Wednesday, April 29, 2009

Najib jual Islam

Kabinet Najib memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan kabinet Najib itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan menggunakan bukti sijil kelahiran.

Persoalan yang berlegar di minda rakyat kini, adakah kanak-kanak ini akan dibesarkan mengikut fahaman asal Mohd. Ridzuan dan mereka hanya boleh membuat pilihan apabila mencapai umur 18 tahun?

Bagaimana Ridzuan sebagai penganut baru Islam dapat melihat sahaja anak-anaknya dibesarkan di dalam kegelapan apabila Ridzuan sendiri telah menemui cahaya keislaman? Bagaimana beliau hendak menerapkan unsur-unsur dan fahaman Islam sekiranya anak-anak beliau dibesarkan mengikut tradisi Hindu?

Bagaimana sebuah jawatankuasa yang begitu besar tanggung-jawabnya di pengerusikan oleh bukan ahlinya? Apa yang Koh Tsu Koon dan S. Subramaniam tahu mengenai keIslaman berbanding Dr. Hassan Din atau Dr. Haron Din? Mengapa jawatankuasa tersebut idak dipengerusikan oleh mufti negara?

Najib, janganlah esok anda dipersoalkan mengenai perkara ini.

Tuesday, April 28, 2009

Ladang babi moden (BM)

Ekoran merebaknya selsema babi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya pelaksanaan sistem ladang ternakan babi moden disegerakan supaya risiko dan kegusaran masyarakat umum dapat dikurangkan.

Penternakan babi secara moden akan membenteras penyakit-penyakit berjangkit yang terhasil daripada proses penternakan babi. Babi yang di ternak secara moden juga akan membesar dengan cepat dan memberikan pulangan yang lebih kepada pengusaha.

Persekitaran alam lebih terjaga di mana hasil buangan babi perlu di rawat sebelum dilepaskan ke alam persekitaran. Penternakan moden babi amat dialu-alukan kerana tahap penternakan babi kini tidak menghasilkan sebarang jaguh yang boleh diketengahkan kepada rakyat.

Saman Zambry-Nizar balik ke Mahkamah Tinggi

Apr 28, 09 3:58pm
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-undangan Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada hari Isnin. Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.

nizar jamaluddin dr zambry abdul kadir perakKali pertama ialah pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan.

Alauddin, Hakim Besar Malaya Datuk Ariffin Zakaria dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusuf

dan Datuk James Foong hari ini dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar yang sah.

Dengan panel lima hakim itu yang bersidang, permohonan Mohammad Nizar bagi panel sembilan hakim untuk mendengar kes itu telah ditolak.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, peguam yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah membantah permohonan Zambry atas alasan wujud pertikaian fakta berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadual didengar di Mahkamah Tinggi minggu depan.

Wujud percanggahan


Katanya percanggahan itu adalah antara apa yang diikrarkan oleh Ahmad Kamal dalam afidavitnya dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan antara Mohd Nizar dan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 4 Februari 2009.

"Saya menegaskan bahawa semasa saya menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan, saya tidak pernah menyatakan dan tidak memaklumkan, dan tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan bahawa terdapatnya kehilangan kepercayaan terhadap saya sebagai Menteri Besar oleh majoriti ahli-ahli DUN. Saya juga tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

"Merujuk kepada afidavit penasihat undang-undang, saya menyatakan bahawa versi Datuk Ahmad Kamal berkenaan apa yang telah berlaku adalah salah dan tidak tepat," kata Sulaiman ketika membacakan afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar.

Beliau juga berhujah Ahmad Kamal telah mewakili Zambry apabila kes itu disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof pada 18 Februari.

"Datuk Kamal telah mewakili Zambry dan ini jelas menunjukkan yang beliau tidak bersikap berkecuali," kata Sulaiman.

Prinsip 'res judicata'


Katanya atas prinsip "res judicata" (perkara yang sudah diputuskan), permohonan itu tidak sepatutnya didengar oleh Mahkamah Persekutuan kerana permohonan yang sama terhadap isu yang sama telah ditentukan oleh mahkamah yang sama pada 23 Mac.

Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry dalam hujahan balasnya berkata terdapat keterangan dokumen berdasarkan dua pucuk surat yang ditulis oleh Mohd Nizar kepada Sultan Perak pada 4 dan 5 Februari untuk menunjukkan tidak terdapat pertikaian fakta seperti dakwaan responden.

Beliau juga berkata prinsip 'res judicata' tidak boleh diguna pakai kerana isu Perkara 63 tidak timbul pada perbicaraan di Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, peguam Mohd Reza Hassan selaku peguam pemerhati bagi Barisan Nasional dan Penolong Penasihat Undang-undang Negeri Perak Zulqarnain Hassan.

Di luar mahkamah, Mohd Nizar berkata kepada pemberita bahawa keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad.

"Saya harap persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Tidak perlulah kita tergesa-gesa (untuk membuat persidangan itu) kerana terdapat banyak fakta-fakta yang dipertikaikan di sini," katanya.

Saturday, April 25, 2009

Kalau aku jadi PM - dari laman N12 Penanti secara peribadi

Saturday, April 18, 2009

Kalau aku jadi PM

Orang akan bertanya, apa aku akan buat kalau aku yang jadi PM. Pada aku persoalan itu sangat enteng bagi ku. Di Malaysia, terdapat 222 kerusi parlimen. Di dalamnya, terdapat 505 kerusi DUN. Dalam masa 3 tahun sementara nak PRU ke 13, aku akan bangunkan 1 parlimen dengan IKS asas.

Maksud aku, peruntukan sebanyak RM10 juta akan dilaburkan untuk membina sebuah industri asas, seperti mee kuning, kicap, koe teow, tahu dan lain-lain lagi. Setiap kilang di perlimen ini dapat menampung keperluan di 10 kawasan parlimen. Bermakna, untuk aku menyediakan keperluan asas di 222 parlimen, aku perlu menyediakan 23 kilang mega yang mengeluarkan satu jenis bahan asas.

Akan ujud 23 kilang mee kuning, 23 kilang koe teow dan sebagainya. Sekiranya 1 kilang menyediakan peluang pekerjaan kepada 1,000 orang, aku telah pun menyediakan 23,000 peluang pekerjaan kepada rakyat aku hanya dengan 1 produk asas sahaja.

Andaikata, terdapat 20 produk asas yang perlu digunakan oleh rakyat aku, secara tidak langsung, aku telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 460,000 pekerja. Itu belum mengambil kira sektor pembinaan yang akan menjadi rancak dengan segala keperluan infrastruktur dan pembinaan kilang. Secara tidak langsung, aku menghidupkan lagi 23 industri hiliran.

Kos untuk aku hanyalah RM230 juta untuk satu produk asas, manakala jumlah keseluruhan adalah RM4.6 bilion. Nak bina 460 kilang ini di merata parlimen memerlukan satu konsep kesamarataan di mana, semua pihak yang berupaya untuk melaksanakan projek ini di jemput untuk mengambil bahagian.

Bermakna, semua pihak mendapat bahagian, tidak di bolot oleh satu pihak sahaja, dan harga akan naik melambung berkali ganda jika konsep payung digunakan. Ketirisan tidak dibenarkan dalam pemerintahan aku. Tempoh pembinaan kesemua kilang-kilang ini mengambil masa 1 tahun.

Lagi 2 tahun, aku sedia peluang pekerjaan kepada rakyat aku. Di samping tu, aku akan mendapatkan pelabur dari timur tengah yang dahagakan peluang pelaburan setelah pusat pelaburan mereka di Amarika dan Eropah lumpuh dek kegawatan dunia sekarang. Malaysia punya nama di kalangan anggota OIC. Mesti depa nak deghaq jugak idea aku.

Pangge depa ni laboq dalam industri IT dan Animasi. Hidupkan balik e-village, tak banyak mana dah nak top up. Paling kuat, katalah lagi RM1 bilion. Bagi pak arab ni, RM1 bilion tak dak apa, duit depa belambak. Juai la 75% dari RM1 bilion tu tapi bagi saham 40% saja. Baru negara ada untung. La ni, berlambak budak IT tak dak kerja. Pangge depa ni, serap masuk dan bagi latihan semula.

Tengok pulak kot belah kampong tu, yang mana dah tinggai oghang tua-tua saja yang dok buat bendang, getah dan kelapa sawit, modenkan proses dan operasi. Gunakan traktor berskala kecil, yang boleh dikendalikan oleh orang tua-tua dengan mudah. Kita ada SIRIM, Mardi, UTM, depa ni semua boleh cipta prototaip. Nak bina, kilang pemasangan otomotif kita berlambak, bagi ja depa pasang.

Kalau nak bagi banyak kerja, buat pulak kilang traktor kecik sebuah. Dah tambah satu lagi pelaburan. Hishh.. berlambak lagi idea aku kalau aku jadi PM. Tak dak masa agaknya aku nak pi mengintai salah laku oghang lain. Nak buat gheja yang aku habaq tadi pun dah kira tak cukup masa dah.

Mana nak pikiaq lagi cara percambahan modal intelek dan harta intelek. Tempat ni la buat duit paling banyak. Cipta idea ja, orang lain buat, tapi depa kena bayaq kat kita. Baghu tak sia-sia angan-angan mat jenin tu.

Sapa kena tangkap bagi atau terima rasuah, dua-dua kena tangkap dan letak kat pulau asing selama 5 tahun. Pandai-pandai depa la macam mana nak hidup. Takat makan minum dan tempat rehat tu aku bagi. Lain-lain, lu pikiaq la sendighi.

Bagi yang berzina, depa ni aku boh kat pulau lain pulak. Zuriat depa boleh berkembang di pulau ni. Samping tu, aku bagi asuhan keagamaan yang lebih sikit. Bagi depa ni insaf dan jadi ibu-bapak yang soleh. Bagi depa ni peluang, tebus kesalahan. Apabila sudah bersedia untuk ke pangkuan masyarakat, boleh mai balik. Tak pa.

Bab cughi ni, aku kena tengok sebab. Kalau pasai terpaksa, aku boleh maafkan. Kalau sebab suka-suka, aku tarbiah dia kat pulau lain. Bagi depa ni balik ke pangkal jalan. Lepaih tu, hantaq balik dalam masyarakat. Kalau kena tangkap lagi, sebab suka-suka, aku potong tangan kighi. Tapi kalau sebab terpaksa, aku lepaihkan dengan peringatan terakhir, kena tarbiyah jugak dulu setahun dua.

Kighanya, setaip apa yang hendak di buat, kenalah berdasarkan hukum Islam yang sebenaq. Baru negara aku maju. Demokrasi dah telungkup dah, komunis kigha hampir out, tapi ekonomi masih rancak, tinggai Islam saja yang belum kita cuba.

Maka, kalau aku jadi PM, aku akan buat macam mana Madinah di bina dalam masa 22 tahun. Kigha ok la tu, sama dengan masa Tok Det jadi PM. Insyaallah, kalau masin mulut kawan-kawan aku, hampa kena ingat, hampa baca kat blog ni.

'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti

Johari Jaafar
Fri | Apr 24, 09 | 3:38:19 pm MYT

IPOH, 24 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert "Sure Heboh" (sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. - mns_

Thursday, April 23, 2009

Laporan polis palsu GMP terhadap Malaysiakini

Harakahdaily
Thu | Apr 23, 09 | 1:13:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Keghairahan 'membela istana' mendatangkan musibah kepada Gagasan Melayu Perak (GMP) apabila pertubuhan NGO itu bertindak membuat laporan palsu terhadap laman berita portal internet, Malaysiakini.

Dalam laporan palsunya itu, Presiden GMP Mohd Hilmi Ismail mendakwa kononnya Malaysiakini telah menerbitkan artikel yang "menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Artikel bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada Selasa lalu.

Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan laman web terbabit mendapati tiada berita seumpama itu diapungkan pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama pada 19 April.

Pengerusi Bernama ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak.

Mohd Hilmi dan gerombolannya telah membuat laporan palsu itu di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.

Laporan Bernama menyebut, Mohd Hilmi memberitahu wartawan bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan Malaysiakini itu sebagai biadap dan tidak menghormati institusi istana Perak.

Mohd Hilmi juga berkata, GMP berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya mengambil tindakan terhadap laman sesawang terbabit kerana menyalahgunakan teknologi maklumat tanpa memikirkan implikasinya terhadap keselamatan negara.

hanya dimaklumkan kakitangan

Malaysiakini yang kemudiannya menghubungi GMP pagi tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis palsu itu dimaklumkan Mohd Hilmi bahawa beliau "tidak menyedari Malaysiakini telah menyiarkan berita seumpama itu sebelum membuat laporan polis".

"Saya tidak tahu menahu tentang artikel itu. Saya diberitahu oleh kakitangan saya dan membuat laporan polis," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada beliau menyedari bahawa laporan polis palsu itu boleh memburukkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi bertanya:

"Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysian Today atau blog lain?"

Sehubungan itu Malaysiakini menuntut Mohd Hilmi menyiarkan permintaan maaf kerana membuat laporan palsu.

Laman sesawang itu juga berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP.- tajdid _

Tingkat 4 versi Najib

Mahathir mengecam hebat peranan tingkat 4 semasa era Abdullah memerintah. Sekelompok individu yang dikatakan menduduki tingkat 4 tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan atau pun parti politik, mempunyai kuasa penuh untuk menjadi penghubung dengan PM.

Sekiranya tuntutan mereka ini tidak dipenuhi, maka jangan berharaplah dapat berjumpa Abdullah. Begitu sekali kuasa yang berada di tangan mereka, juga tidak perlu diketahui mengenai percaturan politik yang mereka buat demi menjalankan bidak-bidak catur permainan mereka sewenang-wenangnya, wiama orang kerajaan dan menteri sekali pun di bawah kekuasaan mereka.

Kecaman hebat Mahathir dan kekhuatiran beliau bahawa fenomena ini akan berulang di bawah pemerintahan Najib nampaknya berasas. Tingkat 4 kini dikuasai oleh orang baru, namun dengan modus operandi yang sama. Adakah mereka tidak belajar dari sejarah kejatuhan Abdullah yang menyaksikan bagaimana tingkat 4 telah menyebabkannya tersungkur.

Najib ada hanya 3 tahun untuk mendengar dan mengamalkan amanat Abdullah, jangan gunakan order lama sekiranya hendak memastikan kelangsungan UMNO-BN. Amanat tersebut merupakan sesuatu yang ikhlas daripada Abdullah, yang secara peribadinya, masih sayang kepada UMNO.

Andai kata Najib hanya memikirkan bagaimana hendak memenuhkan kantungnya dan Rosmah sahaja, bermakna, teruskanlah dengan agenda tingkat 4 ini, dan tunggu saat kejatuhan di mana UMNO-BN akan terus berkubur dengan order lamanya.

Lelong Camry kemudian beli Mercedes?

Salmah Mat Husain
Wed | Apr 22, 09 | 6:49:48 pm MYT

KOTA BHARU, 22 April (Hrkh) - Membazir atau belanja berhemah apabila mahu melelong kereta yang baru dibeli.

Tentunya sesuatu yang agak janggal kerana kebiasaan kereta kerajaan yang dilelong sudah berusia dan tidak ekonomik lagi untuk digunakan.

Sebaliknya 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat di Perak tidak sampai setahun sudah mahu dilelong kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN).

Tetapi itulah yang berlaku di Perak apabila kerajaan BN yang mendapat kuasa melalui rampasan secara paksa mempamerkan keanguhan biar pun baru dua bulan mentadbir.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apabila dilelong sudah tentu kenderaan yang baru pula akan dibeli kerajaan BN di Perak dengan harga lebih tinggi.

"Apabila kereta Camry dilelong harganya tentu menjadi lebih murah berbanding harga asal.

"Lainlah kalau kerajaan negeri membeli proton Exora yang baru dilancarkan, barulah munasabah.

"Nanti pendapatan hasil lelongan tersebut digunakan untuk membeli kereta yang lebih mahal, ia tentunya akan merugikan lagi," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Kerajaan kudeta di Perak dilaporkan akan melelong 16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat. Tender lelongan tersebut juga sudah dibuka.

Camry tersebut dibeli kerajaan Pakatan bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah lama digunakan kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui Perak Mac tahun lalu.

Pembelian dibuat memandangkan kos penyelenggaraan sebuah Proton V6 sehingga mencecah RM80,000.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak menjelaskan BN akan mengkaji kemungkinan tidak menyertai pilihan raya kecil Dun Penanti kerana tidak mahu membazir.

"Kenyataan itu jelas satu 'double standard' kerana dalam masa yang sama kerajaan BN di Perak pula mahu melelong kereta yang baru dibeli.

"Sekarang mereka berfikir seakan-akan menggunakan law of jungle pula," ujarnya.

Beliau juga percaya kemuncak krisis politik di Perak akan berlaku 7 Mei ini apabila diadakan persidangan Dun Perak, yang tentunya akan berlaku sesuatu.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha berkata, tindakan kerajaan kudeta BN di Perak melelong kereta baru dibeli sebagai tindakan mundur ke belakang.

Menurutnya begitu rendah harga diri kerajaan BN di Perak kerana bukan sahaja dendam kepada Exco Pakatan Rakyat tetapi marah juga kepada kereta Camry.

"Lebih parah lagi kalau mereka mahu menukar kepada kereta Mercedes selepas Camry dilelong. Di Perak sekarang yang tidak betul dijadikan betul dan yang betul dikatakan tak betul," katanya.

Menurutnya juga rakyat tidak timbul soal kereta, sebaliknya menuntut Dun dibubarkan. - mj _

Tuesday, April 21, 2009

Tok Det marah media

Tok Det (Mahathir Mohammad) telah kembali ke persada media apabila menyertai semula UMNO baru-baru ini. Beliau mendapat liputan siaran berita sejak akhir-akhir ini, di mana kita menyaksikan, Mukhriz juga turut terlantik sebagai Timbalan Menteri Miti di bawah kabinet baru Najib.

Namun, kedengaran berita songsang di sebelah media barat yang menyatakan bahawa "Mahathirism" telah kembali dengan banyak petunjuk menuju ke arah tersebut. Media barat juga seolah-olah secara terancang telah mengaitkan Najib dengan isu rasuah dan pembunuhan seorang rakyat Monggolia.

Siaran media ini turut di tuduh oleh Tok Det di beri maklumat daripada sumber dalaman, dan segalanya demi memenuhi tuntutan politik seseorang. Tok Det menyelar tindakan media barat ini yang melebelkan Najib sebagai pariah yang memerintah sebuah negara dan menuduh satu usaha terancang sedang giat dijalankan untuk menjatuhkan Najib.

Zambry perolehi perintah yang tidak laku

Mohamed Hanipa Maidin
Mon | Apr 20, 09 | 10:36:22 pm MYT

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:

"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."

(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)

b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).

Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.

Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?

Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.

JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.

Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"

Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.

Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).

Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.

Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.

Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.

Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.

Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:

"The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts."

(Keputusan Mahkamah tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)

Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa�apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.

Nota: Hanipa Maidin ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat dan ahli panel penasihat undang-undang, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.- tajdid_

Monday, April 20, 2009

SUK Perak lawan towkey

SUK Perak telah mengeluarkan arahan persidangan DUN Perak dengan membelakangi Sivakumar, yang tidak tahu menahu langsung berkenaan arahan tersebut. Kuasa eksekutif telah sekali lagi mencerobohi kuasa DUN di mana pada kali pertama, SUK telah mengumci bangunan SUK sehingga memaksa ADUN Perak mengadakan sidang dewan di bawah sebatang pokok.

Betapa memualkan apabila jentera kerajaan negeri digunakan oleh kuasa eksekutif demi tujuan politik dengan memijak lumat kuasa speaker dewan. Pandikar Amin tentu tidak akan membiarkan keadaan seperti ini berlaku di dewan rakyat yang mulia itu.

Atas dasar apakah Sivakumar perlu mendapat arahan daripada SUK. Bukankah sepatutnya Sivakumar yang mengeluarkan arahan. Nampaknya SUK dah lawan towkeynya dengan mengikut telujuk kuasa eksekutif. Pemisahan kuasa yang jelas ini telah dicerobohi kesuciannya oleh penggila dan perampok kuasa.

Perlukah Sivakumar menerima SUK seperti ini dan mendiamkan diri terhadap kelakuan yang begitu jijik di mata masyarakat antarabangsa. Tidak menghairankan sekiranya Sivakumar melantik SUK baru untuk menerajui ADUN Perak mengikut lunas-lunas yang telah tersedia.

Sunday, April 19, 2009

Sidang Dun Perak: Speaker dihina?

Johari Jaafar
Sun | Apr 19, 09 | 11:09:44 am MYT

IPOH, 19 April (Hrkh) - Speaker Dun Perak, V. Sivakumar melahirkan rasa kesalnya di atas tindakan Setiausaha Dun, Haji Abdullah Antong yang memanggil persidangan Dun tanpa pengetahuan beliau.

"Adakah ini usaha untuk memperkecil dan memperbodohkan Speaker?" soal V. Sivakumar mengenai prosuder penghantaran surat panggilan Sidang DUN pada 7 Mei akan datang.

Beliau memaklumkan kepada media bahawa beliau tidak tahu langsung mengenai tarikh persidangan yang sepatutnya dibincang terlebih dulu dengannya kerana sifat Speaker sebagai "ketua" Dun.

"Saya baru tahu tarikh sidang setelah menerima surat yang dihantar oleh Haji Abdullah Antong pada jam 10.30 pagi kelmarin.

Beliau tidak berminat untuk mengulas mengenai 7 Mei yang telah mendapat perkenan Sultan. Yang penting katanya "wrong approach" dan tidak ikut protokol "memaklum perkenan itu kepada Adun".

Sivakumar juga mempersoalkan tarikh sidang yang ditetapkan yang disifatkan sebagai berkata "kenapa kelam kabut?"

Sebagai perbandingan dia bertanyakan sekiranya Speaker Dewan Rakyat, Pendekar Amin menghadapi apa yang dialami beliau adakah dia boleh berdiam diri?

Demikianlah beberapa perkara besar yang menjadi kontroversi mengiringi tarikh sidang yang kononnya ditetapkaan oleh pihak "perampas kuasa" tanpa pengetahuan Speaker di Negeri Perak pada 7 Mei akan datang.

Semasa ditanya kepada Adun Titi Serong yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyuokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim mengenai adakah Adun PR akan hadir pada sidang 7 Mei katanya, "perkara itu tidak berbangkit kerana sekarang kita mempersoalkan bagaimana surat panggilan sidang itu disampaikan kepada kami, sah atau tidak". - mns_

Fairus berhenti, Najib sakit

Fairus, mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, telah mengosongkan jawatannya sebagai ADUN Penanti kerana alasan hendak meneruskan pelajaran. Fairus juga sedia maklum bahawa suatu siasatan sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas beliau yang melibatkan tuduhan rasuah penyalah-gunaan kuasa di dalam kes lesen kuari di Pulau Pinang.

Seorang pemimpin yang waras di negara maju yang menjunjung demokrasi akan meletakkan jawatan mereka atas dasar prinsip, demi membersihkan segala pertuduhan kepada mereka, agar jawatan mereka yang suci bersih tidak terpalit dengan kekotoran yang di cipta oleh individu. Maka, perletakan jawatan di lihat sebagai satu usaha murni pihak tersebut.

Namun di Malaysia, keadaan tersebut di anggap pelik. Najib meyuarakan bahawa tindakan tersebut bermotifkan politik, maka tidak perlu untuk BN menyertai PRK yang bakal datang nanti. Sememangnya, di Malaysia, jarang kedengaran pemimpin meletakkan jawatan atas dasar prinsip, kecuali Shahril Samad, yang ternyata permata yang bersinar di dalam lumpur.

Di Jepun, Perdana Menterinya silih berganti, namun negara matahari terbit itu masih lagi berfungsi seperti biasa, seolah-olah bergerak secara otomatik. Hanya tanpa arah tujuan daripada seorang ketua, sebuah negara masih lagi bergerak memenuhi kehendak rakyatnya. Orang ramai masih lagi meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Jadi, apa masalahnya bila Najib berkata demikian, adalah indikasi betapa Najib sudah sakit. Beliau dikhuatiri sakit hati kerana tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan satu lagi kekalahan di dalam PRK. Maka, keluarlah kata-kata azimat dari mulutnya, PEMBAZIRAN.

Sejak kebelakangan ini, Najib amat membenci pembaziran, maka akan terselamatlah sebahagian daripada komisen yang di tuduh di terima oleh Najib semasa menjadi Menteri Pertahanan dan mengurus pembelian Scorpene serta Sukhoi, daripada terpaksa dibelanjakan di dalam PRK.

Tahap kesakitan Najib ini tidak pernah di lihat sebelumnya oleh seorang PM baru. Najib ada 3 tahun lagi untuk memulihkan sakitnya, atau sakitnya bakal nazak dan melihat liang 6 kaki bawah tanah menanti BN di dalam PRU ke 13.

Saturday, April 18, 2009

Setiausaha DUN Perak di gantung

Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, di gantung oleh Sivakumar kerana telah mengeluarkan arahan persidangan DUN Perak semalam tanpa pengetahuan dan persetujuan Sivakumar.

Sehubungan dengan itu, Mohd Misbahul Munir Marduki telah di lantik sebagai setiausaha DUN Perak yang baru. Ada pihak mempertikaikan tidakan Sivakumar menggantung Abdullah dan menyamakan tindakan tersebut dengan membuang Abdullah, dengan menyatakan bahawa jawatan Abdullah adalah di bawah bidang kuasa JPA.

Mungkin pihak tersebut perlu meneliti tindakan yang di ambil oleh Sivakumar. Sivakumar hanya menggantung, bukan membuang Abdullah daripada jawatan tersebut. Tidak timbul siapa yang berkuasa terhadap tindakan ini, kerana, Sivakumar sememangnya berhak untuk menentukan siapakah yang perlu menerajui DUN Perak sebagai setiausahanya.

Bolehkah seorang setiausaha mengeluarkan arahan tanpa pengetahuan dan persetujuan bossnya. Adakah arahan tersebut sah dari segi undang-undang, dan adakah ADUN perlu mematuhi arahan persidangan tersebut lalu menghadiri sahaja persidangan tanpa mengetahui persidangan yang bakal diadakan adalah secara sah atau haram.

Sekiranya persidangan yang dihadiri adalah persidangan haram, bagaimana dengan implikasi kepada sebarang keputusan yang di capai semasa persidangan tersebut berlangsung. Segalanya terletak kepada Sivakumar yang kini sedang berusaha untuk mengadap Sultan Azlan demi memberi penjelasan berkenaan peristiwa terkini.

Najib sakit hati

Najib mendapat tamparan seterusnya setelah mendapat tamparan sulung akibat kegagalan beliau memenangi PRK yang lalu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kini, Penanti menanti Najib. Mula kedengaran bagaimana Najib berkeluh kesah mengenai pembaziran yang tidak diperlukan akibat daripada PRK Penanti ini.

Sekiranya kes Elizabeth Wong dapat diselesaikan secara baik, mengapa kes Fairuz tidak. Demikian antara persoalan yang bakal dikemukakan oleh pengundi, dan mungkin juga akan digunakan oleh Najib. Najib berasa gundah gulana apabila memikirkan jumlah wang yang banyak perlu dibelanjakan untuk menghadapi PRK nanti.

Selalunya, suasana PRK amat disenangi kaum puak juah UMNO kerana waktu inilah banyak durian runtuh. Projek poster, banner, bunting, kain rentang, dan lain-lain lagi menjadi rebutan. Itu belum mengambil kira projek mee segera yang menelan beberapa juta ringgit lagi.

Namun, setelah mengalami kekalahan sebanyak 4 kali berturut-turut, dan hanya dapat mempertahankana 1 kerusi sahaja, di dalam PRK selepas daripada PRU ke 12, Najib tidak berasa gembira untuk merayai kekalahan seterusnya. Ini akan mencalarkan rekod beliau sebagai PM yang baru.

Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, seorang PM baru berhadapan dengan kekalahan di dalam PRK semasa era pemerintahannya. Abdullah memulakan langkahnya dengan cemerlang, walau pun diakhiri secara tidak molek. Begitu juga PM yang terdahulu.

Najib perlu banyak beristiqamah dan menyelam jauh ke dasar lubuk hati yang nurani, apakah langkah yang perlu beliau ambil untuk mengatasi gelombang tsunami rakyat yang mengamuk dan memecah benteng rasional pemikiran pengundi.

Najib sendiri sudah melihat kesan amukan rakyat sewaktu menghadiri sidang Asean yang dibatalkan di Pattaya baru-baru ini. Perlukah Najib mengalaminya sendiri di negara sendiri, hanya Najib yang mempunyai jawapannya.

Kes MB Perak vs Sivakumar undang bahaya

Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Apr 17, 09 | 3:37:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Dato' Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak didakwa memberi implikasi 'bahaya' selepas ini.

Demikian kata peguam muda, Abdullah Abdul Karim kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu tersebut.

Bagi Abdullah, ia memberi implikasi kepada persoalan 'separation of power' (pengasingan kuasa) iaitu kuasa Speaker itu sendiri sudah boleh dibawa ke mnahkamah untuk dicabar.

Kes ini katanya menjadi 'precedent' (kes duluan) dan tidak mustahil akan berulang selepas ini.

"Nampaknya dewan itu sendiri kini tidak bebas, dan kuasa speaker boleh dicabar.Ia akan menyebabkan tidak ada lagi keistimewaan kepada Speaker.Ini akan mengundang bahaya," katanya.

Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara Komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi dengan keputusan ini, katanya.

Maknanya selepas ini di Dewan Rakyat sekalipun,sebarang tindakan yang dibujat Speaker Dewan akan terdedah untuk dibawa ke mahkamah,katanya.

Sebelum ini, Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran Dun. - mks.

(Ikuti berita sepenuhnya dalam edisi cetak Harakah akan datang)_

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Mohamed Hanipa Maidin
Fri | Apr 17, 09 | 10:14:14 pm MYT Harakahdaily

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Thursday, April 16, 2009

TELUK BAHANG (PENANG) Fisherman Found This ! Newspaper Not Allowed To Publish






Beri tempoh 48 jam pasang semula bendera besar PAS

Basiron Abdul Wahab
Wed | Apr 15, 09 | 2:47:43 pm MYT

BANDAR JENGKA 15 April (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, Dato' Tuan Man memberi tempoh 48 jam kepada pencuri bendera PAS di Felda Semerak (Jengka 15) memasang kembali bendera di tempat asalnya atau akan menghadapi tindakan undang-undang.

Di fahamkan bendera besar yang dipasang di atas tanah persendirian sejak sethun lalu itu didapati hilang pada 14 April lalu dipercayai angkara perbuatan Majlis Daerah Maran (MDM). Ekoran itu, PAS Cawangan PAS berkenaan, diketuai Engku Amir Zahar, Rosdi Ismail dan tuan tanah Haji Suhaimi Shuib telah membuat laporan polis di balai Polis Daerah Maran.

Pihak PAS mendesak agar mereka yang telah membuang bendera tersebut supaya memasang kembali kerana bendera tersebut berada dalam tanah pesendirian.

Difahamkan isu bendera berkenaan telah dibangkitkan oleh seorang ahli jawatankuasa Umno Jengka 15 bernama Sulaiman Juara (nama gelaran). Sulaiman dikatakan begitu tertekan selagi bendera PAS berdiri megah di situ dan mahu tindakan diambil.

Difahamkan bendera berkenaan dipasang di atas tanah milik Allayarham Haji Shuib (bekas Ketua PAS Cawangan Felda Semerak) . Bendera berkenaan terus kekal di situ walaupun Allahyarham telah meninggal dunia atas kebenaran anak Allahyarham.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Wan Salman Ismail didakwa turut tertekan dan menyokong cadangan Sulaiman. Ini kerana kewujudan bendera berkenaan tentunya menyakitkan matanya setiap kali berulang alik ke Jengka 15.

Di atas arahan (salahguna kuasa) Adun berkenaan maka MDM dipercayai menjalankan operasi pembersihan lambang lambang parti politik di seluruh daerah Maran.

Bagaimanapun, seperti biasanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan masih mengekalkan ciri-ciri 'bebal' di mana hanya lambang pihak lawan Umno-BN sahaja yang dimusnahkan.

Dalam tinjauan yang dibuat, masih terdapat signboard besar Umno-BN terpampang simbul dacing berhampiran simpang Tasik Jaya Bandar Jengka masih berdiri kukuh tidak diusik oleh penguatkuasa MDM.

Timbul perseolan apakah peraturan yang dibuat hanya untuk parti bukan Umno-BN, manakala Umno-BN kebal daripada tindakan? - mns_

RM 45,786 wang rakyat diguna untuk 'puji' Rosmah?

Harakahdaily
Wed | Apr 15, 09 | 10:46:40 am MYT

KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Demi memuji dan 'memuja' isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kerajaan Negeri Sembilan didakwa membelanja sejumlah RM45,786.00 membeli iklan di sebuah akhbar arus perdana.

Iklan satu muka itu telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk 'memuja' Rosmah yang sudi melawat daerah Rembau.

Ketika ramai pihak sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang pada 7 April lalu, Rosmah telah melawat Pusat Anak Permata Negara di Chembong, Rembau.

Menurut sumber akhbar itu harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM45,786.00

Demikian didedahkan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya yang mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang Perdana Menteri .

"....bagaimana dengan iklan di akhbar lain?

"Itu tidak termasuk berapa perbelanjaan banner sambutan, bendera (termasuk kos pemasangan) dan lain persiapan yang dibazirkan," katanya yang juga dikenali sebagai 'Chegubard'.

Sementara itu beliau juga turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Menteri Besar yang sama pernah dilaporkan dalam Laporan Audit Negara bahawa pernah melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang untuk rakyat miskin dan peruntukan lain untuk mengubah suai dapur rumahnya dan membuat 'banner' ucapan dan sambutan. - azm/mks._

Mana satu: One Nation atau One Umno?

Shirzad Lifeboat
Wed | Apr 15, 09 | 9:41:25 pm MYT Harakah

Slogan brainchild Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak belum pun lagi berusia sebulan.

Namun walau apa sekalipun yang dimaksudkan oleh beliau atau difahami oleh rakyat mengenai slogan tersebut, ia sudahpun menunjukkan tanda-tanda terdapatnya kekeliruan dan ketidak-terimaan rakyat mengenainya.

Jika apa yang dimaksudkan oleh Najib adalah kesatuan dan kebulatan pemikiran rakyat dalam mengharungi pelbagai cabaran yang berpunca dari faktor luaran seperti kesan krisis ekonomi global, maka sudah tentu rakyat akan bersama Najib sekiranya ekonomi dalam negeri bersabit pengguna, gaji dan sebagainya diperbetulkan terlebih dahulu oleh pentadbiran beliau dan rasuah serta pembaziran wang awam, penyalahgunaan kuasa dan political patronage dalam pemberian semua jenis kontrak kerajaan, seperti dalam kes pembelian tanah, pembinaan dan pengurusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang dan pemberian kontrak bot peronda Tentera Laut Malaysia dihentikan dan mereka yang terlibat di bawa ke muka pengadilan.

Namun sekirannya Najib mahukan kesatuan sedemikian dari rakyat dalam suasana rakyat masih marah dan tidak berpuashati dengan kerajaan UMNO-BN di atas perkara yang dikatakan itu, maka cita-cita aka slogan Najib mengenai One Nation akan merupakan tidak lebih dari satu slogan yang bakal menerima nasib yang sama sebagaimana slogan beberapa Perdana Menteri terdahulu.

One Nation adalah perkataan besar dan kerja yang hendak dibuat bagi mencapai matlamat yang seperti ditakrifkan oleh Najib juga sebesar.

Namun persoalannya apakah Najib boleh melakukannya apabila matlamat One Umno pun masih lagi begitu huru-hara.

Di Terengganu, beberapa orang ADUN Umno-BN dikatakan mahu membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar mereka yang juga dari Umno dan di Perlis, mantan Menteri Besar yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri mahukan kembali jawatan MB sedangkan Menteri Besar pula mahukan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri.

Di peringkat BN pula, beberapa orang tokoh dari parti komponen sudah menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai perlantikan atau tidak perlantikan pemimpin mereka dalam kabinet Najib.

Nampaknya masih banyak yang perlu dilakukan oleh Najib untuk mewujudkan One Umno dan One BN. Najib tentu lebih maklum One Nation tidak mungkin tercapai sekiranya parti dan gabungan parti yang sepatutnya menggalas tanggungjawab mencipta One Nation ini masih terus berpecah-belah tanpa kesatuan pemikiran jitu. - mks. _

Tuesday, April 14, 2009

Mahkamah Persekutuan dengar kes Zambry lwn Speaker

Hafiz Yatim | Apr 14, 09 12:25pm Malaysiakini

Mahkamah Persekutuan pagi ini memutuskan bahawa Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya, telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN Perak.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Md Sheriff, yang mengetuai panel lima orang hakim, berkata ia boleh mendengar perkara itu secara membuat permohonan dan bukannya melalui semakan kehakiman.

Zambry dan enam orang exco kerajaan memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.

Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan sebulat suara itu pagi ini bagi menolak permohonan peguam Sivakumar - Sulaiman Abdullah - semalam terhadap permohonan untuk membatalkan penggantungan tersebut.

Sulaiman berhujah semalam bahawa Zambry dan enam pemohon tersebut sepatutnya membuat permohonan secara semakan kehakiman dan bukannya melalui saman asal untuk mendapatkan beberapa pengisytiharan.

Wisma Putra tidak secanggih mana

Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia, menempatkan bangunan Wisma Putra yang tersergam indah di tengah-tengah bandar yang baru sahaja di beri penaik-tarafan setelah beberapa bangunannya mengalami kebocoran atap.

Kecanggihan Wisma Putra bagaimana pun tercemar apabila sebuah pejabat yang menempatkan kakitangan pengurusan atasan tidak mempunyai prasarana IT yang lengkap. Berdasarkan maklumat dari sumber dalaman, pejabat tersebut mempunyai komputer yang selalu meragam, e-mail yang tidak berfungsi dan mesin faks yang tidak boleh menerima faks.

Bagaimana sebuah jabatan yang penting seperti Wisma Putra boleh mengalami situasi seperti ini, di mana, pegawai tersebut telah berkali-kali melapurkan mengenai kerosakan tersebut tetapi tindakan masih tidak di ambil.

Sekiranya sebuah jabatan yang begitu penting menghadapi masalah asas di dalam perhubungan telekomuniklasi dengan dunia luar, bagaimana pegawai tersebut dapat melaksanakan tugas beliau dengan berkesan.

Amatlah memalukan apabila beliau terpaksa memaklumkan kepada rakan setugas daripada negara lain mengenai masalah tidak dapat dihubungi tersebut. Malaysia melaungkan MSC sebagai hub IT di rantau ini, tetapi Wisma Putra menghadapi masalah yang sangat tidak masuk akal. Waima bangunannya tersergam indah, tanpa perhubungan telekomunikasi yang lengkap, ianya akan mencalar imej duta-duta Malaysia di mata dunia.

Monday, April 13, 2009

Bangkok Nak Dharurat

BN di bawah pemerintahan Najib telah menyaksikan bagaimana Bangkok dan Pattaya diistiharkan kawasan dharurat apabila para penyokong Thaksin yang berbaju merah telah menyerbu Pusat Persidangan Asean di Pattaya lalu menyebabkan persidangan tersebut terpaksa dibatalkan. Najib di dalam blognya menulis bagaimana beliau merenung kuasa kebangkitan rakyat yang sangat dahsyat sehingga memalukan Thailand di mata dunia, dan di harap beliau akan menginsafi segala perkara-perkara yang telah berlaku di Malaysia.

Najib sudah tentu tidak sanggup melihat Malaysia mencapai sehingga ke tahap pengumuman dharurat untuk tersedar dari tidurnya. Sekiranya beliau insaf, Najib perlu melakukan rombakan besar di dalam corak pemerintahannya. Rasuah mesti dihapuskan sehingga ke akar umbi, jika mahu memastikan UMNO tidak dikuburkan pada PRU ke 13 nanti.

Sebaiknya, kerajaan gabungan ditubuhkan di mana, kesemua parti melayu bergabung dengan parti-parti lain untuk mengelak kesan kegawatan ekonomi dunia sekarang. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lupakan buat seketika politiking dan tumpukan usaha untuk menjayakan Malaysia.

Rakyat kini celik dan cerdik, serta dapat menilai mana intan, kaca dan permata. Hendaknya, Malaysia dapat mengharungi kegetiran ekonomi ini dengan kesan yang minima.

Tuesday, April 7, 2009

Berita terkini dari bilik gerakan AMK Kedah, Sg Lalang

Terkini : Bukit Gantang dan Bukit Selambau dimenangi oleh PR

8.32 pm
Sumber tidak sah melaporkan PR mendahului BN di dalam pengiraan undi di kedua-dua bukit.

7.22 pm
Terkini : Batang Ai, BN 3508, PR 1912, BN menang dengan majoriti 1596
Cuaca di Bukit Selambau : hujan sejak pukul 4 petang, kini renyai-renyai. Pengiraan undi masih dijalankan.

12.45 am
Seorang wanita didapati telah menukar baju beberapa kali di Sek. Petani Para dan sedang diperhatikan oleh petugas Mafrel. Tidak diketahui tujuan dia berbuat demikian, tetapi dia di lihat keluar masuk ke pusat mengundi beberapa kali dengan baju yang berbeza-beza. Kejadian ini berlaku pada pukul 12.09 am.

12.39 am
Pengundi luar yang pulang untuk mengundi PR bolehlah menuntut tiket perjalanan bas daripada Pejabat Yayasan Aman dengan mengemukakan tiket tersebut kepada petugas yang berkenaan.

12.29 am
Mood pengundi menyaksikan pusat mengundi masih lagi dipenuhi dengan deretan panjang barisan yang beratur menunggu giliran membuang undi. Peratusan keluar mengundi di jangka agak baik, namun, sehingga kini, Malaysia for Free Election (Mafrel ) melaporkan PR mendahului di dalam undi keluar (exit polls).

10.53 am
Trak FRU telah di hantar ke S.M. Aman Jaya untuk meleraikan pertikaian antara petugas BN dan PR bilamana petugas BN bertindak memindahkan salah sebuah daripada dua pondok panas mereka lebih dekat kepada pusat pembuangan undi. Petugas PR membantah tindakan ini kerana melanggar undang-undang SPR yang mengkehendaki pondok panas didirikan sekurang-kurangnya 50 meter dari kawasan pintu masuk pusat mengundi.

10.22 am
Petugas BN dan PR bertengkar di luar kawasan SJK (Tamil) Palanisamy Kumaran apabila petugas PR tidak berpuas hati dengan lokasi pondok panas mereka yang terletak di atas jalan tanah merah yang lecak manakala lokasi pondok panas BN di beri di atas jalan yang bertar. Pihak polis tidak dapat meleraikan pertengkaran tersebut dan hanya berupaya untuk memerhati sahaja.

10.15 am
Pengarah Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, Saiful Izham, sedang bersiap-sedia untuk membuang undi di Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani. Keadaan masih terkawal dengan para pengundi mula membanjiri pusat pembuangan undi.

9.59 am
Johari, Samsul Iskandar dan Azmin Ali sedang membincangkan strategi terakhir di bilik gerakan AMK Kedah demi memastikan kemenangan memihak kepada PR.

9.42 am
Para petugas mula bersedia untuk memantau undi keluar daripada 22 pusat mengundi. Segala persiapan akhir telah dilaksanakan. Calon PR, S. Manikumar telah membuang undi di SMK Taman Ria Jaya pada pukul 8.15 pagi diiringi oleh penyokong-penyokong PR yang dianggarkan melebihi 10,000 ribu orang.

Pusat pembuangan undi

Taman Ria di kepung FRU

Ketua Bilik Gerakan Taman Ria Selatan, Sungai Petani, Noorsatmi Othman, melaporkan, FRU telah mengepung ke semua jalan masuk ke Taman Ria, yang mengakibatkan semua penduduk Taman Ria Jaya, Taman Ria Utara dan Taman Ria Selatan tidak dapat masuk atau keluar daripada kawasan tersebut.

Satmi mengesahkan perkara ini apabila beliau sendiri di larang oleh pihak polis daripada memasuki Taman Ria Selatan untuk ke bilik gerakannya. Petugas-petugas beliau yang terkepung di bilik gerakan masing-masing bagaimana pun terselamat dan berjaya dikeluarkan dengan berjalan kaki menerusi lorong-lorong yang tidak di jaga oleh FRU.

Beliau juga mengesahkan berbelas-belas lori FRU kelihatan berada di kawasan tersebut. Tindakan yang tidak diketahui akan puncanya ini masih membingungkan petugas-petugas PR serta penduduk setempat, kerana tiada kekecohan pun yang berlaku sehingga membolehkan pihak FRU mengambil tindakan.

Petugas BN mencabul dan melondeh seluar Srikandi

Pada jam 4.30 petang di Simpang, Bukit Gantang, seorang Srikandi PKR telah di cabul oleh 10 orang petugas bilik gerakan BN/UMNO yang terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Mereka juga telah cuba untuk melondeh seluar Srikandi tersebut, tetapi tidak berjaya kerana seluar jean yang di pakai mangsa terikat dengan ketatnya oleh tali pinggang mangsa.

Kejadian tersebut berlaku apabila sekumpulan 6 orang Srikandi melalui bilik gerakan BN/UMNO dengan membawa risalah PR untuk diedarkan di kawasan persekitaran. Kumpulan ini telah terpecah kepada dua, di mana, berlaku pergelutan antara petugas BN/UMNO dengan kumpulan tersebut semasa kumpulan suspek tersebut cuba untuk merampas risalah yang di bawa oleh kumpulan mangsa.

Kumpulan kedua yang terpecah tadinya pula telah di ganggu oleh petugas lain, dan tanpa disedari oleh kawan-kawan mangsa, seorang daripada mereka telah di tarik memasuki bilik gerakan petugas UMNO, dan berlakulah insiden cabul dan londeh ini. Seorang peniaga Cina yang melihat kejadian tersebut telah memaklumkan kepada rakan mangsa, dan kebetulan bapa mangsa juga berada berdekatan dengan tempat kejadian.

Pergelutan sekali lagi berlaku semasa bapa mangsa cuba untuk membebaskannya daripada petugas-petugas yang bersifat kebinatangan ini. Terselamat daripada kejadian yang mengerikan ini, mangsa ditemani bapanya telah membuat laporan polis di Balai Polis Simpang pada pukul 5.00 petang.

Sebuah bas pengundi hantu di tahan di Kuala Sin

Lebih kurang selepas pukul 12 tengah malam tadi, sebuah bas bernombor pendaftaran KBY 2359, yang dinaiki oleh orang awan dipercayai pengundi hantu telah di tahan oleh skuad AMK di Kuala Sin. Mereka telah di iring keluar daripada Bukit Selambau secara aman.

Menurut sumber tidak rasmi, pemandu bas tersebut dikatakan memberitahu kepada pihak polis yang turut berada di tempat kejadian bahawa tujuannya membawa bas berserta penumpang-penumpang tersebut adalah untuk mencari tempat penginapan.

Adalah suatu perkara yang tidak masuk akal untuk pemandu bas ini memasuki kawasan perkampungan yang boleh dikatakan agak pendalaman, untuk mencari penginapan kepada hampir 40 orang yang berada di dalam bas tersebut. Sekiranya dakwaan pemandu bas ini benar, adalah lebih meyakinkan sekiranya bas tersebut menuju ke penempatan atau motel yang berada di luar kawasan Sungai Petani kerana kesemua hotel dan motel di bandar ini sudah dipenuhi semenjak 2 minggu yang lepas.

Skuad AMK yang di gelar ghostbuster telah bersiap-siaga untuk memastikan pengundi-pengundi hantu dikenal-pasti agar tidak dapat memasuki Bukit Selambau. Terdapat laporan di mana, sebuah rumah yang hanya diduduki oleh dua orang penduduk tetap dan menerima bantuan kewangan daripada agensi kerajaan, didapati menyenaraikan 38 lagi nama lain di dalam daftar pengundi terbaru yang digunakan oleh SPR.

Ini bukanlah kes terpencil, kerana selain daripada membawa masuk pengundi hantu, terdapat juga mereka yang telah disahkan meninggal dunia, masih berada di dalam senarai SPR yang terkini. Adalah tidak masuk akal, seorang pengundi dengan tahun kelahiran '97 dibenarkan mengundi, kerana jika tahun tersebut adalah 1997, maka pengundi ini baru sahaja mencecah 12 tahun.

Melainkan pengundi tersebut lahir pada tahun 1897, yang bermakna, umurnya sudah mencapai 113 tahun, dan melepasi tahap umur minima untuk mengundi, barulah namanya boleh didaftarkan oleh SPR. Kes-kes seperti ini telah di kesan oleh petugas PR semasa memeriksa senarai terbaru pengundi berdaftar dengan SPR.

Monday, April 6, 2009

Berita mutakhir dari perkarangan Yayasan Aman, Bukit Selambau

12.07 pm
Pengunjung ceramah mula beredar dan jalan menjadi sesak denga pengunjung yang bersurai. Anwar dan para pemimpin serta YB-YB menaiki pejabat Yayasan Aman untuk meneruskan perbincangan seterusnya berkenaan strategi terakhir PRK Bukit Selambau.

12.00 pm
Ceramah di tutup dengan pesanan Anwar supaya memilih pemimpin yang bersih, tidak perasuah. Beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pemimpin tertinggi komponen PR yang banyak membantu di dalam kempen kali ini, juga pemimpin-pemimpin Hindraf diucapkan syabas di atas pembebasan dan sokongan yang diberikan kepada PR.

Lalu-lintas masih dalam keadaan terkawal dan bergerak perlahan di hadapan Yayasan Aman. Pesanan terakhir Anwar mengingatkan para pengundi supaya menolak pemimpin rasuah, pemimpin yang memperkotak-katik serta memperbodoh-bodohkan rakyat, pemimpin yang mengaut hasil mahsyul negara dan pemimpin yang korup.

Anwar menjemput Ustaz Badrulamin untuk menutup acara malam ini dengan bacaan doa. Diikuti dengan laungan takbir sebanyak 3 kali dan reformasi.

11.55 pm
Anwar mengambil semula pentas dan berpesan kepada para petugas untuk berhati-hati terhadap pengundi hantu yang dipercayai akan menerobos masuk ke pusat pengundian dengan bantuan pihak keselamatan, sepertimana yang di bongkar siang tadi, apabila 3 buah bas PDRM di lihat memasuki perkarangan Martek IPD Kuala Muda dengan membawa orang awam.

11.50 pm
Anwar mengakhiri ucapan beliau dan menjemput calon PR ke atas pentas, S. Manikumar untuk meneruskan acara.

11.47 pm
Media Malaysia mengamalkan piawaian berbeza apabila melaporkan berita berkenaan isu semasa di mana Anwar menempelak sikap yang tidak adil ini.

11.44 pm
PPSMI turut di sentuh oleh Anwar. Isu ini membunuh keupayaan anak bangsa untuk memahami Sains dan Matematik di dalam bahasa ib11.47unda, di mana, pelajar-pelajar akan lebih mudah menerima pembelajaran tanpa terkial-kial untuk memahami bahasa inggeris terlebih dahulu.

11.41 pm
Zaid Ibrahim di puji oleh Anwar atas tindakan beliau melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana berpegang pada prinsip, tidak seperti pemimpin BN yang masih lagi mahu berpegang pada kuasa walau pun bergelumang dengan segala pertuduhan yang berat-berat.

11.37 pm
Isu susunan calon pada kertas undi turut di sentuh oleh Anwar di mana, calon BN yang mendapat cabutan undi bernombor 13, telah ditempatkan ditengah-tengah kertas undi setelah pengubah-suaian kertas undi diadakan.

Manakala calon PR terletak di barisan kedua pada ruang yang pertama. Setiap barisan memaparkan 3 calon dan terdapat 5 barisan semuanya yang di cetak di atas kertas undi secara landscape. Suatu pembaharuan yang dilakukan untuk menampung 15 calon, tidak seperti sebelumnya yang di cetak secara potrait.

11.31 pm
Anwar terus mengambil pentas untuk menyampaikan ucapan perdana. Beliau menekankan gagasan Harapan Baru Malaysia yang diperjuangkan PR serta berterima kasih kepada RTM dan TV3 kerana menyiarkan gambarnya semasa muda, yang menyentuh isu beliau mencabar PAS.

11.30 pm
Ketibaan Anwar Ibrahim ke Yayasan Aman baru sahaja diumumkan oleh Azmin diikuti oleh jeritan reformasi sebanyak tiga kali oleh para hadirin dan tepukan yang bergemuruh.

11.29 pm
Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, turut di sentuh oleh Azmin sebagai seorang pemimpin yang tidak menindas orang, tidak seperti Najib.

11.23 pm
Azmin Ali menyentuh berkenaan kezaliman BN yang merampas kuasa di Perak, juga surat khabar lama, konotasi yang ditujukan kepada Mahathir kerana terlibat secara langsung di dalam episod pertembungan antara UMNO dan Raja-Raja Melayu. Mahathir dikatakan sebagai surat khabar lama kerana mengulangi cerita-cerita silam yang sudah tentu telah berubah mengikut peredaran zaman.

Helikopter polis masih lagi berlegar-legar di sekitar Yayasan Aman untuk memantau perjalanan ceramah di sini.

11.18 pm
Azmin Ali kini mengambil pentas ceramah dan diberikan tepukan yang bergemuruh. Hujan telah pun berhenti dan pengunjung masih lagi tidak berganjak daripada tapak ceramah.

11.06 pm
Zaid menyentuh berkenaan polisi British semasa menguasai Tanah Melayu dengan menjalankan dasar pecah dan perintah, di mana polisi tersebut telah diteruskan oleh kerjaan BN. Hujan hampir berhenti tetapi turun rintik-rintik.

11.01 pm
Hujan mulai reda dan turun renyai-renyai, secepat ia datang. Para pengunjung tidak berganjak daripada lokasi ceramah.

10.55 pm
Zaid Ibrahim mengambil pentas ceramah. Cuaca tiba-tiba bertukar dan hujan turun dengan lebatnya, namun para pendengar masih lagi setia mendengar ceramah di dalam hujan.

10.53 pm
Saifudin mengalu-alukan kedatangan Azmin Ali ke pusat ceramah dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas PR sebelum mengakhiri ucapannya.

10.48 pm
Isu yang turut di kupas oleh Saifudin merangkumi race, religion dan royalty (3R). BN memainkan sentimen Nga yang menggunakan ayat al-quran di dalam ucapannya turut di komen oleh Saifudin dengan bertanya samada Najib sendiri berupayakah untuk berbuat perkara yang sama dengan memetik ayat al-quran dengan tepat, menyebutnya dengan betul dan memahami isi kandungannya.

10.41 pm
Saifudin menarik perhatian pendengar dengan menyentuh secara ringkas isu pembunuhan Altantuya, dan memperkenalkan calon PR, S. Manikumar. Beliau juga mengingatkan para pengundi supaya keluar awal untuk mengundi.

Saifudin juga menyentuh mengenai betapa tidak berpengalamannya Manikumar untuk meletupkan Altantuya, juga tidak cekap dalam mengaut wang rakyat, serta tidak berpengetahuan bagaimana untuk menipu dalam pilihanraya menerusi pengundi hantu.

10.37 pm
Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada TKMPP dan melancarkan tabung derma untuk kempen pilihanraya. Seterusnya, pengerusi menjemput penceramah seterusnya, Saifudin Nasution.

10.29 pm
Keberangkatan tiba Zaid Ibrahim, mantan menteri di Jabatan Perdana Menteri ke kemah VIP dan mengambil tempat di kalangan jemputan terhormat. Ceramah masih lagi disampaikan oleh TKMPP. Beliau memaklumkan bahawa kerajaan Pulau Pinang sedang membasmi kemiskinan tegar, di mana pendapatan kurang daripada RM500 seisi rumah akan di bantu.

10.25 pm
Saifudin Nasution kelihatan mengambil tempat di kalangan jemputan terhormat di bawah kemah VIP. TKMPP masih lagi memberikan ucapan buat masa kini.

10.20 pm
Pengerusi majlis menjemput P. Ramasami, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (TKMPP) untuk menyampaikan ceramah seterusnya.

10.15 pm
Trafik ke dua hala bergerak perlahan di hadapan Yayasan Aman dan di kawal dengan ketat oleh polis trafik. Pengunjung masih mendatangi tapak ceramah untuk menantikan Anwar menyampaikan ceramah terakhirnya pada hari ini. Helikopter polis kedengaran berlegar-legar melepasi tapak ceramah.

10.00 pm
Ketibaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ke Yayasan Aman. Penceramah seterusnya dari DAP sedang menberikan ucapan. Orang ramai membanjiri ruang hadapan pentas serta memenuhi padang berhampiran untuk menjamu selera di samping mendengar ceramah. Dua skrin besar disediakan untuk pengunjung mengikuti ceramah pada malam ini.

9.45 pm
Suasana di Yayasan Aman dipenuhi oleh pengunjung dan masih ramai lagi sedang menuju ke sini untuk mendengar ceramah terakhir untuk kempen pilihanraya ini disampaikan oleh Anwar. Cuaca cerah dan ramai pengunjung mendengar ceramah dengan khusyuk.

9.15 pm
Ceramah perdana di Yayasan Aman yang dipengerusikan oleh Azhar telah bermula. Chegu Bard kini berada di pentas menyampaikan maklumat terkini. Beliau menyentuh mengenai siaran TV3 yang lebih banyak memapar dan melemparkan pelbagai tuduhan untuk mencemarkan imej PR manakala menyiarkan segala kebaikan BN agar pengundi menukar fikiran di saat akhir.

Kugan disahkan mati kerana paru-paru berair dan pukulan getah paip

Laporan bedah siasat ke atas Kugan yang di buat oleh sebuah suruhanjaya diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan sebentar tadi dan mengesahkan bahawa mendiang meninggal dunia akibat daripada masalah paru-paru berair.

Suruhanjaya tersebut juga mendapati terdapat 45 kesan luka dalam bedah siasat kali kedua, berbanding 22 kesan luka dalam bedah siasat kali pertama. Kesan tersebut terhasil daripada hentakan benda tumpul dipercayai paip getah, dan memburukkan lagi keadaan mendiang yang menghidapi paru-paru berair.

Perbezaan kesan luka tersebut terjadi akibat daripada torehan semasa bedah siasat kali pertama. KPKK membentang hasil siasatan tersebut untuk menjernihkan keadaan di mana isu Kugan telah dijadikan sentimen dalam kempen menjelang pilihanraya Bukit Selambau.

Sayugia, tindakan ini dapat mendiamkan parti-parti politik pembangkang daripada memainkan isu tersebut. Walau bagaimana pun, pihak polis masih lagi boleh dipertikaikan tindakan mereka yang menggunakan kekerasan di dalam mendapatkan maklumat daripada pesalah.

Pihak polis disarankan agar lebih memberi perhatian terhadap kes-kes yang mendesak daripada menghabiskan masa menangkap peserta perhimpunan aman yang dianjurkan oleh pihak pembangkang.

Samy dan samseng di Park Avenue Hotel

Park Avenue Hotel milik mendiang Erik Chia menjadi pengkalan sementara kepada Samy untuk menggerakkan perang saraf BN dengan menggunakan taktik samseng yang menakut-nakutkan petugas jentera pilihanraya PR.

Samseng-samseng ini di upah untuk menimbulkan provokasi melampau dengan menyamar sebagai petugas PR dan menyelinap masuk ke pusat-pusat ceramah setempat serta melakukan kacau ganggu.

Kejadian terbaru berlaku di Taman Bandar Baru di mana, Saravanan, seorang petugas PR telah di serang di dalam bilik gerakan PR semasa sedang menjalankan tugasnya. Lebih banyak lagi kacau-ganggu di jangka akan berlaku di Bukit Selambau dalam saat-saat terakhir kempen diadakan.

Anwar di Yayasan Aman Sungai Lalang

Anwar dijadualkan untuk muncul di Yayasan Aman, Sungai Lalang pada malam ini untuk menyampaikan ceramah isu-isu semasa dan mengulas mengenai situasi terkini yang melanda Bukit Selambau.

Beliau akan mengumumkan sesuatu perkara yang bakal menggegarkan Malaysia sebaik sahaja pilihanraya kecil berakhir, sewaktu menyampaikan ceramahnya di dewan Cina berdekatan dengan Yayasan Aman semalam.

Imbas kembali : Kugan, suspek yang mati di lokap polis

Nama Kugan pernah menghiasi dada akhbar suatu ketika dahulu apabila mati dalam tahanan lokap polis. Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan oleh mahkamah akan kesalahan tersebut.

Pesalah ini akan dijatuhkan hukuman yang sewajarnya sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan, sesuai dengan tahap kesalahan tersebut. Apabila seseorang suspek di tahan reman oleh pihak polis, polis tidak mempunyai kuasa untuk "membelasah" pesalah tersebut, apa lagi sehingga menyebabkan kematian.

Bagaimana perasaan anda sekiranya anda yang menjadi suspek, di tuduh tanpa bukti yang mencukupi dan di dera sehingga anda sanggup membuat sebarang pengakuan terhadap sebarang kesalahan.

Kematian suspek dalam tahanan polis tidak boleh di terima oleh sebarang piawaian sekiranya Malaysia hendak menuju ke arah negara maju. Pihak polis sepatutnya meningkat dan menambah lagi kakitangan forensik dan pegawai penyiasat yang bertauliah untuk menangani kejadian jenayah yang semakin rumit untuk diselesaikan.

Sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan keamanannya di seluruh dunia, episod ini memberikan gambaran yang sangat tidak baik kepada negara bilamana seluruh dunia menyaksikan sendiri kekejaman polis menerusi klip video yang dimuat-turun ke laman you tube.

Pautan klip video di bawah adalah rakaman terakhir mendiang Kugan di bilik mayat.

http://www.youtube.com/watch?v=uUw7FQ0nEFo"

Laporan polis terhadap penipuan Ganesan, Calon BN Bkt Selambau


Sila klik pada gambar untuk membesarkannya

Pengundi hantu di dalam bas PDRM

Terkini - Pihak petugas PR telah mengesan pengundi hantu di bawa masuk ke Markas Tektikal (Martek) PDRM di Sungai Petani menggunakan bas PDRM. Pihak media PR dan akhbar Sinar kini dalam perjalanan ke Martek untuk merakamkan peristiwa ini, di mana, taktik Najib untuk memastikan namanya terjaga, telah memperkudakan segala jentera kerajaan demi memastikan kemenangan BN di Bukit Selambau.

Martek yang tersergam indah dengan deretan kemah putih dan dilengkapi dengan alat penghawa dingin didirikan bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Sungai Petani, dengan kos penyewaan yang menelan belanja hampir sejuta ringgit, membuktikan betapa BN telah membazirkan wang rakyat demi memenuhi cita-cita politik mereka. Paparan lanjut akan disiarkan apabila mendapat gambar terkini dari pihak media.

Saravanan di belasah di Taman Bandar Baru, Sg Petani

Seorang petugas di bilik gerakan PR di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, telah di belasah oleh pihak yang dipercayai daripada BN di dalam pondok panas PKR sebentar tadi. Saravanan sedang bertugas di bilik gerakan tersebut semasa pihak yang tidak bertanggung-jawab telah meluru masuk dan terus membelasah beliau tanpa sebarang provokasi.

Satu laporan polis telah di buat secepat mungkin supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan pada masa hadapan. Pergaduhan semakin kerap berlaku apabila menghampiri tarikh pilihanraya, dan pihak Unit Amal PAS sedaya mungkin cuba mengawal keadaan dengan mengelak provokasi melampau serta taktik kotor BN.

Projek Mee Segera di Bukit Selambau

Pilihanraya kecil ( PRK ) di ketiga-tiga tempat menyaksikan kerancakan projek mee segera sepertimana amalan BN yang telah lalu. "Hadiah" yang diberikan kepada penduduk setempat melibatkan jutaan wang rakyat dihamburkan untuk memenangi hati para pengundi, di samping memenuhkan kantung kroni-kroni BN yang menjalankan projek ini.

Sekiranya tindakan ini di lihat dari segi asasnya, ianya merupakan rasuah yang melibatkan penyalah-gunaan wang rakyat dan kuasa. Jika di imbau kepada tindakan yang dikenakan kepada Anwar akibat dari tuduhan salah-guna kuasa yang di anggap sebagai rasuah oleh kerajaan BN, projek-projek mee segera ini perlu di siasat oleh sebuah suruhanjaya yang terdiri daripada pihak kerajaan dan pembangkang.

Suruhanjaya perlu mengeluarkan laporannya dengan kadar segera dan menyabitkan pihak yang memberi arahan kepada projek-projek ini sekiranya didapati bersalah, agar Malaysia tidak akan di tuduh mengamalkan undang-undang terpilih.

Sunday, April 5, 2009

Pemuda di sekat berjumpa rakan

Razali Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO memberitahu, beliau mendapat maklumat daripada jentera Pemuda UMNO yang dikatakan di sekat oleh pihak pembangkang daripada berjumpa dengan rakan sebaya. Razali menuduh pihak pembangkang telah menghalang Pemuda UMNO daripada mendekati pengundi baru ini kerana khuatir mereka akan ditarbiyah oleh pemimpin UMNO.

Adalah menjadi suatu pertanyaan, sejak bila PR mengeluarkan arahan kepada sesiapa pun secara rasmi untuk tidak bercampur-gaul dengan Pemuda UMNO, di mana, tuduhan ini dapatlah dipertikaikan. Malah, dengan segala jentera dan kekuatan BN, adalah mustahil Pemuda UMNO tidak dapat mendekati golongan ini.

Kemungkinan, golongan muda sendiri sudah muak dengan pendekatan Pemuda UMNO yang merasuahkan kain pelikat, beras dan sebagainya sebagai umpan pilihanraya. Bila pilihanraya selesai, kelibat mereka yang amat prihatin ini juga akan hilang daripada pandangan.

Janganlah menyalahkan pihak lain apabila jentera parti lemah menjalankan tugas menarik pengundi baru menyokong BN. Razali disarankan turun padang dan berjumpa sendiri dengan golongan muda untuk mengetahui perkara sebenar apa yang tersarang di hati mereka, itu pun sekiranya Razali ikhlas dengan tindakan beliau untuk berjumpa golongan muda.

BN minta restu budha untuk dapat TPM Cina

Antara poster yang dijumpai di Bukit Selambau. Alih bahasa dilakukan oleh penterjemah.