Ingat lagi, masa nak ambik UPSR dulu, habis je sekolah agama petang, terus kena siap-siap pergi kelas tuisyen lepas Maghrib sampai jam 10 malam. Balik rumah, buat kerja sekolah, kemas baju, gosok gigi, kena paksa minum susu, dan masuk tidur sebelum jam 11 malam.
Serius, letih.
Tak sangka, sedari usia belasan tahun lagi kita dah dilatih macam tu sekali ye. Bila nak ambik PMR, SPM, makin bertambahlah kelas tuisyen yang wajib pergi.
Dah masuk alam dewasa, masih ada lagi kelas tuisyen rupanya.
hah. Jangan main-main. Nak jadik mak ayah pun nak kena masuk kelas tuisyen tau. Bezanya, tuisyen kali ni, bukan tiap-tiap hari. Mana taknya, satu sesi pun dah kena 80 hengget per couple. Mau bankrap kot kalau nak pergi tiap-tiap hari.
Hospital Columbia Asia, Puchong.
Kat sini jugaklah tempat aku buat check up tiap-tiap bulan. Lebih kurang 10 minit dari rumah.
Mula-mula, sesi berkenalan dengan apa itu contraction, vaginal examination (VE), tanda-tanda nak bersalin, 3 peringkat kelahiran dan segala macam perkara lagilah yang berkaitan dengan proses melahirkan oleh my gynae ; Dr. Raja Juhaidah.
Kira macam dah dapat gambaran sikit lah pasal VE atau lebih dikenali sebagai ‘seluk’ tu. Doktor atau midwife akan masukkan dua jari kat V part untuk periksa saiz bukaan laluan dah berapa sentimeter. Menurut kata doktor, proses ni tak sakit, cuma rasa senak je la. Tips doktor bagi, tarik nafas dalam-dalam masa kena ‘seluk’ tu.
Dan, silalah bertenang, takyah nak menggelupur bagai.
Dalam sesi ni jugak, ada termasuk sekali tayangan wayang gambar ‘seram’. Dari yang normal, forceps, vacuum, songsang sampailah ke caesarean kembar pun ada. Masa ni, tiap detik dan tiap saat, aku dengan Cfu menggelupur histeria. gulp.
Senaman bagi setiap peringkat trimester.
Bagi yang dah masuk trimester akhir macam aku, banyak diajar cara bernafas yang betul; ambik nafas panjang ikut hidung lepas tu hembus ikut mulut. Senaman ni bagus untuk melegakan masalah sesak nafas dan heartburn yang selalu berlaku kat peringkat hujung-hujung kehamilan.
Bila dah sampai masa nak bersalin pulak, diajar kaedah pernafasan pendek-pendek ‘hu-hu-ha’. Sedut-sedut-hembus. Jangan kau beriya nak sedut-hembus nafas panjang-panjang pulak masa ni. Kesian kat baby susah nak keluar dari canal. Asyik keluar masuk je kang. Bayi boleh lemas, tahu. Don't play play.
Posisi yang dicadangkan masa duduk, baring dan tidur.
Seterusnya, ada sesi demo memandi dan menyusukan bayi.
Tips paling utama pasal memandikan bayi, jangan sekali-kali sapu minyak atau ubat-ubatan lain selain yang doktor bekalkan untuk bersihkan tali pusat bayi. Dikhuatiri mudah dapat jangkitan. Satu lagi, pada peringkat awal, tak perlu guna bedak atau losyen sebab kulit bayi masih lagi disaluti oleh satu lapisan lembapan semulajadi untuk melindunginya. Selain tu, partikel halus kat bedak boleh dedahkan bayi kepada penyakit asthma.
Pasal penyusuan pulak, pastikan bayi disusukan sebaik je selamat dilahirkan. Setiap titis susu ibu yang pertama tu ada antibodi paling kuat dalam dunia dipanggil; kolostrum. Masa menyusukan, pastikan mulut baby merangkumi sebahagian besar bahagian aerola. Barulah tak sakit. Kalau puting sakit atau merekah, sapukan sikit dengan air susu badan dan biar kering sendiri.
Dan diingatkan, agar tak beri bayi cecair lain termasuklah air kosong di sepanjang 6 bulan pertama. Ye lah kan, air zaman sekarang bukannya bersih sangat. Selain untuk elakkan bayi keliru antara susu ibu dengan cecair lain.
Ada jugak slot pasal kesihatan dan perkembangan bayi.
Mitos pasal jaundice atau penyakit kuning yang biasa dialami oleh bayi baru lahir berpunca daripada tabiat pemakanan ibu adalah TIDAK BENAR sama sekali. Jaundice terjadik sebab perbezaan dan ketidak serasian antara darah ibu dan bayi. Contohnya, aku berdarah B+ tup tup lahir anak aku nanti, dia berdarah O+ ikut ayahnya. Maka, macam ada potensi lah nak kena jaundice. Bayi yang lahir kurang 37 minggu pun ada potensi nak kena sebab antibodi semulajadi dalam badan masih belum kuat.
So, memang takde kena mengena langsung dengan makan jeruk atau pakaikan anak baju warna kuning dan segala macam fitnah pasal jaundice yang kita biasa dengar tu.
Sesi lawatan ke setiap pelosok wad bersalin.
Labor room dia kira ok lah. Takdelah creepy macam yang aku bayangkan. Boleh lah nak bersalin dengan tenang. Oh, cakap pasal nak bersalin dengan tenang, aku macam heran gila kot si Kourtney Kardashian tu boleh rileks je masa beranak. Siap boleh tarik sendiri anak dia keluar tu. Aku tuduh dia ambik epidural aa.
Bila dah dengar ceramah pasal epidural, aku macam terhasut jugaklah nak ambik. Lagipun, pakar bius tu sendiri cakap yang epidural lebih selamat berbanding suntikan ubat tahan sakit yang orang biasa ambik tu. Suntikan tu akan bagi kesan kat baby sekali. Epidural tak. Kat Columbia Asia, sekali ambik RM800. Kalau sakit lama, tambah lagi, kau tambah la lagi 800 ye. Cfu beriya-iya racun aku suruh ambik. Dia sanggup bayar sebab dia tak sanggup nak tengok aku sakit. ewah.
Kemudahan dah ada, why not?
Entahlah. Pasal ni, belum decide lagi. hurm.
Kalau boleh, memang lah aku nak bersalin normal and make it as natural as it can be. Kalau boleh, tak nak pakai bius langsung. err, tu pun kalau aku ni ada kuasa Ultraman Taro lah kan. Namun, kita hanya merancang, Tuhan jugak yang maha menentukan.
Kelas ditamatkan dengan fish & chips yang serius sedap. Mintak-mintaklah masa beranak kat sini nanti, aku dihidangkan dengan menu ni tiap-tiap hari. heh.
Teori dah khatam, amali pun sudah, tunggu masa nak apply je.
Can we survive?
HER : Highly recommended kat first time parent-to-be. Sekurang-kurangnya, dapat gambaran lebih jelas lah pasal segala macam jenis artikel yang kita dah baca kat buku mahupun internet.