Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli
Memaparkan catatan dengan label Sihat. Papar semua catatan

6 Sebab Gagal Kurang Berat Badan


Masih sukar untuk kurangkan berat badan?

6 faktor berikut mungkin memainkan peranan:

1) Nafsu makan bergelora: cabaran utama dlm usaha anda utk kurangkan berat badan BUKAN LAH senaman tapi kebolehan anda untuk mengawal nafsu makan.

2) Anda stres! Badan akan tingkatkan fat storage ketika anda stres untuk "selamatkan anda" dari hadapi stres.

3) Diet terlalu extreme memang STRES mental dan pada badan secara keseluruhan.

4) Senaman memang stres fizikal jadi kalau bersenam setiap hari tanpa rehat, STRES!

5) Jangan pandang rendah kepentingan lawas untuk bantu anda kurang berat badan. Target 2x sehari.

6) Suplemen bukan kunci weight loss. Yes ia boleh membantu jangan dahulukannya berbanding pemakanan dan gaya hidup anda.

Apa-apa pun jangan STRES-STRES. Biar lambat as long as anda 1) mengawal dan 2) enjoy the journey.


Anggota Badan Anda Sebenarnya Paling Kotor



Kita semua tahu bahawa badan manusia adalah tempat pembiakan pelbagai bakteria dan kuman.
Tapi, pernahkah anda terfikir bahagian manakah paling kotor? Lepas baca je artikel ini, anda pasti akan rasa terkejut kerana bahagian yang tidak disangka termasuk antara yang paling kotor.

1. Mulut
Ya, ia agak menjijikkan. Mulut adalah bahagian yang paling kotor dalam badan manusia. Terdapat kira-kira 600 jenis bakteria di dalam mulut anda!

2. Ketiak
Ketiak memiliki lebih daripada 80,000 bakteria dan ini adalah sebab utama kenapa bahagian badan ini antara yang paling berbau. Jadi, rajin-rajin bersihkan dengan sabun anti-bakteria.

3. Telinga
Kita semua tahu tahi telinga antara yang paling kotor di dalam tubuh manusia, tapi dalam masa yang sama ia melindungi telinga dari pelbagai bakteria.

4. Lidah
Jika mulut mengandungi lebih dari 600 bakteria, lidah juga antara yang paling kotor. Lihat warna lidah anda, jika ianya berubah warna, maknanya terdapat bakteria melekat di atasnya.

5. Kuku
Kuku juga salah satu yang paling kotor dalam tubuh manusia. Kulit di bawah kuku mengandungi paling banyak bakteria dasyat dan disebabkan itu anda disarankan untuk berkuku pendek.

6. Rambut / kulit kepala
Gatal pada kulit kepala tidak hanya disebabkan masalah kelemumur, tetapi juga disebabkan oleh bakteria yang bercampur dengan kotoran di kepala.

7. Pusat
Salah satu bahagian paling kotor dalam tubuh badan manusia ialah pusat. Kajian mendapati, jika anda tidak membersihkannya dengan kerap, ia boleh menyebabkan tumor.

8. Punggung
Ini antara salah satu bahagian paling kotor kerana ia merupakan tempat pembuangan najis. Mungkin berjuta jenis bakteria akan membiak jika anda tidak mencuci dengan bersih.

9. Rongga hidung
Hidung anda sentiasa dikelilingi beberapa spesies bakteria berbeza. Anda perlu memastikan untuk memastikan hidung anda sentiasa bersih untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit.


Jadi, pastikan anda menjaga dengan lebih peka tahap kebersihan pada bahagian tersebut supaya terhindar dari sebarang penyakit.


Cara Atasi Bintik Kolesterol Bawah Mata


Ada bintik dekat bawah mata? Bukan jerawat tapi bintik ni tak hilang-hilang. Walau macam-macam cara buat tapi bintik ni ada bawah kulit, bukan kat luar macam jerawat. Rupanya inilah kolesterol jahat yang sudah mula memunculkan diri.

Cuba  tengok bawah mata korang sekarang. Ada tak benda ni? Macam jerawat tapi bukan jerawat.

Mula-mula mesti kita ingat ini adalah jerawat kan. Ada orang panggil jerawat nasi. Bukan ye tuan puan, inilah bintik kolesterol.

Bintik Kolesterol Kat Mata

Pernah dengar bintik kolesterol? Ianya disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam badan kita. Sangat berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit lain jika kolesterol tinggi dalam badan.

Bagaimana nak hilangkan bintik kolesterol ni? Ada cara ke? Tengok pun geram je kan.

Bagaimana Boleh Terjadinya Bintik Kolesterol?

Bintik kolesterol ni berlaku macam ada benjolan di bawah kulit terutama biasanya sekitar mata kerana salur darah mengandungi kolesterol tinggi. Bintik kolesterol ini boleh berlaku dengan keadaan di mana seseorang itu selalu mengamalkan gaya hidup kurang sihat.

Banyak sebab boleh menyumbang seperti mengambil makanan yang tinggi kolesterol dan tidak bersenam atau mengeluarkan peluh. Dan juga sudah tentu mengambil makanan yang tinggi kolesterol dengan tidak terkawal.

Bagaimana tips dan cara menghilang dan menghindari bintik kolesterol ini?

Kurangkan makanan berlemak dan tinggi kolesterol.ambil banyak makanan yang mengandungi kolesterol baik dan tinggalkan kolesterol jahat. Kolesterol jahat dikenali sebagai LDL dan kolesterol baik dikenali sebagai HDL.

Makanan yang meningkatkan paras HDL adalah seperti gandum penuh. Kalau makan roti boleh bertukar kepada wholemeal bread berbanding dengan roti putih.jauhkan dari kerap mengambil makanan yang meningkatkan lagi paras kolesterol jahat seperti daging, marjerin dan desert yang manis-manis.ambil banyak buah buahan segar dan juga sayur-sayuran kerana ia juga boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam badan anda.

Dan tips untuk makan buah, anda digalakkan ambil buah segar, bukan jus buah. Sebab kita perlukan fiber dari buah tu bukan air semata.

Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan paras lemak baik seperti kekacang, avocado, olive oil. Pengambilan yang teratur boleh membantu anda menurunkan paras kolesterol yang ada.

Ambil omega 3. Kalau beli telur kat pasaran pun jangan lupa beli telur yang mengandungi omega 3.Ada banyak juga telur di pasaran anda boleh pilih.lebihkan hidangan ikan. Kalau boleh makan daging tu seminggu sekali dah cukup, yang selebihnya ambil ikan. Ikan yang bagus adalah seperti ikan laut dalam macam sardin, macherel, salmon.

Tambahkan bawang putih dalam hidangan anda. Bawang putih berfungsi sebagai agen anti radang yang mana kolesterol akan meningkat dengan adanya proses keradangan dalam badan.

Ambil bawang macam bawang merah dan seangkatan dengannya. Bawang juga ada fungsi anti radang.


Ada masalah kolestrol tak? jom keluarkan peluh buang toksin dlm bdn

Sumber : SINI


Penyakit Yang Bakal Menyerang Jika Anda Jarang Berpeluh


Peluh adalah mekanisme semula jadi badan untuk mengeluarkan sisa berupa cecair di dalam tubuh.

Ramai yang tidak tahu, berpeluh sebenarnya beri banyak manfaat pada tubuh. Cara nak berpeluh adalah dengan bersukan dll


Apa akan terjadi jika anda jarang berpeluh? Anda akan diancam dengan penyakit-penyakit berikut jika anda jarang berpeluh!

Peluh adalah mekanisme semula jadi badan untuk mengeluarkan sisa berupa cecair dalam tubuh.

Ramai yang tidak tahu, berpeluh sebenarnya beri banyak manfaat pada tubuh. Cara nak berpeluh adalah dengan bersukan membuat kerja rumah dan sebagainya.

Apa akan terjadi jika anda jarang berpeluh? Anda akan diancam dengan penyakit-penyakit berikut jika anda jarang berpeluh.

1) Luka lambat sembuh

Kelenjar peluh ekrin akan aktif apabila kamu berpeluh. Kelenjar ini mampu menyejukkan tubuh dan juga mengaktifkan sel untuk menyembuhkan luka.

2) Penyakit berbahaya

Berpeluh membantu tubuh membuang racun tidak sihat seperti garam berlebihan atau kolesterol. Apabila anda tidak berpeluh, tubuh akan dipenuhi racun yang boleh membahayakan kesihatan.

3) Jerawat

Berpeluh akan menghilangkan racun, termasuk yang terperangkap di liang-liang kulit. Disebabkan itu kulit mudah berjerawat dan ruam.

4) Sistem imunisasi lemah

Berpeluh membantu untuk menyebarkan antibiotik ke seluruh tubuh. Tapi, jika anda tidak berpeluh, maka sistem pertahanan bdn akn menurun dan mdh jth sakit


5) Stress

Apabila bersukan dan berpeluh, tubuh akan menghasilkan hormon endorfin. Hormon tersebut buatkan anda lebih tenang dan gembira. Tapi, jika jarang berpeluh, memang stres je la sepanjang masa.

6) Penyakit buah pinggang

Peluh mengeluarkan racun dari tubuh. Tapi jika anda tidak berpeluh, racun yang terkumpul akan menyebabkan terbentuknya batu buah pinggang.

7) Penuaan & kulit berkedut

Berpeluh membuatkan kulit lebih anjal dan aliran darah meningkat. Tidak hairanlah atlet semua nampak lebih muda dari usia kerana selalu berpeluh. Tapi jika anda jarang berpeluh, kulit akan jadi kusam dan mudah berkedut.



Makanan Tidak Sihat Yang Selalu Kita Makan


Kadang-kadang kita tak sedar bahawa makanan yang kita melantak setiap hari boleh mengakibatkan penyakit berbahaya.

Ada beberapa jenis makanan yang korang tak sedar ia sebenarnya makanan yang tak sihat tetapi dimakan pada setiap hari!

•Tauhu

Sumber dari comp.utm.my
Tauhu merupakan makanan diminati ramai dan boleh dimasak dengan apa cara sekalipun. Memang enak makan tauhu dengan ayam penyet, letak tauhu dalam mee kari perghh memang sedap!.

Sedap memang sedap tapi korang tau tak yang tauhu mengandungi Magnesium sulfate yang boleh meracuni tubuh badan jika korang makan tauhu secara berlebihan!

•Bijirin manis

Sumber dari shandymedia.com
Bijirin sememangnya makanan yang sihat tetapi ada sesetengah bijirin boleh memberi keburukan kepada kesihatan korang apabila ia mengandungi Refined carbohydrates dan karbohidrat seperti ini mempunyai kadar gula yang tinggi malah korang boleh terdedah dengan penyakit obesiti dan diabetes!!

•Ikan sardin

Sumber dari rasa.karangkraf.com
Memang sedap jika ikan sardin direbus dan digoreng malah boleh dijadikan sambal ikan sardin jika korang beli ikan sardin dalam tin. Tahukah korang ikan sardin itu sendiri tidak elok untuk kesihatan?

Ini kerana ikan ini memiliki kandungan merkuri yang tinggi dan memakan ikan kecil sebagai makanannya. Seeloknya pilih ikan yang makan tumbuh-tumbuhan laut.

•Nugget ayam

Sumber dari resepimasakaninfo.com
Siapa yang tak suka makan nugget ayam bukan? Rasanya yang enak, garing selalu menjadi makanan kegemaran untuk anak-anak kecil membuatkan ramai juga menggemarinya.

Korang perlu kurangkan memakan makanan diproses seperti nugget ayam ini kerana ia mempunyai bahan pengawet yang tinggi.

•Jus buah diproses

Sumber dari klimg.com
Seeloknya korang minum jus buah yang sebenar selain daripada membeli jus buah yang diproses. Ini kerana jus buah diproses mengandungi kadar gula yang tinggi seterusnya mengakibatkan diabetes jika diminum setiap hari.

•Teh ais

Sumber dari says.com
Teh ais memang sinonim dengan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi sekarang ada pelbagai resepi baru yang diperkenalkan untuk menarik minat orang ramai untuk minum teh ais.

Kurangkan minum teh ais kerana ia mengandungi Emulsifier dan sebagai alternatif, korang semua boleh cuba untuk minum green tea yang terkenal baik untuk kesihatan dan kecantikan wajah!

•Krimer

Sumber dari tokopedia.net
Memang sedap minum kopi jika ditambah dengan krimer kerana ia mempunyai rasa lemak manis. Biarlah kopi pahit sedikit dari bercampur dengan bahan kimia yang terkandung dalam krimer.

Kini terdapat banyak minuman menggunakan krimer bagi memberi rasa lebih sedap tetapi anda perlu tahu krimer mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu Titanium dioxide.


Kebanyakan makanan memang berbahaya untuk kesihatan tapi kita wajib tahu bagaimana untuk mengawal pengambilan makanan untuk mengelakkan daripada terkena penyakit berbahaya.


Rahsia Wanita Mengekalkan Keayuan..


1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4) Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Credit : Mingguan Wanita

Jus Qalbi Al-Ehsan Pencuci Kolestrol Baik Untuk Kesihatan


Hampir separuh daripada semua kematian akibat serangan jantung berlaku semasa serangan yang pertama dan sebelum rawatan dapat dimulakan.(Tak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana menganggap diri sihat). Oleh itu, pencegahan adalah suatu perkara yang mesti dilakukan.

Tanda-tanda Kolestrol yang tinggi
**Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
**Timbul bintik-bintik putih (biji kolestrol) pada bahagian bawah mata,
kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi
**Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
**Sering berasa sakit kepala.
**Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan,
sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
**Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit.
Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
**Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.

Agak-agak korang ada tak mengalami simptom-simptom seperti di atas? Jangan risau. Jom saya perkenalkan satu produk untuk atasi masalah kolestrol yang bermaharajalela dalam badan kita.


Saya memperkenalkan JUS QALBI AL-EHSAN. Produk terbaik untuk membantu menstabilkan kadar kolestrol dalam badan kita. JUS QALBI AL_EHSAN diperbuat daripada 5 gabungan bahan-bahan semulajadi seperti Lemon, Madu, Halia, Bawang Putih & Cuka Epal ia mampu membantu mengawal kadar kolestrol sekaligus menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Untuk pengetahuaan anda, JUS QALBI AL_EHSAN dihasilkan tanpa bahan pengawet, mampu baikpulih dan merangsang sistem peredaran darah serta mengurangkan risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung, 'stroke', sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan sekiranya diamalkan secara berterusan. 

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan seperti jantung tersumbat, athma, tekanan darah tinggi, kolestrol, resdung, arthritis, gout, kencing manis, kebas tangan kaki dan sembelit adalah sangat digalakkan mengambil JUS QALBI AL-EHSAN ini. 



Selain itu, JUS QALBI AL-EHSAN juga merupakan sejenis  minuman suplemen yang mampu menjana tenaga tambahan serta kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit serta sistem imunisasi dan sistem penghadaman.

Khasiat JUS QALBI AL-EHSAN
✔ Menurunkan Kadar Kolesterol Dalam Darah
✔ Membersihkan Saluran Darah /Jantung Tersumbat
✔ Membuang Angin Dalam Badan dan juga rasa Senak
✔ Merawat Angin Ahmar/Stroke juga Darah Tinggi
✔ Melawaskan Sistem Penghadaman
✔ Mencairkan Lemak
✔️ Mencairkan Darah Yg Pekat
✔ Melegakan Sakit Kepala, Sakit Badan dan Sengal2 Sendi
✔ Memberikan Tenaga dan menghindarkan rasa Letih
✔ Melegakan salur penafasan & asma.

Cara pengambilan JUS QALBI AL-EHSAN
  1 sudu setiap pagi sebelum sarpan
  1 sudu setiap malam sebelum tidur
 Minum banyak air suam untuk kesan yang maksimum
 **Seeloknya diambil sewaktu perut masih kosong. Tapi jika ada gastrik diambil lepas makan.**


Dengan khasiat Lemon, Halia, Cuka Epal, Madu & Bawang Putin sangat berkesan untuk kawal kadar kolestrol penyebab penyakit jantung, darah tinggi, strok & kencing manis. JUS QALBI AL-EHSAN juga sangat bagus sebagai diet sihat untuk pengambilan harian kerana ia boleh bantu anda maintain kesihatanwalaupun anda merasa diri anda sememangnya sihat!! Minumlah seisi keluarga dan sihatlah seisi keluarga.


Untuk maklumat lebih jelas dan detail mengenai cara pembelian serta testimoni produk JUS QALBI AL-EHASSAN ni, anda bolehlah singgah ke page facebook JUS QALBI AL-EHSAN  atau ke instagram qalbialehsan . 

Untuk lebih mudah, anda boleh terus ke

Algae Park Sdn Bhd
No 80 A,Jalan Renang 13/26,Seksyen 13,
Shah Alam,Selangor.

Tel: 03- 5511 4366

HP: 017- 7300 366 & 017- 3730 366


JUS QALBI AL EHSAN PENCUCI KOLESTROL
BAIK UNTUK KESIHATAN MAXIMUM

4 Bahan Ini Mampu Mengecutkan Jerawat Dalam Satu Malam

Tak sukanya bila muka tiba-tiba berjerawat. Banyak pula tu, ibarat tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Ni ada beberapa tips untuk hilangkan jerawat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh anda cuba.

1. Madu

Madu merupakan antibiotik natural yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Madu juga boleh melembapkan serta menjadikan kulit lebih sihat.

2. Aloe Vera

Aloe vera ni banyak khasiatnya. Ia juga memilik kandungan anti-bakteria dan juga anti-radang yang mengurangkan kemerahan serta iritasi kulit.

3. Ais

Ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain lembut. Tekap pada bahagian berjerawat selema 2-3 minit. Untuk pengetahuan anda, ais boleh mengurangkan bengkak serta mengecutkan jerawat.

4. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi anti-bakteria yang boleh melawan jerawat. Hancurkan seulas bawang putih dan tambah sedikit air. Kemudian, sapu pada kawasan berjerawat selama 10 minit.

JANGAN letakkan bawang putih pada kulit tanpa air.


Semoga perkongsian bermanfaat...

Punca Keputihan Dan Rasa Gatal Pada Kemaluan

Ramai wanita mungkin mengalami masalah cecair keputihan keluar dari kemaluan dan berasa gatal pada bahagian faraj tetapi segan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Betul tak?

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan cecair yang abnormal keluar dari kemaluan wanita seperti jangkitan bakteria, kulat dan mungkin juga kanser pangkal rahim.

Dikatakan 75 peratus daripada wanita akan mengalami sekali jangkitan kulat ini dalam hidupnya. Manakala, 40 hingga 45 peratus wanita akan mengalami 2 atau lebih jangkitan kulat sepanjang hidupnya.

Apa jangkitan kulat yang dimaksudkan?
Jangkitan kulat yang dimaksudkan adalah jangkitan pada kemaluan yang disebabkan oleh sejenis kulat atau fungas yang menjadi normal flora dalam kemaluan wanita iaitu Candida Albicans. Dalam ilmu perubatan, jangkitan ini
dipanggil sebagai Vaginal Candidiasis atau Vulvovagina Candidiasis .

Untuk pengetahuan semua, kulat Candida Albicans ini sememangnya hidup dalam badan manusia seperti di bahagian usus, faraj dan juga mulut dan ianya dipanggil sebagai organisma normal flora kerana tidak mendatangkan bahaya jika dalam jumlah yang kecil.

Apakah tanda atau simptom yang biasa dialami oleh pesakit?
Cecair keputihan seperti keju atau berketul-ketul akan keluar daripada faraj wanita. Biasanya,pesakit akan mengadu gatal-gatal pada bahagian kemaluan.

Disebabkan kegatalan kemaluan tersebut, mereka kerap menggaru pada kemaluan dan ada yang sampai terluka dan kemerahan. Jika kemaluan pesakit terluka, kemungkinan jangkitan kedua seperti jangkitan bakteria mungkin boleh berlaku. Ada juga pesakit yang mengadu sakit faraj ketika kencing atau selepas melakukan hubungan seks.

Biasanya cecair keputihan yang disebabkan jangkitan kulat ini tidak berbau busuk dan tidak melibatkan pendarahan.

Ada juga yang pernah bertanya, adakah jangkitan seperti ini boleh menjangkiti suami jika melakukan hubungan seks?

Vulvavaginal candidiasis bukanlah sejenis penyakit kelamin yang berjangkit (Sexually transmitted disease) . Namun si suami mungkin boleh mengalami kemerahan dan pedih padazakar jika si isteri mempunyai jangkitan kulat yang teruk.

Bagaimana jangkitan kulat ini boleh berlaku?
Apakah punca atau risikonya?

Kulat Candida Albican adalah kulat yang hidup secara normal flora di bahagian kemaluan dan juga mulut manusia tapi dalam jumlah yang kecil dan tidak menyebabkan simptoms.

Namun begitu, jika seseorang itu mengalami sistem pertahanan badan yang lemah seperti menghidap kencing manis, HIV atau lain-lain penyakit, maka kulat ini akan tumbuh berlebihan pada bahagian kemaluan dan seterusnya menyebabkan simptom.

Selain itu, jika pesakit pernah mengambil antibiotik yang broad-spectrum atau penggunaan steroid pada jangka masa panjang, maka mereka juga antara orang yang berisiko mendapat jangkitan ini.

Ibu yang mengandung itu sendiri juga cenderung mengalami jangkitan kulat disebabkan perubahan pada sistem pertahanan badan dan juga perubahan keasidan atau pH pada bahagian faraj.

Bagaimana hendak mengelak dari jangkitan kulat vagina?
-Elak seluar dalam yang diperbuat dari kain sintetik
-Elakkan dari meletakkan atau membubuh produk wangi-wangian di bahagian kemaluan
-Jangan membersih kawasan faraj dengan sabun biasa tetapi gunalah pelembab diperbuat khas untuk faraj/kawasan kemaluan
-Pastikan kawasan di bahagian kemaluan kering dan bersih
-Kalau anda menghidap Diabetes Mellitus, pastikan paras glukos anda terkawal.

Credit : Weiga

Testimoni Detox Tea Medina Desire

Percayalah, dengan hanya RM15 anda dapat turunkan berat badan dan tingkatkan kesihatan.
Aikkk masih tak peracya? Jom lihat testimoni pengguna kami.
























KURUS DENGAN HANYA RM15

Assalamualaikum gais.
Wahhh lamanya CK tak update blog kan? Almaklumlah sibuk sikit dua tiga menjak ni. Okaylah, tak nak meleter panjang lebar pagi ni.

Gais nak kurus tak? Nak turunkan berat badan tak? Na tingkatkan kesihatan tak? Apa kata kalau uoll cuba DETOX TEA. Detox Tea merupakan tea minuman 100% berasaskan herba, tiada bahan terlarang dan tiada kimia.

Detox Tea ni ada dua jenis tau, SLIMMING DETOX TEA dan KAKICANTIQ TEA

Khasiat dan Fokus SLIMMING DETOX TEA (SDT)

  • Untuk kempiskan perut
  • Membuang angin dalam badan
  • Menyelesaikan masalah obesiti
  • Menurunkan paras gula dalam darah
  • Membuang lelemak degil
  • Menurunkan tahap kolestrol
  • Membuanga ngin dalam badan
  • Penurunan pantas sehingga 6KG dalam masa 14minggu
  • 1 Pack ada 15 Uncang
  • 1 Uncang boleh digunakan sebanyak 2kali
  • Tiada cirit birit
  • Minum setiap malam sebelum tidur

Khasiat dan Fokus KAKICANTIQ TEA (KCT)

  • Mengecilkan peha
  • Mengecilkan lengan
  • Mengurangkan air lebihan dalam badan
  • Melawaskan kencing
  • Mengurangkan selera makan
  • Perut rasa cepat kenyang
  • 1 Paca ada 15 Uncang
  • 1 Uncang boleh guna sebanyak 2kali
  • Tiada cirit birit
  • Minum setap pagi sebelum sarapan


Tanpa diet ketat!! Kesan dalam masa seminggu jika anda konsisten dan disiplin.

Detox | Beauty | Slim
SLIMMING DETOX TEA RM15
KAKI CANTIQ TEA RM 25
SET COMBO RM40 shj
**Add postage RM7sm/ RM11ss**
Ws 013-6462960
COD sekitar Kuala Terengganu