Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Nasi Lemak Ayam Goreng dan Kangkung


Thursday, August 9, 2012

Nasi Arab Mandhy Ayam

nasi agak lembik tapi rasa terbaik!!!


Bahan untuk memerap ayam:

1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil kunyit kering
(Bahan di atas ini perlu dikisar halus)
1 biji lemon dibelah
2 labu bawang besar dipotong gelang
Sedikit safron
Rempah mandy secukupnya

Rempah mandy:

1 sudu kecil buah pala
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar bunga cengkih
1 sudu besar halia kering
4 helai daun bay (daun salam)
(Semua bahan ini perlu dikisar)

Rempah ratus:
4 sentimeter kulit kayu manis
5 helai daun bay
1 sentimeter buah pelaga
1 sentimeter lada hitam
1/2 sentimeter cengkih
1 1/2 sudu teh jintan putih
1sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh serbuk limau kering (sedikit saja)
1/4 sudu teh serbuk limau
2 labu bawang besar untuk nasi
1 labu mayang - untuk digoreng
Cara penyediaan:
- Masukkan rempah-ratus ke dalam periuk berisi air. Biar hingga mendidih. Masukkan juga sedikit garam.
- Rendam beras sebelum dimasak. Keluarkan sebahagian air rebusan sebelum masukkan beras.
- Apabila sup hampir kering dan nasi hampir masak, tuangkan pewarna pada satu tempat dan jangan kacau. Masukkan lemak yang sudah diletakkan dalam kertas timah dengan membentuknya seperti mangkuk di tengah nasi dan tutup seketika.
- Apabila nasi sudah masak, keluarkan kertas timah dan masukkan bawang goreng dan gaul biar sebati.



Friday, June 17, 2011

Nasi Daging


Saturday, February 19, 2011

Nasi Kerabu Dan Ayam Percik

Nasi kerabu, telur masin, ayam percik, solok lada
dan ulam-ulaman.

Friday, February 18, 2011

Nasi Goreng Sotong Cilipadi


Bahan2
Nasi putih
300gm sotong (potong bulat)
2 biji cili masak - ditumbuk
7 biji cilipadi - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji telur
Kacang panjang dipotong kecil
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
3 sudu teh gula
Cara2
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur dan hancurkan. Asingkan.
Panaskan minyak dlm kuali yg sama tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan sotong dan kacau hingga sotong masak.
Masukkan sos tiram, kicap, gula dan kacang panjang.
Akhir sekali masukkan nasi dan goreng hingga sebati.

Wednesday, August 11, 2010

Nasi Tomato


Thursday, May 6, 2010

Lontong


Ni sarapan kami hujung minggu haritu. Tapau dari Kak Gayah masa melawat ke Tg Bidara sehari sebelum tu. Dia bagi kami lontong ni di makan dengan sambal ikan bilis yang yummy.. memang sedap almaklum sambal orang melaka pun kan!! memang terangkatla..

Sunday, March 21, 2010

Kak Long & Family Melawat Lagi





Menu tengahari ni nasi jagung, ayam golek black pepper with mushroom sos, salad telur puyuh dan sambal kupang.... menjamu tetamu dari jauh kak long, bg muzz dan adam.. juga air jagung dan air laici...

Monday, January 18, 2010

Bubur Ayam


Breakfast di hujung minggu. Di sebabkan bosan dengan Mr Hubby yang kena berkursus di hujung minggu ni, jadi Watee hanya sediakan makanan sesimple mungkin. Janji perut anak2 kenyang dan menepati selera mereka.

Saturday, January 16, 2010

Nasi Ayam


Disebabkan hari ni dan besok En Hubby ada kursus kat Ayer Keroh dah kami pun patah kaki nak ke mana jadi Watee masakla lunch awal sikit dari kebiasaannya. Dah masing2 bangun pun nak dekat pukul 10, jadi menu paling tepat dan menepati selera anak2 ialah nasi ayam. Ayam dia Watee perap dengan sos tiram, lada hitam, sos bijan dan di bakar. Ubah selera sikit.
Bosan jugak hujung minggu tanpa Mr Hubby di sisi. Sunyi ditengah keriuhan anak2. 2 hari pulak tu.. Adoiila.. nampak gayanya minggu ni relax kat rumah jela.

Sunday, January 10, 2010

Briyani Ayam







Hujung minggu lepak di rumah, takde agenda nak ke mana2 so Watee terlebih rajin nak mencuba resepi beriyani ayam. Watee buat beriani ayam, acar rampai dan goreng popadam. Boleh tahan dan mendapat pujian dari suami dan anak2... Selalu jgk masak nasi yg bertumis ni macam nasi tomato, nasi ayam, nasi daging, nasi arab tapi nasi beriyani ni mmg 1st time try. okla tu...
BRIYANI AYAM
Bahan2
3 cawan beras basmati
5 cawan air
2 biji bawang besar di mayang kasar
1 inchi halia dipotong kecil
1 ketul kulit kayu manis
1 helai daun pandan
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu kecil garam
1/2 cawan susu cair
sedikit pewarna kuning
Cara2
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang, halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
Masukkan rempah briyani yg dibancuh dgn sedikit air, Biarkan sehingga rempah naik bau.
Masukkan ayam dan 2 cawan air, kacau selalu sehingga ayam separuh masak.
Kemudian masukkan beras, 3 cawan air dan daun pandan, tutup periuk sehingga nasi masak.
Bila sudah masak buat lubang2 kecil pada nasi dan titiskan pewarna kuning dan kacau.
Taburkan bahan hiasan seperti bawang, goreng, kacang gajus dan kismis.
ACAR RAMPAI
Bahan2
1 biji bawang besar dimayang kasar
1 labu bawang putih dibuang kulit sahaja
3 ulas bawang merah dibuang kulit sahaja
1 sudu makan biji sawi
1 biji timun - dipotong panjang 1 inchi
1 biji carrot - dipotong panjang 1 inchi
1 sudu teh kunyit serbuk
3 sudu makan tomato sos
3 sudu makan cuka
3 sudu makan gula
Garam
Cara2
Panaskan minyak tumis kesemua bawang, jangan sampai layu, masukkan biji sawi.
Kemudian masukkan serbuk kunyit yg sudah dibancuh dengan sedikit air, cuka dan sos tomato.
Masukkan carrot dan biar samapi carrot empuk, baru masukkan timun.
Perasakan dengan garam dan gula.


Friday, January 1, 2010

Nasi Goreng Nanas


Sarapan pagi Tahun Baru. Nasi goreng yang simple dan kebetulan ada sebiji nanas kat rumah Watee ditambah sedikit kerajinan maka terhasilla menu seperti di atas ni.

Monday, December 7, 2009

Nasi Ayam Gemas


Cuti hujung minggu ni Watee dan anak-anak ikut husband yg kena kerja hujung minggu di Segamat. Takde apa di Segamat pun, jadi Watee anak beranak memerap dalam bilik je bila husband keluar pergi kerja. Hotel kat Segamat xde yang best2, tapi hotel yg kami pilih ni Golden Lake Hotel memang selesa sebab baru. Kami ambil family room yang ada 2 queen bad. Hari ni on the way back to Melaka, kami singgah lunch di Restoran Nasi Ayam Gemas. Husband Watee kata famous dan memangla ramai orang penuh restoran masa kami sampai tu. Nasi ayam dia xdela sedap mana sangat pun, bagi Watee biasa saja sebab pernah jumpa nasi ayam yang lagi sedap kat Sungai Udang ni (Nasi Ayam D'hailam). Ayam yang dia bagi tu puas hatila. Banyak untuk support 3 pinggan nasi. Sup dia lain sikit sebab ada taruk taugeh mentah.
Ranking 2/5.

Friday, December 4, 2009

Jusco Ayer Keroh





Jalan2 cuci mata di Jusco Ayer Keroh. Mula cadang nak makan kat Sushi King, tapi punyala ramai orang penuh dan last makan kat Food Court jela. Ada jgk Japanese Food kat situ.
Ranking - 3/5