Memaparkan catatan dengan label Haiwan perosak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haiwan perosak. Papar semua catatan

Ahad, 15 September 2024

Festival Batik Asli

 Salam bertani

Si batik ni berkunjung ke reban ayam wak dan menelan seekor ayam dewasa. Memang cari nahaslah.




Salam bertani

Rabu, 5 Januari 2022

Rabu, 28 Julai 2021

Khamis, 18 Mac 2021

Tawan Dua Raja

 Salam bertani

Wak dapat tawan dua raja dusun yang tengah viral tu


1. Kegilaan ramai
Musang King


2. Kegilaan baharu
Tupai King

Salam bertani

Ahad, 12 Januari 2020

Ulat Gulung Daun Pisang

Salam bertani

Daun pisang awak yang wak tanam di tepi pagar telah diserang oleh ulat gulung daun pisang. Ulat ini akan menggulung daun pisang sebagai makanan dan perumahnya. Serangan yang kritikal akan menyebabkan daun pisang menjadi gondol dan kekuningan. Cara yang mudah mengawalnya ialah dengan membuang atau menanggalkan gulungan daun pisang tersebut.

 Dulu-dulu wak selalu gunakan ulat gulung daun pisang ini sebagai umpan untuk memancing. Ikan keli, baung dan lais sangat sukakan ulat daun pisang ini. Burung gagak juga gemar menjadikan ulat gulung daun pisang ini sebagai makananya.



Gulungan daun pisang yang mengandungi ulat


Gulungan daun pisang yang telah ditanggalkan



Gulungan yang kemas dan cantik


Gulungan daun pisang yang telah dibuka


Inilah ulat yang terdapat di dalam gulungan daun pisang.


Setiap gulungan mengandungi seekor ulat.
Ulat menjadikan daun pisang yang digulungnya sebagai makanan.

Salam bertani.

Selasa, 1 Oktober 2019

Perosak Tanaman : Ulat Makan Daun

Salam bertani

Salah satu daripada serangga perosak tanaman yang biasa wak jumpa ialah ulat pemakan daun. Ulat ini adalah larva rama-rama yang memakan daun tanaman sepanjang hayatnya sebelum menjadi kepompong. Ia perlu dikawal dengan menggunakan semburan racun serangga atau membunuhnya secara manual.


Ulat pemakan daun anak benih durian


Ulat pemakan daun limau manis


Ulat pemakan daun  tenggek burung


Contoh racun serangga yang digunakan untuk mengawal
ulat pemakan daun dan serangga perosak lain

Salam bertani.

Selasa, 20 Ogos 2019

Penyamaran Ulat Beluncas

Salam bertani

Sepohon anak pokok pelam pauh yang disemai di dalam polybeg kelihatan gondol daunnya dimakan serangga. Wak ingatkan daunnya dimakan siput babi atau lintah bulan kerana haiwan perosaknya tidak kelihatan. Sehinggalah daunnya hampir habis barulah kelihatan serangga yang memakannya.

Ia dikenali sebagai ulat beluncas baron. Larva rama-rama yang sangat hebat menyamarannya kerana kelihatan seperti daun tumbuhan yang dimakannya. Malah ia tidak meninggalkan najis makanannya seperti ulat beluncas lain supaya sukar dikesan. Ia biasa dijumpai pada daun mempelam kerana warna dan bentuknya seperti daun tersebut.


Rupa bentuk ulat beluncas baron yang menyamar seperti daun.


Hampir menghabiskan daun sepohon anak pelam pauh.
Ia kelihatan (hampir tak perasan)  melekat pada salah satu helai daun pokok tersebut.


Keadaan pokok mangga pauh di peringkat awal serangannya.
Ulat beluncas baron masih tidak dapat dikesan pada masa ini.


Inilah rupa bentuk ulat beluncas baron setelah dikeluarkan
daripada penyamarannya.
Sepandai-pandai beluncas menyamar,
pandai lagi wak mensasar.

Salam bertani.

Ahad, 19 Mei 2019

Haiwan Perosak : Tupai

Salam bertani

Salah satu haiwan perosak tanaman dusun dan hasilnya ialah tupai. Jika tidak dikawal, tupai boleh mengakibatkan kerosakan hasil yang parah dan mengakibatkan kerugian kepada petani. Wak menggunakan cara tradisional mengawal populasi tupai dengan memasang  perangkap tupai.



Perangkap tupai yang dipasang.
Menggunakan unpan isi durian sejuk beku.


Seekor tupai masuk perangkap.


Tupai merosakkan kulit anak pokok durian.
Terdapat kesan gigitan baru dan lama.

Gambar-gambar di bawah pula ialah putik buah durian 
yang gugur kerana dirosakkan oleh tupai.




Salam bertani.

Isnin, 25 September 2017

MB 15 : Perangkap Tikus

Salam bertani


Tikus merupakan haiwan makhluk perosak yang perlu dihapuskan:-

1. Menjadikan setor dan reban tempat habitatnya.
2. Mencederakan dan membunuh anak ayam dan burung puyuh.
3. Memakan telur burung puyuh.
4. Menebuk karung  dedak dan jagung (makanan ternakan)
5. Mencuri makanan ternakan.
6. Agen penyebar penyakit.

Salam bertani

Sabtu, 27 Ogos 2016

Perosak Tanaman.

Salam bertani.

Mengusahakan kerja-kerja bertani banyak rintangannya. Salah satu masalah yang sering mengecewakan hati petani ialah serangan perosak tanaman. Perosak tanaman yang sangat bermaharaja lela sekarang ialah monyet. Sekali serangan monyet yang masuk ke kebun boleh mendatangkan kerugian yang banyak kepada pekebun.

WP rasa, bertani pada masa dahulu lebih mudah kerana tiada serangan monyet seperti sekarang. Rata-rata petani sekarang mengeluh kerana serangan makhluk ini yang sudah ada di merata kawasan kerana ia amat mudah membiak dan berkembang. Bagaimana peranan pihak-pihak tertentu untuk mengatasi masalah ini.


Ini adalah anak durian klon duri hitam yang telah berumur dua tahun.
Patah diperdu akibat dipanjat oleh monyet yang menyerang buah cempedak 
di sebelahnya. WP cuba sokong semula, tetapi akhirnya mati kerana cuaca panas sekarang.


Monyet paling gemar buah nangka.


Buah nangka muda yang dirosakkan oleh monyet.


Buah nangka madu yang menjadi santapannya.

Monyet juga suka merosakkan hasil tanaman durian. Ia akan menanggalkan bunga durian untuk menghisap manisannya, menanggalkan putik durian dan perkembangan terbaru monyet sudah pandai menebuk buah durian yang masak/gugur dan menyeluk isinya satu persatu menggunakan tangannya.

Pekebun buah tradisional sudah tidak mendapat hasil kerana serangan haiwan perosak ini.
Salam bertani.


Ahad, 5 Jun 2016

Haiwan Perosak : Siput Babi.

Salam bertani.

Sekarang musim hujan, menyebabkan kawasan kebun sentiasa lembap dan sejuk. Keadaan ini amat digemari oleh siput babi yang akan keluar pada waktu malam untuk memakan tanaman. Siput babi amat gemar memakan sayuran berdaun dan juga anak benih pokok. Serangan siput babi boleh mengakibatkan kemusnahan yang teruk terutama bagi pekebun sayuran.

 Siput babi mudah membiak dengan menghasilkan telur yang banyak setiap kali bertelur. Telurnya tersimpan di dalam tanah hinggalah menetas. Bagi petani, siput babi perlu dihapuskan supaya tidak merosakkan tanaman.



Seekor siput babi dewasa.
 Siput babi boleh menyebunyikan badannya ke dalam cengkerang apabila terancam.


Siput babi mengeluarkan badannya yang lembut untuk bergerak.
Mempunyai beberapa sesungut.



Siput babi keluar pada waktu malam atau selepas hujan untuk mencari makanan.


Siput babi adalah haiwan perosak yang memakan sayuran dan anak benih.


Racun siput babi yang amat berkesan.
Mengandungi bahan aktif  Metaldhyde sebanyak 5% yang boleh membunuh semua
jenis siput tanah dan lintah bulan.


Siput babi yang mati kerana memakan umpan racun siput.

Siput babi merupahan haiwan perosak yang perlu dikawal kehadirannya di kawasan kebun sayur dan kawasan persekitaran rumah kerana ia merosakkan tanaman. Kawalannya secara semulajadi ialah dengan cara menangkap dan memecahkan cengkerangnya. Kawalan yang paling berkesan ialah dengan menggunakan racun siput kerana racun siput boleh membunuh semua siput yang memakannya. Cuma penggunaan racun siput perlu berhati-hati takut dimakan oleh haiwan ternakan dan binatang peliharan.

Salam bertani.