Showing posts with label religion. Show all posts
Showing posts with label religion. Show all posts

Thursday, 6 February 2025

Ungu bersih wangi

last week MZ & family ada pergi mkn2 ronda2 shopping2 kat Aeon AU2..
then weolls singgah solat zohor kat surau Aeon Mall tu..

waaa cantiknya telekung2 waqaf ni tergantung tersusun elok...semuanya warna ungu, wangi dan bersih plak tu! kebetulan MZ malas nak gi amik telekung travel MZ dlm keta, so MZ guna jer telekung ungu ni...selesa sgt sbb wangi dan bersih.


dan surau Aeon Au2 ni ada jugak provide kerusi2...utk those yg kena solat duduk atas kerusi.

alhamdulillah puas hati dan selesa dgn kemudahan yg disediakan, moga semua pengguna (muslimat) dpt sama2 menjaga lah brg2 waqaf ni...so semua org akan bersama dpt menikmati keselesaan di tempat ibadat gini.

salam hari khamis uolls! ari ni MZ kena jadi panel colloqium kat AIKOL.
#countdown4daystomytrip

Thursday, 12 September 2024

Terpesona dengan design masjid | ala2 obersi

emmm minggu ni memang entry bersambung2 jer ni...
semlm MZ citer psl makan buah dokong dlm keta (ie sambil tunggu mr hubby -toilet break).
actually kami singgah kat masjid seksyen 13 shah alam...
cantik dan besar lah masjid ni...dan design nya agak unik, ada vibe obersi..

ada disediakan bilik khas utk kanak2 (mcm mini library/play room jugak)

MZ sempat jugak singgah toilet (ladies)--besar bersih cantik dan selesa!
MZ nampak ada disediakan few water dispenser jugak (coway/cuckoo). Masa weolls singgah tu, ada ceramah/tazkirah sedang berlangsung...zharfan sempat masuk join dgr sekejap...masjid tu ber-aircond dan memang sgt2 spacious..so memang perfect lah utk beri'tikaf sambil menimba ilmu even berlama-lamaan pun...

anyway, kat area rumah MZ pun ada byk jugak masjid..dan ada one masjid tu fav weolls (pun selesa, beraircond, tandas bersih cantik selesa dan selalu ada org donate mknn/jamuan...)

salam hari khamis uolls! 
MZ nak kena finalize packing dah ni...

Sunday, 8 September 2024

Try our best effort

bagi MZ, isunya, di Msia kita ada jakim, so those food business owners yg non-muslim kenalah dpt certification utk halal status sbb halal food ni sgt penting bagi muslim, bkn semata2 no pork no lard jer...bkn semata2 sbb hire pekerja melayu/muslim ajer...
so argument yg ckp, kedai tomyam tak de halal jakim, warung mak munah tepi jln tak de halal jakim..tak valid argument tu sbb business ownernya muslim dan tahu konsep halal haram...


selagi ada pilihan, kita cubalah our best effort utk avoid restoran/tmpt mkn yg tak de tanda halal jakim owned by non-muslim...simple and easy...yg dh termkn sblm2 ni, tak perlah benda dh lps...
MZ sendiri pun dh 2x ter mkn kat black canyon tu..sbb tak terlintas plak nak check ada halal jakim ker tak (blatant assumption ingatkan halal), now i know, so memang takkan masuk dh situ, sama jugak dgn johny...yg tu lama dh MZ avoid sbb tahu their excuses ie konon2 nak apply tapi sampai sekrg gitulah statusnya...yg selebihnya dlm list tu, memang MZ tak pernah mkn so alhamdulillah, no issue for me.

mencari yg halal itu fardhu.
salam hari ahad uolls!

Friday, 6 September 2019

Roses design | tak pernah tak suka

MZ memang suka apa2 benda yg ada elemen design roses--memang pencinta bunga rose pun..so time bosan2, selalu usha2 telekung sulam kat ig dan kat shopee..biasanya yg MZ berkenan harga dekat2 RM200 or even more...sbb suka yg kalerful dan high quality embroidery

ari tu sblm raya haji...ada sale kat ig shop -telekungkareful nama ig tu
so MZ pun belilah..actually nak warna pink tp dh sold our, so amik kaler biru jerlah



dlm gmbr nmpk mcm baby blue,tp in real kaler tu mcm dusty blue/turqois sikit
puas ati dgn kualiti dan design sulamannya..siyes cantik!! kena dgn taste MZ..telekung ni normal price RM155, masa sale dpt around RM110 (dh lupa exact price)

Wednesday, 9 March 2016

Istimewanya 9 mac | gerhana matahari - jom solat sunat kusuf

sbb zmn internet nowadays..so mudah nak sebarkan apa2 jua berita pun...so me dpt tahu psl gerhana matahari pg ni sbb adik2 me share via wasup..me baca gak kat fb and dgr kat radio sinar.fm..

fenomena yg jrg2 berlaku..so jom sama2 solat sunat kusuf (2 rakaat jer)..sunat muakkad ie yg sgt2 dituntut/highly encouraged


‘Gerhana Matahari’ disebut ‘Kusuf’ (الكُسُوفِ) di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.
Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.
credit : https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-kusuf-gerhana-matahari/

Friday, 4 March 2016

Semoga berkat

one of the things that I love about UIA ie my current employer..is that..ada satu unik zakat khas under UIA...so sgt convenient utk staff UIA buat potongan gaji byran zakat bulanan under Skim Berkat..

dari segi hukum syariah, bayar zakat pendapatan (gaji bulanan) adalah wajib jika gaji kita melebihi nisab--rasanya those yg min gaji around RM2k or RM2.5k monthly...no excuse pun...anyway, konsepnya..dlm apa jua rezeki/gaji etc yg kita dpt..ada certain part sebenarnya utk org lain..cuma duit tu masuk melalui kita sbg ujian gitu..

benefitnya goes a long way..utk golongan asnaf..
insya Allah for us yg byr zakat..itu adalah saham utk dituai di 'sana'..dan semoga rezeki yg kita perolehi akan jd lebih berkat dan dipermudahkan segala urusan dlm hidup

pg semlm, me singgah unit zakat uia (endowment fund) sbb nak tmbh potongan bulanan zakat..bila buat e-filing thn dpn, so akan reflect dlm EA and boleh guna as rebate...memang bagus sgt2 sbb kita byr/channeld that tax amount tu kat pusat zakat rather than 100%  as income taxes to govt as normal tax collection.



dpt free gift dari endowment fund--a cute diary/note book ;)



selamat berzakat everyone!
jgn lupa buat e-filing jugak! the earlier the better, sbb kalau ada tax refund/cukai terlebih bayar, biasanya akan dpt duit refund tu dlm masa 14 hari ;)

Monday, 20 April 2015

Countdown

dh dekat dh ramadhan...countdown lebih kurang 60 hari kot...so ari ni dh 1 rejab..opps i ada satu lg hari puasa yg belum diganti..insya Allah nak puasa ari khamis nanti kalau tak de aral..

sajer nak share...taken from this LINK

BULAN REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN
Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).

Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).

Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis palsu ialah:

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.
v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.
vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

wallahua'lam..

pic hiasan..windu kat budak kecik ni...mommynya sgt bz dgn keje..tp Insya Allah sempat gi tgk jap time lunch :)




Thursday, 1 August 2013

something worth reading...

ujian dtg dlm pelbagai bentuk...nikmat pun ujian, kesedihan, kekalahan, kekecewaan pun ujian...godaan pun ujian..



copy paste dari FB

SUAMIKU...KETIKA PEKERJA TADI DATANG UNTUK MENGISI AIR KE DALAM TEMPAYAN...TIBA-TIBA DIA PUN MEMEGANG TANGANKU...

Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala. Isterinya juga seorang yang bertaqwa. Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan. Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut.

Lalu, si suami bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya enggan menceritakannya. Apabila dia berterusan meminta isterinya menceritakan apa yang berlaku, isterinya bertanya :

“ Adakah kamu mengenali pengisi air itu? ”
– Pengisi air yang dimaksudkan adalah orang yang mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.

Suaminya menjawab : “ Ya ”

Isterinya meneruskan kata-katanya : “ Berapa lamakah dia telah berkhidmat dengan kita? ”

Suaminya menjawab “ Lebih dari 30 tahun ”

Isterinya bertanya lagi : “ Adakah kamu mengetahui kejahatan atau keburukan pada dirinya? ”

Jawab suaminya : “ Tidak ”

Isterinya pun berkata : “ Hari ini dia telah melakukan satu perbuatan yang buruk ”

Lelaki itu bertanya : “ Apakah yang telah dia lakukan? ”

Isterinya pun menjawab : “ Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaannya, aku pun membuka tempayan tersebut. Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan tanganku kuat sedikit ”

Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis sepuas hatinya. Kemudian, suaminya bangun solat taubat sebanyak dua rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya.

Si isteri bertanya : “ Mengapa dengan kamu? Mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya? ”

Si suami menjawab : “ Tidak, apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”

Perhatikan maksud kata-kata ini ;
“ Apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”

Isteri bertanya : “ Bagaimana begitu ”

Jawab lelaki tersebut: “ Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang diperbuat daripada emas. Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku. Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya. Nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku pada gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggengam tanganmu ”

Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu dia berkata: “ Gengaman dibalas gengaman. Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu kepada isterimu ”

MORAL OF THE STORY...
✔ Tundukkan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan oleh ALLAH Ta'ala.
✔ ALLAH Ta'ala akan membalas segala perkara buruk yang kita lakukan.
✔ Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayangi disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti orang lain.
✔ Bersegeralah memohon keampunan dari ALLAH Ta'ala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar taubat dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.
✔ Mohonlah perlindungan dari ALLAH Ta'ala supaya tidak terjebak dalam perkara yang dimurkaiNya.
✔ Berusahalah menjadi hambaNya yang mentaati suruhanNYA dan meninggalkan maksiat kepadaNya.
✔ Basahkan lidah dengan istighfar. Dalam masa yang sama, hiasi diri dengan amalan ketaatan dan meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya istighfar yang diucapkan.
✔ Banyakkan muhasabah setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian

Firman ALLAH yang bermaksud : “ Dan bersegeralah memohon keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Dijanjikan kepada orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang yang membelanjakan (hartanya) di waktu senang dan susah, orang yang menahan perasaan marahnya dan mengampuni kesalahan manusia. Dan Allah Taala itu suka kepada orang yang berbuat kebaikan. Dan orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji atau menzalimi dirinya, lalu mereka mengingati Allah, mereka terus memohon keampunan dari Allah atas dosa yang mereka lakukan dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahuinya. Mereka itu balasannya adalah keampunan dari Tuhannya serta syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal ” -Ali-‘Imran : 133-136

Kisah ini telah diceritakan oleh Al Habib Ali Al Jifri ( keturunan Rasulullah SAW )

Thursday, 18 April 2013

Soalan agak panas & sensitif | jawapan tulus ikhlas

ada reader yg pm me kat FB...tanya psl hukum hakam bercomping

me share kat sini sbb in case ada uolls yg tertanya2 benda yg sama kan..

ni soalannya
I am curious...saya nak tanya dalam blog, tapi rasa tak appropriate pulak. Comper perlukan duit, so, most of the times I think it's the same as gambling. Saya pun sesekali masuk juga pertandingan2 ni..but I recall (lama dulu) one old lady in my hometown said, kalau ada letak duit, it's haram. Masa tu she's referring pada benda2 kat tv macam Tekaria, etc...so, what do you think? Sorry for this question but I mean no harm/offense. Just nak tahu.  

ni jwpn me--setakat yg me tahu & paham lah..
tak sama mcm gambling sbb POP tu adalah beli barang, so kalau tak menang, memang tak rugi sbb dpt barang yg memang digunakan..cth beli sabun RM30, join contest, so tak kira kalah menang memang dh dpt sabun RM30 tu..
kalau letak duit and tak dpt apa2--memang jd gambling sbb sah2 rugi kalau tak menang..

any further comments from uolls perhaps?

Tuesday, 16 April 2013

Bila kita gembira, jangan lupa....

..


Cara Sujud Syukur
________________

Soalan : macam mana cara sujud syukur ?

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) :
-Niat
-Takbiratul Ihram
-Sujud (sekali sahaja)
-Salam



Soalan : bagaimana cara yang sempurna mengerjakan sujud syukur? takbir dan salam ada x?

UAI : Kita jawab ikut pandangan muktamad dalam Mazhab Syafi'e. Pendapat yang muktamad dimulakan dengan takbir,dan disudahi dengan salam. 'Allahuakbar' terus sujud syukur, kemudian mengerjakan salam. ' Assalamu'alaikum' sekurang2 nya. Pendapat yang kedua dalam mazhab syafi'e tidak ada salam, cukup dengan 'Allahuakbar' terus sujud dan angkat kepala, selesai.'Allahuakbar' takbir di mulut, sujud syukur, kemudian 'Assalamu'alaikum' ni afdhal.

Satu lagi kita nak pesan, bab sujud syukur, mestilah nikmat itu jarang datang, dan benda itu besar. Kalau benda yg sentiasa ada,bid'ah sujud syukur. Apa dia? Nyawa masih ada, kita masih hidup, nikmat tu besar, tp sentiasa ada, tidak boleh sujud syukur. Sebab kalau kita angkat kepala (dr sujud td) , sebab apa awak sujud syukur? sbb saya masih hidup, bila angkat kepala tu, hidup x lagi? hidup lagi, sujud pulak, angkat, hidup lagi sujud pulak,sampai xwat keje lain duk sujud syukur je.nampak? sujud syukur, nikmat tu besar. dan dia datang berselang2 bukan keadaan tetap. Cth pekerjaan, dapat kerja satu nikmat boleh tanggung anak bini dan sbgnya.Maka sunat sujud syukur. Benda kecik,xsunat sujud syukur. kawan dia belanja roti canai, sujud syukur, dapat beli lontong sebungkus, sujud syukur, ha..tu benda kecik.

copy paste dari FB
 

Tuesday, 9 April 2013

Isu Boikot McD | saya akan lebih istiqamah

tak kisahlah apa jua pendirian uolls.. it's between Allah and us..


bacalah dgn hati yg terbuka..

LINK 

ni part of it..full entry HERE

salam ustaz…
nak tanya psl isu boikot McD….masa tgh hangat psl boikot tu..saya memang boikotlah..then lemah iman rasa nak mkn burger mcD..so saya pegi McD lah..memang rasanya nmpk dh kurang customer McD berbanding dulu..then nmpk ramai kwn2 FB ckp diaorg tak boikot McD pun sbb bila pegi mkn kat McD niat nak byr gaji pekerja (muslim staff)…then adik2 saya dpt tahu saya pegi McD diaorg sgt marah..katanya memang wajib boikot sbb MCD terang-terangan support israel berbanding brand product israel yg lain..so now sy dh rasa bersalah and rasa berdosa kalau saya pegi beli apa2 lg kat McD..adik2 saya kata, Tuhan tgk apa usaha kita tak kisahlah kecik besar pun and kita tak perlulah ikut org lain…apa pandangan ustaz yer

kesanggupan kita untuk menyertai kempen boikot ini sebenarnya tiada kaitan dengan persoalan iman. Tidaklah mereka yang memboikot itu lebih beriman daripada yang tidak memboikot.. dan begitu juga sebaliknya. Ia lebih kepada persoalan rasa tanggungjawab dan usaha kita dalam menghentikan aktiviti keganasan atau apa2 juga yang menyumbang ke arahnya.

Walaupun Palestin itu bukan negara kita, tiada hubungan keluarga dengan kita, bukan sebangsa dengan kita, cuma ada kaitan agama dengan kita, maka kita menyokong perjuangan rakyat Palestin atas dasar agama dan juga atas dasar sosial. Jika pemimpin Melayu di negara kita menindas penduduk berbangsa Cina dan India, kita sebagai Melayu Islam juga kena bangkit untuk menghalang kezaliman itu daripada berterusan. Jika orang Melayu Islam di negara ini ditindas oleh pemimpin India, seluruh bangsa Malaysia tak kira Cina, Melayu, India, Kadazan, Bangla, Pakistan jual karpet, Myanmar dsb kena bangkit mempertahankan orang yang teraniaya.
Setiap orang punya pandangan dan alasan tersendiri. Hakikatnya, tiada istilah niat nak bayar gaji pekerja dalam bab muamalat. Begitu juga tiada istilah nak bantu Melayu atau nak jatuhkan bangsa lain supaya Melayu naik. Itu bukan termasuk dalam ajaran agama.  Akibat silap faham dalam perkara ini, ramai yang membiarkan diri dizalimi dan menzalimi dalam perniagaan.

McDonalds bukanlah sepenuhnya milik Melayu Islam, dan bukan juga milik penuh rakyat Malaysia. Ia sebuah perniagaan francais yang tertakluk dengan syarat yang ditetapkan oleh francaisor. Dan ada sumbangan yang perlu diberikan oleh McD Malaysia kepada francaisor iaitu McD Corp.. hasil kutipan francais2 di seluruh dunia, memberikan keuntungan kepada McD Corp dan daripada keuntungan itulah, sebahagiannya disumbangkan kepada tabung aktiviti keganasan zionis.

Pada kesempatan ini juga, Ustaz Love nak ulas sikit pasal video En. Nasir tu. Tiada masalah beliau nak terus bekerja di McD, nak solat di surau McD, nak makan makanan McD pagi petang siang malam sekalipun, sebab produk tu adalah produk halal. Even makcik cleaner yang kerja cuci tandas pun disediakan bilik rehat untuk makan dan solat. Itu bukan pokok persoalannya. Yang menjadi isu adalah berkenaan sumbangan McD terhadap aktiviti keganasan zionis. Itu saja. Kita boikot produk McD bukan sebab ia haram, sebaliknya atas rasa tanggungjawab untuk cuba membantu rakyat Palestin sekalipun sekadar menahan nafsu untuk ke McD.


Thursday, 21 February 2013

Re : NIQAB

masih lagi berkisar cerita psl my students ni

honestly..me sgt suka tgk perempuan yg pakai niqab sbb nampak sgt sweet, sopan...
and ada one student in my class pakai niqab...from her eyes..memang dia sgt cantik orgnya...kulit cerah, suara lunak comel jer...

jujurnya....memang sgt kagum dgn those yg istiqamah ikhlas pakai niqab ni... masa me undergrad study dulu..ada dua org my classmates pakai niqab..and memang both of them sgt cantik!! (dua2 my ex school mate jugak sebenarnya)..

me suka baca these words...

Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka "Jangan Main-Main"
Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling mempunyai high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.

taken from HERE


Friday, 8 February 2013

Sedekah boleh menjauhkan bala & musibah




taken from HERE

TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW. :
 
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
 
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".
 
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sis i Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sis i Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan

Wednesday, 9 January 2013

Bila hati terasa berat nak buat

copy paste dari FB--utk peringatan diri MZ yg selalu alpa ..

LegoLand : RM 140.00 >> xpe bayar mahal, cari pengalaman kan

Sunway Lagoon : RM 50 >> xpe bayar mahal, sekali sekala release tension

Teater : RM 150.00 >> bukan selalu pun, cerita tu best sangat

Langkawi : RM 1000 >> setahun sekali jer, xpe lah habiskan duit

Majlis makan amal : RM 50 >> mahalnya! aku nk bawa bekas, tapau makanan, baru berbaloi...

Derma anak yatim : RM 5 >>> xleh bagi banyak.. ntah2 diorang tipu

Emmm.. Masjid? Ada setiap minggu masa sembahyang Jumaat kita sedekah RM1? 


"~ JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

even if tak mampu nak sedekah duit $$$ kita boleh gak sedekah dlm pelbagai bentuk




 


Tuesday, 8 January 2013

Hukum bersalam

me pun pernah terbaca psl isu ni...
and setakat yg me tahu (ilmu me limited bebenor--byk ilmu agama yg me belajar time me kat MMP), memang ada pendapat yg mengatakan boleh bersalam tapi dlm keadaan darurat ie mcm terpaksa gitu (cthnya kalau boss non muslim hulur tgn utk bersalam so kalau kita tak salam takut mengaibkan dia plak),

kalau ada option, ie cthnya kita sendiri sengaja sibuk2 pegi bersalam or hulur tgn nak bersalam ie kita yg mulakan, tak boleh bersalam/bersentuhan..ni pendapat jumhur ulama..

me ada tanya Ustaz Love, katanya pendapat yg mengatakan boleh tu, adalah isolated view..and kita berpegang dgn pendapat jumhur Ulama'--hukumnya JELAS lah kalau amik pendapat jumhur ulama'

anyway, bab cium tgn tu plak rasa mcm extreme kan...bagi me (my personal view) cium tgn utk org2 tertentu shj cthnya mak bapak, suami, elder siblings..


Kini saya tahu

ari tu me ada terbaca kat FB psl something...
then me citer kat mr hubby..
mr hubby ckp, lor..dia dh lama tahu, takkan me tak tahu...
adess terasa jahilnya diri ini...
anyway, senang kan nak buat pahala...tgk 'si dia' ie psgn halal yg anda kasihi tu pun boleh dpt pahala :) :)

"Ada lima perkara apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu melihat Kaabah, mushaf al-Quran, melihat wajah ibu bapa, orang alim dan memandang wajah suami isteri dengan penuh kasih sayang". Seseorang itu akan mendapat banyak ganjaran pahala daripada Allah walaupun sekadar menatap wajah suami atau isteri masing-masing.(Aluwi) 



Tuesday, 25 December 2012

Berkata benar walaupun pahit | Isu ucap MERRY CHRISTMAS

taken from HERE



Assalammualaikum…kat sini ada soal jawab pasal isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada non muslim yg telah dijawab oleh Ustaz Azhar. Yang ni jawapan2 yg telah dikumpulkan untuk dibuat satu status lengkap supaya semua dapat baca terus…semoga bermanfaat.

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la…tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap…doa dan zikir byk lg yg tak reti..

Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap “Merry Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tp jenis melayu ni degil..

Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..

Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja…

Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya…jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya… zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll….Setakat mnow umat Islam dpt merayaknnya?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka…

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.
~ BOLEH SHARE ATAU COPY UNTUK MANFAAT BERSAMA ~
Sumber : Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )

note : masa MZ keje kat UOB dulu..99% colleagues adalah chinese and many of them are christians..ada one year tu MZ pegi umah one of my colleague (my superior ie boss) time ari krismas...dia buat jamuan..MZ mkn kcg2 ajer gitu..and minum air kotak ajer..

Monday, 10 December 2012

Cantik moden tapi tak ikut syariah?

last week me ada buat entry berkenaan tudung fareeda ie psl me teringin nak beli cuma malas sbb leceh nak kena amik no giliran (siyes me sgtlah wonder--giller ramai pompuan suka beli/pakai tudung ni kan sampai kena queue/amik no mcm kat klinik)...

anyway, ramai gak yg komen2 yg entry me tu...and few komen kata tudung ni pendek and TAK MENGIKUT SYARIAH...


personally me agree sbb MOSTLY ukuran fareeda ni pendek2...memang ada size L or yg cutting besar/panjang sikit tp mcm tak byk jer stok/kuantiti compared dgn yg ukuran/size pendek2 tu...

 berfesyen,bercantik2 memang lah dh jd lumrah kaum hawa and memang tak salah selagi within syariat...those yg b****t kategori leper/kecik rasanya no prob even pakai apa2 tudung yg pendek tapi those yg b****t size ehem ehem tu sendiri mau ingatlah...tepuk dada tanya iman <--me reminding myself gak ni

 

Wednesday, 5 December 2012

Saya masih belum mampu buat everyday

ternampak artikel ni kat FB...jauh di sudut hati me, memang berazam nak amalkan, cuma buat masa ni selalu tertewas dgn nafsu tidur...me jenis yg senang terjaga (sbb ariff selalu bangun tgh mlm mintak susu)...sbb iman tak berapa kuat, me tido balik. :/ nak kena melawan diri sendiri dan nafsu tidur..

RAHSIA, KEBAIKAN SERTA TERAPI SOLAT TAHAJJUD


"..............dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ’sembahyang tahajud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pa...
da hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Surah al-Israk : 79 )

Sesungguhnya solat malam mempunyai pelbagai kelebihan. Diantaranya, Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:-Jauh daripada segala penyakit, Lahir kesan taqwa pada wajahnya, Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia, Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan) serta Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri, Dipermudahkan hisab, Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat dan Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa. (riwayat Muslim)

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.



BERIKUT ADALAH ANTARA KEBAIKAN TERAPI TAHAJJUD MELALUI SATU KAJIAN SAINS



Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran.

Menurut hasil penelitian Dr. Mohammad Soleh, Pensyarah IAIN Surabaya, solat sunat tahajjud dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.

Tidak percaya? “Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser”, ucap Prof Soleh. Ayah kepada dua orang anak itu bukan “tukang ubat” jalanan.

Dia melontarkan pernyataannya itu dalam kertas kajiannya yang bejudul “Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi”. Melalui hasil kajiannya itu, Prof Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipegangnya.

Selama ini, menurut Prof Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medikalnya solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi positif, serta dapat meningkatkan kemampuan individu untuk menangg-ulang masalah yang dihadapi.

Solat tahajjud yang dimaksudkan Prof Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan juga kekerapan solat, ketetapan gerakan, kekhusyukkan, dan keikhlasan.

Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental dan penjiwaan. Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui pengukuran tahap hormon kortisol. Parameternya dapat di ukur dengan keadaan tubuh, terang Prof Soleh.

Pada keadaan normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya adalah antara 38-690 nml/liter.

Sedangkan pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam, bacaan normalnya adalah antara 69-345nml/liter. “Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, maka boleh dianggap bahawa orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitulah sebaliknya”. Ujarnya seraya menegaskan hasil kajiannya ini, menafikan paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata hanya dogma atau doktrin sahaja.

Prof Soleh membuat kajiannya melalui satu penelitian terhadap 41 responden siswa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya .

Daripada 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir.

Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya mendapati bahawa keadaan tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeza jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud.

Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil dan tenang.

“Jadi solat tahajjud selain mempunyai nilai ibadah, juga sekaligus penuh dengan hikmah dari segi psikologi yang dapat mempengaruhi pengawalan kognisi dan emosi.

Dengan cara memperbaiki persepsi dan motivasi positif secara yang lebih efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees. Menurut Soleh, “Orang yang selalu mengalami strees(tekanan) itu biasanya mudah sekali terkena penyakit kanser dan penyakit berjangkit.”

Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar daripada penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan kesimpulan teknik medikal menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu, membuatkan seseorang mempunyai ketahanan tubuh yang lebih baik.

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah” : (Al-Kautsar: 2)

Sebuah bukti bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Maka haruskan kita menunggu untuk ianya benar-benal boleh diterima akal kita?”

Tepuk dada, tanyalah iman. Sudah berapa kali kah kita bangun malam untuk solat tahajjud dan bermunajat kepada Nya? Pernahkah kita bersolat tahajjud??


Disalin serta sedikit ubahsuaian dari : http://ertihiduppadamemberi.blogspot.com/2010/01/rahsia-kebaikan-solat-tahajjud.html


Lagi artikel berkenaan Terapi Solat Tahhajud di : http://ridzuan1706.wordpress.com/2008/08/02/solat-tahajud-penyembuh-penyakit/

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
See more

Kedai Roti FourLeaves @ KL Sogo - Not Halal

my 1st job (thn 2001 - 2004) i keje kat UOB HQ ie bangunan sebelah sogo--so almost everyday time lunch hour i pegi cuci2 mata (and kdg2 cuci2 poket) kat sogo...and memang kerap beli roti/bun etc kat Kedai Roti dlm Sogo--nama Fourlevaes...

then semlm my SIL ada fwd one email psl kedai roti ni.. ni me copy paste--actually jwpn dari pihak admin Fourleaves kepada seorg customer yg bertanya..

Dear xxxx, 

Further to your enquiry, we are sorry to inform you that our shop in KL Sogo is not HALAL-certified. 

Thank you very much for your interest in our company. 
Best Regards, FOUR LEAVES PTE LTD (198003150E) 
11 Enterprise Road Singapore 629823 
STEVEN ONG GENERAL MANAGER Tel : 6268-6516 Fax : 6266-5470 stevenong@fourleaves.com.sg http://www.fourleaves.com.sg/ 

note : me dh lamaaaa tak pegi shopping kat Sogo...rindu gak nak shopping2 kat Sogo ;)

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails