Isnin, 24 Februari 2025

Panen Buah Luar Musim Terakhir

 Salam bertani

Sepohon cempedak yang berbuah luar musim di dusun WP telah selesai dituai hasilnya. Inilah hasil terakhir di dusun sebelum pokok buah-buahan mula berbunga pada musim sebenar bermula bulan mac ini.  Jom nenguk


Buah cempedak yang baharu digugurkan daripada pokoknya.


Angkut guna motor kapcai aje.
Entah berapa kali ulang alik baharu selesai


Hasil panenan


Buah cempedak yang baharu dituai mengeluarkan getah.
Perlu dijemur beberapa jam sebelum diperam.


Ini panenan terdahulu.
Masa ni pilih buah yang besar-besar sebab ia matang lebih awal.


Belanja isi cempedak  daripada pokok tersebut.

Salam bertani




Isnin, 17 Februari 2025

Membaja Paksa Bunga Pokok Buah-buahan

 Assalammualaikum

Wak dah selesai menabur baja penggalak bunga kepada pokok buah-buahan di dusun WP. Wak tabur baja kimia sebatian sebanyak dua kali iaitu pada akhir bulan disember tahun lalu dan awal bulan februari tahun ini. Kebanyakan pokok buah-buahan bermusim dijangka akan mula berbunga pada awal bulan mac akan datang. Pokok buah-buahan memerlukan cuaca panas berpanjangan sekurang-kurangnya dua minggu untuk mula menerbitkan bunga.



Baja impot jenana Entec keluaran BM
12 -12 - 17
Harganya RM280.00 sebeg 50 kg
Tabur pada akhir disember lepas


Baja AgroBridge  12 - 12 - 17 (beg biru)
Harga RM265.00 sebeg 50 kg
Ditabur pada akhir bulan disember lepas
Beg hijau itu adalah baja penggemuk untuk anak pokok


Baja Yara Mila 13 - 13 - 21
Harga RM 180.00 sebeg 50 kg
Tabur pada awal februari lepas


Baja Yara Mila 12 - 11 - 18S
Harganya RM255.00 sebeg 50 kg
Ditabur pada awal bulan februari lepas.

Salam bertani.

Jumaat, 14 Februari 2025

Bulan Purnama Malam Nisfu Syaaban

 Assalammualaikum


Bulan purnama malam nisfu syaaban


Depan rumah


Reban ayam di belakang rumah

Salam bertani.

Rabu, 12 Februari 2025

WW 583 : Santapan Hari Rabu

 Assalammualaikum



Kami bersarapan di warung Haji Mahat.
Wak order mi goreng mamak.
Pn is3 pilih mi hoon tom yam.


Rarauan tengah hari.
Nasi ayam kampung homemade.


Cicipan petang
Cempedak goreng

Salam bertani.

Selasa, 11 Februari 2025

Buah Duku Luar Musim

 Assalammualaikum

Ada sepohon duku johor di dusun WP yang berbuah luar musim kali ini. Buahnya tidaklah begitu lebat tetapi cukuplah buat santapan kami sekeluarga. Jom nenguk .









Salam bertani.