KEK PISANG

Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts

Friday, January 1, 2016

HAPPY NEW YEAR 2016!!!











KEK LAPIS KUKUS ASAM MANIS
sumber  :    yatiememories ; thanks (sangat sedap but a bit sweet)...




Bahan-bahan :

      5  biji  telur gred A  (yang sejuk dari peti ais)
1 1/4  cawan  gula halus/kastor
      1  sudu besar  ovalette
      2  cawan  tepung gandum
      1  sudu teh  baking powder
  150  ml   susu cair
   1/2  sudu teh  garam
  100  gm  minyak jagung/masak
      1  sudu teh  esen vanilla
Beberapa titis pewarna kuning, hijau & merah
Asam manis secukupnya (haw flakes, lagi banyak lagi sedap)


Loyang  :   9 inci, oles dengan sedikit mentega & alas dengan kertas serap minyak.


Cara-cara :

1.  Ayak tepung gandum dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.

2.  Pukul telur dan gula sehingga kembang.  Setelah kembang masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan gebu.  Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.

3.  Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak tadi berselang-seli dengan susu cair dan masukkan esen vanilla.  Gaul sebati dan bahagikan kepada 3 bahagian, letakkan pewarna.

4.  Loyang di alaskan kertas serap minyak dan sapukan sedikit mentega.  Tuangkan adunan merah dahulu, ratakan permukaannya dan susunkan asam manis di atas permukaannya; kukus selama 10 minit di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

5.  Kemudian tuangkan pula adunan hijau, ratakan dan tabur/susunkan asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi selama 10 minit. 

6.  Tuangkan pula adunan kuning, ratakan dan tabur/susunkan asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi selama 10 minit.  Ulang-ulang melapis sampai kesemua adunan habis.

7.  Untuk lapisan yang akhir, susunkan asam manis di atas permukaannya dan kukus selama 20 minit supaya kek masak keseluruhannya.

8.  Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian barulah di terbalikkan di atas redai supaya kek sejuk.

Thursday, August 7, 2014

KEK LAPIS KEJU COKLAT












KEK LAPIS KEJU COKLAT
sumber dari  :  Dayang Jack@Dapur Ku Sayang ; thanks... (sedap)..



Bahan A :

    7  biji   telur gred A
250  gm   tepung Hong Kong ( 220 gm jika menggunakan tepung gandum)
180  gm   gula halus
    1  sudu besar  ovallete
    1  sudu kecil   esen vanilla
  75  ml    air ais


Bahan B :

250  gm   mentega
140  gm   cream cheese (suhu bilik)
    7  sudu besar  susu pekat manis


Bahan C :

  50  gm   serbuk koko
2-3  sudu besar   susu pekat manis
sedikit pewarna coklat atau coklat emulco

Hiasan :  chocolate rice secukupnya jika suka

Loyang :  8 inci persegi, digris dengan sedikit mentega & dialas dengan baking paper


Cara-cara :

1.   Pukul bahan A sehingga kembang dan pekat.

2.   Di dalam bekas berasingan, pukul bahan B sehingga berkrim.

3.   Kemudian satukan bahan A & B.  Putar lagi dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.

4.   Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dibiarkan kosong (lebihkan sedikit bahagian ini jika suka) dan satu bahagian lagi disatukan dengan bahan C, putar sehingga sebati.

5.   Bakar/grill lapis demi lapis.  Mulakan dengan lapisan coklat, ratakan dengan 6 atau 7 sudu makan adunan dan bakar/grill menggunakan api atas sahaja (suhu 170'C) selama lebih kurang 5 minit.  Setelah itu keluarkan loyang dari oven dan tekankan lapisan kek dengan menggunakan penekan kek.  Kemudian lapis lagi dengan adunan seterusnya.  Ulangi proses ini sehingga habis lapisan adunan coklatnya.

6.   Kemudian teruskan melapis dengan adunan lapisan putih pula sehingga habis.  Taburkan dibahagian atasnya dengan sedikit chocolate rice jika suka.

7.   Setelah habis membakar kesemua lapisan, bakarlah untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit pada suhu 160'C (api atas dan bawah) atau ikut keselesaan oven masing-masing.

8.   Sejukkan kek dahulu setelah dikeluarkan dari oven.


Nota :

1.   Jika lapisan kek agak kering, bolehlah disapu dengan sedikit mentega terutama yang menggunakan tepung gandum.
2.   Kek boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.
3.   Semakin lama kek disimpan semakin sedap & moist.
4.   Guna mentega berkualiti untuk hasil kek yang lebih sedap.

Tuesday, April 22, 2014

KEK LAPIS KUKUS ASAM MANIS












KEK LAPIS KUKUS ASAM MANIS
sumber dari  :  yatiememories, tq



Bahan-bahan :

1  1/4  cawan   gula halus
       5  biji        telur gred 'A' (yang sejuk dari peti ais)
       1  tbsp      ovallate
       2  cawan   tepung gandum
       1  tsp.       baking powder
   150  ml.        susu cair
    1/2  tsp.       garam halus
   100  gm        minyak jagung atau minyak masak
       1  tsp.       esen vanilla
Pewarna biru, kuning & hijau secukupnya
Asam manis secukupnya

Loyang :  9 inci persegi/bulat; digris & dialas dengan kertas minyak


Cara Membuat :

1.   Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan dulu.

2.   Pukul gula dan telur hingga kembang.  Setelah kembang masukkan ovallate dan pukul lagi hingga betul-betul kembang dan gebu.  Masukkan minyak dan gaul sebati.

3.   Masukkan tepung dan baking powder berselang-seli dengan susu cair dan masukkan esen vanilla.  Gaul sebati dan bahagikan kepada 3 bahagian.  Letakkan pewarna pada setiap bahagian.

4.   Loyang dialaskan kertas minyak dan sapukan sedikit mentega.  Letakkan adunan biru dulu, ratakan permukaannya; susunkan asam manis di atasnya dan kukus selama 10 minit di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dulu.

5.   Buat pula lapisan kuning, ratakan dan susunkan asam manis di atasnya dan kukus selama 10 minit.  Ulang-ulang lapisan seterusnya sampai kesemua adunan habis.

6.   Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit hingga masak sepenuhnya.

7.   Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian barulah diterbalikkan di atas redai supaya sejuk sepenuhnya.

Saturday, August 24, 2013

KEK LAPIS HOLIDAY INN









KEK LAPIS HOLIDAY INN



Oleh  :   Mommycookin.blogspot (Mommy Ryan)



Bahan-bahan :

350  gm        mentega
    1  cawan   gula halus
    9  biji        telur (gred A)
    2  cawan   tepung Hong Kong atau tepung kek
 1/2  tin         susu pekat manis
    1  tbsp      ovalette
    1  tsp        esen vanilla
    4  tbsp      jem nenas
Pewarna oren, kuning & coklat emulco


Loyang :  8 x 8 inci persegi, gris dengan sedikit mentega & dialas dengan kertas minyak


Cara Penyediaan :

     Pukul mentega, ovalette dan gula halus hingga kembang dan gebu.  Masukkan telur satu demi satu.  Kemudian masukkan tepung dan adunkan hingga sebati.  Kemudian masukkan susu pekat manis.  Putarkan sekejap sahaja dan bahagikan kepada 3 bahagian.

     1 bahagian diletakkan coklat emulco
     1 bahagian oren + jem nenas
     1 bahagian kuning + 1 tsp. esen vanilla

     Ambil 1 senduk kecil adunan oren dan kukus selama 7-10 minit.  Kemudian ambil 1 senduk adunan kuning dan kukus selama 7-10 minit diikuti dengan adunan coklat dan kukus selama 7-10 minit.  Ulang proses yang sama hingga kesemua adunan habis.  Untuk adunan yang terakhir kukus selama 20 minit atau hingga masak dengan sempurna.

NOTA :  cara mencorak kek lapis ini boleh ikut citarasa masing-masing.