Children Splash Pool di Setia Spice Aquatic Centre, Penang

Assalamualaikum & hai...

Setelah besesat-sesat kat dalam Spice Arena bagai tu, akhirnya kami jumpa jalan yang benar. Aduhaii. Sebelah je ngan entry parking Zone B. Kalau keluar ikut pintu masuk parking ni dekat je. Kitorang pegi naik lif, tah mana-mana perginya. Haha.

Sempena cuti sekolah ni, diorang ada buat harga promosi. Tiket kanak-kanak bawah 12 tahun cuma RM5 je. Promosi sah sehingga 31 Disember 2017. Untuk hari Isnin - Jumaat, antara 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Sorry tak snap pulak gambar banner. Boleh tengok kat FB Setia Spice Aquatic Centre.

Total untuk kanak-kanak ni RM5 x 4 orang : RM20. Untuk parents, entry RM3 je. Tapi kalau parents nak mandi sama, sorang RM8. Kitorang takde bawa baju extra jadi bayar tiket RM3 je la. Total kitorang ber tujuh cuma RM26 sekali masuk dan mandi. 

Nak mandi ni pun diwajibkan pakai swimming suit.

Antara aktiviti yang ada dalam ni. Sorry tak snap pulak gambar2 fees dia.

Slide yang ni la boleh nampak dari tingkap bilik. Nampak je air yang splash dari atas tu. Tiap-tiap hari bebudak tengok je dari jauh. So petang ni impian diorang nak main sini jadi realiti. So layan... Nasib baik tiket murah je. Hihi.




Anak dara tiga orang ni memang enjoy habis la mandi sini. Anak bujang sorang tu mampu main tepi-tepi je. Risau tenggelam kalau main jauh-jauh. Budak-budak besar ramai. Takut terlanggar. So better sangat kalau papa nya dapat mandi skali tapi sebab tak bawak baju extra, dapat pantau je la.

Air kolam ni sejuk ya amattt. Diorang berendam kejap pun dah gigil. 

Kakak abang dia syok mandi. Dia syok tido dalam kendong je. 

Dah puas main air, dah mandi, dah tukar baju kering. Jom lah balik. Syok tengok kolam belakang ni. Terjun tiruk dari atas ni syok ni.

Sini ada kelas berenang juga. Kat tingkat atas ada gym dan squash. Cafe pun ada sini. Cuba la datang sini. Syok bawa anak-anak. Nak mandi dari pagi sampai petang pun no problem =)

Okeylah sambung cerita day 5 dan last day nanti ye...

Olive Tree Hotel Day 3 & 4

Assalamualaikum & Hai...

Hari ke tiga takde aktiviti sangat. Pagi tu breakfast bersama di Coffee House. Kali ni, Si kakak yang sulung tu guna kupon breakfast ofismate husband. Dia datang sorang je. Untuk Kak Ngah, dan 2 adiknya free je. Alhamdulillah.


Boleh pulak mendobi sendiri. Hihi. Malas nak hantar dobi. Tiga helai je nak basuh. Guna liquid detergent yang mak bagi sebagai hadiah cabutan bertuah hari tu =) Sidai dalam toilet dulu bagi air dia turun semua then baru sidai kat tepi tingkap yang boleh buka tu. Cepat kering =)

Petang tu, sekali lagi ke kolam tingkat 8 hotel. Layannnnn.

Sebelah malam takde ke mana-mana. Lepak bilik je. Makan Megi goreng Mi Sedap tu. Janji kenyang =)

DAY 4

Hari ke empat, aktiviti pagi masih sama. Breakfast sama-sama di coffee house. Husband gi kerja, kami lepak je dalam bilik.

Tengahari tu saya cuma panaskan nasi tomato. Nasi ni takde lauk. Kena beli asing. Ada 4 jenis lauk yang boleh pilih. Tapi saya tak beli lauknya.

Lunch. Ada kuih dan sosej breakfast tadi. Yang mana  tak habis, bawak naik atas. Jangan membazir. Hihi.

Hari ni awal husband balik. Kul 3 petang dah ada kat bilik. Bebudak ni terus request nak mandi kolam kat Spice Canopy tu. Dari bilik boleh nampak splash pool tu. Hari-hari duk aim nak mandi situ. Huhu. So, husband cakap, jom siap! Suka la kanak2 tu.

Aduiii. Kitorang parking tak jauh dari Aquatic Centre tu tapi naik lif keluar tempat yang salah. So, jalan-jalan makan angin la kejap. 

Kids Park ni free entrance je. Open untuk public. Tapi kanak-kanak ni tak berminat nak main sini. Semua excited nak mandi kolam.

Yang tinggi tu Olive Tree Hotel.

Bangunan Aquatic Centre. Ok kita sambung next entry untuk Splash Pool ya.

Next...

Olive Tree Hotel Day 2, Part 2

Assalamualaikum & Hai

Sambung Part 2 pulak. Hihi.

Tengahari tu, saya cuma panaskan nasi briyani Brahim's je. Alhamdulillah, sedap dan budak-budak pun kenyang =) Dalam nasi ni dah ada ayam tanpa tulang yang kecik-kecik. So tak perlu beli lauk asing. Tapi kalau nak beli pun boleh je. Selain tu, budak-bdak cuma kudap biskut, yogurt yang ambil dari coffee house.


Husband balik kerja petang tu, bebudak dah request nak mandi kolam. Hotel ni takde kolam budak. Ada satu kolam ni je. Seeloknya kalau nak mandi kolam ni, budak2 bawak la pelampung. Bebudak ni tak bawa pelampung tapi sebab nak juga mandi kolam, layan je la...




Jadinya, papa nya terpaksa la mandi sekali sebab nak menjaga anakanda dua orang tu. Saya tak dapat la nak join sebab menjaga si baby dan jadi jurukamera. Kalau fotoshoot menyelam pun best ni. Unik kolam dia ni =)

Sebelah malam, kami lepak bilik je. Malas nak keluar. Masak megi goreng Mi Sedap je. Makan ramai-ramai. Layan tv, Tidooooo.

Okey, sambung next entry =)

Olive Tree Hotel Day 2, Part 1

Assalamualaikum & hai...

Hari ke dua di Olive Tree. Sarapan pagi hari ni di coffee house hotel. Untuk anak first dan second umur 9 dan 7 tahun, kena la bayar. RM20 sorang. Anak 3rd dan 4th ni free je laa...yang sorang lagi baby, tak pandai makan lagi. Haha.

Balik dari breakfast, husband siap-siap nak pergi kerja. Petang nanti la baru balik. So saya dan lima orang anak saya lepak je dalam bilik layan kartun, laptop dan makanan =) Jom tengok stok makanan kami bawa dan room hack kami. Haha.

Dah macam dapur sendiri. Siap bawak bakul untuk keringkan pinggan mangkuk bagai. Water dispenser tu beli kat Mr. DIY. Tapaw air Cuckoo dari rumah. Huhu. Membantu sangat. Senang budak-budak nak minum air.


Lawa peti sejuk dia... 

Stok biskut, milo, meggi, Brahim's semua ada. Tak payah susah-susah order room delivery ke, pergi tapaw kedai ke. Tak tabah nak kendong anak-anak ni ke kedai makan. Hihi.

Travel cooker takde, kita bawa rice cooker. Masak Brahim's dan meggi. Strategik sangat ada plug kat celah tu. International plug point pun ada situ. Untuk voltage 220- 250v.

Sunlight, span pinggan, sabun kain pun bawa. Dah macam rumah sendiri dah kami buat. Hihi.

Standard la hotel takde tempat nak sangkut towel. Biasa nya sangkut dalam almari je pastu biar pintu almari terbuka. Kali ni bawa hanger banyak-banyak dan besi adjustable ni. Beli kat Mr. DIY gak. Hari pertama tu sangkut macam tu. Esoknya nak tambah gantungan lain, dia roboh. Haha. So tukar...

Sidai sini selamat sikit kan. Toto, tilam angin, selimut pun bawa dari rumah. Yelah... mana nak muat katil tu tido tujuh orang kan. Bantal kecik pun bawak la dua biji.

Untuk cik Aisyah kami, special sikit sebab ada babycot. Boleh request. Takde extra charge =)

Mainan takde, mujur ada bawak thumbdrive. Bole la tonton cerita feveret diorang.

Diorang leka dengan tv, mama diorang bole la buat kerja. Sambil mengopi =)

Oklah nanti sambung part 2 pulak. Panjang sangat dah entry kali ni. Tata....

Olive Tree Hotel, Penang

Assalamualaikum & Hai...

Lama tak update blog. Rindu...

Oklah, latest story. Cuti sekolah hujung tahun 2017 ni kami sekeluarga berpeluang ke Pulau Mutiara buat kali ke berapa ntah. Hehe. Dah banyak kali jejak Penang ni. Tempat pun banyak dah pergi. Kali ni, macam biasa la follow tuan suami outstesen di sini selama 6 hari 5 malam. Lamaaa kan.

Kami bertolak dari Puchong agak lewat, kira-kira 11 pagi. Sampai di Hotel lebih kurang 4.30 petang. Sepanjang perjalanan cuma sekali berhenti makan di Hentian sebelah. Makan bekal yang dibawa dari rumah je =)

Tiba di hotel, anak-anak dah sibuk nak mandi kolam. Aduii. sabar ya anak-anak. Layan gambar bilik dulu.

Bilik Olive Deluxe. Bilik corner. Bagi kami kecik je biliknya tapi hotel boy cakap ini paling besar. Huhu. Nak besar lagi.. bilik suite la kan. Bilik kali ni takde bath tub. Maaf la ye anak-anak. Haha. 

Berdepan dengan katil, ada tv samsung 40". Kalau bawak anak-anak stay lama, bawak la thumbdrive, isi cerita banyak-banyak dalam tu. Belakang tv ni ada USB port. Bole cucuk thumbdrive. Saya tertinggal thumbdrive kartun budak-budak ni kat tv rumah. Nasib baik ada bawak thumbdrive 8gb saya. Hihi. Nasib baik juga dalam laptop ni banyak 'stok' cerita kartun. Bole la bebudak tengok cerita kartun diorang. Takde la bosan sangat.

Ruang foyer.

Yang bestnya, lantai bilik hotel ni lantai kayu lamina macam ni. Okey sangat. Selesa dan senang nak cuci. Takde la seriyau sangat kalau makan tertumpah-tumpah. Boleh lap aje. Kalau ikutkan, saya suka lagi bilik yang full carpet. Tapi macam ni pun ok juga =)

View sebelah kiri bilik.

View dari depan bilik. Hotel ni menghadap Spice Canopy. Boleh google apa ada dalam spice canopy ni. Banyak aktiviti menarik juga. Ada playground dan ada splash pool untuk budak-budak.

View sebelah kanan bilik. 

Lepas check in tu takde ke mana-mana. Masuk bilik terus rehat-rehat je. Hari pun dah lewat petang. Mandi-mandi solat. Pastu husband pergi beli nan cheese & ayam tandori untuk dinner kat kedai mamak sebelah hotel ni. Jalan kaki je. Sangat dekat. Tapaw, makan dalam bilik je. Pinggan mangkuk cawan semua saya bawa dari rumah =)

Anak ramai, senang makan dalam bilik je la. Nak bawak gi makan kedai macam haruuu je. Haha.

Okey, done story hari pertama di Penang. Nanti sambung lagi =)