Satu masa dulu, masa aku jual
zine dengan nama Schizophrenic kat satu gig tu, aku diketawakan sebab nama zine aku susah nak sebut atau dieja. Tu yang aku pendekkan jadi AKUSKIZO jer tu kat blog ni. Schizophrenia ialah sejenis penyakit mental. Sapa yang taktau. Kalau dalam issue#1 15 tahun dulu aku kata model skizo Malaysia ialah Mona Fendi, aku nak update blog aku dengan menukar nama itu dengan nama Rashidi. Simbolik sungguh. Beliau ialah mamat dari Gemas yang telah membunuh 4 orang ahli keluarganya pada satu malam atas arahan 'suara ghaib'. Dia ngaku laktu. Last time Mona Fandi ikut suara ghaib, dia mati.Tapi Rashidi lepas. Siap senyum lagi. Memang klasik. John Wayne Gacy pun kalah...
|
Mana Fendi? |
Kau boleh selidik apa sebenarnya schizophrenic ni, tapi kat sini, aku nak bagitau kau orang schizophrenic dari segi Malaysia.
Schizophrenia ialah nama keadaan mental di mana
alter ego kita mengambil alih badan kita. Alter ego itu lahir disebabkan oleh trauma, paranoia atau memang orang tu gila. Orang yang disahkan menghidap penyakit ni digelar secara pendek sebagai schizophrenic. Mereka tak dipanggil gila sebab mereka OK pada kebanyakan masa. Tambahan pula, golongan schizophrenic biasanya terdiri dari jenis yang baik dan berguna kepada masyarakat. Dan mereka punyai bakat kepemimpinan. Dan mereka hanya akan menggila bila dalam keadaan yang tertentu saja. Ada yang berada dalam keadaan schizo untuk sementara waktu. Ada yang berkala. Ada juga yang dah sampai tahap dah tak tahu apa yang real dengan yang halusinasi. Tapi kebanyakannya akan terskizo bila terdesak. Desakan yang paling popular di Malaysia kebelakangan ini ialah masalah kewangan, keagamaan dan sex. Maka pada masa tekanan itu memuncak, si pesakit akan berhalusinasi dengan mendengar atau melihat sesuatu yang tiada, atau terus berubah menjadi personaliti yang berbeza. Semua ini dari sudut psikologinya hanyalah sekadar reaksi refleks mekanisme pertahanan emosi si pesakit terhadap stimuli yang diberi.
|
Hero Skizo Terbaru: Rashidi |
Kita kembali ke realiti. Dari pandangan skeptik, schizoprenic adalah golongan pemalas. Mereka dilihat sebagai golongan manusia yang tak tahu berkomunikasi dengan manusia lain, lantas melarikan diri ke dalam dunia mereka sendiri sebab nak elakkan emosi mereka atau orang yang mereka hubungi itu disakiti. Skeptik memandang schizophrenic tak lebih dari seorang penipu yang berlakon di dalam sebuah 'teater kebetulan' yang menakjubkan. Sebuah terma klinikal yang diwujudkan satu ketika dulu kerana nak melepaskan seseorang dari hukuman bunuh. Orang skizo dikatakan telah dikuasai oleh angan-angan mereka sendiri dan tidak dapat mengawal diri mereka dalam angan-angan tersebut, lantas secara tidak sengaja melakukan kesalahan jenayah. Seperti dadah atau mencuri, kegiatan kali pertama itu cemerlang dan terngiang-ngiang di kepala. Selepas yang pertama, kesedaran keagamaan atau lojik kemanusiaan akan mengambil alih dan mereka dorman untuk seketika. Sehinggalah timbul keinginan mahu melakukannya kembali. Dan setelah kali kedua dan ketiga juga cemerlang, kehidupan kedua ini semakin mengambil sebahagian besar dari masa dalam kehidupan seseorang. Lama-kelamaan, ia menjadi habit dan merubah perwatakan seseorang. Oleh kerana habit itu adalah sesuatu yang dirahsiakan selama ini dan ia diikuti memang atas sebab nafsu (ketagihan), seseorang akan cuba mencari hujah untuk menghalalkan perbuatan yang telah mereka lakukan atas alasan emosi seperti kesepian, tekanan, ketakutan atau trauma. Dan alasan sebegini memang popular di kalangan peguam bela. Doktor-doktor pun dah ramai yang nampak potensi akan kepakaran dalam bidang ini di Malaysia. Dah ramai yang menjadi PAKAR SKIZO atau SKIZO itu sendiri.
|
Hero Skizo pertama |
Tambahan dengan tekanan gaya hidup dan desakan kewangan, semakin ramai orang yang berada dalam keadaan terdesak di Malaysia. Kadar jenayah dikatakan semakin menurun, tapi keganasan jenayah yang kadang-kadang berlaku tu semakin merunsingkan. Nilai nyawa dan jasad manusia hanyalah sekadar statistik. Siapa yang lemah dan tercedera, dibunuh dan ditanam. Hanya yang berdaya saing dan membantu dalam mencapai matlamat saja dibiarkan hidup sehingga kerjanya selesai. Bila dah selesai, kita selesaikan dia agar share dia pun kita dapat.
Kenapa kita menimbulkan isu ini sekarang? Aku malas nak cerita habis dalam artikel kalini. Cukuplah aku katakan: Ia telah disiratkan di perenggan pertama dengan code name: Rashidi.
Simbolik terlepasnya Rashidi dari hukuman bunuh ialah simbolik LAKUnya alasan schizophrenia dalam sistem kehakiman Malaysia, sebagai tiket untuk melepaskan diri dari hukuman setelah membunuh. Betapa hakim dan juri dah terpengaruh dengan movie dan cara pemikiran barat. Jika orang boleh membunuh dan lepas sebab skizo, maka orang patut boleh membunuh sebab mengantuk, lapar, jeles, perkauman atau apa saja yang menampakkan kenaikan tahap degupan jantung dan tekanan darah.
Simboliknya kisah hakim menolak pengakuan Rashidi membunuh semasa kali pertama Rashidi naik ke kandang adalah simbolik mudahnya skrip di mahkamah nantik. Watak mudah ialah watak menyesal. Kononnya tadi kita dah jadi HULK, maka kita hilang kawalan ke atas diri kita. Kita baik sebenarnya. Kalau nak hukum, hukumlah mamat yang satu lagi yang kat dalam ni yang tengah ketawa ni. Bila hakim dengar kita cakap macam ni dalam kandang, makin senanglah laluan kita sebab kita tak fit untuk dibicara. Kita lepak jer tengok drama dan luahan rasa pihak mangsa. Maka para peguam bela dah ada satu kajian kes yang boleh diguna sebagai rujukan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk memenangi kes kat Malaysia. Kita kena ambik tahu nama hakim, peguam bela dan pendakwaraya yang terlibat dalam perbicaraan ini, manalah tau kotkot berguna nantik...
Simbolik penerimaan schizophrenia sebagai alasan membunuh ialah simbolik penerimaan fenomena halusinasi yang sebelum ini diragui kewujudannya. Ini bermakna orang PERCAYA bahawa Rashidi BETULBETUL NAMPAK tulisan atau DENGAR SUARA yang mengarahkan dia membunuh keluarganya. Zaman sekarang, seorang anak Malaysia hanya perlukan motif RM20 untuk membunuh sesiapa saja bahkan ibubapanya. Takyah nak susahsusah special effect macam dalam kes Rashidi. Maka lepas ni tak hairanlah jika seorang pemandu lori ternampak tulisan di awan yang mengarahkannya melanggar lampu merah dan memandu dalam keadaan mabuk semasa di jalan raya.
Simbolik terselamatnya Rashidi dari hukuman MEMBUNUH KELUARGAnya ialah simbolik penerimaan sistem kehakiman negara terhadap tahap keganasan dalam jenayah pesakit mental di Malaysia. Bunuh ialah jenayah paling berat dan membunuh ahli keluarga dan orang tua itu tahap terkutuk.
Simbolik NAMA RASHIDI pun memberi code kepada semua kawan-kawan di luar sana: Inilah JALAN nya.
Jadi mesejnya di sini ialah kepada semua rakyat Malaysia: Awas! Schizophrenia sudah sampai di Malaysia.