Showing posts with label berkongsi. Show all posts
Showing posts with label berkongsi. Show all posts

Status FB


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
aaamin...

koleksi status2 FB yang bagus untuk saya dan anda juga, insya Allah..

antra peristwa di bln ramadhan:-

S. KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

> Selepas umat Islam membebaskn kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dgn memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah.

> 5 hari sebelum berakhirnya Rmdhn thn ke-9 hijrah, baginda menghantar s. Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

> S. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dgn bgrak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Slps itu, penyembahan patung pun berakhir.

Bila ada anak kecil, kita jaga sungguh-sungguh. Waktu tidur nyamuk, lalat, pijat lansung kita tak bagi sentuh.

Bila anak dah besar, badan dah kuat. Hatinya lansung kita tak jaga. Biar terus hanyut dengan dunia. Digigit nafsu, diracun dunia.

Syaitan1 :kenapa pakai berhijab??..tak lawa seh
Syaitan 2: ko kan cantik..serlahkanlah kecantikan mu...
Syaitan 3: letaklah gambar ko kat FB,..biar orang terpegun lihat wajah ko..
Syaitan 4: leggokkan badan tu, pakailah ketat sikit, mekap biar tebal tau..
Wanita Solehah: My beauty is for my husband to see, not the world


antra peristiwa di bulan ramadhan :

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

>Nabi Muhammad SAW mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat baginda untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan.
>Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman.
>Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

Islam itu indah & mudah..




Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jwb soalan hamba.
Pak Belalang: Silakn Nujum Masai.
Nujum Masai: Apkah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?
Pak Belalang: Itu senang saja. Jawabnya Terawih!!
Nujum Masai: Jelaskan.
Pak Belalang: "1-Baanyak2" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih. "2-sikit2" minggu ke-2 sudah sedikit org dtg terawih. "3-kaddang2" pd minggu ke-3 kadang2 saja org akan dtg tarawih, & "4-jarang2" pd minggu ke-4 jarang2 jumpa org dtg terawih....

Seorang lelaki pergi ke klinik mata.
Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?”
“Dah tentu”, jawab doktor.
“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.


selamat menghabiskan saki baki bulan ramadhan anda....
untuk renungan bersama.....

Ramadhan yg tinggalkan kita atau kita yg tinggalkan Ramadhan?

wa Allahu a'lam...



Perjalanan ke Cairo....

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Perjalanan ke kaherah (ibu negara mesir) adalah sesuatu yang memenatkan, tambahan pula udara panas membahang bak ayam panggang di dalam ketuhar saja.

masak!!

seperti biasa, ana lebih seronok memulakan perjalanan ke kaherah di awal pagi, ini kerana setibanya di kota seribu menara tepat jam 12 tengahari, bukan sebab panas tapi kerana pada waktu itu kenderaan untuk ke hayyu asyir lebih mudah dan cepat.

bertepatan dengan hadis rasulullah salla Allahu alaihi wasalam :

"Bangunlah pagi hari untuk mencari rezeki dan kebutuhan-kebutuhanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barokah dan keberuntungan. "(HR. Ath-Thabrani dan Al-Bazzar)

"Ya Allah, berkahilah umatku pada waktu pagi hari mereka (bangun fajar). (HR. Ahmad)



alhamdulillah, seperti yang dirancang perjalanan seawal 8pagi-4petang membuahkan hasil, ana tiba di destinasi pertama, iaitu rumah abang ana di hayyu asyir.

Untuk makluman umum, antara pengangkutan umum yang biasa menjadi pilihan warga Dumyat untuk ke kaherah adalah :
  1. Bas - agak jauh dari tempat tinggal kami, lebih kurang 45minit untuk ke perhentian bas, tetapi perjalanan lebih selesa dan terjamin, insya Allah. Perkhidmatan bermula seawal 7pagi sehingga 7malam, akan bertolak setiap satu jam. Memakan masa 5-6jam perjalanan.
  2. Tremko (van) - naik tremko sedikit meletihkan, ini kerana kami terpaksa turun naik tremko lebih kurang 5-6 kali. Cuma sedikit kelebihannya ialah menjimatkan masa, kebiasannya menaiki tremko memakan masa dalam 3jam-4jam sahaja.
  3. Keretapi - perjalanan yang mungkin kurang selesa dengan pewangi yang sememangnya tidak digemari rakyat Malaysia, dan antara kekurangan menaiki keretapi adalah memakan masa yang agak panjang, lebih kurang 6-7jam, cuma kelebihan yang tiada pada pengangkutan lain ialah tambangnya yang agak murah.
Persamaan yang ada pada ketiga-tiga pengangkutan ini ialah KUANTITI KELETIHAN yang terhasil selepas sampai di Kota Seribu menara.

Setiap dari kenderaan tersebut memiliki kelebihan yang tersendiri, jadi pandai-pandailah membuat pilihan mana sesuai dengan keadaan dan ekonomi anda.

Sedikit renungan buat anda hari ini,Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah swt, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Wa Allahu a'lam.

Perancangan

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Cuti datang lagi dan lagi....

Perancangan perlu la ada, baru hidup bermatlamat dan berwawasan..

Tengok saja pada sejarah nabi Muhammad salla Allahu alahi wasalam. Perancangan baginda cukup teratur ketika berlangsungnya penghijrahan baginda dan para sahabat ke kota Madinah munawwarah. Andai tanpa perancangan yang teratur sudah pasti mereka gagal berhijrah dek kerana kaum Quraisy sentiasa menghalang mereka keluar dari kota Mekah. Kebijaksanaan baginda dalam mengatur stategi seperti hijrah dilakukan pada waktu malam sahaja, pada siangnya mereka mesti la hidup seperti biasa, serta hijrah rasulullah salla Allahu alaihi wasalam antara golongan terakhir adalah sebahagian dari strategi..

so..

Jom lakukan perancangan, jangan rugikan masa cuti anda. 4bulan tau!!...


Antara cadangan yang ana terima :
  1. duk je kat Cairo, g kelas kat sana (sangat susah, sapa nak jaga ikan kat umah??)
  2. terus tinggal di Dumyat, jalani kehidupan biasa ( dipertimbangkan)
  3. terjemah kitab (huhuhu.... terlalu dasyat)
  4. baca buku (sudah semestinya, sememangnya hobiku)
  5. Libatkan diri dengan persatuan (ermmm.....)
  6. langsingkan badan... (akan dicuba... mungkin sbb dah berisi sangat kot..)
  7. melancong.. (ekonomi tak stabil ler )
  8. ambik tiket terbang ke Malaysia (tidak!!!...)
  9. KAWIN...... (belom masanya lagi.... tggu samapi Phd dulu..)
  10. ini saje yang dapat setelah seharian meminta pandangan rakan2. terima kasih semua yang menyumbang cadangan2 yang bernas ini...
Justifikasinya, aku bersamamu DUMYAT...

hanya minatku pada membaca.....

post dlm mood suka2....

Cuti kembali

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

ni la dewan peperiksaan


Cuti musim panas kembali lagi!!

Perancangan perlu teratur dan tersusun....
Jangan sia2kan cuti panjang anda!!
Untuk makluman adik kakak, kami di mesir dalam proses bercuti. (kerana masih ada mereka yang berjuang dengan kertas2 exam)

Biasanya sebelum habis peperiksaan ada-ada saja perancangan, tapi lepas terhantarnya kertas jawapan terus lesap... huhuhu...

TAK perlu risau, dah ada golongan2 yang sedia menyediakan program untuk anda.
Cuma atas diri la nak sertai atau pun tak mau... berserah. tiada paksaan... HARAP MAKLUM..

BARU lepas keluar dewan pekse...
jadi post ni sekadar lepas2 sahaja....
harap maaf...


ISIlah masa lapang anda dengan membaca yok!!
janerasi IQRA' kita rintis.

Buang Tabiat


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...


buzz, tetiba ada mesej dari seorang rakan :

salam...
Fahim, anta buang tabiat ke?
tiap-tiap ari duk post blog...
JANGAN buat hal.. huhuhu

jawab dari ana :
yer, ana dah tak lama dah,
ana harap apa yang ana post ini mampu ditatap sampai bila2...
mohon doanya...

" tiap2 ari dakwah "


Begitulah bunyi ayat yang ana terima semalam, ( sambil ketawa kecil )
Telah menjadi satu kebiasan buat orang Melayu khusnya, bila ada perubahan yang berlaku maka mereka akan cepat-cepat dilebal seseorang sebagai buang tabiat.

Dan
yang lagi gerun melanda pemikiran mereka adalah, bila ada perubahan saja mesti nak MATI.

Tak percaya??
Cepat cari sisipan akhbar hari ini.. Soalan yang pertama yang diajukan oleh pemberita adalah :

Apakah perubahan si mamat sebelum kejadian??

maka jawapannya :

tak pernah2 pergi masjid, hari itu dia pergi masjid...
sebelum kejadian mamat ada telefon minta maaf... tak pernah2 sblm ni...

sebelum dia keluar rumah, mesra semacam je dgn adik beradik yang lain...


Agenda mereka berjaya...
Apa yang saya maksudkan dengan agenda disini adalah perancangan kaum kafir dalam memastikan orang Islam takut utk melakukan perubahan....

Bila melakukan kebaikan atau sesuatu yang jarang dibuat seblumya terlalu sinonim dengan KEMATIAN... pelik bukan...

Sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berhijrah daripada perkara buruk kepada yang baik, dan yang baik kepada yang lebih baik..

Akhbar dua tiga hari lepas lagi la...

si mangsa mintak maaf, sbb nak mintak maaf hari raya lambat lagi...


Apalah pelik dan dangkalnya pemikiran mereka??
Sedangkan Islam sememangnya menggalakkan umat Islam melazimi bermohon maaf sesama manusia... kalau tidak, tidaklah dianjurkan kita memohon ampun dari Allah sebanyak 5kali bahkan lebih dari itu saban hari kepada Allah taala...

Jom kita lakukan perubahan dan MATI cepat....
Ingatlah, MATI itu pasti dan HIDUP itu sementara....



...:: Bekerja la kamu utk dunia seperti kamu hidup selama-lamanya..
dan
Beribadahlah kamu seperti kamu akan mati beberapa saat lagi ::...




Hanya selembar

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
inilah kertas soalan tadi


Hanya selembar kertas biasa.

Tetapi jawapanya tidak kurang dari 3 helai.
Tak percaya??

Baik la, ana cuba jawab soalan no1

Soalan no1 berbunyi macam ni:

(1)Apakah jual beli? (2)Apakah syarat bagi ma'qud alaih ( barang dan harga )?
(3)Apakah hukum jual beli fudhuli ( berlebih kurang )? Terangkan secara menyeluruh bersama dalil sertakan pendapat yang paling rojeh.


Jawapannya adalah seperti berikut.

(1)
Jual beli dari segi bahasa :
Jual beli dari segi syara' :

Dalil : dari Al-quran, Sunnah dan ijma'

Rukun-rukun jual beli : ada 3




bla... bla... blaa

dan kaza, wa kaza, wa kaza...

mintak maaf banyak-banyak sebab tak mampu nak tulis,
sang fakir tak sanggup nak buka nota n kitab.

Insya Allah andai ada masa dan kelapangan lepas imtihan, sang fakir akan kongsikan jawapan bagi soalan tu dengan kalian...

Saja-saja je buat tunjuk kertas soalan, sebab yang tak pernah tengok kertas soalan sesimple ini.
Hari ini sang fakir tunjuk kat kalian...

Inilah kertas soalan yang kami ( penuntut2 Azhar ) dapat saban tahun.
Segalanya bergantung pada markah jawapan yang dihantar sahaja, tiada tambahan lain sekalipun dari sudut kehadiran ataupun kertas kerja.

Usaha, lazimi doa, dan tawakkal kepada Allah...

Ya Akhiii.....


Bismillahirrahmanirrahi,

Ku mulakan bicara kalam sepi ini dengan lafaz yang mulia ...'Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani'...

tercetusnya blog ini untuk sama2 kita renung sejenak pejalanan hidup kita….

Alhamdulillah, terpangil ana untuk berkongsi sebiji kurma dari lembah Nilini dengan kalian. harap sudi2 la menjengok ke blog ini, insya Allah. Sebelum ku melangkah lebih jauh, ana ingin meminta kemaafan atas sebarang kekurangan yang tercetus dalam blog ini dimasa mendatang.
Ana hanya insan biasa, jadi jangan segan silu untuk menegur atas khilaf yang berlaku dalam secebis perkongsian……. ingin sekali ana berkongsi, bukan bukan sekadar memberi dan memaksa kalian untuk menerima tanpa sebarang tindak balas terhadap sebarang kekurangan pada lidah kalian...

Nama ...::ya AKHIII ::... ( dalam bahasa melayunya : ...:: wahai saudaraku::..) diberi atas dasar rasa cinta diri ini kepada saudara seakidah ku atas jalan yang diredoi oleh Allah tercinta... insya Allah.. Dalam masa yang sama diri ini mencari2 siapalah sahabat sejati n siapa yang sekadar nama sahaja... nauzubillah... sama2 kita membentuk diri menjadi muslim sejati...

sebagaimana sabda junjungan mulia muhammad S.A.W :

أوثقُ عُرَى الإسلام المُوالاةُ فِي اللهِ والمُعادَاةُ فِي اللهِ والحُب فِي اللهِ والبُغضُ فِي اللهِ عَز وَجَلز

maksud : Tali Islam yang terkuat adalah wala' (taat) kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta kerana Allah, dan benci kerana Allah 'Azzawa Jalla."

Tak terdaya diri ini untuk memenuhi semua kehendak insan yang hidup kat dunia ini, tpi ku harap sekurang2 nya sebahagian dari kalian menerima dgn dada yang terbuka. insya Allah..

* ukhuwwah kita selamanya *

Wassalam
.

...:: ikatan ukhwwah berpayungkan Islam membawa kesyurga ::...


Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..