Showing posts with label Dubai. Show all posts
Showing posts with label Dubai. Show all posts

18 January 2013

# Buku Merah

Buku merah dah siap dikemaskini. kerja pun tinggal beberapa hari. perlu kemas apa yang perlu. sambil tepuk muka, cubit peha. eh, betul apa yang aku sedang buat ni?

bangunlah Yong. berpijak di bumi yang nyata lagi indah ini.


buku merah yang telah dikerat. sekerat hati tuannya yang kadang pra sedar!

hidup ni kadang memang aneh. hingga kita tidak mengetahui apa cerita sebenarnya. kita hanya lontarkan kehidupan ini dan membiarkan ia pergi bergerak mengikut alunannya. takpe. yang penting kita telah berusaha. selebihnya, itu yang Maha Esa berkuasa. Dia penentu segalanya. Dia tahu apa yang terbaik. 


Moga aku mampu melaluinya sekuat yang boleh. aku sayang semua. tak lebih, tak kurang.

31 May 2012

# Lapar

hari ni lembik semacam badan. perut berbunyi. hahaha baru teringat, puasa rupanya hari ni. Maka, sbb perut bergelodak craving sgt nak makan, maka teringin nak tgk gmbr2 makanan.

ini antara koleksi gmbr menu2 yang bjaya dimasak semasa duk sebulan di Dubai dulu. baru hari ke 3 di sana, dah mula muak dgn menu mak arab ni. heeee

udang kari. perghhhhh


ayam bakar. ala2 kenny rogers. ni je yg senangnya. sumbat dlm pembakar. *malas


kari ayam


tulang msk serai (lomak cili api).


kari udang, ayam bakar


sayur campur. best, sbb sana sayur fresh dn manis


ayam masak kicap. kicap kipas udang yg dibawa khas dari Malaya.
kat arab tak dak kicap best weh


prata dgn ayam kari.


ikan bilis dgn cili api. goreng gitu sedap weh


fillet dori msk lomak cili api dan deep fry.
gasak lah habis semua aku buat msk lomak cili api. mak kan tekak kampungggg. :p



12 April 2012

# Bday Chem di Dubai

hai, lama dah tak update blog muchuk2 ni. hari2 bukak sebenarnya. dan hari2 juga log in. tapi setiap kali nak klik post new, mesti tak jadi. kejap rasa semangat, kejap nanti rasa malas. dan akhirnya, memang malas lah jadinya :p

kita cerita dulu ttg bday kak Chem. kebetulan juga kami ada di dubai masa tu. birthday nya 13 Mac. apa lagi, abah pun dekat, dan kawan2 abahnya pun pakat buat sambutan kecil2. seronok lah kak Chem tu. dgn besfren nya pula, Arissa.
malas nak cerita panjang lebar, kita tatap gambar je. dlm FB pun melimpah gambar2nya. nak tengok lebih, pergi FB.






pisang goreng harga AED20. convert duit kita lebih kurang RM18! :p








07 March 2012

# Kami di Dubai, UAE


salam. ibu dan Chem jalan-jalan jumpa babah di Dubai. alhamdulillah selamat sampai sabtu yg lepas. dan sekarang bercuti dari kerja selama 3 minggu utk luangkan masa di sini.

bagi peluang lah kan..lama tak jumpa babah ni. :p




ok. nanti-nanti kita cerita lagi.