Showing posts with label Fisherman Village. Show all posts
Showing posts with label Fisherman Village. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

UiTM Shah Alam


Assalamualaikum,
Dr Nik
UiTM Shah Alam.
Ribuan terima kasih kerana sudi melawat Kuala Sepetang dan menggunakan perkhidmatan kami.





Khairul Salleh
Kuala Sepetang Eco Tourism

BBq di Kelong Terapung Kuala Sepetang

All on board: On the way
Kerang Bakar
Santai anak-anak main buaian
Bekalan air bersih di hadapan

Berlumba dengan bot nelayan
Pakej Mencari Dolphin dan BBQ di Kuala Sepetang 28 April

Nama Kumpulan: Staff Pusat Dialisis Taiping Caw K Kangsar.
Ketua Rombongan: Pn. Nur Shahida 012477
Bilangan peserta:+- 20 
Pakej: Aktiviti nelayan dan BBQ

Tarikh: 28/4/2013
Mai rasa kerang bakar
Tempat parking: Depan Balai Polis Kuala Sepetang
Masa berlepas: 3.00 pm

Kumpulan: Pusat Dialisis Taiping
Cawangan Kuala Kangsar.
Aktiviti
Memancing di kelong
Menyauk kerang
Majlis BBq di kelong terapung Kuala Sepetang

Ketam, ayam dan kerang
Ketam lagi

Karoke keluarga





Friday, March 1, 2013

Persatuan Pelancongan Kuala Sepetang


Persatuan Pelancongan Kuala Sepetang
Ahli:
Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang
Restoran Makanan Laut Kuala Sepetang
Restoran Mee Udang Kuala Sepetang
Kilang Arang Kayu Kuala Sepetang
Pengusaha-penguasa bot pelancongan Kuala Sepetang
Penginapan Sepetang Inn, Kuala Sepetang
Matlamat:
1.       Memajukan industri pelancongan di Kuala Sepetang, Taiping, Perak & Malaysia.
2.       Mewujudkan rangkaian pelancongan yang saling bekerjasama.
3.       Menyediakan perkhidmatan terbaik untuk Tahun Melawat Malaysia 2014.

Saturday, January 26, 2013

Kuala Sepetang Destinasi Pelancongan


Let's Visit Sepetang
Tidak lengkap percutian anda ke Taiping jika tidak pergi ke Kuala Sepetang. Terletak hanya 15km dari bandar Taiping, Kuala Sepetang menawarkan aktiviti pelancongan yang sangat menarik. Restoran makanan laut menyediakan pelbagai juadah makanan laut yang segar seperti mee udang dan kerang-kerangan,
BBq 
Heritage Trail
Hutan Eko Pelajaran menyediakan maklumat penting perihal hutan paya laut dan khazanah yang ada di dalamnya. Laluilah laluan pejalan kaki membelah hutan paya laut yang penuh dengan pokok bakau sambil mempelajari peranannya melalui papan-papan kenyataan yang disediakan.
Fishing at floating Chalet
Fisherman village 
Asalnya nama Kuala Sepetang tetapi kehadiran Inggeris telah menukar ke Port Weld sempena nama Govenor Federick Weld. Kini, setelah kepulangan Inggeris namanya bertukar kembali ke Kuala Sepetang. Ianya merupakan pelabuhan yang sibuk ketika penemuan biji timah. Jalan keretapi pertama di Malaysia di antara Taiping ke Port Weld memudahkan kerja memindahkan biji timah dari lombong di Taiping ke pelabuhan.
Charcoal factory
Eagles
Kehadiran Inggeris yang mengambil alih kerja pentadbiran negeri telah menyebabkan Ngah Ibrahim seorang pembesar Melayu yang mendapat autonomi mentadbir kawasan Matang telah kehilangan punca pendapatan hasil pungutan cukai timah dan ini adalah salah satu sebab bermulanya penentangan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu. Kini kediaman Ngah Ibrahim telah menjadi muzium yang memaparkan sejarah penemuan biji timah dan kronologi sejarah Daerah Matang sebagai kawasan pelombongan bijih timah.
Industri arang kayu telah bermula dari tahun 1930 dan kekal sehingga kini dengan modus operasi yang tidak banyak berubah. Kebanyakan kerja masih lagi dengan tulang empat kerat dan para pekerja membanting tulang mencari rezeki yang halal.
Beautiful sunset
Cockles harvesting
Industri perikanan menyediakan pelbagai pekerjaan kepada para nelayan. Di Kuala Sepetang pelancong akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi kerja para nelayan di pelantar. Aktiviti mengred ikan, udang, ketam dan kerja-kerja membersihkan kerang. Ikan kering disusun kemas di bawah terik mentari dan sekali-sekali motosikal roda tiga yang menggunakan tayar kereta mengangkut hasil nelayan ke lori yang siap menunggu. 
Bagi mengalami suasana sebenar kerja nelayan, para pelancong boleh menyewa  bot yang kami sediakan bagi menjelajah kawasan perkampungan nelayan dan melihat aktiviti mereka dari sungai. Ini lebih mudah lagi kerana para pelancong tidak perlu berjalan kaki dari satu pelantar ke satu pelantar. Di samping itu juga pelbagai aktiviti pelancongan lain seperti memerhati burung, helang, kelip-kelip, dolphin, sunset boleh dirasai. Aktiviti nelayan seperti memancing ikan, menyauk kerang dan menangkul ketam juga boleh dijalankan dengan perkhidmatan kami.

Saturday, January 5, 2013

Telaga Air Panas Perubatan Bt 9 Trong Hot Spring, Taiping Perak


Telaga Air Panas Trong  

Samsudin Hj. Ahmad

05-8553990
Kolam Air Panas,
Batu 9, Jalan Trong,
34850 Changkat Jering,
Perak.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolam Air Panas, Batu 9, Trong 34800, Changkat JeringTaiping ini seluas 1 ekar merupakan kolam air panas perubatan yang pertama di Taiping. Mula beroperasi pada 2002 ini sesuai untuk dijadikan rawatan kesihatan tubuh badan dan kulit. Tarikan utama kolam air panas ini ialah mandian herba, merendam kaki dan perkhidmatan mandi. Keunikan kolam air panas semulajadi ini ialah ketinggian paras airnya melebihi bumi dan suhunya tetap dan kekal walaupun cuaca sejuk.

ARKIB : 27/08/2008

Telaga Air Panas Perubatan



SAMSUDIN (kiri) mengambil air panas dari salah sebuah kolam di situ untuk diberikan kepada pengunjung.


TAIPING 26 Ogos - Walaupun tidak terkenal seperti 48 kolam air panas lain di negara ini, namun Telaga Air Panas Perubatan (TAPP) di Kampung Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering di sini terbukti setanding dengan kolam air panas sedia ada.
Malahan, boleh dikatakan telaga tersebut mungkin lebih baik dan menarik jika dibandingkan dengan beberapa kolam air panas lain berikutan pelbagai kemudahan disediakan termasuk landskap indah yang penuh warna-warni.
Antara kolam air panas yang popular di Malaysia ialah Wet World Pedas, Negeri Sembilan; Kampung Air Hangat, Langkawi; Resort Air Panas, Kampung Yok Lin, Ipoh; Kuala Woh, Tapah, Perak; Air Panas Parit Gerisik, Johor; Air Panas Setapak dan Gombak di Selangor dan Air Panas Poring di Sabah.
Apa yang menakjubkan pengunjung, air di tiga buah kolam di sini dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit berjangkit.
Tidak hairanlah sekiranya kolam air panas itu dinamakan TAPP sejajar dengan fungsi dan kelebihannya mengubati pelbagai penyakit.
Mengikut catatan sejarah, kolam air panas itu telah wujud sejak 100 tahun lalu dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Bagaimanapun, ia hanya dimajukan untuk menerima kunjungan ramai secara komersial pada Januari 2002 lalu oleh salah seorang ahli keluarga generasi keempat; Samsudin Ahmad, 63.
Sebelum itu, kolam air panas berkenaan dijaga oleh Mydin Nana Ibrahim (generasi kedua) dan Ahmad Mydin (generasi ketiga).
Samsudin berkata, beliau telah membelanjakan kira-kira RM6,000 pada peringkat awal untuk memajukan kolam air panas berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini jumlah itu meningkat lebih RM140,000, sebahagian besarnya dari wang persaraan beliau ketika berkhidmat di salah sebuah bank di Ipoh, Perak.
"Masih banyak lagi keperluan dan kemudahan asas yang harus disediakan untuk keselesaan pengunjung.
"Insya-Allah semuanya dapat disediakan secara berperingkat dan bergantung kepada sumber kewangan yang mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Katanya, buat masa ini, beliau baru menyiapkan lima bilik mandi tertutup untuk kegunaan pengunjung berendam dalam takungan yang disalirkan air panas dari kolam sedia ada.
Beliau berkata, apa yang menarik, tiga kolam di situ mengandungi air panas yang berlainan tahap suhunya.
Samsudin berkata, pengunjung hanya dikenakan bayaran RM3 sejam untuk menggunakan bilik mandi: kolam biasa (RM2); bilik mandi 'VIP' (RM10 sejam) dan kolam khas (RM30 sejam) yang boleh memuatkan kira-kira 10 pelanggan pada satu masa.
''Bagi kemudahan pelanggan saya juga menawarkan perkhidmatan urut tradisional bagi lelaki dan wanita.
''Pelanggan juga boleh mendapatkan rawatan resdung, mandi luluh dan mandi herba dengan bayaran yang berpatutan,'' katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin berkunjung ke situ boleh menghubunginya dengan menelefon 012-5040196 atau 05-8553990 atau terus sahaja ke Batu 9, Jalan Trong, 34850 Cahangkat Jering, Taiping.
Katanya, TAPP dibuka kepada orang ramai setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 12 malam termasuk pada hari cuti kelepasan (kecuali pada cuti hari raya).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm#ixzz2H4cKE3SJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 












Wednesday, December 12, 2012

Universiti Teknologi Petronas



 Pakej MPPUTP
Kita ikut final perbincangan jadual aritu. cuma mungkin hari kedua akan berubah. Makanan saya minta pihak En Khairul sediakan. Nanti saya akan listkan menu yang kami nak.

19 Januari  2013
09:00 - Depart From Universiti Teknologi Petronas
11:30 - Arriving at Hutan Pendidikan Kuala Sepetang and check in to chalet.
12:00 - Lunch.
13:00 - Performing Zuhur prayer at Surau Hutan Pendidikan  Kuala Sepetang 
14:00 - Departing by boat to Mangrove forest, walking along the nature, bird watching and photographing etc. (Pakej B).
17:30 - Module 1
18:30 - Dinner
19:00 - Maghrib prayer at Surau Hutan Pendidikan  Kuala Sepetang 
20:00 - Riding the boat from Jeti Hutan Pendidikan  for  Fireflies River Tour
22.00 - Return to Hutan Pendidikan Kuala Sepetang
22:30 - Supper and adjourn. 

20 Januari 2013
06:00 - Subuh prayer and breakfast
07:00 - Depart to Jeti Kuala Sepetang by bus.
07.30.- Nature walk and photographing along Kuala Sepetang Heritage Trail
09:00 - Module 2.
10:30 - Morning Break.
11:00 - Module 3.
12:30 - Lunch and depart back to UTP
22/1/2013 Sama-sama dan terima kasih juga kepada pihak En Khairul atas layanan dan perkhidmatan terbaik yang diberikan. InsyaAllah bertemu lagi di masa akan datang.