Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli
Memaparkan catatan dengan label Hiking. Papar semua catatan

Pengalaman Kali Ketiga Mendaki Gunung Datuk, Rembau

Assalamualaikum..

Bila sebut pasal hiking, akulah orang yang paling teruja. Memang tak sabar nak mula masuk hutan. Nak bau perfume hutan. Nak rasai angin dan suasana hutan. Hutan memberikan sebuah ketenangan untuk aku. Disebabkan itulah, walau sesibuk dan sepenat manapun, aku tetapi juga akan hiking diwaktu hujung minggu. 

Pengalaman mendaki Gunung Datuk untuk kali ketiga sangat berbeza dengan dakian sebelum ini. Bagi aku, dakian kali ni lebih mencabar. Cabaran! pewai terukkk

Perjalanan aku dan kawan kawan bermula seawal jam 4pagi. Sampai ke puncak Gunung Datuk lebih kurang jam 6pagi dan memulakan perjalanan turun ke kaki Gunung Datuk lebih kurang jam 8pagi. 





d

d



 








Rindu nak kembali hiking. Tapi buat sementara waktu terpaksa lupakan seketika hobi ini. Aku agak sibuk dengan kerja dan juga perniagaan online. Selain itu, cuaca sekarang juga tidak menentu. Doakan aku dapat kembali hiking seperti biasa ye. Rindu bau hutan. Hutan memberikan satu ketenangan untuk aku. Aku tenang dihutan.

Hiking | Bukit Kepayang, Seremban






Take Note : Penat tapi berbaloi. Setiap kali hiking, mesti akan terkeluar ayat ' alahaiii amendalah aku buat dalam hutan time cuti cuti ni, orang cuti golek atas kati tapi aku bermandi peluh'. Hahahaaa ayat tu akan berkumandang dari mulut aku. Tapi itu normal. Mulut membebel tapi hati takkan patah semangat. Tekad nak sampai ke puncak. Tak kisah lambat atau cepat. 



Tips Pernafasan Semasa Hiking

Tips Pernafasan Semasa Mendaki

Ketika mendaki, badan kita akan terasa agak berat. Mungkin itu merupakan satu proses penyesuaian badan. Beberapa aspek yang terlibat ketika proses pendakian termasuklah beban, langkah dan juga pernafasan.

Ini sebahagian tips yang biasa aku amalkan ketika hiking. 

1. Mulalah dengan pernafasan nafas pendek. Jangan tarik nafas dalam keadaan sedang berjalan.

2. Pernafasan seiring dengan langkah kaki. Sebaiknya berjalanlah dengan keadaan perlahan dan teratur.

3. Kerap pernafasan melalui hidung. Bernafas menggunakan hidung membantu kita mengatur nafas pendek, jadi kita tidak terasa penat.

4. Jika merasa keletihan, jangan banyak bercakap. Seringkali pada awal pendakian kita berjalan sambil bercakap, jangan terlalu kerap berborak, selain membuang tenaga, dan menyusah untuk bernafas  dan boleh sesak nafas. Jikalau ingin mendaki sambil minum, pastikan nafas anda sudah stabil dulu.

5. Apabila kita mengguna nafas pendek, mulailah memanjangkan nafas anda dan tetap sesuaikan dengan langkah kaki.

Semoga bermanfaat gais


Persediaan Asas Sebelum Hiking

Sebelum memulakan hiking, pastikan anda kaji dan selidik dulu beberapa perkara asas ye. Ini sangat penting untuk diri sendiri dan juga bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Ya, selagi boleh elak, kita cuba elakkan ye. Bka kata pepatak, beringat sebelum kena. Hah gitu!!!

Mungkin ramai diantara kita yang dah mengetahui persediaan asas seblum memulakan pendakian tapi tahukan anda keupayaan badan sendiri macam mana, terutamanya jantung dan stamina. Agak agak cukup ke tidak stamina anda untuk memulakan pendakian tersebut?? Okay, sila fikir dan jawab dalam hati. Hikhikhikkk...

Korang boleh amalkan senaman kardio sebelum memulakan pendakian. Sebeum tarikh hiking tu, korang bolehlah buat kardio. jadikan kardio tu sebagai rutin harian korang, insyaAllah nanti korang akan lebih berstamina dan kardio ni sebenarnya sangat bagus untuk jantung tau. Aku cadangkan korang cuba cardio exercise untuk improve heart rate. Eh, apa itu cardio? Okay, korang boleh google. Banyak step cardio yang simple dan mudah untuk korang ikuti. Sekiranya anda seorang runner, rasanya tiada masalah kot untuk hiking sebab stamina dan mantap dan padu, kan. 


Take Note : Kebiasaannya beberapa hari sebelum hiking, aku akan amalkan buat 'start jump'. Targetlah dalam masa sekian.. sekian.. berapa banyak 'start jump' yang mampu dibuat. Kekadang tu aku akan jog waktu petang. Aku juga akan jaga pemakanan. Elakkan yang bergoreng, elakkan gula, dan makan makanan yang betul. Ketika hiking aku akan bekalkan coki coki, 100 plus dan juga mineral. 

Kenapa Orang Gemuk Tidak Boleh Hiking?

ORANG GEMUK BOLEH HIKING?
=========================

Ramai pihak berbeza pendapat berkenaan hal ini. Namun majoriti merasakan seeloknya bermula dengan "brisk walk" dahulu sebelum belajar hiking.

Saya kenal seorang lelaki yang beratnya 118kg dengan BMI 35+ tapi mampu menawan puncak kinabalu dengan mudahnya.

Saya juga kenal seorang wanita obese yang hebat menakluk puncak gunung di malaysia yang kategori extreme. Bahkan beliau sudah pun "grad" G7, G7-11 yang mana komuniti hikers sendiri tahu merupakan pendakian yang sangat sukar.

Kenapa mereka boleh?

Sebenarnya mudah sahaja. Mereka mempunyai latihan yang secukupnya.

Berbalik kepada persoalan asal, "orang gemuk boleh hiking?"

Pendapat saya, MUNGKIN boleh, MUNGKIN tidak dan semuanya bergantung kepada faktor-faktor seperti :-

▶ Tahap kecergasan setiap individu. Walaupun gemuk, ada kemungkinan seseorang individu itu cergas kerana telah banyak lakukan latihan

▶ Tahap kesihatan faktor penting. Gemuk dan tiada masalah kesihatan mahupun kecederaan adalah lebih baik dari kurus tapi ada masalah kesihatan. Namun sila PASTIKAN ANDA TELAH MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN terlebih dahulu.

▶ Faktor persekitaran. Sebenarnya banyak bukit-bukit di Malaysia yang sesuai untuk beginner mahupun orang gemuk. Seperti contoh Bukit Batu Putih (Port Dickson), Gunung Pulai 1 (Johor), Bukit Gasing dan banyak lagi.

Maka, terlalu kejam untuk merumuskan orang gemuk tidak boleh hiking. Andai faktor-faktor diatas berjaya diatasi, mengapa mereka tidak boleh mencuba?

Nasihat terakhir dari saya untuk orang gemuk di luar sana yang ingin mencuba hiking. "Hiking untuk sihat, bukan merosakkan badan ye".


- Hikers Nubis Kubis Sayur -

Kredit: Tuan Sharizal Aziz


Take Note : Suatu ketika dulu berat badan aku mencecah 9+kg. Alhamdulillah, sekarang berat badan aku dah berkurangan. Ini sebagaian hasil dari hiking. Yes, memang penat. Ya, memang pewai. Betul, memang rasa macam namaty. Aah, memang rasa putus nyawa.. tapi disebalik semua tu ada satu nikmat yang tak dapat aku ungkapkan. Alhamdulillah, aku gembira. 

Sebelum hiking, pastikan stamina kita cukup. Boleh buat senaman, zumba, cardio, jogging dan sebagainya. Pemakanan juga perlu dijaga. Pastikan tidur secukupnya dan dapat rehat yang cukup. Ketika hiking, aku akan bekalkan coki coki dan air 100 plus untuk tenaga. Pastikan hiking dalam keadaan senyap. Jangan bercakap ketika hiking. Belajar cara kawal pernafasan dan kawal minda ketika kepenatan. Sentiasa fikir positif. 

Itu sebahagian perkara yang aku amalkan. 

Hiking | Redah Dan Santai



Blogbabyshambles. Redah. Santai.

Assalamualaikum.
Hai gaissss 🙃

Lama sudah aku tak berpena disini. Berhabuk sudah blog kesayangan aku ni. Cewahhhh.. kesayanganlah sangat! Hahaaa gila kau tak sayang, inilah tempat untuk aku hidup dalam jiwa sendiri.

Okay, berbalik pada gambar diatas. Sebenarnya aku plan nak buat sticker dan baju hiking. Halahhh halahhhh tinggi menggunung planning aku, kan? Tapi apa salahnya. Nanti baju tu aku akan pakai setiap kali pergi hiking. Tapi itulah.. planning tu masih dalam pertimbangan lagi. Heheeee.. level compidenttt aku masih tidak setinggi planning!

Kebelakangan ni ada beberapa orang sahabat blogger pm aku, bertanya apakah keseronokan dan faedah yang aku dapat setiap kali hiking. Apa yang best sangat keluar masuk hutan. Tak penat ke panjat bukit dan gunung bagai. Tak takut ke sesat dalam hutan. Blaaa.. blaa.. bla..

Bagi aku, banyak faedah dan manfaat yang bagus setiap kali aku hiking. Penat? Tipulah kalau aku cakap tak penat! Penat itu biasalah. Sebab tu sebelum hiking, kita kena persiapkan fizikal dan mental. Jaga stamina dan jaga mental. Jaga pemakanan dan rajinkan diri lakukan senaman. Paling penting, belajar cara kawal pernafasan dan mental korang ketika berada dalam keadaan penat. Sila jangan barai. Sila jangan koyak. Sila jangan mengalah. Sila jangan berputus asa. Paling penting, sentiasa positif!!

Sejujurnya, waktu mula mula hiking dulu, tujuan aku adalah untuk turunkan berat badan. Alhamdulillah, ada penurunan. Hehee makin lama rasa macam makin best pulak. Masuk hutan, redah denai belukar, panjat akar kayu, jatuh tersadung, bermandi peluh, dengar helahan nafas kepenatan. Semua tu rasa sangat berbaloi bila sampai di puncak! Tak dapat nak diungkap dengan kata kata. Bila sampai puncak dalam keadaan penat, pastu nampak view yang sangat cantik. Subahanallah, tak tergambar dek akal. Rasa nikmat sangat. Yes, tu salah satu sebab kenapa aku suka hiking. Tu salah satu sebab kenapa aku suka masuk hutan dan itu salah satu sebab kenapa aku sentiasa menanti tibanya hujung minggu. Heheheeee...

Aku tenang dihutan. Aku rasa damai di hutan. Nikmatnya bilamana dengar bunyi unggas dan cengkerikkk. Nikmatnya bilamana jauh dari kesibukan kerja dan kebingitan manusia. Nikmat yang tak dapat aku nak perkatakan. Tidak terkata bossskur!

Untuk korang yang nak tengok gambar/view yang sempat aku rakam sewaktu hiking boleh ke instagram aku




Cerita Di Sebalik Bukit Taisho, Bahau

BUKIT TAISHO BAHAU (TEMPAT MELIHAT AWAN KARPET)

Bukit Taisho yang terletak 5km atau 10 minit dari Pekan Bahau, Jempol sememangnya menjadi tumpuan buat orang awam melakukan aktiviti riadah di hujung minggu khususnya. Dengan ketinggian lebih kurang700 meter serta serta jarak lebih kurang 1.7km (30 minit) untuk sampai ke puncak sememangnya sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak untuk mendaki. Kawasan bukit ini ialah kawasan ladang kelapa sawit di mana hampir keseluruhan denainya adalah laluan kenderaan untuk mengangkat buah kelapa sawit. Boleh dikatakan tahap kesukaran mendaki bukit ini ialah mudah buat pedaki amatur. Jadi ia sesuai didaki oleh semua golongan masyarakat yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

SEJARAH DISEBALIK BUKIT TAISHO

Menurut cerita terdahulu, Bukit Taisho ini mempunyai kaitannya dengan sejarah Bahau itu sendiri. Terdapat lagenda menarik tentang Bahau sewaktu dalam jajahan British dahulu. Bandar ini sangat kaya dan makmur dan kebanyakan penduduknya menjadi jutawan kerana pelbagai aktiviti termasuklah memenangi loteri yang berjumlah berjuta ringgit. Kemakmuran Bahau menimbulkan rasa iri hati orang-orang Inggeris. Maka mereka mula menyiasat faktor kemakmuran bandar ini. Hasil dari siasatan, mereka mendapati banjaran bukit yang menjadi tulang-belakang bandar ini adalah berbentuk Naga yang gagah dan berkuasa dikenali sebagai Bukit Taiso. Mereka juga turut mempercayai Feng-Shui dan yakin bahawa bukit Taisolah yang mendorong kemakmuran bandar ini. Bagi menyekat kemakmuran Bahau, maka penjajah British menggunakan nama pembangunan untuk meratakan bukit di bahagian kepala naga tersebut dan membina sebuah petempatan estet untuk tujuan pertanian. Untuk memastikan kuasa mereka tidak tergugat, mereka telah menanam sebatang tiang besi sepanjang beratus-ratus kaki ke bahagian tulang belakang naga tersebut. Keadaan ini bolehlah kita gambarkan seolah-olah seekor naga yang dipaku tulang belakangnya di muka bumi ini dan membataskan pergerakan naga tersebut. Tidak cukup dengan itu mereka mendirikan balai polis di bahagian perut naga tersebut. Mengikut ‘Feng-Shui’ masyarakat Cina, kuasa yang dipunyai oleh Balai Polis mampu menundukkan kuasa naga. Dikatakan juga di puncak bukit tersebut, masih tertanam kuat sebatang tiang besi di atas puncak bukit. Samada cerita ini adalah hanya mitos atau kebenaran, tiada siapa yang dapat memberi kepastian. Tiang besi yang dikatakan ditanam di puncak bukit tersebut juga tidak dijumpai hingga sekarang.



Cerita Di Sebalik Bukit Baginda, Kuala Pilah

Bukit Baginda di Kampung Majau dekat sini secara tiba-tiba menjadi popular ekoran memiliki Wave Rock atau Batu Berombak yang cukup unik, yang merupakan daya tarikan baharu di daerah ini. Mula dibuka kepada umum sejak beberapa bulan lepas, ia memberi peluang kepada masyarakat luar untuk melihat sendiri keunikan batu berkenaan yang berbentuk bulat dengan sebahagian daripadanya memiliki tekstur beralun seperti ombak.

Wave Rock yang terletak di puncak Bukit Baginda, iaitu 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan memiliki ketinggian 450 meter, telah merekodkan kedatangan pengunjung seramai 1,000 orang sejak ia dibuka 6 Okt lepas. Kepada pendaki yang ingin melihat keunikan Wave Rock perlulah mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang baik. Ini kerana trek Bukit Baginda agak sukar dan mencabar.

Para pendaki yang berminat mendaki dan melihat sendiri Wave Rock akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM11 iaitu RM5 daripadanya adalah permit hutan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Permit wajib dibayar pada Sabtu dan Ahad kepada pegawai perhutanan yang berada di situ manakala Isnin hingga Jumaat, bayaran permit boleh dibayar di Pejabat Hutan Kuala Pilah. Bayaran RM6 untuk masuk ke Bukit Baginda dikutip oleh Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK).


Selain Wave Rock yang dianggarkan sebesar kira-kira 40m x 20m ukur lilitnya, daerah ini juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai 'Batu Hidup' daripada 300 tapak batu megalit di Negeri Sembilan.








Hiking | Bukit Sikai, Kuala Pilah


Bukit Sikai, Kuala Pilah.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya jejak kaki ke sini. Sejujurnya, sis tak pernah search pun macam mana trek dan view atas bukit ni. Hahaaaaa dalam kepala dah set, trek ok je kot. Trek mudah je ni. Dyorng cakap 15minute je dah boleh sampai atas. Sis macam, ouhhh okaylah tu. Jom sahut cabaran!!!
Sekali tiba kat situ, fulamakkkkk macam ni ke rupa dia! Pacak sungguh. Gigihlah nak daki satu persatu. Kebetulan waktu kiteorang sampai matahari tengah pacak atas kepala.  Hati dah separuh tak rela. Tapi mental masih okay. Hahaaa mental tak barai lagi!
Maka gigihlah sis ikut langkah mereka satu persatu. Panjat demi panjat. Panas matahari jangan ditanya. Bila sampai part trek yang takde pokok pokok tu, sis jalan cepat cepat. Hahaaa panas woiiii.. jumpa pokok kat tepi tepi, tumpang kejap berteduh. Tak dapat nak gambar panasnya macam mana. Tapi masih mampu bertahan. Bagi sis, trek Bukit Sikai agak bahaya jugak. Jalan berpasir, berbatu batu. Silap langkah menggelongsorlah kau ke bawah.
Alhamdulillah, perjalanan kami tak sampai setengah jam. Yeyehhh tiba di puncakkk! Perhhhh panasnya tak tergambar.  Ku sangka kat atas ada pokok, bolehlah berteduh rupanya gondol terus! Padang jarak padang tekukur. Alamakkkk panas tingg tinggg..
Sampai je peak, cepat cepat kami ambil gambar tanda kenangan. Masing masing dah takde mood bergambar sebenarnya, dah penat ditambah plak dengan panas. Jadi, pakat tangkap gambar sombrono je lah. Jadi ke tidak blkng kira. Cantik ke tidak, tak peduli dah. Janji ada gmbar seketul dua ketul.
Apapun, sis tak serik. InsyaAllah, diizinkanNya, sis nak dtg lagi ke Bukit Sikai ni pada waktu pagi pulak. Nak tengoj view pagi. Orang kata, kalau ada rezeki boleh tengok awan karpet. Hah gitu, teruja plak sis rasa!! Doakan semoga sis dapat kembali jejak kaki ke Bukit Sikai ye.
- kejupenyet 030319
#BukitSikai
#KualaPilah
#klubnalalehseremban






Hiking | Bukit Baginda, Kuala Pilah

Bukit Baginda, Kuala Pilah
17/02/2019


Alhamdulillah. Aktiviti hiking untuk setiap hujung minggu masih berjaya diteruskan setakat ni. Trip hujung minggu ni hanya aku dengan kawan (bangjang) sahaja. Kami berdua je. Kalau ada yang nak join sekaki, kami on je. Kalau ada yang tak dapat nak join, kami okay je. On trek berdua pun boleh. Tak kisahlah, janji aktiviti kami sihat dan menyihatkan. Heheeee...

Kami gerak dari Senawang ke Kuala Pilah seawal jam 5pagi. Pagi pagi jalan raya takde sibuk sangat so santai santai je. Lebih kurang pukul 6lebih kami ke sana. Kami plan nak naik awal pagi sebenarnya tapi plan kami tergendala. Kenapa? Sebab waktu sampai tu, takde satu kereta pun disitu. Huhuuu.. tak de orang pun. Jadi kami compius... betul ke tak jalan ni.. betul ke ini jalan masuknya.. tapi kenapa takde orang.. pelikk.. sudahlah laluan masuk tu ada signboard tanah perkuburan islam.

Kami pun tunggu seketika dalam kereta. Mungkin kejap lagi ada yang datang. Boleh jugak kami join hiking sama sama. Heheee... Tunggu punya tunggu, jam menunjukkan pukul 7am. Fuhhh alam dah cerah. Matahari dah mula muncul. Tapi mana orangnya?? Dalam hati dah memikir, wehhh macam nak tukar port je. Huhuu.. 

Jam 7.15am, muncul sorang abang yang jaga permit dan bayaran utk jkkk. Oichhh ye, bayaran masuk RM8 untuk sekepala ye. RM3 untuk permit dan selebihnya tu bayaran untuk jkkk. 

Settle bayaran semua, kami teruskan misi. Waktu ni masih tak nampak lagi para pendaki. Katanya abang perhutanan tu, bbukit Baginda biasanya didaki dalam jam 8pagi macam tu. Sebab di puncak takde view pun. Tarikannya hanyalah batu beralun tu sahaja. Oichhh okay. Takpe lah, kami pun mulakan perjalanan.

Dari parking kereta ke check point 1, permandangan kiri kanan hanyalah pokok getah. Laluan masih okay.. mendatar, menurun sikit, menaik sikit pastu mendarar lagi.. dalam 5minute - 10minute perjalanan, akan jumpa check point 1. 

Cantikkk! Akan nampak satu batu besar. Pastu ada air yang mengalir dari batu tersebut. Okay, bermula dari situ cabaran akan muncul. Trek mendaki dan mendaki. Tapi hati hati gais, sebab akar poko berselirat dan trek agak licin dgn tanah dan berpasir. Daun daun kering pun banyak. Tapi jangan risau, ada disediakan tapi di beberapa laluan. Jumlah check point kesemuanya ada lapan. Check poit yang ke lamapan tu korang akan nampak bendera Malaysia terbentang indah. Oichhhh membara semangat kenegaraan!

Okay, jom layan gambar yang sempat kami rakamkan. Thanks bangjang, gigih layan den posing! Hahahaaaa ada muka excited, ada muka penat, ada muka separuh menyerah kalah, ada muka yang tekad penuh keazaman.

Pistttt.. setiap kali hiking, bila penat dan pewai, aku akan selitkan kata kata ni dalam hati. 

'Aku boleh. Aku mampu. Aku okay walaupun aku tak okay. Teruskan perjalanan walaupun tak tahu mana penghujungnya. Penat mana pun rasa badan, teruskan. Kemanisan menanti di penghujung sana.'











































Bukit Baginda, Batu Kikir.. (Wave Rock)
Tarikh: 17 Feb 2019
Masa: 7am (start hiking)

Info: Bukit Baginda di Kuala Pilah telah banyak menerima kunjungan daripada pendaki setelah video “Wave Rock” yang luar biasa tular di media sosial.

Sejak dibuka kepada orang ramai pada 6 Oktober, kira-kira 1,000 pendaki telah menjejakkan kaki ke puncak bukit yang berukuran 40m lebar x 20m dengan bukit menegak berketinggian 450m dari pangkalan Bukit Baginda di Kampung Majau.

Seorang guru kampung dan guru pendidikan jasmani, Ramlan Ruspan, 52, berkata mereka yang ingin memanjat bukit mesti mempunyai stamina yang baik.

“Batu luar biasa itu telah lama wujud tetapi telah ditularkan melalui media sosial oleh rakan saya, Abdul Razak Hashim, 45.

“Sepanjang pengetahuan saya, batu yang sama tidak terdapat di tempat lain di negeri ini. Ia juga agak pelik kerana bahagian sisinya sedikit condong. Ketinggian batu ini dianggarkan mencecah 20 meter,” katanya kepada Bernama.

Ramlan, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan St Aidan, Bahau, berkata bahawa sebaik sahaja laluan Bukit Baginda dibuka kepada orang ramai, beliau dan sekumpulan rakan-rakan menawarkan perkhidmatan sebagai pemandu arah.

“Mereka yang mendaki datang dari Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina. Mereka memuji keindahan hutan dan Wave Rock,” katanya.

Selain Wave Rock, terdapat juga empat gua yang belum diterokai. Jadi gua terbabit tidak dibenarkan masuk.

“Baru-baru ini sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan UniversitiTeknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, datang untuk meninjau gua.

“Saya harap kerajaan negeri akan mengutamakan hutan sebagai kawasan pelancongan dan penyelidikan,” kata Ramlan.

Bayaran kemasukan adalah RM11, diturunkan kepada RM5 untuk permit hutan dari Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan RM6 untuk Majlis Pembangunan Masyarakat Kampung (MPKK). Terdapat juga bayaran letak kereta sebanyak RM5.

“Pada hari Sabtu dan Ahad, yuran permit boleh dibayar kepada pengawal di tapak, tetapi pada hari kerja, yuran permit mesti dibayar di Pejabat Perhutanan Kuala Pilah,” kata Ramlan.

Di Semenanjung Malaysia, menhir (batu hidup) merupakan salah satu daripada peninggalan megalitik yang hanya terdapat di Negeri Sembilan dan Melaka.

Daerah Kuala Pilah dikenali sebagai tapak megalitik. Daripada 300 megalitik di Negeri Sembilan, 70 daripanya boleh ditemui di Kuala Pilah.

Megalitik atau didefinisikan sebagai batu besar yang didirikan di atas tanah merupakan salah satu khazanah peninggalan bersejarah yang merujuk kepada perkembangan tradisi dan budaya masyarakat terdahulu.