Sala bertani
Wak baharu sahaja selesai membaja anak pokok durian di dusun WP. Bulan ini wak bagi baja kimia. Sebatian NPKMg 15:15:6:4 khas untuk anak pokok . Anak pokok durian biasanya wak bagi baja setiap bulan. Baja sebatian, baja organik, dolomit dan baja foliar bergilir-gilir setiap bulan. Jom ke dusun
Baja sebatian impot cap jambatan 15:15:6:4+Te
untuk anak pokok durian
Harganya anggaran RM260
Cara membaja sebatian kepada anak pokok durian
Baja ditaburkan di sekeliling pokok dan tutup dengan tanah semula
Baja organik cap Jambatan RM35 sebeg 25 kg
Racun kulat Monceren RM70 sepek 500 g
Racun serangga Pazelo 505 RM 60 sebotol 1 liter
Maklumat tentang baja organik Champion 5:5:5
Baja organik 555 ditabur di sekeliling kanopi pokok
Ini juga baja organik yang sesuai untuk anak durian
Baja 888 atau biasanya dipanggil baja kopi
Baja kopi ditabur di sekeliling anak pokok
dan ditutup dengan tanah semula
Dolomite untuk memperbaiki struktur tanah
dan keasidanan tanah
Harganya anggaran RM80 sebeg 50 kg
Tabur dolomite di sekeliling anak pokok
Dolomit juga digunaan sebagai baja lubang
sebelum menanam anak pokok durian
Baja foliar Bayfolan
Harganya RM100 setong 5 liter
Disemburkan pada daun dan batang anak pokok durian
Baja Foliar Acrecio untuk perkembangan akar
Harganya RM250 setong 5 liter
Disembur kepada daun dan tanah di sekeliling perdu pokok
Anak pokok durian duri hitam
Anak pokok durian D17
Anak pokok durian Kim hong
Anak pokok durian ioi
Anak pokok durian musang king
Salam bertani.