Thursday, April 23, 2009
Tingkat 4 versi Najib
Sekiranya tuntutan mereka ini tidak dipenuhi, maka jangan berharaplah dapat berjumpa Abdullah. Begitu sekali kuasa yang berada di tangan mereka, juga tidak perlu diketahui mengenai percaturan politik yang mereka buat demi menjalankan bidak-bidak catur permainan mereka sewenang-wenangnya, wiama orang kerajaan dan menteri sekali pun di bawah kekuasaan mereka.
Kecaman hebat Mahathir dan kekhuatiran beliau bahawa fenomena ini akan berulang di bawah pemerintahan Najib nampaknya berasas. Tingkat 4 kini dikuasai oleh orang baru, namun dengan modus operandi yang sama. Adakah mereka tidak belajar dari sejarah kejatuhan Abdullah yang menyaksikan bagaimana tingkat 4 telah menyebabkannya tersungkur.
Najib ada hanya 3 tahun untuk mendengar dan mengamalkan amanat Abdullah, jangan gunakan order lama sekiranya hendak memastikan kelangsungan UMNO-BN. Amanat tersebut merupakan sesuatu yang ikhlas daripada Abdullah, yang secara peribadinya, masih sayang kepada UMNO.
Andai kata Najib hanya memikirkan bagaimana hendak memenuhkan kantungnya dan Rosmah sahaja, bermakna, teruskanlah dengan agenda tingkat 4 ini, dan tunggu saat kejatuhan di mana UMNO-BN akan terus berkubur dengan order lamanya.
Tuesday, April 21, 2009
Tok Det marah media
Namun, kedengaran berita songsang di sebelah media barat yang menyatakan bahawa "Mahathirism" telah kembali dengan banyak petunjuk menuju ke arah tersebut. Media barat juga seolah-olah secara terancang telah mengaitkan Najib dengan isu rasuah dan pembunuhan seorang rakyat Monggolia.
Siaran media ini turut di tuduh oleh Tok Det di beri maklumat daripada sumber dalaman, dan segalanya demi memenuhi tuntutan politik seseorang. Tok Det menyelar tindakan media barat ini yang melebelkan Najib sebagai pariah yang memerintah sebuah negara dan menuduh satu usaha terancang sedang giat dijalankan untuk menjatuhkan Najib.
Saturday, April 18, 2009
Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak
Mohamed Hanipa Maidin Fri | Apr 17, 09 | 10:14:14 pm MYT Harakahdaily | |
Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah. Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak? Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat. Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut. Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan. Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut: Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan. Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah. Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas. Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar. Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut. Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut: 1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah. 2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang. 3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah. 4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang. 5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya. 6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak. 7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009. 8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah. Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan. Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka. Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut. Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya. Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak. Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku. Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang. Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker. Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini. Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_ |
Thursday, April 16, 2009
Beri tempoh 48 jam pasang semula bendera besar PAS
Wed | Apr 15, 09 | 2:47:43 pm MYT
BANDAR JENGKA 15 April (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, Dato' Tuan Man memberi tempoh 48 jam kepada pencuri bendera PAS di Felda Semerak (Jengka 15) memasang kembali bendera di tempat asalnya atau akan menghadapi tindakan undang-undang.
Di fahamkan bendera besar yang dipasang di atas tanah persendirian sejak sethun lalu itu didapati hilang pada 14 April lalu dipercayai angkara perbuatan Majlis Daerah Maran (MDM). Ekoran itu, PAS Cawangan PAS berkenaan, diketuai Engku Amir Zahar, Rosdi Ismail dan tuan tanah Haji Suhaimi Shuib telah membuat laporan polis di balai Polis Daerah Maran.
Pihak PAS mendesak agar mereka yang telah membuang bendera tersebut supaya memasang kembali kerana bendera tersebut berada dalam tanah pesendirian.
Difahamkan isu bendera berkenaan telah dibangkitkan oleh seorang ahli jawatankuasa Umno Jengka 15 bernama Sulaiman Juara (nama gelaran). Sulaiman dikatakan begitu tertekan selagi bendera PAS berdiri megah di situ dan mahu tindakan diambil.
Difahamkan bendera berkenaan dipasang di atas tanah milik Allayarham Haji Shuib (bekas Ketua PAS Cawangan Felda Semerak) . Bendera berkenaan terus kekal di situ walaupun Allahyarham telah meninggal dunia atas kebenaran anak Allahyarham.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Wan Salman Ismail didakwa turut tertekan dan menyokong cadangan Sulaiman. Ini kerana kewujudan bendera berkenaan tentunya menyakitkan matanya setiap kali berulang alik ke Jengka 15.
Di atas arahan (salahguna kuasa) Adun berkenaan maka MDM dipercayai menjalankan operasi pembersihan lambang lambang parti politik di seluruh daerah Maran.
Bagaimanapun, seperti biasanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan masih mengekalkan ciri-ciri 'bebal' di mana hanya lambang pihak lawan Umno-BN sahaja yang dimusnahkan.
Dalam tinjauan yang dibuat, masih terdapat signboard besar Umno-BN terpampang simbul dacing berhampiran simpang Tasik Jaya Bandar Jengka masih berdiri kukuh tidak diusik oleh penguatkuasa MDM.
Timbul perseolan apakah peraturan yang dibuat hanya untuk parti bukan Umno-BN, manakala Umno-BN kebal daripada tindakan? - mns_
Tuesday, April 7, 2009
Petugas BN mencabul dan melondeh seluar Srikandi
Sunday, April 5, 2009
Pemuda di sekat berjumpa rakan
Adalah menjadi suatu pertanyaan, sejak bila PR mengeluarkan arahan kepada sesiapa pun secara rasmi untuk tidak bercampur-gaul dengan Pemuda UMNO, di mana, tuduhan ini dapatlah dipertikaikan. Malah, dengan segala jentera dan kekuatan BN, adalah mustahil Pemuda UMNO tidak dapat mendekati golongan ini.
Kemungkinan, golongan muda sendiri sudah muak dengan pendekatan Pemuda UMNO yang merasuahkan kain pelikat, beras dan sebagainya sebagai umpan pilihanraya. Bila pilihanraya selesai, kelibat mereka yang amat prihatin ini juga akan hilang daripada pandangan.
Janganlah menyalahkan pihak lain apabila jentera parti lemah menjalankan tugas menarik pengundi baru menyokong BN. Razali disarankan turun padang dan berjumpa sendiri dengan golongan muda untuk mengetahui perkara sebenar apa yang tersarang di hati mereka, itu pun sekiranya Razali ikhlas dengan tindakan beliau untuk berjumpa golongan muda.
Saturday, April 4, 2009
Mahathir dan Siti Hasmah menyertai semula UMNO
Turut menyerah borang keahlikan untuk menyertai semula Umno ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak lelakinya, Datuk Mokhzani.
Borang tersebut diserahkan Najib dalam sidang akhbar selepas mereka mengunjungi perdana menteri, di kediaman rasminya di Sri Satria pagi tadi.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau belum pasti cawangan Umno yang akan disertainya.
Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam satu ceramah di Alor Star pada 19 Mei tahun lalu tahun atas alasan hilang kepercayaan terhadap parti itu.
Sementara itu, Najib berkata sesiapa sahaja boleh menyertai semula Umno untuk memperkukuhkan parti.
Di samping itu, katanya, Dr Mahathir juga akan membantu BN berkempen dalam kesemua tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batanga Ai.
Mengenai kabinet baru, Najib berkata, beliau memerlukan masa kerana ramai pekerja parti sibuk berkempen dalam pilihanraya kecil berkenaan.
Sunday, March 29, 2009
Umno restui dan pilih pemimpin rasuah - Mahathir
Demikian luahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam nukilan peribadinya di blognya semalam.
"Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung Umno kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.Memanglah saya terasa sedih kerananya.
"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah,"jelasnya.
Menurutnya, perwakilan pemuda memilih ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda.
"Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.
"Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding,"katanya.
Beliau juga menyindir, betapa tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.
"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno,"ulasnya secara sinis.
Tambahnya, Pemuda Umno telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri.
"Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia,"tegasnya.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan mengenai proses pengiraan undi yang tidak masuk akal.
"Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?
"Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.
"Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa,"jelasnya lagi.
Dan katanya, "inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah." - mks. _
Monday, March 23, 2009
Khairy Bertanding, Ali Melepas
Ali bagaimana pun tidak menerima nasib yang sama, bilamana beliau didapati bersalah kerana terdapat agen beliau yang mengamalkan politik wang di dalam strategi Ali untuk memenangi hati perwakilan. Di dalam amalan politik wang parti UMNO, seseorang perwakilan akan di"hadiah"kan perbagai kemudahan seperti wang ringgit, pakej perlancongan, wanita sundal, dan lain-lain lagi yang di anggap bukan sebagai rasuah. Ianya adalah hadiah yang dibolehkan dan hanya didapati bersalah sekiranya terdapat aduan daripada akar umbi kepada Lembaga Disiplin UMNO. Walau pun telah didapati bersalah, pesalah tersebut tidak akan di dakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdapat dua undang-undang yang berfungsi di Malaysia, dan acap kali, terdapat pertuduhan terpilih bilamana SPRM hanya diam membisu apabila melibatkan pucuk pimpinan tertinggi UMNO manakala tindakan yang sangat pantas, cekap dan teratur di ambil terhadap pihak lawan. Begitulah resam budaya politik di Malaysia apabila pucuk pimpinan tertinggi negara adalah berkuasa melebihi segala-galanya.
Sunday, March 8, 2009
Demo anti-PPSMI dihujani gas polis
Pihak polis telah menyembur air dan gas pemedih mata kepada para pengikut perarakan tersebut yang menyaksikan juga sasterawan negara, A. Samad Said mengesat airmata akibat terkena gas pemedih mata.
Amat memilukan apabila bantahan secara aman serta diperkenankan oleh DYMM Sultan Mizan untuk dihantar kepada baginda di Istana Negara telah dianggap sebagai perhimpunan haram oleh pihak Syed Hamid. Demokrasi tidak ujud di bumi Malaysia, yang wujud hanyalah demokrasi terpilih.
Era kebebasan bersuara telah berkubur di dalam kamus politik negara tercinta ini. Mana mungkin negara yang melaungkan kebebasan bersuara menghalang perhimpunan dan perarakan secara aman, serta diperkenankan oleh pucuk pimpinan negara, menyemburkan air serta gas pemedih mata kepada rakyatnya sendiri.
Sedarlah, kezaliman sebegini akan menambahkan lagi kebencian rakyat kepada pemerintah kini dan akan mempercepatkan lagi proses perkuburan UMNO.
Tuesday, March 3, 2009
Monday, March 2, 2009
Pintu Utama Bangunan Setiausaha Perak Di Tutup
Sayugia diingatkan, BN juga telah memfailkan saman di mahkamah tinggi Ipoh untuk membatalkan tindakan Sivakumar menggantung kehadiran Zambry dan exco-exconya serta membatalkan tindakan Nizar yang memfailkan saman ketidak-sahan Zambry di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.
Pada masa kini, kelihatan kehadiran Polis Simpanan Persekutuan di perkarangan bangunan setiausaha Negeri Perak. Pihak polis telah mengeluarkan kenyataan berkenaan kesalahan menyertai sebarang rapat umum dan tindakan tangkap boleh dikenakan.
Episod serang balas ini adalah tindakan terakhir yang diambil oleh BN untuk membatalkan persidangan DUN esok. BN berselindung di sebalik kekuatan polis buat kesekian kalinya. Langkah ini akan dapat menyelamatkan BN daripada menghadapi satu malapetaka yang amat dahsyat, iaitu pilihanraya negeri Perak.
Walaupun langkah tersebut nampak seperti pengecut, namun, ianya berjaya menghalang PR daripada membubarkan DUN. Keadaan politik Perak nampaknya lebih teruk bergolak. Namun, kerajaan Perak seolah-olah telah bergerak secara sendirinya, tanpa mengetahui siapa menteri besar yang sebenar dan siapa yang berkuasa.
Pertelingkahan yang memerlukan campurtangan terakhir dari Sultan Azlan ini di harap akan menuju kepada pembubaran DUN supaya Perak dapat meneruskan agenda pembangunannya dan mengenepikan sebarang politikus yang hanya mengambil kesempatan untuk mempopularkan dirinya.
Saturday, February 28, 2009
Malaysia siapa?
Bolehkah perkara ini dilaksanakan? Mengapa tidak? Malaysia adalah milik kita semua. Parlimen berkuasa ke atas perjalanan dan hala tuju negara kita. Tiada sesiapa yang lebih tinggi dari Parlimen buat masa ini. Jalankan tugas, bukannya bercakaran sesama sendiri. Tidak penting siapa yang mencadangkan usul ini. Paling penting, setiap ahli parlimen beragama Islam wajib menyokong usul tersebut.
Sekiranya ini terjadi, kuasa pemerintahan akan beralih kepada khalifah yang dilantik oleh dewan syura. Keahlian untuk dewan syura akan dikepalai oleh seorang ulama yang mengetuai sekumpulan ulama seramai 20 orang diikuti pula oleh mereka yang terpilih oleh rakyat seramai 15 orang. Ahli dewan rakyat kini akan berkhidmat dibawah seorang khalifah yang menentukan hala tuju negara kita. Namun, kuasa khalifah dapat ditegur oleh sesiapa sahaja, dan sekiranya terbukti khalifah berkenaan melakukan kesalahan tersebut, beliau dikehendaki menyerahkannya kepada dewan syura untuk membuat keputusan yang perlu diakur oleh khalifah berkenaan.
Para ahli dewan rakyat akan meneruskan tugasan mereka masing-masing mewakili kawasan mereka. Semua peruntukan kawasan akan dikeluarkan secara telus. Tiada unsur penyalah gunaan kuasa timbul. Kemudahan e-Kerajaan digunakan sepenuhnya oleh keseluruhan kakitangan kerajaan, sehingga ke tahap, mereka boleh melakukan tugasan tersebut dari rumah mereka. Ini akan menjimatkan banyak kos bahan api yang dapat dijimatkan daripada perjalanan yang perlu dilalui setiap hari ke pejabat.
Perlaksanaan e-Kerajaan secara total akan turut mengurangkan kos kertas dan bahan alatulis secara mendadak, di mana peruntukan tersebut dapat disalurkan kepada perkara yang lebih berfaedah, seperti menangani kemiskinan di Malaysia, mendirikan kemudahan awan dan memperkembangkan lagi pusat internet untuk rakyat menggunakan e-Kerajaan. Percukaian, lesen motor kereta, cukai jalan, segalanya diurus menerusi e-Kerajaan. Rakyat Malaysia tidak akan membazir masa untuk beratur dan sebagainya.
Pembayaran masa kini amat mudah, dengan debit kad yang berlambak di pasaran. Pilih satu, dan teruskan dengan urusan kerajaan, hanya dari rumah anda atau pusat internet. Secara tidak langsung, kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat terbanyak dengan penubuhan rangkaian pusat internet umum yang khusus untuk berurusan dengan kerajaan secara percuma.
Undang-undang Islam yang telah ditegakkan dijalankan secara betul. Pencuri yang dibuktikan menerusi perundangan Islam, dengan saksi yang cukup dan sah, akan di potong tangan kiri dikhalayak umum. Kes jenayah juga akan turun mendadak. Bukan jenayah tidak ada, tapi dalam jumlah yang sedikit. Amat sedikit. Penerapan nilai dan kehidupan secara Islam dilaksanakan secara penuh. Semua berhenti dan berjemaah apabila masuk waktu. Lain-lain bentuk hiburan sedia ada masih dibenarkan beroperasi, tetapi khusus untuk bukan Islam sahaja.
Bolehkah? Mengapa tidak? Negara ini negara kita dan cara telah disuarakan oleh rakyat. Saya telah menjalankan tugas saya semoga Allah mengampunkan saya diatas segala kesalahan saya.