Showing posts with label Fishing. Show all posts
Showing posts with label Fishing. Show all posts

Monday, December 14, 2015

Chalet Hotel Sport Fishing Teluk Bahang Penang

Hotel Chalet Sport Fishing terletak di Pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang. 5 km dari Batu Feringgi dan merupakan jalan mati paling utara di Pulau Pinang.  SMS @ Whatapps 012 514 5023

Berdekatan dengan Taman Negara Pulau Pinang National Park.
Mempunyai 38 bilik. Semua bilik air cond.
Bilik Standard  Twin Bed RM108 2 paxs
Bilik Superior Twin Bed RM140 3 paxs
Bilik Deluxe King Bed RM130 2 paxs

Amat sesuai sebagai penginapan keluarga dan rombongan sekolah yang membuat lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang.

Amat bersesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti reunion, hari keluarga dan sukan.

Kemudahan lain ialah dewan mesyuarat dan dewan makan.
Tempat untuk BBq juga disediakan.

Tetamu boleh membeli ikan segar dari jeti nelayan yang terletak bersebelahan dengan chalet.

Pertandingan memancing boleh di anjurkan dari atas jeti persatuan, jeti kayu dan jeti USM.

Aktiviti sukaneka pantai juga boleh dianjurkan untuk kumpulan anda.

Berenang di pantai berdekatan chalet dan hotel amat tidak digalakkan kerana terkesan dengan air kumbahan dari manusia.

Jika hendak berenang dan berkelah adalah dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bot ke Pantai Muka Head ataupun Monkey Beach.

Di sana terdapat perkhidmatan sukan air dan berkuda. Juga terdapat gerai yang menjual makanan dan minuman.




 Budak kecil pun dapat ikan.

Semangat nak memancing dan lupakan mereka yang pergi ke Penang Hill.

Ikan ini nelayan tu offer aku free saja.
Siapa yang rajin menyiang ikan semasa percutian?
 Permandangan jeti dari pantai chalet.
Pantai Monkey Beach Muka Head.
45 minit hiking dari chalet dan hotel. 10 minit dengan bot 
Aktiviti berkuda 







Saturday, January 11, 2014

Pakej Memancing Laut Dalam Kuala Sepetang

Kuala Sepetang Eco Tourism menawarkan pakej memancing laut dalam di Selat Melaka kepada kaki-kaki pancing dari Malaysia dan Singapura.

Harga: RM1700 bagi pakej 2 hari 1 malam atau RM270 seorang. Aktiviti bermula jam 8 pagi hari pertama dan berakhir jam 6 hari kedua.
Bot: Sebuah bot pancing dengan kemudahan sonar, dapur, kabin aircond dan tandas.

Sesuai untuk yang datang berkumpulan atau untuk bersantai bersama keluarga.
Sementara ayah sibuk memancing ikan-ikan besar. Ibu dan anak pula boleh mencandat sotong dan memancing menggunakan appolo.








Tuesday, January 7, 2014

Meraikan Warga Emas

1. Program 3H2M lawatan penghuni RSK ke Kuala Sepetang, Taiping
    Bulan: Mac / Jun 2014
    Penginapan : Dorm     
    Peserta : Penghuni (Warga Emas) / Pengiring - 30 orang
    Cadangan : Saya berminat untuk membawa warga emas mendekati Eco Nature dan
    bermalam 1M di Floating dengan BBQ,

Bagi tujuan penginapan di Floating Chalet, puan diminta menempah awal dan membayar deposit kerana tempat ini selalu penuh pada hujung minggu.


Bagi malam ke dua, saya mencadangkan tinggal di 3 Homestay yang dilengkapi 3 aircond setiap rumah Aktiviti hari ke dua
Makan Tengah hari.
    Berjalan santai di Taman Tasik Taiping )Eco Nature- Saya akan bercerita tentang burung-burung yang terdapat di sini dan menunjukkan sarang burung Enggang dan Bayan Nuri.
    Melawat kawasan hutan kaki Bukit Larut. Saya akan menceritakan sejarah Bukit Larut dan kemudahan yang terdapat di atas.
    Makan malam di Kolam Renang Kemahkotaan. Peserta boleh mandi dan berenang dalam kolam renang yang sumber airnya dari air sungai Bukit Larut.
    Night Safari- Peserta akan dibawa berjalan kaki 1/4 kawasan zoo dan seterusnya menaiki tram.

Hari Ke Tiga.
Sarapan
Lawatan ke Perusahaan Labu Sayong, Bandari Di Raja Kuala Kangsar dan beriadah di pinggir Sg Perak.
Minum Pagi



Thursday, May 9, 2013

UiTM Shah Alam


Assalamualaikum,
Dr Nik
UiTM Shah Alam.
Ribuan terima kasih kerana sudi melawat Kuala Sepetang dan menggunakan perkhidmatan kami.





Khairul Salleh
Kuala Sepetang Eco Tourism

Convent IPOH


Assalamualaikum Cikgu Ayu, 
    
Tarikh:  13 April 2013
Masa: 8 pagi
Bil peserta:  80 murid dan 8 guru

Susunan tempat lawatan dan anggaran masa
1. Lawatan menyusuri sungai menaiki bot  1 jam
2. Kuala sepetang heritage trail 1 jam
3. Pusat Eko Pelajaran Hutan paya Laut 1 jam
4. Kilang arang    30 min
5. Pakej makan Mee Banjir Udang Mak Teh 30 min
6. Muzium Ngah Ibrahim   30 min
7. Kilang labu sayung (Jamilah Kraf Nan 0175653356 Sebelah Masjid Kuning Kampung Kuala Dal. Saya telah sms beliau)
Oleh kerana peserta datang dengan 2 bas. Saya mencadangkan agar dibuat dalam 2 kumpulan agar penerangan akan dapat diberikan dengan lebih berkesan.

Kumpulan 2
Susunan tempat lawatan dan anggaran masa
2. Lawatan menyusuri sungai menaiki bot  1 jam
1. Kuala sepetang heritage trail 1 jam
4. Pusat Eko Pelajaran Hutan paya Laut 1 jam
3. Kilang arang    30 min
5. Pakej makan Mee Banjir Udang Mak Teh 30 min
6. Muzium Ngah Ibrahim   30 min
7. Kilang labu sayung (Jamilah Kraf Nan 0175653356 Sebelah Masjid Kuning Kampung Kuala Dal. Saya telah sms beliau)

Biasanya kami menerima bayaran selepas semua aktiviti selesai dijalankan.
Diharap pihak sekolah dapat mengambil insuran perjalanan berkelompok.
Bagi minum pagi jam 10 harap pihak sekolah dapat menyediakan sekurang-kurangnya roti dan air minuman.
Fail gambar bot yang dijadual digunakan