Showing posts with label pregnancy story. Show all posts
Showing posts with label pregnancy story. Show all posts

Thursday, November 19, 2015

Bukan Sejenis Entri Throwback.

Adoi penat rasa carik masa nak buat entri ni.

Macam-macam perkara nak kena settle dalam tempoh minggu-minggu akhir ni. Literally, aku sedang menempuh masuk minggu-minggu akhir kehamilan. Yes, I’m carrying our 3rd baby! Yeayyy!

 

P_20150919_130046

Surprised! Surprised! Inilah gambar selfie paling decent untuk pregnancy kali ke-3 ni. Sebab tu tak buat-buat entri sampai ke sudah. Sebab takde gambar. Apalah erti sebuah entri tanpa gambar, ye tak. Bahahaha

 

P_20151024_150605

36th weeks with Abang Alfiy & Kakak Aisya! tehehehe.

 

Alhamdulillah.

A good surprise, no?

 

Pengalaman pregnancy kali ni lebih kurang sama macam yang lepas. Morning till night sickness, back pain, abdominal cramp, heart burn, sembap, flab and fat. heh. Cuma ada tambahan kali ni kena sakit mata, yang membuatkan mata aku too dry to wear contact lenses. Maka, sepanjang pregnancy kali ni, memang aku begitu nerd pakai cermin mata tebal setiap masa. Satu lagi, seawal minggu ke-28 dah kena sindrom sakit kat pelvic bone. Refer kat O&G, katanya normal. Tapi, kite kenal badan kite sendiri kan, as for me, this is not something yang biasa aku hadapai sewaktu pregnant. Sakitnya kat tulang pangkal peha tu macam di rentap-rentap. Bagai nak terkepak, rasanya. Lagi-lagi kalau aku banyak berjalan dan naik turun tangga.

 

Sakit macam mana?

Carik kat internet, katanya SPD (Symphysis Pubis Dysfuntion)

 

Sakitnya sampai tahap nak beralih tidur kanan ke kiri pun aku menangis teresak-esak. Belum cerita seksa nak bangun malam-malam pergi toilet. Bangun pagi tu, nak bangkit dari katil, MasyaAllahhhhhhh, sakit sangat nak jejakkan kaki ke lantai. Silap hari bulan, boleh rebah. Ada lah dalam 2-3 kali aku pakai tongkat untuk berjalan. Solat pun duduk atas kerusi. Kalau dah tak tahan sangat, memang telan pain killer je lah. Baru lega sikit. Sekarang ni kena bed rest je kat rumah sampai tiba masa deliver. Dah tak produktif dah pun nak pi berulang ke office kat Kajang nun. Ala work from home lah kunun. Better this way daripada dok menyusahkan orang risau tengok aku berjalan habis memapah sana sini. Inipun ada hati lagi nak melawat Ikea Cheras. hew hew hew.

 

Hurmmmm. Ginilah kan.

Setiap pengalaman mengandung tu, berbeza cabarannya.

Redha dan redah je lah.

 

P_20150329_073100

IMG-20150921-WA0003

Walau apa pun cabaran dan dugaan yang datang, pastinya berbaloi nanti, kan. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Doakan yang baik-baik untuk kami, ya!

 

 

HER : Tick tock.. tick tock..

Thursday, December 19, 2013

44 Hari Edisi Kedua & Belasungkawa.

20131021_121915_thumb11

Alhamdulillah, 44 hari tempoh berpantang selamat diharungi dengan penuh jaya.

 

Separuh masa berpantang kat KL, separuh lagi kat Johor. Dua minggu pertama, kat KL, Mak Pak Mertua yang jaga. Dilayan macam puteri buluh betong. Betul-betul berehat, which I really needs the most. Kemudian, balik Johor, sambung berpantang, berurut badan, makan berhidang, Alfiy pun ada orang yang tolong tengok-tengokkan.

 

Pada hemat aku, tempoh berpantang ni sangat penting untuk proses pemulihan badan. Nak pulihkan otot yang tegang, sendi yang bengkok, waktu usung perut 9-10 bulan ke hulu ke hilir. Dengan putus urat waktu beranak lagi. Untuk stabilkan hormon pun iya jugak. Sebab tu kena jaga betul-betul waktu pantang. Mana yang elok, aku turutkan. Yang ke laut macam tak bagi minum banyak air, tak boleh makan buah semua tu, aku langgar. Badan kita, pandai lah kita menjaga. Nak pakai lama, kot.

 

Sampai lah masuk hari ke-30.

Masa ni lah, rutin berpantang aku jadik sedikit huru-hara.

 

Sengaja Tuhan nak uji, adik lelaki aku; Anip tiba-tiba diserang sesak nafas dan terus dimasukkan ke wad kecemasan (critical zone) kat Hospital Besar Kuala Lumpur. Habis dada dia ditebuk nak keluarkan cecair, darah dan udara dari paru-paru. Berkampung lah kat hospital selama 10 hari. Sampai sekarang masih tak tahu apa puncanya. Keputusan CT scan pun belum diketahui lagi.

 

Bila Anip dibenarkan keluar dari hospital, Mak masak makan tengahari lauk sedap-sedap, siap tanak ‘bubur merah, bubur putih’ (makanan adat orang Jawa tiap untuk meraikan sesuatu) sebagai tanda syukur. Nak dijadikkan cerita, elok je kami sekeluarga siap menjamu selera, tengah duduk-duduk bercerita nak bagi Anep kembali ceria, Abah terima panggilan telefon yang tidak dijangka.

 

Terjelepok Abah menangis teresak-esak sambil menyampaikan berita. Abang kesayangan dan paling rapat dengan Abah, mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kali terakhir aku jumpa arwah masa berkunjung ke rumahnya hari raya aidilfitiri yang lalu. Kejadian ni betul-betul beri tamparan hebat pada kami sekeluarga. Dan, mengembalikan kenangan pahit sewaktu kehilangan Siwo (pakcik sebelah Mak) 5 tahun dulu; juga akibat kemalangan jalan raya.

 

Dalam nada sebak Abah kata,

“Patutlah dia beriya-iya nak datang tengok Anip kat hospital. Siap tumpang anak saudara dan balik naik bas sendiri..” Dan menurut Anip, Arwah yang menangis bila tengok Anip terbaring lemah dengan wayar dan tiub di sana sini.

 

Tempoh berpantang kali ni banyak dugaan.

Paling menguji emosi dan ketahanan jiwa yang akan di kenang sampai bila-bila. Bak kata orang, jangan sampai bentan, nanti meroyan.

 

P1070363

AlFatihah khususan íla Allahyarham Misnan bin Jurimi (1952-2013) yang kembali ke rahmatullah pada 1 Disember 2013.

 

 

HER : Ingatan buat Arwah Siwo yang dirindui selalu... AlFatihah.

Monday, September 23, 2013

A Happy Entry.

Oh, hai! Kenal saya lagi? Artis terkenal tanahair *lempangggg*

Mak oiii, rindunya  kat belog.

Rindu nak baca blog. Rindu nak tulis blog. Pendek kata, rindu kat kat korang semua lah.

 

Tak tahulah nak kategorikan aku ni memang tengah sibuk bebenor ataupun buat-buat sibuk. Tapi, sumpah memang susah betul aku nak carik masa untuk tulis sepatah dua kata kat sini. Sampai tahap Cfu pun dah mula sound, “Kenapa dah lama tak update? Rugi duit Nuffnang tak gerak-gerak, weh”

Cheit. Dasar mata duitan :p

 

Ok, jom kita catch up sikit-sikit.

 

1. My Happy Pregnancy

Alhamdulillah, dah masuk final trimester. Dah masuk stand-by mode. Tapi masih kerja macam orang gila. Padahal, bila-bila masa je boleh ter-beranak sambil menaip entry blog ni. Marilah sama-sama berdoa agar entri ni sempat dikhatamkan. Pregnancy kali ni, sangat menggembirakan hati. Entah geli hati kat celah mana entah, tapi aku memang sangat happy terutamanya masa 5 – 7 bulan. Hari-hari pun happy, manjang nak melaram pakai baju cantik, siap mekap segala. Berat badan naik pun ala-ala manja je. Last check-up, siap turun pulak berat sampai kena marah dengan doktor. Kaki pun okay. Tak sembap macam dulu. Masih boleh bergaya dengan Jelly Bunny. Muka pun masih serupa pinggan nasik, belum jadik rupa pinggan hidang lagi. hihi. Pendek kata, Allah permudahkan sikit pengalaman hamil kali ni.

 

Tapi dah masuk hujung-hujung ni, datang lah penyakit biasa ibu mengandung. Yang sakit belakang lah, hidung berdarah, morning sickness kembali, heartburn yang begitu menusuk kalbu, kaki kejang tengah malam dan macam-macam hal lagi. Standard lah tu kan. Kena pandai-pandai handle. Oh ya, satu lagi, Adik Baby masih belum engage. Dengan penuh comel, dia masih posing breech lagi dalam perut Mama dia ni. Doktor kata next checkup nanti, kalau masih breech, aku terpaksa undergo Caesarian lagi lah gamaknya. Uiii seriau pulak bila teringat. Doakan saya ye, kawan-kawan.

 

Apa yang aku nak sekarang ni, hanyalah tidur dalam bilik aircond atas katil empuk sambil diurutkan kaki sepanjang hari. Ah, sorgaaa.

 

2.  Alfiy Hafeez Turns Three!

Cerita pasal Abang Alfiy pulak. Our Alfiy dah masuk 3 tahun pada 18 Ogos yang lepas. Kejaaaaaap je masa berlalu, kan? Macam terbau-bau lagi bau masham dia masa baby dulu. Sekarang ni, selalu claim diri dia as big boy. Tapi bila masuk part kena share barang dengan AdikBaby nanti, terus mengaku dia still baby lagi. Pulak dah.

 

Dah semakin petah bercakap. Once bukak mulut, serupa bertih jagung! Tapi, aku notice dia banyak bercakap dengan orang yang dia kenal rapat je. Memang sebijik perangai Cfu lah camtu. Kalau marah dia, boleh pulak dia reply, “Kenapa marah Alfy?” Terus cair, tak jadik marah. Lepas tu, kalau tak dapat apa yang dia nak, dia akan cakap, “Kesiannnnn Alfiy”. Mau tak cair hati Mak Apaknya nih. Bila sebut certain words in English, secara automatik terus berubah jadik accent British. Kami laki bini sumpah tak tau dia adopt dari mana. Mungkin sebab banyak join Mama dia tengok Masterchef Australia kot. eh, celah mana datang British pulak?

 

Walau apa pun, setiap ibu bapa mesti nakkan yang terbaik untuk anak-anak masing-masing. Sentiasa bangga dengan pencapaian dan perkembangan diri anak. Begitu jugak dengan kami. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Alfiy Hafeez. Mencuba sehabis baik untuk memberi didikan terbaik dunia dan akhirat. Semoga Alfiy membesar dengan sihat dan menjadi yang anak soleh. Amin.

 

1173807_10151673735528752_1302324119_n

 

544529_10151700263088752_401132386_n

Mama’s lengchaii!

 

3. Persediaan Sambut Orang Baru.

Perasaan excited masih sama macam nak menyambut anak sulung. Cuma bila masuk bab membeli-belah tu dah tak seghairah dulu lah kan, sebab kebanyakan barang dah ada. Tinggal nak top-up mana yang perlu dan ganti mana yang dah agak-agak uzur rupanya. Dah 3 tahun berlalu kot. Rasa macam tak adil pulak kat AdikBaby pakai barang yang dah lusuh. Yang masih elok, dah mula basuh sikit-sikit. Bila tengok storage bottles yang berlambak, rasa sayang nak buang, tapi kalau ikut perkiraan, dah tak hygiene kot nak pakai lagi. Takpe, part tu pelan-pelan kayuh. Aku cuma berdoa, diberi rezeki untuk menyusukan secara ekslusif sama macam Alfiy dulu. Mudah-mudahan, adalah rezeki untuk AdikBaby nanti.  

 

Yang penting, aku dah tak sabar nih nak cuti 90 hari! heeee

 

Maka dengan ini, saya sudahi karangan 200 patah perkataan ini dengan...

954783_10151628933353752_1179040640_n

a happy family portrait! :))

Biarpun dah basi, iolls nak bagi letak sini jugak. hihi

 

 

HER : Next entri lepas bersalin kot nanti :p

Wednesday, May 15, 2013

Quick Catch Up(s).

Relevan dengan tajuk, update pun kena cepat-cepat lah kan.

 

i) SELF UPDATE

Alhamdulillah, morning sickness dah berkurangan. KURANG je, bukan takde terus. Takpelah, aku macam dah redha yang aku ni kalau mengandung, memang ala-ala manja gitu. Lembik lain macam. Bezanya, kali ni, tiga bulan pertama, ada orang teman. Tak macam masa pregnant kan Alfiy dulu, aku sorang-sorang duduk kat Kemaman, nun. Tak boleh merungut banyak. Kan ke dah berbuih mulut aku cakap, anggap je lah dugaan macam ni umpama nikmat yang tak semua orang boleh rasa.

 

Syukur lah, adanya.

 

Satu lagi perbezaan ketara, elok je melepasi tahap RED ZONE morning sickness, alih-alih aku terus masuk kategori overweight T_______T Semua orang pun heran datang dari manalah berat berlebihan tu semua sebab kali ni, aku macam kurang selera makan. Makan sekadar nak elak muntah teruk. Takpelah, asalkan anak mak sihat, jadik obesiti lagi sekali pun mak redhaaaaaa, nak.

 

20130315_083706

Masuk hospital tak kali ni?

eh, mestiiiii, bukan aku lah tu kalau pregnant tak masuk hospital :p

 

ii) HOME UPDATE

Weekend Project kat Organizing Thing memang tergendala secara tiba-tiba lah nampaknya. Pokok-pokok kesayangan semuanya dah masuk tahap ‘nazak’ sebab kurang kasih-sayang. Aku memang takde mood langsung nak mengemas, apatah lagi nak menghias rumah. Kau tala lah perabot import dari Jerman pun, aku tak heran satu apa pun sekarang ni. Pasrah je lah bila Alfiy secara senyap-senyap menjadikan semut-semut sebagai haiwan peliharaan. Siap bagi makan biskut, okehhhh (-_-“)

 

iii) FAMILY UPDATE

Alfiy semakin petah bercakap, tapi dalam bahasa pelat dia lah. Bak kata Cfu, pelat dia ni je lah yang menunjukkan Alfiy is still our baby boy. Kalau dah tak pelat nanti, mesti rasa macam dia dah big boy sangat! tsk. Berat dah cecah 15++ kilo tapi takdelah besar mane pun badan. Cuma makin meninggi je. Habis senteng semua seluar dia. Tiap-tiap malam, nak tidur kat celah ketiak Mama dia je sekarang ni. Dan, kalau boleh, macam nak masuk balik duduk dalam perut Mama, gamaknya. Dah ada ciri-ciri nak jadik Abang tapi masih confuse panggilan Abang tu untuk dia ke, siapa sebenarnya.

 

Cik Abang Cfu?

Owh.. ada jugak orang nak tau perkembangan Cfu, ye. heh. Semakin gagah perkasa dan taf, semestinya. For a meantime, Cfu banyak ambik alih tanggungajawab menguruskan keluarga sekarang ni. Like seriously, he is the real BREADWINNER & HOUSEKEEPER. Syukur, Tuhan kurniakan seorang suami yang cukup memahami dan sudi bertolak-ansur dalam menguruskan rumahtangga bila tiba fasa kritikal macam ni. Mudah-mudahan Tuhan terus beri Cfu kesihatan, kekuatan dan murah rezeki sentiasa. Hanya doa yang mampu aku pohon demi membalas jasa baik suami selama ni. Kalau tak kite puji suami sendiri, siapa lagi, ye tak?

 

Lesson learnt :

Sentiasa percaya pada kemampuan suami. Jangan pandang rendah pada kebolehan mereka dalam hal ehwal menguruskan rumahtangga. Memang kadang-kala, setiap kerja rumah yang dia buat tu tak sempurna pada mata kita, tapi jangan lah kita tarik muka, membebel tak tentu hala. Tunjukkan cara yang betul, bantulah dia dari segi sokongan moral, sekurang-kurangnya. Bukan mudah bagi seorang lelaki untuk merendahkan tahap ego sebagai suami, nak buat kerja-kerja menguruskan rumah ni. Sekali lagi, bersyukur lah apa adanya. 9 bulan je pun rumah macam tongkang pecah, ape ada hal? *padahal mata berpinarrr, je kan. hehe sabar sabar.* Asalkan setiap hari ada baju nak pakai, anak lapar susu pandai dia nak uruskan, cukup baik dah tu.

 

IMG-20130505-WA0003

Sekian, disudahi dengan gambar si sepet-sepet kesayangan. Kite tunggu bulan Oktober nanti, kot-kot yang keluar sepet jugak, makin bertambahlah koleksi sepet kesayangan ku :))

 

 

HER : Yup, dah tau gender baby. Cer tekaaaaaaa untuk dapatkan hadiah misteri. hehehehe

Friday, April 19, 2013

Spill The Beans!

Alang-alang dah terrrrr-kantoi kat IG, meh ai sebarkan ke seantero alam maya lah senang cerita. Statement tak payah nak konfiden artis sangat, pleaseeeee :p

 

IMG_20130419_095144

Alhamdulillah. Entering 2nd trimester & counting..

 

Masih terumbang-ambing bergelut dengan morning till night sickness. Pohon didoakan yang baik-baik, agar diberi kesihatan & kekuatan untuk terus tabah mengharungi. InsyaAllah.

 

 

HER : Kali ni, ada ‘tangan kecik’ yang tolong urut belakang masa muntah kuning hari-hari. hihi

Monday, October 10, 2011

Senarai Gembira Untuk Si Bakal PaMa #03.

Menjadi Mama pada zaman 2000-an ni lagi mencabar daripada mak-mak kita dulu kot. Zaman serba moden ni, barang keperluan bayi pun terlalu banyak pilihan dengan fungsi pelbagai yang canggih-manggih. Sampaikan nak beli botol susu anak pun nak kena baca review dulu kat internet. Ye lah kan, lumrah menjadik ibu bapa, kalau boleh, nak bagi yang terbaik je untuk anak.


Aku pun tak terkecuali. Sikit punya teliti dan cerewet kalau masuk bab membeli untuk anak. Hinggalah sampai ke satu tahap, aku rasa kaedah terbaik untuk dapatkan yang terbaik untuk anak adalah melalui cara ‘try and error’. Sebab setiap anak kan unik. Produk terbaik dan tercanggih di pasaran belum tentu jadi yang terbaik untuk anak kita.


P1030241

Hasil ‘try and error’ sejak Alfiy dah mula makan solid food.


1. Kid Basix Safe Sippy2 Stainless Steel 2-in-1 Sippy to Straw Bottle (RM 60++)

Gara-gara terpengaruh dengan kempen kurangkan penggunaan barang plastik dalam kehidupan harian. Botol ni jenis stainless steel. Ada 2 fungsi dalam 1; convertible sippy to straw bottle. Boleh pakai dalam jangka masa panjang la. Kool, huh? Jarang guna sebab rasa macam leceh nak guna stopper dan terlalu banyak parts. Ambik kau, nak canggih sangat kan.


2. Tommee Tippee Explora Truly Spill Proof Straw Cup (RM 35)

Suka sebab design yang fancy dan nampak maskulin gitu untuk anak lelaki. Jenis flip, sangat praktikal for on-the-go sebab takyah sibuk nak bawak stopper atau penutup. Air tak pernah tumpah biarpun Alfiy buat main jadikan lempar cakera. Tapi, dah nama pun non spill and leak proof, nak sedut pun agak payah. Memang purposely dibuat macam tu, nak elak bayi tersedak. Satu lagi, parts pun agak complicated dan kalau silap pasang, sedut-sedut, langsung takde setitis air yang keluar.


3. MAM Trainer Cup (RM 30++)

Beli mula-mula sekali masa Alfiy dah start makan. Imitate botol susu sikit sebab spout dia ada rupa macam puting botol susu. Sesuai untuk bayi yang baru nak mula belajar pakai training cup dan tak reti minum guna straw. Design pun sangat cute. Again, masalah penutup yang berasingan dengan botol.


4. Dr. Brown’s Natural Flow Soft Spout Trainer Cup (RM 20++)

Alfiy minum susu sekarang ni tak pakai botol dah. Dia nak minum pakai sippy cup ni. Soft spout tu boleh ganti dengan hard spout yang dijual berasingan. Tapi agak leceh bila nak bawak keluar berjalan sebab nak kena bawak sekali stopper dan penutup. Kejap-kejap tertinggal penutup lah, terlupa bawak stopper lah, habis basah lencun diapers bag sebab air tumpah.


Dan, masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Anugerah bagi The Best Bottle of The Year 2011 telah jatuh kepada...


P1030236

BROS Crystal Plus Straw Bottle !!!!

Fancy, praktikal dan murah.


Boleh didapati dalam pelbagai corak dan warna di pasaraya Jusco, Giant dan Tesco berdekatan dengan harga RM 7 – RM 15 sahaja. Tanpa penutup berasingan, tak perlu stopper, cuma isi air, flip dan sedut! Paling penting, BPA Free! Siap aku beli sebijik yang besar gambar zirafah tu untuk diri sendiri. heh. Bila minum guna straw, tak perasan yang kita minum banyak air dalam satu masa. Sekejap je dah habis satu botol, kejap-kejap nak kena refill. Sekaligus, menggalakkan minum air dengan lebih banyak.


P1030239

Tengok, Alfiy tetap pilih botol RM 7 tersebut. Beriya-iya lah Mama dia ni melabur yang mahal-mahal lagi canggih untuk dia (-_-)



HER : Bukan botol je, diapers pun main try & error. Tak sesuai, tersadai lah tak pakai. Takkan nak jual as pre-loved pulak kan?

Tuesday, August 9, 2011

Tiap Musibah Pasti Ada Hikmah.

Macam mana nak mula, ye?

Payah rasanya aku nak menyusun kata-kata.


Belum pun sempat dikhabarkan berita gembira untuk dikongsi bersama kawan-kawan di sini, sebaliknya berita sedih pulak yang datang mengganti. Begini kisahnya...


Sebenarnya, aku dah mula mengalami simptom awal kehamilan beberapa minggu lalu. Tapi, sebab terlalu konfiden yang aku tidak mengandung kerana sedang merancang, aku tak ambik pot pun kat simptom tu semua. Sehinggalah sampai satu tahap, Cfu cakap aku terlalu kuat makan dan banyak tidur, dia paksa jugak aku untuk buat ujian kehamilan.


Teringat lagi waktu aku buat pregnancy test di rumah, terkinja-kinja kami laki bini bila nampak ada dua line yang muncul. Gembiranya kami bukan kepalang! Sama macam sewaktu kami terima berita tentang kehadiran Alfiy dalam rahim aku, setahun yang lalu. Selepas berjumpa doktor, benarlah, aku telah disahkan hamil anak kedua. Dan, dijangka akan melahirkan pada awal Mac 2012. Tahun Naga. Banyak ‘ong’ kata orang Cina.


IMG_8574

First scan at 6th weeks.


Maka, bermulalah episod kehamilan kali kedua buat aku.


Aku melalui hari-hari seterusnya dengan penuh rasa bunga-bunga ceria. Tak tahu lah kenapa, sewaktu ramai orang rasa gerun untuk punya anak rapat-rapat beza selang 1-2 tahun, aku pulak semacam gembira, tak sabar nak punya anak yang ramai sementara usia masih muda. Pada awalnya, memang rasa macam cuak, tak tahu sama ada aku mampu atau tidak untuk handle dua orang anak. Yang satu ni pun, terkial-kial je rupanya. Tapi, hari demi hari aku lalui bersama kandungan baru ni, seakan-akan beri kekuatan bahawa tiap anak tu, ada rezekinya.


Berbeza dengan kehamilan sebelum ni, simptom mual, pening dan muntah semua tu aku alami selama beberapa minggu je. Lepas tu, terus rasa macam biasa. Cergas sentiasa. Puasa pun takde masalah. Menyusukan Alfiy dan mengepam setiap hari pun seperti biasa. Cuma, kuantiti susu tu agak berkuranglah jumlahnya. Sampaikan kadang-kadang aku lupa yang aku tengah mengandung. Pernah jugak terdetik dalam hati, "Eh, ni jadik ke tidak ni. Macam tak rasa apa-apa je."


Setiap hari, aku akan tersenyum-senyum sendiri bila baca kisah perjalanan dan pengalaman kehamilan kedua yang dialami oleh rakan-rakan kita yang lain macam Hannah Johary, Aishah Rahim, Ana dan ramai lagi. Bukan niat untuk berahsia, cuma sedang menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk diumumkan kat blog cabuk nan satu ni.


Namun, ditakdirkan masa yang sesuai tu macam takkan kunjung tiba.


Kelmarin, aku mengalami pendarahan. Tak banyak, cuma spotting berwarna kecoklatan dengan diiringi rasa sakit sikit-sikit macam period pain. Tanpa melengahkan masa, terus berjumpa pakar O&G di hospital. Sewaktu doktor melakukan ultrasound, alangkah remuknya hati bila doktor cakap, tiada apa-apa yang kelihatan dalam kantung, apatah lagi nak dengar degupan jantung bayi. Yang ada cumalah sac yang tidak berapa menjadi. Doktor menyarankan untuk ‘cuci’ atau D&C. Tapi, aku dan Cfu macam terlalu sedih untuk buat keputusan waktu tu. Jadi, doktor bagi masa lagi seminggu untuk pastikan keguguran betul-betul berlaku.


Aku berkeras mahu dapatkan pendapat kedua.

Hal ni melibatkan nyawa darah daging aku, kot.


Kami berjumpa seorang lagi pakar O&G di tempat lain. Dan, sama macam kata-kata doktor sebelum ni, it was a threatened miscarriage. Dia pun menasihatkan untuk buat prosedur D&C dengan segera ataupun selepas seminggu. Cuma, risiko menunggu dalam tempoh seminggu tu, besar kemungkinan aku akan mengalami pendarahan teruk dan D&C kecemasan terpaksa dilakukan. Sekarang ni, terpulang pada aku dan Cfu. Semua keputusan di tangan kami.


P1020080

An empty sac at 9th weeks with no heart beat detected :(


Dan, sekarang ni aku buntu.


Sedang cuti rehat di rumah, keliru sama ada untuk tunggu lagi seminggu ataupun teruskan je dengan proses D&C dengan segera. Perasaan aku bercampur-aduk ketika ini. Ada rasa sedih, keliru, takut, macam-macam pun ada.


Aku butuhkan pendapat dan pandangan kawan-kawan yang pernah mengalami situasi sama serta sokongan kata-kata semangat daripada semua yang ada di sini, untuk aku kumpul jadikan azimat kekuatan, demi menghadapi musibah yang satu ni.


T_____________T



HER : Tak terbayang perasaan orang yang masih lagi tidak mempunyai anak dan banyak kali mengalami keguguran. Sedihnyaaaaaaaa

Friday, August 5, 2011

Rawak.

1. Masa untuk bergelumang dalam dunia siber semakin terhad. Semester ni, jadual waktu mengajar aku agak padat seperti Milo Fuze. 24 jam seminggu, woh! Maka dengan itu, masa aku banyak dihabiskan di dalam makmal komputer menatap wajah-wajah pelajar yang sering menaikkan darah itu. Beginilah kehidupan seorang pensyarah mahupun guru. Setiap hari pun perlu berdoa agar diberi kekebalan hati dan kesabaran setinggi langit.


2. Perkembangan Alfiy?

Semakin mengembang secara vertical. Meninggi macam Papa dia lalu meninggalkan Mama merasa kerdil seorang diri. Sudah tidak gedebab seperti dulu, tapi semakin berat menyamai seguni beras 10 kilo. Baru dukung dia seminit, aku dah tercungap-cungap nak pengsan. Semakin banyak akal. Paling hebat bila masuk bab menggelupur berguling-guling bila kehendak atau kemahuan dia tidak diendahkan. Ikut perangai siapalah agaknya. Mama Papa dia sopan-santun je rasanya :p


3. Ramadhan kali ni, aku bertekad untuk puasa penuh memandangkan tahun lepas punya dapat setakat seminggu je. Lepas tu, tiba-tiba aku terberanak awal lah pulak. Masa cuti puasa tahun lepas, kemain seronok aku makan. Bila tiba masa nak mengganti, termengah-mengah. Itupun, masih lagi berbaki beberapa hari yang tak sempat nak diselesaikan ekoran kealpaan diri sendiri. Ni, nak bayar fidyah pun tak reti. Macam mana eh?


4. Sedang mengalami masalah kemurungan susu. Alhamdulillah, Alfiy hampir menginjak usia satu tahun dan masih lagi menyusu badan secara ekslusif. Tapi, sejak akhir-akhir ni, hasil produksi semakin merudum ke tahap agak kritikal. Nak tak nak, terpaksa jugaklah mencarik bantuan susu formula sebagai pelan kontigensi bila diperlukan. Nak nangis rasanya bila pertama kali ushar harga susu formula di pasaran. Macam nak terkopak jugaklah gaji sebulan. Berapalah agaknya korang belanja setiap bulan untuk beli susu anak, ye?


5. Teringin sangat sangat sangat nak bercuti di sebuah pulau. Nak berehat puas-puas. Hirup udara segar, layan bunyik ombak, desir angin pantai, pasir putih tepi pantai, makan seafood banyak-banyak sampai muak. Lagi syok kalau dapat rawatan spa sekali. Ohhhhhhhhhhhhhhhh



HER :Tak sabar nak raya. Heh.



- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, December 23, 2010

Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa #02.

Entri Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa yang pertama dulu, aku anggap ala-ala baby checklist la walaupun aku bagi secara pukal. Sebab malas. heh. Lagipun, masa tu main beli je apa yang aku rasa macam perlu. Habis sampai ke sudah, semua benda pun aku rasa macam perlu. Semua pun aku rasa penting. Sampaikan benda sekecik cotton buds tu pun aku asyik risau je tak beli-beli lagi bila kandungan dah cecah 8 bulan. Sampaikan tak boleh tidur malam. Siap termimpi-mimpi.

Over?

Biasa lah. Dah nama pun perempuan, kan? Nak sambut anak sulung pulak tu. Eksaited mesti mau lebih. Kali ni, lepas dah mengharungi dunia seorang Mama, aku macam dah boleh lah nak list out kan barang-barang keperluan bayi yang dikira betul-betul penting dan sangat praktikal. err.. tapi mungkin benda yang dianggap sebagai ‘penting dan keperluan’ pada aku tidak menjadi sesuatu yang ‘penting dan keperluan’ kat orang lain.

Pandai-pandai lah, ye.


1. Dimple Pillow.
image
Walaupun rupanya nampak macam begitu kasihan (sebab ada lubang kat tengah-tengah) tapi ia sangat bagus untuk menjaga bentuk kepala bayi yang masih lembut. Kepala akan terbentuk bulat, cantik je. Takde lah nanti kepala anak kita menjadik leper kat belakang. Mana-mana brand pun ada jual dah bantal karipap ni. Alfiy ada 2; satu brand Bumble Bee, satu lagi Fiffy.

2. NoseFrida.
image
Tau pasal NoseFrida ni pun daripada kawan aku melalui FB. Masa Alfiy kena demam selsema, alat ni lah paling berkesan nak buang hingus dia berbanding nasal aspirator yang bentuk macam bulat-bulat tu. Ye lah kan, kalau tak, baby asyik merengek je sebab tak selesa hidung tersumbat. Lagipun, selamat sikit lah dan kurang risiko nak berjangkit kalau kita sedut terus guna mulut macam yang mak-mak kite dulu selalu buat. Beli online je kat OneBabyWorld.com. Tapi aku ada jugak terjumpa kat Mom's Care dan satu kedai baby dalam The Summit, Subang.


3. Earth Mama Angel Baby Bottom Balm.

image
Alfiy tergolong dalam kategori kulit ‘putera raja’. Sangat sensitif. Terkena panas sikit, merah padam. Terkena ‘pupu’ lama sikit, habis naik ruam. Sampai luka-luka. Tiba-tiba jadik tak hensem. Mujur terjumpa Earth Mama Angel Baby ni kat Fabulous Mom. Kejap je, bottom part Alfiy kembali licin, gebu dan bersinar!


4. Amway Baby Oil.



Mula-mula, guna the oh-so-famous Yu Yee Cap Limau tu. Elok je habis, terus guna baby oil Amway yang datang sekali satu pakej dengan Set Bersalin Amway. Terus jatuh cinta dan takkan berpaling lagi! Alfiy tak pernah kena kembung perut lagi sejak guna baby oil ni. Bau dia pun sangat best berbanding Yu Yee yang agak menusuk hidung pada aku. Fresh gitu. Nak je aku lumur satu badan jadik cologne :p


5. Quinny Zapp & Maxi Cosi Cabrio ( Travel System )
image
Yup, it’s quite pricey tapi aku sangat sangat sangat berpuas hati setakat ni. Betul-betul alah membeli, menang memakai lah kata orang. Bagi parents yang sentiasa on-the-go macam aku dan Cfu, boleh kata sangat berbaloi lah beli Quinny travel system ni. Ye lah, haluan tempat kerja kami lain-lain, sorang ke simpang kanan, sorang lagi ke kiri. Kejap-kejap, Maxi Cosi cum car seat tu kat kereta aku, kejap-kejap, pindah pi kereta Cfu pulak. Sangat convenient lah. Nak pasang pun senang, kejap je. Wheels pun boleh pusing 360'. Very the easy measy. Oh, kami beli kat Little Whiz.com. Dapat harga baik punya!

image
Paling aku suka, frame dia yang boleh lipat-lipat jadik sekecik ni. Very compact dan sangat menjimatkan ruang. Nak lipat-bukak-lipat semula pun senang kacang je. Dah beberapa kali aku bukak-pasang sendiri masa keluar shopping berdua dengan Alfiy. Cuma, nak kena careful sikit, takleh gantung beg atau barang berat-berat kat handle tu. Ye lah, dah nama pun the lightest stroller on market, kan. Use your common sense lah, PaMa!

four 136
Satu lagi, sangat praktikal nak guna masa keluar makan kat mana-mana restoran yang kita tak boleh bawak masuk stroller. Dah nama pun bayi, mana reti duduk kat high chair lagi. Dah tu, nak letak kat mana? Takkan nak pangku sampai kebas tangan, kaki semua? Pastu nak bergilir pulak, Cfu makan dulu, aku makan kendian. Jawabnya, habislah makanan aku dibedal Cfu :p Kat sini lah peranan penting Maxi Cosi bagi kami. Dan, agak bertuah jugak lah sebab Alfiy sangat cintakan Maxi Cosi nya. Asal masuk dalam tu je, kemain lena tidur nya. Kami pun boleh makan dengan bahagia.

Ok, cukuplah 5 barang dulu.

Lagi 5 akan diterbitkan dalam Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa yang akan datang. Tungguuuuu!

p/s : Images from google.


HER : Apa dia Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa lain yang kamu rasa macam best dan penting jugak? Jom kongsi sama.

Tuesday, November 23, 2010

Obesiti Semasa Hamil Adalah Anugerah.

…ia bukan satu JENAYAH.

 

tummy

Besaaaar punyaaaa!

 

Tak dinafikan, ada ketika terbit rasa rindu waktu hamil.

 

Rindu saat  jalan terkdek-kedek macam penguin, membawak Alfiy ke hulu ke hilir 24 jam tak pernah berenggang. Rindu nak usap perut yang makin hari makin menegang dan merekah-rekah. Rindu tika suami peliharaan berborak-borak dengan baby kecik kat dalam, walau pada kebanyakan masa Cfu lebih suka buat gerakan ‘gempa bumi’ nak suruh baby kecik bangun (-_-) oh, we used to call Alfiy as 'baby kecik' masa tu. Sekali keluar, kemain besar. heh.


Bagi yang mengikuti perjalanan aku selama 9 bulan sebelum ni, memang dah sedia maklum yang ia tidak lah begitu indah buat aku. Sedari awal lagi aku dah mengalami alahan yang teruk hinggalah ke akhir trimester. Keluar masuk hospital, perkara biasa. Cuti sakit, berbakul-bakul. 


Tapi, aku bersyukur atas semuanya.


Aku anggapkan sebagai satu nikmat yang tak semua orang boleh rasa. Satu pengalaman berharga yang tak dapat nak dijual beli dari mana-mana. Aku cuma perlukan kekuatan diri, suami dan keluarga untuk harungi semua.


Adakala, hati memang mudah terguris.


Lebih-lebih lagi, tiap kali orang suka nak bandingkan diri kita dengan yang lain. Gemar momokkan kita dengan macam-macam telahan dan andaian yang entah dari mana datangnya. Cakap ikut sedap, seolah-olah simptom yang kita alami tu, sesuatu yang sungguh aneh. Buat kita rasa diri macam seekor alien.


Eh, besar nya perut kau, padahal baru berapa bulan!


Teruknya perut kau merekah! Aku dulu takde strech mark pun!


Jangan ikutkan sangat mabuk-mabuk kau tu, psikologi je!


Si polan tu pregnant baya kau jugak, tapi takde lah besar gini aku tengok. Kau ni kuat tido, kuat makan. Sebab tu lah!


Itu contoh.


Kalau cakap sekali, aku terima seadanya sambil sengih-sengih. Masuk dua kali, aku senyapkan je. Sampai tiga kali, siaplah aku tarik muka, tak kuasa dah nak pendam rasa. Paling tidak, Cfu lah jadik mangsa maki dan tadah aku punya nangis berhingus semua.


Point aku kat sini, dah tau yang ibu mengandung tu cukup banyak mengharungi susah jerih payah ‘membawak budak’, tak perlu lah kita orang sekeliling ni menambahkan lagi ‘beban’ yang perlu dia tanggung. Kan dah tahu yang kata-kata tu lebih tajam dari mata pedang.


Apa salah nya, bagi kata-kata semangat dan motivasi. Takde ruginya kalau kita memuji dengan kata-kata manis. Sekurang-kurangnya, lupa kejap si ibu mengandung tadi terhadap sakit-sakit belakang yang dia alami tiap hari, kurang rasa bengkak kat kaki dan ringan sikit rasa nak bawak perut sendiri.


Jangan sekali-kali sakiti hati mereka.

Beban emosi tu lebih sakit, tahu!



HER : Istimewa buat rakan-rakan yang sedang hamil, nikmati saat-saat 9 bulan ni sepenuhnya, biar sepahit mana pun perjalanan yang perlu dilalui.

Thursday, September 9, 2010

18.08.2010. Siri Dua.

... sambungan Siri Satu.


Lepas VE, doktor cakap,

“Failure induction. We have to do an emergency operation, immediately!”


Doktor explain prosedur dan segala macam perkara berkaitan kat Mak dan Cfu. Aku pulak main sain je dokumen dihulur. Midwife dengan nurse semua pun bertempiaran lari, buat persediaan untuk sorong aku masuk ke bilik pembedahan.


8.45 pm.

Dalam perjalanan ke operation theatre (OT), aku sempat salam cium dan mintak maaf kat Mak. Sayu gile rasa hati masa tu. Air mata takyah cakap lah. Mengalir deras macam tsunami. Dah sampai kat depan OT, baru aku tau yang Cfu tak boleh masuk temankan aku sebab emergency. Tapi aku mintak jugak kat nurse tu bagi Cfu masuk kejap. Sempatlah aku salam mintak ampun. Cfu cium pipi dan dahi serta bagi kata-kata semangat sebelum aku ditolak masuk dalam OT. Sebak weh masa tu. Rasa macam dah nak mati pun ada.


9.00 pm.

Aku macam tiba-tiba je jadik tenang sepanjang masa kat OT. Padahal sebelum tu, kemain lagi seram sejuk. Ada lah dalam 4-5 orang doktor kat dalam tu termasuk pakar bius, gynae, paed dan entah sape-sape lagi ntah. Elok je lepas bius, terus aku tak rasa sakit apa dah. Dengan tangan-tangan aku sekali jadik kebas. Dah aa menggigil satu badan. Sejuk gila kot kat dalam tu.


9.54 pm.

Dalam pada aku leka melayan gigil dan dengar doktor-doktor tu dok pung pang pung pang bertukang mengerjakan perut aku, tiba-tiba kedengaranlah suara bayi menangis. Kemain kuat memecah kesunyian. oh, my lil’ bun is already out! Boleh pulak aku tergelak dengar suara anak aku menangis masa tu. Macam bunyik suara kartun pun ada. heh.


10.15 pm.

Paed bawak masuk baby. Doktor cakap ‘boy’ sambil tunjuk bebird dia. Lepas tu, doktor suruh aku confirm kan tag nama dan cium pipi baby. Rasa sejuukkk je. Dah aa tembam gila. Rasa macam nak gigit. Geram! Belum sempat nak gigit, paed bawak baby keluar untuk further inspection. Aku pulak terus melalui prosedur jahit-menjahit. Masa ni, dah tak sabar nak keluar dari OT. Nak peluk cium baby puas-puas!


11.00 pm.

Lepas dah agak stabil, baru lah aku disorong keluar dan dihantar balik ke wad. Aku macam mamai gila. Pening dan muntah-muntah. Dah aa menggigil tak habis-habis. Berlapis-lapis hah selimut nurse bagi tapi masih lagi menggigil. Aku cuma ingat, Cfu dan Mak masuk cium aku, Cfu cakap 'thank you, baby so cute!', lepas tu aku terus terlelap pengsan sampai pagi.


4.00 am.

Bius dah habis. Barulah aku boleh gerakkan kaki. Rasa dahaga dan lapar gila masa tu. Lepas Cfu suapkan roti dan air, baru lah aku tau yang rupanya, aku tak dibenarkan makan selagi belum kentut. Luka pembedahan dah mula terasa bisa. Nak bangun, duduk memang seksa. Lagi pulak kalau batuk, bersin atau ketawa.


8.00 am.

Semakin beransur pulih. Tapi, masih tak boleh nak bangun berjalan. Nak buang air kecil pun kena guna tiub. Makan minum pun bersuap lagi. Walau apa pun, tak sangka, kini aku dah pun bergelar seorang mama. Sakit semua tolak tepi! Hepi, yeay!


Sekian, bahagian aku.

Merasa lah sakit nak bersalin normal dan jugak sakit perut kena belah. Pakej lengkap. 2 dalam 1.


Setiap orang punya bahagian masing-masing. Yang membezakan cuma cepat atau lambat, susah atau senang. Yang penting, persiapkan mental dan fizikal secukupnya. Menyambut kehadiran ‘orang baru’ serta proses penyesuaian memerlukan masa dan bukan lah semudah yang kita sangka. Berusaha! heh.


Oh ya, atas permintaan, disertakan sekali Doa Nabi Yunus a.s ;

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

alfiy 057

Inilah hasil ‘eraman’ yang aku bawak ke hulu ke hilir selama 36 minggu 1 hari. Berbaloi-baloi! :)


HER : Kadang-kadang, bila tengok ‘kesan kulit limau’ yang tumbuh melata kat perut, rasa rindu pulak saat-saat si kecik tu duduk kat dalam tu dulu.

Thursday, September 2, 2010

18.08.2010.

 whoops

Dua hari sebelum kejadian. Mujur sempat :p

 

Bersamaan 8 Ramadhan 1431.


5.15 am.

Macam hari-hari sebelumnya, Cfu kejutkan aku untuk bangun sahur. Cfu tolong masakkan ayam goreng segera Ayamas. Makan pulak dengan nasik panas dan serunding daging, memang chare. Lepas tu, wajib disudahi dengan Koko Crunch, susu segar dan 2 bijik kurma. Barulah lengkap menu sahur aku. Kalau tak, pukul 11 kang dah longlai gemalai.


6.00 am. 

Dah siap-siap nak landing balik atas katil lepas solat Subuh, tiba-tiba Cfu tegur aku, “Eh, ada air keluar kat celah kaki lah! Air apa tu? Keputihan ke apa?” Selamba je aku jawab, “Entah. Mana orang tau.” Lepas tu, boleh pulak aku buat tak tahu pejam mata, nak sambung tidur. Malam tu, sebelum tidur pun aku dah perasan ada cecair keluar, mengadu kat Cfu, pastu aku buat dunno je.


6.30 am.

Beriya-iya bangun nak siap pergi kerja. Tapi rasa macam tak larat je. Ya, walaupun dah sarat 9 bulan, aku masih lagi gigih bawak kereta sendirik ulang-alik pergi kerja. Cfu awal-awal lagi dah tak bagi aku pergi kerja. Dia suruh aku berehat, lunch hour nanti, dia balik rumah, nak bawak aku pergi hospital.


9.00 am.

Tiba-tiba Cfu dah tercongok depan pintu rumah, kejutkan aku untuk pergi hospital. aikkk, kata nak pergi tengahari? Panick alarm dah ON lah tu. Aku pulak boleh lagi lenggang kangkung, mandi lama-lama, kemas-kemas bilik, tengok TV kejap. Macam takde apa-apa yang berlaku. Sebab aku konfiden habis yang aku takkan beranak dalam masa terdekat ni. Walaupun dah ramai orang sound yang hidung aku dah kembang, tanda dah dekat sangat nak bersalin. Pergi hospital, aku bawak handbag je. Beg hospital, apa semua, aku tinggal. Konfiden le katekan.


10.00 am.

Masuk je bilik doktor, doktor dah buat muka pelik, sebab aku baru je datang check up 2 hari lepas. Lepas cerita dari A sampai Z, doktor terus suruh aku baring, dia buat VE. Senak, oh. “Confirm. Water bag leaking. Hari ni induce, eh.” Aku macam blurr tak paham lagi bila doktor cakap induce. Siap boleh tanya, “oh, lepas induce, saya boleh balik rumah la eh, doktor?” Serius sengal. 


Rupanya, induce tu doktor nak masukkan ubat kat V part, untuk ‘bukak jalan’ nak bagi bersalin. Doktor cakap, kalau tak malam ni, esok pagi, aku kena jugak bersalin. Sebab risiko untuk baby lemas dalam perut sangat tinggi lepas 24 jam water bag leaking. gulp! Menganga aku kat situ.


11.30 am.

Admitted. Ujian CTG tunjuk dah ada mild contraction. 20 minit sekali. Kejap-kejap perut aku mengeras jadik bentuk petak. 


IMG_1709

IMG_1712

Kan? Macam bentuk petak, kan? Sakit woh.


12.45 pm.

Midwife bagi induce kali pertama. Contraction jadik 10 minit sekali. Rasa sengal macam senggugut gitu. Aku rileks lagi kot. Siap boleh layan borak berlawak bodoh dengan Cfu. Masa ni jugak lah baru nak finalised nama anak. Konfiden je bubuh nama lelaki. Kot-kot yang keluar perempuan, mau aku tibai bubuh nama Saloma je.


4.00 pm.

Jalan masih belum bukak. Doktor bagi lagi sedas induce. Kali ni, contraction makin kerap, 2-3 minit sekali. Masa ni, takde dah aksi mesra bertepuk tampar dengan Cfu, rasa nak lempar semua benda ada lah. Cfu usap belakang, aku tepis. Cfu urut kaki, aku sepak. Mintak ampun, suami T___T


7.40 pm.

Masa ni, Mak Abah dan adik-adik aku sampai. Mak Abah siap lah buatkan air doa apa semua. Tak jalan. Aku tak pedulikan semua orang. Baked fish yang aku order untuk makan malam pun tak berusik. Tapi, Mak suapkan jugak sikit lemang yang aku beriya-iya mintak sebelum Mak datang. Nanti tak ada tenaga, katanya.


8.15 pm.

Dua orang midwife masuk, nak check bukaan. Serius, masa dia ‘seluk’, dan dan tu jugak lah contraction datang, aku rasa nak terajang je midwife tu. Masa tu jugak, air ketuban keluar lagi, habis basah cadar. Air mata aku dah menitik-nitik keluar. Kalau tadah, penuh hah sebaldi boleh buat mandi.


15 minit lepas tu, doktor pulak masuk. Masa tu, aku macam dah longlai gila. Tenaga dah habis buat menahan sakit, je. Datang doktor, dia ‘seluk’ lagi. adoiiiiiii, Tuhan je lah yang tahu. Mulut aku tak berhenti baca doa Nabi Yunus dan praktikkan teknik pernafasan yang aku dah belajar masa kelas antenatal dulu...


... bersambung dalam episod akan datang,

my Alfiy dah mintak susu!


Friday, July 30, 2010

Kelas Tuisyen Orang Dewasa.

Ingat lagi, masa nak ambik UPSR dulu, habis je sekolah agama petang, terus kena siap-siap pergi kelas tuisyen lepas Maghrib sampai jam 10 malam. Balik rumah, buat kerja sekolah, kemas baju, gosok gigi, kena paksa minum susu, dan masuk tidur sebelum jam 11 malam.


Serius, letih.


Tak sangka, sedari usia belasan tahun lagi kita dah dilatih macam tu sekali ye. Bila nak ambik PMR, SPM, makin bertambahlah kelas tuisyen yang wajib pergi.


Dah masuk alam dewasa, masih ada lagi kelas tuisyen rupanya.


hah. Jangan main-main. Nak jadik mak ayah pun nak kena masuk kelas tuisyen tau. Bezanya, tuisyen kali ni, bukan tiap-tiap hari. Mana taknya, satu sesi pun dah kena 80 hengget per couple. Mau bankrap kot kalau nak pergi tiap-tiap hari.

antenatal 026

Hospital Columbia Asia, Puchong.

Kat sini jugaklah tempat aku buat check up tiap-tiap bulan. Lebih kurang 10 minit dari rumah.


Mula-mula, sesi berkenalan dengan apa itu contraction, vaginal examination (VE), tanda-tanda nak bersalin, 3 peringkat kelahiran dan segala macam perkara lagilah yang berkaitan dengan proses melahirkan oleh my gynae ; Dr. Raja Juhaidah.


Kira macam dah dapat gambaran sikit lah pasal VE atau lebih dikenali sebagai ‘seluk’ tu. Doktor atau midwife akan masukkan dua jari kat V part untuk periksa saiz bukaan laluan dah berapa sentimeter. Menurut kata doktor, proses ni tak sakit, cuma rasa senak je la. Tips doktor bagi, tarik nafas dalam-dalam masa kena ‘seluk’ tu.


Dan, silalah bertenang, takyah nak menggelupur bagai.


antenatal 001

antenatal 003

Dalam sesi ni jugak, ada termasuk sekali tayangan wayang gambar ‘seram’. Dari yang normal, forceps, vacuum, songsang sampailah ke caesarean kembar pun ada. Masa ni, tiap detik dan tiap saat, aku dengan Cfu menggelupur histeria. gulp.


antenatal 017

Senaman bagi setiap peringkat trimester.


Bagi yang dah masuk trimester akhir macam aku, banyak diajar cara bernafas yang betul; ambik nafas panjang ikut hidung lepas tu hembus ikut mulut. Senaman ni bagus untuk melegakan masalah sesak nafas dan heartburn yang selalu berlaku kat peringkat hujung-hujung kehamilan.


Bila dah sampai masa nak bersalin pulak, diajar kaedah pernafasan pendek-pendek ‘hu-hu-ha’. Sedut-sedut-hembus. Jangan kau beriya nak sedut-hembus nafas panjang-panjang pulak masa ni. Kesian kat baby susah nak keluar dari canal. Asyik keluar masuk je kang. Bayi boleh lemas, tahu. Don't play play.


antenatal 016

Posisi yang dicadangkan masa duduk, baring dan tidur.


antenatal 019

antenatal 021

Seterusnya, ada sesi demo memandi dan menyusukan bayi.


Tips paling utama pasal memandikan bayi, jangan sekali-kali sapu minyak atau ubat-ubatan lain selain yang doktor bekalkan untuk bersihkan tali pusat bayi. Dikhuatiri mudah dapat jangkitan. Satu lagi, pada peringkat awal, tak perlu guna bedak atau losyen sebab kulit bayi masih lagi disaluti oleh satu lapisan lembapan semulajadi untuk melindunginya. Selain tu, partikel halus kat bedak boleh dedahkan bayi kepada penyakit asthma.


Pasal penyusuan pulak, pastikan bayi disusukan sebaik je selamat dilahirkan. Setiap titis susu ibu yang pertama tu ada antibodi paling kuat dalam dunia dipanggil; kolostrum. Masa menyusukan, pastikan mulut baby merangkumi sebahagian besar bahagian aerola. Barulah tak sakit. Kalau puting sakit atau merekah, sapukan sikit dengan air susu badan dan biar kering sendiri.


Dan diingatkan, agar tak beri bayi cecair lain termasuklah air kosong di sepanjang 6 bulan pertama. Ye lah kan, air zaman sekarang bukannya bersih sangat. Selain untuk elakkan bayi keliru antara susu ibu dengan cecair lain.


Ada jugak slot pasal kesihatan dan perkembangan bayi.


Mitos pasal jaundice atau penyakit kuning yang biasa dialami oleh bayi baru lahir berpunca daripada tabiat pemakanan ibu adalah TIDAK BENAR sama sekali. Jaundice terjadik sebab perbezaan dan ketidak serasian antara darah ibu dan bayi. Contohnya, aku berdarah B+ tup tup lahir anak aku nanti, dia berdarah O+ ikut ayahnya. Maka, macam ada potensi lah nak kena jaundice. Bayi yang lahir kurang 37 minggu pun ada potensi nak kena sebab antibodi semulajadi dalam badan masih belum kuat.


So, memang takde kena mengena langsung dengan makan jeruk atau pakaikan anak baju warna kuning dan segala macam fitnah pasal jaundice yang kita biasa dengar tu.


room

Sesi lawatan ke setiap pelosok wad bersalin.


Labor room dia kira ok lah. Takdelah creepy macam yang aku bayangkan. Boleh lah nak bersalin dengan tenang. Oh, cakap pasal nak bersalin dengan tenang, aku macam heran gila kot si Kourtney Kardashian tu boleh rileks je masa beranak. Siap boleh tarik sendiri anak dia keluar tu. Aku tuduh dia ambik epidural aa.


Bila dah dengar ceramah pasal epidural, aku macam terhasut jugaklah nak ambik. Lagipun, pakar bius tu sendiri cakap yang epidural lebih selamat berbanding suntikan ubat tahan sakit yang orang biasa ambik tu. Suntikan tu akan bagi kesan kat baby sekali. Epidural tak. Kat Columbia Asia, sekali ambik RM800. Kalau sakit lama, tambah lagi, kau tambah la lagi 800 ye. Cfu beriya-iya racun aku suruh ambik. Dia sanggup bayar sebab dia tak sanggup nak tengok aku sakit. ewah.


Kemudahan dah ada, why not?

Entahlah. Pasal ni, belum decide lagi. hurm.


Kalau boleh, memang lah aku nak bersalin normal and make it as natural as it can be. Kalau boleh, tak nak pakai bius langsung. err, tu pun kalau aku ni ada kuasa Ultraman Taro lah kan. Namun, kita hanya merancang, Tuhan jugak yang maha menentukan.


antenatal 022

Kelas ditamatkan dengan fish & chips yang serius sedap. Mintak-mintaklah masa beranak kat sini nanti, aku dihidangkan dengan menu ni tiap-tiap hari. heh.


two

Teori dah khatam, amali pun sudah, tunggu masa nak apply je.

Can we survive?



HER : Highly recommended kat first time parent-to-be. Sekurang-kurangnya, dapat gambaran lebih jelas lah pasal segala macam jenis artikel yang kita dah baca kat buku mahupun internet.

Monday, July 12, 2010

Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa.

Trimester akhir.

Dan, aku baru je habis hibernasi.


Mesti kamu dah tertanya-tanya dalam hati, ‘Ah, sudahhh. Kes apa pulak kali ni’. Minggu-minggu terakhir ni, aku diuji pulak dengan alahan kulit yang agak teruk. Habis hah satu badan tumbuh bintat-bintat besar merah melepuh. Katanya, lepas bersalin nanti, baru boleh pulih sepenuhnya. Serius horor, woh!


stuff 005

Nah. Ambik ko segala tok nenek losyen dan krim doktor bagi. Sekarang ni, aku betul-betul serupa macam tepung gomak gara-gara menda alah ni semua. Nak kata macam kera kena belacan pun iye jugak, dok tergaru sana sini tak kira masa.


Apa boleh buat.


Dah ditakdirkan pengalaman kehamilan pertama buat aku ni agak ‘manja-manja’ gitu. Mula dari awal bulan, sampai lah dah hujung-hujung ni. Mintak-mintak masa nak melahirkan nanti, dipermudahkan pulak lah hendaknya. Amin.


Lupakan kisah duka.

Jom kita bukak topik yang berciri gembira.


Ayuh mulakan dengan cerita babymoon yang dah berlalu 2,3 minggu lepas. heh. Cerita basi. Basi lagi menggembirakan.


baby stuff 026

Demi melayankan bini yang gila gila gila mengidam nak makan omellete buatan chef hotel, tak nak yang buat sendiri mahupun kat mana-mana restoran, nak yang kat hotel je. Gedik, kan? Maka, Cfu pun dengan rela hati check in satu malam kat hotel yang jaraknya hanya sekangkang kera je dari rumah :p


Kami duduk kat Hotel Cititel.


Betul-betul letaknya kat atas MidValley Megamall. Elok je check in, terus turun shopping marathon. Agak-agak penat, naik bilik, pengsan kejap, lepas tu, sambung shopping lagi. Penat, naik bilik, pengsan, sambung shopping. Dan begitulah seterusnya. Sampai pengsan tak boleh nak bangun lagi. Betullah kata orang, shopping barang bayi adalah lebih mengghairahkan daripada shopping barang sendiri. Sorgaaaaaa!!


Lepas tu, merana sakit kaki macam nak patah lima.


Kemain kami laki bini memborong barang bayi macam tiada lagi hari esok. Dah nama pun kerja last minute, kan? Orang lain, masuk 30 minggu, dah duduk goyang kaki, rehat-rehat, pergi manjakan diri kat spa sambil menghitung hari. Aku ni, baru nak terhegeh-hegeh, usung perut boyot ke hulu ke hilir. Baru jalan seminit, dah gelabah carik tempat duduk, nak hilangkan mengah. Rasakan.


Walau apapun, aku betul-betul puas hati lah.

The checklist almost completely DONE.


err.. malas lah pulak aku nak senaraikan satu-satu barang yang dah beli atau belum kat sini. Lagipun, kamu google je baby checklist, berlambak haa keluar. Dan bersedialah untuk serabut otak bila baca setiap checklist yang beraneka rupanya. Tapi, kalau nak jugak checklist yang macam kat entri sebelum ni, takyah malu dan segan, email je mintak kat aku. No hal punya.


Memandangkan aku shopping pun secara lump sump, maka baby checklist kat sini pun aku bagi secara pukal jugak lah, ye. Ikut kategori yang aku namakan sendiri sesedap rasa. Sekadar nak berkongsi.


baby stuff 035

baby stuff 036

BABY BATHING & GROOMING KIT

Segala macam jenis perkara untuk membersih, mengelap, mewangi, mengurut, merias, merawat dan membahagiakan bayi. Ada semua ni, bolehlah nyanyi macam ni, ‘baby wangi, mama berseri, papa pun senyum sampai nampak gigi’. hihi.


baby

baby 004

CLOTHING, CHANGING & LAUNDRY

Hasil penjelajahan ke segenap pelosok kedai bayi berjenama mahupun cap Giant, secara maya mahupun nyata, pung pang pung pang, boleh tahan jugak hasilnya. Masa membeli, macam kena pukau pun ada. Alih-alih, bila kumpul semua, tadaaa! Dah siap basuh pakai detergen yang direka khas untuk bayi. Berkuasa membunuh kuman hingga 99.99%! cheh. Kecoh gila. Padahal masa kecik dulu, Mak selamba je sental lampin aku guna sabun Fab.


imagebaby stuff 048

BREASTFEEDING SET

Lepas dikaji faktor harga, kegunaan, fleksibiliti, kualiti dan tak lupa jugak ambik kira pendapat ramai, aku pilih yang ini. Nak melabur kat jenis freestyle, belum mampu lagi. Hasil susu memberangsangkan ke tak, tu belakang cerita, ikut lah rezeki yang dah ditetapkan oleh-Nya. Yang penting, ada usaha dan keinginan tinggi nak susukan anak sendiri. Tak gitu? Set pakej ni, aku beli kat FabulousMom.com. Highly recommended lah untuk barang-barang yang berkaitan dengan breastfeeding macam nursing pads, nursing bras, nursing pillow semua tu.


image

FEEDING SET

Set sterilizer, warmer, botol susu, pacifier dan sedara-maranya pun aku beli kat Fabulousmom.com. Dapat diskaun purchase with purchase sebab banyak kot melabur kat sini. Kalau tak order online, kitorang main serbu kedainya terus. Lagipun, kedai ni memang betul-betul depan rumah je. Sebelah IOI Mall, Puchong.


stuff 001

NURSERY, TRAVELLING NECESSITIES & STIMULATING TOYS

Ni lah bertuahnya badan bila bakal memegang takhta cucu sulung kat kedua belah keluarga. Barang-barang yang besar berserta harga yang ‘agak besar’ seperti stroller, car seat, baby cot, carrier, bedding set, rocker yadda yadda telah di sponsor sepenuhnya oleh bakal tok, nenek, makcik, pakcik menakan yang dikasihi. Majoritinya dibeli kat Ikea dan Littlewhiz.com. Bakal ibu dan bapa kepada bakal cucu sulung tersebut sekadar mentadah tangan menerima dengan hati yang begitu besar sekali dengan ucapan, ‘Terima kasih daun keladi, lain kali, boleh bagi lagi’


Phewwww!!!


Habis dah kot. Tinggal nak beli bath tub je. Tangan aku ni, dah macam menggeletis je nak beli satu yang macam ni. heh. Over tau. Oh, satu lagi, disposable diapers dan set lepas bersalin. Punya lah terlampau banyak pilihan, sampai tak tahu nak pilih yang mana.


Ada cadangan?


baby stuff 063

And finally, presenting to all, one proudly happy chubby preggy lady! weeeeee!


baby stuff 017

31 minggu.



HER : Kadang-kadang rasa tak sabar, kadang-kadang rasa takut.