natijah 2011

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

lembaran yang dinanti-nanti seawal ramadhan sampai ler hari ini...
nama ana ada kat dlm ni....

kawan :buzz...
nta tengok tak lagi natijah??

ana: tak lgi....
nape?? dah keluar ke??? (sambil sapu2 mata yg pedih, almaklum baru bangkit dr qoilulah)

kawan : laa, dah keluar la...
pegi la tengok...

ana: betol ke ni??
serius?

kawan : yer, nta maqbul...
pergi la tengok, ta'qid balik....

cepat2 ana tangan menggapai tuala dan usai solat zohor ku bergegas masuk kuliah..

ammu : eh? suff bukrah... ana ta'ban innahardah..

ana: la', biiznak..
ana min cairo, khomsah daaik bas...

ammu: ya Allah (sambil buat2 muka masam)

ana: syukran ya ammu... (sambil lari2 anak mencari2 tempat tertampalnya natijah syariah tahun dua..)


alhamdulillah... alahamdulillah.... alhamdulillah...

hanya lafaz syukur dapat ku ucapkan untuk mengambarkan rasa gembiranya hati ni...


"rupa2nya natijah tunggu ust fahim balik dumyat, baru nak keluar"
kata salah seorang kawan ku..

alhamdulillah, cinta ku diterima jua...
terima kasih buat doktor2 kuliah yg sudi menerima lamaran ku....

pada tanggal yg sama, tp berbeza penerimaanye...

terima kasih ya Allah............
menyusul ke thn seterusnye....


tahniah kepada yg naik tahun dan takziah pada yang tak naik...
sesungguhnye peracangan Allah itu lebih baik....
moga kalian terus tabah dan thabat dalam menuntut ilmu di bumi kinanah ini...

jom study lagi.... dan terus study...



Category: 0 comments

Status FB


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
aaamin...

koleksi status2 FB yang bagus untuk saya dan anda juga, insya Allah..

antra peristwa di bln ramadhan:-

S. KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

> Selepas umat Islam membebaskn kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dgn memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah.

> 5 hari sebelum berakhirnya Rmdhn thn ke-9 hijrah, baginda menghantar s. Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

> S. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dgn bgrak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Slps itu, penyembahan patung pun berakhir.

Bila ada anak kecil, kita jaga sungguh-sungguh. Waktu tidur nyamuk, lalat, pijat lansung kita tak bagi sentuh.

Bila anak dah besar, badan dah kuat. Hatinya lansung kita tak jaga. Biar terus hanyut dengan dunia. Digigit nafsu, diracun dunia.

Syaitan1 :kenapa pakai berhijab??..tak lawa seh
Syaitan 2: ko kan cantik..serlahkanlah kecantikan mu...
Syaitan 3: letaklah gambar ko kat FB,..biar orang terpegun lihat wajah ko..
Syaitan 4: leggokkan badan tu, pakailah ketat sikit, mekap biar tebal tau..
Wanita Solehah: My beauty is for my husband to see, not the world


antra peristiwa di bulan ramadhan :

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

>Nabi Muhammad SAW mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat baginda untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan.
>Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman.
>Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

Islam itu indah & mudah..




Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jwb soalan hamba.
Pak Belalang: Silakn Nujum Masai.
Nujum Masai: Apkah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?
Pak Belalang: Itu senang saja. Jawabnya Terawih!!
Nujum Masai: Jelaskan.
Pak Belalang: "1-Baanyak2" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih. "2-sikit2" minggu ke-2 sudah sedikit org dtg terawih. "3-kaddang2" pd minggu ke-3 kadang2 saja org akan dtg tarawih, & "4-jarang2" pd minggu ke-4 jarang2 jumpa org dtg terawih....

Seorang lelaki pergi ke klinik mata.
Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?”
“Dah tentu”, jawab doktor.
“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.


selamat menghabiskan saki baki bulan ramadhan anda....
untuk renungan bersama.....

Ramadhan yg tinggalkan kita atau kita yg tinggalkan Ramadhan?

wa Allahu a'lam...



Kita Ditipu Oleh Yahudi??


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
aaamin...


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam.

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,

kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

-eSpAcE 9808-::




...:: Benci kerana mereka musuh Allah ::...



Category: 0 comments

6 tuntutan buat mukmin


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...



tah apa la nok kongsi kali ni...
mood hilang.....
ya Allah...
ya Allah......
ya Allah...

ah lega...

nabi salla Allahu alaihi wasallam ada bersabda :
"Hak seorang muslim ke atas muslim yg lain ada enam perkara :
1- Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,
2- Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputanya,
3- Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,
4- Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmid,
5- Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi dan
6- Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya"

ya Alkhiii...
lihat dan pakaikan pada diri kita, adakah kita telah menunaikan 6 tuntutan ini....
bila dibaca amatlah mudah, tp hakikatnya adakah kita telah laksanakan???

Kebanyakan dari kita berat sekali dalam mengungkapkan salam apabila bertemu, yg lebih malang lagi bila diajukan salam kepada mereka nak balas pun berat juga... apa nak jadi dengan umat akhir zaman...

Diceritakan nabi adalah orang yang paling pantas dalam mengajukan salam kepada para sahat baginda solla Allahu alaihi wasallam... masya Allah, hebat bukan...
macam mana nak beri salam yer...
macam2 cara, ana lebih tertarik dengan cara memberi salam arab mesir (suka dalam bab salam... huhuhu)
apa tidaknya, mereka akan membalas salam kita walaupun kita tak sempat melafazkan salam...
macam mana yer...

asal nampak tangan kita terangkat sahaja mereka telah pun menjawab salam kita,
pantang hon kereta berbunyi kearah mereka mereka dah menjawab salam.... masya Allah...
ulama ada membahaskan dengan panjang lebar dalam bab salam ni, sehinggakan jatuh wajib untuk kita jawab walaupun dengan isyarat... terbukti mudah bukan....


Tuntutan yg kedua ialah apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputanya,

sesetengah dari kita susah dalam memenuhi tuntutan ini lebih2 lagi jemputan untuk majlis2 keilmuan atau tahlil2....
sampai ada yg kata "buang masa jer..... baik aku study.... ada gak pekdah"
tapi
kalau majlis makan2, minum2, sembang2 kosong mereka cepat2 mengerumun macam semut bertemu gula jer lagak mereka...

tidaklah menjadi salah atas kita kalau meluangkan sedikit masa bersama saudara kita....
penuhilah jemputan mereka sekadar termampu...
insya Allah, ada manfaatnya...


tuntukan yang ketiga lak....
apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,


jom kita penuhi tuntutan mudah ini....
wa Allahu a'lam..


Racun Hati


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

MAKSIAT merupakan racun hati yang utama. Mereka yang berdampingi dengan maksiat akan menjadi 'benak hati' (hati yang tertutup) dari menerima kesucian ajaran agama. Jauhilah maksiat agar hati kita lebih terpelihara.

Abdullah Ibnul Mubarak berkata:-

"Aku lihat dosa-dosa itu mematikan hati, dan rindu pada berbuat dosa, ia akan mewariskan kehinaan. Meninggalkan dosa bererti menghidupkan hati, kerana itula

h yang terbaik untukmu."

Antaranya ada empat Racun Hati iaitu:-

1. Berlebih-lebih dalam bicara atau Gurauan yang Keterlaluan.

2. Berlebih-lebih dalam memandang atau Terlalu Membuka Mata terhadap orang lain.

3. Berlebih-lebih dalam makan, dan

4. Berlebih-lebih dalam pergaulan.

Jika diperhatikan racun-racun hati ini memang mengundang penyakit-penyakit keji yang terlarang. Terdapat banyak situasi yang berlaku di mana terdapatnya orang-orang yang kuat ber"iri" pada kelebihan rakan² yang lain. Hasilnya Tuhan tetap mengurniakan nasib yang baik buat mereka yang berhati mulia dan yang kuat ber"iri" itu masih tak henti dirundung malang. Jika inginkan balasan yang baik dari Allah, buatlah baik selalu sesama manusia, binatang mahupun alam semesta. Sesuatu yang baik akan dibalas dengan kebaikkan. Dan sesungguhnya takdir kita letaknya ditangan Tuhan.

"Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." - [An Nisa 4.111]

"Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata." - [An Nisa 4.112]

Khazanah hati walau sebijak mana kita berahsia, tetap tidak terlepas dari pengetahuan Allah SWT. "Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan." - [An Nisa 4.108]

Sebijak mana kepetahan seorang pendusta menafikan kebenaran dan membentangkan fakta-fakta mengiakan yang batil, jangan terlupa pada Kebijaksanaan Tuhan yang lebih Agung. "Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)?" - [An Nisa 4.109]

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar." - [An Nisa 4.114]

Menyedari akan kebesaran Allah moga melahirkan ketakwaan kita terhadapNya. Segalanya bermula dari hati. Bersamalah kita mendidik hati agar jauh dari sifat² kaji. Bersamalah kita mengkaji diri sendiri, sejauh mana kesucian hati kita yang boleh meletakkan kita sebagai 'jujur dalam berkata-kata', 'jujur dalam bertindak', 'jujur dalam berkawan' dan sebagainya. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang sesat.

Firman Allah SWT bermaksud:-

"Dan adapun orang² di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan perintah Allah, bertambah kekafiran mereka, di samping kekafiran yang telah ada, dan mereka mati dalam keadaan kafir."

Semoga Ramadan ini, bersamalah kita segera mengembalikan warna suci sekeping hati (membasuh sebuku daging), menjadi hati muslimin & muslimah sejati. Dan didoakan semoga Ramadan ini, terbukalah mata² hati yang terpejam.!!!

Sekian yang terbaik hanya dari Allah SWT.



...:: agung di dunia memang harta jadi sandaran, keagungan di akhirat amal

jualah yang menentukan ::...



Mohon Doa Dari Kalian


اللهم اشفه شفاء لا يغادر سقما ولا ألما.. اللهم آمين
daripada kakok hakim.."Kepada semua rakan yang dikasihi Allah... dan Rakan2x Noorahmad Hakim Mohd Noor, saya kekandanya memohon kebaikan rakan2 dan adik2 semua untuk mendoakan yang terbaik untuk Hakim... kerana sekarang ini beliau dimasukan ke wad ICU (komplikasi oksigen dalam darah)... Seandaiannya ini ujian Allah untuk beliau.. doakan agar dia kuat untuk menhadapi segalanya dengan senyuman dan zikirullah... dan sekiranya ini ramadhan terakhir untuk beliau.. doakan agar beliau dipermudahkan, fisabillillah... dan akak harap semua yang mengenali dia... Maaf atas kesalahan beliau terhadap kalian.... terima kasih... hanya Allah membalasnya...."TOLONG DOA N SEBARKAN KE ORG LAIN..
By: Abdul Mannan


update....
Salam makluman semua, keadaan Ust Noorahmad Hakim Mohd Noor sudah beransur sihat dan telah dipindahkan dari wad ICU ke wad 8a di HNZ Kuala Terengganu pada pukul 10.00 pagi tadi waktu Malaysia... klu xda halangan esok akan keluar... sama2 doakan kesembuhannya..

sumber; wakil AJKT KPT Mohd Farezuan Mat Azahar di Malaysia

mohon kebaikan keatasnya....aaamin...


Category: 1 comments

mencari muka surat dlm Quran


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap hu......ruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.
lepas ni cepat sikit la nak cari muka surat yek...

jom BACA al-QURAN...




Cara Didik Anak Oleh Saidina Ali r.a

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Ana nak kongsi tips Cara Didikan Anak Oleh Saidina Ali r.a

Walaupun tak ada anak lagi, tapi sebab dah terserempak dalam buku, jadi ana taip untuk antum sebagai sekelumit perkongsian, ini bukan saja untuk anak, malah untuk adik, kakak, abang, dan jiran tetanggang kita amnya.


7 tahun pertama kelahiran anak. (awal kelahiran sampai umur 7 tahun)

- Bermainlah dengannya.
- Bermain dgn anak ketika usianya dalam lingkungan ini dapat menjalinkan hubungan anak dengan ibu bapa. selain itu ketika ini minda anak2 sedang berkembang dan sedang belajar..
- sebab itu kita boleh lihat apa yg dilakukan oleh ibu dan bapanya akan perhatikan dan ditiru oleh anak2.


7 tahun kedua selepas kelahiran ( 7 hingga 13 tahun)

- disiplinkan Anak2
- Sbb itu Nabi bersabda : "Dan ajarkan Anak-anak kamu bersolat ketika umurnya 7 tujuh tahun dan pukulah mereka jika mereka tidak mahu menunaikan solat pada ketika umur mereka 10 tahun".
- Pada ketika ini minda anak-anak sedang belajar buruk dan baik..berkembang dan perlu dipimpin.
- Sebab itu kita dapat lihat kanak-kanak ketika ini boleh meluruskan barisan dan berdiri tegak bila menyanyikan lagu negaraku. kerana dia telah di disiplinkan oleh guru-gurunya..
- Ketika ini ibubapa boleh mengendalikan mereka kerana mereka masih dibawah pengaruh ibubapa.
- bak kata pepatah "Lentur buluh biarlah dari rebungnya".

7 tahun ketiga selepas kelahiran ( 13 hingga 19 tahun)

- Berkawanlah dengan mereka.
- Ketika ini pengaruh rakan sebaya adalah ancaman utama.
- pendekatan psykologi harus digunakan oleh ibubapa.
- ketika ini mental mereka akan berubah serta perubahan fizikal nampak ketara. dikala ini mereka sedang tercari-cari identiti mereka.
- Emosi mereka juga mudah terusik.. ketika ini mereka memerlukan teman meluahkan segalanya.
- jadilah teman yg baik kepada mereka. Jgn memperkecilkan emosi mereka.
- Bersedialah degan jawapan yg bernas apabila ditanya oleh mereka. Belajarlah konsep keibubapan. Supaya senang mengendalikan masalah anak.
- klu kita tidak dapat menjawab pertanyaan mereka maka jangan salahkan org lain kalau anak-anak ini mencari jawapannya sendiri. mungkin dia mencarinya dari kawan2 atau membuat rumusannya sendiri.


7 tahun empat sehingga dia berumahtangga (19 tahun hingga dia berkahwin)

Layanlah mereka seperti seorang dewasa.
- pada ketika ini mereka sudah tahu apa yg mereka inginkan dalam hidup.
- elakan melayan mereka seperti anak-anak kecil.
- pada ketika ini tegurlah mereka dgn cara dewasa.
- ketika ini mereka boleh dibawa berbincang.


InsyaAllah jika mereka didik dgn cara begini sejak kecil. masalah kerosakan akhlak anak2 dapat kita atasi.

tak susahkan?? jom fahami mereka..

sekian. salah dan silap hrap dimaafi.

wa Allahu a'lam...


...:: lenturlah buluh dari rebungnya ::..


Si Ayah Dan Si Anak

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Aku melabuh perlahan buntut ku ke atas bangku belakang masjid, cuaca yang agak panas mendesak untuk ku mengeringkan peluh di badan gempal ini.

"Ya Allah, ya Allah, solah... solah" kata seorang baba (ayah) kepada anaknya.

Si anak berlari-lari kecil mendapatkan ayahnya untuk berada pada saf yang sama. Si ayah pula dengan tangkas membetulkan kedudukan si anak. Sungguh nostalgia rasanya..

Tertawa kecil aku melihat telatah si ayah dan si anak ketika mereka solat sebentar tadi, mujur aku telah usai solat bersama imam pertama. Secara jujurnya aku katakan, andai mereka berdua berada disebelah ku tadi, pasti-pasti saja mencari secebis kekhusu'kan terlebih sukar lagi.

Apa tidak lucunya,
  1. Sebelum solat si ayah menyampaikan sedikit tazkirah (peringatan) buat si anak, si anak diam saja tanda faham.
  2. Ketika bersolat pula, si anak kelihan sedikit bergerak-gerak, si anak kelihan mula resah dengan apa yang dilakukannya. Si ayah menghayun ringan tangannya membetulkan ke dudukan si anak.
  3. Masuk saja rakaat ke tiga, si anak bertindak untuk lari dari saf, si ayah dengan tangkas mendapatkan tangan si anak dan memegang erat tangan si anak. Si anak akur dan terus tetap pada saf.
  4. Bila tiba saat sujud rakaat ke tiga, si anak kelihat sujud terlalu lama sehingga masuk rakaat ke empat, si ayah menguis-menguis si anak dengan kakinya. adui hai... Akhirnya si anak bangkit.
  5. Si anak menurut saja perlakuan imam sehingga memberi salam, pada pendapat ku usai solat usailah segala tindakan si ayah, rupa-rupanya si anak ini terlalu beruntung, si ayah tidak melepaskan si anak begitu saja, si ayah memberi peringatan terakhir dan menegur tentang solatnya sebentar tadi.
  6. Kedua mereka bangkit menunaikan solat sunat.. usai saja solat, mereka bangkit, si anak dan si ayah berpimpingan tangan meninggalkan perkarangan masjid.

Dalam hati aku terdetik rasa tajub dengan apa yang dikalakukan oleh si ayah tadi, cukup tabah mendidik si anak. Si anak yang hanya dalam lengkungan umur empat atau lima tahun itu telah diajar apa erti solat dan menyembah tuhan yang esa, masya Allah.

Walaupun tidakan si ayah tadi agak keterlampauan, kerana bergerak-gerak ketika solat bahkan sudah pasti solatnya tidak khusu' kena asyik memerhati dan memikirkan si anak di sebelahnya tapi aku pegun apabila melihat bangsa arab mendidik anak mereka dalam mengenal Tuhannya. Sebab itu, aku tidak dapat menafikan kenapa anak-anak seusia empat tahun sudah mula berlari-lari mencari masjid sekalipun tidak dipimpin oleh ayah atau ibunya. Mereka mengerti, masjid adalah rumah Allah, tempat selayaknya untuk menyembah yang Esa.

Beda sekali dengan suasana di Malaysia bukan???

___________________________________


Nabi bersabda : "Dan ajarkan Anak-anak kamu bersolat ketika umurnya 7 tujuh tahun dan pukulah mereka jika mereka tidak mahu menunaikan solat pada ketika umur mereka 10 tahun".


Ana tidak mahu menggurai panjang mengenai suasana Malaysia kerana kalian maklum dengan kedaan itu, masih ada yang dah berumur 100 tahun tak pernah menjejakkan kaki ke masjid, nauzubillah.. semoga Allah menjauhkan kita dari kejahilan di akhir zaman.

Jom kita menghidupkan masjid, tak lama pun, paling-paling lama 20 minit untuk satu solat, atau 2jam dalam masa satu hari untuk i'tiqaf dalam masjid. Masih berbaki 22 jam untuk anda lakukan hal-hal lain. silakan...



...:: infaqkan diri kalian untuk tuhan kalian, sungguh beruntung kalian ::...


Calon AJKT DPM Dumyat 2011/12

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
rujuk sini...
sape 2 yang berhutang tu jelas2 la cepat2....
insya Allah pada 9/8/2011 akan di adakan MAT dumyat, jom meriahkan... yok..

kata ahli bait ku... melepas lagi kali ni.....
Category: 0 comments

3 Perkara Berat Tentang Solat

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

"Sesungguhnya sembahyang itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.'


Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?

Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa mereka. Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu mereka banyakkan sembahyang sunat.



Berat ada 3 peringkat


A. Berat sebelum melakukan sembahyang

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya. Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang.

Contoh - contoh berat sebelum sembahyang :

1.

Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.

2.

Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.

3.

Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada' maka tidak khusyuklah solat.

4.

Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kira dan dipandang ringan. 5. Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.

5.

Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.

6.

Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.

Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.


B. Berat semasa sembahyang

Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan
sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya. Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang.


C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang

Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat. Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari.

Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Mereka bimbang takut tak dapat laksanakan. Orang yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya. Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan. Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal. Sembahyang dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain.

Perusahaan untuk membuat kain adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi. Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang dulu.


jom tingkatkan amal dibulan ramadhan el-mubarak ini...

Wa Allahu a'lam..




...:: solatlah kamu sebelum kamu disolatkan ::...



Menjaga Diri

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

musim-musim panas + puasa = nikmat.


Adakah gambar ini boleh ditangkap di Malaysia???

nok tengok mai kat pantai Dumyat...
insya Allah ada..

tapi jauhkan diri anda dari air, kerena boleh menjerumus kepada perbuatan makruh..
Category: 3 comments

Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK)





Habibi

Setiap Manusia Pasti Punya
Pemikiran Yang Saling berbeza
Tapi Janganlah Cuba Untuk Memaksa
Yang Lain Jika tidak Sekata

Usah Taksub Taksiran Sendiri
Pandanganlah Dari Sudut Yang Lain
Mungkin Ada Benarnya Kata Mereka
AndaiNya Berfikiran Terbuka
Renungkanlah Bersama

(i)
Habibi Janganlah Membenci
Hentikan Dari Saling Menyakiti
Habibi Hanya Jikalau Bersatu
Umahmu Akan Lebih Maju

(ii)
Temanku Bersalamlah Selalu
Hormati Mereka Disekelilingmu
Temanku Marilah Kita Bersama
Menjadi Pejuang Agama

Tak Perlu Meninggikan Suara
Untuk Meluahkan Apa Dirasa
Kerana Lantang itu Bukannya Bermakna
Katamu Menjadi Lebih Benar
Renungkanlah Bersama

(ulang i ii)

Hindari Rasa Benci Sesama Sendiri
Teguhkan Ikatan Antara Saudara

(ulang i ii)




"Mahasiswa Mendepani Tuntutan Hak" adalah tema bagi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa Mesir (DESAK).

Pihak DESAK akan sentiasa berusaha sedaya upaya selagi hak mahasiswa tidak terbela.

Laporkan aduan anda melalui Borang Aduan yang boleh didapati dari Pejabat PMRAM atau Exco Kebajikan BKAN masing-masing.
Category: 3 comments
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..