Showing posts with label Crab Netting. Show all posts
Showing posts with label Crab Netting. Show all posts

Monday, May 11, 2015

Kuala Sepetang Destinasi Pelancongan di Taiping



Let's Visit Sepetang
Tidak lengkap percutian anda ke Taiping jika tidak pergi ke Kuala Sepetang. Terletak hanya 15km dari bandar Taiping, Kuala Sepetang menawarkan aktiviti pelancongan yang sangat menarik. Restoran makanan laut menyediakan pelbagai juadah makanan laut yang segar seperti mee udang dan kerang-kerangan,
BBq 
Heritage Trail
Hutan Eko Pelajaran menyediakan maklumat penting perihal hutan paya laut dan khazanah yang ada di dalamnya. Laluilah laluan pejalan kaki membelah hutan paya laut yang penuh dengan pokok bakau sambil mempelajari peranannya melalui papan-papan kenyataan yang disediakan.
Fishing at floating Chalet
Fisherman village 
Asalnya nama Kuala Sepetang tetapi kehadiran Inggeris telah menukar ke Port Weld sempena nama Govenor Federick Weld. Kini, setelah kepulangan Inggeris namanya bertukar kembali ke Kuala Sepetang. Ianya merupakan pelabuhan yang sibuk ketika penemuan biji timah. Jalan keretapi pertama di Malaysia di antara Taiping ke Port Weld memudahkan kerja memindahkan biji timah dari lombong di Taiping ke pelabuhan.
Charcoal factory
Eagles
Kehadiran Inggeris yang mengambil alih kerja pentadbiran negeri telah menyebabkan Ngah Ibrahim seorang pembesar Melayu yang mendapat autonomi mentadbir kawasan Matang telah kehilangan punca pendapatan hasil pungutan cukai timah dan ini adalah salah satu sebab bermulanya penentangan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu. Kini kediaman Ngah Ibrahim telah menjadi muzium yang memaparkan sejarah penemuan biji timah dan kronologi sejarah Daerah Matang sebagai kawasan pelombongan bijih timah.
Industri arang kayu telah bermula dari tahun 1930 dan kekal sehingga kini dengan modus operasi yang tidak banyak berubah. Kebanyakan kerja masih lagi dengan tulang empat kerat dan para pekerja membanting tulang mencari rezeki yang halal.
Beautiful sunset
Cockles harvesting
Industri perikanan menyediakan pelbagai pekerjaan kepada para nelayan. Di Kuala Sepetang pelancong akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi kerja para nelayan di pelantar. Aktiviti mengred ikan, udang, ketam dan kerja-kerja membersihkan kerang. Ikan kering disusun kemas di bawah terik mentari dan sekali-sekali motosikal roda tiga yang menggunakan tayar kereta mengangkut hasil nelayan ke lori yang siap menunggu. 
Bagi mengalami suasana sebenar kerja nelayan, para pelancong boleh menyewa  bot yang kami sediakan bagi menjelajah kawasan perkampungan nelayan dan melihat aktiviti mereka dari sungai. Ini lebih mudah lagi kerana para pelancong tidak perlu berjalan kaki dari satu pelantar ke satu pelantar. Di samping itu juga pelbagai aktiviti pelancongan lain seperti memerhati burung, helang, kelip-kelip, dolphin, sunset boleh dirasai. Aktiviti nelayan seperti memancing ikan, menyauk kerang dan menangkul ketam juga boleh dijalankan dengan perkhidmatan kami.

Tuesday, January 7, 2014

Meraikan Warga Emas

1. Program 3H2M lawatan penghuni RSK ke Kuala Sepetang, Taiping
    Bulan: Mac / Jun 2014
    Penginapan : Dorm     
    Peserta : Penghuni (Warga Emas) / Pengiring - 30 orang
    Cadangan : Saya berminat untuk membawa warga emas mendekati Eco Nature dan
    bermalam 1M di Floating dengan BBQ,

Bagi tujuan penginapan di Floating Chalet, puan diminta menempah awal dan membayar deposit kerana tempat ini selalu penuh pada hujung minggu.


Bagi malam ke dua, saya mencadangkan tinggal di 3 Homestay yang dilengkapi 3 aircond setiap rumah Aktiviti hari ke dua
Makan Tengah hari.
    Berjalan santai di Taman Tasik Taiping )Eco Nature- Saya akan bercerita tentang burung-burung yang terdapat di sini dan menunjukkan sarang burung Enggang dan Bayan Nuri.
    Melawat kawasan hutan kaki Bukit Larut. Saya akan menceritakan sejarah Bukit Larut dan kemudahan yang terdapat di atas.
    Makan malam di Kolam Renang Kemahkotaan. Peserta boleh mandi dan berenang dalam kolam renang yang sumber airnya dari air sungai Bukit Larut.
    Night Safari- Peserta akan dibawa berjalan kaki 1/4 kawasan zoo dan seterusnya menaiki tram.

Hari Ke Tiga.
Sarapan
Lawatan ke Perusahaan Labu Sayong, Bandari Di Raja Kuala Kangsar dan beriadah di pinggir Sg Perak.
Minum Pagi



Saturday, July 13, 2013

Matang Kuala Sepetang: Desa Pelancongan Warisan

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN (PBPT), AGENSI-AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA DALAM PELAKSANAAN RKK MATANG KUALA SEPETANG
Melawat Hutan Paya Laut
Semua pihak mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan kejayaan pembangunan RKK Matang Kuala Sepetang.
Peranan ini diringkaskan seperti dalam Jadual berikut:

Jadual Anggaran Kos Pelaksanaan
PROJEK PERANAN AGENSI dan PIHAK BERKAITAN
Berikut ialah projek yang berimpak rendah
1. Chalet Nelayan dan Santapan Kelong 12.2 juta
Aktiviti di kilang arang kayu
UPEN (Kerajaan Negeri), Jabatan Hutan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Pembinaan Chalet dan Santapan Kelong.
Majlis Perbandaran Taiping – Kerja-kerja jalan, tempat letak kereta, landskap, lampu
jalan
Jabatan laut – Pengurusan dan Pemantauan
MARA, Persatuan Nelayan – Pengurusan, kawalan, sokongan kewangan
Swasta – Operasi perniagaan

2. Laman Nostalgia 7.6 juta
Sabar menunggu mee banjir udang
UPEN (Kerajaan Negeri) – Penambahbaikan bangunan dan infrastruktur
MPT – Kerja-kerja jalan, tempat letak kereta, landskap, lampu jalan

3. Homestay 4.4 juta
UPEN (Kerajaan Negeri), Majlis Perbandaran Taiping – Penambahbaikan bangunan dan
infrastruktur
Swasta – baik pulih, menaik taraf bangunan dan operasi.
KKP&W – promosi dan pemasaran

4. Cabaran Bakau 7.3 juta
BBq di Chalet Terapung
Jabatan Perhutanan – Pengurusan, kawalan dan pemantauan
KKP dan W – Promosi dan Pemasaran
Swasta – Operasi perniagaan

5. Taman Perbandaran 6.6 juta
Majlis Perbandaran Taiping – Jalan dan tempat letak kereta, laluan pejalan kaki, lampu
dan kerja landskap.
MARA, Persatuan Nelayan – Pengurusan, operasi, sokongan kewangan
Swasta – Operasi perniagaan

6. Jejak Warisan 7.0 juta
UPEN (Kerajaan Negeri), Majlis Perbandaran Taiping – Penambahbaikan bangunan dan infrastruktur
Jeti lama yang perlu penjenamaan semula
Jabatan Muzium – baik pulih dan pemuliharaan bangunan warisan
KKP dan W Promosi dan pemasaran

7 Persiaran Matang 2.5 juta
JKR – kerja-kerja jalan, parit, perhentian bas.
JPS – pengairan dan saliran

Lepaskan semula ketam yang ditangkap
Majlis Perbandaran Taiping - lampu jalan, laluan pejalan kaki, perhentian bas dan Landskap
Happy faces





Thursday, July 11, 2013

KAJIAN / PENGUMPULAN STATISTIK PELANCONG KE NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN BAGI BULAN JANUARI – JUN 2013

PRODUK PELANCONGAN: …Kuala Sepetang Eco Tourism…

BULAN
BILANGAN / NEGARA
BILANGAN
DALAM NEGARA
LUAR NEGARA
JANUARI
131
100
31
FEBUARI
125
100
25
MARCH
100
80
20
APRIL
355
300
55
MEI
188
160
28
JUN
308
200
108

2012 JUMLAH 2191
Jan-Jun 2013 JUMLAH 1207
Semua Pengusaha Produk Pelancongan Negeri Perak Darul Ridzuan
Semua Pengusaha Hotel / Resort / Homestay Negeri Perak Darul Ridzuan
(Senarai Edaran Seperti Lampiran)
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
KAJIAN / PENGUMPULAN STATISTIK PELANCONG
KE NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN BAGI BULAN JANUARI – JUN 2013
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Berhubung dengan perkara ini, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan melalui Tourism Perak sedang berusaha untuk mengemaskini semua data kedatangan pelancong ke Negeri Perak Darul Ridzuan bagi bulan januari hingga jun tahun 2013. Tujuan utama penyusunan data ini adalah untuk memantau, mengkaji, menilai prestasi serta perkembangan industri pelancongan dan seterusnya merangka dasar atau program untuk memajukan lagi industri tersebut bagi faedah bersama.
3. Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan agar dapat mengemukakan Laporan Statistik Kedatangan Pelancong ke Produk / Destinasi Pelancongan / Hotel / Resort / Homestay di bawah pengendalian Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan bagi setiap bulan mulai Januari hingga Jun 2013 untuk tindakan pihak pejabat ini selanjutnya. Laporan tersebut dipohon agar dapat dihantar ke pejabat ini sebelum atau pada 19 Julai 2013.

4. Sukacita bersama-sama ini dilampirkan format Borang Laporan Statistik Kedatangan Pelancong (LAMPIRAN A) untuk tindakan pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan selanjutnya. Mohon kerjasama dari pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan untuk mengembalikan borang tersebut kepada pejabat ini melalui talian faksimili 05-2410671. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan bolehlah menghubungi pejabat Tourism Perak di talian 05-2531957 

5. Perhatian, kerjasama serta maklumbalas secepat mungkin dari pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
1 MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’
JOM TEROKAI PERAK’

Saya yang menurut perintah,
Ketua Pegawai Eksekutif
Tourism Perak
s.k 1. 
Setiausaha Kerajaan Negeri
Perak Darul Ridzuan
Merangkap,
Ahli Lembaga Pengarah
Perak Tourism Management Berhad
2. 
Pegawai Kewangan Negeri
Perak Darul Ridzuan
Merangkap,
Ahli Lembaga Pengarah
Perak Tourism Management Berhad

Saturday, July 6, 2013

Pakej Budget RM110 seorang 3H 2M

Sekolah Rendah untuk tahun 2013 sahaja
Hari 1
1.00pm Check-in Asrama Taiping
2.00pm Lawatan bot ke Perkampungan Nelayan Kuala Sepetang
3.00pm Lawatan jalan kaki ke Perkampungan Nelayan Kuala Sepetang
4.00pm Solat, minum petang dan rehat di Masjid Kuala Sepetang
5.00pm Lawatan ke Hutan Pendidkan Hutan Paya Laut dan Kilang Arang Kayu
6.00pm Singgah di Mc Donald Drive Thru
7.00pm Balik ke Asrama Taiping.
9.00pm BBQ Dinner di Kolam Renang Kemahkotaan.
10.00pm Night Safari

Hari 2
7.00am Sarapan pagi
8.00am Santai Taman Tasik / Memerhati burung
9.00am Mendaki Bukit Larut hingga pondok rehat 3 dan minum pagi di sana.
10.30am Mandi air pancur dan tukar pakaian di Kolam Renang Kemahkotaan.
11.00am Lawatan ke Taiping Heritage Trail
12.00pm Lawatan ke Muzium Perak
1.00pm Makan tengah hari di  Kolam Renang Kemahkotaan.
2.00pm Solat dan rehat di Asrama Taiping.
4.00pm Orienteering @ Mencari harta karun di Asrama Rakan: 10 orang sekumpulan
  (Terdapat arahan-arahan tertentu untuk persediaan malam kebudayaan)
8.00pm Makan malam
9.00pm Malam Kebudayaan.(Tema: Masyarakat zaman purba nak meminang Puteri
Gunung Ledang)

Hari 3
8.00am Sarapan pagi
9.00am Check-out Asrama Taiping
10.00am Lawatan ke Tasik Bukit Merah
11.00am Lawatan ke Ladang Ternakan Ikan Arowana
12.00pm Lawatan sawah padi
1.00pm Makan Tengah Hari di R&R Gunung Semanggol dan selamat tinggal.

*Keselamatan perkara utama yang sangat dititik beratkan.
*Semuanya tertakluk kepada cuaca dan program boleh diubah mengikut kesesuaian
yang dipersetujui bersama.
*Sila dapatkan insurans perjalanan berkelompok.
*Pakaian yang sesuai untuk aktiviti.
*Aktiviti Orienteering dan Malam Kebudayaan memerlukan penglibatan guru.
*Bilik aircond untuk 4 orang guru.


Price: RM 110

Friday, July 5, 2013

Travel & Tour Planner Executive

HONEY VACATION TRAVEL n TOURS SDN BHD
Ros Adila binti Harun
Travel n Tour Planner Executive

Hari 2
1. Lawatan Pusat Eko Pelajaran Matang Mangrove dan menanam benih pokok bakau.
2. Melawat Kilang Arang Kayu
3. Menaiki bot menyusuri sungai, perkampungan nelayan, melihat burung dan melihat aktiviti nelayan yang sedang bekerja.
4. Makan tengah hari di Restoran Kuala Sepetang. Makanan yang menjadi sebutan para pengunjung adalah Mee Udang Kuala Sepetang. 
5. Balik ke Hotel untuk berehat sebentar.
6. 5.00pm Pada sebelah petangnya pula, peserta akan diberikan peluang untuk menjalani aktiviti nelayan seperti sauk kerang dan memancing ikan. Melawat sangkar ternakan ikan dan memberi ikan makan. Mencari dolphin sehingga ke muara Sungai Sepetang berdekatan Selat Melaka. Berehat sambil memancing di atas chalet terapung.
Minuman petang disediakan. Milo dan sandwish
7. Aktiviti BBQ akan dijalankan pada waktu malam (hasil tangkapan) 
Nasi goreng, Ayam, jagung, kentang goreng, kerang & ketam bakar, cocktail udang dan sayur, minuman berperisa
8. Melihat keindahan kelip-kelip diwaktu malam.
9. Sarapan pagi di Hotel Potato


Wednesday, July 3, 2013

Thank You My Valued Costumer

Subject: Re: Firefly tour

Hi Khairul,
How are you?
I will go to Taiping again. We will have 12 people and would like to
book a boat for fireflies as below:-
 9/22 Sunday
Pls advise the price for:-
a) just fireflies
b) fireflies + fishing
I know you will give us a better price, right?
Thanks.
Regards,
Eric Chan

Tuesday, July 2, 2013

Deklarasi Taiping

Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Taiping, Agensi Kerajaan, Penggiat Pelancongan dan semua pihak berkepentingan menyokong sepenuhnya usaha-usaha ke arah
·         Pemeliharaan flora dan fauna yang terdapat di Bukit Larut, Taman Tasik dan Hutan Paya Laut Matang terutamanya habitat kelip-kelip.
·         Pemuliharaan kesan sejarah terutamanya kawasan Gudang Keretapi Kuala Sepetang (Port Weld)
·         Menyediakan  kemudahan pelancongan di Kuala Sepetang.
·         Menambah latihan penggiat industri pelancongan bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan.
·         Mempromosikan Kuala Sepetang sebagai produk pelancongan eko (Eco Tourism) ke peringkat yang lebih tinggi.
Tanda tangan:

Kawasan Rekreasi Sungai Batu Teguh.
Sungai ini mengalir dari kawasan Bukit Larut dan melalui Taman Sentosa, Taman Suria, MRSM, SERATAS dan SMK Taman Tasik.
Kawasan yang boleh dimajukan ialah berhampiran SMK Taman Tasik dan pihak berkepentingan di atas boleh dijadikan keluarga angkat sungai dan sebagai penjaganya.

Pihak penduduk dan sekolah melalui Persatuan Alam Sekitar dengan kerjasama MPT, JAS dan JPS boleh merangka program “Sayangi Sungai Batu Teguh”.

DESTINASI CUTI-CUTI 1 MALAYSIA

Khairul Salleh
Pengarah
Kuala Sepetang Eco Track
Lot 7262, Jalan Sg Ranting Hilir,
Kamunting Baru Tambahan,
34600 KAMUNTING,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

PER: PROGRAM ‘DESTINASI CUTI-CUTI 1 MALAYSIA’ TERBITAN KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TV AL-HIJRAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama TV Al-Hijrah akan menerbitkan sebuah program kembara untuk musim kedua yang memfokuskan kepada “eco-tourism, adventure and nature” sebagai destinasi utama dengan meneroka ke destinasi-destinasi hijau, menikmati keindahan alam semulajadi, kehijauan dan kecintaan kepada alam
.
3. Di samping itu ia turut memaparkan tempat-tempat pelancongan bercirikan Islam seperti masjid-masjid dan juga monumen-monumen sejarah berkaitan Islam. Program ini juga tidak ketinggalan memaparkan tempat-tempat makan yang terkenal, unik dan lazat yang boleh dijadikan panduan kepada pelancong-pelancong tempatan mahupun luar. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai asas untuk mempromosikan program Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelancongan Malaysia.

4. Untuk makluman Puan, destinasi yang dicadangkan di Perak adalah menikmati pengalaman percutian keluarga . Sehubungan dengan ini, pihak TV Al-Hijrah memohon kerjasama dan tajaan daripada pihak Kuala Gula Sanctuary Resort yang merangkumi tempat penginapan, pemandu pelancong, serta aktiviti dan lain-lain yang berkaitan. Maklumat penggambaran adalah seperti berikut:

Tarikh Pengambaran : 3 dan 4 Julai 2013 (Rabu-Khamis)
Tempoh Penginapan : Tarikh Masuk – 3/7/2013 , Tarikh Keluar – 5/7/2013
Bilangan Krew : 10 Orang (Krew + Host + Artis Jemputan )
Bilangan Bilik : 4 bilik
Aktiviti: Memancing , Bird Watching , River Cruise, Menangkap Kerang dan lain yang berkaitan (mohon cadangan daripada pihak Tuan)


5. Sebagai pulangan pihak kami akan memberi promosi kepada Kuala Sepetang Eco Tourism  seperti berikut :

1. Temuramah dengan wakil penaja
2. Establish visual/ skrip tentang hotel/pakej di dalam program
3. Host mention
4. Paparan Logo di akhir rancangan
6. Pihak kami amat berharap mendapat sokongan tajaan daripada pihak tuan dalam melancarkan perjalanan pengambaran ini. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Farah Wahidah Shol Hadli (Penolong Penerbit) di talian 01423011

7. Di atas kerjasama dan perhatian pihak puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,
TV AL-HIJRAH

………………………………….
NOOR HARLIDA ABU BAKAR

Penerbit Kanan

RETREAT PELANCONGAN NEGERI PERAK 2013

Y.Bhg Dato’/ Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE PROGRAM “RETREAT PELANCONGAN NEGERI PERAK 2013”PADA 07HB HINGGA 09HB JULAI DI SWISS-GARDEN GOLF RESORT n SPA DAMAI LAUT, LUMUT, PERAK DARUL RIDZUAN.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
  
Berhubung dengan perkara ini, sukacita dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Perak melalui pejabat Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan akan menganjurkan program “Retreat Pelancongan Negeri Perak 2013” pada 5 Julai 2013 hingga 7  Julai 2013 bertempat di Swiss-Garden Golf Resort n Spa Damai Laut, Lumut, Perak Darul Ridzuan.

2. Untuk makluman Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan, program ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada seluruh penggiat pelancongan di Negeri Perak untuk berbincang mengenai keadaan semasa serta perancangan hala tuju sektor pelancongan di Negeri Perak pada masa hadapan.

3. Sehubungan dengan itu, pihak urusetia program ini dengan segala sukacitanya menjemput pihak Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan untuk menyertai Program “Retreat Pelancongan Negeri Perak 2013” yang akan diadakan seperti ketentuan berikut:-

3.1 Tarikh : 5 - 7 Julai 2013 (Jumaat-Ahad)
3.2 Masa : 5.00 hingga 7.00 petang (Pendaftaran peserta)
3.3 Lokasi : Swiss-Garden Golf Resort n Spa Damai Laut, Lumut, Perak Darul Ridzuan
3.4 Kemudahan Disediakan : 1. Bilik Penginapan ( 2 Orang Sebilik)                    
                                                        2. Makan/minum sepanjang program                                                                                                                            (                                                           (Disediakan untuk peserta sahaja)

4. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan kehadiran Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan untuk tindakan selanjutnya. Borang jawapan ini perlulah dikembalikan kepada pihak urusetia melalui talian faksimili 05-24106 pada/ sebelum Rabu, 03hb Julai 2013. Perhatian, kerjasama serta kehadiran Y. Bhg Dato’ / Tuan/ Puan ke program ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.
1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’
JOM TEROKAI PERAK”

Saya yang menurut perintah,

(HAJI MUSA BIN DUN)
Ketua Pegawai EksekutifTourism Perak
s.k Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan n Kebudayaan Negeri Perak Darul Ridzuan.


5.00 ptg - Check in dan Pendaftaran peserta
6.00 ptg

7.00 – Makan Malam
8.00 mlm

8.15 mlm Ketibaan Y.B Puan Nolee Ashilin Binti Dato’ Mohammed Radzi
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan
Negeri Perak Darul Ridzuan

8.30 mlm Majlis Perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,
Pelancongan dan kebudayaan Negeri Perak Darukl Ridzuan

9.00 mlm Sesi pembentangan Penceramah 1

9.30 mlm Penerangan Retreat Pelancongan Oleh Moderator

10.00 mlm REHAT

Sabtu 6 Julai 2013

7.00 pagi Sarapan pagi

8.00 pagi Pecahan Perbincangan mengikut Kumpulan

9.00 pagi Perbincangan Mengikut Kumpulan

10.00 pagi Tea Break

10.30 pagi Perbincangan mengikut Kumpulan

12.00 tgh Makan Tengahari

2.00 ptg Sambungan Perbincangan Mengikut Kumpulan

3.00 ptg Pembentangan Mengikut Kumpulan

4.30 ptg Minum petang

5.00 ptg Aktiviti Rekreaksi

8.00 mlm Makan Malam

9.00 mlm Santai Bersama Y.B Exco Kesihatan , Pelancongan dan Kebudayaan
Negeri Perak Darul Ridzuan

10.00 mlm REHAT

Ahad 7 Julai 2013
7.00 pagi Minum Pagi

8.00 pagi Sambungan retreat dan ulasan keseluruhan

10.00 pagi Ketibaan Y.A.B Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan


Ucapan Perasmian Penutup oleh Y.A.B Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry
Bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Jamuan Ringan
11.00 pagi Y.A.B Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir,
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan meninggalkan majlis

11.15 MAJLIS BERSURAI



Sunday, June 30, 2013

Langkawi Oh Langkawi.

Setelah sekian lama tidak mengunjungi Kuah, Langkawi. Kini setelah 20 tahun aku baru benar-benar menjelajah keseluruhan pulau ini.
HIG yang dulu beroperasi dari rumah kedai, kini sudah mempunyai kompleks perniagaan dan hotel sendiri. Idaman Suri juga begitu ramai pelanggan dan banyak produk sendiri. Pelancong luar negara memenuhi jalan Pantai Cenang. Pelancong arab bertutup aurat berselisih bahu dengan minah saleh yang berbikini. Dalam hati terdetik ayat: Alangkah bagusnya kalau boleh berbahasa arab.
Keesokkan harinya ketika sedang bersarapan bersama rakan sekerja Abidin Hussin terdengar ayat popular dari seorang pelancong arab yang fasih berbahasa melayu indon: Seorang Malaysia baik, satu Malaysia baik. Satu orang Malaysia tipu, satu Malaysia tipu. Moral of the story ialah buatlah kerja dengan jujur dan hasilnya adalah kepuasan pelanggan dan keyakinan perkhidmatan. Jika sikap tamak menyelubungi diri, maka inilah yang akan mencacatkan semua bentuk kejujuran yang telah disemai.
Aku juga merasa hampir ditipu bila pemilik kereta sewa tidak memulangkan sepenuhnya baki deposit dan dia mohon untuk dikreditkan ke akaun aku. Aku menolak dan meminta dia meminjam dari kawannya. Setelah mendapat baki deposit, aku menegur pelancong lain yang bercakap dengan pemilik kereta sewa yang sama dan dia juga sedang menunggu baki depositnya.
Hasil pertemuan dan perbualan dengan beberapa orang penduduk setempat, mereka semua melibatkan diri dalam aktiviti pelancongan dan yakin dengan pertambahan bilangan pelancong setiap tahun bakal menambahkan lagi lauk di meja.


Pertambahan bilangan hotel juga memberikan persaingan yang sihat dan menguntungkan pelancong yang mempunyai banyak pilihan, begitu juga dengan bot dan kereta sewa. Semoga Langkawi akan lebih berjaya di masa depan dan semua pemain pelancongannya hendaklah jujur menjalankan tanggungjawab masing-masing

Sunday, June 23, 2013

Kuala Sepetang Destinasi Pelancongan.


Sekumpulan 120 pelajar dari sekolah-sekolah terbaik Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan India mengambil bahagian dalam program "Grooming Green Society" dianjurkan oleh MCKK dan ditaja oleh Unesco, K-Perak dan UEM.
Aktiviti di Kuala Sepetang melibatkan program melawat hutan eko dan menanam bakau, melawat perusahaan Arang Kayu dan melawat perkampungan nelayan. Aktiviti ini dijalankan oleh Kuala Sepetang Eco Tourism www.kualasepetang.com.

Saturday, June 22, 2013

Ikan Loban Kg Dew, Kuala Sepetang

Ikan apakah ini?
Tergolong dalam spesis belanak
Belanak (Valamugil seheli; familia Mugilidae) adalah sejenis ikan laut tropika ... Ikan belanak secara umum bentuknya memanjang agak langsing dan gepeng.

Pada mulanya ingatkan loban. Tetapi bila dilihat dari internet, ekor loban adalah menegak dan bukannya bentuk V seperti gambar ini.

Setelah selesai membeli barangan dapur di pasar Kamunting, aku melangkah ke tempat letak motosikal. Dari situ aku mendengar seseorang menegur. Dialah ialah Rosli Samad seorang nelayan sungai di Kg Dew, Kuala Sepetang. Dulu dia dapat rezeki sampingan dengan membawa pelancong melihat kelip-kelip, namun kini katanya tidak lagi berpeluang menambah rezeki melalui projek kelip-kelip. Beliau juga ialah seorang ajk penaja Persatuan Kelip-kelip Cahaya Alam Perak yang tidak menjadi.


Dia dan seorang rakannya menjual hasil tangkap ikan dari Sungai Sepetang. Terdapat siakap, lampam dan loban. Dulu aku pernah memancing loban di pantai Segari berhampiran dengan loji janakuasa. Kini bila lihat ikan seakan loban ini, aku terus membelinya 1.6kg dengan harga RM18/kg iaitu RM27

Friday, June 21, 2013

Program Kesedaran Alam Sekitar MCYDS

Guna letter head MCKK
Guru Besar, 11 Jun 2013
SJKC, 
Kuala Sepetang.
Tuan,
Program Kesedaran Alam Sekitar MCYDS
Penerangan tentang Malay College Youth Development Summit (MCYDS) 21 JUN 2013
2. Tiga kumpulan peserta akan mengikuti lawatan sekitar pekan Kuala Sepetang bagi melihat cara hidup masyarakat nelayan di sini. Mereka akan ditugaskan untuk membuat analisa Strength, Weakness, Opportunity and Treat (SWOT) terhadap alam sekitar di sini.
2.1 Sessi Pertama 40 orang pada pukul 9.00am
2.2 Sessi Kedua 40 orang pada pukul 10.00am
2.3 Sessi Ketiga 40 orang pada pukul 11.00am
3. Kami memohon untuk peserta memberi penerangan selama 5 minit mengenai hasil lawatan mereka di kelas kepada murid-murid. Aktiviti yang kami lakukan ini ada perkaitan dengan P&P Sains, Kajian Tempatan dan Pendidikan Moral.
4. Kami berharap dengan penerangan ini nanti akan memberi kesedaran kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar bagi menarik lebih ramai pelancong ke Kuala Sepetang.
Kerjasama dan tindakan positif tuan terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih.

Tt

Thursday, June 20, 2013

Pertandingan Menulis Karangan Pelancongan Kuala Sepetang

Kuala Sepetang Eco Track menganjurkan pertandingan menulis karangan pelancongan Kuala Sepetang untuk murid tahap 2 dan tulisan cantik pelancongan Kuala Sepetang kepada murid tahap 1.
Pertandingan mewarna pelancongan untuk prasekolah.
Tujuan pertandingan adalah untuk memupuk semangat cinta dan bangga akan Kuala Sepetang
Pertandingan boleh dijalankan semasa bulan Bahasa Malaysia atau Bulan Membaca
Maklumat mengenai isi karangan boleh didapati dari www.kualasepetang.com 

Kami menawarkan 3 hadiah berupa alat tulis kepada semua kelas yang mengambil bahagian.

Isi karangan adalah mengenai
1. Tempat-tempat menarik.
2. Eko pelancongan.
3. Makanan laut
4. Kesedaran kebersihan.
5. Peluang
Hasil karangan terbaik akan dicetak dan diedarkan kepada para penduduk.
Wakil kami akan datang dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Mohd Jusri
Kuala Sepetang Eco Track