Showing posts with label skizofrenia. Show all posts
Showing posts with label skizofrenia. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Hantu Di KYPM Kuantan, Pahang 2


Malam tu, kali terakhir gua check jam ialah pukul 1030malam. Tah kenapa malam tu gua mengantuk gila babi. Gua pikir, besok pun Isnin, kerja pun dah setel, takde salah kalau gua membuta awal. Gua pun ke bilik air untuk cuci muka dan gosok gigi macam budak-budak kolej yang skema.

Sebaik gua sampai ke bilik dari bilik air, gua baru nak masuk bilik. Masa gua tengah berdiri depan pintu bilik sebab tengah juggling baldi kecik berisi toiletris antara tangan yang nak memulas tombol pintu, belakang tengkuk gua terasa macam ada hembusan angin lembut. Gua tak saspek apa-apa lagi. Gua buat cam biasa.

Lebih kurang pukul sebelas malam, time gua tengah mamai-mamai nak tido, pintu bilik gua diketuk. Kalau ketuk pempelan, takpe. Ni ketuk dengan kasar dan macam ada kecemasan. Gua takdelah menggelabah nak cepat bukak, tapi masa gua tengah kelam kabut betulkan ikatan kain sarung nak bukak pintu, bunyi ketukan tadi berhenti. Pastu gua cam terdengar bunyi macam orang ketawa di luar bilik. Babi. Gua saspek mesti bebudak ni saja mengacau gua. Gua lekk. Gua dah dekat dengan pintu bilik. Gua pun bukak. Tapi takde orang.

Gua takde syak apa-apa sebab dalam kepala masa tu, cuma ingat nak tido jer. Gua tutup pintu dan kembali ke katil. Masa gua tengah baring atas katil tu, kepalahotak gua terpikir-pikir sama ada gua dah kunci atau tidak pintu bilik tadi. Gua rasa cam malas nak bangun dan terus melelapkan mata dengan enaknya.

Tak lama lepas tu, gua terjaga. Walaupun terjaga, gua masih dalam posisi memeluk bantal macam masa gua mula-mula tidor tadi. Gua cuma bukak mata jer. Dan dalam mamai-mamai tu, gua terdengar macam bunyi pintu bilik gua dibuka perlahan-lahan. Bunyi kriuk engsel pintu yang selama ni mikro pada pendengaran, tetiba berbunyi amat bingit. Gua yang tengah meniarap atas katil, dengan bontot mengadap arah pintu, tetiba terasa desiran angin sejuk, menyelubungi bilik. Gua mencarut-carut dalam hati sebab taknak dabelcheck kunci pintu sebelum tido tadi. Tetiba gua mula terasa macam aura ada orang belakang gua. Dekaaaaaat betul. Gua pejam mata. Gua bawak mengucap. Tapi ucapan gua hilang fokus sebab perasaan keauraan yang gua rasa kat belakang gua tadi, kini bertukar menjadi uadara hembusan yang memang gua komfem ditiup perlahan-lahan ke tengkuk gua yang sedang meniarap atas katil masa tu...

Gua pejamkan mata. Time-time tu lah gua terbayang muka senior petang tadi yang bercerita pasal kejadian di bilik sebelah. Gua mula teringat kisah pertemuan gua dengan 'jiran' gua minggu lepas. Dan sekarang, gua sedang alami apa yang'senior hantu' tu cerita kat gua. Patutkah gua berpaling? Sebab dalam cerita dia tu, aura yang dia rasa tu cuma mainan perasaannya saja? Atau, patutkah gua pura-pura tidur dan biarkan apa saja kat belakang gua ni bla sebab gua memang komfem gua rasa macam ada orang hembus belakang tengkuk gua, tadi? Patutkah gua azan tiba-tiba dan berlari ke arah pintu dengan sekuat hati?

Eh? Ada tangan kat bahu gua? Gua ushar. Tangan itu berlumuran darah. Dan ia bergerak perlahan-lahan nak mencengkam leher gua. Gua ingat gua nak mula azan masa tu. Lepas tu semua jadi gelap.

Tiba-tiba, gua rasa bahu gua ditepuk. Gua baru nak masuk verse kedua azan bila muka gua disapu dengan air. Barulah perspektif gua pulih. Barulah gua perasan yang gua sedang dikelilingi oleh teman-teman seasrama, sambil Ustaz Rosdi, ketua warden duduk menyangkung depan gua. Dialah yang sapu air kat muka gua tadi. Gua rasa tak sedap hati. Member-member mula menghujani gua dengan soalan. Gua tetiba rasa malas. Gua pun sambung pengsan.

Ambik masa jugak trauma bayangan-bayangan wajah senior dari bilik sebelah, tangan yang berlumuran darah dan perasaan takut dan panik yang gua alami pada malam Isnin tu untuk hilang. Tak lama lepas tu, gua pindah bilik. Gua masuk bilik baru. Kalini ada roommate. Dan gua agak komfiden bahawa hantu takkan kacau jenis set-set camni.






Yang gua risau ialah mereka yang mengacau gua. Awwwwww.


Sekian

Saturday, September 18, 2010

Schizophrenia dan aku

Satu masa dulu, masa aku jual zine dengan nama Schizophrenic kat satu gig tu, aku diketawakan sebab nama zine aku susah nak sebut atau dieja. Tu yang aku pendekkan jadi AKUSKIZO jer tu kat blog ni. Schizophrenia ialah sejenis penyakit mental. Sapa yang taktau. Kalau dalam issue#1 15 tahun dulu aku kata model skizo Malaysia ialah Mona Fendi, aku nak update blog aku dengan menukar nama itu dengan nama Rashidi. Simbolik sungguh. Beliau ialah mamat dari Gemas yang telah membunuh 4 orang ahli keluarganya pada satu malam atas arahan 'suara ghaib'. Dia ngaku laktu. Last time Mona Fandi ikut suara ghaib, dia mati.Tapi Rashidi lepas. Siap senyum lagi. Memang klasik. John Wayne Gacy pun kalah...
Mana Fendi?
Kau boleh selidik apa sebenarnya schizophrenic ni, tapi kat sini, aku nak bagitau kau orang schizophrenic dari segi Malaysia.

Schizophrenia ialah nama keadaan mental di mana alter ego kita mengambil alih badan kita. Alter ego itu lahir disebabkan oleh trauma, paranoia atau memang orang tu gila. Orang yang disahkan menghidap penyakit ni digelar secara pendek sebagai schizophrenic. Mereka tak dipanggil gila sebab mereka OK pada kebanyakan masa. Tambahan pula, golongan schizophrenic biasanya terdiri dari jenis yang baik dan berguna kepada masyarakat. Dan mereka punyai bakat kepemimpinan. Dan mereka hanya akan menggila bila dalam keadaan yang tertentu saja. Ada yang berada dalam keadaan schizo untuk sementara waktu. Ada yang berkala. Ada juga yang dah sampai tahap dah tak tahu apa yang real dengan yang halusinasi. Tapi kebanyakannya akan terskizo bila terdesak. Desakan yang paling popular di Malaysia kebelakangan ini ialah masalah kewangan, keagamaan dan sex. Maka pada masa tekanan itu memuncak, si pesakit akan berhalusinasi dengan mendengar atau melihat sesuatu yang tiada, atau terus berubah menjadi personaliti yang berbeza. Semua ini dari sudut psikologinya hanyalah sekadar reaksi refleks mekanisme pertahanan emosi si pesakit terhadap stimuli yang diberi.
Hero Skizo Terbaru: Rashidi

Kita kembali ke realiti. Dari pandangan skeptik, schizoprenic adalah golongan pemalas. Mereka dilihat sebagai golongan manusia yang tak tahu berkomunikasi dengan manusia lain, lantas melarikan diri ke dalam dunia mereka sendiri sebab nak elakkan emosi mereka atau orang yang mereka hubungi itu disakiti. Skeptik memandang schizophrenic tak lebih dari seorang penipu yang berlakon di dalam sebuah 'teater kebetulan' yang menakjubkan. Sebuah terma klinikal yang diwujudkan satu ketika dulu kerana nak melepaskan seseorang dari hukuman bunuh. Orang skizo dikatakan telah dikuasai oleh angan-angan mereka sendiri dan tidak dapat mengawal diri mereka dalam angan-angan tersebut, lantas secara tidak sengaja melakukan kesalahan jenayah. Seperti dadah atau mencuri, kegiatan kali pertama itu cemerlang dan terngiang-ngiang di kepala. Selepas yang pertama, kesedaran keagamaan atau lojik kemanusiaan akan mengambil alih dan mereka dorman untuk seketika. Sehinggalah timbul keinginan mahu melakukannya kembali. Dan setelah kali kedua dan ketiga juga cemerlang, kehidupan kedua ini semakin mengambil sebahagian besar dari masa dalam kehidupan seseorang. Lama-kelamaan, ia menjadi habit dan merubah perwatakan seseorang. Oleh kerana habit itu adalah sesuatu yang dirahsiakan selama ini dan ia diikuti memang atas sebab nafsu (ketagihan), seseorang akan cuba mencari hujah untuk menghalalkan perbuatan yang telah mereka lakukan atas alasan emosi seperti kesepian, tekanan, ketakutan atau trauma. Dan alasan sebegini memang popular di kalangan peguam bela. Doktor-doktor pun dah ramai yang nampak potensi akan kepakaran dalam bidang ini di Malaysia. Dah ramai yang menjadi PAKAR SKIZO atau SKIZO itu sendiri.
Hero Skizo pertama
Tambahan dengan tekanan gaya hidup dan desakan kewangan, semakin ramai orang yang berada dalam keadaan terdesak di Malaysia. Kadar jenayah dikatakan semakin menurun, tapi keganasan jenayah yang kadang-kadang berlaku tu semakin merunsingkan. Nilai nyawa dan jasad manusia hanyalah sekadar statistik. Siapa yang lemah dan tercedera, dibunuh dan ditanam. Hanya yang berdaya saing dan membantu dalam mencapai matlamat saja dibiarkan hidup sehingga kerjanya selesai. Bila dah selesai, kita selesaikan dia agar share dia pun kita dapat.

Kenapa kita menimbulkan isu ini sekarang? Aku malas nak cerita habis dalam artikel kalini. Cukuplah aku katakan: Ia telah disiratkan di perenggan pertama dengan code name: Rashidi.


Simbolik terlepasnya Rashidi dari hukuman bunuh ialah simbolik LAKUnya alasan schizophrenia dalam sistem kehakiman Malaysia, sebagai tiket untuk melepaskan diri dari hukuman setelah membunuh. Betapa hakim dan juri dah terpengaruh dengan movie dan cara pemikiran barat. Jika orang boleh membunuh dan lepas sebab skizo, maka orang patut boleh membunuh sebab mengantuk, lapar, jeles, perkauman atau apa saja yang menampakkan kenaikan tahap degupan jantung dan tekanan darah.

Simboliknya kisah hakim menolak pengakuan Rashidi membunuh semasa kali pertama Rashidi naik ke kandang adalah simbolik mudahnya skrip di mahkamah nantik. Watak mudah ialah watak menyesal. Kononnya tadi kita dah jadi HULK, maka kita hilang kawalan ke atas diri kita. Kita baik sebenarnya. Kalau nak hukum, hukumlah mamat yang satu lagi yang kat dalam ni yang tengah ketawa ni. Bila hakim dengar kita cakap macam ni dalam kandang, makin senanglah laluan kita sebab kita tak fit untuk dibicara. Kita lepak jer tengok drama dan luahan rasa pihak mangsa. Maka para peguam bela dah ada satu kajian kes yang boleh diguna sebagai rujukan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk memenangi kes kat Malaysia. Kita kena ambik tahu nama hakim, peguam bela dan pendakwaraya yang terlibat dalam perbicaraan ini, manalah tau kotkot berguna nantik...

Simbolik penerimaan schizophrenia sebagai alasan membunuh ialah simbolik penerimaan fenomena halusinasi yang sebelum ini diragui kewujudannya. Ini bermakna orang PERCAYA bahawa Rashidi BETULBETUL NAMPAK tulisan atau DENGAR SUARA yang mengarahkan dia membunuh keluarganya. Zaman sekarang, seorang anak Malaysia hanya perlukan motif RM20 untuk membunuh sesiapa saja bahkan ibubapanya. Takyah nak susahsusah special effect macam dalam kes Rashidi. Maka lepas ni tak hairanlah jika seorang pemandu lori ternampak tulisan di awan yang mengarahkannya melanggar lampu merah dan memandu dalam keadaan mabuk semasa di jalan raya.

Simbolik terselamatnya Rashidi dari hukuman MEMBUNUH KELUARGAnya ialah simbolik penerimaan sistem kehakiman negara terhadap tahap keganasan dalam jenayah pesakit mental di Malaysia. Bunuh ialah jenayah paling berat dan membunuh ahli keluarga dan orang tua itu tahap terkutuk.

Simbolik NAMA RASHIDI pun memberi code kepada semua kawan-kawan di luar sana: Inilah JALAN nya.


Jadi mesejnya di sini ialah kepada semua rakyat Malaysia: Awas! Schizophrenia sudah sampai di Malaysia.