Showing posts with label street. Show all posts
Showing posts with label street. Show all posts

Monday, July 27, 2015

Dengan tali gitar begini, gua redah jugak busking sepanjang Ramadhan lepas..

Gua tak tau mana nak cari tali gitar kat area Melaka dan Muar.
Gua biasa beli tali kat Seremban. Ramadhan lepas tak sempat nak
topap tali, maka terpaksalah pakai apa yang ada sepanjang Ramadhan.

Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan orang kata mutu persembahan masih OK.
Masuk je Syawal, usahkan orang lain, gua sendiri menyampah dengar bunyi gitar gua.

Apapun, sejak keja Muar ni, gua biasanya busking kat Melaka
(lepas Isyak, pada Isnin, Rabu dan Jumaat malam) Busking kat BTS (kalau rajin pada weekend) dah makin
 ketat sebab makin ramai busker dan panhandler kat sana sampai gua pulak rasa takde tempat.

Apapun, sejak Caliph Busker keluar tibi, dan sejak posting video kat youtube
diterima pakai oleh scouter untuk cari bakat baru, busking semakin menjadi
pilihan ramai nak cari duit extra di zaman GST dan TPPA ini.

Cumanya, penerimaan masyarakat terhadap pemuzik jalanan dan etika para pemuzik jalanan
tu sendiri, perlu ada evolusi. Taknak jadi macam industri seni mainstream kita yang sejak
adanya tivi kaler sampailah tivi dalam hemfon, kat situ jerlah takuknya... Kualitinya takde tapi
hypenya, mengalahkan kpop...