Showing posts with label Chempaka. Show all posts
Showing posts with label Chempaka. Show all posts

19 December 2012

# petang-petang begini..

lama nampaknya belog ni terbiar. nak tutup terus, sayang. biarkan aje. rasa-rasa nak bercerita, kita update lah. heeee.

tiada yang kebabom. semua berlalu seperti biasa. hidup semakin menarik. kerana makin lama, macam-macam perkara kita boleh jumpa. itu yang jadikan hidup ni menarik. tertarik. dan mee tarik! haha. 

dah nak berlalu pun 2012. menginjak pula usia. apa yang dah aku capai? gila cliche. tak pernah pun ada azam yangn serius. semua main-main. hehe. susah kalau hidup nak terlalu serius. bukan tak ada matlamat, tapi..cool lah. jangan kalut. jangan obses. usaha tetap usaha. ada rezeki, ada. kalau tak ada, sila cool lagi. heeee. 

Chempaka dah nak masuk sekolah tahun 1; 2013. kena bersedia. anak dah mula sekolah. cabaran mendatang kita tak tahu. ibu kerja, anak sekolah. apa jua, semoga Chempaka anak ibu ini, sentiasa di bawah rahmatNya. berjaya di dunia juga di akhirat.

mari kita tengok akak Chem ni berbaju sekolah. :)


11 June 2012

# Masak bsama Kak Chem

aktiviti yang sekian lama tertangguh-tangguh. masak-masak bersama kak Chem. dari hari pertama sekolah bercuti, Chem dah sebut nak main masak-masak. masak kek cawan dan juga donut. kedua-duanya makanan kegemarannya. dan akhirnya, sebelum sekolah mula semula, ibu berjaya juga untuk merealisasikannya. kesian juga, tak banyak aktiviti Chem masa cuti sekolah ni. nak bawa ke tempat-tempat yang menarik, ibunya ni tak pandai.
jom, kita tgk gambar-gambar yang ada. nak cerita mcm malas. tal larat sbb puasa. hahaha.

amboi, anak siapa lah tu kan. rajin. hihihi.


hari ahad, kak Chem menDONUT pulak uolss. :p




kenyang ibu dengan anak makan kek cawan dan donut hujung minggu! nyummm. uolss nak tempah ke dengan kak Chem?? hahaha.

24 April 2012

# Upin Ipin the Musical

bawa Chempaka tgk teater Upin Ipin di Istana Budaya. makin syok lah pulak layan di IB ni. sebelum ni pernah lah pergi tgk Lawak ke Der?, Konsert Awie dan Ella, konsert D'lloyd juga layannnn. peminat tu. ahak!
eh, serius. tak tipu!
so, kali ni bawa lah juga bersama Opah. best ke tak? hmmm boleh lah. untuk kanak-kanak mmg happy lah. esp. part ada spider trn dari atas. kelam kabut org duk bwh takut. hahaha. makanannn. makanannnnnn. makanannnnnn.


ok juga seat dari sini. seat yg ni rm50. ada juga yg harga sama tp duk level bwh. tak syok lah klu teater tgk dari bwh, tak nmpk props bergerak.





ni lah kak Ros yg garang tu. tapi tak mcm garang pun.


abg sally. haha sejibik kan mukanya dgn yg dlm kartun tu


02 February 2012

# Anak ibu

yuhuuuu. tengoklah. anak dara ibu dah dewasa. hihihi. Alhamdulillah. makin boleh diharap. kuat main pun ye juga. tapi, biasalah. anak-anak kecil. let's kids be kids.

gambar di atas ni adalah kejadian satu hari di mana masa tu, ibu sedang solat, terdengar orang buka pintu grill. budak tecik ni klu bukak grill memang kung kang kung kang bunyinya. ibu dari atas dah cuak juga tertanya-tanya nak pergi mana budak tu. ish. terus kurang khusyuk solat ibu tau.

selesai solat terus cepat-cepat turun tengok. terfikir apa lah anak dara ibu tu nak buat. intai-intai tengok, itu kerjanya. itu, seperti yang tertera dalam gambar di atas. terpaku kejap lah ibu melihatnya. sudah boleh diharap. tak perlu disuruh. dia hanya melihat kebiasaan yang selalu ibunya lakukan. hmmmm, budak-budak ni memerhati tau. macam mana gaya kita angkat kain di ampaian sambil letak atas bahu, macam tu juga dia buat. hehehe. comel pula tengok.

Chem pun sekrang, rajin solat. tak tinggal. walau buat masa ni hanya bacaan Al-Fatihah sahaja yang di hafal. yang lain masih belum. Chem kata,

"nanti atuk pukul kalau kakak dah besar tapi tak solat. Kakak nak solat. kakak nak ikut ibu"

Alhamdulillah. walau alasan yg diberikan utk solat itu bukan merupakan jawapan yang sepatutnya mengapa kita perlu bersolat, tapi ia sudah memadai bagi anak-anak yg berumur 6 tahun. InsyaAllah, dia akan tahu sebab musabab perlunya kita sebagai umatNya menunaikan solat hanya kerana Allah. yang penting, kita sebagai ibu bapa perlu tahu tanggngjawab kita untuk mendidik memberi pendedahan pada anak dengan perkara-perkara wajib ini seawal yang mungkin.

Semoga anak-anak kita sentiasa beristiqamah dalam segala apa kebaikan yang ditunjukkannya sampai bila-bila. InsyaAllah.


19 December 2011

# Chempaka ibu



Chempaka ibu. dah besar dah kan. sayang dia. mulut skrang, petah sgt klu bercakap. tak tau lah ikut siapa. ikut atuknya kut. :p.


seronok borak dengan dia. banyak benda dan perkara dia faham sekarang. dan banyk perkara juga yg dia nampak tentang kita dan secara tak sedar, dia ikut. dia suka ulang semula apa yg biasa ibunya ni cakap. kadang geram juga. kadang rasa kelakar pun ada.


hmmmm. kena hati-hati dengan segala tindak tanduk kita sekarang depan dia.