Showing posts with label My new Journey. Show all posts
Showing posts with label My new Journey. Show all posts

Tuesday, April 6, 2021

23 Disember 2020 : 1st Antenatal Checkup

Semenjak dapat feedback daripada Dr Wong from last visit. Aku sangat-sangat anxious. Risau sangat-sangat. Aku memang follow betul-betul jadual makan ubat, insert ubat dan jab. Masa pregnancy kedua tahun 2015 dulu, aku rasa kami rilex sangat dan over confident. Aku kejer cam biasa once dapat confirmation dah pregnant, dan ada masa-masanya terbabas waktu untuk pakai ubat dan jab, which is a big no-no utk pregnancy thru IVF ni. So this time around, aku memang tak take things for granted. Actually aku tulis tau pasal pregnance 2nd tu. tapi aku delete most of it, when we lost he baby at 9 weeks. 

Memang banyak-banyak2kan berdoa je kami. Aku hari-hari dok menggelisah kerisauan. Aku dah mula tak leh makan pedas dan rasa nak heartburn start last week lagi. Tekak aku memang tak leh makan pedas, kemabang semacam. Kepala gatal giler, jerawat dkt muka dan badan dah mula ada, and my breast is really sore, cam kena pukul je. Ada hari2 rasa cramping sikit. tapi takde spotting lagi, unlike my 2 previous pregnancy. 

Hari ni ada checkup dekat Sunfert. At 2.45 off we went to Bangsar South. Walaupun org ckp jauh la and so on. From our house, the medical centre is so accessible, terus masuk mex dan NPE pastu sampai. Tak sempat masuk jem. Aku masa ni memang dah tak leh bercakap, tak leh senyum dah masa ni. Gi toilet entah berapa kali. Ed buat lawak pon tak layan dah. My heart was pumping soo hard. risaunya Ya Allah, berilah kesihatan yg baik pada anak kami. 

Then my turn came and the nurse asked me to pee first. I did that and dah get ready for the checkup. Doctor Wong scan, our eyes on the screen and I can see the circle in the screen. 

DW : oh, apa orang melayu cakap, Alhamdulillah!

Aku : Alhamdulillah. (tears in my eyes)

DW : Looking Good. dah nampak thru scan. ada sack with yolk, and the size pon ok. The baby has catched up. Dia slower starter but very good now. This is terrific. 

Aku : Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Then he talked to us both after the examination

DW : Congratulations, you are pregnant. I am very happy for you. I pon nak update my team, about this. This is why we have to go all the way, and never give up. Absolutely terrific. 

Us : Thank you doc. So baby dah semakin sihat? Dah reach its milestone?

DW : Yup. your HCG reading was low last time. thats why saya tak mahu you proceed with another blood test. This time around should be able to see the sac and yolk thru the scan. And it did. Very good. So continue what you are doing right now, we continue all the support. And i'll see you on 4th January. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah, atas rezekimu.  Lepas tu keluar amek meds semua. And i finally can smile and talk. Syukur ya Allah. Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan.  As always tak ramai yang tahu, di peringkat awal-awal ni. But pada yang tahu, thanks for the dua. I really appreciate it, and we really need it. Masih awal lagi ni, dan masih panjang perjalanan ni, but I will be thankful for every milestone Allah has bestowed me.  Thank you Allah. 



15 Dec 2020 - 2nd Beta HcG Test

Assalamualaikum wbh, 

Hari ni 2nd Beta HCG test which is 2nd pregnancy test. I did the first test last week on 11th Dec. Result was Positive. I am technically pregnant. However doc is a bit concerned that the reading was a bit on the low side. So she scheduled another test 4 days later which is today. During the 4 days i continued with all the meds and jabs. So today is the day. 

Pagi2  lagi dah gerak dari rumah, sebab kena sampai di Sunfert pada pukul 8. Alhamdulillah arrived at 8.02 am. Amek blood sample and have to wait for 2 hours for the result. Yg bosan sikit, the only kedai makan yg bukak is Starbucks, so terpaksa lah lepak dan makan sini, to kill 2 hours.  pukul 10.45 baru jumpa doc for the result.. Ya Allah semoga Allah kabulkan permintaan kami utk seorang lagi zuriat soleh. 

Farhan hari2 akan datang bari salam dekat adik dia. 

Assalamualaikum adik. 

Adik dok elok2 dalam tu ye, pegang mama kuat2. 

Nanti kita main sama2 tau. 

Then he bacakan fatihah utk adik dia. Allahu, syahdu sangat. Memang nak sangat adik si Farhan ni. Hari2 ada dialog dan senario dia dan adik, gitu gini. Memang tersentuh hati kalau tgk gaya dia. Kalau aku dan ed soh gi main dkt bilik dia, dia akan jawab. An pon nak duduk dekat adik. Biarla an baring sini. Alolo, oklah..oklah..

Aku memang anxious. every day akan anxious sangat. No matter how many times you lalui treatment ni, memang akan berdebar sangat. Ya Allah kabulkanlah doa kami, kuatkanlah janin ini, semoga menjadi anak soleh/solehah.

Kali ni checkup dengan Dr Wong. Bila masuk muka dia serius je, aduyai risaunya. 

DW : Ok kalau tengok the result memang reading ni you are pregnant. Kalau u buat pregnancy test dkt luar pon you akan dpt result pregnant. Cuma bacaan HcG ni rendah.  Here's the reading is 330. you should be nearing 1000 already by now. 

Aku terdiam. Ed pon sama. 

DW : The last time masa u miscarry was it like this?

Aku : Reading masa awal2 was OK, cuma then it stopped growing

DW : Ok, lets continue with the meds and support. There are cases where, the baby will catchup and grow as normal. I'll see you in a week. We don't need to do a blood test again. If its good then we can see the baby through the scan. 

Aku dah tak tahan nak nangis masa tu. Went outside and duduk kat luar. Aku dah start crying masa tu. Luckily we were all wearing face mask, so tak nampak la sangat tgh nangis, if not sure nampak hidung dan muka merah sgt tu. 

Ya Allah, I was devastated masa tu. Ed cakap. Com you are pregnant. the reading did double every 48 hours, cuma tak cukup tinggi je. Kita doa dan doa dan doa ok. 

Memang onwards tu, kami berdoa tak putus. Aku tgk Ed baca Yasin hari-hari. some days aku baca dengan dia. Most days aku baca siangnya while he is at work. Ya Allah kurniakanlah kami seorang lagi anak yang soleh dan sihat. Sihatkanlah anak dalam kandungan ini Ya Allah. Semoga kami dapat lihat dia next checkup nanti. Amin Ya Robb. 


Day 9 : Post Embryo Transfer

Pagi tadi Ed bawak aku gi amek jab dekat klinik dekat dengan rumah.  Setakat dalam the 2week-wait ni, ni kali kedua aku kena amek jab hormon. Hari2 akan ada ubat insert dan ubat utk dimakan. Kali ni aku buat reminder dan alarm di phone supaya aku tak lambat makan ubat. Memang disiplin giler kali ni. For your info ni kali ke 3 aku buat embryo Transfer. Pertama masa Farhan tahun 2012 masuk 3 embryo. Pregnant twins pada mulanya. Kedua masa tahun 2015, masuk 2 embryo, berjaya pregnant tapi lost it at 9 weeks. Dan kali ni 2020 1 embryo dan semoga berjaya pregnant jugak. 

Lepas embryo transfer baru ni, keesokannya embryologist called and informed me that the last embryo didnt make it to the blastocyst stage. embryo tu takmo matang. so they informed me that they cannot freeze it. no point pon dan they will discard it. I was crushed. actually mixed feeling sebenarnya.

1. Kalau it made it - kena bayar RM1600 to freeze it, and RM1200  annual maintenance. Perit sikit sebab dah spend belas ribu so far. Pastu terpikir err kalau dah simpan maksudnya nak kena transfer again ke, umur dah berapa ni. Neves pulak aku.

2. If it doesnt make it - then this is the last chance. This is it. Adus pressure pulak. 

So now kami dah dapat tahu, that from the frozen cycle. This is the last embryo. Aku mc for 2 weeks. tapi kali ni x se relax masa farhan dulu where aku bebetul boleh bed rest dan baca novel je. This time susah sikit nak rehat camtu. Sebab kali ni  dah ada anak sorang, where dia ada kelas lagi, nak urus makan minum dia etc. Keduanya kali ni mama dah stay dengan aku, dan dia masih lagi recovering dari surgery patah tangan dia tu. So dia tak leh masak2 sangat. So aku masak ler jugak. Pastu aku dah pindah rumah baru where servis food panda takde dkt sini. Adala servis Grab but u knowla bapok mahal Grab ni. !Sekali sekala ok. Meriah juga rumah kami, ramai yg datang, alhamdulillah. Mak mertua pon datang ni dah seminggu dok sini. Semoga ramai2  mendoakan kami dapat baby.

Oh lupa nak cakap, esok is the pregnancy test. Ya Allah berdebarnya Ya Allah. saspen sangat. Setakat 9 days ni, aku mmg cramping sangat2 sejak day 3. Tak leh makan lambat rasa cam heartburn. Breast are very sore. Muka sembab dan gerutu sikit haha. Takde spotting macam masa Farhan dulu, oemji saspennya. Tolong doakan ye. 


Frozen Embryo Transfer Day

Frozen Embryo Transfer (FET)

Salam, bertahun dah tak update blog. A lot has happened since. Yg life changing to the whole world is Covid 19, PKP 1.0 dan PKP 2.0 . Aku also dah bekerja di office semula, since 2017. Sold my business right before PKP, alhamdulillah for that. Since dalam PKP again, we decided that its a good time to do an FET sebab memang work from home kan. Tak yah renyah-renyah masuk office dan apply cuti or MC. 

 2 Dec 2020, aku ke Sunfert utk buat proses Frozen Embryo transfer. my last two embryos dah diunfreeze 2 hari lepas. Kali ni, ada penggunaan teknologi baru, where the embryos are cultured to blastocyst stage. Aku ada balance 2 lagi embryos. Advantage of blastocyst stage are as below :

Masa checkup pada 25 Nov hari tu, Doc cakap, dinding rahim tidaklah perfect, tp boleh proceed ke next stage. Selepas consultation dengan Doc, disebabkan faktor umur serta aku ada incompetant servix, dia tak galakkan masukkan 2 embrio. Dia nak elakkan daripada pregnant twins. dan dia hanya akan pilih embrio yg sampai stage blastocyst. Kalau dua2 berjaya, dia akan freezekan semula lagi 1.

Masa sampai pada hari transfer tu, kami duduk for consultation with the head of embryologist. Menurut dia. 1 dari embryo berjaya sampai ke blastocyst stage. 1 lagi belum sampai ke stage tu, dan they will observe till tomorrow. Kalau sampai to the stage, they will inform and freeze it. Kalau tak sampai ke stage tu, the embryo deemed tak fit dan will be discarded.  but for today, ada 1 yg healthy for the transfer. 

Macam dulu2 hari ET, tak boleh pakai sabun, pakai syampu, deodaran, perfume, lotion or makeup. Lepas consultation, dah masuk ke ward utk prep. Dah tukar baju, scan dulu, whether dah full bladder atau tak. Nurse cakap belum full. So dia mintak minum 2 cup of water. Nak buat transfer kena full bladder. br scan boleh nampak kat mana nak place the embryo. 2 kali jugak scan tak cukup penuh, but the second time tu nurse tu mintak aku jalan je dlm my ward jgn baring dan jgn minum extra. So aku jalan la keliling katil dlm 15 minutes sampai naik dizzy.  After that dah masuk OT. I forgot how painful it was, aduyai memang tersentak2 kaki tahan sakit. But maybe the technology is better and the doc and the team is more experienced, everything completed in 15 minutes gitu. 

After that I was wheeled out, dan baring 30 minutes dgn katil ditilt sikit supaya kaki aku lebih tinggi dr kepala. Alhamdulillah procedure berjalan lancar. dan kami pon balik ke rumah. Dekat rumah, geram je tengok barang tak habis kemas, sebab baru sangat pindah rumah a few days ago, tapi kena pejam mata jelah for the next few weeks, to ensure the safety of this baby. Farhan excitednya. Hari-hari sembang dengan my tummy. Hari-hari akan fikirkan aktiviti dengan adik dia, dan senario-senario atau what adik dia akan buat or cakap. Syahdu kadang tu. nak sangat adik. Ya Allah semoga Allah kurniakan kami seorang lagi cahaya mata. Kabulkanlah permintaan kami dan Farhan. Doakan ye kawan-kawan. 


Sunday, September 2, 2012

Spotting at 28 weeks pregnant

As-salamualaikum wbh, 

Lama pulak tak update, eh aku update la, korang yang tak update sampai aku takde bahan bacaan. Gi update blog korang nun, hehehe. 

Masa flight balik dr Kuantan baru ni, I had to lift my bag sendiri masa nak boarding flight tu. Takler berat mana beg tu. Nak check in, tak leh sebab aku bawak balik puding raja masa tu, hehehe. Lepas tu flight delay lak 20 minit gitu. Dalam flight dari Kuantan ke KL tu aku menyampah kat this 1 stewart Mlayu yang lorat. Tauler dia buat kerja dia, tapi cara dia ckp tu cam bagus jek. Aku dengar kat announcement ckp boleh pakai handphone tapi Flight Mode. So aku change la the Galaxy Note tu ke flight mode. Tetiba dia cakap, off kan handphone ye, aku cakap la kalau flight mode pon tak boleh ke (very nicely I asked) Dengan muka kerek dia kata, The term is semua yang pakai bateri kena off. Tak best langsung penjelasan tu. Lepas depart dan later dengar announcement baru ler paham, takleh pakai electronics during take off and landing. Masa dah on air tu boleh la pakai phone with flight mode tu. Kalau tak wat per sumer smartphone ada flight mode sekarang ni. Bukan masalah bateri. Kalau jam aku ada bateri? Kena off? Kalau pakai walkman? Kena off? Kalau pakai kipas ada bateri nak kipas ketiak, kena off? Lepas tu dia ada tegur orang lain masa nak landing, masa tu tone dia lagi la timingnya, kan main. Meluat aku. Kalau aku jadik mamat yang kena tegur tu, aku sound balik dah. Cam bagus. Baru jek aku puji hari tu I like MH. Tak dpt catch his name, kalau dapat memang aku publish jek, peduli haper. 

Anyways, lepas landing aku ckp kat Ed aku nak solat siap2 sebelum keluar. Punyalah jauh aku rasa dari Gate A tu nak keluar. Sempat aku benti gi Toilet 2x ko, hahaha. Penat gila aku rasa. Hari tu bila kami dah check out dari Hotel memang tak dapat baring langsung. Dekat rumah makcik aku pon asyik sembang jek, dan ramai orang cam tak seswai nak baring-baring. 

Sabtu tu, kami pergi breakfast dekat Roti Puri, lepas tu Ed gi buat banking sikit. Lepas tu aku buat muka kesian ajak gi MomsDream nak beli set pengurusan uri dan barut sikit. Yes, aku dah beli barang sikit-sikit. Masuk kedai gini tak berhabis at least 200 tak sah. Barang baby dan keperluan mama ni memang tak murah kan. So beli jugak barut, bedung, and bengkung. 

Balik tu petangnya, aku cam spotting sikit. Ah sudah, dah lama takde brownish spotting ni. Semenjak pasang cerclage at 21 weeks dulu, hanya ada discharge jek. Spotting memang tak pernah. Dah panik sikit-sikit. So aku decided, that kami tak pergi dulu Parentcraft Class, sbb nak bed rest. After midnight kot, dah soak the panty dah the brownish spots. Ya Allah. Nangis-nangis aku kejut Ed bagitau dia. Tapi deep down aku rasa takla alarming gila sebab bukannya red blood. terus aku buat solat hajat masa tu. Berjurai-jurai air mata. Risau gakla kan. 

Lepas tu ada sikit-sikit jek spot, sampai ke Ahad. Call in ke hospital, dan the nurse said kalau tak berkurang dan if it becomes red blood, terus ke Emergency Ward. Sampai ke petang spot sikit-sikit brownish color jek, so tak pegilah. Baby pon aktif as always. Alhamdulillah. Doc ckp kalau brownish spot tu normally is old blood. Aku rasa maybe its old blood from the polyp, pastu aku dok gerak banyak sehari dua lepas, tu yang spotting tu kot. Anyways aku monitor jek, hopefully it doesn't get worse.Ya Allah, bantulah hambaMu. Permudahkalah perjalanan pregnancy ni sampai ke delivery. Amin. 

So aku pon kembalila bed rest. Mama pon tak kasik dah aku gerak-gerak sangt. Tapi, next week, ada beberapa kali kena keluar jugak. Selasa untuk preparekan rumah mama untuk mama dan baba balik, Rabu ada checkup, Khamis akad nikah adek aku, dan Sabtu lak ada Majlis bersanding belah perempuan. Ya Allah permudahkanlah urusan kami, Ya Allah. So sehari dua ni baring jelah ye cekna. 

Aku dah jugak mula beli barang-barang berpantang dan baby online. Aku beli through LittleWhiz, OnebabyWorld, MyAventStore, Tanamera, dan few FB shops. Hancus. hahaha. Ada few barang yang dah sampai. Ada yang sehari jek dah sampai brg, gila efisyen. Nantila aku amek gambar barang aku beli, ke korang nyampah nak nengok, kotler karang ada yang kata aku show off lak, muahahaha. Nyampah jangan tengok, kan, bukan susah sangat hahaha. Kasi canla aku excited ok. Aku tak dpt lagi nak ke kedai physically except for mumSdream hari tu, voucher Parkson hari tu pon entah bila nak pakai. Adess.

Oh ya, is there such thing as 3rd trimester nausea? Semenjak aku 27 weeks hari tu aku dah start meloya gila. Exactly like masa 1st trimester dulu. Ke sebab heartburn since baby dah makin besar.Tak la all the time and every day. But most days la. Adess. Takpe cekna, sabar banyak-banyak ok, its not that bad. Uncomfortable sikit jek.

Doakan yang baik-baik jelah ye kawan-kawan.Thanks.

Thursday, August 9, 2012

My mini outing

Assalamualaikum wbh kawan-kawan, 

Ya Allah pantas sangat masa berjalan bulan puasa ni kan. Dah 20 hari kita berpuasa. Dah start 10 malam terakhir dah kan. So Cekna jangan malas-malas okeh. 

Aku hari ni rasa penat sikit. Pagi tadi, pergi Ampang Putri untuk follow up asthma aku ni kan. Alhamdulillah, besides the attack masa 3 months ari tu kot, takde dah attack. Kalau asthma, atau batuk yang tak baik-baik, bawak-bawakla pergi jumpa specialist. Aku masa batuk tu, 4-5 botol ubat batuk dah habis, dan makan ubat cairkan kahak semua termasuk la amek nebulizer, tapi tak reda langsung. Allah belum nak izinkan baik kan. Pastu aku mintak gak doc referkan aku ke hosp, pegi ubat, amek inhaler, dan ubat2 yang tepat. 2 hari gitu clear la batuk dan lelah aku. Sebab tu doc tu kata asthma sekarang ni sebenarnya boleh kawal, tapi kena kena ubat yang tepatla. Kat GP memang takde inhaler yang hosp bagi tu. 

Pastu aku singgah opis kejap. Oh ya, aku tak drive ye kawan-kawan. Adek aku hantar. Singgah opis, hantar MC, hantar claim dan document sikit. Diorang ada function hari ni ajak aku join, tapi aku decline la nak join. Takutla nak duduk dan berdiri lama-lama. Lepas tu balik rumah, solat dan tidoo. 

Oh ya sebenarnya nak citer aku berbuka kat luar semalam. Aku ni seriously rasa beku kepala aku ni dok berkurung kat rumah. Even semenjak aku belum pasang cerclage tu pon aku dah terperap kat rumah mama ni kan, pastu sekarang ni sambung terperap. Tak leh bawak kereta, tak keluar gi bazar Ramadhan, tak kuar gi supermarket, gi bank pon tak. Semua buat online jek. So semalam aku puehle aku merengek-rengek dengan Ed nak berbuka kat luar. Tengahari tu aku tanya, jadi tak? Dia kata ok, tapi dia pening sikit. So aku pon buatla reservation dekat Manhattan Fish Market kat Alamanda.

Petang tu lambat jugak dia balik. Aku ingat kalau pukul 5 Ed sampai rumah dan terus gerak  boleh aku jamu mata kejap. Tup-tup dia balik kol 5.30 petang pastu sakit kepala dan tidur kejap. Kol 6 gitu aku kejut dia, picit kepala dan belakang dia kasi kuar angin, and baru gerak ke Alamanda. Sampai dah 6.30, so tak banyak masa nak jalan sangatla kan. Ed dropped me dekat dengan MFM tu dan aku gi place order while dia gi park kereta. Aku cakap aku nak gi Parkson redeem voucher.

Berseri-seri muka aku masuk Alamanda tu. Sengih sampai telinga aku rasa, muahaha. Kesian kan. So aku ke Parkson. Rugi jek point bonuslink aku expire tapi aku tak redeem apa-apa hari tu. So aku gi sana dan redeem voucher through bonuslink card. Lepas tu redeem gak Treats Points Maybankcard. Eh kalau korang rajin bayar pakai DebitCard Maybank yang ada gambar cherry tu pon ada point tau. Aku tak habiskan pont Maybankcard tu sebab nak redeem voucher Sogo laks. Kat Sogo barang baby best tak? Aku dah berzaman tak pergi Sogo. 

Lepas tu pergi Guardian dan lepas tu pergila ke MFM. Elok je kami sampai dalam 7.15 gitu the food pon started to arrive. Nasib baik juga terpikir nak beli mineral water, sebab air sampai lepas azan. So we ate mengadap fountain, best!. Habis makan dalam kol 8 dan aku gerak ke MPH, whilst Ed gi amek kereta. Here's a few pics yang aku amek masa keluar semalam. Punyala seronok dapat keluar, gi shopping mall pon beria amek gambar hahaha.
Masa ni tengah tunggu berbuka, amek set flamming Platter kot, entah

Close up sikit

Pergi borong buku dan majalah kat MPH. Bestnya! Tapi takde masa sangat. Nak gi lagi!

NI barang-barang aku beli dekat Guardian. Exfoliating gel tu best, blackhead pon leh hilang
Ala aku tau korang tak heranla dengan buku-buku dan barang aku beli kat Guardian tu. Korang memacam lagi shopping kan, kan, kan. Dahla korang boleh keluar bila-bila masa je kan.

Tapiiiiii,  aku nak eksyen gak kat korang aku dapat nih, muahahahaha. Yehaaaa, suke-suke-suke.
-
-
-
-
-
-
-

 
Vouchers!

Kalau aku habiskan point maybankcard tu rasanya leh dapat few hundreds lagi kot. Tapi, point tu nak simpan untuk Sogo nyer voucher or convert to Enrich Points nanti. Lepas amek voucher tu, aku dengan muka control round dalam Parkson tu tengok barang baby. Kalau tak control muka, sure tersengih-sengih sorang-sorang, muahahhaa. Banyak gak barang leh dapat. Yey! Expiry voucher tu ialah in 1 year. Bila nak shopping, tatau lagi.

At 8.20 pm gitu kami gerak dan solat dekat Pusat Komuniti dekat Putrajaya tu. Surau Alamanda penuh sangat. Kejap jek keluar, tak sampai 2 jam pon. Nak ronda Mothercare dan ModernMum pon tak sempat. Ed kata dia lalu kat Baskin Robbins, giler ramai orang.  Ed balik,  drop aku dan dia rush gi masjid. Happy giler aku, dapat keluar sekejap pon. Thanks Com, bawak cenna keluar. U're the best, babe!

Thursday, July 26, 2012

Post Surgery Follow-up and 23 weeks AN checkup

Assalamualaikum wbh, 

Alhamdulillah hari ni dah hari ke-6 puasa. Ya Allah cepatnya masa berjalan kan. Sekejap jek karang dah seminggu pastu 2 minggu pastu dah nak raya dah. Aku alhamdulillah puasa lagi. Ada hari-hari lembik sikit, cam semalam lepas berbuka, sakit kepala sangat sebab masuk angin kot. Lepas maghrib gitu tidur sambil tenyeh minyak kat kepala. Pastu makan sebab beli kat luar bukannya selera sangat. Geramnya nak memasak korang tau tak. Tak terkata dah ni. Sabarla cekna banyak-banyak. 

Semalam aku ada follow up checkup lepas surgery hari tu kan. Tengahari Ed datang amek aku kat rumah. Lepas Zohor baru keluar. Aku siap bawak kurma siap-siap sebab dok anticipate appointment kol 2.30- dpt jumpa doc maybe kol 4.30 atay 5 ptg, pastu jem giler dari Sunway nak balik Kajang - Ada can berbuka dalam kereta. Anyways, lepas register kena timbang berat dan bp. BP aku normal sekarang ni, alhamdulillah. Weight aku naik dalam 300 g gitulah. Padahal masa 3 hari awal puasa tu aku makan nasik punyalah banyak hahaha. Kemudian check urine utk check for glukose dan protein. Aku kan puasa, nak kumpul urine makan masa sikit, dan urine colour pekat sikit dari usual. Yelah puasa kan.

Lepas tu aku gi amek brochure Parentcraft Class, which surprisingly Ed agreed to go, Yey! Pastu amek nombor tepon untuk 3Dscan, lepas tu masuk untuk scan. Sonographer kali ni orang lain. Tak se'best sonographer yang selalu. Dia check for heartbeat which is 154bpm. Tengok uri which dah naik, ukur kaki baby, berat 632g. Dah naik 200++ gm from last visit. Air ketuban pon cukup. Alhamdulillah, lega sangat sebab bila pasang cerclage or sebab incompetent cervix ni, ada risk or amniotic fluid leak. So kena monitor sangat-sangat. Pastu baby ni dok silang-silang kaki lah, dok tongkat dagulah, nampak jari-jari dok movelah, Ya Allah comel giler. Cara tongkat dagu  dan pipi tu cam gaya Ed tidur, hehehe. Lepas tu sonographer tu tanya aku pakai losyen ke kat perut. Aku cakap jarang-jarang, tapi pakaila jugak bila rasa kering tu. Dia cam impressed giler aku takde stretch mark langsung. Dia kata ramai orang yang sama umur pregnancynya dengan aku dan pakai losyen 2-3 kali sehari pon banyak stretchmark. Hmm entah. Belum lagi kot. Maybe bila baby makin membesar ada la kot, entah. Aku takde stretchmark kat perut, but I have a little on my butt and thighs. Tapi macam stretchmark lama la bukan baru, hahaha.

Aku rasa aku takde stretchmark ni ada few reason. First of all, aku memang bukan kurus kerempeng to begin with. Memang dah stretch dari awal la kan, hahaha. Kedua, aku pernah cakap dekat Ed, kalau aku ikut kulit mama, aku maybe takde stretch mark, sebab org ngurut mama selalu ckp perut dia cantik sbb takde stretch mark. Ketiga, aku awal-awal sampai 4 months dulu kan bukannya ada selera sangt kan, so perut aku tak besar sangat dengan mendadak la kot. And lastly aku sapu anti-stretchmark cream tu agak awal, which is masa 10 weeks kot dan merupakan pregnancy things yg pertama aku beli. Tapi, tak mustahil la lepas ni akan develop the stretchmark sebab baby akan membesar dengan rapidly dalam perut kan. Buat sementara ni, aku leh jadik model pregnancy bump, heheh. 

Tak lama lepas tu dah masuk jumpa doc. Terpinga-pinga aku sebab sekejap sangat menunggunya. Tak dan aku nak bosan. Nurse tu sampai gelak, cepat sangat ye. Hahaha. Anyways, aku risau gak kalau doc nak buat V-scan. Aku kan puasa. Alhamdulillah, doc cuma tekan-tekan perut dan tanya soalan sikit-sikit je. Katanya :

Doc : perut dah soften, so takde tanda ada contraction ke apa. Ada bleeding ?
Aku : Ada sikit-sikit. If I stand lama sikit, akan ada bleeding sikit. 
Doc : Bleeding tu sebab the tangkai polyp is till there. Takde problem unless kalau tiba-tiba banyak sangat bleeding.
Aku : OK. 
Doc : Tangkai polyp is still in there. We cannot remove it sampai ke tangkainya, sebab takut when we pull it, akan caused bleeding banyak sangat. So ada tendency that the polyp will grow back again especially during this pregnancy sebab dia sangat active masa pregnant because of the hormone. (dia show some diagram yang menunjukkan kedudukan polyp tu). Masa kita nak pasang the cerclage tu, terkena je polyp tu memang terus bleeding so we had to cut it. (tunjuk saiz polyp tu sebesar ibu jari, besar gak weh)
Aku : Masa deliver nanti ada possibility that the polyp will be there again ke doc. 
Doc : Takpe masa delivery, it's different story already sebab masa tu your cervix expand and situation dah lain. 
Aku : Expect untuk bukak cerclage bila doc?
Doc : Kalau everything goes well, at 36 weeks kita bukak. Normally one week after you akan deliver. 
Aku : I kalau boleh nak deliver normal doc. Sebab I ada intention to do next    FET cycle. Kalau caesar lama kena tunggu for next cycle. 
Doc : Actually tak juga tau. Kalau caesar pon, now the technique heals very fast. After 2 months you will be 80% healed. Then you can start the next cycle after 6 months. But of course we will try for a normal delivery lah. Unless kalau baby breech, or you ada high blood pressure or diabetes, then we will schedule a caesar sekali dengan bukak the cerclage. We'll see. Ada any history of diabetes? 
Aku : Yes, both my parents have it. 
Doc : So next checkup kena buat the glukose test. So kena puasalah. Eh you sekarang pon puasa kan?
Aku : Yes.
Doc : Takpelah we'll do it after raya then. Next checkup datang dulu for ANC. We have to monitor the cerclage. Kena monitor your air ketuban, and infection. Sebab you ada benda foreign dalam you. Ada tendency kena infection. So you kena monitor selalu the discharge.
Aku : So if discharge becomes smelly or caused itchiness kena datangla doc?
Doc : Yup, we have to do a swab. Hmmm eventful betul your pregnancy ni. 
Aku : Heheh tulah drama betul. Hopefully takde drama dah onwards. 
Doc : Do you have any other question?
Ed : If we wanna do the 3D scan when is the best time?
Doc : Between 26-32 weeks. Sekarang kalau buat, baby belum fully develop lagi so nanti features dia belum cantik lagi. Maybe next checkup you can do it.
Ed : One more thing about our frozen embryos, sepatutnya dah kena bayar maintenance kan. Dah over the 3 months free storage period kan. Nanti tak bayar, kena buang pulak our embryos. 
Doc : Eh mana boleh buang. Those are beautiful embryos. i ingat lagi. ( dia pon check file). Jangan, ada baby situ. Oh, yelah dah over 3 months, so you want to freeze? 
Ed : Yes. Of course.
Doc : Okey I'll ask my staff outside to bill you.

Tulah antara our conversation dengan Dr.Wong. Puas hati sangat dapat tanya-tanya soalan dengan dia. Tunggu macamana punya lama pon, bila jumpa dia terus lega. And he never rushed you. Walau dia sibuk macamana pon. Tu yang aku suka sangat. Jawapan dia pon best. Lepas tu Ed keluarla untuk bayar annual storage punya fee for our frozen embryos. Ada 5 lagi kot kalau tak silap. Lupa pulak nak tanya doc. Annual fee is RM900.

Lepas tu kami pon balik. Balik tu dok teringat-ingat imej baby to dok tongkat pipi dan jari-jari dia dok kuis-kuis apa entah. Comelnya. Tak sabar nak jumpa baby. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,  permudahkanlah pregnancy ni dan kelahiran baby ini nanti Ya Allah.

Tuesday, July 24, 2012

Gifts and baby kicks

Assalamualaikum wbh, 


Alhamdulillah, dah 4 hari kita berpuasa. Syukur, aku masih berpuasa. Esok ada follow up checkup, tataula boleh puasa ke tak, tengokla. Berbuka puasa 3 hari lepas kan main selera sebab makan dekat rumah mama dan bila balik rumah pun, Ed gi amek lauk dulu kat rumah mama dan makan di rumah kami. Selera jek. Bila hari ni makan makanan bazar ramadhan, mulalah aku terkulat-kulat makan.  Sahur pagi tadi nyaris nak terlepas. Aku dah jaga tapi sebab ngantuk sangat, aku off jek alarm tu, seb baik Ed terjaga dah 5.15 am. Kelam kabut bangun dan makan. Aku dah la dengan nak makan sebeban ubat lagi. Alhamdulillah, bangun gak

Baby memang active sangat kicking Ramadhan ni. Pepagi masa dengar Ed mengaji tu memang sampai senak-senak aku dibuatnya. Aku mulai confirm rasa kicking tu lepas keluar hospital. Nurse kan dok asyik soh aku monitor baby movement. Aku ni dok blur-blur lagi, dalam hati dok berdoa moga aku akan lebih alert dengan baby's movement dan boleh monitor. Allah Maha Mendengar, memang 2-3 hari lepas keluar hospital memang movement baby rasa lebih jelas. Aku senyum dan sembang-sembang dengan baby bila dia dok nendang-nendang tu. Kalau dia kick sampai tak selesa, aku gosok-gosok dan pujuk-pujuk dia sikit. Ed pon kekadang pujuk dia gak, especially kalau dia dok mengeras or kicking sampai tak leh tidor tu. Ada masa sampai ter'jerk body aku sebab kuat dia nendang tu. Nanti dia besor sikit tataula camner. Ada masa-masa rasa nak terkencing pon ya. Maybe dia kick tu dekat sangat dengan pundi kencing kot, entah. So kak Izawani, gitulah my experience with the baby kick, hehehe.


Aku nak upload sebenarnya gambar-gambar some of the gifts yang orang bawakkan ke hospital hari tu. Tapi tak sempat. Balik jek sambung bed rest kat rumah, pastu dah start puasa kan. So ni gambar-gambar yang dah basi sikitla kot. But aku nak jugak letak, sebab thoughtful sangat aku rasa hadiah-hadiah diorang ni. 

Ni hadiah dari kawan-kawan office. Diorang datang sehari selepas aku masuk wad. Some of them, baru jek nampak muka aku sekali kat office. Tau-tau dah masuk wad. Yang dalam bungkusan tu ialah 4 magazine kot, Pa & Ma, Harmoni, dan err Keluarga kot. Best-best. Terisilah sikit masa aku membelek-belek majalah dekat hospital tu sambil berangan-berangan beli barang baby. Hehehe. 

 Ni pulak dari bakal adik ipar aku. Dia bawakkan sekali buah anggur dan kiwi sekali, which really helps masa aku meloya lepas operate harit u. Esoknya parents dia datang bawak satu beg buah cherries lagi. Tak sempat nak amek gambar. Best sangat.

Gitu ler kedudukan gifts tu selepas diorang balik. Teddy-bear tu memang aku peluk kat kaki sebab aku lenguh sangat lepas surgery tu,  so sangat-sangat berguna.
Sesungguhnya memang ada label Rest in Bed untuk patients yang kena bed rest cam aku nih. Kalau nurse masuk aku tengah berdiri regang-regang badan  ke or tengok pemandangan kat luar jek nanti diorang akan tegur, Madam, madam kena bed rest. Hanya boleh baring atas katil dan pergi toilet jek. Cecepat aku gi baring.  
Bantal yang ada gambar teddy bear tu, Bulat anak sedara aku punya. Bila dia datang jek, dia cakap, cenna pinjam baby punya bantal ye. Cenna sakit ye. Hahaha. Kalau tak sakit jangan harap dia nak kasik pinjam.  
Ni ubat-ubat aku yang kena makan termasuk vitamin. Ini tak termasuk ubat yang kena makan sebelum food lagi. Aku tak kisah sangat makan ubat. Sizenya tu jek yang aku nyampah. Dahla besar, kesat lak tuh. 

Kakak ipar aku ada gak bawakkan biskut masa datang melawat. Kira hari-harila ada orang melawat. Best jugak, sebab ada antaranya ialah kawan-kawan yang almost bertahun tak jumpa. Owh kawan yang dah lama tak jumpa tu siap bawak lasagna dan tako-tao lagi untuk aku. Masa tu aku belum operate lagi. Kami konon-kononnya janji nak gi makan sama-sama tako sesambil dia nak nengok perut aku nih. Tapi yelah, Allah ada perancangan lain untuk aku. Berjumpa dia di hospital. Murah rezeki, tu belum campur adek aku yang hari-hari datang bawak makanan untuk aku dan Ed sekali. Ed tu dah tentu2 lah kalau datang bawak macam-macam kan.  Alhamdulillah, syukur Ya Allah, aku dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan yang baik. 

Hehehe. ok tu jelah nak citer. Harap-harap esok checkup takde problem apa-apa. Risau gak.

Monday, July 23, 2012

Selamat berpuasa

Assalamualaikum wbh,

                                                                  Credit to www.jomrenang.com
Amacam puasa? OK? Tak ok? Aku alhamdulillah, setakat ni larat berpuasa lagi. Sebelum puasa memang dok bleeding lagi, bila start puasa jek, ada sikit jek on first day, lepas tu dah clear. Baby pon dok aktif jek sepanjang puasa ni, so I take it as a good sign. 

Right before puasa tu, aku memang tengah heartburn dan gastrik sangat. Ni pasal puasa masa operate tu lah. Memang gigih aku makan ubat dan paksa diri makan, sebab aku risau aku gastrik dan tak dapat puasa. Masa first day sahur, aku bangun jek terus makan ubat gastrik, sebab ubat ni nak dapat optimum effect kena makan 30 minutes to 1 hour before food. So at 4.50 am gitu aku makan ubat, 5.15 gitulah aku start makan sahur. Tak cukup pon half an hour, but jadilah. 

First day sahur tu, aku dah nak terjeluwek dah makan makanan beli kat luar sebab, sepanjang aku keluar wad memang makan beli kat luar jelah hari-hari. Memang tak lalu dan tak abis selalunya aku makan. So malam tu sebelum tido, aku gi letak gulai sardin atas dapur. 3 minit je siap korang. Jangan risau. Masa sahur Ed yang bancuh air, letak nasik semua dan basuh pinggan. Emm bed rest ni kekadang buat aku rasa guilty jek. Hmmmm. 

Lepas tu berbuka semua dekat rumah mama. Ya Allah meriahnya makanan. First day makan beli gak, tapi sebab ramai-ramai selera gaks. Second day, mama masak, memang penuh meja. Aku memang kena perambat memanjang bila masuk dapur. Mama n baba masak kari kepala ikan, ikan bawal sweet sour, sayur goreng, daging masak halia, sotong celup tepung, solok lada, ikan goreng 3 jenis.  Pengsan. Tak sempat amek gambo, sebab terus serbu semalam. Aku bancuh gak agar-agar sirap, baba yang kacau dan letak dalam bekas semua, hehehe. Princess sangat kan, dok saje jek. Hishhh.

Aku belum pergi duduk balik rumah mama walaupun mama dan baba dan sibuk ajak gi dok sana. Aku duduk dulu rumah sendiri sampai next checkup kemudian barulah berangkut kami ke rumah mama. I know Ed likes it more when we stay at our own home, tapi bila kat rumah sendiri, bed rest itu adalah susah untuk dibuat. Dan aku pon kekadang tak sampai ati, especially bab makan. Memang sebelum-sebelum ni pon, bila bulan puasa kami almost tak pernah makan luar. Memang aku masak hari-hari sebab Ed tak suka sangat makan beli ni. So bila bulan puasa nak makan beli from berbuka till sahur, aku rasa cam tak best. Mesti aku nak masak gak, like sahur first tu. Aku masak gak gulai sardin, telur dadar dan goreng keropok. Selera sangat aku dan Ed makan masa tu. Simple jek tapi bila makan dengan nasi panas, memang best. 

Aku solat duduk jek sekarang ni. Tu pon lenguh kan main lagi. Masa kat hosp lagilah, solat baring especially masa baru lepas surgery tu kan. Tapi, tetapla solat jemaah gak dengan Ed walaupun solat duduk. Bila bulan puasa, semangat nak jemaah tu memang datang. Tak dpt banyak, at least subuh dan maghrib tu memang jemaah. Kalaulah bulan-bulan lain pon camtu alangkah baiknya. Baby kat dalam perut ni memang suka dengar suara Ed dalam solat atau mengaji, memang menendang-nendang, pusing sana, pusing sini jek dia. Kalau dengar suara orang lelaki mengaji or wirid kat TV pon camtu. Bila aku mengaji dia tenang jek. Hahaha. Bagusla baby. Nanti baby pon pandai ngaji cam ayah dan orang kat Astro Oasis tu, ok.   Lepas tu Ed akan pergi terawikh while aku terawikh kat rumah jek. Lepas bagi salam after 2 rakaat, aku baring jap. Lenguh belakang. Memang lambat la siap terawikh aku. In fact semalam tak buat pon, sebab aku dok sakit belakang dari siang lagi. Bisa betul. tatau nak buat apa dah.

Owh aku sebenarnya nak upload gambar, tapi cam tak kena dengan entries. So nantilah. OKlah korang aku dah lenguh giler nih, nak tuam belikat kejap. Selamat berpuasa korang dan maaflah kalau pernah tersalah kata sepanjang kita kenal ni. Moga korang dan aku juga diberi kekuatan untuk beribadah sepanjang Ramadhan nih. Take care tau, jangan makan bebanyak sangat, hehehe, pesanan untuk aku jugak tu.  

Oh ya, Selamat Berpuasa juga untuk abang aku and sis in law di Nottingham nun. Giler sahur kol 2.30 pagi, berbuka at 9.30 pm, ya'll. Semoga diberi ketabahan. Takpe last dah puasa kat sana ni. Take care, both of you!

Thursday, July 19, 2012

Post Cervival Cerclage Surgery

Assalamualaikum wbh,

Sorilah lama tak update. Komen korang pon aku tak jawab. Sorri ek. Aku takde mood sangat nak update sebenarnya. Tapi tau korang tunggu gak perkembangan aku dan baby kan. Yelah ramai yang sayang kat my baby ni. Cenna and baby sayang korang jugak. 

Okay aku citer jelah ye. Aku surgery hari Sabtu 14 Julai pukul 4 petang. Asalnya aku, Ed dan adek nak balik Kuantan weekend ni. Takpelah Allah lebih mengetahui. So doc datang pagi-pagi suruh aku start puasa start pukul 9 pagi, dan soh makan breakfast kenyang-kenyang. Aku ikut jelah. Pukul berapa entah, Ed balik rumah kejap, katanya nak buat laundry dan nak amek barang aku. So aku pesan kat dia, kena sampai hosp sebelum pukul 2 petang. 

So at 12 gitu dah ada nurse yang masuk dan prep kan aku. Masukkan jarum, untuk later masukkan drip, check bp aku, dan fetal heartbeat,tukar baju utk ke OT dan err ada lagilah. At 3.30 gitu nurse bawak aku ke OT. Seb baik Ed sempat sampai sempatla aku salam-salam dia.  Sejuk giler OT tu, dah la gaun OT ni pendek dari gaun hosp biasa. Entah berapa kali nurse suruh aku check form, nama, procedure, bila last makan, signature. Argghh. 

At 4 sharp, Dr.Wong sampai, and later pakar bius pon sampai. Jantung aku laju giler, aku rasa dah cam selaju heartbeat baby dah. Aku transfer ke meja OT tu. And they balut bahagian badan aku dengan selimut tu, macam strap. Kemudian dr bius masukkan ubat melalui jarum td dan pasang oxygen mask. Mask tu tak best langsung. Rasa suffocate sangat. Tapi sempat 3x sedut jek sebab aku terus out lepas tu. Sedar-sedar,tekak aku perit, sebab maybe aku muntah. Dan nurse sedang rush pakaikan panty dan maternity pad kat aku. Aku pasrah jek apa diorang nak buat masa tu sebab aku tengah separa sedar. 

They wheeled me off to the ward. Aku belek jam, eh lama jugak dekat 2 jam. Kata 15 minit jek. Masa tu aku tengah sakit sangat, kaki aku lenguh gile, dekat peha tu. Perut pon sakit sangat. Dekat bawah tak terasa sangat sebab lenguh tu lebih dari segalanya. Tak lama mak aku sampai dengan 2 org staff dia, adek aku sampai dengan tunang dia dan anak buah aku. Tapi aku tak sempat nak layan sangat sebab I am so in pain masa tu. They stay for 15 minutes je kot, sebab maybe nampak aku tengah sakit sangat, Ed pon cakap aku baru sangat keluar OT. Elok je diorang keluar, aku muntah lagi sekali. Nurse kata gastrik juice je keluar sebab aku dah tak makan dari pagi kan. And the nurse helped clean it up, and clean me up as well. Aku tanya nurse, nak kencing boleh tak, dia kata boleh. Masa tu baru ler, terasa pedih giler kat bawah tu. 

Lepas aku peed, the nurse masuk bilik air sekali, sebab takut aku pitam, sebab lemah sangat, aku tanya dia, banyak giler bleeding ni nurse, normal ke nih? Sebab aku wipe, and wipe, and wipe, and wipe, darah tak henti-henti keluar. Darah merah camtu lah. Ada blood clot sekali. Risau aku. Dia kata, memang normal on first day after surgery. Lepas she helped me dressed, pakai maternity pad sumer, aku baring balik. Eii pesal la diorang bagi pakai maternity pad yang ada loop ni. Dahla takde pelekat. Macam zaman mak-mak kita sangat pad tu tau. Tak selesa aku. Bila gi toilet, asyik nak terjatuh dalam bowl jek. Aku dah le kepala tingtong, tak alert sangat, hishhh. 

After that, aku dah terasa perut aku memang tak sedap. Rasa cam period pain yang sakit sangat dan nak terbuang air besar pon ada. Memang crampy sangat rasanya Bila nurse datang aku tanya dia, boleh gi buang air besar tak? Dia cakap jangan, you tengan contraction tu. Tak boleh, tak boleh, esok baru boleh. Gitu ke rasa contraction? Perggghh. Diorang datang check fetal heartbeat every hour masa tu. Heartbeat baby memang tinggi sikit aku tengok. Selalu dia dalam 150-160 gitu. Malam tu, heartbeat dia, between 187-almost 200 bpm. Baby tak selesa yang sayang. Ed cakap suruh tidor, tapi aku tak leh tidor, sakit sangat. Masa ni  aku dah mintak pain killer. Bila nurse cakap pain killer tu boleh menyebabkan  muntah aku terus tak jadik.

Aku sebenarnya rasa dah nak gastrik masa tu. Tapi takut nak makan sebab aku malas nak muntah. Dalam pukul 10 malam aku mintak air kosong dengan Ed satu dua teguk. Lepas tu aku minum teh hijau tu pulak. Aku tau tak elok sangat minum teh hijau tu pasal angin kan, tapi teh tu ada masam-masam sikit, tak le loya. Kemudian aku makan honey dew dua tiga potong. At 11 gitu baru aku berani makan. Masa ni another nurse datang bagitau the pain killer tadi, ialah combination of ubat tahan muntah, dan pain killer, sepatutnya tak menyebabkan aku muntah. So I took it. Alhamdulillah, dia datang explain sebab, the pain killer really helped with the pain. Masa ni diorang pasang machine CTG kat aku untuk monitor fetal heartbeat dan jugak contraction aku. Aku tengok contraction pain aku masa tu reached 19 percent gak. Org kata masa nak bersalin leh reach 100% ye, maaaaakkkk...

At 12.15 mindnite gitu, Dr.Wong datang visit aku. Giler dedicated kan dia nih. Dia check aku tanya aku bleeding tak? Aku cakap aku bleeding banyak giler. Dia explain aku bleeding banyak giler, sebab masa dia nak buat cerclage tu, he found a polyp. Besar jugak about an inch gitu. So he tied the polyp, buat cerclage and later remove the polyp. Disebabkan aku tengah pregnant he connot remove the polyp 100%, Sebab bahaya dekat sangat dengan uterus dah. Dekat dengan baby. So tangkai polyp tu masih ada, menyebabkan aku akan bleeding for quite some time. NI bukan polyp yang dia nampak masa aku buat treatment tu. Itu dalam rahim. Ni kat luar. Memang masa scan tak nampak sebelum ni. No wonderla lama aku kat OT tu, dan aku bleeding cam nak giler nih. Dan yang tak bestnya, polyp tu boleh grow balik, sebab tangkainya masih ada, dan boleh grow during this pregnancy sebab masa pregnanct nilah polyp suka grow sebab banyak hormon. Adoila..Katanya cerclage tu ok, takde masalah. Nicely done katanya, sabo jelah. After he left, aku berjaya tidur thanks to the pain killer. 
Ni gambar cerclage yang paling tak mengerikan sekali. Ada yg cam seram sikit.

Esoknya dan seterusnya memang diorang monitor the amount of blood yang keluar. Siap selak panty aku pon ada. Adoila. Monitor bp dan temp aku serta monitor heartbeat baby. Heartbeat baby esoknya kembali normal, alhamdulillah. Syukur sangat.Dan diorang bagi ubat mudah utk buang air besar, dan hari-hari akan tanya, dah membuang ke tak. Dia tak mo kena meneran sbb tak elok dalam condition aku ni.

Selasa malam aku discaj dari hospital. Aku dpt MC 2 bulan. Bedrest. Nurse pesan, hanya gerak untuk pegi toilet jek. Makan pon atas katil katanya. Adess. Kalau ada rasa contraction, or air ketuban leakage ke kena datang hosp cepat. Lepas makan monitor baby movement, mesti at least 10 times. Pasang cerclage ni ada possibility kena infection, yng boleh menyebabkan all the above, so kena hati-hati dan alert. 80% orang yg buat cerclage have successful delivery, tapi ada jugak yang tak. Aku sekarang kategori high-risk pregnancy due to incompetent cervix so tak boleh amek mudah. 

That means, no more work for me, no more driving, no more pegi kenduri or whatever. Jangan berangan nak gi baby expo or whatever. Aku beli online je nanti hahahha. Dr. Wong macam cool jek, cakap boleh buat activity cuma jangan buat heavy lifting gitu. But the nurses semua cakap don't take risk. Yelah aku rest berbulan kat rumah mama hari tu, bawak kereta 5 hari dan gi kerja 3 hari terus bleeding dan kena surgery kan. Kawan aku pon cakap, 4 bulan je cekna, ko tunggu nak pregnant 9 tahun, kan. Lepas habis MC ni amek jek unpaid leave. Tak lama dah, tolak puasa dan raya kejap je. So aku ikut jelah nasihat semua orang. Walaupun aku seronok gi kejer hari tu, tapi I wont risk it for my baby. Lepas ni kejer la balik kan. Aku rasa when the baby arrives, takde nyer aku semangat nak kejer sangat. Ulit baby lagi best kan, hehehe. 

Anyways, here I am at home, menaip atas katil ni. Masih lagi di rumah sendiri. Probably akan ke rumah mama, start Ramadhan nanti sebab kesian dekat Ed. At least kat sana, sahur dan berbuka dan settle. Lepas tu, dia leh terus gi Terawikh dengan aman. Takyah pikir sape nak basuh pinggan dan kemas semua. Hmmmm tak tau lagi camner. Of course dia suka lagi dok kat rumah sendiri kan. But kat rumah mama, ada extra help. We'll see howlah.

Sepanjang aku kat sepital, memang hari-hari Ed tidur sepital, memalam datang lepas amek baju dekat rumah. Dan esoknya pagi-pagi buta gerak pergi kerja dari hospital. Bacakan Quran, buat solat hajat semua. Penat aku nampak dia. But he never complains. Adek aku pon rajen gak. hari-hari datang bawak makanan. Dan on the last day tu, dia datang hospital tolong packing barang sebelum Ed sampai malamnya untuk bawak aku balik. Thanks you guys. I love u both. 

Oklah, nanti aku buat entry lain lak. Thanks for your du'as. I really need them.

Sunday, July 15, 2012

Dah selamat

Assalamualaikum wbh, Dah selamat menjalani surgery cervival cerclage tu semalam. Horror boleh tahan. Sedang recovering. Nanti bila aku dah sihat sikit, aku cerita pengalaman tu. now masih lagi bleeding. Risau gak, but doctor kata normal, post op. So aku cuba2 la bertenang, baby ok, semalam heartbeat dia cam tinggi sikit, maybe dia tak selesa, rahim aku cam contracted abit kesan surgery tu. hari ni dah normal balik. Alhamdulillah, syukur sangat aku rasa much2 better today, sebab semalam horror sangat rasanya. Oklah, kalau dah sihat sikit aku cerita ye. Thanks kawan2 doakan aku. Appreciate it.

Friday, July 13, 2012

Doakan aku ye (cervical cerclage surgery)

Dah dpt schedule. Esok at 4 pm, aku akam undergo the cervical cerclage surgery. Doakan semuanya berjalan lancar ye. Takut gak. Doc dah startkan aku on antibiotics and ventolin, untuk mengelakkan dari berlaku contraction. Ya allah ya rahman ya rahim, permudahkanlah urusan kamipada hari esok. Amin.

Thursday, July 12, 2012

Update from hospital

Aku update pakai ipad, so ignore jelah formatting dan spelling ok. Semalam pagi aku rasa lesu sangat peri kerja despite aku cukup tidur. Aku ingatkan sebab aku masih demam dan selsema tu. so aku abaikan jelah. At work, ada meeting started at 9.30 am smpai kol 1 gitu. Aku rasa perut aku cam kejang sikit. Dalam kol 11 bila aku gi toilet, aku gi toilet, nampak cam ada bleed a bit, aku ingat sbb constipate.

Sambung meeting rasa kejang sangat, pinggang pon sakit. Abis meeting gi toilet, tgk dot panty liner, dah penuh red blood! Ya Allah camana nih? Aku balik ke bilik aku, called ed a few times. Dia tak angkat. Call office, no one picked up, then aku decided to call his friends, alhamdulillah, ed was with him. Told him dan terus nangis. He asked me to calm down and call hospital. Dia tgh ada function, tak dpt nak fetch aku asap. 

So aku called hosp, diorg soh dtg. Aku ni dgn berair air mata mintak kawan opis tolong hantarkan. 2 of them hantar aku, dan yg lain hantar sampai kereta. Aku dah start calm down a bit masa ni. At that point, aku still feel baby dok tendang2 once in a while. Sampai hosp at 1.30 pm gitu as usual ramai giler org. Eventhough cam emergency, still i hv to queue gak cam biasa. Ed arrived 15 minutes later, dan kawan2 aku balik. Buat urine test, amek wieght which dah naik sekilo in 2 weeks! dekat hosp aku still bleeding with blood clots semua. Adehh barjurai jurai air mata. 

At 4.30 gitu masuk for ultrasound. Sonographer habiskan check jantung baby - normal takde jantung berlubang, check mulut- normal takde cleft lip. Heartbeat baby 154 bpm, weight 429 gm. Nampak muka baby dan tangan dia dok lambai2, dia dok meniarapla, tendang2 la ya allah syukurnya!  Kemudian dia check uri. Uri dah naik. Takde bleeding dalam rahim. Then dia tengok bukaan serviks. Cam loose. 

Then panggil doc , buat transvaginal scan, and he applied pressure on the top of the opening, dan senang jek terbukak. Doc kata, bukaan serviks a bit loose. Lepas tu dia consult. Dia Kata, walaupun aku belum dilated, tapi kalau apply small pressure pon leh terbukak, so bahaya. Dia propose aku pasang cervical cerclage (jahit a bit the cervial opening) and leave it there sampai 36 minggu. Lepas tu keluarkan, dan boleh cuba bersalin normal or caesar. Kalau aku dah sampai 28 minggu gitu dia takkan propose pakai cerclage. Dia akan soh bedrest jek kat hosp sampai deliver. Sebab awal lg, nanti lama sanagt bed resting dan ada risk akan dilated lebih besar nanti. 

Ada risk jugak buat cerclage ni such as infection and amniotic sac rupture yg boleh menyebabkan miscarriage. Tapi kalau tak buat, changces of that happening and preterm labor tu lagi tinggi. Selalunya org buat cerclage ni at 14 to 16 weeks kecuali emergency cerclage. Cuma doc ckp, tak bahaya sangat for me even though a bit late, sebab aku belum start dilate lagi, cuma serviks tu lemah. So aku dan ed ikut jelah nasihat dia. Menangis nangis aku keluar bilik doc, takut. So aku terus jek warded, on full bed rest sampai surgery which is on Saturday kot. Doc nak ensure bleeding betul2 berenti baru dia akan perform the cerclage . So aku sedang bed restla ni, semalam diber jab, dan sekarang tgh consume antibiotics, to prepare for the surgery. Will be put on general anasthetic nanti. Sehari nurse akan monitor heartbeat baby few times, my bleeding, my blood pressure dan temp. 

So tu jelah update aku. Doakan procedure ni berjaya ye. Risau jugak sebenarnya. Takoott. Tapi, apa2 jelah yang baik, untuk keselamatan baby ni. Panjang dah ni.ngantuk giler pon. Nak tidoo.

Thursday, July 5, 2012

Dah shopping dan entry campur-campur

Assalamualaikum wbh kawan-kawan 

Shopping
Kak PB, pegi tak warehouse sale MyDear hari tu. Saya semalam baru pegi kak. Tu pon sebab adek saya bawakan. Seb baik dia rajin melayan kakok dia nih. Thanks dek, luv u. Tengahari baru pergi ke sana. Niat adalah untuk beli bouncer untuk baby my cousin nih. Cousin aku nih sebaya, memang rapat dari kecik, she has suffered 3 miscarriages and 1 stillborn kalau tak silap, Isnin lepas selamat deliver. Selama-lama ni scan, doc dok cakap maybe girl. Cuma kendian2 ni tak sure pulak. She already has 2 girls. Aku pon dah belikan rompers untuk baby girls yang super cute. Sekali keluarnya boy. Happy giler diorang, makcik aku masa call pon siap nangis gembira sangat. So kenalah aku gi tukar rompers tu. 

Memula pergi MyDear dulu. Dekat jek dengan rumah mama ni. 5 minit kot sampai. When it mentioned warehouse sale, memang bebetul dalam warehouse. Kedainya dekat area bengkel dan kilang-kilang. Cuma semalam diorang tambah canopy2 sikit untuk display barang. Sebenarnya banyak barang-barang, cuma sebab gaya display tu macam warehouse, so cam tak teruja sangat. Ce kalau kedai yang dihias kiut-kiut cam kedai2 baby biasa, sure lagi banyak habis duit. Barang-barang memang murah. Bantal nursing cam Mawar beli tu 60, Carters rompers set tu 29 je kot, baby wrap yang selalul 49.90 - 59-90 tu 25 jek. But baju-baju, towel2, dan swaddle2 gitu tak banyak sangat for new born, utk toddlers banyakla. Maybe jugak kalau aku gi awal-awal sale, ada banyak pilihan utk baju. Rompers tu aku beli di kedai lain after discount is RM 42 errrkk..

Anyways, aku beli bouncer ni. Tak dapekla nak beli yang ada vibration dan lagu-lagu tu sebab budget limited, yelah aku ni kan gaji less than half sekarang ni, dah le banyak dah berhabis hari tu beli bralah, maternity skirtlah dan tah haper-haper lagi. So boleh beli ni jelah. I think i got a good bargain gak. 

Dalam website harganya RM99.90, I bought them for RM72. Aku dok belek-belek macam-macam lagi, adek aku cakap, sabor kok, nanti-nanti mesti ada sale lagi. Nanti kita datang lagi. Hahahha. Lepas tu kami gi tukar rompers yang aku beli hari tu. Tukar dari yang baby girl punya ke baby boy. 

Nasib baik aku tak terbeli apa-apa yang lain lagi. Sebelum ni aku dah beli the following.

Walaupun bra tu ialah nursing bra, tapi sangatla selesa materialnya masa pregnancy ni. So aku beli jugak. Walaupun meronta-ronta nak shopping mender lain, aku sabor jekla kan. Next maybe beli baju kurung/kebaya maternity nak buat raya. Maybe esok leh gi MumDream kat Bangi tu untuk survey. Semangat kan, sebab aku rasa bulan puasa cam tak larat jek nak carik-carik. Owh must remember untuk beli waist extender tu, nak gi kenduri lagi. Ramai betul orang kawin right before puasa ni, boleh tahan ke tuh? Muahahhaa. Baju kurung Pahang masih muat, tapi kainnya definitely tak muat lah. 


Balik rumah 
Aku tengah packing ni. Malam ni, aku dan Ed akan balik for good ke rumah kami. Dah hampir 2 bulan aku dok rumah mama. Mixed feeling jugak nak balik ni. Seronok nak balik rumah sendiri. Tak seronok, sebab nanti tinggal berdua jek, dan kekadang sorang-sorang bila Ed balik lambat. Pastu kat sini, ramai orang, adek aku dan anak sedara aku ada, even though mama dan baba selalu gak takde. Pastu, Ed pon rileks sikit, sebab tak perlu pikir pasal belikan lunch dan dinner aku sebab adek aku or baba ada. Tapi nak buat camana kan, next week aku dah masuk opis balik, after 6 months bercuti. Kenala balik rumah. Nak berulang daripada rumah mama ke office, jauh dan jem. So taklehla.

Tapi aku rasa ni pon masa yang tepat untuk aku balik.  Allah dah rancang yang terbaik untuk aku. Memang seseminggu dua ni, aku rasa bertenaga sikit, maybe sebab dah agak selera makan. Masak pon dah makin kerap. Dah selera sikit, so adala tenaga kan. Oh ya, semalam aku buat chicken porridge. Tak sure anak-anak buah aku suka ke tak, yang aku pasti, adek aku memang suka. Nasib baik aku buat banyak, semua bebudak tu makan bertambah-tambah belaka. Si Bulat siap tengah-tengah malam buta gi kat bilik aku cakap, Cenna baby nak nasi bubur yang sedap tu. Hahaha. Pandai sangat nak jek aku budak nih.

Banyak juga barang-barang nak kena bawak balik. Maklumler, aku banyak beli maternity wear masa dekat rumah mama ni. Beranak sikitla barang-barang aku. Pastu every time balik rumah ada jek barang-barang aku dan Ed amek. Haa, jenuhla nak ngangkut balik ni. 


Murah rezeki

Mama cakap baby dalam perut aku ni murah rezeki, sebab apa-apa mender yang aku mention jek, selalunya aku dapat. Walaupun takdela aku mengidam ke apa kan. Contohnya aku pernah mentioned kat mak aku pasal buah delima dan kerang besar, tak pepasal mak aku dekat Jengka nun jumpa buah delima dan bila gi Pasar Borong kelmaren jumpa pulak kerang besar yang berbulu tu. Alhamdulillah atas rezeki yang diberi. 

Pastu semalam, adek aku bawak balik sekotal lagi cherries, bakal mak mertua dia bagi. Yummm. 2 kg ko. Berapa ratus la agaknya tu. hari tu aku nampak dekat Cold Storage, dalam segenggam gitulah dekat RM90 dah. Mahal giler kan. Sedap sangat. 

Drive
Semalam first time aku bawak kereta balik, amek my niece balik Tusyen. memula tu mintak Ed amekkan tapi dia penat sangat dan baru sangat sampai dari main badminton. So aku gilah amek. Ok jek, lagipun malam drive takde kereta banyak sangat dan jem kan. So insyallah should be ok. Si Ed risau gak aku drive tapi dia memang ngantuk mata tak leh bukak dan masa tu. Siap doa-doa aku selamat drive pergi dan balik. Siap pesan dekat Olyn, jangan kasi cekna bawak laju, which Olyn dokle remind aku bila aku terlaju sikit. Hahaha, sabo jelah. 

Baby fair
Owh, aku dok browse semalam. Ada another baby fair this coming August. Details are taken from mamafc.com

What : International Baby Expo (IBEX)
Where : Kuala Lumpur Convention Centre
Date : 10th - 12th August 2012
Time : 10:30am - 9:00pm    
Admission : Entrance is FREE

Bulan puasa ko. Adeh. Tapi rasa cam nak pegi. Entahla larat tak. 2nd week of puasa gitulah kot. Sure ramai gila orang kan. Tapi tulah aku pikir aku nak start shop at least after raya, which masa tu dah masuk 7 months. Masa ni aku emm maybe 6 months plus kot. Tapi member aku pesan gak, lambat2 sangat karang tak larat jalan pulak. Takpelah we'll see how lah. 

Hah amek ko, entry panjang lebar dan bercampur-campur. Oklah korang, aku nak sambung packing. Pastu nak makan lunch.  Next update will be from the comfort of my own home. Take care. Salam.

Note : Cuba tengok ticker tu. Alhamdulillah, I have reached the 20th week. Syukur sangat. Esokla aku buat entry pasal 20 weeks pregnant nih. 

Monday, July 2, 2012

Double wedding and lepas geram

Semalam pergi wedding cousin Ed. Double wedding. Aku ni tak kisah pergi wedding, but when Ed said my mom in law ajak pergi awal which is to arrive as early as 10.30 am, aku  dah tak keruan dah. Ed kalau pergi wedding rumah sedara mara dia akan sebok rewang, so aku left to fend for myself for 3-4 hours. Dengan keadaan aku yang sangat cepat penat, dan hanya tidur 2 jam hari sebelumnya memang aku dreaded sangat nak pergi. 

Alhamdulillah, tak jadi pergi awal, pasal mom in law pon pergi lambat. So kami sampai before pukul 12 gitu. I shouldn't have worried so much. Everybody was super nice to me. Semua makcik-makcik excited, hugged and kissed me sesambil gosok-gosok perut aku (siap teraba my boobs sekali, seb baik aku tak terlatah kat situ,  muahahah). Aku pakai baju kurung pahang. Still fits, but you can definitely see the baby bump lah. 

Semenjak aku pregnant memang aku tak pernah lagi pergi kenduri or berjalan ke rumah Ed's uncles and aunts ni. Memang jumpa belaka lah semalam, and apparently semua dah tahu aku pregnant, dan nak jumpa sangat katanya. So the aunties and cousins, pon sebokle peluk dan congrats me, sambil usik-usik perut. Ya Allah, I was grinning from ear to ear masa tu. Semua pesan jaga diri baik-baik dan sebagainya. Yelah bila 9 tahun menunggu dan akhirnya pregnant, semua orang pon excited sekali. Alhamdulillah, syukurlah atas doa-doa diorang tu.

Seronok pulak kenduri kali ni. Sebelum ni bila kenduri diorang asing-asingkan lelaki dan perempuan tu yang aku jadik malas nak gi kenduri tu. Dahla bukan kenal sangat orang, pastu terkulat-kulat aku makan sini, ed makan kat sana. Serius bosan tau makan sorang-sorang macam tu. Awkward gila. Tapi kali ni boleh jek makan sesama. Susah kan, kalau orang bawak anak kecik, bapak ko makan sorang2 kat sana. Anak2 semuanya melekat dok dengan emak. Camne maknya nak makan?

Yang best jugak, sebab kebetulan, mak mertua dan kakak ipar2 pon sampai serentak. So adalah jugak kawan nak sembang bila Ed gi tolong-tolong kejap. So the wedding was a nice one. Dedulu lagi aku dreaded nak pergi wedding. Orang tanya2 bila nak ada anak tu memang confirm la kan, tapi soalan-soalan susulan dan suggestion-suggestion yang tak perlu tu yang bosan tu. Malas aku nak kenang-kenang. Buat sakit hati jek. Memang dulu, waktu paling aku horror ialah, kenduri kawen, kenduri aqiqah dan raya. Hanya orang yang pernah melaluinya jek tau betapa stressnya time-time nih. Kekadang aku pelik dengan komen-komen orang ni, memang trying to be friendly ker, nak share info ker or ko rasa ko superior dari orang? Hisshh tak baik aku ni.

Tadi aku pergi bank kejap dengan mama. Lepas tu mintak mama berhenti dekat kedai Fabulous Mom sebab nak beli mender. Aku beli barang aku. Tapi, kali ni dapatla aku lepas geram beli rompers baby untuk cousin aku yang bakal czer pagi esok. Hehehe. Nak beli untuk baby sendiri, Ed dan mama cakap tunggu after 6-7 months dulu, makanya cekna engko nih bertahan jelah. Bila dapat tau cousin aku nak czer pagi esok, terus aku gi beli rompers Carters tu. Comel nya. Tengok tadi receiving blanket pon comel, semua comellah senang cerita. Sabor cekna, sabor. Esok ajak mama gi Sale MyDear pulak dekat Puchong ni, nak beli baby bouncer utk baby cousin aku nih. Sesambil tu boleh aku jamu mata kan..kan..kan..

oklah korang. Nanti2 aku update lagi. Kalau aku terbeli apa2 dekat sale tu errrr, aku citer. hahaha. Eh lupa pulak nak cakap, aku akhirnya habis ganti puasa. Ikutkan aku, last 2 weeks aku nak puasa direct jek, tapi sebab Ed cakap seminggu puasa maksimum 2 hari jek, aku pon ikut jelah. Kesian kat baby, katanya. Bukak puasa tadi aku masak nasi tomato, daging beriani, ayam berempah, dan papadom. Mama pulak tambah udang masak pedas. Aku memang selalu tag team masak dekat rumah mama ni. Selera gila aku makan. Kali ni sure naik gilalah weight aku. Memang selera dah start membuak-buak sekarang ni. Seram pulak aku menengok perut aku nih haaa.  Oklah korang, kali ni memang kena benti betul-betul. Dah lenguh belakang menaip. Assalamualaikum.

Friday, June 29, 2012

Was that you?

Assalamualaikum wbh, 

Aku ada follow up checkup for my asthma dekat Ampang Putri semalam. Memula mama yang akan hantar aku sebab Ed ada urusan lain. Tapi Ed being Ed, tanak nyusahkan mama, dia gi kerja, lepas tu amek aku di Puchong, hantar ke Ampang Putri dan buat urusan dia. Tengahari tu dia siap call aku lagi nak fetch me lepas siap urusan dia. Ke sana ke mari pakcik tu. Kesian aku nengoknya. Tapi tengahari tu mama yang amek aku.

Dekat hospital, doc tanya aku ada rasa baby kicking tak? Aku cakap aku tak sure sangat. Kekadang aku rasa cam ada poking gitu. Tak pernah lak aku rasa cam butterfly flutters like people say tu kan. Tapi mungkin jugak angin jek, hahaha. . Entah. Doc kata untuk anak first maybe rasa lambat sikit dalam 20-22 weeks baru rasa. Tak kisahla, janji baby sihat kan. Doc juga ingatkan aku continue utk amek inhaler, to prevent asthma attack yang mungkin akan worsen as the baby grows bigger and heavier nanti. Kalau masa tu kena asthma attack yang teruk boleh menyebabkan preterm-labor. Ei takut. So aku kenala pakai balik the inhaler walaupun dengan berat hati. 

Masa dekat Sunway pon sonographer dan doc ada tanya dah rasa baby kicking tak. Aku jawab tak. Masa scan tu, memang ada time yang baby dok kicking and poking dalam scan tu, tapi aku tak rasa apa pon. Memang belum timenya lagilah kot. Atau depends on position jugak, entah.

Kelmarin pagi rasanya, lepas subuh, aku baring balik. Punyalah sakit dan tegang perut aku. Baring sakit, mengiring sakit, ke kanan sakit, ke kiri sakit, sampai taktau nak buat camana dah. Berair gak mata masa tu, Dok mengaduh-ngaduh sikit masa tu, sakitnya kat belah kanan. Kalau ikut scan, tu belah kepala baby, sebab baby dok menelentang across gitu. Aku cakap dekat Ed, agaknya baby dok menggeliat-geliat or tengah pusing-pusing kepala kot, sambil mata aku berair dan aku dok adjust posisi baring to ease the pain. Pastu Ed gosok-gosok perut aku dekat belah kanan tu. He said.

Baby, baby dok diam-diam ye baby. Mama sakit tu. Syian mama. 

Sambil-sambil gosok-gosok perut aku. Tak sampai 10 saat lepas tu. The pain eased and just  stopped. Masyallah. Tataulah whether it is kebetulan ke apa kan. Terus aku boleh tidur lepas tu. Hehe, baby, dengar cakap ayah ye? Bagusla baby ni. 

Aku notice jugak, kalau aku baring dekat Ed masa Ed mengaji surah Luqman ke surah Yusuf ke seseminggu dua ni, mesti akan rasa cam the baby poked me. Memang every time Ed mengaji jek, akan rasa gitu. Apart from that I can feel it sometimes, kalau aku baring mengiring. Was that you, baby? Baby suka dengar ayah mengaji ye? Alhamdulillah, bagus anak mama ni. Nanti kita mengaji sama-sama okay.

Okey, korang layan jelah aku ni ye. Aku bukan tau symptoms or signs of baby movement. Ni based on apa yang aku rasa jek. Kalau false pon takpe, small-small things like this makes me really happy. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas nikmat Mu ini. Ya Allah peliharalah anak dalam kandungan ku ini, permudahkanlah urusan kehamilanku dan kalahirannya nanti Ya Allah. Hanya padaMu tempatku bermohon.