About

Thursday, December 13, 2012

Mereka bukan lawan anda. Stop #childabuse!


Tahukah anda bahawa kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia semakin meningkat?

Statistik menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak. Tambahan pula, angka ini mungkin hanya mendedahkan sekelumit daripada masalah yang lebih besar kerana banyak kes dipercayai tidak dilaporkan.Sesetengah kes pula mungkin telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tetapi tiada bukti yang mengesahkannya.

Pengabaian merupakan bentuk penderaan kanak-kanak yang paling lazim di Malaysia, diikuti penderaan fizikal dan penderaan seksual. Kegagalan untuk menjaga dan mengawasi kanak-kanak menjadi punca utama kematian kanak-kanak.

Apa yang paling membimbangkan ialah ramai pendera kanak-kanak terdiri daripada ibu bapa, anggota keluarga terdekat, saudara mara atau ibu bapa angkat kepada mangsa itu sendiri.

Penderaan kanak-kanak merupakan suatu kesalahan di Malaysia, boleh dihukum di bawah Akta Kanak-kanak (2001) dan Kanun Keseksaan (pindaan 1997). Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-dua sekali, bergantung pada kesalahan yang dilakukan. Pesalah juga boleh dihukum sebat di samping denda dan/atau hukuman penjara.
Statistik penderaan yang dilaporkan mengikut jantina
Statistik penderaan yang dilaporkan mengikut negeri

Ramai orang merasakan bahawa penderaan kanak-kanak terbatas kepada bentuk penderaan fizikal sahaja. Sebenarnya, empat jenis penderaan kanak-kanak yang lazim boleh dikenal pasti:
Penderaan Fizikal
Penderaan Emosi
Penderaan Seksual
Pengabaian

Penderaan kanak-kanak memberikan kesan kepada kesihatan dan perkembangan kanak-kanak, dan menjejaskan maruah mereka. Dalam kebanyakan kes, kesan emosi jangka panjang tidak akan hilang.

Kanak-kanak dan golongan muda yang berkeperluan khas, termasuk kanak-kanak kurang upaya dan mereka yang menghidap HIV dan AIDS, amat terdedah kepada penderaan. Kanak-kanak tanpa dokumen, penghijrah dan kanak-kanak pelarian ialah satu lagi kumpulan kanak-kanak yang begitu terdedah kepada penderaan.

Artikel 19 Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) memperuntukkan supaya Kerajaan mengambil langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk penderaan, pengabaian dan keganasan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka atau sesiapa sahaja yang menjaga mereka. Dari segi disiplin, CRC mengesahkan bahawa sebarang bentuk disiplin yang melibatkan keganasan tidak dapat diterima.

Penderaan dan pengabaian kanak-kanak ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO) sebagai penganiayaan kanak-kanak. Untuk mengetahui takrif dan maklumat WHO tentang penganiayaan, lawati laman web WHO.

Nota Kaki:
Dunia maya kebelakangan ini memaparkan perihal seorang bapa berbangsa India mendera anaknya. Dan pada hari ini terpampang di muka hadapan suratkhabar bahawa BINATANG itu telah ditahan Polis bagi membantu siasatan manakala ibu kanak-kanak malang itu telah menghilangkan diri. 

Aku berterima kasih kepada sesiapa juga yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin terhadap kes penderaan kanak-kanak. Aku sangat berharap agar setiap pendera ini dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya agar ia menjadi mimpi ngeri pada setiap manusia yang teringin nak mendera kanak-kanak. 

Tiada satu agama pun dalam dunia ini yang mengizinkan penderaan kanak-kanak. Dimana kepercayaan terhadap anutan agama anda jika anda tergamak untuk mendera kanak-kanak yang tidak tahu apa...

Anda boleh sekadar membaca dan tidak berbuat apa-apa atau anda boleh memanjangkan artikel ini buat pemahaman yang lain. 

p/s: anak orang lain kita buat tak reti ajer pasal kita tak kenal..tapi bila kena anak sendiri, satu dunia kita minta simpati..adilkah? 





Wednesday, November 28, 2012

#PAU2012 - Semangatku sudah di'cas' semula !


Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah! 
Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!
Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah
Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah
Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami

fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.

- Timbalan Presiden UMNO

Nota Kaki:
Gendang sudah dipalu, parti Melayu terbesar di bumi Malaysia bakal bersidang beberapa hari ini. Parti Melayu inilah yang mengemudi halatuju negara selama ini. Parti Melayu inilah yang telah membantu anak-anak kita mencapai cita-cita sehinggakan bergelar Doktor, Peguam, Professor, Jurutera dan pelbagai gelaran Professional. Parti Melayu ini jugalah yang telah meletakkan negara Malaysia dimata dunia sebagai sebuah negara yang unik dan maju. 

Selamat bersidang para perwakilan sekalian. Bersidanglah, bersidanglah dengan penuh hemat. Bersidanglah dengan penuh professionalisme. Usulkanlah kemajuan pada anak bangsa. Carilah titik persamaan diantara sejuta perbedaan. Rakyat di luar sana sedang memerhatikan halatuju parti keramat ini. Rakyat mahukan stabiliti UMNO sebagai tulang belakang Barisan Nasional. Kita hapuskan petualang bangsa. Kita nyahkan pengkhianat negara. Bersatu kita menuju kejayaan rakyat Malaysia..

p/s: tidak ada sepotong pun ayat doa yang meminta PAS K.O.. :p


Friday, November 23, 2012

Tazkirah Jumaat: Analisis Mengenai Solat.

Salam Jumaat buat semua..

Sedikit analis untuk dikongsi bersama..terima kasih kerana membaca dengan jujur..


Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)


Kebanyakan manusia meninggal dunia diantara usia 60 tahun - 70 tahun (majoriti). 
Puratanya manusia meninggal ± 65 tahun.

“Baligh: Permulaan untuk seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”

Lelaki Baligh ± 15 tahunWanita Baligh ± 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh =  Baki Usia : 65 tahun - 15 tahun = 50 tahun


Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama yer..

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari:
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: 
Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam:
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: 
Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam:
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: 
Menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah?

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; 

“Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.

Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar! 
Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar..

Memang benar! 
Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “
  
Lalu Bila Nak Beribadah?

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi..
Kerana kita fikir; 
Solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam = 18250 jam =       
2 tahun

Kesimpulan: 
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yang solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam?) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita..itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan diterima. Jika kejap solat kejap tidak? Jika langsung tidak bersolat?

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang fakir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa..
  
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian..

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!
Ingatlah negeri kita…Akhirat

p/s: ini baru solat..belum lain-lain lagi..

*Credit to Pas Beruk

Thursday, November 22, 2012

Jual Buah Dapat Hilux, Jual Aiskrim Dapat Ferrari


Sakan betul Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin memborong pelbagai jenis kereta mewah sejak bergelar wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Ampang. Daripada sekadar memiliki sebuah MyVi tetiba saja bertukar citarasa kepada Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes Benz.

Sebelum ini dalam salah satu kempen PKR, ada pemimpinnya menyeru rakyat memboikot pembelian kereta kononnya selepas PR memerintah nanti, harga kereta akan diturunkan, tika itu barulah rakyat digalakkan membeli dengan harga baru yang jauh lebih rendah.

Rupa-rupanya saranan tersebut tak terjangkau untuk dilaksanakan oleh Zuraidah, itu yang belum pun kereta VOLVO XC90 mencecah usia dua tiga tahun dibelinya pula dua buah Toyota Hilux dan terbaru pula kini Zuraidah sedang selesa memandu Mercedes Benz E240.

Bukan calang-calang orang boleh merasai pelbagai jenis keempukan kereta yang berjenama dan mahal sebegitu. Tapi bak kata rakan kita di Sel13.Com, tuah ayam nampak di kaki, namun tuah manusia sekalipun masam tubuhnya tiada siapa yang tahu.

Memang bertuah betul menjadi pemimpin pembangkang, dalam sibuk-sibuk mereka
menuduh pemimpin BN hidup bermewah-mewahan, sempat pula Ketua Wanita PKR sendiri menunjukkan contoh kehidupan tawadduk dan zuhud sehinggakan penyokong PR yang sudah sedia pening jadi mereng akhirnya.

Kata dulang paku serpih, kata kat orang pemimpin PKR pula yang terlebih-lebih. Dan kemewahan hidup gaya zuhud yang dikecapi Zuraidah sekarang, bukanlah satu-satunya yang pernah wujud. 

Timbalan Presiden PKR sendiri, walaupun suatu ketika dulu kerap ke hulu hilir bertemu rakyat dengan hanya memandu kereta buruk Wolkswagen untuk memperlihatkan kezuhudannya di mata rakyat, namun ramai yang tahu ada sebuah Ferrari yang bernilai ratusan ribu ringgit menjadi miliknya.

Malah ada khabar menyatakan Azmin telahpun membeli sebuah Lamborghini yang harganya hanya termampu dibayar oleh jutawan dan tauke balak sahaja. 

Jika Zuraidah yang sebelum dilantik menjadi YB Parlimen Ampang dulunya cumalah seorang penjual buah-buahan sambil menjual ubat-ubatan tradisonal dan kini mampu bergaya sakan mengalahkan seorang jutawan, apa nak hairannya dengan Azmin, ya tak?

Jual buah tepi jalan pun mampu beli Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes. Takkanlah sebagai orang penjual aiskrim special berperisa jamban tak mampu pula memiliki Ferrari dan Lamborghini, tak begitu?

Monday, November 19, 2012

#savegaza - tahu tapi tak buat apa?

Sejak tahun 1965 bumi Palestin telah dihujani oleh peluru-peluru israel Laknatullah. Hampir setiap hari pasti akan ada ratusan yang tercedera malah ada yang kematian tragis. Anak kehilangan ibubapa, ibubapa kehilangan anak, abang kehilangan kakak, datuk kehilangan cucu dan sebagainya.

Kita selaku saudara seAgama, tidak boleh sekadar melihat kesengsaraan mereka di kaca televisyen, didada akhbar atau ditinta monitor tanpa berbuat apa-apa. Memang ada dikalangan kita yang ada inisiatif sendiri untuk membantu melalui derma/tabung, aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Aku suka memerhati gelagat manusia. Baik di kedai kopi, di masjid-masjid atau dimana-mana sahaja. Sifat orang Melayu itu suka bersembang tatkala ada kelapangan mencuit perhatian aku untuk mencelah topik perbualan hangat mereka ini agar membicarakan mengenai Palestin. Percaya atau tidak, hampir keseluruhannya hanya mengambil pendekatan 'tahu tapi tak buat apa'. Kenapa?

Mentaliti orang kita yang bersifat 'selagi tak kena kat batang hidung sendiri, apa ada hal' secara perlahan membunuh kewarasan kita sebagai seorang muslim. Masakan mereka berasa bukan sesuatu yang penting untuk membantu saudara seAgama di Palestin. Mentaliti mereka merumuskan 'bantuan' disini berupa wang ringgit maka sebab itulah mereka berkeputusan sedemikian. 

Wahai saudara seAgamaku, banyak lagi cara untuk membantu selain wang ringgit. Anda tidak perlu ke sana untuk membuktikan anda seorang yang prihatin. Anda juga tidak perlu untuk menganjurkan solat hajat beramai-ramai di padang bolasepak hanya semata-mata untuk kepentingan politik. Cukuplah dengan beriktikaf di satu sudut masjid dan berdoa kepada Allah S.W.T. agar mereka diberi kemenangan. Allah S.W.T. menyukai hambaNya yang beribadat secara sembunyi tanpa perasaan riak menunjuk-nunjuk diri. 

Ada juga yang bertanya, 'nak doa camna, aku bukan reti cakap arab sangat?'. Sahabatku, berdoa tak semestinya berbahasa arab. Allah S.W.T. itukan Maha Mengetahui. Andai anda berdoa dalam bahasa Swahili sekalipun aku pasti Allah S.W.T. Maha Mengetahui. Aku kepilkan kat bawah ini potongan ayat bacaan doa yang anda boleh amalkan selepas solat. 
Terjemahannya:-

Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x
),
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

p/s: seorang sahabat pernah memberitahu aku satu perumpamaan. Berdoa ini ibaratnya kita mengetuk pintu rumah orang..sekali-dua berdoa (ketuk pintu) mana mungkin penghuni didalam rumah hendak membuka pintu. Cuba berdoa meminta benda yang sama 5x sehari, 35x seminggu, 150x sebulan, 1825x setahun. Tidak mustahil penghuni didalam rumah akan membuka pintunya..yang penting ikhlas. Allah Maha Mendengar bro! 

Monday, November 5, 2012

Oi..mau menang ka tamau?

Parti Keadilan Rakyat telah mula menyebarkan poster-poster yang menonjolkan pemimpin mereka Anwar Al-Juburi bersama Kak Jijah. Dari segi artwork, aku dapati poster mereka BISA menyentuh perasaan rakyat walaupun hampir setiap hari ada sahaja masalah moral yang timbul dikalangan PKR. Isu moral Anwar dengan nafsu luar biasanya, Kak Jijah dengan berselindung dengan penampilannya, malah anak kesayangan mereka Nurul Izzah dengan isu 'Melayu sepatutnya BEBAS beragama'.. 

Harga minyak turun, harga kereta turun, PTPTN, kestabilan masa depan anak-anak, keselamatan keluarga merupakan antara motto yang diletakkan. Kepada yang penyokong tegar Barisan Nasional, kita mungkin akan berasakan jelek dengan aksi-aksi posing Anwar di dalam poster tersebut. Kita BUKAN sasaran mereka. Sasaran PKR adalah pengundi baru, pengundi atas pagar, rakyat kelas pertengahan, miskin tegar bandar. Golongan-golongan sebegini yang mahukan kemajuan dalam kehidupan mereka. Golongan yang gajinya begitu payah mencapai angka RM1500 sebulan termasuk overtime bagai nak gila. 

Suka atau tidak propaganda PKR kali ini bisa memancing keprihatinan pengundi di luar sana. Ini baru gambar pemimpin mereka. Kreativiti pereka grafik dalam menghasilkan poster PKR ini aku puji..pandai 'mencetuskan perasaan'. Bayangkan tatkala PRU13, hampir kesemua yang bertanding atas tiket PKR juga akan mempunyai poster yang sama. Tak lupa juga Pihak Berkuasa Tempatan didalam negeri jajahan mereka, sudah pasti akan dipaksa memberikan kebenaran 'khas' untuk menaikkan kempen mereka di billboard jalan-jalan negeri. Billboard, papan kenyataan pangsapuri, flet PPRT, dicermin kereta, peti surat flet akan menjadi sasaran mereka menyebarkan poster maut ini. Bayangkan..
Memang akan ada dikalangan Pro-Kerajaan akan berkata, 'aku pun boleh design macam tu untuk BN malah lagi gempak!', persoalan aku mudah..kenapa ko tak buat? tunggu kepala agong turun baru nak buat?

p/s: Sedar atau tidak kita bakal merisikokan tampuk pemerintahan kepada pembangkang andai Barisan Nasional kalah dalam PRU akan datang. Andai benar...menangis airmata darah sekalipun sudah tidak berguna..wake up! 


Friday, November 2, 2012

Alif ya ha..

salam Jumaat buat semua..semalaman aku melayari ratusan blog-blog. Pelbagai cerita aku baca dan cuba untuk faham, namun hati tergamit akan garapan seorang pujangga mengenai seorang insan yang bergelar ayah. Aku kongsikan sedikit kata-kata seorang anak kepada seorang ayah..

Ketika kecil..
3 tahun:      Ayah bijak, Ayah pandai! 
5 tahun:      Ayah tahu segalanya,ya segalanya. Ayah terer!
10 tahun:    Ayah tak ada la tahu semuanya, ada perkara yang Ayah tak tahu.
Masa remaja..
15 tahun:   Laa, Ayah tak tahu pun tentang semua benda rupanya..
20 tahun:   Ayah? ishh orang tua kuno,out of date!
21 tahun:   Nak tanya Ayah buat apa? Ayah bukan tau apa pun!
25 tahun:   Ayah hanya tahu sedikit, tak banyak pun boleh tanya kat dia.
Tatkala baru berumahtangga.. 
30 tahun:   Aku perlu tanya Ayah apa pendapat dia tentang semua perkara .
35 tahun:   Sebelum buat apa-apa keputusan,aku kena tanya pendapat Ayah dulu.                           
50 tahun:   Agaknya apa pendapat Ayah tentang masalah ni?
Setelah tua.
60 tahun:  Sebenarnya Ayah seorang yang mengetahui segalanya, aku silap                                               65 tahun: Aku berharap dapat bercakap dan bertanya dengan Ayah sekali lagi..ya..hanya sekali lagi 
Ayah ingin anak-anaknya punya lebih banyak kesempatan daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesulitan. Ayah membiarkan kamu menang dalam permainan ketika kamu masih kecil, tapi dia tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar. Ayah tidak ada di album foto keluarga, karena dia yang selalu menjadi jurugambar. Ayah selalu menepati janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang teman, meskipun ajakanmu untuk pergi sebenarnya lebih menyenangkan.

Ketika kecil, ayahlah yang menjadi peneman bermain apa sahaja. Namun ayah akan terharu ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan teman-teman mereka.kerana dia sedar itu adalah tanda anak sudah membesar.

Ayah sudah punyai perancangan tentang hidupmu ketika tahu bahawa ibumu hamil. Ayah membantu membuat impianmu jadi kenyataan bahkan dia meyakinkanmu untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti mengapung di atas air setelah ia melepaskannya.

Ayah mungkin tidak tahu jawapan segala sesuatu, tapi ia membantu kamu mencarinya. Ayah mungkin nampak garang di matamu, tetapi di mata teman-temanmu dia tampak baik dan menyayangi.

Ayah lambat mendapat teman, tapi dia bersahabat seumur hidup. Ayah benar-benar senang membantu seseorang... tapi ia sukar meminta bantuan.
Ayah mungkin tidak pernah menyentuh buaian ketika masih muda, tapi ayah belajar dengan cepat. Ayah paling tahu bagaimana mendorong ayunan buaian cukup tinggi untuk membuatmu senang sehingga terlena.

Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu dibahunya. Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi ia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kamu memerlukannya. Ayah menganggap orang itu harus berdiri sendiri, jadi dia tidak mahu memberitahumu apa yang harus kamu lakukan, tapi ia akan menyatakan rasa tidak setujunya. Ayah pantang mengenai masa. Kerana itulah dia selalu lebih awal menunggumu.

Ayah pemurah hatinya..


Dia akan melupakan apa yang dia inginkan, agar bisa memberikan apa yang kamu perlukan..
Dia menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya, tatkala kamu ingin bersuara..

Dia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran pengajianmu tiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kerutan di dahinya...
Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya disekeliling beban itu..

Ayah akan berkata.."tanyakan saja pada ibumu" Ketika ia ingin berkata.."tidak"
Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak gadisnya menginap di rumah teman tanpa izin. Diapun hampir tidak pernah marah, kecuali ketika anak lelakinya curi-curi menghisap rokok dibilik mandi.
Ayah mengatakan.."tidak apa-apa mengambil sedikit risiko asal kamu sanggup kehilangan apa yang kamu harapkan"

Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu hal yang baik mengikut kamahuannya..
Ayah lebih bangga pada kejayaanmu, daripada kejayaannya sendiri..
Ayah hanya akan menyalamimu ketika pertama kali kamu pergi merantau meninggalkan rumah, kerana jika dia peluk mungkin ia tidak akan melepaskannya.

Ayah tidak suka mengalirkan air mata..
Ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya, dia sangat senang sampai mengalir air dari matanya (tangisan kegembiraan)

Ketika kamu masih kecil, ayah akan memelukmu untuk mengusir rasa takutmu atau ketika kau bermimpi akan dibunuh raksasa..tapi, ayah pasti menangis dan berjaga malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantau orang tanpa mengirim kabar berita selama hampir satu bulan.

Ayah pernah berkata: "kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya dipasar, tapi belilah terus dari pembuat besi. Begitupun dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendapatkan cinta sejati kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya"

Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan: "jadilah lebih kuat dan gagah daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu"

Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan : "jangan berlagak cantik kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak! Carilah suami yang boleh melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tapi jangan pernah kau
gantikan Ayah di hatimu"

Ayah tegas bahawa anak-anakmu kelak harus bersikap lebih baik daripada kamu dulu..
Ayah boleh membuatmu percaya diri sendiri... kerana dia percaya padamu...
Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik..
Dan terpenting adalah...
Ayah tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Allah swt., bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu kerana cintaNya..

p/s: kita sama-sama berusaha untuk menjadi anak yang baik pada ayahnya, ayah yang baik pada anak & isterinya..amin

Wednesday, October 24, 2012

PAS UNDERGOING CHANGES AND OUT GOES DAP’S AND ANWAR’S AMBITIONS


PAS is going into a new phase as more and more of the party members who are liberals called on Nik Aziz Nik Mat, the spiritual leader to step down and make way for young and new successor. However, those who made the call are none other than the liberals who are aligned to PKR de facto chief Anwar Ibrahim and who have made use of Nik Aziz to further strengthen their positions in the party.

Husam Musa is one of those who now finds Nik Aziz has no use to the group anymore and thus should step down and make way for someone he and others can control. Nik Aziz’s position is the highest in the party where policies and rulings must be endorsed by the council he heads before they can be implemented.
With such great power, Anwar’s protégés in the party has been using him to steer the party to Anwar’s wishes which has been quite smooth until recently when former deputy president Nasharuddin Mat Isa began ‘shooting at the scenario, revealing piece by piece the evil agenda.’ And Nasharuddin’s expose received good response from within the file and rank in the party to the extent that voices of disagreement towards the co-operation with DAP are now visible, no more buried and silent.

PAS central committee member Datuk Dr Hassan Ali, expelled due to his vocal resistance against Anwar and DAP, is also fighting the liberals from outside the party. But his voice is only heard by outsiders not party members, unlike Nasharuddin, whose credentials are known and recognized by party members and outsiders alike.

His revelations prompted Nik Aziz deputy Dr Harun Din to issue statements that he is with Nasharuddin’s mind and this has changed the scenario in their political relationship or ‘marriage of convenience.’
With the present undercurrent in PAS urging the ‘elders’ to step down to give way to new blood who are fundamentalists, PAS relationship with DAP seems fragile and this worries even PKR, not just DAP.
With the three parties not on one platform, the oppositions cannot call themselves Pakatan Rakyat (PR) and DAP’s ambition of monopolizing the opposition goes down the drain along with the objective of ending the Malay political dominance.

Malay political dominance has been DAP’s ‘enemy’ all along as the party could not dominate Malaysia due to Umno’s Malay hardcore minds. Presently DAP dominates the opposition front as PKR is too weak to call the shots even in state ruled by the party example Selangor and two years back Perak which now fell back to BN.

In Kedah, DAP could not open its mouth as PAS dominates the state while Penang is truly a DAP state.
Thus, if PAS changes leadership before the general election is called and Dr Harun Din takes over Nik Aziz position, then DAP can kiss goodbye to its objective of ending the Malay political supremacy. And of course, Anwar’s ambition of becoming Prime Minister will fly out of the window of his million ringgit bungalow.

Tuesday, October 23, 2012

AES - Punca Rakyat Marah! Shut It Down PLEASE !


Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum.

Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima “Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)” sebagai penerima wang saman AES.

Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka.

Untuk tujuan perbahasan, kita kena akui bahawa kelajuan yang melampau hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan boleh mendatangkan kemalangan yang dahsyat. Ini merupakan hukum fizik yang tidak lagi boleh disangkal. Di sinilah perlunya had laju, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang supaya kita boleh mengukur tahap kelajuan melampau pemandu. Kita juga kena akui bahawa kelajuan yang berlebihan dalam jarak yang dekat dengan kenderaan lain akan menyebabkan kemalangan. Ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang mahu membuat polisi mengenai had laju.
Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila kita disaman kerana memandu di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan. Tinjaun penulis secara umum mendapati terdapat had-had laju yang ditetapkan langsung tidak masuk akal bagi sesetengah kawasan.

Saya tidak berniat untuk membincangkan siapa yang mendapat kontrak dan siapa yang mendapat untung dalam perniagaan ini. Lumrah dunia jika berniaga mesti mahu untung. Namun terdapat tiga isu utama yang jelas menunjukkan pemasangan AES bukanlah bertujuan mengatasi kemalangan jalan raya tetapi untuk mengutip saman.

Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J.

Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.
Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini.

Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya.

Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?
Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju.

Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. “Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati.”

Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan. Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J.
Saga buruk pun tidak terkecuali
Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut.

Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama. Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J. Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini.

Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan.

Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200. Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300.

Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun?Jika bayar cepat, bahayanya kurang?
Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam “bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan” bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin. Bayaran kompaunnya lebih murah daripada “penulis cabuk” macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150 bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300.

Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan.

Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam. Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini? Kerajaan hanya mahu kutip saman. Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya.

Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini? Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan melakukan empat perkara berikut:

Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama.

Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep “alang telah terperangkap, baik terus bawa laju” akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai.

Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun, kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.

Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju.

Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan.

Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah!

Elok pecat sahaja Menteri Pengangkutan yang cakap serupa orang bodoh di dalam televisyen dan hanya menambah kemarahan orang ramai.

sumber artikel: MyKMU

Nota Kaki: 
aku pengidap IBS (irritable bowel syndrome). cuba pak menteri tu rasa nak terberak masa memandu..dia akan speed cari jamban ker idak ? nak plak bila taik tu dah sampai tepi dinding dah..come on laa..tipu la kalau dia sanggup tak speed sikit cari jamban kan? 

pasal itu jugalah aku dah terkena 2 saman AES ni..nak berak punya pasal..

WakeUpCall! - BN wajib perangi propaganda Grand Final PR


Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR.

Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.
 Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya, merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti, warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH.

Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.

Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesuatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.

Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear.

Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya, bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki.

Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam sekitar, kenapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan?

Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit? Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja.
 Jelas sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.
Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.

Sepatutnya jika PAS serius dan berbiat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.

Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.

Tapi pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat.
Bersabit isu FGV dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka, namun bila FGV diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.

Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.

Seandainya benar penyenaraian FGV di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya? Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu hipokrit namanya.

Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandai mudah.
Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN. Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera.


Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang tika ini, Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.
p/s: sedih bilamana bangsa Melayu ditipu sebegitu mudah..