Showing posts with label shigoto. Show all posts
Showing posts with label shigoto. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

tah nape watashi rasa sgt poyo la!

tatau nak citer cane.tapi cukup kalo watashi cakap

wajar ke jadikan perempuan mengandung tu sebagai satu kayu ukur prestasi kerja seseorang tu?then yang tah hape2 previous minor mistake dulu pun nak di ungkit.

yang tak best kalu salah sendiri tak mengaku wohhh..

Friday, November 5, 2010

BAnjir Oh Banjir












ni adalah sesetengah gambar dari kereta watashi and view dari atas tempat kerja watashi
doa-doakan semua selamat k...




Wednesday, September 8, 2010

Dilemma org Elf tinggi macam watashi

huhuhuhu..
bagi yg memahami la..
kalo korang ni tinggi kan..
korang selesa tak nk guna telekung wakaf kt surau?
tak kan???

cam tu gak watashi..
watashi prefer usung kesana ke sini
or tinggalkan terus telekung tu kt surau.
so that tak perlu asyik test telekung wakaf byk kali..

cam kes watashi ari ahad aritu,
tertinggal telekung kt kampung
smpai zohor,watashi dah mcm cacing kepanasan nk pinjam telekung org (huhuhu)
cuba punya cuba..

dan yang paling tak tahan..
watashi rasa cam gamble je la kan nk pakai..

separuh jalan..watashi stop..cuba tgk setakat mana singkatnya telekung akak Mahahahaha..

ye...watashi tau..confirm tak lepas
(T T)


::gaya ni takde dlm tatacara solat ok::

wacha kang.






Thursday, August 26, 2010

SAYA YG BIZUK..EHH..SIBUK!


rasa mcm nak je assistant sorang tolong watashi kat sini..
whahahah..
*berangan tak henggat

watashi rasa macam nak tukar bidang keja je pas kawen nanti
-tapi sah-sah la kena cari kat kl.

so kalo watashi dah confirm ke sana..
ada sape berminat nak ganti kat tempat watashi kat sini?

agak-agak kerja apa yg sesuai utk watashi arr?

  • chef mcm tunang aima?-smpai skang sumpah watashi jeles dgn aima!ahahaa
  • penjaga rumah org tua/rumah anak yatim-pahal korang tamo watashi wey??
  • atau jadi tukang kira duit kt bank-wohohoho..best kan kira duit.tak besh sebab bukan duit kita
  • jadi model sebelum dan selepas slimming centre-wahahaha..statement mcm nk minta penampar je.
  • -secretary,model peribadi,chef dan kawan akrab king di rumah je.boleh muntah,watashi dah provide baldi neh
ok..nk wat keja.bz arrrr!!!

Tuesday, June 22, 2010

Tempat yg pada watashi best tapi kurang dapat liputan


::Selamat Datang ke Rumah Kedah,Rumah Tok Su::



ok..watashi nama je dah 4tahun keja kt utara ni tapi baru je berkesempatan ke sini
ada tak antara korang ni org alor setar tapi tak pernah ke Rumah Tok Su?senang cerita rumah melayu la kan..
perghhhh.....giler kagumm watashi datang ke sini aritu...
bukan kagum dgn pencerita yg agak muda dan manis tu seni rumah melayu je..tapi watashi juga kagoom kenapa tempat mcm ni tak diberi perhatian lebih utk tarikan pelancong..
elehh..watashi cakap je lebih kan..padahal bebaru ni je watashi minat tentang seni
tu pun sebab watashi cuba utk kongsi minat/kerja King
kalo tak jgn mimpi la kan..ahahahahaha..
::ni ruang musyawarah-ala ruang tamu la::

ok secara ringkasnya apa yg menariknya rumah tok su ni dari mata watashi yg kaler coklat tanpa contact lens ini cani arr serba ringkas
  • design rumah tu arrr...bebetul memukau sebab watashi rasa mcm watashi balik ke zaman bebudak
  • kalo korang masuk kerumah Tok su ni..tak sampai 3saat korang terasa mcm diheret ke zaman yg penuh tradisi dan ada satu perasaan yg korang sendiri takleh nak tafsir.ha..mcm watashi skang ni..speechless u know..sampai tatau nk type.tetiba je ko rasa mcm ko lah ramlah, salmah, saloma dian P.ramlee bagai.
  • barang-barang dlm tu wahhh...heritage habis..korang nk tgk lampu gasolin..katil kayu zaman bila hape tah..mangkok tingkat...dapur kayu api..jendela teruna dara bagai..semua ada
  • rumah Tok Su ni sejuukkk okkkkk...maybe atap rumbia
  • dan dipercayai jugak rumah ni berusia ratusan tahun.kayu tetap utuh...jgn tanya watashi kayu hape..yg pastu bukan serbuk kayu yg diawet utk bikin perabot cam skang nih.
  • kat sini ada bilik air beratapkan langit,berdindingkan rumbia yuuuu..so sexy...ahahahah

yang tak best plak...

  • ada je org yg potong rumbut tu lepak2 kt serambi bawah tuh...yg membuatkan org yg lalu lalang tu fikir ni kawasan pejabat bagai..tak mcm tempat pelancongan. sedangkan rumah warisan ni under Muzium Negeri. Sayang weyyy...yg potong rumput tu..takkan hehari ko potong rumput and tido situ...potong mood org betul.
  • as usual..kalo dah ramai tak datang,yg jaga pun kurang semangat,ketrampilan tu dah ok...info dah ok..tapi nampak diorang sgtlah bosan..kesiannnn
  • actually rumah warisan kedah or toksu ni ada dua buah..ala-ala 4 meter je jaraknya,tapi jarak 4 meter tu pun..yarabbii..rumputttt panjang beb,,,...ini mmg kali pertama watashi lalu.tapi kalo dah hehari lalu and toleh..camtu gak..heh...
  • ada patung patung dlm tu dan telah berjaya membuat watashi menjerit sepenuh hati..cessss....so korang kalo nak masuk sila take note menda ni awal-awal ok.

::rumah lama watashi camni lah::

so..kalau kalau ada sespa yang berminat boleh la ke sini...watashi tatau jalan..yang pasti dia berhadapan dgn Wisma Darul Aman.rasanya bukak dalam jam 10.00am-6.00petang camtu la.

Masuk adalah percuma (waatshi tau korang suka menda percuma)cuma pastikan korang bukak kasut.panggg kang..jgn bajet korang mat salleh ok...

menarik tak ulasan watashi?hiksss...

sekian dari tour guide tak berbayar,Nia Hana

::ada rupa mcm tour guide tak?ahahahaha::

Monday, May 17, 2010

di satu petang yg agak sunyi

watashi sgt mengantuk dek tak cukup tido beberapa mlm
cam insomia la lately..

tgh layan mata ...rasa bahagiaaaaa okkkkkk...
dengan boss tade...dgn akak opis tade...
watashi sensorang...

tgh syok syok layan mimpi laila majnun bagai...
tetiba..!

bummmm!!!!!
siyesss....rasa nak tercabut injap jantung watashi..
hampehhh okkk...!!

watashi jatuh kusi..
uhuhuhuhhuh..
sib baik sempat bajet hempapan bontot kt lantai secara ayu..

kalo tak...mahu senak perut gak arr...
cecepat watashi bangun..and intip dari atas meja watashi...
ada satu kakak pejabat baru masuk muka tercenggang

"hana wat pe kt bawah tuh??"
"pen jatuh.."

cecepat watashi bangun and menggeliat..

"yeke pen jatuh...lap mulut tu skit arrrr...."

siot je...watashi gelak sambil lap2 mulut..
malu seyyyyy.....

dengan kebaya putih anggun camnih..
leh tido jatuh kusi

heharap tade la dia letak kt FB kappe.
kang jatuh saham watashi
hikss....

Monday, May 3, 2010

Dah percaya watashi sibuk?

sibuk dengan menjadi semangat kepada adik2 utk extreme dance
dengan event terjunan yg menguji ketepatan..
dengan permainan api yg mengujakan
dengan minggu setiausaha yg 'kekenyangan' tanpa makanan ruji rakyat malaysia
dengan event berbasikal beragam dan menimbulkan keragaman yg bisa wat kening watashi terangkat tanpa rela


LETIH..?
mmg letih oh...

sampai warna kulit juga turut berubah..

walawei...tak payah pegi hawaii nk tanned kan kulit.
ekekekeke

Friday, April 23, 2010

sesi confuse- nk geli ke nak sakit

::geli ke sakit neh?::

tajuk tah hape2..ahahaha
aritu la..watashi and akak pejabat nk cuba la urutan reflexsology kaki nih..

maklumka..first time okeh watahsi nak urut kaki.
ahahahah...

kalo tak kerana kaki watashi asyik lenguh2 sehari lepas event kt sini..watashi rasa,,watashi pun takkan urut kaki sebenarnya
dahsyat okkk...
dah la geli2...pastu kalo akak tu urut kat tempat kita yg ada prob tu..
mahu melalak jadinya...siap pusing2 badan..

::sib baik ada sofa empuk nih..habis watashi cubit2 dia tahan sakit.ada satu part..watashi dah tumbuk tiang kt sebelah tuh.boleh bayang watashi pakai baju kebaya gini tumbuh and cakar tiang tu?ahahahah::


::ahahahahha...akak pejabat watashi gelak giler ms nih..watashi tahan sakit sambil gigit tgn::


jgn perkecil akak selim dan kecik ini okeh...muk atenang jgn sangka takde jiwa spartan di rohnya..org yg besar pun dia leh wat jerit sakit.akakakakaka..ko lemah kt memana dia leh tau.ahahaha..

so overall mmg ok tau! maybe sesetengah korang yg lepas urut tu ada yg automatik mengantuk tetiba..ada yg pening skit..tapi percayalah..itu sementara jek..

bagusnya urut nih..nk lancarkan peredaran darah kita la kan..mana yg dah tersumbat or sempit bagai...urat paling byk kt kaki and tangan. so korang yg tak pro jgn sembarangan urut sendiri okeh..

dan yg paling penting..urut sesana jantina saja!

Monday, March 29, 2010

Earth Hour di Tempat Kerja Watashi

satu tower bergelap..
selama satu jam..

ramai yg datang utk sama2 menghayati kegelapan demi menyelamatkan bumi..

gelap..mmg gelap...

camtu gak watashi..

tak nampak hape..gelap je..
cuma sambutan watashi lain skit..

cane..??


macam ni..
sape suka leh cuba...

gelap kan???
cara baru utk watashi hour..

tak cukup tido arr...letihhh

-muka berkilat giler..ahahahaha

Wednesday, March 10, 2010

Nak Ngorat pompuan..??tgk dulu zodiak diorang jumpa dulu mak ayah diorang.hikss

::Virgo dan Libra::

yo..yo jek tajuk..ahahaha
aritu watashi post psl lelaki kan?
ni yg perempuan plak.

tp watashi amik ikut unsur2 la..
TANAH,AIR,ANGIN,API.

ada setengah org ikut turutan dalam keluarga kan..
contohnya..

anak sulung- TANAH
anak kedua - AIR
anak ketiga-API
anak keempat-ANGIN
anak ke lima-ULANG TANAH BALIK

yg info watashi dapat neh..ikut zodiak memasing..
(korang jgn arr percaya saya okeh..ni watashi ulang byk2 kali nih..
kalo ada persamaan mungkin kebetulan saja,semua tu Kuasa ALLAH!!
-cea..mcm tgh baca khutbah plak watashi neh.ahahaah)

WANITA TANAH


Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak;
Taurus (21 April-20Mei),
Virgo (24Ogos-23 September) dan
Capricon (22 Disember-20 Januari).
  • Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
  • Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
  • Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang;
Aries (21 Mac-20 April),
Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius (23 November-21 Disember).
  • Dilahirkan sebagai pemimpin
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  • Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
  • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang;
Gemini (22 Mei-21 Jun),
Libra (24 September-23 Oktober) dan
Aquarius (21 Januari-19 Februari).

  • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  • Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh sungguh.
  • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  • Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di
bawah zodiak;
Cancer (22 Jun-23 Julai)
Scorpio (24 Oktober-22 November) dan
Pisces (20 Februari-20 Mac).
  • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
  • Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
  • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Sunday, March 7, 2010

Apa Zodiak Korang?

::kawan baik watashi bintang VIRGO::
-tgk pic nih watashi bebetul gelap da..asyik cerap matahari jek.ahahaha

eceh..
mementang la watashi sibuk dgn astronomy dan astrology nih
tak habis2 watashi nak kaji bintang2 bulan..

sedang watashi terkinja2 bz yg hammat sgt tuh..
watashi singgah la kt satu booth nih
ada barang kelengkapan
mencerap dindalah bintang bulan matahari,planet bagai la kan..

so..as usual,watahsi mana layan menda-menda gini
and budget mmg tak besh la kan

sekali..
mata tertangkap terus
-amik ko..tertangkap..ayat tak menahan.ahahaha
dengan bintang nih..king punya zodiak la..
walaweiii...lawa arrr....pastu plak..
tulisan taurus tuh dia glow in the dark
so sgt la smartnya...*ceaa perasaan la..

oh..jom terjah sifat lelaki taurus nih..
hemmohh..hemmoh..hemmohh...

LELAKI Taurus
-Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .(huishhh..yeke..?? tape..tape..tggu kawen baru leh check.akakakaka)

-Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.(ni ada betol la skit)

-Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.(hah!btol sgt.kalo king kata AYAM..jgn memandai kata MUNYET)

-Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .(ekekekek..aww..beruntungnya watashi)

-Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .(* sbb tu dia nak watashi.ye tak???uwekkkssssss...betol kan??KAN??ahahaha.pang diri sendiri)

- Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .(hias umah??yarabbi...watashi dapat bonus ;g ke nih..alhamdulilaaahhh..ahahahha)

- Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.(oho..gitu ekkk)


tutup citer zodiak..

terlompat2 nk belikan king baju..
tggu hape lagi kann...
terus anta sms and mms bagai kt king
utk dapatkan approval .akakakak
lepas dpat green light baru le watashi capai bintang libra plak..

ha..sifat perempuan bintang libraaaa...
ada byk kanaweks libra disini??
ini adalah sifat kita la...
tp jgn caya sgt..

GADIS LIBRA
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.-tapi kami tak show off ok..kui kui kui

*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.-leh jadi ahli politik.undilah saya!

*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.-yeahhh..kami talak suka gado lorr...king dengar tuhhhh *Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.-muahahhahaha..geli la plak dengar camnih
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. **ohh...mak kalo terluka simpan lama nokksss

*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.-eewwwwww.. manja??sape manja?watashi ke king?KING OKEH! akakakaka

perghhh..manja yg tak tahan tuh..manja cane?
manja cani ke??
::MUNTAH DARAH ADA::
ahahahahah..

ada macam uji rashid tak?
akakakka

oh..watashi nak kongsi sesuatu

ini adalah pic matahari yg dicerap kt tempat watashi pada jam 12.20tghari
yg terkuar2 tuh api2 dia la..
bayangkan kiamat nnt jarak matahari ngan kita sejengkal je...
nauzubillahhh

Saturday, March 6, 2010

Bukan senang ok..


Bukan senang ok..
watashi syeikh nia hana naik syehh nak ke galaksi

semata-mata..

.
.
.
.
.
.
untuk memetik bintang buat kwn blogger watashi sorang nih!


yeah..
sha, bintang nihhh untuk sha...

bukan setakat bintang..bulan pun hana leh kasi ok!

sila amik dgn perasaan pura-pura teruja..
ahahahahaa

apapun..sepanjang 3 hari bertungkus lumus dgn event nihh..
ada fakta2 yg bebetul menarik perhatian watashi.

tahu tak korang..
baju angkasawan tu sebenarnya kalis peluru??sebabnya..kelajuan objek2 kt galaxie sana nun ala-ala peluru gitu...so kalo habuk besar zarah pun boleh mencederakan syeikh muzaffar kesayangan wanita malaya ittew..

hoooo......sib baik kang..
kalo tak syeikh muzaffar balik bumi dlm keadaan calar balar le..
ekekekke

Thursday, March 4, 2010

Syiekh Super Nia Hana.. eh..Super Nia Hana naik Syehhhhh da.....

hahahah..hari ni baru habis perasmian kan?

bukannya hape la..

watashi ni terkejar2 sana sini..

last last nampak depan mata ada kostume baju angkasawan
utk maskot pelancaraan arini..

pandang kiri...pandang kanan..
*muahahahaha-gelak jahat nehh

zasss..zass..zass...
pakai sarung kt kaki...



pastu pggil satu cstomer service ..
ugut nak kendo dia
minta tolong di amik pic watashi.
hasilnya..

::maybe watashi niat nak pose camni kt bulan..sebab tu diorang tak kasi watashi pergi::

muahahahaha...
feeling jugak la pakai kostume Rm8k

Monday, March 1, 2010

" I want Sex~~" sila cakap nada yg manja

ini kisah benar okeh!

di satu pagi yg tak berapa indah

telefon pejabat bunyik..

"Hello..Selamat pagi, Nia Hana disini.boleh saya bantu.."

"err.....you.. you speak english" satu suara wanita dihujung corong telefon.

"sure maam, how can i assist you.."

" i want sex.. i want sex now.."

watashi terkedu lama..muka merah tahan malu..

"i bag your pardon.." masih cuba professional..cuba memahami disebabkan dialek pemanggil mcm pelik skit..mcm org thailand

"i want sex, u understand??!!" tetiba dia marah and terus letak phone.watashi terkebil2...

telefon bunyi lagi..
watashi akngkat phone cam biasa..lagak selamba..

"my work call just now.she is want fuck" sah! memang orang thai!

watashi tepuk dahi..Fuck hape plak nihhhhh....

satu exec masuk, wah!!penyelamattt...!!watashi panggil and minta dia communicate in thai dengan pemanggil telefon..

seketika dia letak phone..sambil sengih..

"Hana, governer thai nak FAX surat untuk kita...dapat nnt u bgtau i ok.."

watashi pandang tepat2 muka dia...sambil melopong...

"Ohhhh... FAX ke... i ingat hape tadi...ahahhahaha"

"u dengar hapeeee..???OOOoooooOOO hana otak blue nihhh..""

"tadelah weyhhh..wachaaa kanggg!!!"


MENGOONGGG..!!!

Friday, February 26, 2010

BB yg kasi sakit ati jek

nampak nih..watashi simpan dlm laci..
selamba dek je..rehat tak kunci laci tuh...

ikut ati tamo kasi
bulehhh.???

ahahahahah

boss watashi punya..

"boss.. i punya ada tak?"

muahahahha...

JGN HARAP!!!

Thursday, February 25, 2010

Pulut Ikan Masin


hah! sape penah makan??
pulut ni di tanak...
pastu goreng ikan masin..
ada setengah org mkn dengan ikan talang,cili api,bawang goreng


terus terang..kan.. kan..kan...
mmg watashi dah tau lama la..
tapi BARU TAHUN NI WATASHI CUBA MKN!
akakakakak...

akak opis bawak..
siap dengan sambal sotong kering..ikan pekasam..sambal bilis..ikan kering

mmg nangiss la makan
rasa nk peluk je dia sambil memanggil

"IBU...!!"

ahahahhahaa..
takkan berani lempang punya
dia akan hug watashi balik..
awwwwwww......

Tuesday, February 9, 2010

Musim Sakit perut!!

GARA-GARA KAMU!!!!
ceaaa...drama la sgt kan..padahal mmg sakit weyhh...
tp mulut ni..waktu petang je..mula buka peti sejuk

ada dua kotak lg.
makan secara beramai-ramai

tp watashi ni agak jahat...
apa barang makan sensorang kan...

kopek 3-4 biji..then offer org makan

part paling best
lumba-lumba lari ke toilet memasing pas 1 jam


maklumlah...
memasing kan ada favorite toilet kt ofis kan???

kalo korang cakap tade KORANG TIPU OKEH

TUHAN MARAH..
hiksss

Thursday, February 4, 2010

Apa Kes nih ..?

kena interview okeh..
muka cam beria-ria jek..

akakakakakka..
terasa glamer la sangat kan
kunun..kunun laaa....

sebenarnyaaaaaaaaaaaaaa.....

ini adalah rakaman UNTUK FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
Tv1
**tutup muka malu


ahahahahha..siyes..dah ulang tayang byk kali kt tv last year
tpppp..... watashi tak pernah tgk sebab malu bangat!!

setiap kali ulang siaran jekk..
musti dapat sms..

"hana!!u dlm TV.."

"amboi..dalam dendiam ekkk"

tak kurang gak yg meroyan watashi masuk tv
ahahaha..wak luuuu..pahal nak control2 keja watashi kan..


cea..muka bajet baikk..sama gak dengan host tu..hiksss...

menda ni peluang cam seumur idup sekali jek..

nnt bila tua leh la watashi eksyen ngan cucu watashi

"i dulu kuar tv,forum perdana okehh.. u guys?? ada?"

dengan kerek watashi berkata sambil menghirup hot mocha

uwekkkkkk..sss

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer