Monday, November 29, 2010

Apa Masalah Encik?


ok...ni watashi bebetul nk meletup nih..
orang cakap bakal pengantin tak boleh marah2 ilang seri kan

so watashi nak cakap gak la..bakal pengantin pun manusia gak ada perasaan
bukan robocop ke sailormoon ke pikachu ke..
manusia okkkk..

korang ley terima tak masa korang dah dekat2 nak kawen ni ada org meroyan tak tentu pasal

kalo meroyan tu X bf ke,anuar zen keee,hartawan dermawan, fazilah kamsah ke leh gak watashi perasan**pannggggg muka sendiri dulu. nk mampus dgn king ko hana??ahahaha..ampunn kanda, kanda mmg jejaka terbaekkk di malaya.
ok,kalo yg meroyan tu tah sape2 yang kenal korang kt opis..and korang tadelah melayan dia lebih dari waktu pejabat hatta kuar minum sekali pun..korang rasa dia berhak ke nk meroyan..


dulu..sebab watahsi tension terhammat lancang je mulut ni cakap watashi dah tunang-padahal masa tu sggup ko potong rmbut mcm ala mohawk kalo nk bertunang lagi dek phobia kes putus tunang dulu a

skang ni plak dia tau watashi nak kawen..guna plak ayat syahdu yg tah pape seperti di bawah okkk

"i tau la i org tua,org mcm u mana nak kawan dgn i lagi" hello....igt watahsi artis ke smpai tak kawan dgn org tua???watahsi kawan dgn semua org tapi bley blah dgn org yg lebih2.

"u dah pk pjg2 ke nak kawen hana?lelaki skang tak macam lelaki mcm dulu" habis tu..???ko nk suruh aku kawen dgn org yg lebih tua dari bapak aku kah???

"bila u nak kuar minum dgn i?? i kenal u 3 tahun u sekali pun keluar bila i ajak.sekali je.before u dapat geran org lain" ok..kalo ko muda pun..watashi takkan mahu ok..tolong laaaa...

"lelaki skang tak gentleman,tatau nak hargai wanita" memangggg..memang punn...yang tatau hargai isteri kat rumah anak2 pun ada kt depan watashi sekarang.

"u dah bersedia ke nak kawen?lelaki sekarang tak boleh percaya" ye..betul..contoh terbaik dah ada di depan mata.

yang watahsi tak tahan,siap suh watashi jgn sms waktu malam sebab dia dgn family and wife...yarabbi...tak terlintas langsung niat watashi ok..

ibarat "pinggan tak retak,nasi tetiba dingin,masalah ko la kalo ko nak..sebab watashi sememangnya tak hinggin ok!"

Persediaan yg tak berapa awal.aahahahah

6 Hari lagi!hohoho...

Persiapan yang seba sederhana di mulakan dengannnnnn..!!
bunga-bunga ni laaa...
wat dari jam 8.30pm..
yang asalnya 6 orang wat..
tinggal bakal pengantin je wat gigih wat 2 orang smpai jam 2am..
dari duduk..smpai ke baring..smpai meniarap kuak lentang bagai..alhamdulilah..siappp juga 500bunga...ada suku lagi..sebab jelly dh abis,huhu...



Esok pagi lak..ramai budak2 datang ke rumah watashi tolong masukkan gegula
bukan main syok lagi dorang

bila kantung ni dh separuh,budak2 gigih nak masukkan kotak plak
kenkadang macam rasa mcam kt kilang plak.ekekekeke
doa2kan semua berjalan lancar k..
bukan senang wooo..makin stress tambah2 plak photographer watashi tak jadi amik event watashi semalam..
nangessss!!!!

Sunday, November 28, 2010

Mari Private Blog

watashi akan private blog watashi bermula dari 30 Nov 2010 (petang)
sehingga 20 Nov 2010 (pagi)
tujuan?
sebab watashi away and pc watashi akan digunapakai utk pemangku watashi
mcmana nk berhubung dgn watashi sementara waktu
so sape nk letak ucapan tahnia kappe silalah kt situ
wahahaha

Wednesday, November 24, 2010

Ok..Soalan utk org yang dah kawen je or wedding planner



masa korang kawen dulu kan..
aturan masa upacara batal air sembahyang mula mcmana dulu ekk?

1. pengantin lelaki bg salam pada pengantin perempuan
2.serah mas kahwin dgn ucapan syahdu(ok..ayat syahdu watashi tambah sendiri.ahahaha)
3. sarung cincin daripada pengantin lelaki pada pengantin perempuan
4.pengantin perempuan salam add cium tgn lelaki.(ok..watashi suka part ni.)
5. er..pengantin cium dahi pengantin perempuan (en photographer..sila jgn suh byk kali sbb watashi malu)
6.sesi bergambar dgn keluarga dua-dua mempelai.(wah ayat)


betul tak?
tapi..camner plak kalo pengantin perempuan turut nk sarung cincin pada pengantin lelaki?
nak slot masuk masa mana????

boleh sesapa bgtau??

Monday, November 22, 2010

Pembulian Terindah

Tempat Kejadian -Kampung sendirik
Majlis - Majlis Akikah Sepupu Watahsi
Tarikh - 2 hari selepas Aidiladha 2010

Bertemankan permandangan indah dengan suasana kampung,
watahsi dengan berjaga-jaganya kunun ingin menjaga seri pengantin (uwekkk!!)

dengan sempoi ke rumah sepupu nak menolong..
tugasan yang diberikan.....
.
.
.
..

ohh..bukan jaga reban ayammm....

tapi....
dah buleh agak kan???ahahahaa


kesian watashi ok...duduk bertinggung je cuci pinggan berjam-jam
dari mula naik matahari sampai matahari terpacak atas kepala
tangan jgn cakap la pastu kannn
kering and mengelupas semacam jek
(agak2 lepas tak alasan dari cuci pinggan pas kenduri nnt?ahahaha)
lepas kenduri jek..watashi terus sakit pinggang..sakit power punya
wuwuwuuwuw...
tapi nikmat berkerja dgn adik watashi Hitomi adalah sgt PRICELESS ok



watashi rasa ayat watashi dah cukup gedik nih..

kenkadang gaya penulisan macam ni yg teralu biasa watashi guna:

(dan watahsi sedar mcm besh sgt la kan-uwekkk)



ader ker??

saper arrr???

suka -suki.

tapi lately macam ada transformasi penggunaan bahasa yang membuatkan medula oblongata watashi mengalami menemui jalan buntu untuk mentafsir

Contoh?

ellow/elloe=Hello

napew=Nape

kitew=kita

dye=dia

ak=aku

bwu=baru

mwninx=morning

ok..cukup la...takde keja watashi nak wat senarai bahasa baru.cukup la watashi dapat sms daripada bdk praktical sini yg wat mood watashi meroyan sakan

"mwninx,k.hana.kitew mao join trip sana.ley kew?ary tuw kitew nak jew ikot"

oh adikkkk.....~

Sunday, November 21, 2010

Satu hari Sebelum Raya...








ok..rumah watashi banjir ok.
so persiapan raya aidiladha hari ni adalah sgt sederhana.
setahun dah berlalu rupanya
:)


Rutin setiap kali menjejak kaki di pejabat setiap kali baru balik bercuti..

1. Hantar sms utk mewar-warkan
"Ayah,Na dah smpai pejabat"

relpy ayah watashi
"hah?!dh smpai?bawak laju ke????tak smpai sejam dh smpai!"
"manade...kereta tk byk kt highway"

2.Hantar Sms report duty
"Hubby, dah smpai ofc dah"
dan biasanya King akan diam tade jawapan samada tido or ckp 'ok' pd diri sendri.hiksss

3.Hantar sms utk inform
"Papa, hana dh smpai ofc dah"
dan usually papa (ayah king) akan reply
"ok sweetheart,take care."

ok..apa persamaan daripada feedback diatas?

.

.

.

.

.

1-watashi just forward balik sms yg sama setiap kali nak send pd org yg berbeza.ubag tang kata ganti diri jek..kang berbuih plak mulut ayah watashi bila watashi bahasakan diri watashi hunny-wahahaha

2.???? ketiga-tiga lelaki di atas adalah LELAKI KESAYANGAN WATAHSI.

ikikiki..2 minggu lagiiiiiii!!!

make some noise ppl!

watashi nervous tak henggat skang

Sunday, November 14, 2010

Pajeri Jerung????????????

Giler Malu!!!
*watashi nk ckp pajeri terung sebenarnya.
teruk watashi kena gelak okeh!

Monday, November 8, 2010

Nafsu ada macem-macem ye

kalo korang nak kawen kang...
apa keutamaan korang dari segi persiapan kenduri dan hantarannya?

A. mengikut bajet sendiri dan bakal suami
B. mengikut trend semasa dan mampu buat org kagum dgn majlis anda..

watashi?of course la pilih A.
Sebab?
-watashi tahu setakat mana kuasa membeli watashi dan watashi taknak menyusahkan pasangan watashi.BACA ni..susah bakal suami anda, susahlah jugak anda nnt ok.

-watashi lebih pentingkan untuk menjaga hati kedua org tua watashi dan bakal suami watashi.dan bukkanya ajaran dari org sekeliling watashi yg mahu majlis watashi nnt grand kalah majlis Tok Ti.-bersederhana tu kan baik ;)

-orang ramai boleh label watashi macam2.dan honestly watashi tak kisah kalo nk kutuk watashi wat majlis "eeeee....mcm org kampung takde sanding2..tak meriah lahh.."eheheheh..bior leeeeee....watashi tak kisah selagi watashi percayakan abg watashi yg byk menjadi pembimbing watashi utk menanjurkan majlis yg baik utk terus kekal baik.

-oh..last sekali...ini kelakar.watashi tak mampu kalo ada orang kata "watashi cuba downgradekan diri watashi."smpai ada yg kata watashi bukan wanita tulen la...sengaja bagi peluang lelaki tindas watashi la...

Oh...come on la korang...orang macam kami memang hot stuff ok.cuba tanya lelaki ciri-ciri wanita idaman dorang salah satu camne?
-tidak meminta2 di luar kemampuannya
-yang tahu bersyukur dengan apa yang ada.
(alamak terbagi dua)ahahahhahaha..

itu pun watashi membaca la.bukan wat andaian sendiri.

moral of the story, percaya dengan apa pilihan korang.
penting pendapat anjuran cara Islam.

tak kisah la korang tade baik mana pun,tapi yg tak baik mana tu le kita kena rebut kan?

ps-> peah, ko nak kawen ke aku nak kawen?

Saturday, November 6, 2010

Makin Menjadi Bila Kenduri Nak Dekat



Ko Pahal Arr??
Nak cari gado ke?

Tampa nak?
watashi tak pueh hati nih??

APAHALLLL??

Jerawat kat muka ni la..


makin nak dekat majlis watashi makin seronok berkampung kt muka nih.
Bagi la watashi berangan jadi Rinoa Heartilly depan King nnt
Memang bebetul tak kasi chance arrrr....
Lu tak rock jerawat!

Friday, November 5, 2010

BAnjir Oh Banjir












ni adalah sesetengah gambar dari kereta watashi and view dari atas tempat kerja watashi
doa-doakan semua selamat k...




Thursday, November 4, 2010

Aiyooo..Aiyooo ..tak tahu...

ON YOUR MARK..

GET SET...


GO!!!



1 bulan 1 hari je lagi rupanya!!!

ok..watashi nervous nihhhhhhh...
*tgn kat dada sambil pejamkan mata.


sorry la watashi ni takde nak post preparation pape pasal majlis perkahwinan watashi
ye lah..semua ala-ala simple je.
sape yang tak kena tag lagi kt FB untuk wedding invitation watahsi sila bagitau ok!

untuk lelaki lelaki yang diluar sana,

amiklah tisu ni,sapulah airmata kamu tuh.
MIAHAHAHAHAHAHA....(tampa muka sendirik dulu)


Wednesday, November 3, 2010

Petua Lebatkan Rambut dan Kurangkan Rambut Gugur

Bahan-bahan giler senang ok.
ley dapat kt dapur or pasar berhampiran anda(giler macam announcement pasaraya dah)

1. Santan Segar
2.Daun Pandan

Caranya-
1. masak santan bersama air skit..and daun pandan...
2.masak api sederhana,and sampai santai tu nampak oily semacam kan..
3.kasi suam skit santan tuh..then lumur kt kepala korang...
4.massage skit2 kt kepala..then balut kepala korang minimun setengah jam..
5.then bilas dengan air suam and syampu cam biasa.
6.wat la 2 kali seminggu kalo rajin ok!

testimoni pada diri watashi sendiri
1. lepas saya wat petua nih...rambut saya seperti bidadari yang menang rambut tercantik..PANG!!! ok..siyesss balik pada super nia hana ..

2. result ok! rambut kurang gugur
-sebab si tunang centa hati tuh NAKKKK sangat watashi rambut panjang.siap ugut kalo watashi potong rambut dia nk botakkan rambut dia,amboiiii...hello King, kalo botak rambut ,rambut sape watashi nak belai nanti????miahahahah

3.rambut makin kuat and and keguguran rambut menurun secara optimum.

yang tak besh plak?
1. King cakap "EEEEEEEEEEEEEEEeeeee.... nape hunny pakai camtuh????" tampa nakkk?? nak rambut watashi panjang ke rambut watashi botak????

2. bau dia memang kuat skit laaaaaaa....waatshi advice korang byk letak daun pandan.masyukkk!!

3. masa nak bilas rambut tuh..yarabbiiii..rambut keras ok!akakakaka...sebab tu la kena pakai air suam ye kanak-kanak sekelian.

ok ..cukup lah tuh...latest pic watashi versi rambut nak kena panjang sampai mana lagi..



=actually lagi setengah jengkal kebawah lagi rambut tu panjangnya=

mentaliti yg bodoh!

ok,ini cerita secara general ok.


situasi 1,
ada girl ni bertunang.after bertunang dia dh put on weight@berisi@tembam@cembam@berisi or tak kisah la ko nk panggil hape kan.
then ada geng makhluk mulut puaka (GMP)wat hipotesis sendiri
"dh wat kenduri awal la tu" "dah test itu la ini la"


kurang hasam ok.


situasi 2,
ada girl ni bertunang, after bertunang dia tetiba terslim or terkurus sikit.
then hipotesis lain plak dari geng (GMP)
"tu confirm mkn hati,tak happy. tunang dia ada org lain la tuh"


Situasi 3
ada girl ni bertunang, takde apa beza pun paa dia .
hipotesis GMP "jadi ke kenduri dak tuhhh nnt??"


ok..bongok,
perluke saiz badan menjadi ukuran akhlak dan kebahagiaan seseorang?
come on la. be happy for her,support her.


dalam idup kita ni confirm ada yg happy and tak happy.
yang besh dan tak besh.miskin kaya,artis dan org biasa-ok yang ni watashi tersasar

masalah ke kalo orang tu senang?
seronok ke kalo dapat tau orang yg korang kenal tu dlm kesusahan?
tak faham ok.

senang mengata, susah mengata, cantik keji, tak cantik lagi la keji.


sampai satu tahap watashi rasa cam biarlah watashi jadi camnih.
masa happy ramai2 watashi join..masa korang mula sesi MP watashi undur ke belakang slow2.
nk cakap watashi kera sumbang kape silalah.tak kisah.

watashi lebih pentingkan pandangan yg kt atas daripada GMP.
titik.

**cool ekk makan daging sedara sindri?
____________________________________________________
Nota:
watashi pun tak sempurna and tak la baik sgt ok.selalu jugak tgk pada diri sendiri sebelum watashi nk berkata sesuatu.gurauan dan kutukan tu ada bezanya.jauh bezanya

Kelu Bisu hanya mampu bulatkan mata saja


Pagi tadi,
Banyak giler kedai makan pagi tutup
Sebab kat sini kan ada krisis banjir kan??

nak tak nak..singgah kt satu kedai tepi jalan nih..
selalunya cam LENGANG .aritu cam ramai la skit kan
maybe orang ke sini sebab kedai lain tutup.

nasi lemak tade.
kuih pun tinggal ala-ala je..
so watashi amik nasi separuh
letak lauk, ikan keli goreng rempah(king sila baca lagi sekali...IKAN KELI GORENG BEREMPAH) sotong goreng kunyit & telur masin.

"berapa kak?"tanya watashi
"RM3. air nescafe panas RM 1.semua RM4 saja.

watashi diam..salah dengar ke..

"er..berapa kak..sory tak dengar td.kereta kuat kt sini" tnya lagi sambil cover line la kunun

"RM 4 dengan air dik"
"jgn memain kak"

akak nasi senyum.. "betul dik"
tanpa byk tanya-sebab kang dia up harga cane?ahahhaha..

::salute sama lu akak.moga akak murah rezeki.amin"

terus watashi bayar and ucap tima kasih.'kalo leh nk peluk je akak tuh.

mihahahahaha..

Perbualan Bayi Di Alam Rahim Dgn Tuhannya

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan :
“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab:
“Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi:
“Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab:
“Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi:
“Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab:
“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi:
"Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab:
“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:
”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab:
Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.

Bayi bertanya lagi:
“Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab:
“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
Dan sang bayi bertanya perlahan :
“Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab:
Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
-Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
-Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
-Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
-Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

nota Hana

Subhanallah..menitik air mata watashi baca ni.pernah dapat email ni dulu tapi kesan tak adalah mcm sekarang ni..watashi nak kongsi dengan korang semua and sumber adalah dari sini

Macam biasa, model entry ni adalah anak2 buah watashi masa dorang still kecik.ehehehe

Tuesday, November 2, 2010

Ok,watashi agak gedik sekarang nih

skang mood rajin membaca dah masuk dalam badan watahsi nihhhh
beruntung mertua watashi??

tapi jgn ko...tgk la buku hape watashi baca.
.
.
.
.
..
.
.



ye...watashi tau awal lagi.
tapi tak salah maaaaaa....
at least memalam ada story nk bgtaU king tu
sharing is loving kan..??
menda baik je la kami kongsi
apa barang menda tambah dosapun nk kongsi
penampar nak?
ahahahaha

*skang watashi tgh bz dgn audit ok

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer