Anda pasti terlihat poster sebegini di ruang anak tangga sekiranya anda duduk di kawasan rumah pangsa. Agak kurang ajar bahasa yang digunakan bukan? Tapi itulah realitinya..sikap segelintir penduduk yang mementingkan diri sendiri dengan membuang sampah di celah-celah 'bedah' khususnya di tepi laluan tangga rumah pangsa sedikit sebanyak mengundang beberapa masalah. Bila ditanya kenapa buang di situ, ada yang menjawap dengan mengukir senyuman anjing (kantoi malu), "lif selalu rosaklah" jawapan selamba, malah ada yang marah bila ditanya sedemikian (golongan ini confirm BINATANG!).
Permandangan seperti gambar diatas pula kebiasaannya juga terdapat di rumah-rumah pangsa PPRT. Gambar ini diambil setelah 5 hari lori sampah tidak datang untuk memungut sampah di pangsapuri sekitar kawasan Petaling Jaya. Bukankah ini akan mengundang masalah penyakit? Anjing-anjing liar sudah pasti akan 'happy' dengan keadaan begini. Ini belum lagi pencemaran bau yang sangat tidak menyenangkan penduduk kawasan.
Umum mengetahui sistem pungutan sampah ini dibawah kuasa (PBT) Pihak Berkuasa Tempatan. PBT selalunya akan melantik syarikat yang layak mengikut syarat yang ditetapkan melalui tender. Dan bagi kawasan sekitar Petaling Jaya, PBT dah tentulah Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Banyak aspek yang boleh dipersoalkan seperti:
Lori kontraktor sampah rosak kesemuanya?
Apakah PBT tiada pegawai untuk memantau kerja-kerja pemungutan sampah dari masa ke semasa?
Apakah mungkin kontraktor sampah mogok dengan tidak menjalankan kerja kerana kelewatan pembayaran dari PBT?
Bagaimana syarikat kontraktor sampah dipilih, telus atau dipilih atas arahan Ahli Majlis?
Banyak lagi sudut persoalan yang boleh diketengahkan tapi biarlah rakyat menilai..
Nota Kaki:
Persoalannya disini..siapa yang harus dipersalahkan, Rakyat, Kontraktor Sampah atau Pihak Berkuasa Tempatan?
Dulu masa BN perintah, jarang betul ada masalah sampah ni..kan?