Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Pavlova


Sunday, April 15, 2012

Mango Peach Panna Cotta In Jar



BAHAN-BAHANNYA...(resepi dari Cek Vision Homes)
MangoPeach Puree :

1 biji mangga ( dibuang kulit dan ambil isinya...)
+ separuh dari sukatan 1 tin Peach Ayam Brand....(ditapis airnya...dipotong2 isinya....)
Sukatan puree lebihkurang 250gram....
Mangga dan Peach dikisar halus....

A Lapisan Bawah : Panna Cotta..
100 grams whipping cream
100 grams fresh milk
30 grams gula castor
1 sudu kecil gelatine
2 sudu besar air sejuk dari fridge
1 sudu kecil vanila...

B Lapisan Tengah : Potongan Mangga & Peach
100 grams mango & peach puree
25 grams gula castor
3 - 4 sudu besar peach syrup
1 sudu kecil gelatine
2 sudu besar air sejuk dari fridge
1 biji mangga..dibuang kulit dan dipotong kiub
Baki dari 1 tin Peach Ayam Brand...dipotong kiub jugak....

C Lapisan Atas : MangoPeach Mousse
150 grams mango & peach puree
1 - 2 sudu besar perasa oren Sunquick
3 - 4 sudu besar peach syrup
1 sudu kecil gelatine
2 sudu besar air sejuk dari fridge
120 grams whipping cream...dipukul sehingga kental...(stiff..)


CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
A Lapisan Bawah : Panna Cotta....

Panaskan whipping cream bersama susu segar dan gula diatas api sederhana kecil.....kacau sebati ...bila adunan mula berbuih2 kecil dan gula larut...matikan api....
Campurkan gelatine ngan air sejuk...kacau sebati...masukkan dalam microwave...tekan High tuk 30 saat - 1 min...( aku cuma perlu masa 30 saat sahaja...)..campuran akan mendidih...
Keluarkan dari microwave...kacau larutkan ..( pastikan gelatine betul2 larut dalam air...)
Masukkan kedalam campuran whipping cream..masukkan vanila esen...kacau sebati.....biarkan sekejap...suam2 pun ok dah...
Tuangkan kedalam gelas saiz tinggi @ ikut kesesuaian memasing....masukkan kedalam fridge...biarkan seketika utk campuran tadi mengeras.....

B Lapisan Tengah : Potongan Mangga & Peach....

Panaskan Mango&Peach puree bersama gula dan peach syrup diatas api sederhana kecil...kacau sebati....bila gula dah larut...bolehla matikan api....
Campurkan gelatine ngan air sejuk...kacau sebati...masukkan dalam microwave...tekan High tuk 30 saat - 1 min...( aku cuma perlu masa 30 saat sahaja...)..campuran akan mendidih...
Keluarkan dari microwave...kacau larutkan ..( pastikan gelatine betul2 larut dalam air...)
Masukkan kedalam campuran Mango&Peach puree...kacau sebati....kemudian campurkan potongan2 mangga dan peach...kacau lagi...
Bila dah agak suam2 ...tuangkanla keatas lapisan panna cotta dalam gelas tadi....Anggaran sukatan agak2 ya...masukkan semula kedalam fridge...biarkan seketika utk lapisan tengah/kedua mengeras.....


C Lapisan Atas : MangoPeach Mousse...

Panaskan Mango&Peach puree bersama ngan perasa oren sunquick dan peach syrup diatas api sederhana kecil...kacau sebati...bila dah agak suam...matikan api...
Campurkan gelatine ngan air sejuk...kacau sebati...masukkan dalam microwave...tekan High tuk 30 saat - 1 min...( aku cuma perlu masa 30 saat sahaja...)..campuran akan mendidih...
Keluarkan dari microwave...kacau larutkan ..( pastikan gelatine betul2 larut dalam air...)
Masukkan kedalam campuran Mango&Peach puree...kacau sebati....
Campurkan 1/3 sukatan whipping cream yang telah siap dipukul kental/stiff tadi kedalam campuran Mango&Peach puree...kacau sebati....kemudian masukkan campuran ni kedalam baki whipping cream...kacau sebati lagi...
Tuangkan campuran MangoPeach Mousse ke atas lapisan tengah tadi....masukkan semula kedalam fridge...biarkan seketika utk lapisan atas./ketiga mengeras...Decoration selebihnya terpulang citarasa memasing..


Nota :
Untuk proses mengeraskan setiap lapisan ...  masukkan kedalam frezzer dalam lingkungan masa 10 - 15 minit...anggaran masanya begitula...tujuannya... proses mengeras lebih cepat...cuma jgn biarkan terlalu lama...membeku pulak lapisan tu...lain lak jadinya nanti...lepas 10 minit...bolehla ditinjau...kalau lapisan dah ok..tak cair lagi..kira ok dah tu....kalau masih belum mengeras ...biarkan seketika lagi....
Campuran gelatine ....kalau tak masuk dalam microwave....air sejuk ...boleh digantikan ngan air panas...larutkan terus gelatine ngan air panas sebelum digunakan...

Friday, June 17, 2011

Vanilla Ice Cream



Roti Putih + Nanas Tin + Vanilla Ice Cream + Kacang Goreng + Raisin + Chocolate Rice + Hershey Syrup

Tuesday, September 21, 2010

Paddle Pop Ice Cream and Hershey's Syrup


Monday, June 21, 2010

Dadih Jagung


Colek Mangga Muda

Dari air tangan my cousin, Lisa... sedap tu tak berapa pedas.. nostalgic buah mangga dari pokok my beloved Pak Njang yg baru pulang ke Rahmatullah pada 16 Jun lalu. Al Fatihah

Es Durian


Monday, May 31, 2010

Sup Buah


Fruit cocktail yg famous dari Seberang. Ada yg panggil Es Teller ada yang panggil sup buah. Cuma campurkan buah2 apa jua jenis ikut kesukaan kita dgn setin susu sejat dan air kelapa muda. Sejukkan dan sedia dinikmati.

Friday, April 16, 2010

Rich Chocolate Pudding



Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Monday, April 5, 2010

Tapai Ubi Dan Aiskrim Vanilla


Monday, January 18, 2010

Sagu Mata Ikan


Watee suka makan sagu ni. Ingat susah sangat nak buat, rupanya senang saja. Belajar dari Jumaaton masa birthday party bos aritu.. dia buat saguni dan apa lagi minta turun ilmu la. Gambar tak brapa clear sebab 2 3 harini camera buat hal.
Cara2
2 cawan sagu di basuh dan toskan
- Masak sagu dengan air yang mencukupi. Setelah kembang tapis dan masukkan ke dalam acuan. Sejukkan.
1 cawan gula merah/gula kabung/gula melaka
- Masak dengan 2 cawan air... reneh perlahan sehingga pekat.
1 cawan santan kotak
- Di bancuh dengan 1/2 cawan air panas dan di kacau dgn sedkit garam
Keluarkan sagu yg sejuk dari acuan dan tuang kedua2 sos di atasnya, sedia dihidang.

Sunday, January 10, 2010

Apple Crumble


Petang minggu yang relax.. lepas lunch rajin jugak rasa nak buat Apple Crumble ni. Cilok dari Blog Hana's Family, terhasillah my Apple Crumble. Sedap tau, resepi Watee olah bagi kurang manis. Sesambil Mr Hubby bergardening kat luar tu Watee jamu dia dengan Apple Crumble ni... mmm sedap katanya.. hehe. Harini, hari terlebih rajin, almaklum a whole week ni periuk digantung atas alasan sibuk. Sibuk dgn persekolahan anak2 dan juga aktiviti beriadah. Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat, Watee harus ke gym, Selasa pulak swimming dan badminton. Tak lama je lagi acara ke gym ni. Lagi sebulan je dan pastu lega sikitla, xdela tiap hari nak kena turun ke gym tu.


Bahan-bahan


Utk Crumble
100g tepung gandum
40g gula
80g butter sejuk dr peti ais
sedikit garam


Utk Inti
3 biji epal - kupas dan potong dadu
2 sudu mkn gula perang
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon


Cara-cara
Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Selamat mencuba....

Thursday, December 31, 2009

Bubur Asyura Versi Utara


Setiap tahun, di bulan Muharam ni memang mak Watee akan masak bubur Asyura versi utara ni. Dan sewaktu di Bintuludulu masa berjauhan dari keluarga dan disebabkan teringin nak makan jadi pernah jugakla Watee cuba buat dan jadi jugakla. Tahun ni dah tinggal jauh dari mak memang berhajat jugak nak buat bubur ni, tapi belum berkesempatan lagi. Insyaallah dalam masa terdekat Watee akan cuba buat jugak.


Bahan-bahan:

1 biji keledek
1 biji keladi
2 biji pisang nangka
2 ulas nangka
Sedikit durian
1 liter santan [1 biji kelapa]
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 tin jagung
1 cawan kacang hijau [rebuskan]
1/2 cawan sagu [basuh dan toskan]
1/2 cawan tepung beras1 helai daun pandan
Cara:
1. Keledek, keladi dan pisang dipotong dadu
2. Rebuskan kedelek dan keladi. Toskan
3. Jerangkan santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga larut.
4. Masukkan semua bahan dan tepung beras.
5. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel.
6. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan kental.
7. Bila sagu nampak jerneh tuangkan dalam loyang dan sejukkan.
8. Bila sejuk boleh dipotong dan hidangkan.

Saturday, December 26, 2009

Bubur kacang hijau dan durian


Dah tak larat nak makan gitu je durian yg Mr Hubby beli dari Segamat ni, Watee buat bubur dengan kacang hijau. Boleh jugak jamu mak, abah, baby (adik Watee) dan family yang nak datang kejap lagi ni. Derang nak datang jalan2 bandar Melaka dan nak pergi makan seafood malam kang. Tak tau samada nak bawak pergi makan kat Umbai or pergi Medan Ikan Bakar Sungai Duyong. Sementara nak tunggu malam tu bolehla hidang makan bubur ni sama2.

Sunday, November 22, 2009

Strawberry Chocolate


Ni lebihan buat kek birthday Irfan dan Watee saja letak chocolate bagi sedap. Kalau tak strawberry ni tak sedap makan gitu je kan. masam...

Ais krim malaysia - milo chocolate chip


yang ni Watee saja buat bagi anak2 merasa macam mana kita rasa dulu. Yela masa kita kecil dulu bila mak buat ais krim ni kita excited lebih. Samala macam masa Watee buat ni anak-anak dah tak sabar tunggu nak makan.. kejap-kejap bukak peti ais, kejap-kejap bukak peti ais... masa ni Watee buat 2 perisa, satulagi cherry aiskrim soda dan Watee letak colourful chocolate rice bagi nampak menarik. yang bestnye besok bila dah boleh makan tanpa sedar Watee, Irfan jual kat kawan2 yang ada kat kawasan rumah ni 10 sen satu.. aduh.. apalah punya anak...ambil kesempatan buat bisness lagi. Terus Watee suruh pulangkan duit.. apa sangatla harga ais krim tu klu nak jual kat budak2 tu... kenduri kan jela!