Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Rabu, 9 Oktober 2024

WW 573 : Lembut Jari Daripada Lidah

 Salam bertani

Wak nak share whatsapp daripada anak wak yang sekolah kat Melaka tu. Jom baca


Salam bertani.



Rabu, 14 Ogos 2024

WW 566 : Jemur Pakaian

 Salam bertani


Pn is3     : Bapaknye dah jemur pakaian

Wak        : Beres

Pn is3      : Cepatnyer siap

Wak         : Alah kerja senang



Jadilah suami mithali.

Salam bertani


Rabu, 17 Julai 2024

Anak Menantu Buah

 Salam bertani

Hujung minggu lepas semua anak, menantu dan cucu wak balik ke kampung. Riuh rendahlah rumah wak mereka buat pesta buah terutama menantu-menantu wak penggemar buah-buahan tempatan. Puas makan, siap sibuk nak bawa balik bandar, nak bagi jiranlah, nak bawa officelah, nak bagi kawan baiklah. Wak layankan aje.


Rezeki mereka pulang ke kampung pada musim buah


Ni mereka tuai sendiri.
Pokoknya pun rendah-rendah aje.


Kegemaran anak nombor 2.
Dah tuaikan sebakul tak cukup, pergi dusun ambil lagi.


Budak sekolah pun jadi mangsa.


Nipun nak dibawa ke bandar.


Limau masam pun dia orang minat.
Biasanya bertabur kat tanah tiada orang kutip


Pisang nipah vietnam.
Boleh buat pisang goreng


Yang ni kalau wak tak kupas, takde yang peduli.
Bila siap kupas sekejap aje licin.


Buah nangkadak perlu diperam.
Bawa balik seorang satu.


Peliknya anak-anak dan cucu-cucu wak semuanya
 tak makan durian.
Nasib baiklah menantu-menantu hantu kendurian.
Dua bakul ni mereka boleh licinkan.


Salam bertani.

Jumaat, 29 Mac 2024

Kait Dan Lari

 Salam bertani

Wak bukan nak cerita pasal Cik Nur yang kuat melarikan diri tu, tapi nak tunjuk hasil kerja tangan mengait pn is3 wak semenjak dua menjak ni. Patutnya tajuk yang sesuai 'Kait Tapi Tak Lari' sebab pn is3 wak tak pandai melarikan diri. Jom layan


Hasil kaitan yang dah siap


Kotak kait


Peralatan mengait


Benang kait


Kait apantah


Owhh, buat daun


Sebahagian hasil mengait


Ni yang dah siap
Semua masuk dalam satu bekas
Nanti raya dia susunhiaslah agaknya

Salam bertani

Isnin, 25 September 2023

MB 210 : Cucu Tolong Bersihkan Halaman Rumah

 Salam bertani

Hujung minggu ini cucu wak dua beradik balik kampung tolong bersihkan halaman rumah. Jom tenguk






Salam bertani

Jumaat, 10 Februari 2023

Anak Wak Dapat Sambung Sekolah kat Melaka

 Salam bertani

Anak wedok wak beritahu dia dapat tawaran sambung persekolahannya kat Melaka. Dia minta wak sponser yuran yang kena bayar masa pendaftaran. Wak kata okay aje.


Salam bertani