Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli
Memaparkan catatan dengan label Kawalan turutan. Papar semua catatan

Kawalan Motor | D.O.L



Petang semalam aku buat kawalan motor. Sebenarnya aku agak kelam kabut sikit sebab pagi tu, waktu En.Asis bagi penerangan aku tade dalam kelas. Bukan ponteng, tapi pergi cari hadiah untuk Program BI yang kelas aku anjurkan pada minggu lepas.

Mula-mula masuk kelas petang semalam, memang blur sikit. Ya, memang aku dah belajar waktu di ABM dulu. tapi almaklumlah, dah lama tak sentuh D.O.L ni, so dah lupa. Bukan aku nyanyuk! kalau ikutkan diagram litar kawalan ni senang je. Sebab just guna Stop Button. Tak masuk lagi bagaian Foword/Reverse Button. Hehee.. Tapi kami ada menggunakan selected switch. Hah, itu yang aku blur. Padahal point dan penggunaannya sama je pun.

Okay tape. Aku study slow-slow. Auu cuba ingatkan balik. Alhamdulillah, aku mampu siapkan dalam masa lebih kurang 2jam. Kekemasan? Heheee memang out terus. Alaa aku pun tak menitikberatkan kekemasan pun kali ni. Just nak siapkan litar dan test samaada berjaya ke tidak. Well, mestilah berjaya. Heheee. Happy giler kowt. Dah laa aku buat sendiri. Okay, memang tanpa bantu taw. Alhamdulillah, ilmu yang aku belajar di ABM dulu masih boleh digunapakai. Walaupun dalam keadaan ingat-ingat lupa. Hahaa ayam betullah!.

Kalau ikutkan exam amali sebenar, kami diberi masa 4jam untuk siapkan. Kekemasan memang diambil kira ye. Untuk kali ni aku siapkan lebih kurang dalam dua jam tapi kekemasan memang hancur. Hahaaa tak kisahlah janji litar aku hidup.

Untuk kelas arini, maybe kali aku mulakan dengan Foword/Reverse pulak kowt. Doakan aku mampu lakukan dengan jayanya ye..

Kawalan turutan


Apa itu Kawalan Turutan?

Kawalan turutan ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna, ini termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan lebihan arus dan perlindungan kebocorn ke bumi. Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti berikut

1. Fius perkhidmatan dan penghubung neutral
-> Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. (Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB)

2. Jangka Kilo Watt Jam (Meter KWJ)
-> Berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadar an bayaran tariff. (Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB)

3. Suis Utama (Main Switch)
-> Berfungsi sebagai pengasing atau penyuisan dan perlindungan arus lebihan.

4. Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB)
-> Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran ke bumi dan pengasing litar.

5. Papan Agihan
-> Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan.