Sifat manusia itu berbeza-beza. Manusia
mempunyai pelbagai cita rasa dan keminatan yang berbeza. Kecenderungan
seseorang untuk menceburi sesuatu bidang semestinya mempunyai sebab-sebab
tertentu. Kita tidak boleh memaksa seseorang yang lain untuk minat sesuatu
perkara yang kita sukai sedangkan dia tidak meminatinya. Begitu juga
sebaliknya. Bilamana dia mempunyai kecenderungan tertentu maka secara pastinya
ia akan ada tugasannya tersendiri.
Mempunyai tugasan tersendiri sebenarnya dapat
melahirkan kepada daya gerak kerja yang dinamik dan profesional dalam sesuatu
bidang. Tugasan-tugasan ini jika dilaksanakan dengan amanah dan
bertanggungjawab akan membawa kepada penghasilan yang baik dan luar biasa. Pernah
kita dengar, setiap insan boleh saja belajar dalam pelbagai bidang, namun untuk
menjadikannya pakar dalam semua bidang adalah mustahil. Apakah sebab yang
menjadikannya mustahil? Kerana keterbatasan dan ketidakmampuan kita yang
bergelar manusia menyebabkan kita tidak akan larat untuk menanggung kesemua
tugasan-tugasan dalam pelbagai bidang. Maka tidak dapat tidak, manusia itu
berhajat kepada bidang kepakaran masing-masing.
Dalam bidang kedoktoran, seseorang yang
pakar semestinya akan menguasai ilmu kedoktoran tersebut sebaik mungkin. Mereka
akan kenal jenis-jenis ubat dan tahu cara menggunakan ubat-ubatan tersebut.
Mereka juga akan faham segala jenis penyakit dan pakar dalam mengubati
penyakit. terkadang, hanya dengan merasa degupan jantung dan melihat ke kelopak
mata, mereka dapat mengesan jenis penyakit yang mungkin ada dalam diri pesakit.
Bagi mereka yang pakar dalam bidang komputer
pula, mereka lebih memahami ilmu-ilmu yang berkaitan komputer. Semua software dan hardware dalam ilmu pengkomputeran dapat
difahami dengan baik. Kekerapan mereka membaikpulih sistem-sistem yang ada
dalam komputer menyebabkan meraka mahir dalam selok belok ilmu komputer.
Tambahan pula sifat berani mencuba menyebabkan mereka pakar dalam bidang
komputer.
Begitu juga mereka yang bergelar
pendakwah. Seseorang yang bergelar pendakwah perlulah pakar dalam dunia dakwah.
Mempunyai ilmu yang luas, Pengalaman yang banyak dan strategi penyampaian yang
baik merupakan elemen-elemen penting yang patut ada dalam diri pendakwah. Tidak
cukup dengan itu, sifat berani mencuba, bersungguh-sungguh dan sabar dalam
berdakwah juga adalah sifat-sifat mesti dalam diri seorang pendakwah. Seorang
pendakwah juga perlu senantiasa menghidupkan ibadat-ibadat sunat yang lain agar
Allah memberikan kekuatan dalaman dan luaran agar dapat mengharungi segala
cabaran tanpa mengenal erti putus asa dalam menyebarkan dakwahnya. Da'ie adalah
pendakwah manakala mad'u adalah mereka yang didakwah. Setiap da'ie mesti
bertanggungjaweab keatas mad'unya. Bimbinglah mad'u sebaik-baiknya, tunjukkan
mereka kejalan yang Allah redhai dan senantiasa mendoakan mad'u agar sentiasa
tetap dijalan Allah. Amin.
0 comments:
Post a Comment