09 December 2008

lagi gambar dan cerita..

sesungguhnya amatla banyak gambar-gambarnya. aku dah tak larat nak up se se gambar.
makanya, aku collage kan nya lah ye. tapi mcm tak puas lah kan gmbr kat blog ni. dulu biasa kat fp, nun besar gedabak. kalau nak tengok lagi banyak, sila lah ke flickr asben ku itu. dia rajin sket up-up gambor ni. lagi pun ini semuakan shots dia. aku tumpang je.. :)

nah, ini dia
antara shots kat sana. kami tak sempat nak jalan-jalan ke pulau-pulau belaka tu. antara sebabnya,kekangan masa dan juga yg paling utama adalah pasal ada anak kecik.tak sesuai lah. kalau berdua je ngak apa seh. akan aku gagahkan diri naik bot, walau diri aku ni amatlah penakut laut..mau pun sungai! sedangkan masa naik kereta kabel tu..mata aku nun pandang depan ajo. tak de nya aku nak kerling kiri kanan...badan toksah kata lah..tegak semacam ajo aku duduk.


kami sempat gi ke Dataran Lang, Underwater world,Tg Rhu, cable car, beras terbakar, pastu bergasak jap shopping kat Kuah. huhuhuhu tak la gasak sangat pun. tapi still manage lah beli corning ware dengan cekelat tu tak buleh tahan lah weh! cuma pastikan anda tidak kena excess baggage fine lah kan. 1 kg = Rm10. kut nanti sama pulak rega coralle ke corning ware ke yang kat sini...plus minus fine tu...hehehehe. better kalau nak borong, naik ferry lah ye tak.




bagi aku langkawi ni, best lah. kalau bagi orang mesia, sorga untuk shopping lah kan. oh, heaven tak? kalau orang luar tu, depa lebih enjoy dgn ekstrem aktiviti kat sana. orang kita sewa kereta..depa sewa motor @ basikal. kita sewa pasal nak angkut barang. tak gitu???



kalau ada rejeki lagi, mau rasanya datang lagi. tapi kalau leh gi berdua ajo lah. boleh la aku terjah-terjah segala pulau yang ado lak...





nanti aku tepek lak ye gambor laksa langkawi. aduhhh terasa-rasa dah ni kat tekak aku ni tau! shedapppnyeee!


@ Langkawi Cable Car


ni kali kedua aku naik cable car @ langkawi ni.
tapi kali ni,
paling aku frust..tak dapat lalu kat jambatannya tu!
ditutup..pasal ada shooting katanya..
uik..geramm lak aku!!!!
dussshhhhh! frust!



berada di ketinggian 701 meter


aku sebenarnya cuak je ni..
tapi buat2 control berani!
tapi Chem..memang tak gayat langsung!





bayar masuk RM15 utk dewasa..
{diskaun kalau tunjuk MyKad..kalau tak reganya RM25}
kanak-kanak bawah 3 tahun pree ma..



sekitar kawasan cable car..


kalau korang datang sini...
jangan lepas peluang naik tau!
{gambar : kredit kpd asben aku....den tak pegang kamera pun}

:)


06 December 2008

Saat tiba @ Langkawi



Kami bertolak hari Isnin. Berdua dulu dgn Chem. Babah datang hari selasa malam.
bila dah berdua dgn Chem, harus lah aku tak leh buat apa kan.
Kamera yang berat gedabak tu pun, babah yang bawak nanti.
Dalam flite, Chem agak buhsan gak.nasib perjalanan tak sampai sejam pun.
Kerja dia dalam tu, asyik main bukak tutup belt!
last2 bila buhsan lagi,
dia bukak beg dia, capai buku, capai 'tekaler' ----> set kaler dia.

akhirnya..sampai jua kan..


kami menginap di hotel Grand Continental. hotel best. bilik puas hati. dpt bilik view nya laut. dekat dgn pekan Kuah. sorga dunia utk shopping! kehkehkehkeh.
sebelah hotel ni Langkawi Parade.



tak byk aktiviti dibuat sepanjang 2 hari yang pertama. sebabnya, dua hari yg pertama aku bz dgn meeting..dan pastu babah pun tak sampai lagi. jadinya tak berani nak gi memana. nak sewa kereta pun kena tggu babah sampai. ohh sebut pasal sewa kereta, sekarang kan peak season. rega sewa pun tggi. Kelisa yang kecik tu pun RM60 sehari wooooo! Last2 kitorang sewa Iswara. tu pun sama rega dgn Kelisa gak. tak kisah la kan..janji buleh gerak. save cikit duit..pasal nak meroyan shopping nanti! muahahahahahaha
*
*
*
*
{bersambung...lepas raya kita cerita lagi ye!}

kami dah pulang... & salam aidiladha..


alhamdulillah..
selamat pergi..
selamat kembali...

dan..
salam aidiladha buat semua.


04 December 2008

teringin punya pasal da....

{gambar di atas adalah hiasan semata-mata. aku cilok dari sumber internet. bukan aku yg masak. harap maklum ye..}

korang nampak tu? ikan goreng + bawang goreng + cili besar.
ha..menu yang paling sonang kan?kan?kan?
ada cerita di sebalik menu ni.
aku teringat time awal2 pegnen dulu.
tetiba dtg hangen ngidam + teringin aku nak makan menda alah ni.
nak buat sendiri mmg tak lalu lah oii.
tak lalu masuk dapurrrrr!
maka, babah bawak la gi mkn kat luar.
kat satu tempat makan kat area kajang ni.
{nama kedai makan itu terpaksa dirahsiakan hahahahahaha}
aku pun order la lauk tu.
teringinn sgt niiii.
ikan kembung goreng + cili besar + bawang besar.
order seekor aje.
korang tau berapa regannya?????
tau pun bila nak gi bayar.
RM9 lebih utk seekor!
hambekkk kau!!!
teringin kan..teringin kan...
kuikuikuikuikui
nak buat cemaner..Chem yg kat dlm perut time tu nak rasa...

hehehehehehehehe

03 December 2008

jam baru Chem..

jam baru Chem.
walhal, tak reti pun tgk jam lagi!
nak bergaya aje.
jam KFC "spongebob'.
sekarang ni,
Chem bijak.
dia tahu.
kalau gi KFC,
mesti ada menan.
dan dia akan paksa kami beli menan!
hohohohoho!



02 December 2008

mama @ opah chem yang satu...

ni lah mama kesayangan kami .
Hajah Maimunah.
isteri kepada Hj Jamlus,
merangkap ibu mertua Kapok a.k.a asben ku,
sekaligus sebagai opah Chem.




sayanggggggg mama a.k.a opah!!!!!
nanti-nanti kita buat lak entry utk abah a.k.a atuk yeah!

sekian, dulu...

01 December 2008

pengumuman..pengumuman!

dikala korang baca ni,
aku + chem nak bertolak
fly fly nun ke langkawi,
aku pergi berdua dulu dgn chem,
babah pulak akan menyusul selasa malam nya nanti,
pasal, payah la pulak dia nak dpt cuti straight 5 hari kan,
haruss kena murka lak dgn boss nanti!
kira ok lah..dapat 3 hari kan...
kuikuikuikui

aku bukan jenjalan cuti2 mesia sepenuhnya,
ada meeting sebenarnya,
tapi dibenarkan bawak family,
maka aku angkut la diorang..

sepanjang 5 hari ni payahlah
hapdet blog cerita pasal kat sana,
pasal lappy bagai tak bawak,
hanya beberapa entry baru yang publish nya diotomatikkan aje ye..
'berpuasa' la kejap,
harap maklum!

ok,
semoga kami selamat pergi,
selamat pulang,
dan....
selamat habisss fulussss!!!!!!!!
corelle la..vision lah...conningware lah..cheh!
wajib berpinau mata kat sana kan?

hihihihihihihihihi