Thursday, October 30, 2014

Ikan Goreng Masak Taucu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kan nak kongsikan resepi ikan kerisi goreng masak taucu. Rasanya ramai yg tahu masak menu ringkas ni. Tapi tak apalah, saya kongsikan juga buat rujukan anak2 di masa hadapan. Bila teringin nak makan ikan masak taucu, bolehlah masak sendiri. Zaman sekarang, resepi di hujung jari je. Resepi kali ni saya kopipes dari Fiza's Cooking, menurut Fiza, resepi ni dari Mamak Haji FB. Menu mudah mcm ni lagilah menambat selera. Terima kasih pd penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


 Bahan-bahan
  • 5-6 ekor Ikan kerisi (Boleh gantikan dengan apa-apa jenis ikan) 
  • 5 sudu besar taucu - basuh dan toskan taucunya. 
  • 2 labu bawang besar- dihiris bulat. 
  • 3 ulas bawang putih dihiris. 
  • 1 inci halia dihiris halus. 
  • 5 tangkai cili api dibelah-dua memanjang. 
  • 1 tangkai cili merah - belah dua memanjang. 
  • 1 biji lada benggala/ capsicum – dihiris. 
  • 1 biji tomato dibelah empat. 
  • 1 btg serai dibelah dua atau diketuk. 
  • 1 sudu besar gula pasir. 
  • 1 sudu besar asam jawa dijadikan satu cawan air asam. 
  •  minyak masak secukupnya
 Cara Memasak: 
  1. Ikan di siang dan bersihkan lalu dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan hingga garing sedikit. 
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 2 sudu besar. Masukkan serai dan tumis serai hingga naik baunya, masukkan bawang, putih, bawang, halia, cili api, cili merah dan lada benggala. 
  3. Bila tumisan mula keluarkan bau haruman (layu saja) masukkan taucu 5 sudu besar dan diikuti dengan air asam jawa. Tunggu hingga air asam mendidih. Masukkan gula secukup rasa (untuk matikan keasinan taucu). 
  4. Tuangkan di atas ikan goreng. Hidangkan dengan nasi panas.

Roti Sarang Lebah @ Bee Hives Bun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah buat roti sarang lebah yg tngh hot masa kini, baru ni sempat nak kongsikan kat blog. Tak kisahlah kan, asalkan roti tu kita buat sendiri. Pada yg belum buat tu, boleh cuba, takde BM pun still boleh buat roti yg sungguh lembut dan gebu ni...ini pun uli guna tangan je sbb malas nak guna BM. Kalau setakat tepung 250gm tu, bolehlah uli guna tangan je, kalau lebih tu kena jugalah guna BM yg sedia berkhidmat bila2 masa tu.

Terima kasih pd Lydia Honey berkongsi resepi roti sarang lebah ni, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Resepi kali ni saya kopipes dari blog Izah Muffin Lover. Mekasih ya Izah, pasni rajin2lah update blog ya dik mcm dulu2. Terasa sepi je bila geng2 masak tak semeriah spt dulu. Akak pun jadi lemau je nak wat n3 sama. Pada pengunjung blog terima kasih sbb sudi singgah dan sudi mencuba resepi2 kat blog ini. Moga kita sama2 dpt ilmu dari berblogging ni.




Bahan utk DOH
  • 2 cawan tepung gandum * boleh campur tepung roti
  • 1/2 Sudu teh dry yeast
  • 1/4 Sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt, suhu bilik 
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • 1/2 cawan air suam +-
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara-Caranya
  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
  5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
  7. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  8. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  9. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  10. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  11. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
  12. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  13. Time bako dalam 10-15 minit.
  14. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  15. Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
  1. doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
  2. No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  3. Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
  4. JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  5. Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
BUTTERSCOTCH SAUCE
  • 1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
  • 1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
  • A pinch of salt
  • 1/2 tsp vanilla essence
  • 25g butter
CARA- CARA
  1. Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:-
  1. Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
  2. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Monday, October 27, 2014

Pau Sambal / Burger Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pau sambal ni sedap buat menu minum petang. Biasanya kalau pagi tu saya masak nasi lemak, pasti buat sambalnya lebih. Bila petang tu dah terfikir je nak buat pau sambal. Lagipun adunan pau tu boleh kita buat kuih donat sekali. Resepi boleh ikut mana2 resepi donat, tapi utk pau sambal saya lebih suka guna resepi Che Mat ni. Paunya cantik lembut je...kalau tak percaya, kwn2 cubalah sendiri..pasti tau hasilnya yg memuaskan hati. Kalau nak goreng doh pau tu, guna api sederhana je ya supaya bila warnanya dah perang dlmnya masak cantik...slmt mencuba semua. Terima kasih sekali pd Mat Gebu sbb berkongsi resepi pau sambal ni.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camca besar gula halus
  • 4 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 2 1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
  • 250 ml air suam
BAHAN INTI :-)
  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1 camca teh gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih2. Sementara itu masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada bebola sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang....
Related Posts with Thumbnails