Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.

Sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H. Mari kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri sendiri supaya memperbanyakkan ibadah dan amalan-amalan kita kepada Allah SWT disamping itu marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.

Sejarah Hari Maal Hijrah

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

DOA AKHIR TAHUN 1432 HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam


DOA AWAL TAHUN 1433 HIJRAH

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

**Jangan lupa kalau tak ke mana-mana, petang ni ajak semua ahli keluarga baca doa akhir tahun 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah 1432H dan selepas itu baca doa awal tahun 3 kali selepas maghrib pada awal 1 muharam 1433H bersama-sama.

C&P dari resepi rahsiaku

Monday, October 3, 2011

Selamat Menduduki PMR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR pada puteri kesayangan saya Seri Izati binti Mohd Khata juga pada rakan2 seperjuangannya. Semoga anak2 semua di berikan ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan, di berikan kesihatan yg baik sepanjang peperiksaan, di permudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan dan semoga jawapan yg di berikan bertepatan dengan kehendak soalan serta berjaya dengan cemerlang. Aminn..ya rabbal aalaminnn...

Buatlah yg terbaik, moga usahamu selama ini di berkati dan mendapat keredhaan Allah swt. Jangan lupa tawakkal pada Allah setelah selesai semuanya. Mama dan abah sentiasa mendoakan yg terbaik buat anakku Seri Izati Mohd Khata juga rakan2 seperjuanganmu.

Di sini saya ingin kongsikan bersama Amalan2 yg baik yg boleh di amalkan sepanjang anak2 menduduki peperiksaan supaya dlm keadaan tenang. Sekurang2nya kita berusaha supaya anak dan ibubapa sama2 berasa tenang sepanjang peperiksaan di jalankan.

Sumber ini saya peroleh daripada SINI


Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR/PMR dan SPM tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.


10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Monday, December 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Assalammualaikum dan Salam Ma'al Hijrah. Syukur Alhamdulillah kerana di panjangkan usia sehingga kita dapat melangkah ke tahun baru. Umur yg panjang bukan bermakna kita boleh melakukan apa yg kita suka. Sebenarnya Allah memberi peluang pada kita untuk terus berusaha menambah amalan dan memperbaiki diri sendiri. Semoga tahun 1432H membawa seribu rahmat buat kita semua. Petang ini kita akan melangkah ke tahun baru hijrah, di sini saya kongsikan bersama Doa Akhir Tahun utk di baca pada petang isnin(6 Disember 2010). Semoga dosa kita di ampunkan Allah dan semoga kita menjadi insan yg lebih bertakwa.


Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.



Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
Related Posts with Thumbnails