About

Showing posts with label Noh Omar. Show all posts
Showing posts with label Noh Omar. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Syukur Alhamdulillah!

KEPADA SEMUA RAKYAT BAIK DI SELANGOR MAHUPUN SELURUH MALAYSIA, JOM KITA KE PERHIMPUNAN UMAT PADA MALAM NI, BERTEMPAT DI BUKIT JALIL!

SAMBUTAN INI ADALAH SEBENARNYA SAMBUTAN "PERPADUAN MELAYU" SEJAK 66 TAHUN DAHULU! GELOMBANG MERAH DI BUKIT JALIL!

KITA RAPATKAN SAF BANGSA MELAYU, KITA KUKUHKAN IKATAN ISLAM BERSAUDARA, KITA BERJEMAAH BERSAMA-SAMA, KITA JITUKAN BANGSA MELAYU! 

JUMPA ANDA DI SANA..

Monday, January 23, 2012

Lagi Keluar Pakatan Pembangkang & Sokong Barisan Nasional


Malam tadi berlangsung satu Program Pesta Ponggal anjuran Penyelaras BN dun Seri Setia. Pada malam tadi juga, penghijrahan sokongan badan NGO 'Skuad Prihatin' yang dahulunya menyokong Parti Keadilan (adil la sangat) Rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Pengerusi Skuad Prihatin, Dr. Vickneswaran memaklumkan beliaulah yang telah membawa Anwar Ibrahim ke kawasan Desa Mentari satu ketika dahulu. Atas kehilangan kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim dan saf-saf Pakatan Pembangkang, maka beliau bersama 1000 ahli NGO Skuad Prihatin telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Pembangkang dan menyokong Transformasi 1Malaysia oleh Kerajaan Barisan Nasional.


Turut hadir ke Pesta Ponggal ini adalah Penyelaras BN Dun Seri Setia, Dato' Abdul Halim Samad dan Lee Hou Yin (MCA Subang)


Nota Kaki:
Komitmen Barisan Nasional konsisten dalam membantu rakyat Malaysia. Syabas asam ucapkan pada Skuad Prihatin atas penghijrahan ini dan teruslah menyokong Barisan Nasional! 


Credit: NonnyMaya


Friday, December 30, 2011

Karnival Sayangi Selangor 30.12.2011



30.12.2011 - Antara acara-acaranya..


Program Sejuta Wajah Rakyat Selangor kepada Perdana Menteri photo shoot bersaksikan himpunan 5,000 anak muda Selangor.
WOW! Terbaik lah! 
Persembahan Artis Muzik Tanahair oleh Azlan And The Typewriter & Mus May !
perghhhh!! mesti syOk ni ...
Futsal 24 Jam
kehebatan anak-anak muda dalam sukan Futsal..hidup sihat tu !
Battle Of The Band FINAL ! 
Pelapis artis tanahair bakal dicipta di sini!
Street Soccer
Dalam Misi Mencari Lionel Messi Malaysia.. :)
Basketball
Micheal Jordan In The Making..
Persembahan Silambam
Pertunjukan seni beladiri dari masyarakat India..
Belon Panas ! 
Sapa-sapa yang tak gayat tu boleh la try..asam gayat der..


Rumusan:
Karnival Sayangi Selangor telah memasuki hari yang ketiga hari ini..memang teramatlah rugi bagi sesiapa jua jika masih tidak mahu mengunjungi Karnival Sayangi Selangor ini..


JOM kita ke Karnival Sayangi Selangor..jumpa di sana !! 

Thursday, December 29, 2011

Update - Karnival Sayangi Selangor 2011 (29.12.2011)









Karnival Sayangi Selangor yang telah bermula semalam dengan begitu meriah sekali. Pelbagai aktiviti telah sempat dirakamkan buat tatapan umum. It's okay, pembangkang kalau nak tengok gambar-gambar ni pun boleh..even better turun sendiri ke Karnival tu ler..baru terbuka minda pekung korang tu..


 Pertandingan Pakaian Muslimah

 Pelbagai lapisan masyarakat membanjiri I-City

Penat berjalan, kaum ibu pakat berehat..

Menarik bukan? Rugi orang Selangor tak turun..tidak mengapa kerana Karnival Sayangi Selangor ini berlangsung sehingga 31hb Disember 2011. Jadi bagi yang mungkin tidak berkesempatan untuk turun semalam, barangkali anda boleh turun pada hujung minggu ini bersama keluarga anda dan alamilah keseronokan Karnival Sayangi Selangor ini.


Semalam Dato' Noh Omar telah merasmikan  Pelancaran Flying Flamingo. Disamping itu, terdapat acara Battle Of The Band yang berjaya menarik golongan anak muda yang meminati muzik untuk berentap mempersembahkan muzik mengikut gaya masing-masing. Fuhh..berbakat benar anak-anak muda zaman sekarang..asam puji! 




Hari ini pada pukul 8.30 malam, akan diadakan Tanglung Event dan program ini bakal dirasmikan oleh Dato' Chua Tee Yong. Jom kita serbu ! 


Rakyat Bersama Barisan Nasional!

Wednesday, December 28, 2011

Cubaan Awal Pembangkang SABOTAJ Karnival Sayangi Selangor 2011!

 

Umum mengetahui bermula dari esok 28.12.2011 sehingga 31.12.2011 akan berlangsung Karnival Sayangi Selangor anjuran Kerajaan Barisan Nasional. Pelbagai program dan acara telah tersedia buat rakyat Selangor. Ini termasuk acara bagi pelbagai peringkat umur.

Sudah pasti Karnival Sayangi Selangor ini  akan mendapat sambutan segenap pelusuk rakyat Selangor dan secara tidak langsung akan memanaskan punggung Pakatan Pembangkang. Jadi, permainan jahat bermula bila pembangkang mencanangkan bahawa kadar sewa tapak niaga di Karnival ini perlu dibayar sebanyak RM 4,000 !. Jua puok-puok tohik pembangkang ini jugalah yang berebut tapak berniaga di Karnival ini. Habis semua tapak berniaga yang disediakan oleh penganjur dibolot oleh peniaga-peniaga pembangkang.

Lebih menyemakkan kepala bila golongan peniaga yang telah mendapat ruang niaga ni MENYEWA kepada golongan yang benar-benar mahu berniaga dengan menyewa tapak sebanyak  RM 4,000 sepanjang hari Karnival.

TAPAK BERNIAGA DI KARNIVAL SAYANGI SELANGOR 2011 ADALAH..
PERCUMA !! DIULANGI PERCUMA !!

Jumpa Disana Ya !

Saturday, December 18, 2010

Peringatan Dato' Noh Omar kepada Kerajaan Khalid Gagap!

Semalam saya telah menerima jemputan daripada UMNO Bahagian PJS supaya hadir ke demonstrasi secara aman mereka untuk menerima memorandum kepada YAB Perdana Menteri supaya kerajaan Barisan Nasional menghapuskan Tol NPE PJS2 yang didakwa membebankan penduduk setempat.


Saya telah memaklumkan perkara ini di mesyuarat kabinet hari ini dan terpulang kepada pihak kerajaan untuk menimbangkan memorandum tersebut.Sebarang keputusan sudah tentu akan membabitkan  perjanjian konsesi yang  telah dipersetujui.


Saya juga ingin mengingatkan rakyat bahawa bidang kuasa tol ini adalah bidang kuasa kerajaan pusat dan bukannya bidang tugas kerajaan negeri. Sebarang janji-janji yang dilontarkan oleh kerajaan negeri berkenaan kadar tol boleh dikategorikan sebagai janji-janji kosong sahaja.


Noh Omar 
Bagi yang tak tau punca sebab artikel dikeluarkan, boleh rujuk SINI


Ulasan:
Tegas benar Dato' Noh Omar!. Beginilah pemimpin yang kita mahu!. Bukan saja selalu turun padang malah bekerja dengan pantas tanpa menabur janji itu-ini. Asam amat tertarik dengan perenggan terakhir ucapan Dato' Noh Omar, "bidang kuasa tol ini adalah bidang kuasa Kerajaan Pusat dan BUKANNYA bidang tugas Kerajaan Negeri. Sebarang janji-janji yang dilontarkan oleh Kerajaan Negeri berkenaan kadar tol boleh dikategorikan sebagai janji-janji kosong sahaja".


Buat Pakatan Hanjing, peringatan dah diberi yer..jangan pulak memandai buat konar baring tau! Oh..lupa pulak, korang kan tengah busy bersilat pasal WikiLeaks dan penggantungan Anuar Al-Juburi..kah! kah! kah!