujian. Allah Ta’ala berfirman pada surah al-Zumar 33:

وَالَّذِي جَاءَ بِالصِدْقٍ - رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم- وَصَدَّقَ بِهِ – ابو بكر-

Ketika kaum musyrikin saat itu berkata kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

“Engkau adalah seorang pendusta”. Tetapi Abu Bakar رضي الله عنه berkata kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم: “Engkau adalah seorang yang benar”. Maka turunlah ayat ini yang merupakan ayat tashdiq (membenarkan) yang khusus ditujukan kepada seorang yang taqwa, suci, redha dan diredhai, dan menunaikan segala amanah.


Rafidhi: Akan tetapi cinta kepada Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه diwajibkan dan hal itu terdapat dalam Kitabullah. Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Syura ayat 23:

قُلْ لاَّ أسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إَلاَّ الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبى

Tidaklah aku minta kepada kalian, kecuali kecintaan kalian kepada keluargaku.


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Begitu pula dengan Abu Bakar رضي الله عنه. Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Hasyr 10:

وَالَّذِينَ جَاءُ وا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُوْنَا بِالإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوْبِنَا غِلاًّ لّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفُ رَّحِيمٌ
Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor),mereka berdoa: 'Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman, Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau maha penyantun lagi maha penyayang.

Abu Bakar رضي الله عنه termasuk orang-orang terdahulu dalam beriman, maka istighfar baginya adalah wajib, cinta kepadanya adalah wajib, dan benci kepadanya adalah suatu perbuatan kufur.


Rafidhi: Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

الحَسَنُ وَالحُسَينُ سَيِّدًا شَبَابِ أَهْلِ الجَنَّةِ وَاَبُوهُمَا خَيْرٌ مِنْهُمَا

Hasan dan Husein adalah penghulu pemuda ahli surga, dan ayahnya lebih baik dari keduanya.


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Abu Bakar رضي الله عنه mempunyai kedudukan yang lebih utama dari yang demikian itu, sebagaimana ayahku meriwayatkan kepadaku dari datukku dari Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه: “Ketika aku bersama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan tidak ada orang selain diriku, datanglah Abubakar dan Umar رضي الله عنهما, maka Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berkata:

يَا عَلي! هَذَانِ سَيِّدًا كُهُوْلِ أَهْلِ الجَنَّةِ وَشَبَابُهُمَا , … لاَ تَخْبرهُمَا يَا عَلي , مَا دَامَا حَيَّين

'Wahai Ali kedua orang ini adalah penghulu orang dewasa dan pemuda penghuni surga, … janganlah engkau beritahukan kabar ini selama keduanya masih hidup'. Maka tidak aku beritahukan hal itu kepada salah seorang pun hingga mereka berdua meninggal dunia.


Rafidhi: Mana yang lebih utama, Fathimah binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم atau Aisyah binti Abu Bakar ash-Shiddiq رضي الله عنها?


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم: يس , وَالْقُرْآنِ الْحَكِيْمِ - حم , وَالْكِتَابِ الْمُبِيْنِ

Saya bertanya kepada anda mana yang lebih utama Yaasin atau Haa miim? Berdasarkan hal itu mana yang lebih utama Fathimah binti Nabi صلى الله عليه وآله وسلم atau Aisyah binti Abu Bakar ash-Shiddiq رضي الله عنها, bacalah al-Quran?!


Aisyah binti Abubakar Shiddiq رضي الله عنها bersama Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم di syurga, dan Fathimah binti Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah penghulu kaum wanita penghuni syurga. Allah Ta’ala melaknat hambaNya yang mencemarkan kehormatan isteri Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم serta membinasakan hambaNya yang membenci Fathimah binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.


Rafidhi: Aisyah telah membunuh Ali bin Abi Thalib, padahal ia adalah isteri Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Sungguh celaka engkau! Allah Ta’ala berfirman:

وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوْا رَسُوْلُ اللهِ
Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah. (Surah al-Ahzab: 53)

Rafidhi: Abubakar, Umar, Usman dan Ali, apakah kekhalifahan mereka terdapat dalam al-Quran?

Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Ya, bahkan dalam kitab Taurat dan Injil. Allah Ta’ala berfirman:
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ

Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi dan Dia yang meninggikan sebagian kamu atas sebagian (yang lain) beberapa derajat.

اَمَّن يُجِيبُ المُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الأرْضِ

Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan menjadikanmu (manusia) sebagai khalifah di muka bumi?

لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكَّنَنَّ لَهُمْ دِينُهُمْ الَّذِي ارْتَضى لَهُمْ

Dan Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka khalifah (berkuasa) di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah (berkuasa), dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhoi-Nya untuk mereka.

Rafidhi: Wahai anak Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, di mana dalam kitab Taurat dan Injil yang menceritakan kekhalifahan mereka?

Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Allah Ta’ala berfirman:

مُحَمَّدٌ رَّسُولُ اللهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ – ابو بكر رضي الله عنه

, أَشِدَّاءُ عَلَى الكُفَّارِ – عمر رضي الله عنه

, رُحَمَاءُ بِيْنَهُمْ – عثمان رضي الله عنه

, تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدَا يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانًا – علي رضي الله عنه

, سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مَِنْ أَثَرِ السُجُودِ – صحابة رسول الله صلى الله عليه وسلم رضوان الله عليهم

, ذَالِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإِنْجِيلِ

Apa makna yang terdapat dalam Taurat dan Injil tersebut? Iaitu: Muhammad adalah seorang Rasul dan khalifahnya sesudahnya Abubakar, Umar, Usman dan Ali bin Abi Thalib. Kelihatan pada wajah Rafidhi itu belum dapat menerima penjelasan Imam Ja'far, maka beliau berkata: 'Celakalah engkau! Allah Ta’ala berfirman:

كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ – ابو بكر رضي الله عنه

فَاسْتَغْلَظَ – عمر رضي الله عنه

فَاسْتَوى عَلَى سُوْقِهِ – عثمان رضي الله عنه

يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيْظَ بِهِمْ الكُفَّارَ – علي رضي الله عنه

وَعَدَ اللهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُواالصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَاَجْرًا عَظِيْمًا – صحابة رسول الله صلى الله عليه وسلم رضوان الله عليهم

Rafidhi: Wahai anak Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, apakah hal ini terdapat dalam al-Quran?


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Ya. Allah Ta’ala berfirman:

وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاءِ - ( ابو بكر، عمر، عثمان، علي – رضي الله عنهم) ,وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالحَقِّ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُوْنَ

Rafidhi: Wahai anak Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, apakah Allah Ta’ala akan menerima taubatku yang telah membedakan keutamaan antara Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali bin Abi Thalib?


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Ya, pintu taubat selalu terbuka, maka perbanyaklah istighfar bagi mereka. Jika engkau selalu membeda-bedakan di antara mereka, maka engkau akan meninggal bukan dalam kesucian Islam, dan kebaikan engkau seperti amalan para orang-orang kafir yang tidak bermanfaat.


Setelah peristiwa dialog itu, Rafidhi tersebut bertaubat.

Sumber: al-asyraf.net

Dialog Imam Ja’far ash-Shadiq رضي الله عنه dengan Kaum Rafidhah - 1

Petikan daripada buku Bunga Rampai Keutamaan Dzat Ahlulbait oleh Habib Aidarus Alwee Al-Mashoor.

Dialog Imam Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin as-Sibth bin ‘Ali bin Abi Thalib رضي الله عنهم dengan Kaum Rafidhah.

Diriwayatkan oleh ‘Ali ibnu Sholeh, telah datang seorang lelaki dari kaum Rafidhah kepada Imam Ja'far bin Muhammad ash-Shadiq, kemudian dia berkata:

Rafidhi: Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Wa'alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh.

Rafidhi: Wahai anak Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, siapakah manusia yang terbaik sesudah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم?

Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Abu Bakar al-Shiddiq رضي الله عنه.

Rafidhi: Apa hujjah atas yang demikian itu.

Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Allah Ta’ala berfirman:

لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللهَ مَعَنَا. فَأَنْزَلَ اللهُ سَكِيْنَتَهُ , عَليْهِ وَ أَيَّدَهُ بِجُنُوْدٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُفْلَى ,إِلاَّ تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِيْنَ كَفَرُوا ثَانِىَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِى الغَارِ إِذْيَقُولُ لِصَاحِبِهِ , وَكَلِمَةُ اللهِ هِىَ العُلْيَا. واللهُ عَزِيْزٌ حَكِيمٌ

“Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita'. Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi maha Bijaksana” (urah at-Taubah: 40)


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Selain mereka berdua yang utama, apakah ada diantara manusia yang lebih utama dari Abu Bakar رضي الله عنه selain Nabi صلى الله عليه وآله وسلم?


Rafidhi: Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه, karena beliau tidur di pembaringan Rasullulah صلى الله عليه وآله وسلم untuk menggantikannya tanpa sedikitpun merasa gelisah, cemas, khawatir dan takut.

Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Begitu pula Abu Bakar رضي الله عنه, sesungguhnya ia bersama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tanpa sedikitpun merasa gelisah, cemas, khawatir dan takut.

Rafidhi: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman berlainan dengan apa yang engkau katakan!

Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Apa bunyinya?

Rafidhi: Allah berfirman:

إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَا

Yang berarti Abu Bakar mempunyai perasaan gelisah, cemas khawatir dan takut?


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Tidak! karena kata sedih (حزن) bukanlah gelisah, cemas, khawatir atau takut. Abu Bakar رضي الله عنه merasa sedih karena Nabi صلى الله عليه وآله وسلم akan dibunuh, sehingga beliau tidak akan dapat lagi membela dan melayani agama Allah Ta’ala. Abu Bakar رضي الله عنه tidak bersedih karena memikirkan dirinya sendiri, ketika ia disengat lebih dari seratus sengatan ular, ia bertahan merasakan sengatan itu, tidak gelisah, tidak bangun dari tempatnya bahkan tidak bergerak sedikitpun.


Rafidhi: Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا وَلِّيُكُمْ اللهُ وَرَسُوْلُهُ وَالَّذِيْنَ آ مَنُوا الَّذِيْنَ يُقِيمُوْنَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ

Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (Surah al-Maaidah: 55)

Ayat tersebut turun berkenaan dengan Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه ketika ia sedang ruku', ia memberikan cincinnya sebagai sedekah. Dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

الحمد لله الذي جعلها فيَّ و في أهل بيتي

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan pahala sedekah itu untuknya dan untuk keluarganya).


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Ayat yang turun sebelumnya pada surah tersebut mempunyai keutamaan yang lebih besar lagi. Allah Ta’ala berfirman:

يَاأَيُّهَّا الَّذِيْنَ آ مَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya. (Surah al-Maaidah: 54)


Yang dimaksud di atas adalah murtad setelah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم wafat. Sebagian orang Arab murtad dan tidak mahu menyerahkan zakat setelah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم wafat. Kaum kafir tersebut berkumpul di Nahawan dan berkata: Orang yang yang telah menyebarkan agama Allah telah meninggal. Sehingga Umar bin Khattab رضي الله عنه berkata kepada Abu Bakar رضي الله عنه: ‘Terimalah shalat mereka, tinggalkanlah zakat mereka’ Abu Bakar رضي الله عنه berkata: ‘Jika saja mereka menolakku untuk mengambil zakat mereka walaupun sekedar tali leher unta sebagaimana pernah diperintahkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, maka akan aku perangi mereka, sekalipun mereka semua berkumpul melawanku, tetap akan aku perangi sendirian’. Ayat tersebut menunjukkan bahwa Abu Bakar رضي الله عنه lebih utama.


Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman:

يُنْفِقُونَ أمْوَالَهُمْ بِالَّلَيلِ وَ النَّهَارِ سِرًّا وَ عَلاَنِيَةً

Orang-orang yang menginfaqkan hartanya pada waktu malam dan siang Dalam keadaan rahasia maupun terang-terangan. (Surah al-Baqarah: 274)



Ayat tersebut turun berkenaan dengan Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه yang menginfaqkan hartanya sebesar empat dinar. Beliau menginfaqkan satu dinar pada malam hari, satu dinar pada siang hari, satu dinar dengan cara rahasia dan satu dinar lagi beliau infaqkan dengan terang-terangan.

Imam Ja'far ash-Shadiq رضي الله عنه: Abu Bakar Shiddiq رضي الله عنه lebih utama lagi dari peristiwa tersebut. Al-Quran menggambarkan beberapa ayat yang turun berkenaan dengan Abu Bakar Shiddiq. Allah Ta’ala berfirman (Surah al-Lail: 1 – 7 dan 17 – 21):

وَاللّيلِ إِذَا يَغْشى , وَالنَّهَارِ إِذَا تَجَلّى , وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالأنْثى , إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى , فَأَمَّا مَنْ أَعْطَى وَاتَّقى , وَصَدَّقَ بِالْحُسْنى (ابو بكر), فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرى - ابو بكر

وَ سَيُجَنَّبُهَا الأَتْقى , الَّذِي يُؤْتِي مَالُهُ يَتَزَكَّى(ابو بكر) وَمَا لأَحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزى , إِلاَّ ابْتِغَاءَ وَجْهُ رَبِّهِ الأَعْلى, وَلَسَوْفَ يَرْضى - ابو بكر


Abu Bakar as-Shiddiq رضي الله عنه telah menginfaqkan hartanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sebesar empar puluh ribu dinar hingga ia menjadi orang yang fakir. Maka Malaikat Jibril pun diutus Allah Ta’ala untuk bertemu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, dan berkata: “Sesungguhnya Allah Ta’ala menyampaikan salam kepadamu”. Kemudian Jibril berkata: “Sampaikan salamku kepada Abu Bakar. Dan tanyakan kepadanya, apakah engkau (wahai Abubakar) redha atas kefakiranmu ini ataukah tidak? Abu Bakar رضي الله عنه menjawab: Apakah aku pantas tidak redha kepada Allah Ta’ala? Sesungguhnya aku sangat redha! (diucapkan tiga kali). Dan Allah Ta’ala akan memenuhi janji kepada orang yang diredhaiNya.


Related Posts with Thumbnails