Showing posts with label XTVT. Show all posts
Showing posts with label XTVT. Show all posts

Monday, July 2, 2012

D.I.Y Candy Buffet

Candy Buffet... hasil tangan tak seberapa dari aku..
Cantik tak? Set up table ni untuk dinner Petronas Penapisan (Melaka) Sdn Bhd
yang diadakan di A Famosa Resort Hotel Jun lalu...











Tuesday, May 15, 2012

Capachef @ Capaforum - PP(M)SB

The Race Day

8th April 2012, Watee, Ida dan Lidd memberanikan diri join Capachef yang dianjurkan oleh PP(M)SB sempena Capability Forum 2012. Fuh peluang mengembangkan sayap dalam kepakaran masak2 ni ha. hwahwahwa xboleh tahan. Seawal jam 9 pagi race dimulakan. Penat jugakla berlari sana sini nak completekan task yang diberi. Tepat jam 11.40 pagi acara masak2 dimulakan.

ni ramuan bahan2 yang diberi

juga bahan2 yang diberi.
Penat jugakla mengerah otak nak masak apa patut

chef dah mula masak dibantu oleh Lidd dan Ida

Siap. kari sotong ala mamak

Sotong goreng rampai

group CILIPADI

peralatan basic memasak... habis masak boleh angkut bawak balik ye

yes!!! dapat 2nd runner up
alhamdulillah menang jugak walaupun tempat ke 3
dari 13 group yang bertanding


TAHNIAH CILIPADI!!!!
you deserve it!!!

Monday, September 27, 2010

Memburu Barracuda
















Xtvt mr hubby minggu ni.. memancing di lautan dalam. Sebenarnya dia mmg minat memancing kat laut dalam ni, cuma lately busy dan masa tak mengizinkan. Tapi kali ni tak banyak pun ikan yg dibawa balik, tapi cukup jgkla memenuhkan peti sejuk kat rumah tu. Menu pertama kami of coure barracuda masak kicap (aci tak nama menuni). Barracuda ni juga dipanggil ikan alu-alu. Rupa dan rasa sama je dengan ikan tenggiri, disebabkan baru je ditangkap so rasa dia manis dan of coz la fresh sesangat.

Resepi ikan masak kicap
Bahan2
3 potong isi ikan
2 biji bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dipotong panjang
1 biji cili masak - dihiris serong
1 cawan kicap
1/3 cawan air
1/3 cawan air asam jawa
Cara2
Ikan dibersihkan dan dilumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Goreng sehingga masak.
Dalam kuali berasingan, tumis separuh bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan halia.
Kemudian masukkan kicap, air dan air asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan lebihan bawang dan cili dan masak selama 5 minit.
Sedia dinikmati.


Friday, March 19, 2010

Satu Malam Di Kotak Merah













XTVT cuti sekolah... angkut anak2 karok!!! pas derang derang, pas derang derang... mummy tak pegang mic pun... makan di Red Box mmm ok ok.. banyak mkn2 yg watee suka especially oyster tu.. mmm yummyyyy..

Wednesday, February 17, 2010

Fatimah & Co Family Day 2010









Ahad 14/2/2010, kami ke KL untuk acara gathering dgn family in law. Semua adik beradik berkumpul di rumah keluarga mertua di AU5, Keramat. Acara kami bermula dgn rombongan ke Zoo Negara. Bila bawak anak2 derang jela yg sukakan. Berlari sana sini.. anyway enjoy jgk sebab dah lama tak melawat zoo ni. Lunch kami ke KFC di Wangsa Maju dan lepas tu berkumpul reramai di rumah untuk acara indoor. Kami main a few game yg simple dan yg bestnya siap ada hadiah utk pemenang dan acara cabutan bertuah lagi. Antara game yg kami jayakan haritu ialah :-


Kategori Kanak2 - Mewarna (Pemenang Irfan)

Bercerita/Bakat (Ikhwan tempat ke2.. shuffle)

Pecah Belon

Kategori Remaja - Pictureka (Cari gambar tersembunyi dlm game board)

Kategori dewasa - Batu seremban dan Hollahoop


Game dia simple je.. yela sesuaikan nak main dalam rumah. Yg seronoknye main batu serembanla. punyala lama tak main spi dah xde skill. Gelak je lebih. Susah rupanya nak main hollahoop tu, nmpk je senang. Berpeluh jgkla nak dapat 10 saat pun. Untuk acara cabutan bertuah kami cuma dpt tempat ke 3. Okla ada jgk barang nak buat bekalan ke Pantai Timur nnt (kmi gi bercuti lepas family day tu). Mr Hubby dpt hadiah birthday masa tu. Dia dapat silk tie dari kakak no 2.


Sebelah malamnye kami serang Kunang2 pulak. Garden Restaurant kat sebelah MMR2, selepas Taman Melati sebelum susur ke Pantai timur/Genting. Tempat yg cozy santai utk makan2. Kebanyakan dari kami order western dan range harga dlm RM19.90 ke atas untuk sepinggan hidangan western. Boleh tahan.. ramai yang order lamb chop (RM29.90) dan salmon grill (tak ingat harga).

Apa2 pun kmi gembira dgn acara hari tu dan segala perbelanjaan hari tu disponsored penuh oleh Kak Ros. (Kakak Sulong) Thanx kak!!

Monday, December 14, 2009




My second day at gym. Workout 30 minutes on cycling which i'm reach 10km on that, 30minutes for fast walking on treadmill (incline 6, speed 5) besided a body streching for about 30 minutes also. Susah memang susah especially orang yang macam Watee yg mmg dahlama tak excercise. Dulu masa kat Bintulu selalu jogging dan jungle tracking siap dokong anak lagi panjat bukit. Tapi ni, lepas setahun beranakkan Iman berat badan Watee naik 7kg. Kenala buat sesuatu sebelum jadi bertambah naik dan naik. Kalau ikut jadual Isnin, Rabu dan Khamis, tapi Watee cuba minta izin hubby untuk join dari hari Isnin sampai Khamis. Jumaat cuti. Kena minta restu dia jugak nanti tak menjadi usaha Watee ni. Makan of cozla kena jaga. Skrg ni breakfast Watee cuma ambik instant NesVita atau Oat. Lunch makan sikit je dan dinner Watee nak makan roti je. Boleh ke??? boleh ke Watee sahut cabaran ni?.. Tanya hati... hendak seribu dayakan... kalau ikut semangat kekawan yg lain memang best, anyway kami buat bersama2sama menyahut cabaran ni... I WILL!!!

Friday, December 11, 2009

Size Me Down



Oh ye!! kat office Watee sekarang ni ada buat programme ala2 The Biggest Looser tapi diberi nama Size Me Down. Programme untuk orang yg terlebih berat mcm Watee ni (oh tidak!!). Kami diberi tempoh 2 bulan bermula semalam dan berakhir 9/2/2009. Kami diberi ubat pemecah lemak dan harus turut serta dalam acara di gymnasium, aerobik, dan setiap minggu akan ditimbang berat badan, cek tahap kolestrol dalam badan dan juga lemak dalam badan.
Permulaan berat Watee sekarang 67kg (beratnye!!) tinggi 158cm, kolestrol 5.6/4.2, bp 120/70 kandungan lemak dalam badan... ala silap tak ingat. will update later.
so kita tunggu cabaran.. lihat turun ke tidak berat badan Watee ni..
Semala dah turun ke Gym di PPM tu, sebagai permulaan trackmil tu Watee lari setempat selama 15 minit, then buat cycling 5km pastu buat streching sekejap. Minggu depan start activiti yg lebih serius. Kami ada 4 group. So kena berentap, kedatangan yg consisten akan diberi hadiah dan group yg paling byk penurunan berat badan pun akan dpt ganjaran jgk.. So kita tunggu dan lihat hasilnya.