Friday, April 30, 2010

Semakin Tak Faham situasi sekarang


watashi selalu percaya..

buat baik dibalas baik bukan?

tapi semenjak dua menjak ni..

byk perkara yg berlaku adalah yg sebaliknya
dan keadaan yg berlaku sebaliknya itu mengundang sokongan yg padu dari mana-mana pihak.
pernah rasa tak..
kalau diperlukan tu,korang sentiasa didekati dan mulut yg meminta bantuan adalah manis bak madu.

dan bila korang dah tolong buat sehabis baik, satu perkara berlaku..
korang dibuat mcm org yg tak pernah sumbangkan hape2?
dan korang ditinggalkan keseorangan tanpa ada siapa yg dapat bantu?
padahal korang dan mereka itu adalah satu team.
korang bukkannya ketua yg dipertanggungjawapkan atas semua tugasan.

dan perkara yg paling penting
dah terlalu lama watashi pendam
sakit rasanya..tak semua org yg pada kamu cantik itu PANDAI MENGAMBIL KESEMPATAN DIATAS KESENANGAN ORG LAIN,

watashi mungkin org yg sgt biasa,
tapi watashi tidak diajar utk meminta dan menurutkan segala permintaan yg luar batasan watashi sebagai seorang anak kampung.biarpun serba kepayahan, watashi yakin rezeki yg tak seberapa ini mampu menyara watashi dan keluarga watashi.jadi hentikan tohmahan,kata2 'manis' kamu dibelakang watashi.

watashi tidak berminat utk mengkaji salasilah sesiapa utk dijadikan bahan perbualan hangat dikalangan sahabat-sahabat kamu.

hentikan desakan kamu utk watahsi mendekati 'lombong emas' yg ada disekeliling watahsi hentikan lakonan yg kononnya kamu sporting dan memahami kerja watashi yg perlu bergaul secara professional golongan tertentu.watashi kenal kamu,watashi kenal kawan2 kamu.

ingat satu perkara.tak kira lah apapun yg telah kamu katakan tentang watashi
betapa kamu telah membuat watashi hanya mampu menahan airmata nih.
dan kamu semua menganggap karektor watashi hanya sgt membosankan kerana watashi tak mampu utk mensensasikan sesuatu perkara, tidak mahu melihat org lain sedih dan watashi tidak mampu untuk menjadi sehebat kamu sebagai ketua dirumah..dan kamu melabelkan watashi dgn pelbagai gelaran yg kadang2 buat watashi tersenyum sendiri..

seikhlasnya watahsi katakan

YG WATASHI DAH MAAFKAN KAMU SEMUA.
-sebabnya..kamu semua dan ibarat kakak-kakak dan ibu watashi.
watahsi sayangkan korang.


Thursday, April 29, 2010

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un - To God we belong and to Him is our return."


Salam Takziah kepada anak buah King,
Yg baru kehilangan ayahanda tercinta
sakit jantung...

Wednesday, April 28, 2010

Org Ckp watashi seksa diri sendiri


sebab kes watashi cuba berdiet nasi mehh
ahahaha

kan aritu watahsi selalu saja bilang yg watashi ni..kalo diet..
kalo ada event besar terus hancur diet kan?

sebab?
pagi...brunch...lunch..hi tea..dgn dinner..semua org bagi packed food

tapi kali ni..watashi berjaya jugak meh!mkn lauk je..
nasi tu watashi jadi lauk..
kalo teringin sesangat,,
watashi letak isi ikan kt nasi..
gelek2 kasi lekat nasi skit2 jek..
amik syarat..

kenyang ke?
GILER KOOOOO..ingat kenyang????

ahahahahha..
tapi apapun..
watashi kena teruskan gak amik vits tambahan bagai..takleh berterusan bergini saja kan?

biarlah org kutuk watashi
"hek eleh,,tak makan nasi kunun..seperiuk aku nampak ko sebat tadi"
"ko diet???takyah la..takkan buley punya.."
"hana tak mkn nasi.tapi dia mkn menda lain mcm rimau"
"ko diet hape ?tak nampak beza pun?"
"kalo ko tak mkn nasi..ko lagi gemuk..mkn la weyh!"
::mkn je hana::

yeah..statement gitu mmg sakit telinga and hati la kalo dengar.
itu org2 yg dekat ngan watashi la biasanya kuar statement

camne plak dengan org yg jarang watahsi jumpa?

"u ok ke? susah hati kappe sampai nampak susut skit nih?"
"ko nampak lain la.berseri.tapi aku taktau tang mana"
kuasa cinta beb!

ha...see..??conclusion yg buleh dibuat adalah????

JADI DIRI SENDIRI LA KAN....!
kalo korag nak diet and org still kondem...
result tu korang yg rasa..
jgn tension org condemn korang..
korang jek tahu perasaan berat giler nih camne..
korang tembam dan korang sakit- ada org tahu?
korang cuba slim down and walaupun perubahan tu skit but korang rasa happy- itu yg penting.

jgn pentingkan happy org lain.pentingkan happy dalam diri sendiri.

Friday, April 23, 2010

sesi confuse- nk geli ke nak sakit

::geli ke sakit neh?::

tajuk tah hape2..ahahaha
aritu la..watashi and akak pejabat nk cuba la urutan reflexsology kaki nih..

maklumka..first time okeh watahsi nak urut kaki.
ahahahah...

kalo tak kerana kaki watashi asyik lenguh2 sehari lepas event kt sini..watashi rasa,,watashi pun takkan urut kaki sebenarnya
dahsyat okkk...
dah la geli2...pastu kalo akak tu urut kat tempat kita yg ada prob tu..
mahu melalak jadinya...siap pusing2 badan..

::sib baik ada sofa empuk nih..habis watashi cubit2 dia tahan sakit.ada satu part..watashi dah tumbuk tiang kt sebelah tuh.boleh bayang watashi pakai baju kebaya gini tumbuh and cakar tiang tu?ahahahah::


::ahahahahha...akak pejabat watashi gelak giler ms nih..watashi tahan sakit sambil gigit tgn::


jgn perkecil akak selim dan kecik ini okeh...muk atenang jgn sangka takde jiwa spartan di rohnya..org yg besar pun dia leh wat jerit sakit.akakakakaka..ko lemah kt memana dia leh tau.ahahaha..

so overall mmg ok tau! maybe sesetengah korang yg lepas urut tu ada yg automatik mengantuk tetiba..ada yg pening skit..tapi percayalah..itu sementara jek..

bagusnya urut nih..nk lancarkan peredaran darah kita la kan..mana yg dah tersumbat or sempit bagai...urat paling byk kt kaki and tangan. so korang yg tak pro jgn sembarangan urut sendiri okeh..

dan yg paling penting..urut sesana jantina saja!

Wednesday, April 21, 2010

Makin slow

dunia blogging makin slow...
sebab apa ekk??
-adanya facebook?
-semua makin bz?
-semua makan hati asyik kena condemn?
-semua tatau nak cerita hape?
-semua makin tua and tatau nk merapu hape?

ehehehehe..
watashi pun jarang update gak
sebabnya yg no dua kt atas

apapun..watashi tak sabar nak tggu rambut depan watashi panjang...!!

oh...
korang dah tau belum yg lifesaver dah selamat melahirkan anak lelaki??
PN CAPA maaa...dah dapat baby boy okk

nama?

MUHAMMAD UWAIS dot dot dot
watashi tak dapat igt sbb pjg sgt..ekekeke

apapun...watashi harap sgt leh tgk baby dia..
musti comey ohhhh....

Tuesday, April 20, 2010

watashi selalu tak percaya

kalau org kata..
kalau mulut kita...hati kita cam puaka..
akan reflek pada raut wajah kita..

mmg tak Percaya..

sebab pada watashi..
org cantik/hensem/manis pun ada yg hati mereka berkeladak
dan muka tak cun canggih ada yg hati nya baik ...

tapi arini..mcm watashi leh nampak plak.
betul la...boleh reflect!

besarnya kuasa Allah!

apapun...kita sebagai manusia ni sememangnya tak pernah sempurna.
tapi,jgn la jadikan itu satu alasan kamu nak sakiti or kenakan org lain.

sungguh tak cool tindakan itu okeh?

Sunday, April 18, 2010

Bahagia

sonok ekk rupanya kalau pepagi ada yg kejutkan kita bangun pagi.
terasa mcm disayangi .
ahahahahaha...

bkn aper meh..selalunya ..watashi yg jadi alarm clock utk kejutkan org..
tak kira la..utk king ke..kengkawan ke..adik beradik sekali pun.

mcm watashi kecik dulu..
suara arwah mak watashi kejutkan watashi dari tingkat bawah.
sekali je panggil..terus boleh watashi sahut.
::arwah mak kt sebelah watashi.masa convo hitomi::

ustaz cakap..berdosa besar kalau kita tak sahut panggilan parents kita
itu zaman kita kekecik dulu..

kenkadang kalo tade kerja..watashi menaakul sendiri.cari sebab mengapa..dak zaman dulu lebih hormat parents diorang.
hmm....

yg penting menda yg watahsi nk bgtau kt sini.

1. kenapa watashi leh menyahut bila arwah mak kejutkan sekali je..-watashi dah bangun before arwah mak panggil watashi.

sebab?

watashi nak dengar suara lembut arwah mak watashi.watashi suka..suka sgt...tambah2 kalau watashi demam..arwah mak akan datang kejutkan watashi dgn tgn yg masih basah dan usap lembut dahi watashi.rasa segar..

2. pagi nih..king kejut watashi bgn utk kerja,yupe..ini first time atas request watashi sendiri.
apa rasanya?seronok ok..seronok sampai jam 2 am terjaga..jam 4 am terjaga..asyik nak tunggu bila la nk pukul jam 6am

..ahahahahahaha..

long distance relationship memang menguji kesabaran kan?

Salam Takziah

utk achik Spin yg telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

terkejut watashi bila selak utusan malaysia harini..

MPV marak menyala..

perkara yg paling cepat terlintas dikepala watashi

-mcmana wife and anak-anak dia??

hmmm...hidup kita ni singkat.
ambil peluang utk kita tahu apa visi kita dalam hidup ni ok..

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah."

ada sape yg takde visi hidup lagi angkat kening?
utk yg tade lagi..sila amik yg tulisan hijau tu sebagai visi hidup korang.
sebab watashi pun ikut visi tu ma...

kita kawan kan?
hikssss

Saturday, April 17, 2010

Resah


bila yg terbuku tak terluah,


Thursday, April 15, 2010

Cara malas Kreatif utk mkn bihun goreng bungkus tanpa membasuh tgn.ahahaha

ari ahad aritu..watashi tolong ayah pegi berniaga la..
tu pun sebab secara taksengaja ok..

tgh kemas2 umah.
ayah watashi call suh datang menyelamatkan keadaan..cewahhhh!!

so alang2 dah tolong kt ayah...watashi tollong la berniaga ngan ayah sekali kan

so..dah letih2 tuh..ayah kasi duit suh beli apa2 yg watashi suka

ye arr..kuar awal..breakfast pun belum..lapar jgn ckp la...
pegi kedai mkcik tuh..ada bihun goreng skit je lagi..

nk taknak kena la jugak beli..
tgn kotor..paip takde..

takkan nk tawakal je kan..
pegi kt kedai makcik jual kuih plak..
eheheeh..
jumpa jln penyelesaian!

watashi beli cekodok!
::cekodok pisang yg terlebih2 tepung dan baking powder ye kanak-kanak::

sengih muka cam bangga tak henggat takyah cakap la..
kunun habis genius la..

mkn cekodok skit..kurkan isi..
amik lidi jek

::berjaya!!::

ekekekeke..pastu ajar ayah watashi mkn cani gak..
muahahhaha

Terasa mcm artis dah..-uwekksss dan uwekss

semalam watashi gi mkn kt satu kedai nih...

order roti telur dgn sirap limau panas
::pic hiasan::

tetiba ada satu PAKCIK NI DTG DUDUK KT MEJA WATASHI.'kacak bergaya' dgn apronnya..
"lama tak singgah kt sini.." tegur dia
watashi pandang kiri kanan...dia ckp ngan watashi ke...watashi angkat muka and senyum seikhlas mungkin sambil angguk and purak2 kuarkan hp berlakon bz..
"keta parking mana?cantik no plat keta "
"oh...tima kasih."
"awk keja kt dot dot kan..?"

AWK????? yarabbiiii...geliiiii

watashi angguk...

"saya nampak ak ni asyik balik lewat je kerja..ada mggu lepas tu..langsung tak nampak lalu.selalu nampak keta pun jadilah.."pakcik mula sengih2 pamerkan gigi yg jarang

"bz .."

dlm keadaan runduk watashi cuba usha pakcik yg duduk depan watashi
betullahhh..pakcik ni dulu masa watashi mkn takde la nampak SEMUDA ni

skang dah pakai baju T ala-ala rock skit.pakai suar jeans.siap pakai sarung lengan panjang tulis besar-besar "YAMAHA" rambut itam.

DULU..pakai kopiah..baju t-kosong...suar enak la dipandang..rambut putih..

beza sesangat..

roti telur sampai..
pakcik makin galak bercerita tah hape...watashi nak suap kt dlm mulut pun tak sampai hati.
rimas byk.bukan skit..adoiii.....

"oklah..makanla dulu..sejuk nnt tak sedap plak." pakcik berlalu lepas ada org order kt gerai dia..

perghh...lega!!
bismillah! waatshi nk cuba mkn lelaju...

tgh mkn..ada dua org tua gak la..baru balik dari masjid.
sembang2 sambil tgk watashi tersengih dan angguk kepala.

watashi pun sengih balik and angguk kepala..watashi anggap watashi balaas atas dasar saudara sesama islam.pastu...makin galak plak diorang tgk watashi mcm nak ketempat watashi berbual..

uwaaaaaaa......nehi..nehi...waatshi mkn tak habis..langsung tak angkat kepala..

cepat2 hirup sirap yg makin suam and bayar kt abg tebar roti canai

"lama tak nampak...ramai org kat sini rindu"abg roti canai sengih

watashi sengih pelikss....

mata watashi pandang kt kaunter2 kedai mkn kt len..
ada satu kakak kt kaunter tu pun sengih and angkat tgn kt watashi

APAHAAALLLLLLLLLLLL..........???

ada pape ke yg wat diorang igt sgt watashi?

watashi pernah tak tutup zip suar ke ms mkn kt sini dulu?
watashi pernah pakai baju koyak ke dulu lalu depan nih?
:: kalo nk call metro utk ruangan mistik diorang terima x? ::

kiranya ni ok gak la kan.,.
ada dulu tahun 2005, ada makcik kt kedai nih..
nampak watashi datang kedai dia mkn je...siap peluk2...
mcm rapat giler waatshi

misteri sungguh.,.

Wednesday, April 14, 2010

Ada sape Kenal Mamat Nih?

leh watashi tau apa yg best sgt mamat nih??

saja nak tau meh

-makin pandang makin hensem plak.ehehehe

Tuesday, April 13, 2010

Oh Yeah!! dah jumpa!

ahahaha..
yo yo jek watahsi happy cam nak rak.

mcm dapat hape jek!

actuallydah lama watashi nak cari petua nk ilangkan eye bag nih,

tapi asyik terlupa bagai.
::bag mata yg makin sewel bermaharaja lela::
tensi mak nokss...

amik ko arini..
abih meeting...terus cari dlm tenet

alahai..sonang jo ko.
amik kentang..lenyek2...or amik jus dia..or potong nipis2
and tempek kt mata yg berbag itu..
agak daj kering.bilas...

ok..pasnih watashi nak cari kentang

Monday, April 12, 2010

deja Vu....persoalan terjawap selama bertahun secara sepantas kilat

ada satu entry yg buat watashi tersenyum sendiri.
masa tu hati watashi tgh teruk frust tonggeng guling-guling sbb dikhianati walaupun hampir setengah tahun.
dan masa tu..watashi mmg tak pernah ada perasaan,imiginasi or memory psl king..

dan tah mcmana dlm mimpi dia plak leh muncul...
pelik...lepas bgn tido jek..watashi cam nyumpah2 la..

"apahal aku mimpi mamat nih..dah la kasar...gangster sekolah...
"
ekekeke...ampunnnn

dan lagu dua-KRU tu mmg ada relate ngan kisah hidup waatshi la plak kan.
kebetulan bagai nak rak gitu..
ending mimpi tu wat watashi risau gak la kan.ahahahaha...
insyaa allahhhh..watashi akan berusaha selagi manpu okeh.
berserah pada qada dan qadar Allah.

dan pada masa,teringat watshi satu peristiwa yg watashi dituduh sebagai perempuan jalang oleh X waatshi..

"semalam saya mimpi saya kawen" ujar waatshi slow.dan tak pernah anggap topik tu serius.
"dengan sape??" lelaki itu dongak kepala tepat pandang bola mata watashi .
"tak tahu..tak kenal..mmg tak fammiliar lgsg."balas waatshi seperti dlm keadaan berfikir
"ko ada jantan lain kan sebenarnya??!!" lelaki itu mula mencengkam pergelangan tgn watashi.

watashi mengaduh sakit.tikaman jam casio di pergelangan tgn terasa menyucuk2.

"tak ada!demi allah tak ada!!,lepas la..sakit tgn saya nih" pinta watashi perlahan.

"aku ulang lg sekali..ko ada ke tak ada jantan lain selain aku, pompuan sundal???!!" satu tgn lg dicengkam belakang leher watashi dan heret watashi di lorong ke toilet.


"tak ada!!"waatshi meronta2 dan lari dari hiruk pikuk dan rasa malu pd org ramai yg menyaksikan drama sebabak di shopping kompleks.

insiden tu dah setahun rasanya berlalu.
dan dalam tempoh tuh watashi tak pernah pun cuba nk cari jawapan siapa mamat yg kawen dgn watashi dlm mimpi watashi.

sehinggalah petang semalam..
tak sampai beberapa minit..
sepertinya mimpi tu berulang kembali

watahsi berbaju pengantin warna putih dalam berdiri.watashi paling sebelah kanan watahsi.
berdebar-debar nih...wajah pengantin lelaki watashi cuba nk tatap.

sekali angkat muka...

AHAHAHAHAHHA..
setahun bebbb..setahunnnnn!!!

semua mmg ada kebetulan

mmg SAH!! mamat gangster tu arr,,

terus watashi antar sms kt dia

"hubby, it's YOU!!akakakaka!"

sampai kesudah watashi rasa king takkan paham.

deja vu amik masa yg sgt lama okeh..

insiden dejavu hape yg korang pernah lalui dan korang igt sampai skang?

Sunday, April 11, 2010

Perasaan tu dah makin hilang

satu masa dulu..
bangun pagi adalah masa yg paling susah sekali

kenapa??

seronok tarik selimut sampai kepala
dek kedinginan dan kenyamanan subuh..

bangun pagi..nk mandi waktu pagi pun hazab
7am sekali pun..kalo mandi leh menjerit kesejukkan..

habis mandi..kesejukkan akan terbawa-bawa sampai jam 10am..

TAPI ITU DULU..

Sekarang bangun pagi ibarat pendekar sedang dicabar pihak musuh..
tendang selimut, lompat dari katil
"haipppp!!!! eyahhh !! wachaaa!!!"

PANASSSSSS...!!!

capai towel ke bilik air..
mandi seawal 6am sekali pun boleh berpeluh,,
itu air kolah..
belum shower lg..
terasa mcm guna water heater..
kalo mandi guna water heater kt cameron highlands best la gak..

watashi tggal kt kampung
dah namanya kampung musti korang terbayang2 kesejukkan dan kenyamanan waktu pagi dan petang kan??

terus terang.dulu ada..sekarang jgn harap la..
seawal 6.30am korang leh berpeluh2 ala-ala mamak tebar roti canai dah..

watashi rindu arr perasaan sejuk waktu pagi..

Kenapa watashi kurang ber FB

boleh wat ayat cenggitu..?

1. watashi terpaksa bersetuju dengan ayat MATRIX. Fb tempat pertemuan kengkawan lama kita.yg mana tempat nk tunjuk kan kebestan kita yg hammat la...pendek kata tempat nk show off korang ada hape.dah show off musti ada yg sakit hati bagai kan?ha..pastu mula la sesi anyam ketupat ramai2..ahaahahaha..kebenaran ok..

2.lately..watashi cam sensitif skit arr...tgk kengkawan ada baby..anak cumel...watahsi dah start sentap sensorang..pastu..memalam..pk sensorang..and nangis..dalam hati watashi nih,,memberontak "nak baby..!!nak baby!!"

3.tempat penyamaran ok..sila hati2 dengan suami2 tunang2, bf2 anda yg MUNGKIN ada 2 akaun.cinta net gitu...waatshi cakap melalui pengalaman la..ngeri ok..

4. org tuh tgh bercinta,dah ada tunang dan ada suami bagai...sukahati dia la,kalo dia nk guna ayat manis kt pasangan dia kappe.. yg korang nk kondem pahal??nak minah tu kasi ayat manis kt strangers ke kat psgan dia??hah..pilih!

5."aku dah komen byk gamba ko..ko komen plak gambar aku" ada sape pernah dapat cani??adoyaiiii.......!!!

korang? ada tak menda yg wat korang jengkel psl FB? jom kongsi!

Friday, April 9, 2010

Rampaian Sejarah

Dear Kamu...

Terima kasih diatas kesabaran dan juga perubahan kamu (yg kununnya ) meyakinkan hati abg sulung watahsi.

yes..setelah apa yg kamu dan watashi lalui.dan kamu sendiri kini mengerti betapa watashi inginkan seorang lelaki yg boleh menjadi imam pada watashi dan anak-anak.
itu bukan sahaja baik utk diri watashi sahaja tapi utk kamu juga.

Tapi ITU DAHULU..


sila hentikan segala usaha kamu,
sila hentikan perasaan kamu.
bermula dari noktah entry ini.

bersiaran

ehheee...tade langsung kappe...
kalo bersiaran langsung korang dah leh nampak dah ayat2 watashi type nih..

watashi kt kampung!!!
muahahahaha....
best korang...leh balik kampung..
*saja kasi ayat panas la kan..ekekeke..

balik je kampung as usual..ayah watashi dah letak kan menu apa yg nak dimakan.

GULAI NANGKA..walayeh..
lama watashi tak masak gulai nangka nih..

so nk gerak skang cari bahan..



:)

Wednesday, April 7, 2010

Semuanya..


perasaan ..

sedih..
gembira..
cinta...
rindu...
cemburu...
tenang..
risau..
takut..
bangga..

adalah milik ALLAH..

so kalo korang ada salah satu rasa perasaan yang watashi sebut kt atas..

jgn lupa istifar/ bersyukur padaNYA

....................

sakit hati yg amat sangat..

risau yg keterlaluan ..

rindu yg mengcengkam..

cemburu yg tak terbendung...

gembira hgga tak terluah dengan kata-kata


korang pernah rasa..?

waatshi skang ni ibarat anak kecil yg sedang belajar utk bertatih.

byk perkara yg perlu watashi perbaiki diri sendiri

ada yg sudi nk berkongsi tak dengan apa yg watashi ingin katakan nanti?


utk waktu sekarang ada baikknya
watashi cuba slow
bukan senang ok....
serius..watashi takut sangat...
org cakap kalo jodoh tidka kemana bukan.
watashi taknak mencabar takdir.
tapi watashi ada ada baiknya
watashi muhasabah diri watashi
:) hidup tak selalu indah bukan?

Tuesday, April 6, 2010

Demi Matahari...



Demi matahari dan sinarnya di pagi hari..
Demi bulan apabila ia mengiringi..

Demi siang hari bila menampakkan dirinya..
Demi malam apabila ia menutupi..


Demi langit beserta seluruh binaannya...
Demi bumi serta yang ada di hamparannya..

Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya..

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan...
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya...
Merugi bagi yang mengotori-Nya...

(Surah as-syams ayat 1-10)

++ yeah..watashi suka berkongsi sesuatu yg indah utk korang semua.sebab watashi sayang kt korang..eheheh..ayat propa tak menahan ++

Holaaaaaa...


Salam Semua..
SIhat?
Dah makan?

watashi dah balik..
sempat berkunjung satu dua blog.
-tapi tak leh komen..nape arr..??

byk menda nk kongsi.
tapi as usual..jawapan yg watashi sendiri tak suka
"watashi masih lg busy"

eheheeh...kerja msih lg mencemburui watashi (ohh...syahduuuu)

nenanti la ekk..



Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer