Incube Kitchen datang install... ~

Salam...

Semalam, husband cuti. Cuti la nak uruskan hal kat umah ni. Nak g klinik la, buka pintu utk incube la, jual kotak la, amik sarung sofa yang baru la.. ade je halnya. Saya je malas nak cuti. Jimat² cuti. Nanti dah setel sume ni, baru la saya nak amik cuti cuci umah, pindah umah, borong brg baby, itu ini, itu ini... huhuhu~

Kul 7.30pg smlm kitorg dah terpacak kat KK p9. Bukan checkup saya. Tp check up si anak sulung. Boleh lak saya terlepas appoinment checkup dia 14 feb lepas. Hmm... So, walk in je la smlm. Kalo trus x gi check up, rasa mcm jd mak bapak x bertanggung jawab la pulak kan. Hihi. Nasib baik x lama kat klinik. Kul 9pg dah setel sume. Trus saya balik ofis sbb ada Latihan SMULB pulak. Bebudak tu, papanya trus antar ke Cyber. Pastu, Mr husband trus ke Amanputra. Katanya, x lama pas dia sampai, lori Incube pun tiba...... 



Di sebelah petang, asben pick up saya @ ofis, trus g pick up anak² @ Taska. Pas layan kanak² main buai, trus ke rumah ni. Nak tgk jugakla progressnya... Sampai² kat lorong kami, nampak 2 biji lori + 1 van Incube dah kongker jalan ni. Pagi td dtg sebijik je. 
 

Dry Kitchen... ramai nye crew dia.. ada la lebih 6 orang...


Wardrobe master bedroom... lum pasang pintu. Orang plg xcited sape? Tentulah Sarah. Duk main laci. Mujur tak tercepit!

Wardrobe Second Bedroom. Sementara baby ni kecik lagi, bilik ni consider bilik mainan. Tapi saje buat wardrobe jugak. Senang nak simpan toto, bantal, etc². Target : Maksimumkan ruang storan. Mode : cukuplah dgn umah skrg yang x cukup tmpat menyimpan. Hihi..

Wardrobe Safi + Sarah. Harap² bebudak ni x main la sliding door nye nanti. Kalo tercepit, gegar satu rumah.. Hadoi!


KC dry kitchen in the making...

View dari luar wet kitchen...

Lori dah kosong...

Len kali saya update pic bila sume dah setel ye. Smlm tanya crew tu, dia cakap 2-3 hari siap. Tapi nak install Granite amik masa 10 hari. Takpelah, dalam tempoh 10 hari tu boleh lah bagi setel cat, cuci & pindah sikit². Next step, just nak pasang lantai kayu & langsir... pastu... Move In! Tak sabar dah! =)

Nak Tengok Grill Belakang?

Salam....

Entry sebelum ni saya ada mention terkilan dgn patern grill kat laundry area kan. Takyah la saya wat link eh..sbb entry nye kat bawah entri ni je..hiihihi...


Okay, dah tengok kan. Ape yang tak kena? Sekali tengok macam ok je kan. Mmg mcm tu kitorang nak bhgn belakang di grill kan. Tetapi. Yang buat aaii rasa nak marah sbb pintu grill tu x tutup smpai paras dinding separuh tu. Ape namanya saya pun x ingatlah. Bila pintu grill tu berpetak² smpai bawah, senang la meow masuk, tikus masuk, ape² je la binatang yang muat lalu kat situ. Satu lagi, saya nak kena pakai sopan² sket la kalo nak sidai kain ke, ape² la. Kalo dia tutup smpai paras dinding separuh tu, mmg saya duk ulang alik dalam tu bebas amat lah. Sebab dinding tu tinggi atas kepala saya...aiseh!

Dah komplen hari tu suh dia buat jugak cover tu. Ni dah sebulan hokey. Takde progress. Aaii tak kira. Janji mesti dituntut hokey!

Tinted & Grill

Salam...
Dah lama tak cite pasal progress umah kan. Ingatkan dah pindah..rupa²nya....
.
.
Non hadoo.... masih lagi menetap di Kuarters Kerajaan Presint 14. It's ok... never mind. Asalkan tak kena halau dek BPH..masih ok. Hihi. Takpela..pagi ni saje nak update cite lama sambil² melayan perut yang xsedap rasa akibat makan lambat. Habis satu perut termasuk baby dlm ni join merajuk... eemmm..... jom, layan blog!

Lupa la bila sbenarnya kitorg tinted cermin ni. Rasanya after Chinese New Year. Amik double layer ok sket. Dalam warna silver, luar kaler dark brown. Cuba lari sket dari feveret kaler org lain. Ramai amik kaler ijau. Masa tinted ni umah mmg sepah lg..tp keje² reno yang berhabuk tu dah setel.

View dari luar pas settle sume. Tinted satu umah. Kat tingkap wet kitchen dia bagi satu layer yang bercorak. Katanya, org luar x leh nampak org dlm. Tapi separuh cermin je la. Paras kepala saya. Komen saya... kemas cara dia pasang. Harga not bad. Satu umah ni habis RM680 aje hasil tabungan bisnes kitorg laki bini =). Sape nak no contact? Pm saya ye. Ofis based kat Puchong =)

Next two days kalo x silap... upacara pemasangan grill pulak. Amik patern gini je la sbb moden la konon. Dulu nak yang lurus². Alih² ade lekuk lak kat tengah². Sebab..sebab x mo sama ngan jiran sebelah..hihi..buleh?

Grill master bedroom. Mr husband lum habis ngecat lagik...

View dari luar...

Umah ni kotor la sangat waktu ni. Masa entri ni ditulis, rumah ni dah dibasuh 1st round. Tapi dah berhabuk semula. Hihi.. Tinggal nak tggu Incube settle kerja KC & wardrobe, nak basuh lagi 2 round. 
.
Okay, pasal kontraktor yang pasang grill ni. Rasanya ok la grill dia. Sbb cara pasang dia jenis frame. Dia cover birai tingkap yang kadang² nampak tak sama. Cumaa....saya agak terkilan grill kat laundry area punye patern. Nanti lah next entry saya stori. Sbb x de gambar grill blkg. So, xleh nak explain.
.
Update terbaru pasal umah ni.. InsyaAllah esok nak start install KC dry kitchen & wardrobe. Mungkin amik masa 3 minggu jugak nak setel. Then, dah boleh cuci umah bersih². Target saya, MESTI pindah jugak hujung bulan ni. My due bulan depan jek. Takut kelam kabut dgn persiapan baby pun x ready ape pun lagik.

Bab nak cuci, mgkin akan upah bibik jam/ harian. Haa.. kat KL, Selangor, Putrajaya ni byk perkhidmatan bibik ikut jam/ hari. Minimum 3 jam RM50. Tempat lain mungkin ada jugak kot. Saya je tak tau. Hihihi.. Tak larat dah kot nak tlg asben cuci. Sbb baby dah masuk 8bulan. Mengah² nanti. Yg cuci kali pertama dulu, seminggu aaii sakit badan tau. Bab kemas, saya dah kemas sikit² dari dulu. Cuma bulan ni mmg betul² kemas sume barang masuk kotak. Umah kuarters tu.. x sah ckp la dia punya tunggang langgang, sepah. Dari 3 bilik yang boleh duduk, tggal satu bilik je yang boleh dihuni dgn selesa. Hihihi... Pinggan mangkuk pun tggal yang nak guna hari² je... Harap² confirm la pindah hujung bulan ni. Tak larat dah nak tunggu dan kemas..huhuhu~