Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Popia Oat Horlick

Yeyehhh raya dah dekat!!
Yeyehh raya dah tiba!!

Raya sangat sinonem dengan kuih raya. Raya sudah dekat. Kuih raya sudah siap ke belum? Hah belum?? Belum?? Bior betoiii diknon!!

Okay, moh ler kita buat kuih raya. Semalam hakak sempatlah buat sejenis kuih raya. Sejenis je? Okaylah tu, sejenis dulu untuk setakat ni. InsyaAllah esok lusa buat lagi dua tiga jenis kuih raya ye.

POPIA OAT HORLICK


Bahan - bahan
✅Sebungkus kulit popia
✅Oat
✅Horlick
✅Gula *blander bagi halus
✅Minyak
✅Kuning telur

Cara - cara
1. Gulung kulit popia sekecil yang boleh. Dipenghujung kulit popia, sapu kuning telur. Kuning telur bertindak sebagai gam untuk lekatkan penghujung kulit popia

2. Setelah siap gulung, gunting/potong kukit popia tersebut secara menyerong. Saiz potongan tidak terlalu kecik dan tidak terlalu besar ye. Biar berpada pada.

3. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak. Pastikan minyak betul betul panas baru masukkan kulit popia yang telah dipotong tadi. Goreng kulit popia sehingga keperangan/garing.

4. Toskan kulit popia tersebut. Setelah itu, taburkan oat, horlick dan gula. Kemudian gaulkan supaya sekata. Pastikan kesemua kulit popia rata ye.

5. Setelah itu, simpan dalam bekas kedap udara. Okay, nanti raya bolehlah jamu para tetamu. ✌









Siap!!

Resepi Cornflake Coklat Mudah

Assalamualaikum,
Alkisahnya, petang semalam Kakyong ada ternampak kawan kepada kawan Kakyong buat cornflake coklat. Okay, menarik dan nampak macam sedap. Tengok dari cara penyediaan dan pembuatan pun macam mudah. Maka, Kakyong pun ajaklah kawan pergi cari bahan-bahan yang diperlukan. Kihkihkihh.. nasib baik waktu tu kedai bakeri masih bukak, sebab dah hampir berbuka puasa.

Okaylah, Kakyong taknak merapu panjang. Jom tengok cara dan step by step Kakyong buat cornflake coklet. Pisttt.. ni kali pertama cuba tau. Okaylah mencuba dari tak pernah cuba buat langsung, kan !

Rice Cooker
Kakyong gunakan rice cooker untuk cairkan coklat bar.
Pastikan bekas yang kita guna untuk cairkan coklat bar lebih besar dari rice cooker tau. Sebab nak elakkan wap ataupun air didihan tu termasuk dalam coklat bar kita. Bila wap ataupun air didihan tu masuk dalam coklat bar, coklat tersebut akan jadi likat dan keras. 

Coklat bar tu Kakyong potong kecil-kecil supaya mudah dan cepat cair. 

Ini cebisakn badam. Sebijik badam tu Kakyong potong kecil kecil. Potong dadu. 

Badam yang dipotong tadi, Kakyong goreng kejap dalam kuali tanpa minyak, atas dapur. Agak-agak dah keperangan tu bolehlah tutup api dapur. 

Coklat bar yang Kakyong didihkan tadi sudah pun cair. Apa lagi, teruslah masukkan cornflake lepas tu kacau sampai sebati. Bila dah sebati, masukkan sekali badam yang kita goreng kejap tadi.

Cornflake dan badam dah pun sebati dalam salutan coklat.
Masukkan dalam cup satu persatu. Lepas tu biarkan seketika supaya coklat tersebut betul-betul dah keras

Akhir sekali hiaskan dengan coklat putih. Taraaaaaa ! Siap. Eh, sebelum tu, masukkan seketika dalam peti supaya coklat betul-betul keras. Tapi Kakyong hanya biarkan seketika bawah angin kipas je. Hahaaa tak muat dah nak masukkan dalam peti sebab banyak sangat dah khazanah dalam peti ais tu. Kihkihkihhh...

Alhamdulillah. Siap sudah Cornflake Coklet. Sedap ke tidak, Kakyong tak pasti tapi nampak agak menyelerakan. Tadi lepas berbuka puasa, Kakyong dah ngam empat lima enam tujuh ketul. Hahaaa tak tahulah sempat ke tidak menunggu raya. Tapi takpe, nanti kalau rajin Kakyong buat lagi sekali dimalam raya. Hahahaaa




Resepi Mee Kari


BAHAN TUMIS

  • 5 Ulas Bawang Putih...Di Cincang
  • 4 Kuntum Bunga Lawang
  • 1 Btg Kulit Kayu Manis
  • 2 Tangkai Daun Kari
  • 1 Helai Daun Pandan
  • Suku Cawan Minyak Masak
  • Bahan Blend
  • 4 Biji Bawang Besar
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 1 Ketul Halia
  • 4 Btg Serai
  • 10 Biji Buah Keras
  • 50 Gm Ikan Bilis
  • Bahan A
  • 3 Pek Kecil Rempah Kari Ikan

Bahan B

  • 2 Ketul Ubi Keledek (Di Potog Kecil Dan Di Rebus Hingga Empuk Dan Di Blend)


BAHAN C

  • 1/2 Kg Santan Pekat
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Perasa


BAHAN D

  • Fish Cake
  • Fish Ball
  • Isi Kerang Atau Ayam
  • Tauhu Kering...( Tau Pok)
  • Bahan Untuk Di Celur
  • Mee Kuning
  • Kacang Panjang
  • Kucai
  • Taugeh


BAHAN HIASAN

  • Daun Sup Dan Bawang (Di Potong)
  • Bawang Goreng
  • Cili Merah (Di Potong Nipis)
  • Telur Rebus


CARA MEMBUATNYA

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga bawang kekuningan.
  • Masukkan bahan blend dan gaul hingga sebati dan mendidih.
  • Masukkan bahan A dan gaul hingga sebati. Apabila nampak pecah minyak sikit sahaja, masukkan air untuk kuah dalam 3 mangkuk air biasa dan biar hingga mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan bahan B & C & D gaul hingga mendidih. Setelah mendidih, tutupkan api. Siap,
  • Letakkan mee kuning ke dalam mangkuk serta bahan celur yg lain dan taburkan bahan hiasan dan tuangkan kuah. Boleh di hidangkan. Siap.
  • selamat mencuba...ye


Sumber resepi : Cheff Is

Take Note: Hari ni menu berbuka puasa kami, mee kari sedap. Fuhhh, makan bertambah dua kali. Alhamdulillah, menjadi resepi diatas. Thanks pada Cheff Is yang berkongi resepi mee kari ni. Okay, next time boleh buat lagi. Korang pun cubalah buat. Sedap!




Resepi Bilis Goreng Simple

Gambar sedekah uncle google

Resepi Bilis Goreng Simple

Bahan bahan
- Cili Kering 250 grm
- Bawang Ros 1 kg (bawang besar pun boleh tapi lama nak kering)
- Bawang Putih 2 biji labu
- Ikan Bilis 1/2 kg

*Bahan ikut suka berapa nak letak;

- Garam
- Gula
- Asam Keping
- Serbuk perasa

Cara
1) Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.

2) Blender cili kering bersama bawang ros dan bawang putih. Boleh juga digantikan dengan bawang besar tetapi lambat laa nak tunggu sambal menjadi garing. Lagi satu bawang ros memberi rasa yang sangat istimewa kepada sambal goreng tersebut.

3) Panaskan minyak, tumis cili dan bawang tadi hingga kering dan masukkan gula, garam dan asam keping tadi dan kacau sehingga sambal menjadi garing. Barulah dimasukkan ikan bilis tadi.

4) Gaul rata dan tutup api.

5) Sejukkan terlebih dahulu, kemudian baru simpan dalam bekas kedap udara untuk mempertahankan kerangupan ikan bilis tersebut..

Haa..lepas ni modalkan duit untuk masak nasi atau nasi putih jerr...layan dengan ulam berbeza pada setiap hari, seperti dengan timun, tomato, selom pegaga, kubis atau dia aje..masih berkhasiat kan...
takda laa nak melantak maggi hari hari..boleh gugur rambut..

Sebenarnya bukan untuk pelajar jer..kaum ibu yang sibuk bekerja juga digalakkan untuk membuatnya dan simpan kat rumah...bila suami dan anak anak lapar..pandai pandailaa dia orang nak masak nasi, goreng telor..tak pun layan dengan roti..sedap amat..

Sumber : Group Masak

Resepi Ketupat Sotong Versi Terengganu



Bahan-Bahan:

  • 3 kg sotong (besar)
  • 200 gram beras pulut – direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam
  • 3 cawan santan pekat – untuk kuah
  • Sedikit halba
  • 2 cm halia – dimayang
  • 3 ulas bawang merah – dimayang
  • Gula, garam dan perasa.
  • lidi yang mencukupi


Cara Memasak:

1. Tanak beras pulut yang telah direndam bersama santan sehingga masak dan biarkan sejuk.

2. Masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong.

Ketepikan.

3. Masukkan bawang, halba, halia, garam dan gula serta santan pekat dalam periuk.

4. Kemudian, masukkan sotong dan kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak.

Sedia untuk dihidang.


RESEPI Jeli Kelapa




Bahan-Bahan:

  • 10g Serbuk Agar-Agar/Jelly
  • 1.5 liter Air
  • 300g Gula
  • 1.5liter Air Kelapa Muda
  • Secubit Garam
  • 3 helai Daun Pandan – simpul
  • Isi Kelapa Muda yg di parut kasar


Cara Membuat:

1. Masak serbuk jelly, gula & air sehingga larut.

2. Masukkan air kelapa, garam, daun pandan & didihkan semula.

3. Masukkan isi kelapa & padamkan api.

4. Tuangkan jelly ke dalam bekas-bekas kecil & biarkan sejuk.

5. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Take Note : Jeli kelapa ni sedap dimakan ketika sejuk. Sejuk je tade lah sampai beku tau.




RESEPI Pai Epal Goreng


Bahan-Bahan:

Bahan Inti –

  • 3 biji apple merah – potong dadu kecil
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar perahan jus lemon
  • 1 sudu kecil tepung jagung dicampur dengan 1 sudu besar air
  • kismis (optional)


Bahan Kulit –

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk garam
  • 1/2 cawan butter – beku (sejuk)
  • 1/2 cawan susu segar sejuk


Cara Membuat:

1. Buat intinya. Dalam periuk, campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.


2. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. apabila sudah masak, inti dah pun pekat, tutup api dan ketepikan.

3. Buat kulit pai. Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti.

4. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat. Canai doh dan terap mengikut size yg dikehendaki (pakai acuan karipap pon boleh)

5. Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Lebih mudah, tekan dengan garfu.

6. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Hidangkan.

Take Note : Hakak dah try buat resepi ni. Alhamdulillah menjadi dan sangat puas hati. Sangat sedap dimakan seisi keluarga. Jadi, hakak kongsi resepi ni disini untuk santapan uolls plak :)

Credit : SINI