Thursday, June 28, 2012

First Time Arissa Naik mendalah ni

sebab dulu ibu just sempat tengok je kannn..ahahahah memula arissa naik nampak cam happy lelama nampak cam dia takut plak ciann anak ibu..rambut dah la blonde sila abaikan sesaiapyg tersilauu hiksss

Ibu Tegar.Doakan terus tegar sampai anak kelima..Awwww!!!!

Holaaaa...
watahsi just nak kongsi pengalaman watashi yang membesarkan Arissa yang dah pun menginjak 10 bulan..
1. about breast feeding
2. about solid food for your baby.

1. breast feeding.

  • haa...jgn mimpi le ko nak tgk watahsi BF arisssa..muahahahah..tampo kang..
  • set dalam kepala bapak,ibu,suami ,isteri korang..baby minum susu badan/susu ibu(YG TERBAIK) sampai 6 bulan! 
  • in the journey to achieve 6 months,jgn getik,gatal mengada..nak sumbat nestum, dalam  botol,and besarkan lubang bottol bila baby keep nangis bila usia 4-5bulan..trust me..teruskan bersabar..kalau nanny korang am hampeh duk minta nestum or cerelac kappe..korang tampo dia laju laju dalam mimpi..ehhhh..idak la gitu..explain le bebaik.dah byk kes baby usus kena potong sebab belum cukup matang..worst , passed away sebab usus luka and pecah.sadis bukan?
  • susu ibu adalah susu terbaik..keep moving ibu! jgn putus asa or set dlm kepala susu badan saya kurang..bg baby minum.soal 'tenggelam kappe..let your baby help you..insya allah boleh..and paling penting berdoa..terus berdoa..watashi kali pertama arissa pandai minum susu, watahsi menangis keharuan..terus rasa betapa hebatnya watashi.. wonderful mr loba loba
ibu happy dapat borong avocado.

2. Solid Food for your baby

  • start umor 6 bulan ya....
  • mulakan dari puree dulu...puree buah buahan..buat cair cair..and suap dalam mulut dia...memang anak kita akan buat muka pelik memula,,,jgn cakap dia tak suka.,dia baru nak belajar kenal rasa
  • jgn expect anak korang  umur 6 bulan nak abeskan semangkuk puree yg byk ya..hari perdana..arissa dulu 2sudu besar je puree apple...
  • bila agak seminggu dua..boleh kenalkan bubur kosong yg super cair....dgn campuran puree sayur or buah
  • masuk 7 bulan dah start campur dengan bahan lain mcm avocado and apple ke...pisang dgn avocado ke..mix and match. nak campur dengan bubur cair pun buley
  • 8 bulan boleh try ayam (bhgn dada)and isi ikan mcm tenggiri.ikan merah and salmon
  • 8 bulan jugak korang boleh menumis gunakan olive oil amd gunakan bawang holland,herbs mcm kulit kayu manis,bunga lawang,halia,.,tapi dalam kuantiti sikit la ekk.,,
  • Pasta spaggethi, seawal yg watashi post sebelum ni..tapi agak agak la anak dah bergigi ke belum kan?hancho hanchokan dulu
Potato Lil Star

Pasta riang ria
KITAB IBU DNA,TEPEK KT PETI AIS.

Tuesday, June 26, 2012

Kumpulan Makanan Baby ikut umur (Seawal 6 bulan la kan..Pang kang!ahahahah)

Nota PentingBeri Bayi Makan Seawal 6 Bulan OK!!
Steam Rolled oat wit Formula Milk and MAshed Papaya.

Monday, June 25, 2012

Petua Sembelit+Cirit untuk Bayi 6 Bulan Ke atas saja ya!


Sembelit  untuk cuba pulihkan, terus ingat semua buah2 yang bermula dengan huruf P dalam english Contoh?

  1. papaya (8mos n above), 
  2. prune, 
  3. pear, 
  4. plum

Cirit Birit  untuk cuba pulihkan terus ingat BRAT .Contohnya :

  1. banana, 
  2. rice, 
  3. apple sauce
  4. toast Potato
Senang kan nak ingat?
ni hasil perkongsian watashi dalam group Home made Food For your Baby- Air Tangan Mak

Ibu masak  utk saya sebab nak hati saya sentiasa ada ibu and daddy

SO ibu ibu yang masih berkemampuan say selaku ahli kumpulan gagak hitam Air Tangan Mak menyeru pada korang masaklah makanan untk anak anak anda..suaplah mereka dengan tangan anda..tapi make sure kuku korang pendek

potong kuku setiap hari isnin.khamis dan jumaat ye sayangs!

Thursday, June 21, 2012

Untuk Bacaan Suami or bakal Suami Cik Adek Maness Semua



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

Daddy ajar arissa tatih!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Rumusan   Hana :
Bagi dara yg bakal berumahtangga,sila prepare fizikal dan mental dalam kita nak harungi alam rumahtangga
kena buang perasaan pentingkan diri sendiri,kena banyakkan bersabar dan sentiasa beri keutamman kepada suami.pada peringkat pertama watahsi akui agak susah nak cari titk persefahaman dalam diri suami/isteri... jgn cari perbezaan kita dan suami,carilah persamaan.jika ada perbezaan anggaplah perbezaan itu salah satu sebab pelengkap kita dalam alam rumahtangga..dalam bahasa romentik "you complete me~"
awwwwww~~~

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday lewat hari muahahah

Arissa Buli BUBU

Resepi Baby 7 Bulan

 hellow anak anak ibuuuu(bajet ko banyak anak ke hana?ehehheh)
arini ibu nak bg resepi utk mommy camne ibu selalu buat breakfast utk arissa
uiiii setappppppp....

Banana Pudding

bahan:
  •  2 sudu teh rolled/instant oat
  • pisang separuh je guna (make sure guna pisang yg manis seperti pisang emas dibawak belayar/pisang montel comel ko memang tembam and pisag cavendish natang hape tah)
  • 1sudu teh susu Formula milk-ibu arisa tak guna ebm sebab risau smpai rumah nanny pudding tak tahan lama.
cara buat..
  • bahagikan pisang kepada dua bahagian.1 bahagian-lecek.1bahagian potong nipis-nipis mcm ibu tunjuk gamba tu ekk..
  • susu fm bancuh dengan air panas dan masukkan dalam oat smpai agak pekat..
  • then campokan pisang lecek tadi.
  • pas tu..susun pisang yang potong nipis atas puding sebagai tanda penghargaan pada ibu/mommy yg sedaya upaya buat masakan utk anak :)
  • siap utk dikukus 5minit jews.


Raisin Dates Pudding

haa..ni favrite arisa nih. and step lebih kurang sama

bahan:
  •  2 sudu teh rolled/instant oat
  • puree kurma lebih kurang separuh sudu.
  • 6-10biji kismis hitam saja ya..rendam dgn air panas 15minit and cincang skit
  • 1sudu teh susu Formula milk bancuh dgn air panas
Giaman nak buat?
  • masukkan oat dalam susu FM yg dibancuh dgn air panas td smpai agak pekat..
  • then campokan ouree kurma
  • pas tu. kismis..kacau sebati
  • siap utk dikukus 5minit jews.
malaskan ibu arisaa? hebatkan ibu arissa
paling penting ibu/mama kena tahu...jangan sesekali samakan selera anak kita dengan anak orang lain
mcm ibu arisa aritu yo yo borong avocado sebiji 6hengget..
tapi takknya arisa makan.wuwuuwuw

baguss anak..kalau jadi fav kang koyak gak poket daddy dgn ibu..hikssss
sayang arissa!


Tuesday, June 19, 2012

Mari Buat Stok Puree for baby




labu manissss

ok..ini adalah cara ibu yang malass..opsss jgn lupa...org yang malas sentaiasa akan pikirkan cara untk mempercepat danmemudahkan kerja...
dan inibukanlah saranan watashi nak korang malas juga ok..biasalah ibu  bekerjaya  yg comel mcm watashi....ya ampunnn..hujung minggu mesti aktiviti padat dengan kerja-



  1. buat stock cili mesin untuk seminggu(senang nak masak,king suka makan sambal/dulu suka mkn black pepper..dah rupa pedagang arab je watashi ms pregnantkan arisa dulu.ahahah)
  2. buat stock puree utk anakanda yg solehah tercina DNArissa
  3. buat stok ikan/ayam utk arisa.cuci bersih masuk dalam kiub stock seminggu
 sweet potato



KURMA
usually ibu ibu kena pandai planning la apa kesukaan anak and jangan takut nak cuba menda baru dalam pemakanan anak ok!
cea..cerita cam best. smpai skang arisa tak cuba makan bunga kobis lagi...ahahahaha

ok..ini adalah kumpulan yg boleh bayi/baby makan seawal umur 6 bulan
watashi ulang SEAWAL 6 BULAN
ada paham minachi tanggey???
Buah Pear


1. pisang,mango,betik,avocado, (just blend halus or lecek..and campur susu ibu or formula skit masa nak bg baby.)

2.labu,keledek merah,epal,pear,brocoli,kentang.pear (kena steam or rebus..buang kulit/biji (kalo ada kulit/biji)..sampai lembut,blend and boleh bg baby mkn.)

3.kurma (rendam kurma semalaman smpai senang nak tanggal kulit and biji..blend or lecek..simpan wat stock..usually kurma watahsi bagi mkn dgn bubur nasi yg diblend super halus and cair )



and dont assume ur baby mkn byk..perut anak kita kecik giler weyhhh...


ok..stop bebel..ni cara watahi wat stock puree utk arissa..
cara jimat gas and jimat masa

bahan 1 -green peas..bahan 2:labu manis bahan 3.bergabunggg kukus guna rice cooker!!BIjakkk Bijak!!

Buat buat half rasa nak karate je meja..
lepas semua empuk...labu boleh lecek guna garpu..masuk dalam kiub ais yang bertutup.simpan dalam sejuk.buat stok sampai seminggu ok

utk green peas????aduhaiii...minta maaf arisa sayang, ibu tak cukup tegar...
KENA KOPEK KULIT SEBIJI SEBIJI OK!!!!




Siapa selalu update blog guna handphone?BB?Iphone dan sewaktu dengannya?

adakah kebelakangan ini anda berjaya upload?

adakag setiap entry yang anda coret berkajang pak malau kajang melipat tu success di postkan dalam blog??

KENAPA WATAHSI TAKKKK BOLEHHH???

soalan no dua..
kajang apakah yang boleh melipat ittew??
tak paham oh
~


see..stress smpai tah pape

Friday, June 15, 2012

dah hampir pilihanraya~jadi watashi nak raih undi

Saya selaku parti calon bebassss
menyeru kepada semuaaaa readers Vanilla sky
untuk keluar mengundi!!!!

nak vote guano nih??
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!


apa??malas.???


.ini tanggungjawap kita bersama!!


sekarang sudah ada vote secara online ok!!!
so 


VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!


VOTE FOR ARISSA!!! 

comeykan sayaaaaa???

ahahhaha

yelah..sepertimana ibu di donia ini terasa,,,anak korang lah paling kiutt di donia
and mcm watahsi ni arisa idung pesek pun tetap rasa dia yang terindah ok!!
aahhhaha

so dengan tak cecurinya ,watashi masukkan arisa dlm 'PERTANDINGAN BAYI BULAN INI"



gambar yang mauk pertandingan..cair kannnnn??ahahaha

so nak minta korang votekan sorang sejuta kali klik buley???
dapat saguhati pun tape!janji ak korang vote sampai lebam

cara nak vote;korang pegi kt link nih;
1. http://pama.karangkraf.com/peraduan
2. scroll bawah skit ada segmen PERTANDINGAN BAYI BULAN INI
3. PAGE 7- cecuba cari muka arissa yg bam bam tomey tomey anya anyaaaa macam gambar sebelah tu !!-page ni sentiasa berubah setiap kali ada pic baru okeyhhh...
4. Nama penuh ;DHIYA NUR ARISSA
5.. pastu..on your markkkk..klik sampai lebam.ahahahaha



buley?buley??makaseyyyyyy..
nnt arisa belanja puding oat yg ibu buat.ekekeke
assalamualaikum


new update :ASAL USUL MANUSIA..yes..memang dari tanah...tapi apa jenis tanah?

Actually info ni dah lama sangat watashi cari since  pernah terbaca dalam satu buku.
tapi tak dapat ingat tanah dari mana Allah pilih untuk buat tangan,buat perut and etc.

so after research padahal perap lama dalam draft.ahahaha  kat  sini watashi kongsikan asal usul kejadian manusia yang pada watashi sangat menarik..
dan of course watashi akan kisahkan cerita ni pada arisssa dan adik adiknya nnt
;)

ok..tahu kah korang 4 malaikat di perintahkan oleh Allah SWT untuk mengambil sebahagian tanah di bumi tapi bumi enngan menyerahkan isinya pada Allah kerana bimbang manusia akan melakukan kemungkaran

Malaikat yang di perintahkan adalah :
  1. Yang Pertama adalah Malaikat Jibril a.s 
  2.  YangKedua  adalah Mikail
  3. Yang Ketiga Israfil 
  4. Dan akhir sekali malaikat Izrail dengan firman Allah SWT;

"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia kehadrat Allah.
Lalu Allah berfirman lagi:

"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail merarasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi:

"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya."

so, secara rumusan(ehehehe..dah penat nak bercoloteh sebenarnya ) jenis tanah yg Allah jadikan bahagian manusia adalah ;

Jenis-jenis Tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s:
Menurut riwayat tanah yang diambil yang digunakan untuk menjadikan adam mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s ialah sebagaimana berikut:
  1. Tanah tapak Baitul Maqdis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kautsar
  6. Tanah tapak Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah(Babylon)
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga
  12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
  1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
  2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
  3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
  4. Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
  5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
  6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
  7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
  8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.
  9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
  11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
  12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
  13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

    menarik kan?
    mungkin masa watashi nak bercerita pada anak anak nnt kena bukak blog kut
    ssh gak nak hafal jenis tanah yg diambil nih

    hey..come on la hana
    nak seribu daya..xmo seribu dalih..
    muahahahha



    Yo Yo Je Watashi nih~

    bahana terlalu percayakan BB sampai tak buka langsung blog kt PC
    sekali amik kau..
    ada tiga post yg KUNUN update dari BB tu UNSUCCESSFUL masuk ktblog

    tensi maksss..

    tak shuker!!

    Wednesday, June 13, 2012

    Wordless Wednesday

    in stock from Hana BD
    Bawal Lace 3 Tone RM 28(tak termasuk kos mengantor ya)

    lupa nak gitau..sapa yg beli  tudung ni selai ,
    boleh beli tudung bawal/pash dengan harga RM9
    tp sila mention dapat tau dari blog watashi la ekk

    full collection  di SINI

    atau pm direct watashi

    makaseyyyy!!!

    Friday, June 8, 2012

    10 kali baca ,10 kali watashi gelak!!!akakakaka

    Jenis-Jenis Perempuan Yang Lelaki Paling Meluat Gila

    1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

    2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..

    3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..

    4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam ayam kau tahu tak

    5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying !

    6. Kau pakai baju nampak sana sini kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa .

    7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau tahan sangat pergi rumah tumpangan RM30/nett

    8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak punggung kau yang jatuh tu..

    9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

    10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'
    11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun--yg ni lelakisindri nak bawak ok..lempang kang!lelaki mmg gentleman sebelum kawen..sib baik king maintain gentleman pas kawen gak
    12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape lah perangai kau

    13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

    15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

    16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka duck face

    17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau lah

    18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?-  lempang nak?

    19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, macam macam..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

    20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

    21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat tak kisah ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi jahanam hidup kau

    22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau- yg ni watahsi pernah kena masa keja kt office lama.ahahahaha

    23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

    24. Pakai baju sikit lagi nak nampak benda tak senonoh....konon nak bagi nampak samna sini lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak sexy... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

    25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah lah sangat
     so..sesapa yg tatau duck face tu buleh google ekk..
    dulu rasa comel la jugak kan bila aweks cun amik gambo gitu-sebab watahsi kan suka nengok pompuan chantek..ahahhaha..tapi kalo dah selalu sesangat wat gitu mmg rasa buasir je dlm perut.
    sekian

    Saturday, June 2, 2012

    Menu breakfast Arissa for today

    Oat Kurma dengan sapuan seluruh muka!!
    I let her Play with her food after feeding

    Biar arissa belajar genggam ,menyuap and analyze her food

    Memang agak stress nak cuci lepas tu
    Tp biar arissa discover new things
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    Tik Tok Tik Tok

    Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
    Daisypath Anniversary tickers

    Muahahah...Super Hana the writer