untuk detik ini..
apa yang paling indah
adalah membenam kaki di lumpur selut
bermain baling selipar sama jiran-jiran kiri kanan;
dan tak pulang selagi belum dilaung-ugut rotan.
untuk waktu ini..
apa yang paling megah
adalah darah-darah kering di siku lutut
bersama pedih tergesel batu di tapak tangan;
dan tak hilang selagi belum seminggu di badan
untuk sekarang ini..
yang teramat rugi cumalah
anak-anak kita nanti yang tak kenal bau maung tanah sendiri.
kita sudah terlalu MODEN untuk kembali ke dulu.
persamaan kita bukan lagi darah menyagat luka,
pedih menghambat rasa,
lumba dalam ketawa.
apa yang paling indah dan megah;
adalah Melayu saling BERTELAGAH.
-Puisi Tepi Jalan
About
Showing posts with label #NadiRakyat. Show all posts
Showing posts with label #NadiRakyat. Show all posts
Tuesday, November 19, 2013
detik waktu sekarang
Labels:
#kanak-kanak,
#mainpetang,
#Melayu,
#NadiRakyat,
#sahabat
Thursday, October 10, 2013
Erti Sebuah Persahabatan
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.
"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA."
psstt..maaf kerana lama tak menulis, aku sibuk mencari damai..
Friday, August 30, 2013
31 Ogos Datang Lagi..
Dari anak tangga
aku perhatikan sekumpulan anak-anak kecil sedang berlarian sesama mereka sambil
memegang kayu berbentuk senapang. Jelas terpancar keriangan diwajah-wajah mereka.
Ada yang menembak dan ada yang ditembak. Aku tersenyum…
Aku toleh pula kearah
jalan. Kelihatan beberapa anak muda gah bersama motorsikal-motorsikal mereka.
Ada yang sedang mengelap, malah ada pula yang melakukan aksi bahaya
bermotorsikal semata-mata untuk menunjuk kebodohan sendiri. Aku menggeleng…
Aku mengusap tangan
yang semakin berkedut dimamah usia. Tangan inilah yang memacu senjata 60 tahun
yang lalu. Tangan ini jugalah diantara ribuan tangan yang telah berjuang memerdekakan
Tanah Melayu. Perkataan merdeka itu sendiri membuatkan jiwa aku bersemangat
walau jasmani aku tidak mengizinkan. Aku masih ingat ribuan yang membanjiri
Stadium Merdeka menitiskan airmata kesyukuran tatkala Tuanku Abdul Rahman
melaungkan perkataan Merdeka! Merdeka! Merdeka!.
Perjuangan
terdahulu telah membuahkan hasil yang lumayan buat kehidupan anak-anak kita
hari ini. Tapi sayang..sejauh manakah pengertian ‘MERDEKA’ membawa makna dalam
kehidupan mereka. Aku khuatir sikap acuh tak acuh ini jika berterusan, ianya
bisa melenyapkan pengorbanan orang-orang yang terdahulu. Aku tak mungkin dapat
menyaksikan keruntuhan bangsa Melayu tetapi bibit-bibit kehancuran itu sudah
ada dan ianya sungguh pahit..
Kini 31 Ogos datang
lagi membawa suatu pengertian. Tarikh keramat buat seluruh rakyat. Satu bukti sahih
Malaysia ini adalah negara berdaulat. Andai dipinta sekali lagi untuk ke
hadapan demi mempertahankan bumi bertuah ini, aku rela walaupun bercerai nyawa
dan badan..
Subscribe to:
Posts (Atom)