Showing posts with label kisah dan teladan. Show all posts
Showing posts with label kisah dan teladan. Show all posts

Monday, November 4, 2013

Keharmonian rumahtangga..Tips elakkan perceraian


wahh gitu ko..
ni watashi dapat dr newspaper arini.
4.11.2013..baiklah..moh kita check

1.Komunikasi 2 hala
kena berbual dengan pasangan walaupun hehari ko tgk muka aku..aku tgk muka ko ye..ye la ,,skang ni husband and wife modern..duk serumah tpi memasing bz ngadap gadget.habis tu acaner?so pendekkata kena kongsi apa jua masalah.ye la..ko nak hidup dgn org tu sampai ke jannah kan,kalo rasa takmo berkomunikasi mohon jahit saja mulut ituuu..akakakakak

2. Keterbukaan tentang masalah seks.
wahh tetiba open gila gitu .malas nak ulas.pandai korang cari sendri.kata teror.akakakaka

3. menerima pasangan seadanya
haa..ni penting..selalu ada bidalan mak salleh cakap..lepas kawen.. wife harap suaminya akan berubah..tp sebenarnya dorang mmg SUSAH nak di ubah dan Suami mengharapkan isteri dorang takkan berubah..tp MEREKA berubah.,.apa yg watashi nampak kt situ..wanita harapkan lelaki berubah dari segi perangai..atititude..tp mereka susah nak ubah..dan suami plak harapkan isteri mereka tak berubah dari segi rupa parasssss body melentikkk..tp kita hanya merancang..tuhan menetukan..dah isteri korang lahirkan 3 anak utk korang.bersengkang mata jaga tetiap malam and wat kerja rumah bagai..what do you expect man?????lempang nak???memasing berusaha la terima kelemahan dan kelebihan pasangan memasing.jgn nak compare husband or wife korang dgn org lain.ko terima akad dari sape sebenarnya pada mula??

4.Jangan biasakan berbohong.
bidalan melayu..siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lelama ada 2isteri.

akakakaka leh terima?

5.jgn cemburu berlebihan
ok.cemburu tanda sayang,tapi takkan suami ko bercakap dgn receptionist pompuan ko nak majuk kan?unless ko nampak receptionist tu melentok lentok.meliuk liuk badan kiri kana tu harus ko kasi starlight kt dahinya.tapi pada watashi sesekali rasa cemburu harus di utarakan sebagai reminder kepada pasangan memasing.haa gituu

6.hindari kecurangan
nak rasa sneakers size 9?dah kawen tu buat cara kawen.

7.cari orang tengah
kao erkonflik sila cari org tengah yg dipercayai.jgn cari org yang berpot pet and gossip plak di belakang korang.tips nak tau org tengah yg berkuaiti adalah..bila korang bermasalah dia takkan bercakap menda buruk psl suami or isteri korang hingga bawak kepada masalah bertambah spicy.orang tengah sepatutnya menenangkan..mendamaikan.dan pastikan juga org tengah korang ni kao ko wife..cari la pompuan.kalo ko suami..carila jantan.kang tak pasal2 berskandal tak sedar.dah satu hal cinta tanpa rela.lempang kang

8.tetap mesra
yang ni mmg susah nak di apply dalam masyarakat melayu.sebab lelaki melayu tak romantik akakakak..so kurang pamerkan rasa mesra tu walaupun tade orang kt rumah.setuju?heh..
lelaki selalu lupa..wife ni perlukan pujian ,perlukan perhatian dan setuhan.tp tetap benggong gitu smpai tua,ceh

9.Pasrah pada yang Esa
banyakkan berdoa..pasrah jika doa anda masih tidak terpilih sisiNYA..wah tetiba syahdu disitu.

sekian, 

Friday, June 15, 2012

new update :ASAL USUL MANUSIA..yes..memang dari tanah...tapi apa jenis tanah?

Actually info ni dah lama sangat watashi cari since  pernah terbaca dalam satu buku.
tapi tak dapat ingat tanah dari mana Allah pilih untuk buat tangan,buat perut and etc.

so after research padahal perap lama dalam draft.ahahaha  kat  sini watashi kongsikan asal usul kejadian manusia yang pada watashi sangat menarik..
dan of course watashi akan kisahkan cerita ni pada arisssa dan adik adiknya nnt
;)

ok..tahu kah korang 4 malaikat di perintahkan oleh Allah SWT untuk mengambil sebahagian tanah di bumi tapi bumi enngan menyerahkan isinya pada Allah kerana bimbang manusia akan melakukan kemungkaran

Malaikat yang di perintahkan adalah :
  1. Yang Pertama adalah Malaikat Jibril a.s 
  2.  YangKedua  adalah Mikail
  3. Yang Ketiga Israfil 
  4. Dan akhir sekali malaikat Izrail dengan firman Allah SWT;

"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia kehadrat Allah.
Lalu Allah berfirman lagi:

"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail merarasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi:

"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya."

so, secara rumusan(ehehehe..dah penat nak bercoloteh sebenarnya ) jenis tanah yg Allah jadikan bahagian manusia adalah ;

Jenis-jenis Tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s:
Menurut riwayat tanah yang diambil yang digunakan untuk menjadikan adam mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s ialah sebagaimana berikut:
  1. Tanah tapak Baitul Maqdis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kautsar
  6. Tanah tapak Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah(Babylon)
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga
  12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
  1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
  2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
  3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
  4. Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
  5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
  6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
  7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
  8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.
  9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
  11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
  12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
  13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

    menarik kan?
    mungkin masa watashi nak bercerita pada anak anak nnt kena bukak blog kut
    ssh gak nak hafal jenis tanah yg diambil nih

    hey..come on la hana
    nak seribu daya..xmo seribu dalih..
    muahahahha



    Tik Tok Tik Tok

    Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
    Daisypath Anniversary tickers

    Muahahah...Super Hana the writer