SATU.
Orang yang pertama kali dengar dan sebut nama aku, mesti salah. Mesti akan rasa macam nak tergeliat lidah. Sebut dah salah, apatah lagi nak mengeja. Salah biasa-biasa, macam Afziha jadik Afiza atau Aziah, masih boleh terima, tapi kalau daripada Af'ziha' tukar jadik Af'zina', memang aku naik angin satu badan lah.
DUA.
Punya banyak nama timang-timangan. Afziha; nama cikgu panggil masa kat sekolah. Ziha; kawan-kawan biasa. G-ha; masa duduk asrama. Xeea; bila masuk matrikulasi. Zea; dipanggil oleh kawan-kawan Encik Cfu. Along; panggilan manja di rumah. Siti Markonah; adik-adik
junior gelar. Dan, yang paling takleh blah, Zaleha; dengan sesedap rasanya cikgu Sains masa aku Tingkatan 1 dulu bagi. Sorang
member, nama dia Zuwairi tapi cikgu tu panggil
Kawaree. Kekal sampai sekarang.
TIGA.
Punya banyak koleksi anak patung mainan. Yang rupa beruang, anjing, harimau, itik, arnab, makhluk Tazmania,
reddevil, macam-macam lagi lah. Semua hadiah. Takde sekor pun aku beli sendiri. Oh, paling besar, si bapak Winnie The Pooh. Sebesar satu setengah pemeluk orang dewasa.
Original, ok. Bukan macam Pooh cap pasar malam yang hidung mancung tu. Tak dapat aku bayangkan berapa inci tebal muka Cfu usung bapak Pooh ni kat pusat membeli-belah dan beratur nak bayar kat kaunter.
EMPAT.
Pada usia 18 tahun (ehem), dan bergelar isteri kepada seorang lelaki seksi (ehem), dalam keadaan separa sedar, aku masih lagi tidur peluk Luna; bantal busuk (
yang wangi bau Softlan Ultra) kesayangan.
LIMA. Macam semua sedia maklum, aku punya satu
penyakit ganjil. Dan, masih lagi dalam proses mendapatkan rawatan dan vaksin yang sesuai.
ENAM. Makan nasik, mesti nak ada kuah. Tapi, paling tak suka kuah kari. Lebih-lebih lagi kari cap Allagappas dan Babas.
TUJUH. Masa sekolah sampai lah masuk universiti, berat aku
maintain je 45 kilo, tak berubah-ubah. Lepas
couple dengan Cfu, alih-alih berat aku berubah. Selulit merata-rata. Lepas kahwin ni, tak payah cerita lah.
LAPAN.
Pernah obses dengan epal merah nama Royal Gala. Tiap pagi, tak dapat makan nasik lemak dewan makan asrama, aku tak heran pun, asalkan stok epal masih ada (
sebab tu lah berat badan i maintain, u!). Sampaikan ramai yang perasan, dan dapat jolokan nama Royal Gala. Paling aku ingat, masa adik-adik
junior buat poster pilihanraya bertanding jadik ahli exco hal ehwal pelajar untuk aku. Poster orang lain, taruk muka gambar pasport besar-besar, poster aku sorang je yang taruk gambar epal. (
Apa kejadah nya!) Agaknya, itu lah rahsia aku menang besar dalam pilihanraya.
SEMBILAN. Ramai jugak yang tak tahu. Tabiat suka makan epal merah dalam kelas masa kuliah dan makmal Biologi kat matrikulasi dulu, antara faktor penyebab yang menemukan jodoh berbelit-belit antara aku dengan Cfu. Jodoh berbelit-belit? Iye lah. Rumah; satu kat Johor, satu kat Terengganu. Sekolah; sekolah Cfu lelaki semua, aku sekolah asrama penuh campur. Matrikulasi; aku je yang masuk Matrik, Cfu terus masuk U. Universiti; aku kat IPTA, dia pulak ke IPTS. Masing-masing berkawan dan
couple dengan orang lain dulu bertahun-tahun lamanya. "
Macam mana boleh jumpa, ye?", soalan yang orang selalu tanya. Dah kawan kenal hati budi dan berhubung secara maya agak lama, barulah kami ambil keputusan bertemu empat mata. Itulah, jodoh pertemuan, Tuhan yang tentukan.
SEPULUH.Punya tabiat pelik yang masih tak dapat dibuktikan melalui ujikaji sains. Kalau dah tertidur malam, tanpa cuci muka dan gosok gigi, kalau tiba-tiba terjaga nanti, secara automatiknya aku akan meluru masuk bilik air untuk cuci muka dan gosok gigi, lepas tu masuk tidur semula. Walaupun masa tu dah pukul 5 pagi!
SEBELAS.Kalau baca novel yang tebal stok-stok macam Kamus Dewan, mesti aku belek muka surat belakang dulu. Nak tau
ending dia
best ke tak. Kalau hero mati ke apa, terus aku tak jadik nak baca sampai habis. Ya. Saya memang anti-klimaks.
DUA BELAS.
Sangat berbangga dengan zaman kanak-kanak dulu. Sebab pernah main guli, gasing, konda-kondi, galah panjang, baling selipar, layang-layang plastik yang ada gambar Thundercats, polis sentri
want to jaga, batu seremban, satu lubang tikus, lompat getah,
game player Tetris serta
game catridge Super Mario. Tak macam adik-adik aku yang hanya tau ikat tocang anak patung Barbie dan main Counter Strike. Haih.
TIGA BELAS.Merah itu kelihatan sangat menawan pada mata aku. Merah jugak adalah warna dominan harta-benda aku. Sampaikan kalau ada orang masuk bilik aku akan terus kata, "
Kau suka warna merah, eh?"
EMPAT BELAS. Ada aturan menyusun barang yang rutin. Pinggan kat rak aku susun ikut prinsip, '
yang kecik di kiri, yang besar di kanan'. Susun baju dalam almari pun macam tu. Susun bantal pun. Kasut pun. Pendek kata, semua susunan barang aku macam tu lah. Marah betul aku kalau ada orang ubah susunan tu, sambil mulut merungut tanpa henti, aku akan susun semula ikut aturan menyusun ciptaan aku tu. err.. aku jugak suka main
game yang memerlukan kemahiran menyusun yang tinggi macam Tetris, Diner Dash dan Magic Balls.
LIMA BELAS. Sangat suka
snorkelling tapi tak tahu berenang. Satu hari nanti, mungkin jugak untuk fantasia bulan madu akan datang, aku berangan nak pergi
snorkelling dengan suami peliharaan sambil dia menjadik aku punya pelampung. Paling tidak pun, kalau aku lemas ke apa, dia boleh bagikan CPR. Selama ni, kalau
snorkelling, aku tak pernah risau pasal tak tahu berenang, tapi aku lagi risaukan siapa lah yang akan bagi CPR kalau aku lemas. :p
ENAM BELAS. Dididik oleh Mak Abah sejak kecik mandi pakai
water heater. Bila masuk asrama sampai lah duduk rumah sewa kat universiti, gigih lah aku masak air guna cerek elektrik untuk mandi. Bila dah kahwin, masa rumah takde
water heater lagi, jadik kerja harian Cfu pulak gigih nak menjerang air mandi aku.
Terharu tau i, sayang! *mata berkaca-kaca*. Dan, jangan tak tahu, mak dan ayah mertua aku siap pasangkan
water heater khas kat bilik air rumah Terengganu tu sempena nak sambut aku jadik menantu.
(Oh, aku memang sayang ayahbonda mertua secara banyak!)
TUJUH BELAS.Sangat
high dengan bau petrol, bau ekzos, bau bayi dan bau suami peliharaan lepas mandi. Manakala bau rokok, bau mulut dan bau tengik ketiak adalah sangat-sangat anti-klimaks buat aku.
LAPAN BELAS.Suatu masa dulu, pernah selalu bergayut kat telefon dengan sepupu-sepupu lelaki sendiri. Macam bergayut dengan
boyfriend, gitu. Sampaikan mak aku risau kot-kot aku bertemu jodoh dengan sepupu sendiri. (
Amat tidak digalakkan ye, adik-adik sekalian. Dikhuatiri akan mewarisi penyakit genetik kalau berkahwin dengan kaum keluarga terdekat.)
SEMBILAN BELAS.Sangat sakit hati nak baca SMS yang adik-adik aku hantar. "
Yo, SisTaH! Nk Gi UmAh Ko WiKeN nI bLe x? KiToRg Nk TrOn KL nI, dE hAl cKiT." Penat I TuLis KeciK BeSaR, KeCiK bEsAr MaCaM nI tAw, uoLLs! Adooooiii aiii! *pengsan*
DUA PULUH.Ramai orang kata, aku ni nama je anak sulung, tapi perangai manja serupa mengalahkan anak bongsu. Tapi, manja-manja aku pun, ada tali pinggang merah dalam Taekwondo, tau.
Don't play-play, haa!
Ambik kau. Orang mintak 16, aku bagi 20. Terlebih sudah!
Giliran untuk sampaikan tag ini kepada 16 orang lain.
Kamu. Sila buat.
Kamu. Kamu. Kamu.
... dan kamu juga.
eh eh buat-buat pandang tempat lain pulak.
Ingat aku tak tahu kamu tengah baca.
Senyap-senyap tak nak mengaku pulak.
Semua orang yang membaca entri ini, sila lah membuat!
Tiada kompromi.
*aku memang kejam*
:p
HER : Ni yang aku tak suka update blog masa hari minggu. Suami peliharaan ada kat sebelah dok intai-intai je nak tau apa yang aku tulis. Memang anti-klimaks betul aa dia ni.