Friday, April 24, 2020

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.


Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua.


Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), jadi adalah penting untuk maintainkan diri hangpa dengan beberapa tips berguna maintain dan produktif.

1. Anak-anak ada dirumah & tak terkawal?

Tips: Buat jadual yg tersusun.

Sembang dengan anak-anak hangpa apa yang sedang berlaku dan pasaipa kehidupan akan berbeza untuk beberapa hari,minggu dan bulan ni.lagi2 ni dah masuk bulan puasa,jangan risau macamana sebelom ni waktu sekolah dengan la ni kalau boleh biaq tak banyak beza.

Buat jadual waktu mingguan untuk depa. Isi hari mereka dengan aktiviti yang sesuai dengan usia depa.Time ni lah masa bagi hangpa nak tanya,sembang dan tengok perkembangan depa dlm hal2 persekolahan.Sembang tengok prestasi depa dlm buat kerja sekolah,tengok macamana bacaan depa dlm mengaji Quran,time ni la masanya.
Selalunya kita keluaq pagi balik mlm.


Luangkan masa untuk bercakap dengan depa,main dan menyelesaikan kerja sekolah depa.
Ketahui di mana depa berada dalam pembelajaran depa suka atau tidak tanya depa pasaipa.


2. Jadi stress #STAYATHOME?

Tips: Buat jadual untuk hangpa sekali.

Dok pening kepala dengan MCO?, hangpa rasa terperap saja dirumah. try dan cuba beberapa idea yang ada untuk  hangpa dan ajak anak-anak sekali join?

Buat aktiviti yang perlu, sekurang_kurangnya ada rutin harian,tak apa kalau ubah bila rasa perlu. Rancang makanan apa yang hendak dipesan atau dimasak selama seminggu.

Kalau sekirang hangpa kena berkerja dari rumah, sediakan kawasan khusus dan dapatkan semua yang hangpa perlukan. Ingatlah,masa umtuk rehat juga perlu walaupun kerja dari rumah.

Buat kerja hangpa. Rumah yang bersih dan kemas akan menolong hangpa segar secara mental,hah time ni la kalau suami tak kerja minta tolong apa yg patot macamtu juga sebaliknya.

Time macam ni juga kena tengok elok2 kewangan hangpa. Kemas kini,berbelanja untuk apa yg patot.Meskipun ada yang mendapat bantuan kerajaan,ada loan2 tertentu yg boleh tangguh.tangguh jika perlu jika tak teruskan bayaran.

Berseronok!time ni la macam boleh buat. Bertukang,memasak,melukis dan macam2 lagi ajak anak2 terlibat sekali. Biarkan diri rasa relax dan hilang stress.



Elakkan keluar ke kawasan yang sesak kecuali perlu. 
Jaga jarak sosial dari mana-mana orang. Ini bukan masanya untuk membawa kuman bersama anda ke kampung halaman atau ke tempat-tempat pelancongan.

Lindungi diri hangpa dalam keadaan macamni. Gunakan internet untuk mendapatkan idea bagaimana mengekalkan gaya hidup sihat seperti senaman dalaman yang sesuai dan aktiviti berfaedah yg lain.

Ikuti perkembangan berita rasmi dari siaran akhbar kerajaan dan dari media yang rasmi. Jangan menyebarkan maklumat yang tidak disahkan di media sosial.


3. Bimbang Ibu,Ayah dan saudara sakit?

Tips: Sentiasa berhubung dan komunikasi.

Sentiasa berhubung dengan depa,call,whatapps apapun asalkan tahu keadaan. Adakah depa cukupvkeperluan asas mereka?(nak bersedekah tak salah tapi time macam ni bagus bantu ahli keluarga kita). Adakah depa sihat?cukup keperluan dapur dan perbelanjaan.

Tetapi elakkan mengunjunginya secara peribadi kecuali jika perlu. Ini untuk mengelakkannya terkena kuman yang mungkin dibawa tanpa disedari.
Bagitau macaman wabak Covid-19 dan kesannya. Terangkan bagaimana penyebarannya dan mengapa pengasingan diri penting terutama bagi orang tua.

Tanyakan kepada depa tentang bagaimana mereka mengikuti aktiviti fizikal. Adalah baik bagi mereka untuk tetap aktif walaupun di dalam rumah.selalunya kalau di kampung kawasannya luas,sekurangnya boleh sapu kawasan dan berkebun dan lain-lainnya.

4. Jika hangpa sendiri rasa kurang sihat.

Tips: Segera bertenang ,asingkan diri dan dapatkan rawatan Klinik berdekatan.

Mengasingkan diri kalau perlu,kurangkan bersentuhan dengan anak2 kecil jika boleh.Pastikan pi jumpa doktor sekiranya anda sukar bernafas. Ikut nasihat
Sentiasa makan ubat yg disyorkan doktor dan elak makanan yg kurang membantu ketika kurang sihat ini.


5.Dengan arahan MCO Ni macam-macam kerenah orang?

Tips: Patuhi MCO sama ada  suka atau tidak

Hangpa berhak atas pendapat sendiri dan tidak ada yang org mengubahnya. Begitu juga dengan orang lain tapi jangan sampai kita susahkan pihak lain dan ahli keluarga kita.

Tinggal di rumah. Mengekalkan gaya hidup sihat. Tidak ada salahnya untuk kekal sihat sama ada negara ini menghadapi wabak penyakit atau tidak.

Fahami bahawa setiap orang hidup dalam masa krisis, jadi pelajari untuk melindungi diri dan keluarga kita.Sentiasa fikit yang positif.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

PS : kalau kita fikir kita susah,penat,letih,tak larat duduk rumah macam tu juga org lain.Depa boleh kita pun boleh.



No comments:

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...