Isnin, 30 Mac 2009

Berhati-hatilah tatkala membicarakan hal para shahabat رضي الله عنهم …


Catatan ini adalah peringatan khusus buat diriku dan buat saudara-saudaraku yang tercinta …


Tatkala kita berbicara atau menuturkan atau memberi komen tentang para shahabat رضي الله عنهم maka sayogianya kita berhati-hati agar tidak tergelincir lidah ketika berbicara. Janganlah diikutkan sedap mulut berbicara, kerana kata pepatah melayu ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’ …

Al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh ‘Abdusshamad al-Falimbani menyebut di dalam kitabnya Sair al-Saalikin tatkala membicarakan hal kebinasaan atau bencana lisan (lidah).


(Dan kata) Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى di dalam Ihya Ulumiddin:

ويدخل فيه الخوض في حكاية البدع والمذاهب الفاسدة وحكاية ما جرى من قتال الصجابة على وجه يوهم الطعن في بعضهم. فكل ذلك باطل، والخوض فيه خوض في الباطل

Artinya: Dan termasuk pula di dalam perkataan yang bathil itu, iaitu masuk di dalam berhikayat [perkara-perkara] yang bid’ah dan menghikayatkan segala madzhab yang fasid dan menghikayatkan akan perkataan yang berlaku daripada kelakuan [peristiwa] perang shahabat Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم setengahnya dengan setengahnya atas jalan yang membawa mencela akan setengah daripada mereka itu. Maka sekalian yang demikian itu bathil dan masuk berkata-kata di dalamnya itu, iaitu perkataan yang bathil lagi haram.

[Ditransliterasi dari kitab Sairus Salikin; Shaikh Abdusshamad al-Falimbani; Maktabah wa Mathba'ah Sulaiman Mar’ie, Singapore 1372H – 1953M; Juzuk ke-3; Halaman 76]

Itulah diantara peringatan ulama ahlus sunnah wal jamaah. Aqidah ahlus mengajarkan kita bahwa wajib kita meng’itiqadkan bahawa para shahabat رضي الله عنهم itu bersifat dengan sifat ‘adil dan seandainya berlaku khilaf diantara mereka maka hendaklah kita ta’wilkan kalau kita punya pengetahuan tentangnya atau kita diam tanpa komen. Mari kita perhatikan apa yang disebut oleh ulama ahlus sunnah kita di dalam kitab Syarah Matan Jauharah:

Dan wajib pula mengi’tiqadkan orang yang mukallaf itu kepada ‘adil segala shahabat رضي الله عنهم, maka kata mushannif رضي الله عنه:

وأول التشاجر الذي ورد - إن خضت فيه واجتنب داء الحسد

Yakni apabila telah yaqin hatimu bahwasanya segala shahabat رضي الله عنهم tentu ‘adilnya dan terlebih baik manusia ba’d al-nabiy (selepas Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم) maka engkau ta’wilkan ikhtilaf shahabat رضي الله عنهم dengan setengahnya yang telah dikhabarkan oleh ulama ahlul Islam jikalau engkau mengenal dalam masalah ta’wil atau engkau tawaqqufkan ia kepada Allah سبحانه وتعالى, maka iaitu terlebih aslam. Dan jkalau masuk engkau di dalam membicarakan demikian itu, engkau tinggalkan lebih jahatnya hasad kepada tiap-tiap segala shahabat kerana bahwasanya orang yang keji akan salah suatu (seorang) daripada shahabat sangat sesat yang amat besar dan adakalanya menjadi kafir dengan nas hadits yang syarif kerana bahwasanya membicarakan akan perihal shahabat dalam ikhtilafnya antara segala shahabat di dalam perihal yang bangsa dunia, maka iaitu tiada masuk ia di dalam masalah i’tiqad dan adakalanya sebab menjadi sesat orang itu. (Syahdan) masuk dalam membicarakan ikhtilaf shahabat antara setengahnya dengan setengahnya itu makruh tanzih atas qaul ulama yang rajih dan kata setengah ulama iaitu haram dan inilah di dalam hak ulama iaitulah mengenal ia dalam ilmu usuluddin dan ilmu akhbar yang shahih dan isnad yang shahih atau hasan (Dan kata) Syaikh ‘Abdus Salam, tiada harus bagi ulama itu masuk dalam membicarakan dalam perihal ikhtilaf antara shahabat dengan setengahnya di dalam perihal yang bangsa dunia melainkan kerana menolak ia atas orang yang sesat atau kerana mengajarkan anak muridnya ketika membaca demikian (Dan adapun) orang awam itu maka HARAM ia halnya putus dan telah zahir fitnah dan bala’ di dalam tiap-tiap diyar (negara-negara) segala manusia itu menghikayatkan perihal ikhtilaf shahabt dengan setengahnya …..


(Syahdan) wajib atas kamu berpegang kepada ‘aqidah ahlussunnah wal jamaah dan jangan engkau mengambil ilmu ‘aqidah daripada hikayat beberapa kitab ahli tawarikh (sejarah) kerana banyak orang yang sesat itu berbuat-buat hikayat tawarikh Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dan auladnya (anak-cucunya) dan shahabat رضي الله عنهم ….. [petikan dari syarah bagi Matan Jauharatut Tauhid, halaman 41 – 42]

Untuk lebih jelas silalah rujuk kepada kitab berkenaan atau Ithaf al-Murid Syarah ‘Abdussalam al-Maliki ‘ala Jauharah at-Tauhid oleh Syaikh ‘Abdussalam ibn Ibrahim al-Maliki ataupun Hasyiah Muhammad bin Muhmmad al-Amir ‘ala Syarah ‘Abdussalam ibn Ibrahim al-Maliki.

Sebagai peringatan lagi ….. tersebut di dalam sebuah:

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ: لاَ تَسُبُّوْا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَباً مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِْيفَهُ (رواه البخاري و مسلم والترمذي والنسائي و أحمد وعبد بن حميد)

Dari Abu Said al-Khudri رضي الله عنه beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: “Janganlah kalian mencaci shahabat-shahabatku kerana seandainya salah seorang dari kalian meginfaqkan emas sebesar gunung Uhud, tidak akan dapat menyamai satu atau setengah mud yang diinfaqkankan oleh salah seorang dari mereka”. (Hadits riwayat: al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Ahmad dan Abdu bin Humaid )

[1 mud bersamaan lebihkurang 675gram, maka setengah mud bersamaan 337.5gram]


Maka kita tidak selayaknya membicarakan pertelingkahan yang berlaku sesama mereka رضي الله عنهم. Mereka رضي الله عنهم adalah golongan yang diakui Allah sebagai umat yang terbaik. Mereka رضي الله عنهم berada dikurun yang terbaik. Mereka رضي الله عنهم yang mengutamakan Allah dan RasulNYA dari keluarga bahkan diri mereka sendiri. Mereka رضي الله عنهم yang menginfaqkan harta kekayaan mereka pada Allah dan RasulNYA. Mereka رضي الله عنهم yang menginfaqkan diri mereka untuk kemuliaan Islam. Islam dan Iman yang kita nikmati kemanisannya sekarang ini adalah hasil dari dakwah, perjuangan, pengorbanan, titik peluh dan titisan darah mereka رضي الله عنهم yang berjuang bersama-sama kekasih mereka Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

Adapun pun kita … serba lekeh … serba dhoif ….. yang mengutamakan nafsu dari perintah Allah dan RasulNya …. yang mengutamakan dunia dari akhirat …. yang sentiasa ghaflah … [hambalah tuu! ……]. Maka tanyakan pada diri kita …. Apa yang pernah kita lakukan untuk kemuliaan Islam? Berapa banyak harta kita infaqkan? Sebanyak mana parut luka yang berbekas ditubuh kita demi kerana Islam? Berapa titisan darah kita yang tumpah demi mendaulatkan Islam? Sebanyak mana cacian kita terima demi untuk tegakkan Islam? Hitung sendiri.

Di dalam hadits yang lain pula disebut:

من سب أصحابي فقد سبني ومن سبني فقد سب الله ومن سب الله يوشك أن يأخذه

Barangsiapa mencaci-cerca para shahabatku, maka di sebenarnya telah mencaci aku. Barangsiapa mencaci aku, maka bererti dia telah mencaci Allah. Dan barangsiapa mencaci Allah, dikuatiri Allah akan menyeksanya.


Al-Habib ‘Abdullah al-Haddad رضي الله عنه menyebut beberapa buah hadits di dalam kitab beliau berjudul ad-Da’watut Tammmah, antaranya:

إحفظوني في أصحابي، لا تتخذهم غرضا من بعدي، من أحبهم فبحبي أحبهم، ومن أبغضهم وببغضي أبغضهم، ومن آذاهم فقد آذاني، ومن آذاني فقد آذى الله, ومن آذى الله فيوشك أن يأجذه

Jagalah diriku dengan menjaga para shahabatku. Jangan kalian menjadikan mereka sebagai sarana (cacian) sepeninggalanku. Banragsiapa mencintai mereka, maka ia mencintai mereka kerana mencintaiku. Dan barangsiap membenci mereka, maka ia membenci mereka kerana membenciku. Banragsiapa menyakiti mereka, maka ia menyakitiku. Dan barangsiapa menyakitiku berarti ia menyakiti Allah. Dan banragsiapa telah menyakiti Allah, maka ia menjadi dekat dengan siksaNya. (Hadits riwayat at-Tirmidhi dan Ahmad dengan matan yang berbeda)


إذا ذكر أصحابي فأمسكوا

Jika (keburukan) para shahabtku disebut, maka tahanlah diri kalain (agar tidak membicarakannya) – dikeluarkan oleh ath-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir daripada Ibn Mas’ud رضي الله عنه, Ibn ‘Ady di dalam al-Kamal daripada Ibn Mas’ud dan Tsauban رضي الله عنهما, juga oleh Ibn ‘Ady daripada Ibn Umar رضي الله عنهما. Asy-Sayuthi mengatakan hadits ini hasan.



Maka apabila ada yang mengajak kepada mazhab ahlulbait (ini adalah taktik Syiah), maka ingatlah akan pesanan al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad. [Beliau adalah merupakan ahlulbait. Seorang qutub. Nasabnya: al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad al-Haddad bin ‘Alawi bin Ahmad bin Abi Bakar bin Ahmad bin Abi Bakar al–Thowil bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Faqih Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Alawi bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi Khali’ Qasam bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Hussin al-Sibth bin ‘Ali suami Fathimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Untuk mengetahuinya lebih lanjut, silalah baca sedikit biografi beliau yang pernah abuzahrah tulis. Dapatkan disini]

Pesan al-Habib ‘Abdullah al-Haddad رضي الله عنه di dalam kitabnya Risalah al-Mu’awwanah:



Hendaklah engkau membentengi pegangan kepercayaanmu (yakni i'tiqadmu), memperbaikinya dan memperkukuhkannya atas jalan kumpulan yang mendapat kejayaan, iaitu kumpulan yang terkenal antara berbagai kumpulan sebagai 'Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Ahlus Sunnah wal Jama`ah adalah orang yang berpegang teguh dengan jalan Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dan para sahabat رضي الله عنهم. Jika engkau teliti nas-nas al-Qur`an dan as-Sunnah - yang berhubung dengan keimanan - dengan pemahaman yang benar, fikiran sihat yang terbit dari hati yang bersih, serta engkau pelajari perjalanan hidup para salafus sholeh daripada kalangan sahabat dan tabi`in, nescaya engkau akan mengetahui dengan yakin bahawa kebenaran itu berada bersama kumpulan yang dikenali sebagai al-Asy`ariyyah yang dinisbahkan kepada asy-Syaikh Abul Hasan al-Asy'ari رضي الله عنه yang telah menyusun segala kaedah pegangan 'aqidah ahlul haq serta menyaring segala dalilnya. Inilah 'aqidah yang dipegangi oleh para sahabat رضي الله عنهم dan orang-orang selepas mereka daripada kalangan para tabi`in yang terpilih."

Di dalam kitab an-Nashoih al-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah, al-Habib ‘Abdullah al-Haddad رضي الله عنه menyebut:


وأن يعتقد فضل أصحاب رسول الله (صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم) وترتيبهم، وأنهم عدول خيار أمناء، لا يجوز سبهم ولا القدح في أحد منهم. وأن الخليفة الحق بعد رسول الله (صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم): أبو بكر، ثم عمر الفاروق، ثم عثمان الشهيد، ثم علي المرتضى، رضي الله تعالى عنهم وعن أصحاب رسول الله (صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم) أجمعين، وعن التابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين، وعنا معهم برحمتك اللهم يا أرحم الراحمين

Kemudian hendaklah ia beri’tikad tentang keutamaan para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dan tertib susunan mereka. Dan sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang lurus perjalanannya benar perilakunya serta dipercaya. Tidak diperbolehkan memakinya atau merendahkan derajatnya dan kedudukan seorang pun diantaranya. Dan Sesungguhnya khalifah yang berhak sesudah Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ialah Abu Bakar as-Shiddiq, sesudahnya adalah Umar Ibnul Khaththab yang bergelar al-Faruq, dan sesudahnya adalah Utsman bin Affan yang mati syahid, dan sesudahnya adalah Ali bin Abi Thalib yang diredhai, semoga Allah meredhai mereka dan juga kepada para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, dan seterusnya kepada para Tabi’in dengan baik hingga hari Qiamat. Dan juga kepada kita sekalian dengan kemurahanMu, wahai Dzat yang Maha Pemurah. Amin.

Manakala di dalam Diwannya yang bernama ad-Dur al-Mandzum li dzawi al-‘Uqul wa al-Fuhum, al-Habib ‘Abdullah al-Haddad رضي الله عنه menyebut:

Jika kau ingin hidup bahagia sepanjang umurmu dan setelah mati, kuburmu dijadikan taman syurga # Dan engkau dibangkitkan tatkala tiupan sangkakala dalam keadaan aman dari rasa takut, terancam, terusir dan dari kerugian # Dan dihadapkan (kepada Allah) dalam kemuliaan dan keagungan, diberi khabar gembira oleh para malaikat dengan kejayaan dan ganjaran pahala # Dan diberatkan timbangan amalanmu dengan amalan-amalan yang menggembirakan engkau di Padang Mahsyar # Dan engkau melintasi sepantas kilat titian ash-Shirath, serta meneguk minuman dari telaga Nabi al-Mustofa yang suci # Dan hidup kekal dalam syurga-syurga yang tinggi penuh keni'matan, mendapat bahagian untuk dekat dengan Tuhan yang Satu, Maha Esa dan Tunggal # Dan engkau melihatNya dengan matamu dalam keadaan Dia Maha Suci dari bertempat, dari kaifiyyat, dari had dan batasan# Maka perelokkan keyakinanmu, kerana sesungguhnya apabila keyakinan telah sempurna, yang ghaib akan nampak nyata tanpa diengkari # Dan jadikanlah Asy'ariyyah sebagai pegangan i'tiqadmu, kerana sesungguhnya ia adalah sumber minuman yang suci bersih dari penyimpangan dan kekufuran # Dan telah menyusun Quthubul Imam sandaran kita, 'aqidahnya yang merupakan penawar bagi segala marabahaya # Dan orang yang kumaksudkan dengannya itu ialah satu-satunya yang disifatkan dengan gelaran Hujjatul Islam (yakni Imam al-Ghazali), maka sudah sepatutnya engkau berasa bangga.

Di dalam kitab yang sama juga al-Habib ‘Abdullah al-Haddad رضي الله عنه terdapat syairnya tentang kemuliaan para shahabat رضي الله عنهم. Rasanya setakat ini dululah. Insyaallah sampai ketemu lagi didalam coretan seterusnya………. Sekian ampun maaf dari abuzahrah andaikata terdapat kesilapan dan kekurangan. Semoga Allah memimpun kita ke jalan yang diredhaiNYA.



abuzahrah al-Qedahi
Dhuha, Ahad 2 Rabiulakhir 1430H/ 29 Mac 2009
Dirumahku … Gombak.

Khamis, 26 Mac 2009

Awas! Jarum Halus Syiah ….

Tatkala aku menelusuri beberapa buah blog dan website, tumpuanku terhenti pada sebuah blog yang dipunyai oleh seorang penulis muda yang terkenal …. Aku terus membaca entri beliau yang bertarikh 24 Mac 2009. Entri bertajuk Lebih Dari Selamat. Aku amat-amati betul-betul mesej yang ingin disampaikan. Hah … tak lain tak bukan jarum syiah …….. Oleh kerana itu abuzahrah rasakan perlu diberi penjelasan mengenai dakwaan mereka ini walaupun abuzahrah bukanlah ahlinya. Namun demi mengelakkan pembaca daripada dakyah halus ini, maka abuzahrah lakukan sekadar termampu. Bukan untuk berdebat dengan sesiapa tetapi sekadar memberi peringatan agar tidak terjebak dengan dakyah mereka ……………..

Dalam artikel berkenaan, penulisnya mengajak pengunjung atau pembacanya dari kalangan sunni (ahlus sunnah wal jama’ah) untuk kembali kepada warisan ahlul bait berdalilkan hadits yang dipetik dari kutubussittah. Namun di dalam bila dibaca seterusnya penulis ‘kondem’ para shahabat رضي الله عنهم secara halus. Dari sini sudah dapat dicium agenda halus gerakan syiah di Malaysia…..

Memang hadits yang dibawakan itu benar dan diterimapakai oleh ulama ahlussunnah wal jama’ah. Dan sememangnya golongan ahlussunnah wal jama’ah menyintai, menyayangi dan mengikuti para ahlulbait رضي الله عنهم, namun ahlussunnah wal jama’ah tidak mencerca para shahabat رضي الله عنهم, tidak pernah memperlekehkan para shahabat رضي الله عنهم sampai mengatakan shahabat utama bermulut celupar …. bahkan tidak membanding keutamaan mereka dengan kita ….

Sesungguhnya bagi kita ahlussunnah wal jama’ah, didalam urusan perselisihan … pertelingkahan … peristiwa yang berlaku dikalangan para shahabt رضي الله عنهم tiadalah layak bagi kita untuk mengomentarinya. Teringat abuzahrah kata-kata guru mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, seorang ulama ahlulbait … apakah layak kita yang tidak punya apa-apa jaminan ini mengomentari para shahabat رضي الله عنهم yang telah mendapat keredhaan Allah dan dijamin syurga? Siapa kita?

وَٱلسَّابِقُونَ ٱلأَوَّلُونَ مِنَ ٱلْمُهَاجِرِينَ وَٱلأَنْصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا ٱلأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَآ أَبَداً ذٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ

Ertinya: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah at-Taubah: 100)

Oleh itu berhati-hatilah kita didalam memperihalkan para shahabat رضي الله عنهم sementelahan lagi satu riwayat mengatakan menyebutkan bahwa Rasululah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

لاتسبوا أصحابي فمن سب أصحابي فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين لا يقبل الله منه صرف ولا عدلا

Jangan kalian mencela shahabatku kerana barangsiapa mencela para shahabatku maka atasnya laknat Allah dan malaikat serta manusia sekeliannya. Tidaklah Allah akan menerima darinya yang fardhu dan tidak pula yang sunat.

Dalam hadits yang lain:
من سب أصحابي فقد سبني ومن سبني فقد سب الله ومن سب الله يوشك أن يأخذه
Barangsiapa mencaci-cerca para shahabatku, maka di sebenarnya telah mencaci aku. Barangsiapa mencaci aku, maka bererti dia telah mencaci Allah. Dan barangsiapa mencaci Allah, dikuatiri Allah akan menyeksanya.

Golongan ahlussunnah wal jama’ah adalah golongan menyintai kedua-dua, ahlulbait رضي الله عنهم dan para shahabat رضي الله عنهم dan tahu meletakkan mereka pada tempat dan kedudukannya berdasarkan keutamaan-keutamaan yang telah Allah dan RasulNYA tetapkan. Kecintaan kepada kedua-duanya adalah asas didalam Islam. Sungguh kecintaan kepada ahlulbait رضي الله عنهم tidak dapat bersama dengan kebencian kepada para sahabat رضي الله عنهم. Cintakan ahlulbait رضي الله عنهم bererti kita kena turut mencintai para sahabat رضي الله عنهم. Inilah pesanan Imam Ali رضي الله عنه:
لا يجتمع حبي و بغض ابي بكر و عمر

Tidak akan berhimpun kecintaan kepadaku dan kebencian kepada Abu Bakar dan 'Umar.

Maka orang yang mengakui cintakan ahlulbait, cintakan Imam Husain, cintakan Imam 'Ali رضي الله عنهم, sedangkan dalam masa yang sama membenci Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina 'Umar dan sahabat yang lain رضي الله عنهم, maka kecintaannya itu adalah palsu, pembohongan semata-mata. Justru kecintaan kepada ahlulbait Junjungan صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dan para sahabat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم adalah daripada keimanan, bahkan menjadi perkara pokok dan asas dalam Islam sebagaimana dinyatakan dalam satu hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu an-Najjar dalam Tarikhnya di mana al-Imam Hasan bin ‘Ali رضي الله عنهما menyatakan bahawa Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. bersabda:-


لكل شيء أساس , وأساس الاٍسلام حب أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وحب أهل بيته

Setiap sesuatu ada asasnya dan asas Islam itu keciintaan kepada para shahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dan kecintaan kepada ahlulbaitnya.

Allahu ... Allah, maka di manakah dasar dan asas bagi Islamnya seseorang yang hatinya membenci para sahabat dan ahli keluarga Junjungan صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

Sungguh menghairankan mereka mendakwa membawa mazhab ahlulbait, namun para ulama ahlulbait sendiri memberi peringatan agar dakyah mereka dijauhi dan bernaung dibawah payung ahlussunnah wal jama’ah. Mari kita perhatikan peringatan ini:


HIMBAUAN DAN NASEHAT
DARI SESEPUH HABAIB HADRAMAUT DAN HAROMAIN

Berita mengenai adanya beberapa oknum [peribadi] Habaib ‘Alawiyyin di Indonesia dan di beberapa negara yang terpengaruh dengan aliran sesat Syi’ah Imamiyyah Itsna ‘Asyariyyah atau yang sekarang menggunakan nama samaran Madzhab Ahlul Bait, telah membuat para sesepuh dan tokoh-tokoh Habaib di Hadramaut dan Haromain (Mekah dan Madinah) perihatin dan resah.


Karenanya sehubungan dengan diadakannya Musyawarah Rabithah Alawiyah di Jakarta, mereka sepakat memberikan himbauan, serta mengingatkan agar para ‘Alawiyyin dimanapun mereka berada, tetap berpegang teguh dengan ‘aqidah Ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah, serta waspada dan tidak terpengaruh dengan ahli bid’ah (Syi’ah, Khawarij, Mu’tazilah, [Wahabi] dan lain lain ).

Himbauan ini telah dibacakan dan disampaikan kepada hadirin saat Musyawarah Rabithah Alawiyah di Jakarta. Semoga himbauan dan nasehat dari para sesepuh Habaib ini dapat menyadarkan mereka yang sudah terjerumus kedalam aqidah yang menyimpang dari aqidah yang diyakini dan diikuti oleh salafunassholeh.

بسم الله الرحمن الرحيم
يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابت في الحياة الدنيا و في الآخرة - والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإ يمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤؤف رحيم- ياآيهاالذين آمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين
الحمد لله ولي التوفيق, يهدى الله لنوره من يشاء, وصلى الله و سلم على عبده ورسوله المصطفى سيد المرسلين, و خاتم النبيين, و على آله و اهل بيته الطاهرين, وأصحابه الصادقين المفلحين, وتابعيهم بإحسان إلى يوم الدين.

Dari Ulama, Munsib dan tokoh-tokoh keluarga Abi Alawi di Hadramaut dan al-Haramain


Kepada

Pengurus Rabithah Alawiyah dan anggota-anggota khususnya dan Alawiyin di Indonesia dan Asia Tenggara pada umumnya.

السلام عليكم ورحمة الله وبركانه

Sesungguhnya kami mengingatkan saudara sekalian atas ni'mat Allah سبحانه وتعالى yang diberikan berupa bersambungnya nasab kalian kepada tokoh-tokoh ulama yang benar dan jernih dari golongan keluarga Abi ‘Alawi keturunan Imam ‘Alwi bin ‘Ubaidillah bin Imam al-Muhajir Ilallah Ahmad bin ‘Isa [‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.] yang merupakan intisari dari Ahlu Bait Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, yang menguasai ilmu pengetahuan yang luas, mewariskan sifat-sifat kenabian, wara', zuhud, istiqamah dalam melakukan da'wah kejalan Allah سبحانه وتعالى serta mempunyai derajat yang tinggi.

Bersambungnya nasab kepada mereka mengharuskan kalian mengikuti jejak mereka dan menghiasi serta memenuhi diri kita dengan sifat-sifat mereka yang baik dan terpuji serta melipatgandakan rasa tanggungjawab kalian dalam menjaga dan melaksanakan amanah di jalur mereka, memberikan manfaat kepada masyarakat dan bangsa.

Dan kami menegaskan kepada saudara-saudara mengenai urusan seputar Rabithah Alawiyah agar tetap kukuh dan istiqamah di atas aturan-aturan dan landasan yang telah disusun oleh para pengasas dan pengurusan Rabithah ‘Alawiyah terdahulu yang berjalan di atas thariqah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, mengikuti madzhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali ) dan jalan al-Asya’irah yang suci.

Keluarga Abi ‘Alawi adalah bahagian yang tidak terpisahkan dari golongan yang terbanyak dari umat (as-Sawaadil ‘Adzhom) iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka dalam i'tiqad berpegang kepada manhaj al-Asya’irah dan dalam masalah furu' (fiqih) berpegang kepada madzhab Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi’i al-Muthalibi serta berjalan diatas manhaj tasawuf yang suci, jauh dari bid'ah-bid'ah dan penyimpangan. Maka hati-hatilah untuk merubah sesuatu dari apa yang telah mereka tetapkan atau menyimpang dari jalan dan aturan-aturan mereka, atau mengganti dengan manhaj selain manhaj mereka, walaupun bagaimana bentuknya. Sebagaimana syair Imam al-Haddad :

Silsilah sanad mereka berantai sampai kepada Rasulullah
Dari ayah ayahnya hingga kakeknya yang mulia.

Demi Allah, jagalah amanah ini di dalam menjalankan roda perhimpunan Rabithah Alawiyah, sebagaimana hal itu telah dilaksanakan oleh para pendiri terdahulu dan kepengurusannya yang kemudian.


Di samping itu jagalah amanah ini di dalam keluarga, anak-anak lelaki dan anak-anak wanita kalian, kenalkan mereka tentang kedudukan dan thariqah para salafus sholihin serta menjaganya, dan pautkan hati keluarga dan anak-anak kalian dengan mereka, karena dalam perkara tersebut terdapat kebaikan, keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Semoga Allah swt memberikan taufiq untuk kesuksesan Rabithah Alawiyah di tangan kalian dan mempermudah segala urusan sebagaimana Allah Ta’ala telah memudahkan urusan para sholihin. Semoga Allah Ta’ala menjadikan kami dan saudara-saudara dari golongan orang-orang yang beriman dan beramal sholeh, yang berwasiat dalam kebenaran dan kesabaran. Sesungguhnya inilah jalan yang lurus maka ikutilah dan janganlah kalian mengikuti jalan lain yang membawa memisahkan engkau dari jalan Allah Ta’ala.

وبالله التوفيق وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم


27 Tokoh Ulama Habaib dan Munsib Yang Menanda Tangani Himbauan

Al-Habib ‘Abdullah bin Muhamad bin ‘Alwi Bin Syihab - Anggota Majlis Ulama Tarim; Al-Habib Salim bin ‘Abdullah asy-Syathiri - Tokoh Ulama dan Pimpinan Ribat Tarim ; Al-Habib Zein bin Ibrahim Bin Smith - Tokoh Ulama dan Pimpinan Ribat al-Jufri, Madinah al-Munawarah; Al-Habib ‘Ali Masyhur bin Muhamad bin Salim bin Hafidz - Ketua Majlis Fatwa Tarim; Al-Habib Muhsin bin Abu Bakar al-Muhdar - Tokah ‘Alawiyyin San'a, Yaman; Al-Habib Hasan bin Umar al-Haddad – Munsib Makam al-Imam al-Haddad; Al Habib ‘Aidarus bin ‘Umar bin ‘Alwi al-Kaff – Rektor Universiti al-Ahqaf, Hadramaut; Al-Habib ‘Ali bin Muhummad bin ‘Alwi Bin Syihab - Anggota Majlis Ulama Tarim; Al-Habib ‘Aidarus bin ‘Abdullah Bin Smith - Anggota Majlis Ulama Tarim; Al-Habib ‘Umar bin Muhamad bin Salim bin Hafidz - Tokoh Ulama dan Pimpinan Darul Mustafa, Tarim; Al-Habib Muhamad bin Muhsin Bin Syaikh Abu Bakar - Tokoh Ulama; Al-Habib Hasan bin Ahmad Bin Syaikh Abu Bakar - Munsib Bin Syaikh Abubakar; Al-Habib Hamid bin Muhammad Hamid Ba‘Alawi - Imam Masjid Ba‘Alawi; Al-Habib Husein bin ‘Aidarus ‘Aidid - Imam Masjid Maula ‘Aidid; Al-Habib Syaikh bin ‘Abdullah bin Salim al-Habsyi - Munsib Aal Ahmad bin Zein al-Habsyi; Al-Habib Sholeh bin ‘Abdul Qadir al-Hamid - Munsib Aal Hamid; Al-Habib Abdurrahman bin ‘Ali al-Habsyi - Munsib Makam Habib ‘Aidarus bin ‘Umar al-Habsyi; Al-Habib Husein bin ‘Abdul Qadir Balfaqih - Munsib Balfaqih; Al-Habib Hasan bin Muhamad bin Abdullah Bin Syihab - Anggota Majlis Ulama Tarim; Al-Habib Hamid bin Muhamad bin ‘Abdullah Bin Syihab - Anggota Majlis Ulama Tarim; Al-Habib ‘Abdullah bin ‘Ali al- ‘Atthas - Munsib al-‘Atthas; Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi al-‘Aidarus - Imam Masjid as-Saqqaf; Al-Habib Muhammad bin ‘Umar as-Saqqaf - Imam Masjid ‘Ali bin ‘Abdullah as-Saqqaf; Al-Habib Ahmad bin ‘Alwi bin ‘Ali al-Habsyi - Anggota Majlis Ulama Seiwun; Al-Habib Hasyim bin Abdul Qadir al-Habsyi - Ketua Ulama Hadramaut dan Munsib Al Rous; Al-Habib ‘Abdurrahman bin Muhammad as-Saqqaf - Ulama Hadramaut; Al-Habib ‘Ali bin ‘Abdul Qadir al-Habsyi - Munsib al-Habsyi, Seiwun.


Oleh itu berhati-hatilah dengan jarum halus Syiah yang mengajak kepada kecintaan kepada ahlulbait رضي الله عنهم namun di dalam masa yang sama mencerca para shahabat رضي الله عنهم. Akhirkata al-Faqir abuzahrah bawakan sedikit petikan dari kitab yang dikarang oleh al-Muhaddits al-Habib Salim bin Ahmad bin Jindan (wafat 16 Rabiulawwal 1389/ 1 Jun 1969 di Jakarta) di dalam kitabnya al-Ra’ah al-Ghamidhah fi Naqdhi Kalam al-Rafidhah, mengenai golongan yang membenci para shahabat … (kitab ini telah dialihbahasakan dari bahasa Indonesia oleh Lujnah Penyelidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan di terbitkan oleh Sofa Production denga judul Fitnah Syiah)

Hadits ini telah diriwayatkan oleh ramai sahabat termasuklah Imam ‘Ali, Fathimah, Ummu Salamah, al-Hasan, Anas bin Malik, Jabir al-Anshari, Ibn ‘Abbas dan ‘Iyadh al-Anshari رضي الله عنهم. Kesemua mereka telah mendengar dan meriwayatkan daripada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, bahwa Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

سيأتي من بعدي قوم لهم نبز يقال الرافضة فإن أدركتهم فاقتلهم فإنهم مشركون

Setelah kewafatanku, akan muncul satu kaum yang bergelar Rafidhah. Sekiranya kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana sesungguh mereka adalah kaum yang mempersekutukan Tuhan.


‘Ali رضي الله عنه berkata: aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ciri-ciri mereka? Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: Mereka menyanjungimu dengan sesuatu yang tidak ada padamu.

Hadits yang sama turut diriwayatkan oleh Abu zar al-Harawi dari Jabir, Ibn Umar al-Hasan رضي الله عنهم. Diriwayatkan oleh al-Zahabi daripada Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

يكون في آخر الزمان قوم يسمون الرفضة يرفضون الإسلام فاقنلوهم فإنهم مشركون

Pada akhir zaman nanti, akan muncul suatu kaum yang digelar Rafidhah, mereka menolak Islam. Maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya mereka adalah golongan yang mempersekutukan Tuhan.

Di riwayatkan oleh Imam al-Dar Qutni daripada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib كرم الله وجهه, beliau berkata: Aku bertanya Rasulullah tentang ciri-ciri mereka, lalu Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

ينتحلون حب أهل البيت وليسوا كذلك وعلامة ذلك أنهم يسبون أبا بكر وعمر

Mereka seolah-olah mencintai ahli keluarga Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, padahal mereka tidak sedemikian dan tandanya ialah mereka mencaci Abu Bakar dan ‘ Umar رضي الله عنهما

Diriwayatkan juga daripada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib كرم الله وجهه, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda (maksudnya): “Wahai ‘Ali, kamu akan masuk syurga. Wahai ‘Ali kamu akan masuk syurga. Wahai ‘Ali kamu akan masuk syurga. Kelak akan ada suatu kaum yang digelar Rafidhah. Jika kamu menemui mereka, perangilah mereka.” Lalu beliau berkata: Wahai Nabi Allah, apakah tanda-tanda mereka? Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: Mereka tidak pernah dilihat mengerjakan sholat berjemaah dan tidak juga mengerjakan sholat Jum’at. Mereka juga mencela Abu Bakar dan Umar. – Tamat petikan dari buku Fitnah Syiah.


Didalam hadits riwayat at-Tirmidhi dan al-Khatib, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

إذارأيتم الذين يسبون أصحابي فقولوا: لعنة الله على شركم

Jika kalian melihat orang-orang yang mencaci para shahabatku, maka katakanlah kepada mereka: Laknat Allah atas kejahatan kamu.



Sekian. Salam hormat dari,
abuzahrah
Gombak,
6.00 petang, Rabu, 28 Rabiulawwal 1430/ 25 Mac 2009


Rabu, 25 Mac 2009

Syarah Hikam Ibn Atho'illah oleh Tok Pulau Manis - Siri 14

Transliterasi Kitab Syarah Hikam Ibn Athoillah al-Sakandari oleh Shaikh Abdul Malik bin Abdullah bin Abdul Qahhar bin Syarif Muhammad al-Baghdadi @ Tok Pulau Manis

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Faqir al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar daripada para asatizah dan juga dari sekelian pengunjung al-Fanshuri sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada masyaikh, tuanguru-tuanguru dan para asatizah yang berkeahlian dalam bidang ini, seandainya tidak memahami isi kandung kitab tasawuf ini. Janganlah diandaikan dengan pemahaman sendiri, ditakuti tiada muwafakat dengan apa yang dimaksudkan penulis kitab ataupun dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Ampun maaf diatas segala kelemahan pentransliterasi. Al-Faqir hanya sekadar ingin berkongsi khazanah para ulama kita. Sekian



أم كيف يرحل إلى الله وهومكبل بشهواته

[Artinya]:Atau betapa berjalan ia kepada Allah Ta’ala pada hal tertambat dengan segala syahwatnya.

(Maka) orang yang tertambat itu tiada boleh ia berjalan, maka tiadalah boleh kembali ia kepada Allah Ta’ala daripada pertambatan syahwatnya. (Dan) sungguhnya tiadalah dapat berjalan pada alam thobiatnya kepada hadrat al-Haq Ta’ala. Maka kerana demikian itulah lazim meninggalkan segala syahwat bagi orang yang berkehendak kepada jalan Haq dan jikalau yang mubah sekalipun. (Dan) kerana demikian itu kata setengah mereka itu: Bermula sengat tebuan atas badan yang luka itu terlebih mudah (terlebih ringan) daripada sengat syahwat atas hati orang yang tawajjuh.”


Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah - (Siri - 14)

Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah “جلاء القلوب بذكر الله” oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani رحمه الله تعالى atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal.(Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara)

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh al-Haqir al-Faqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar daripada para asatizah dan juga dari sekelian pengunjung al-Fanshuri sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada masyaikh tuanguru-tuanguru dan para asatizah yang berkeahlian dalam bidang ini, seandainya tidak memahami isi kandung kitab tasawuf ini. Janganlah diandaikan dengan pemahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan apa yang dimaksudkan penulis kitab ataupun dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Ampun maaf diatas segala kelemahan. Al-Faqir hanya sekadar ingin berkongsi khazanah para ulama kita. Sekian.

Fashal (فصل) pada menyatakan faqir haqiqi kepada Allah

Hai saudaraku! Sucikanlah olehmu akan hatimu bagi Allah daripada mensertakan amanah Allah. Dan rahsia olehmu akan dia dengan faqir haqiqi kepada Allah dan buang olehmu akan dakwa kerana sekalian barang yang dalam tujuh petala langit dan tujuh petala bumi itu milik bagi Allah. Adapun barang yang ada pada engkau daripada segala hamba sahaya dan harta dan anak dan jasad dan ruh dan sekalian hawas [panceindera] dan kuat, maka sekeliannya itu bagi Allah beri pinjam kan dikau jua. Maka janganlah engkau bangsakan sekeliannya itu bagi engkau dan jangan dakwa akan dia kerana sekeliannya amanah Allah pada hal engkau menangungkan dia sekeliannya amanah Allah yang berat serta kamu dakwakan dia dan menaruh kasih-sayang kan dia di dalam hatimu. Maka merasai engkau akan kesusahan dan kesakitan dan membimbangkan dengan dia daripada berhadap dengan Allah yang ditutupkan atas kamu tiap-tiap ketika. Maka jika engkau serahkan segala amanah ini kepada empunyanya dahulu daripada sampai ketika ambilnya nescaya senanglah kamu daripada berat menanggung dia, dan daripada dukacita dunia dan jadi engkau suci hati serta Allah. Dan putuslah engkau daripada segala was-was dan kerungsingan dan lepas daripada segala percubaan dan fitnah dunia dan segala keluh-kesah yang jadi daripada menanggung akan amanah Allah. Maka hendaklah kamu banyakkan fikir akanperkataan. Dan pada tiap-tiap ketika kamu sebut akan Tuhanmu dan kembali kepadaNya, supaya jadi engkau daripada ahlillah. Dan sucilah hatimu kepada menilik Allah dan mabuklah kamu di dalam ka’batullah dengan arak berjinak-jinak dengan Allah.

Selasa, 24 Mac 2009

Hikmah di timpa sakit ….

Sepekan sudah al-Faqir tidak sihat. Demam, selsema, hidung tersumbat, sakit dalam telinga, sakit rahang mulut, sakit sendi-sendi, batuk, gastrik ..… Allahu Allah … Walaupun begitu alhamdulillah, masih boleh bergerak walaupun tidak begitu cergas, masih boleh makan walaupun selera tumpul, masih boleh melelapkan mata walaupun tidak jerab, masih mampu tersenyum walaupun tawar, masih mampu menulis walaupun terhegeh-hegeh ….

Dan dalam masa yang sama al-Faqir mendapat khabar saudara al-Faqir juga diuji dengan kesakitan, namun lebih parah … beliau mengalami ‘Stevens-Johnson Syndrome’. Menurut khabar mereka yang menziarahi beliau, keadaan beliau sungguh menyedihkan. Tubuh terlantar tidak bermaya, kulitnya bersalin (mengelupas) sehingga nampak kesan darah pada selimutnya, makan pun tidak lalu. Lisan lemah berbicara, hanya sekadar isyarat sahaja. Allahu Allah … Hanya yang menanggungnya sajalah yang mengetahuinya. Kalau dibandingkan dengan sakit yang al-Faqir tanggung … jauh .. jauh sekali. Ujiannya lebih berat. Mungkin tidak tertanggung dek al-Faqir yang hatinya diselaputi karat mazmumah yang tebal. Bagaimana rasanya mau bersabar dan redha dengan ujian sebegitu. Allahu Allah.

Jauh disudut hati, al-Faqir bercadang untuk menziarahinya bersama isteri, tapi nun jauh di Pantai Timur. Maka hanya doa sahajalah yang dapat al-Faqir kirimkan buat saudaraku itu. Semoga Allah lembutkan ujian yang ditimpa atasnya dan semoga beliau sabar dan redha diatas ujian tersebut. Semoga hati beliau tetap zikrullah. Dan semoga beliau cepat sembuh. Marilah kita bacakan al-Fatihah dengan niat kesembuhan untuk beliau dan mendoakan beliau …


Sungguh sakit ini adalah satu ujian yang mana didalamnya tersirat pelbagai hikmah. Sebuah buku yang al-Faqir pernah baca berjudul Rasail an-Nur - Risalah Kepada Pesakit yang ditulis oleh Badiuzzaman Said Nursi, membantu al-Faqir mencungkil hikmah disebalik derita sakit. Sungguh terkesan hati al-Faqir yang keras lagi degil ini apabila mencerna isikandung buku tersebut. Lantaran itu buku tersebut akan sentiasa al-Faqir baca tatkala ditimpa sakit.

Al-Faqir ingin berkongsi beberapa rawatan yang tersebut didalam risalah tersebut. Yang akan al-Faqir paparkan hanyalah 3 dari 25 ubat atau rawatan jiwa yang diberikan oleh Badiuzzaman Said Nursi. Dapatkanlah risalah ini [boleh hubungi al-Bazrah] … sungguh mujarab!

Risalah ini adalah penyembuh, penenang,penghibur dan preskripsi ubatan maknawi buat para pesakit. Ia ditulis berdasarkan ungkapan lama “Derita telah pergi dan segala puji bagi Allah Ta’ala atas keselamatan dan keafiatan”

Risalah ini menjelaskan secara ringkas dua puluh lima rawatan atau ubat yang dapat menjadi penghibur hakiki dan menjadi balsam yang sejati kepada mereka orang yang ditimpa bala dan musibah serta para pesakit yang merupakan satu persepuluh daripada jumlah manusia.

Ubat pertama


Wahai yang sedang sakit dan lemah! Janganlah engkau gelisah. Bersabarlah! Sesungguhnya deritamu itu bukanlah suatu penyakit, tetapi ia adalah sejenis ubat, kerana sakit itu dapat memberikan keuntungan yang sangat besar terhadap pesakit dan orang lain untuk kembali ingat akan maut. Sesungguhnya umur manusia adalah modal dalam mengisi hidup yang berkurangan sedikit demi sedikit. Jika tidak dilaburkan, ia pasti akan kehabisan juga satu hari nanti, terutamanya jika ia dihabiskan dengan kerehatan dan kealpaan, tiba-tiba seseorang itu telah tiba di penghujung jalan (kematian). Jadi sakit akan memberikan keuntungan yang besar kepada modal yang dimiliki oleh seseorang dan tidak akan membenarkan umurnya dihabiskan dengan segera. Sakit akan melambatkan perjalanan langkah kehidupan, menahannya, memanjangkan umur dan akhirnya berhenti setelah membuahkan hasil. Kemudian selepas sakit hilang, seseorang akan itu dapat meneruskan perjalanan kehidupannya. Oleh itu, masa menjadi panjang disebabkan penyakit sehingga dikatakan: “Aduhai alangkah panjangnya masa musibah (penderitaan) dan alangkah pendeknya masa kelapangan (kesenangan)

Ubat Kedua

Wahai yang sedang sakit yang kehilangan kesabaran! Berusahalah untuk tetap sabar sabar! Dan berhiasi ia dengan sifat syukur, kerana deritamu itu dapat menjadikan detik-detik umurmu dalam bentuk ibadah yang berjam-jam, hal itu terjadi kerana sesungguhnya ibadah itu tebagi menjadi dua :

Pertama: Ibadah ijabiah (dengan anggota tubuh) yang tampak dalam pelaksanaan shalat, doa dan lainnya.

Kedua: Ibadah salbiah (dengan hati) yang mana orang yang terkena musibah selalu merasa khusyu’ dan kembali menyerahkan diri kepada Sang Pencipta Yang Maha Penyayang, serta memohon perlindungan dan bersujud kepadaNya, didasari dengan perasaan yang mengingatkan ketidakberdayaan dan kelemahannya dihadapan penyakit-penyakit dan musibah-musibah tersebut, sehingga ia mendapatkan ibadah ma`nawiah yang suci, jauh dari segala bentuk riya`. Memang benar jika terdapat berbagai riwayat yang menyatakan bahwa umur yang disertai derita sakit dianggap ibadah bagi orang mu`min [1], dengan syarat, tidak mengeluh dan putus asa, bahkan telah tsabit (tetap) dalam riwayat-riwayat dan kasyaf-kasyaf tentang derita satu minit yang dijalani oleh orang yang bersyukur dan sabar dianggap satu jam ibadah yang sempurna untuk mereka, dan sebagian Ahlullah al-Kaamilin dianggap satu hari ibadah penuh, maka janganlah kamu meragukan – wahai saudaraku – penyakit yang menjadikan derita satu minitmu ke seribu minit sekaligus memberikanmu umur yang panjang!. Maka bersyukurlan atasnya.

[1] – Rasululah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, maksudnya: Jika allah menguji seorang hamba yang muslim dengan musibah di badannya, Allah azza wa Jalla berfirman: Tuliskan amal sholeh untuknya. Jika sembuh, Allah membersihkan dan mensucikannya, sementara jika meninggal dunia, Allah mengampuni dan memberikan rahmat padanya – Hadits hasan diriwayatkan oleh Ahmad (Shahih al-Jami ash-Shaghir)

Ubat ke tiga

Wahai yang sedang sakit tidak mampu bersabar! Sesungguhnya manusia tidak datang ke dunia untuk bersenang-senang. Bukti atas hal itu adalah kepergian orang yang datang, berubannya (menjadi tua) para pemuda, setiap orang pasti akan merasakan kehilangan dan perpisahan dengan orang yang tersayang. Engkau menyaksikan manusia sebagai ciptaan yang paling sempurna, paling mulia, dan paling lengkap, bahkan manusia sebagai tuan atau penghulu semua ciptaan, tiba-tiba jatuh sakit dan hidup menderita kerana memikirkan kesenangan masa lalu dan musibah yang akan datang, akhirnya menjalani hidup dengan susah dan penuh derita sembari menjatuhkan diri ke dalam tingkatan yang lebih hina dari binatang.

Jadi manusia tidak datang ke dunia ini hanya untuk menjalani hidup yang indah dan nyaman, yang dihiasi dengan ketenangan dan kejernihan, melainkan ia datang untuk mendapatkan kebahagiaan hidup abadi selamanya dengan perdagangan yang menggembirakan dengan modal umur. Maka jika dalam keadaan sihat, manusia itu lupa akan Tuhan dan dunia nampak manis dan indah di kelopak matanya, ketika itu ia ditimpa dengan penyakit lupa akhirat, ia tidak mau mengingat mati dan kubur, lalu hidupnya diharungi dengan sia-sia, namun pada ketika yang sama ,derita sakit itu tiba-tiba membangunkanya dengan mata yang terbelalak, seraya penyakit itu berkata: “Kamu tidak abadi dan tidak dibiarkan begitu saja, bahkan kamu mempunyai tugas, tinggalkan sifat sombongmu, ingat Tuhan yang menciptakanmu dan ingat bahwa kamu akan masuk KUBUR, maka siapkanlah dirimu …”

Olehnya itu, derita sakit mengambil peranan sebagai mursyid yang rajin memberikan nasihat dan peringatan. Oleh itu tidak perlu mengeluh apabila ditimpa sakit, bahkan bernaunglah dibawah naungan syukur. Dan jika rasa sakit semakin menjadi-jadi maka milikilah rasa sabar yang cantik itu…..


coretan abuzahrah
gombak, sabtu, 24 Rabiulawwal 1430/21 Mac 2009, 10.30 malam.


Isnin, 23 Mac 2009

Blog Baru: Al-Fanshuri – Kenali Ulama Kita

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Abu Zahrah telah membuka sebuah blog baru “al-Fanshuri – Kenali Ulama Kita”, khusus memaparkan biografi para ulama tempatan dan luar negara. Dan insyaAllah, melalui blog ini Abu Zahrah akan berkongsi maklumat dan pengetahuan mengenai para ‘ulama kita’ dengan para pengunjung al-Fanshuri. Maka al-haqir abu zahrah dengan besar hati menjemput para pengunjung al-Fanshuri untuk melawat blog al-Fanshuri – Kenali Ulama Kita.

InsyaAllah, biografi/manaqib ulama yang terdapat di blog al-Fanshuri juga akan dipindahkan ke blog al-Fanshuri – Kenali Ulama Kita.

Moga-moga usaha yang kerdil untuk memperkenalkan ulama ini akan mendekatkan para pengunjung al-Fanshuri dengan para ulama. Dan seterusnya menghormati, mendampingi dan menyintai para ulama, samada mereka yang telah mati atau yang masih hidup. آمين. Adapun segala kekurangan, kesilapan dan sebagainya yang terdapat di al-Fanshuri - Kenali Ulama Kita, maka terlebih dahulu abuzahrah memohon jutaan kemaafan.

Di dalam sepotong hadits disebutkan:

ذكر الأنبياء من العبادة وذكر الصالحين كفارة وذكر الموت صدقة وذكر القبر يقربكم من الجنة

Maksudnya : Mengingati para Nabi adalah ibadah, mengingati orang-orang sholeh adalah kafaarah dan mengingati mati adalah sedekah dan mengingati qubur mendekatkan kalian semua kesyurga (Hadith riwayat ad-Dailami didalam Musnad al-Firdaus. Menurut Imam asy-Sayuthi didalam al-Jami’ asy-Shoghir, hadith ini dhoif)

وقال سفيان بن عيينة رحمه الله تعالى – عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة

Maksudnya: Telah berkata Sufyan bin Uyainah رحمه الله تعالى - Tatkala menyebut kisah orang-orang sholeh, rahmat turun bercucuran.

Muhammad bin Yunus رحمه الله تعالى berkata: Tiada melihat aku akan seuatu yang terlebih manfaat bagi hati daripada mengingati riwayat hidup orang-orang sholeh.

Imam Junaid al-Baghdadi رحمه الله تعالى pula berkata, hikayat (kisah orang-orang sholeh) itu adalah merupakan tentera dari tentera-tentera Allah Ta’ala dimana Allah menetapkan hati para auliyaNya dengan kisah-kisah tersebut. Maka ditanyai oleh orang kepada Imam Junaid: Apakah engkau mempunyai asas menyokong katamu itu? Maka beliau menjawab: Dalil atau penyokong bagi kenyataannya itu adalah firman Allah [bermaksud]: Dan semua kisah-kisah Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), yang dengannya Kami teguhkan hatimu. (Surah Hud:120). Moga-moga dengan menyebut kisah-kisah mereka, akan menambah kecintaan kita kepada mereka. آمين

Didalam sebuah hadits riwayat daripada Abu Dzar رضي الله عنه, dimana beliau berkata: Wahai Rasulullah! Seorang lelaki mengasihi suatu kaum sedangkan ia tidak mampu ber’amal dengan ‘amalan mereka? Maka baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Engkau, wahai Abu Dzar bersama sesiapa yang engkau kasihi. Mudah-mudahkan kita digolongkan kedalam golongan auliyaNYA lantaran kerna cinta kita kepada mereka. آمين.

Asy-Syaikh Nawawi al-Bantani رحمه الله تعالى عنه menyebut sepotong hadits di dalam kitabnya Nashoihul 'Ibad:

سيأتي زمان أمتي يفرون من العلماء والفقهاء فيبتليهم الله بثلاث بليات: أولاها يرفع الله البركة من كسبهم، والثانية يسلط الله تعالى عليهم سلطان ظالما، والثالثة يخرجون من الدنيا بغير ايمان

Artinya: Akan datang satu zaman atas umatku dimana mereka lari (menjauhkan diri) daripada (ajaran dan nasihat) ulama' dan fuqaha', maka (akibatnya) Allah Ta’ala menimpakan tiga (3) bencana atas mereka iaitu yang pertama, Allah mengangkat (menghilangkan) keberkatan dari usaha mereka, kedua, dikuasakan penguasa yang dzalim atas mereka dan ketiga, mereka keluar dari dunia (mati) tanpa membawa iman. - Semoga kita tidak tergolong didalam kaum yang disebut diatas.



~ Sekian ~
al-haqir abu zahrah
gombak selangor darulehsan
itsnin, 6.30 petang, 26 Rabiul Awwal 1430 / 23 Mac 2009



Ahad, 22 Mac 2009

Tokoh Maulidurrasul 1430H/2009M Peringkat Negeri Kedah

Tokoh Maulidurrasul 1430H Peringkat Negeri Kedah

Tuan Guru Haji Salleh Musa, 80 tahun telah dipilih sebagai penerima Tokoh Maulidurrasul 1430H Peringkat Negeri Kedah bagi kategori Tokoh Pendakwah di dalam Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Kedah. Majlis ini di sempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan Badlishah.

Beliau adalah pengasas dan pengasuh Madrasah ar-Rahmaniah, Seberang Pekan Sik, Sik, Kedah Darul Aman atau lebih di kenali dengan nama 'Pondok Tuan Guru Haji Salleh Sik'

Tuan Guru Haji Salleh atau lebih mesra dengan panggilan BabaBeliau mendapat pendidikan di Makkah al-Mukarramah. Seawal usia 13 tahun beliau telah ke Mekah untuk belajar dan menetap disana selama hampir 17 tahun. Beliau berguru dengan ramai ulama, antara nama guru beliau yang kerap disebutnya adalah Syaikh Wan Ismail bin Wan 'Abdul Qadir al-Fathani @ Pak Da Eil, Syaikh Abdul Qadir Mandili dan Syaikh Yasin al-Fadani. Selain itu beliau juga ke Madinah dan Palestin untuk menuntut ilmu. Beliau juga pernah belajar di Darul Ulum, Mekah. Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdullah Haji 'Abdurrahman, Lubuk Tapah adalah merupakan rakan seangkatan beliau ketika belajar di Mekah

Beliau membuka pondoknya sendiri di Sik setelah sekembalinya beliau dari Mekah. Dan ini adalah merupakan pesan guru beliau kepada beliau. Pondoknya kini, berusia lebih daripada 50 tahun. Walaupun usia Tuan Guru Haji Salleh sudah menjangkau 80 tahun, namun beliau tetap aktif mengajar di serata tempat. Beliau seorang yang mahir di dalam ilmu tauhid, selain dari ilmu feqah dan tasauf. Kitab yang sering diajar adalah Bakurah karangan guru beliau Pak Da Eil, Matan Ummu Barahin, Sirajul Huda oleh Syaikh Muhammad Zainuddin al-Sumbawi (beliau mengajar mengikut thoriq Pak Da Eil) dan lain-lain. Pondok yang beliau asaskan adalah diantara pondok tradisional yang masih kekal di Kedah. Setiap minggu iaitu pada hari Jum'at diadakan pengajian umum dimana yang hadiri lebih kurang 2,000 hingga 3,000 orang. Tuan Guru Haji Salleh mengajar kitab tauhid, fiqh dan tafsir. Manakala setiap kali bulan Ramadhan, beliau akan mengadakan daurah, yang disertai oleh ramai pelajar-pelajar pondok dari Kelantan, Kedah dan Fathani (Wilayah Selatan Thai). Dan kitab yang beliau diajarkan adalah kitab-kitab tauhid.

Hasil dari perkahwinannnya, Tuan Guru Haji Salleh dikurniakan 11 orang cahayamata. Dan salah seorang daripada anak beliau yang lama memondok di Fathani mewarisi beliau di dalam sistem pondok tradisional. anak beliau inilah yang membantu beliau mengajar pelajar-pelajar di pondok beliau.

Alhamdulillah, Abu Zahrah sempat bertemu dan mengambil ilmu dengan Tuan Guru Haji Salleh walaupun di dalam waktu yang singkat. Sewaktu Abu Zahrah dan Ustaz Muhadir mengunjungi beliau, kami sempat membaca dihadapannya Matan Arbain an-Nawawiyyah dan kitab Penawar Bagi Hati karangan Syaikh Abdul Qadir Mandili, dan beliau telah sudi mengijazah serta mengizinkan kami mengajarnya. Sanad kitab Penawar Bagi Hati, beliau belajar dan terima terus dari guru kesayangannya yang merupakan pengarang kitab tersebut, Syaikh 'Abdul Qadir al-Mandili. Alhamdulillah, Kitab Penawar Bagi Hati ini juga Abu Zahrah sempat belajar dari Tuan Guru Haji Hasyim Kajang, yang mana beliau belajar dan terima terus dari pengarang kitab tersebut. Alhamdulillah di atas kurniaan Allah yang tiada ternilai ini .....

Sekian, biografi ringkas mengenai Tuan Guru Haji Sallah Musa, Sik. InsyaAllah, Abu Zahrah berhasrat untuk mendapatkan biografi beliau dan guru-guru beliau dengan lebih perinci sewaktu program menziarahi beliau nanti. Doakan Abu Zahrah semoga dipermudahkan.


Tuan Guru Haji Salleh Musa - Menerima Anugerah Tokoh Maulidurrasul di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar.


Gambar kenangan sebahagian peserta Daurah Tafaqquh Fiddin 2007 bersama Tuan Guru Haji Salleh dan Syaikh Nuruddin di Pondok Tuan Guru Haji Salleh di Sik, Kedah Darul Aman. Foto ini dirakamkan pada pagi Hariraya Eidul Adha (hari berakhirnya daurah)


Jumaat, 13 Mac 2009

Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abu Madyan - Siri 12

Transliterasi Kitab Syarah Hikam Abi Madyan oleh al-Arifbillah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni yang diberi nama Kanzul Minan

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar daripada para asatizah dan juga dari sekelian pengunjung al-Fanshuri sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada masyaikh tuanguru-tuanguru dan para asatizah yang berkeahlian dalam bidang ini, seandainya tidak memahami isi kandung kitab tasawuf ini. Janganlah diandaikan dengan pemahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan apa yang dimaksudkan penulis kitab ataupun dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Ampun maaf diatas segala kelemahan. Al-Faqir hanya sekadar ingin berkongsi khazanah para ulama kita. Sekian.

(Seperti kata) Syaikh Ibn ‘Athoillah رضي الله عنه, tiap-tiap perkataan yang nyata, yakni tiap-tiap perkataan yang keluar daripada mulut orang yang berkata itu adalah di atas itu pakaian yang ada pada hatinya yang tempat keluar perkataan itu daripadanya[1]. Yakni, jika adalah perkataan yang keluar daripada hati orang yang mempunyai nur maka keluar perkataan terang bagi orang yang mendengar dan jika keluar dari hati dzulmaniyah kauniyah, maka keluar perkataan dzulmat pula, tiada dapat memberi bekas kepada hati, dan tiada terang hati. Di dengar dengan telinga tiada masuk kepada hati.

(Dan lagi) katanya, telah mendahului oleh anwar hukama akan perkataan mereka itu, maka sekira-kira sampailah anwarnya, sampailah ta’birnya [2]. Maka dimana hai saudaraku yang telah sampai kepadanya anwar orang yang ‘arif. Maka tiada terang dan dimana yang ditanam yang menumbuhkan dia perkataan orang yang Waashil, maka tiada berdaun. Maka lazimkan olehmu dengan mengikut akan perkataan mereka itu dan mengikut dengan perbuatan mereka itu dan qasadkan olehmu akan mereka itu pada tiap-tiap tempat dan rendahkan dirimu dan hinakan dia [dirimu] bagi tiap-tiap orang yang engkau sangka berkilat cahaya maqam ehsan. Maka bahwasanya segala (kaun) ini meramaikan dengan mereka itu dan tiada sunyi daripada mereka itu hingga hari qaimat. Dan kerana inilah dikatakan bahwasanya Allah Subhanahuwa Ta’ala menyembunyikan tiga (3) perkara di dalam tiga tempat [3]. Ditaruhkan redhaNya di dalam taatNya, maka jangan engkau hinakan taat dan ditaruhkan murkaNya di dalam ma’siat, maka jangan kamu mudahkan ma’siat dan ditaruhkan wilayah [kewalian] di dalam hati hambaNya, maka jangan kamu hina seorang, maka baik olehmu akan i’tiqad pada tiap-tiap seorang, nescaya engkau akan dapat pintu yang menyampaikan Tuhan yang Fard al-Ahad ash-Shamad, Allazi Lam Yalid wa Lam Yuulad, wa Lam Yakun Lahu Kufuan Ahad. Maka apabila engkau dapat dengan bendaharaan ini tercapailah engkau akan maqam ehsan dan hilanglah pada hati engkau daripada segala akwan seperti kata Syaikh رضي الله عنه …..…………..……. bersambung, insyaAllah.


[Transliterasi ini adalah berdasarkan kepada kitab Kanzul Minan ‘ala Hikam Abi Madyan; Terbitan Khazanah Fathaniyah, 1416H – 1996M. Untuk pengetahuan pengunjung al-Fanshuri, kitab ini diajar secara bulanan oleh Tuan Guru Haji Abdul ‘Aziz al-Fathani di Dewan Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani, Taman Melewar, Gombak. Jadual pengajian akan di’update’kan. InsyaAllah]



والله تعالى أعلى و أعلم

Notakaki:

[1] كل كلام يبرز عليه كسوة القلب الذي منه برز - Tiap-tiap kata yang keluar itu pada hal adalah atasnya pakaian hati yang daripadanya keluar kata itu. (Maka) barang yang keluar daripada hati yang nisbah sampai kepada hati nescaya masuk ia kedalam hati dan barang yang tersimpan ia atas lidah jua nescaya tiada ia melalui [melampui – sekadar mendengar tetapi tidak sampai ke hati] telinga. (Bermula) lisan itu terjemah hati. Maka apabila ada hati itu suci daripada segala aghyar terbit dalamnya segala anwar, maka adalah ia menterjemahkan lisannya atas sekira-kira demikian itu, maka berkata ia dengan kata yang nurani yang masuk telinga segala yang mendengar [masuk ke telinga dan seterusnya ke hati] – Syarah Hikam Tok Pulau Manis.

[3] تسبق أنوار الحكماء أقوالهم فحيث صار التنوير وصل التعبير – Di dahulu oleh anwar segala hukama itu akan segala kata mereka itu kerana bahwasanya mereka itu tiada berkata mereka itu melainkan dengan Allah dan bagi Allah. Maka sekira-kira jadilah menerang segala anwar itu daripada segala hati mereka itu, maka telah sampailah ‘ibarat segala kata mereka itu. (Bermula) segala hukama` itu iaitu, mereka itulah segala orang yang ‘arif pada Allah kerana Allah Ta’ala yang mu’amalah mereka itu dengan dia. Dan anwar yang dibangsakan kepada mereka itu, anwar ma’rifah mereka itu iaitu kuat yaqin mereka itu, maka bahwasanya sekelian pekerjaan itu, qudrat Allah Ta’ala yang tiada bersekutu bagiNya di dalamnya. (Dan) hanyasanya kami kata segala hukama itu iaitu segala orang yang ‘arif pada Allah Ta’ala yang mu’amalah mereka itu dengan dia kerana bahwasanya mereka itu takut akan Allah. (Dan) tersebut dalam khabar bahwasanya kepada hikmah itu, iaitu takut akan Allah Ta’ala dan takut itu daripada segala buah ‘amal pada Allah, seperti firmannya (انما يخشى الله من عباده العلماء) Hanyasanya yang takut akan Allah daripada segala hambaNya itu ulama….. – Syarah Hikam Tok Pulau Manis.



[3] Di dalam kitab Irsyadul ‘Ibad yang diterjemahkan oleh al-‘Allamah Syaikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani (Pontianak, Kalimantan Barat) pada halaman 37: “Daripada Sayyidina Umar رضي الله عنه katanya: Bahwasanya Allah Ta’ala menyembunyi enam (6) perkara di dalam enam. Pertamanya, menyembunyikan ma’siat Ia akan redha di dalam taat daripada beberapa taat supaya bersungguh manusia pada berbuat sekelian taat, mengharap-harap mendapat redha di dalam taat itu. Maka tiada harus bagi kita bahwa menghina taat dan jikalau kecil sekalipun, kerana barangkali ada redha Tuhan di dalamnya. Sungguhnya redha Tuhan kepada manusia sebenarnya kebajikan. Dan keduanya menyembunyi Allah Ta’ala akan murkaNya di dalam ma’siat daripada beberapa ma’siat, supaya menjauhkan manusia berbuat ma’siat, kerana takut murka Tuhan padanya. Maka tiada harus bagi seorang bahwa menghina dan memudah [pandang remeh] ma’siat dan jikalau kecil sekalipun. Kerana bahwasanya tiada mengetahui ia bahwasanya terkadang murka Tuhan padanya. Maka seorang di murka[i] Tuhan sebenarnya rugi. Dan ketiga menyembunyikan Tuhan, malam Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan daripada beberapa malam itu supaya bersungguh manusia pada menghidupkan berbuat ‘ibadat pada sekelian malam bulan Ramadhan mengharap-harap mendapat ia akan dia kerana pahala sunat padanya seperti pahala fardhu pada [bulan] yang lainnya. Maka malam lailatul qadar itu terlebih pahalanya daripada malam yang lain seribu bulan dan iaiatu delapan puluh tiga tahun dan empat bulan. Dan kempatnya menyembunyi Tuhan akan sekelian auliyaNya pada suatu yang antara manusia supaya tiada menghina-hina [se]seorang daripada mereka itu dan supaya meminta mereka itu doa daripada mereka itu, mengharap-harap mendapat berjumpa mereka itu wali Allah, maka tiada harus bagi seorang menghina-hina ia akan manusia kerana bhawasanya tiada mengetahui seorang itu wali daripada wali Allah Ta’ala. Dan kelimanya menyembunyi ia akan mati di dalam umarnya. Maka apabila adalah perkara mati itu tersembunyi di dalam umur, maka hendak bersungguh-sungguh bagi tiap-tiap seorang berbuat taat dan amal yang sholeh bekal mati pada tiap-tiap waktu kerana bahwasanya [kematian itu] datang mengejut. Dan keenam, menyembunyi akan sembahyang wustho bersangat besar pahalanya di dalam sembahyang lima waktu, supaya memelihara akan manusia sembahyang lima waktu semuanya.

Berkata ulama: Menyembunyi Tuhan akan ismul ‘adhzam di dalam sekelian namaNya supaya bersungguh manusia membaca doa pada sekelian namanya, mengharap daripada membetuli ia akan dia dan menyembunyi Ia saat yang diterima di dalam hari Jum’at supaya bersungguh-sungguh manusia membaca doa di dalam hari Jum’at itu dan menyembunyi Ia [akan] Sab’ul Matsaani di dalam surah al-Quran supaya bersungguh-sungguh manusia pada membaca sekelian al-Quran dan penjaga [menjaga] daripadanya.


Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abu Madyan - Siri 11

Transliterasi Kitab Syarah Hikam Abi Madyan oleh al-Arifbillah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni yang diberi nama Kanzul Minan

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar daripada para asatizah dan juga dari sekelian pengunjung al-Fanshuri sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada masyaikh tuanguru-tuanguru dan para asatizah yang berkeahlian dalam bidang ini, seandainya tidak memahami isi kandung kitab tasawuf ini. Janganlah diandaikan dengan pemahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan apa yang dimaksudkan penulis kitab ataupun dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Ampun maaf diatas segala kelemahan. Al-Faqir hanya sekadar ingin berkongsi khazanah para ulama kita. Sekian.

(Maka apabila) berkehendak kamu hai orang salik akan penawar yang sudah dicuba dan ubat yang amat memberi manfaat bagi menolakkan bagi bala` yang tersebut itu iaitu percubaan dan fitnah, maka dengarlah olehmu kata Syaikh رضي الله عنه:

الحق يجري على ألسنة علماء كل زمان بما يليق بأهله

Bermula yang sebenar itu yakni perkataan yang muwafaqat dengan waqi’ ini berlakulah ia atas segala lidah ulama` pada tiap-tiap masa dengan barang yang berpatutan dengan ahlinya


Dan tatkala adalah syaikh menyebut akan maqam al-Qurb dan merindukan kepadanya dan menyebut ia akan setengah daripada manaazil suluk dan digerak-gerakkan hati supaya berhadap atasnya masuk ia menyatakan jalan yang menyampaikan kepada demikian itu dan kenderaan yang [di]tunggang dijalankan pada jalan itu, dan iaitu perkataan ulama yang ‘arifin.

Maka bahwasanya adalah perkataan mereka itu ubat bagi segala hati. Dan tabib itu memberi ubat akan orang yang sakit barang yang berpatutan dengan perangainya dan umur orang sakit dan waktunya. Demikan lagi ulama itu tabib segala hati telah dilakukan Allah Subhanahuwa Ta’ala adat atas lidah mereka itu pada tiap-tiap zaman akan ubat yang memberi manfaat bagi ahli demikian zaman itu.

(Maka) kerana demikian itu ditanya akan setengah orang yang ‘arifin, orang yang salik tiada dapat dengan seorang daripada auliya. Maka katanya: “Maka lazimkan olehmu dengan perkataan mereka itu. Maka bahwasanya barangsiapa melihat akan perkataan mereka itu dan adalah ia bukan laki-laki [rijal], jadi laki-laki [rijal], dan jika ia laki-laki jadi orang muda. Yakni adalah perkataan mereka itu menyampaikan orang salik kepada laki-laki yang ‘arif. Maka jika ‘arif jadi dapat jadi kamil dengan sebab mengamalkan perkataan mereka itu (seperti kata) Syaikh Ibn ‘Athoillah رضي الله عنه ……………..……. bersambung, insyaAllah.




[Transliterasi ini adalah berdasarkan kepada kitab Kanzul Minan ‘ala Hikam Abi Madyan; Terbitan Khazanah Fathaniyah, 1416H – 1996M. Untuk pengetahuan pengunjung al-Fanshuri, kitab ini diajar secara bulanan oleh Tuan Guru Haji Abdul ‘Aziz al-Fathani di Dewan Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani, Taman Melewar, Gombak. Jadual pengajian akan di’update’kan. InsyaAllah]


والله تعالى أعلى و أعلم

Related Posts with Thumbnails