Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

18 January 2013

# Buku Merah

Buku merah dah siap dikemaskini. kerja pun tinggal beberapa hari. perlu kemas apa yang perlu. sambil tepuk muka, cubit peha. eh, betul apa yang aku sedang buat ni?

bangunlah Yong. berpijak di bumi yang nyata lagi indah ini.


buku merah yang telah dikerat. sekerat hati tuannya yang kadang pra sedar!

hidup ni kadang memang aneh. hingga kita tidak mengetahui apa cerita sebenarnya. kita hanya lontarkan kehidupan ini dan membiarkan ia pergi bergerak mengikut alunannya. takpe. yang penting kita telah berusaha. selebihnya, itu yang Maha Esa berkuasa. Dia penentu segalanya. Dia tahu apa yang terbaik. 


Moga aku mampu melaluinya sekuat yang boleh. aku sayang semua. tak lebih, tak kurang.

05 December 2012

# Pray for Gaza

Alhamdulillah. Kami telah menjalankan tanggungjwab membantu saudara Islam kita di sana. di Tanah Palestin. semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat keberkatan dariNya dan semoga mereka semua di bawah lindunganNya. InsyaAllah. 

We Unite for Gaza Kolej Komuniti Hulu Langat bersama Aqsa Syarif

24 April 2012

# Upin Ipin the Musical

bawa Chempaka tgk teater Upin Ipin di Istana Budaya. makin syok lah pulak layan di IB ni. sebelum ni pernah lah pergi tgk Lawak ke Der?, Konsert Awie dan Ella, konsert D'lloyd juga layannnn. peminat tu. ahak!
eh, serius. tak tipu!
so, kali ni bawa lah juga bersama Opah. best ke tak? hmmm boleh lah. untuk kanak-kanak mmg happy lah. esp. part ada spider trn dari atas. kelam kabut org duk bwh takut. hahaha. makanannn. makanannnnnn. makanannnnnn.


ok juga seat dari sini. seat yg ni rm50. ada juga yg harga sama tp duk level bwh. tak syok lah klu teater tgk dari bwh, tak nmpk props bergerak.





ni lah kak Ros yg garang tu. tapi tak mcm garang pun.


abg sally. haha sejibik kan mukanya dgn yg dlm kartun tu


03 January 2012

# Musim buah

Musim buah datang lagi. dah lama sebenarnya. buah diyan (durian. tu sebutan org nismilan) pun dah sampai ke hujungnya. sekarang giliran si manggis, langsat dan rambutan. alhamdulillah.

saya mmg pencinta buah tempatan. terutamanya durian. :)






buah durian tu kalau di'transform'kan menjadi tempoyak. mak aih. lagi tak terkata. hari-hari makan pun boleh buat lauk. sambal tempoyak. tempoyak goreng (nanti dikongsikan resepinya eh. kalau tuan tanah ni rajin), gulai tempoyak buh timun, tempoyak daun. menangis weh.tapi kena kawal ni. tak boleh ikut nafsu sangat ni. nanti binasa. hihi. sedar. sedar.


buah kampung. feel nya lain sket. tu buah2 yang asli dari kampung. takde baja2. takde kacuk-kacuk. tak de kawin-kawin. tak de cucuk sana sini. no botox2 hahahaa. tapi tetap sedap!


itulah istimewanya buah kampung kan.






19 December 2011

# Iklan 2

hampir kita ke tahun baru Masihi. 2012. Tahun Hijrah yang juga baru kita lalui. hampir setahun berlalu. berlalu spt angin yang bertiup. yang kadangkala bertiup lemah, sepoi dan adakalanya bertiup kencang. bagaimana sekali pun cara tiupannya, hidup harus diteruskan. dilaksanakan seperti yang dijanjikan.

aku bukan manusia yang sempurna. jauh sekali utk berlagak sempurna. nama juga manusia. tidak lari melakukan khilaf yang kadangkala aku sendiri tidak sedari. jauh sudut hati juga untuk sengaja melakukannnya. insan mana yg sengaja melakukan kejahatan? setiapnya ada bersebab. ada rasionalnya. muhasabah diri adalah jln penyelesaiannya. kita akui kelemahan kita. kita ubah. dan penerimaan perubahan itu, terpulang pada dirinya untuk menerima atau tidak.

sekali lagi aku katakan, manusia ini tdk sempurna. tapi cuba lah untuk menghargai segala cubaan utk perubahan itu. agar mereka yang ingin berubah itu tidak putus semangat.

walau apa jua bentuk dan arah jalan yang terbentang, akan digagahi juga utk menyudahkannya. selagi terdaya, selagi itu diteruskan. jangan sekali berhenti. kerana itu merupakan pasrah di dalam menyerah. moga kita mampu menjadi umatNya yang terbaik. insyaAllah.

satu yang hakikinya, mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini..syukur