Khamis, 25 Ogos 2011

Jangan Lupa Malam Ini!


Hidupkan Malam Raya

Ramadhan masih berbaki beberapa hari. Masih punya peluang untuk menhidupkan malam-malamnya dengan ibadah. Bahkan malam 27 dan 29 masih belum berlalu …. Pergunakanlah peluang ini sebaiknya.

Sebelum berangkat pulang ke kampung, ingin al-fagir berkongsi mengenai amalan pada malam dan pagi hariraya atas permintaan beberapa orang teman. Semoga ianya berfaedah buat kita semua.
Malam raya adalah satu malam yang sering dilupai untuk dihidupkannya dengan beribadah. Kebiasaannya pada malam ini, orang sibuk dalam membuat persiapan untuk menyambut hariraya keesokkannya. Ada yang sibuk menghiasi rumah, ada yang sibuk menyediakan juadah hariraya, ada yang sibuk membakar lemang, merebus ketupat, mengacau rendang, ada yang sibuk berbual dengan saudara-mara, maklumlah jarang-jarang balik kampung, ada yang sibuk bersama anak-anak membakar mercun, bungaapi dan sebagainya … bahkan kita dapati pada malam tersebut ada masjid-masjid yang menjadi sepi, tidak seperti sebelum di malam-malam Ramadhan.

Sebenarnya pada malam tersebut ada kelebihannya yang tersendiri. Maka jom ubah tradisi kita kepada menghidupkan malam hariraya dengan mengerjakan amal ibadah seperti bertakbir, berdhikir, berdoa dan sebagainya, agar hati kita sentiasa hidup ….. jom kita banyakkan berdoa ……. kerana malam raya adalah Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa) …. Semoga segala ‘amalan kita diterimaNYA dan kita diredhoiNYA …..

Orang yang beribadat pada malam raya, tidak akan mati hatinya. Ibnu Majah meriwayatkan:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَيِ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ، لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ.

Ertinya: Daripada Sayyidina Abu Umamah رضي الله عنه daripada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Barangsiapa berdiri (mengerjakan ibadah) pada malam dua raya (malam ‘eidul fitri dan malam ‘eidul adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, tidak mati hatinya pada hari dimatikan segala hati. (Hadits riwayat Ibnu Majah)

Manakala ath-Thabrani meriwayatkan daripada Sayyidina ‘Ubadah t, bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبِ

Ertinya: Barangsiapa menghidupkan malam raya fitrah dan malam raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari Allah mematikan hati-hati. (al-Jami’ ash-Shaghir, hadits no 8343: Dhaif)

Disebutkan di dalam Tarikh al-Munziri (marfu’)Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

من أحيا ليلتـي العدين وليلة النصف شعبان لم يمت قلبه يوم تموت القلوب

Ertinya: Barangsiapa yang menghidupkan dua malam raya (‘eidul fitri dan ‘eidul adha) dan malam nisfu Sya’ban, tidak akan mati hatinya pada hari Allah mematikan hati-hati.

Menurut pendapat ulama, yang dimaksudkan mati hati ialah:
  • terbelenggunya hati dengan kecintaan terhadap dunia yang memutuskannya daripada melakukan amalan kebaikan dan kewajiban agama.
  • menjadi kafir
  • ketakutan hari qiamat.

Maulana Muhammad Zakaiyya al-Kandahlawi, di dalam kitab Fadhilat Ramadhan, menghuraikan maksud hadits “tidak akan mati hatinya pada hari Allah mematikan hati-hati” di atas bahwa ketika terjadinya bermacam-macam fitnah dan kefasadan, ketika hati manusia telah mati, hatinya akan tetap hidup atau dapat dimaksudkan juga yakni pada hari ketika sangkalala di tiup nanti, maka hatinya tetap dalam keadaan sedar, pada saat orang-orang lain dalam keadaan tidak sedar.

Doa dimaqbulkan: Malam hariraya juga adalah malam-malam yang dimaqbulkan doa. Sayyidina Abu Umamah رضي الله عنه meriwayatkan:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَمْسُ لَيَالٍ لا تُرَدُّ فِيهِنَّ الدَّعْوَةُ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَةُ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةُ الْفِطْرِ، وَلَيْلَةُ النَّحْرِ

Ertinya: Daripada Sayyidina Abu Umamah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasululah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Lima malam yang tidak ditolak pada malam-malam tersebut sesuatu doa: Awal malam daripada Rajab, malam nisfu Sya’ban, malam Jumu’at dan malam ‘eidul fitri dan malam ‘eidul adha (dikeluarkan oleh ad-Dailami, Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimasyq)

Diriwayatkan dari Sayyidina Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما, beliau berkata:

خَمْسُ لَيَالٍ لَا يُرَدُّ فِيْهِنَّ الدُّعَاءُ: لَيْلَةُ الْجُمْعَةِ، وَأَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةُ الْنِصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَتَا العَيْدَيْنِ

Ertinya: Lima malam yang tidak ditolak padanya akan doa: Malam Jumu’at, awal malam Rejab, malam nisfu Sya’ban dan dua malam raya (‘eidul fitri dan ‘eidul adha) – (dikeluarkan oleh ‘Abdurrazzaq di dalam Mushannaf dan juga al-Baihaqi di dalam Syua’b al-Iman – mauquf)

Imam panutan kita yaitu al-Imam Muhamamd bin Idris asy-Syafie رضي الله عنه menyebut di dalam kitabnya al-Umm:

وَبَلَغَنَا أَنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِيْ خَمْسِ لَيَالٍ : فِيْ لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى، وَلَيْلَةِ الفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجِبٍ ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

Ertinya: Telah sampai kepada kami, bahwa doa yang dimustajabkan (yakni yang makbulkan oleh Allah) pada lima malam iaitu pada malam Jum’at, malam raya korban, malam raya fitrah, awal malam daripada bulan Rajab dan malam nisfu Sya’ban.

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ أَحْيَا الْلَيَالِيَ الْأَرْبَعَ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ : لَيْلَةَ التَّرْوِيَةِ ، وَلَيْلَةَ عَرَفَةَ ، وَلَيْلَةَ النَّحْرِ ، وَلَيْلَةَ الْفِطْرِ

Ertinya: Daripada Sayyidina Mu’adz bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata: Rasululah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Barangsiapa menghidupkan malam-malam yang empat, wajib baginya syurga: (Malam-malam tersebut) malam tarwiyah, malam ‘arafah, malam nahar (malam raya korban) dan malam raya fitrah (Imam as-Sayuthi merumuzkan hadits ini dengan tanda Shahih, al-Jami’ ash-Shaghir, hadits no 8342; manakala al-Munawi di dalam mensyarahkan al-Jami ash-Shaghir mengatakan sanadnya dhaif)

Hiasi malam raya dengan bertakbir dan ibadah-ibadah lain: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sememangnya menyuruh kita agar menghiasi malam raya itu dengan bertakbir, bertahmid dan lain-lain.

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: زِيِّنُوْا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيْرِ

Ertinya: Daripada Sayyidina Abu Umamah رضي الله عنه daripada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Hiasilah kalian akan hari-hari raya kalian dengan takbir. (Hadits riwayat ath-Thabarani)

Maka jom kita pakat perbanyakkan bertakbir kerana ia adalah syi’ar hariraya. Pakat takbir di masjid, di surau, di rumah-rumah dan dijalanan. Biaq bergema malam raya kita dengan takbir. Biaq meriah dengan takbir bukannya dengan lagu-lagu raya, dentuman mercun atau meriam buluh ……

Kata Imam Ibnu Hajar al-Haithami: “Sunat melaungkan takbir (‘eidulfitri) sama ada di rumah-rumah, di jalan-jalan, di masjid-masjid dan di pasar-pasar dengan suara jahr atau yang nyaring, bermula dari terbenam matahari pada malam Hari Raya dan berterusan sehingga imam mengangkat takbiratulihram pada sembahyang Hari Raya. Ini kerana takbir itu adalah sebagai syi‘ar bagi menandakan waktu Aidilfitri itu telah tiba maka adalah lebih awla dikerjakan atau disambut dengan takbir.”
 
Cuma yang perlu diingatkan, melaungkan takbir dengan suara jahr adalah disunatkan bagi kaum lelaki sahaja. Adapun bagi perempuan atau khuntsa, tidak disunatkan melaungkannya dengan suara jahr ketika ada orang lain yang bukan mahram hadir bersama mereka.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: زِيِّنُوْا العَيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ والتَّكْبِيْرِ والتَّحْمِيْدِ والتَّقْدِيْسِ

Ertinya: Daripada Sayyidina Abu Umamah رضي الله عنه daripada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Hiasilah kalian akan dua hari raya (‘eidul fitri dan ‘eidul adha) dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis. (Hadits riwayat Abu Nu’aim)

Menghidupkan malam raya dengan beribadat, ganjarannya syurga sepertimana yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu’adz bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata: Rasululah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

مَنْ أَحْيَا الْلَيَالِيَ الْأَرْبَعَ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ : لَيْلَةَ التَّرْوِيَةِ، وَلَيْلَةَ عَرَفَةَ، وَلَيْلَةَ النَّحْرِ، وَلَيْلَةَ الْفِطْرِ

Ertinya: Barangsiapa menghidupkan malam-malam yang empat, wajib baginya syurga: (Malam-malam tersebut) malam tarwiyah, malam ‘arafah, malam hari nahar (malam raya korban) dan malam raya fitrah. (Imam as-Sayuthi merumuzkan hadits ini dengan tanda Shahih, al-Jami’ ash-Shaghir, hadits no 8342; manakala al-Munawi di dalam mensyarahkan al-Jami ash-Shaghir mengatakan isnadnya dhaif)

‘Amalan pada pagi raya: Al-‘Allamah Syeikh ‘Abdul Hamid bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Qaadir al-Jawi (Kudus, Indonesia) al-Makki asy-Syafie (pengajar dan Imam mazhab Syafie di Maqam Ibrahim, Masjidilharam) menyebut di dalam kitabnya Kanz an-Najaah wa as-Surur fi ad-Ad'iyah al-Ma`tsurah allati Tasyrah ash-Shuduur:

Daripada apa yang dituntut pada kedua harinya (‘eidul fitri dan ‘eidul adha): Apa yang disebut oleh al-Wanaa`i di dalam risalahnya: Barangsiapa beristighfar pada hari raya setelah sholat shubuh 100x, tidak kekal di dalam buku catatannya suatupun daripada dosa-dosa melainkan dipadamkan daripadanya dan jadilah dia pada hari qiamat aman daripada azab-azab Allah.

Dan barangsiapa berkata: سبحان الله وبحمده 100x pada hari raya dan (setelah selesai membacanya) dia berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berikan akan ganjarannya (yakni ganjaran membaca tasbih) kepada ahli qubur … maka tiada tinggalkan seorangpun daripada orang-orang mati (yang dia hadiahkan pahala bacaannya itu) melain berkata mereka itu pada hari qiamat: Wahai Yang Maha Penyayang, rahmatilah hambaMu ini dan Engkau jadikanlah ganjaran kepadanya syurga.

Dan berkata al-Fasyani di dalam Tuhfatul Ikhwan: Daripada Sayyidina Anas رضي الله عنه daripada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Hiasilah kalian akan dua hari raya (‘eidul fitri dan ‘eidul adha) dengan tahlil, taqdis, tahmid dan takbir.

Dan daripada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم: Barangsiapa berkata سبحان الله وبحمده 300x (pada hari raya) kemudian dihadiahkan (pahalanya) bagi orang yang telah mati darpada muslimin kalangan orang-orang Islam, dimasukkan dalam tiap-tiap kubur 1,000 nur dan  dijadikan Allah Ta’ala baginya pada quburnya apabila ia mati (kelak) 1, ooo nur.

Dan kata az-Zuhri: Kata (Sayyiduna Anas رضي الله عنه): Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم : Barangsiapa membaca pada tiap-tiap salah suatu daripada dua hariraya (‘eidul fitri atau ‘eidul adha):

لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيْتُ، بِيَدِهِ الخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ - ٤۰۰x

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dalam kekuasaanNyalah mempunyai kebaikan dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. – 400x dahulu daripada sholat al-‘eid (sholat raya), dikahwinkan oleh Allah Ta’ala akan 400 hauro` (bidadari syurga) dan seperti ia merdekakan 100 roqobah (hamba sahaya) dan diwakilkan oleh Allah Taala dengan dia malaikat memperbuat baginya beberapa dusun dan menanamkan mereka itu  baginya beberapa pohon kayu hingga hari qiamat.

Kata Zuhri: Tiada aku tinggal akan dia sejak aku dengar akan dia daripada Sayyidina Anas رضي الله عنه dan kata Sayyiduna Anas رضي الله عنه : Tiada aku tinggal akan dia sejak aku dengar daripada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. – tamat petikan. Amalan ini juga disebut oleh al-‘Allamah Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani di dalam Jam’ul Fawaa`id wa Jawaahir al-Qalaa’id, halaman 117.

Meskipun hadits-hadits yang diutarakan diatas dhaif namun boleh beramal dengannya dalam perkara-perkara fadhail ‘amal sepertimana yang disebut oleh ulama-ulama mu’tabar seperti Imam an-Nawawi dan lain-lainnya. Jom ubah tradisi malam dan pagi raya kita! Sekian untuk kesempatan ini, bertemu lagi lepas raya nanti ......

Buat pengunjung al-Fanshuri, al-fagir ucapkan:
 تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
وجعلنا الله وإياكم من العائدين الفائزين
كل عام وأنتم بخير


Sekian dari
al-faqir ilaLlah al-ghani
abu zahrah ‘abdullah thahir al-qadahi
lepas lohoq, 25 ramadhan 1432H/25 ogos 2011M
taman seri gombak

Jumaat, 19 Ogos 2011

Lailatul Qadar: Mungkin Ini Peluang Terakhir Kita!

2/3 Ramadhan bakal berlalu, maka tinggallah 1/3 yang terakhir, iaitu 10 hari terakhir. 1/3 inilah yang merupakan puncaknya Ramadhan kerana dicelah-celahnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari 1,000 bulan. Bagi mereka yang kental imannya, inilah masa mereka untuk pulun …. Kalau di Makkah, Madinah, Tarim dan lain-lain negara ‘Arab, 10 terakhir inilah masjid-masjid sesak dengan para jemaah beribadat, beri’tikaf …. Berbanding dengan kat tempat kita di Malaysia ni, masjidnya penuh di awal Ramadhan, manakala diakhirnya makin berkurang. Yang penuhnya adalah bazar-bazar Ramadhan, gedung-gedung membeli belah ……. Jom kita ubah tradisi ini. Kita lupakan tentang hariraya dan persiapan untuknya kerana menurut kata sebahagian orang-orang sholeh, hakikat hariraya itu adalah orang yang bertambah keta’atannya dan diampuni dosa-dosanya.

ليس العيد لمن لبس الجديد وإنما العيد لمن طاعاته تزيد،
 وليس العيد لمن تجمَّل باللباس والركوب إنما العيد لمن غفرت له الذنوب

Bukanlah hariraya itu bagi orang orang yang memakai persalinan baru, tetapi hariraya itu adalah bagi orang yang keta’atannya bertambah. Dan bukanlah hariaraya itu bagi orang yang berhias dengan persalinan dan tunggangannya, tetapi hariraya itu adalah bagi orang yang telah diampun baginya dosa-dosanya (oleh Allah Ta’ala).

Nah, hanya tinggal 10 hari untuk merebut ganjaran Ramadhan, bahkan di 10 yang terakhir inilah yang terlebih utamanya. Jom kita penuhkan masjid-masjid kita! Jom beri'tikaf! Jom berqiyam!

Firman Allah Ta’ala:


Ertinya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Surah al-Qadar: 1 – 5)

Malam tersebut adalah malam yang penuh dengan keberkatan, sepertimana firmanNya:

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَـٰرَ‌كَةٍ

Ertinya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat. (Surah ad-Dukhan: 3)

Maka barangsiapa yang beribadat dan menghayati malam yang penuh berkat ini nescaya dia beroleh keampunan dari Allah Ta’ala. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Ertinya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه daripada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda: Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang mendirikan akan  lailatul qadar (dengan amal ibadah) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadits riwayat Ahmad, al-Bukhari dan lain-lain)

Di sepuluh malam terakhir dari Ramadhan, Junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم lebih bersungguh-sungguh dalam beribadat.



قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ .

Ertinya: Telah berkata Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersungguh-sungguh memperbanyakkan ‘amal ibadat pada 10 malam yang terakhir (dari bulan Ramadhan) berbanding dengan masa yang lain (Hadits riwayat  Ahmad, Muslim, Ibnu Majah dan lain-lain)

Baginda صلى الله عليه وآله وسلم juga menyeru, menyuruh umatnya agar lebih bersungguh-sungguh di 10 terakhir Ramadhan ini sepertimana sabda Baginda صلى الله عليه وآله وسلم:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Ertinya: Daripada Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها bahawalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda: Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim,Abu Daud dan lain-lain)

عن عبادة بن الصامت: أنه سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ليلة القدر، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم:  في رمضان، التمسوها في العشر الأواخر؛ فإنها في وتر إحدى وعشرين، أو ثلاث وعشرين، أو خمس وعشرين أو سبع وعشرين، أو تسع وعشرين، أو في آخر ليلة

Ertinya: Daripada Sayyidina Ubadah bin ash-Shomit رضي الله عنه bahwasanya beliau telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم mengenai Lailatul Qadar. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Ianya di dalam bulan Ramadhan, pada 10 yang terakhir, dan bahwasanya ia terjadi pada malam yang ganjil samada malam 21, 23, 35, 27 dan 29 atau pada malam terakhir Ramadhan. (Hadits riwayat Imam Ahmad. Berkata al-Hafidz Ibn Hajar, para perawi hadits ini tsiqah).

Dalam hadits lain yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, Ibn Jarir, Muhammad bin Nashr dan Ibnu Mardawaih, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

اطلبوا ليلة القدر في العشر الأواخر.

Ertinya: Carilah kalian akan Lailatul Qadar pada 10 yang akhir (dari Ramadhan). (Dur al-Mantsur)

Maka untuk itulah para ulama, berdasarkan hadits-hadits Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan pengalaman para salaf serta dari pengalaman mereka sendiri telah merumuskan jadual dalam menentukan malam yang penuh barokah ini, agar mudah untuk memberi tumpuan kepadanya.


Pun begitu jadual ini adalah sekadar panduan. Bagi mereka yang bersungguh-sungguh beribadat pada 10 malam yang terakhir, dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka mereka akan mendapat ganjaran besar pada malam tersebut. Dan bagi mereka yang terpilih untuk mengetahui malam tersebut dengan disingkapkan tanda-tandanya, maka itu adalah kurniaan yang sangat besar kepadanya.

Imam as-Sayuthi menyebut sebuah hadits di dalam tafsirnya berjudul Dur al-Mantsur:

وأخرج أحمد وابن جرير ومحمد بن نصر والبيهقي وابن مردويه عن عبادة بن الصامت أنه سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ليلة القدر فقال: في رمضان في العشر الأواخر فإنها في ليلة وتر في إحدى وعشرين، أو ثلاث وعشرين، أو خمس وعشرين، أو سبع وعشرين، أو تسع وعشرين، أو آخر ليلة من رمضان من قامها إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه، ومن أماراتها أنها ليلة بلجة صافية ساكنة ساجية لا حارة ولا باردة، كأن فيها قمراً ساطعاً، ولا يحل لنجم أن يرمى به تلك الليلة حتى الصباح، ومن أماراتها أن الشمس تطلع صبيحتها لا شعاع لها، مستوية، كأنها القمر ليلة البدر، وحرم الله على الشيطان أن يخرج معها يومئذ.

Ertinya: Dan telah mengeluarkan Ahmad, Ibnu Jarir, Muhammad bin Nashr, al-Baihaqi dan Ibnu Mardawaih daripada Sayyidina Ubadah bin ash-Shomit رضي الله عنه bahwasanya beliau telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم mengenai Lailatul Qadar. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Ianya di dalam bulan Ramadhan, pada 10 yang terakhir, dan bahwasanya ia terjadi pada malam yang ganjil samada malam 21, 23, 35, 27 dan 29 atau pada malam terakhir Ramadhan. Barangsiapa yang mendirikan malam ‘Lailatu Qadar’ (untuk beribadah) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. Di antara tanda-tandanya adalah malam itu keadaannya terang, bersih, tenang, sunyi, tidak panas, tidak dingin, seolah-olah disitu ada bulan bercahaya, tidak ada bintang (seperti panah api) yang dilemparkan pada malam itu sehingga pagi. Daripada tanda-tandanya juga bahawa  pada pagi hari itu, matahari terbit tanpa pancaran sinar, bagaikan bulan purnama. Pada hari itu Allah mengharamkan syaithan keluar bersamanya.


Syeikh ‘Abdullah Basmeih, menyebut di dalam kitab Mastika Hadith Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Selain itu para ‘alim ulama juga ada menyebut beberapa tanda atau ‘alamat berhubung dengan malam ‘Lailatul Qadar’ iaitu:

  • Ada yang berkata: Orang yang menemui malam ‘Lailatul Qadar’, ia melihat nur yang terang benderang di segala tempat, hatta segala ceruk yang gelap gelita
  • Ada pula yang berkata: Ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari malaikat
  • Ada juga yang berkata: Ia melihat segala benda (termasuk pohon-pohon kayu) rebah sujud
  • Ada pula yang berkata: Doa permohonannya makbul.

Imam al-Tabari رحمه الله memilih ‘qaul’ yang menegaskan: Bahawa semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya ia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan “melihat atau mendengarnya” untuk menemui malam 'Lailatul Qadar'. (al-Fath al-Rabbani 10:296)


Yakni yang penting ialah ta’at mengerjakan ‘amal bakti kerana Allah semata-mata, kerana balasannya tetap terjamin dan akan dinikmati di dunia dan akhirat. tamat petikan dari Mustika Hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , Jilid 3 -

Seandainya bertemu  ‘Lailatul Qadar’ maka perbanyakkanlah membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kepada Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها iaitu:

Berhati-hatilah Dalam Berbicara


Tatkala berbicara darihal Junjungan Mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , maka sayogialah kita semua berhati-hati dan memperhaluskan adab berbicara. Biarlah apa yang keluar dari lisan kita yang molek-molek belaka, kerana ditakuti apa yang kita perkatakan itu menyakiti Junjungan Mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Menyakiti Junjungan Mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  besar implikasinya. Maka eloklah kita berpandu kepada nasihat ulama kita, seperti kata al-Qadhi Hussin:


فنحن لا نقول إلا ما يرضي ربنا ويرضي رسولنا صلى الله عليه وآله وسلم ولا نتجرأ على مقامه صلى الله عليه وآله وسلم الشريف ونؤذيه صلى الله عليه وآله وسلم  بالكلام بما لا يرضيه صلى الله عليه وآله وسلم

Maka, kami tidak mengatakan melainkan apa yang diredhai Rabb kami dan apa yang diredhai Rasul kami صلى الله عليه وآله وسلم Dan tidaklah kami memberanikan diri terhadap kedudukan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم yang mulia dan menyakiti Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dengan perkataan yang tidak diredhai Baginda صلى الله عليه وآله وسلم




Di dalam kitab Intabih Diinuka fil Khathar (Awas Agamamu Dalam Bahaya) oleh al-‘Allamah Abu ‘Abdullah ‘Alwi al-Yamani, pengarang  telah menaqalkan sebahagian daripada fatwa seorang ulama besar Mesir al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad Bakhit yang terhimpun di dalam al-Fatawa al-Islamiyyah mengenai implikasi orang yang yang menyakiti Junjungan Mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Syeikh Muhammad Bakhit bin Hussin al-Muthi’ie al-Hanafi merupakan salah seorang ulama besar Mesir. Lahir pada 10 Muharram 1271H/1854M. Belajar di al-Azhar asy-Syarif. Dilantik menjadi Mufti Besar Mesir pada 9 Shafar 1333 dan menjawat jawatan tersebut sehingga 16 Syawwal 1338. Sepanjang memegang jawatan sebagai Mufti Besar Mesir, beliau telah mengeluarkan 2o28 fatwa. Beliau meninggal dunia di Kaherah pada 21 Rajab 1354H/1935M. Fatwa yang dibicarakan ini bertarikh Rabi’ul Awwal 1338H/25 November 1919M. Sebahagian fatwa tersebut yang dinaqalkan didalam kitab Intabih Diinuka fil Khathor


Soalah 103: Apakah pendapat asy-Syeikh Muhmmad Bakhit al-Muthi’ie mengenai terselamat (dari siksaan api neraka) kedua ayahanda dan bonda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم?

(Jawab) Telah berkata asy-Syeikh al-Muthi’ie: Orang yang berkata ia dengan kewafatan kedua ayahanda dan bonda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم atas kekufuran adalah satu kesalahan yang besar dan nyata. Dia berdosa dan termasuk di dalam orang yang menyakiti RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم, akan tetapi tidak dihukumkan ke atasnya dengan kafir kerana masalah itu bukanlah daripada perkara-perkara yang dharuriyyat agama (yang tidak boleh tidak atau bersangkutan dengan ‘aqidah) yang wajib ke atas mukallaf mengetahinya dengan terperinci.

Begitu juga al-Imam as-Sayuthi menyebut di dalam kitabnya al-Munifah fi al-Aba asy-Syarifah perkataan al-Qadhi Abu Bakar ibn al-‘Arabi al-Maliki:

نقلت بخط الشيخ كمال الدين الشمني والد شيخنا الإمام تقي الدين رحمهما الله تعالى ما نصه : سئل القاضي أبو بكر بن العربي عن رجل قال : إن أبا النبي صلى الله عليه وسلم في النار ، فأجاب بأنه ملعون ، لأن الله تعالى قال :} إن الذين يؤذون الله ورسوله لعنهم الله في الدنيا والآخرة وأعد لهم عذابا مهينا{ ، قال : لا أذى أعظم من أن يقال عن أبيه إنه في النار (الدرج المنيفة في الآباء الشريفة : 103 )

Telah menaqalkan aku dari khat (tulisan) Kamal al-Diin al-Syumuni, bapa kepada Syeikh kami al-Imam Taqiyuddin (yakni Taqiyuddin Yahya bin Kamaluddin Muhammad asy-Syumuni) رحمهما الله تعالى, apa yang telah menashkan beliau: Ditanyai al-Qadhi Abu Bakar ibn al-‘Arabi mengenai seorang lelaki yang telah berkata ia: Sesungguhnya bapa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di dalam nereka. Maka menjawab ia (al-Qadhi Abu Bakar ibn al-‘Arabi) dengan bahwasanya orang tersebut terlaknat. Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala, telah berfirman ia (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah menyakiti Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala tuduhan yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah. (Surah al-Ahzab: 69). Beliau (al-Qadhi Abu Bakar ibn al-‘Arabi) berkata: Dan tiada perkara yang menyakiti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang terlebih besar daripada seseorang itu mengatakan bahwa bapa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada di dalam neraka. (ad-Durji al-Munifah fi al-Aba asy-Syarifah: 103)

Maka fahamilah wahai saudara-saudaraku yang dikasihi

Sekian dari
al-fagir ilaLlah abu zahrah
sahur, Juma’at, 19 Rmadhan 1432H/19 Ogos 2011M
taman seri gombak

Related Posts with Thumbnails